Anda di halaman 1dari 15

RUPA BENTUK KURIKULUM ABAD KE 21

PENGENALAN
Kurikulum adalah 'core' kepada 'business' pendidikan. a merupakan satu
rancangan pendidikan yang membendung segala ilmu pengetahuan,
kemahiran, nilai dan norma serta unsur-unsur kebudayaan dan
kepercayaan yang menjadi pilihan masyarakat untuk diwariskan kepada
ahli-ahli dari satu generasi kepada satu generasi lain. Rancangan
pendidikan ini bertujuan untuk memenuhi keperluan individu dan engara.
Dalam Laporan Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran (1979)
kedua-dua keperluan dihuraikan seperti berikut :
" Peranan kurikulum dalam pendidikan adalah untuk membina
perkembangan murid yang lengkap dari segi jasmani, rohani, akal dan
emosi serta menyemai, menanam dan memupuk nilai-nilai akhlak yang
diingini, di samping menyampaikan ilmu pengetahuan. Dalam konteks
negara Malaysia, kurikulum itu juga berperanan untuk melahirkan rakyat
yang mendokong cita-cita negara dalam mweujudkan perpaduan yang
berpandukan Rukunegara di samping menghasilkan tenaga rakyat yang
terlatih untuk keperluan negara. "
Laporan Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran (1979) ]

Dalam proses menyediakan warganegara Malaysia dengan pendidikan
yang lengkap bagi mengisi dua keperluan utama iaitu keperluan individu
dan keperluan negara, kurikulum perlu dirancang dan diurus dengan teliti.
ni amat penting untuk menentukan supaya kurikulum ini sesuai dengan
keperluan dan berkualiti cemerlang.
Pembangunan tenaga manusia dan tenaga rakyat menjelang abad ke 21
tidak terhad kepada penyediaan dan pembekalan tenaga pekerja yang
berketrampilan dalam sektor-sektor perindustrian dan perdagangan sahaja.
Y.A.B. Perdana Menteri telah menghuraikan bentuk, corak dan tumpuan
yang perlu dilakukan.
"Kita mestilah mempunyai hasrat untuk mencapai taraf yang setinggi-
tingginya dari segi ketrampilan pada rakyat kita, dari segi penghargaan
mereka akan kemahiran dan pengetahuan serta kemajuan diri, dari segi
kemampuan diri, dari segi kemampuan berbahasa, dari segi sikap mereka
terhadap kerja dan disiplin, dari segi motivasi mereka terhadap
kecemerlangan dan terhadap mendorongkan semangat keusahawanan".
Malaysia Melangkah Ke Hadapan, hal. 21 ]
"Kita mestilah memastikan bahawa terdapat satu adunan yang seimbang
antara golongan profesional, separa-profesional dan ahli ketukangan,
selain terdapatnya imbangan yang wajar antara orang-orang mempunyai
kemahiran dalam bidang sains dan teknologi, sastera dan ilmu-ilmu sosial".
Malaysia Melangkah Ke Hadapan, hal. 21 ]
Kurikulum bagi abad ke 21 perlu dibentuk supaya relevan dan koheran
dengan keadaan pada masa itu dan boleh memenuhi matlamat-matlamat
yang ditentukan. Garis panduan tentang bentuk, isi dan pelaksanaan
kurikulum itu pastinya ditentukan (dictated) oleh senario yang dapat dilihat
dari aliran pembangunan dan kemajuan teknologi.
Perancangan kurikulum abad ke 21, mestilah bersifat futuristik, fleksibel
dan dinamik supaya dapat menentukan corak masyarakat dan profil
bangsa dan warganegara Malaysia.
Warganegara Malaysia bagi abad ke 21 mestilah dapat menangani
cabaran yang akan dibawa arus oleh globalisasi, ledakan ilmu dan
maklumat. Warganegara berupaya merancang masa depan mereka dan
mampu membuat pilihan yang bijak dan tepat sesuai dengan budaya dan
nilai-nilai semasa.





KUS / PENEKANAN KURIKULUM
&ntuk memenuhi matlamat mewujudkan masyarakat Malaysia yang
bersikap terbuka dan kreatif, kurikulum yang direncanakan mestilah
mampu membekalkan pelajar dengan kesediaan diri yang kukuh dari segi
intelek, rohani, jasmani dan emosi. Fokus pengisian kurikulum semestinya
lebih daripada penguasaan pengetahuan dan kemahiran asas tetapi
kepada penguasaan berbagai-bagai kemahiran iaitu :-
O kemahiran berfikir secara kritikal dan kreatif
O kemahiran berkomunikasi secara berkesan
O kemahiran menikmati keindahan ciptaan dan seni
O kemahiran membuat pilihan dan membuat keputusan
O kemahiran mencari, menginterpretasi dan mengaplikasi maklumat
O kemahiran bergaul dan bekerjasama dengan orang lain
O kemahiran kepimpinan dan pengurusan

Di dalam usaha ini kurikulum perlu memberi penekanan kepada perkara-
perkara berikut :
(a) PembeIajaran Koperatif
Kurikulum berkisar dalam bentuk tugasan, permasalahan dan projek yang
dijalankan oleh pelajar dalam kumpulan yang mengandungi berbagai tahap
kebolehan. Penglibatan diri dalam kemahiran 'interpersonal' merangkumi
kemahiran membuat keputusan, mengendalikan konflik dan mengekalkan
hubungan baik antara ahli kumpulan.
(b) Berfikir Secara Kritis dan RefIektif
Fokus aktiviti kurikulum kepada kebolehan membuat pilihan dan keputusan
berlandaskan sebab-sebab yang rasional serta justifikasi. Minda yang kritis
berupaya mengenal pasti andaian-andaian, idea, pandangan membawa
kepada perubahan tingkah laku peribadi yang lebih baik atau penghasilan
produk baru.


(c) Pengembangan Kreativiti
Kurikulum perlu banyak menonjolkan aktiviti-aktiviti yang kreatif
termasuklah berfikir secara logik, membina daya imaginasi dan boleh
memberi pandangan. Kreativiti-kreativiti dapat dipupuk apabila individu
tersebut diberi galakan.
(d) Kemahiran Generik
Kemahiran-kemahiran generik bolehguna dapat menyediakan tenaga
pekerja yang mahir, cekap dan berketrampilan di tempat kerja dan alam
pekerjaan. Pekerja yang berketrampilan menjadi aset kepada majikan,
dapat memajukan diri dan menyumbang kepada pembangunan ekonomi
negara. Pekerja yang mempunyai kepakaran akan begitu mobile dan kerap
bertukar kerja. Penguasaan kemahiran generik memberi peluang
kepelbagaian jenis pekerjaan dalam bidang yang berlainan.
(e) 'MuItiIingguaIism'
Arus globalisasi dan ledakan maklumat memerlukan kebolehan pelbagai
bahasa untuk Rakyat Malaysia perlu menguasai dua bahasa atau lebih
(selain daripada Bahasa Melayu) supaya boleh berkomunikasi dengan
berkesan, dan berupaya menggunakan segala maklumat dalam pelbagai
bahasa.
(f) Patriotisme dan Ketatanegaraan
Kesinambungan pembinaan semangat patriotisme dan identiti kebangsaan
dilanjutkan. Kebudayaan nasional, ideologi dan aspirasi nasional akan
dapat mengukuhkan lagi identiti kebangsaan dan membentuk bangsa
Malaysia yang berwibawa dan bermoral tinggi.
(g) Penghayatan NiIai-NiIai Murni
Pemupukan dan penghayatan nilai murni masyarakat Malaysia dilanjutkan
di samping nilai-nilai baru masyarakat moden. Hanya insan baik, beradab
dan bermoral tinggi mampu menguasai ilmu-ilmu baru tanpa
mengorbankan agama, akhlak dan kebudayaan bangsa. nsan baik, sedar
insaf bahawa ia perlu menguasai ilmu bagi melaksanakan tugas terhadap
dirinya, Tuhan, keluarga dan masyarakat manusia serta alam sekelilingnya.
(h) PeIbagai Kecerdasan
$etiap individu mempunyai kecerdasan dan kebolahan yang berbagai.
Kesemua potensi seperti yang disarankan dalam teori Pelbagai
Kecerdasan (Multiple ntelligences) iaitu verbal-linguistik, logiko-matematik,
muzik, spatial, bodily-kinesthetic, inter-personal, dan intrapersonal diberi
tumpuan. ni dapat melahirkan individu yang holistik dan seimbang.
(i) Kemahiran BeIajar Untuk BeIajar
Kemahiran belajar diajar seiringan dan disepadukan dengan pembelajaran
sesuatu mata pelajaran. Kemahiran membaca pantas, mencari dan
memilih maklumat, merujuk, membuat nota, menulis ringkasan, bercakap
di khalayak ramai dan sebagainya diberi penekanan dan disepadukan
dalam proses pengajaran dan pembelajaran.


RGANISASI KURIKULUM
Pendidikan PrasekoIah
Penekanan kurikulum kepada kemahiran dan pengetahuan, di samping
menurut 'graded objectives' (konsep Mastery Learning) dan 'activity-based'.
Program yang anjal, (flexible) dan tidak formal. Proses pembelajaran
secara tidak formal melalui konsep bermain sambil belajar. Bermain-
menjalankan aktiviti secara terancang dan tidak terancang (bebas)
mengikut objektif yang disarankan dalam garis kurikulum. Pembelajaran
berlaku semasa aktiviti dijalankan sama ada dalam bentuk pengalaman,
hasil kerja dan lain-lain. Penekanan kesediaan yang kukuh bagi kemahiran
3M (membaca, menulis, mengira) melalui bermain. ni merupakan
kesediaan bagi kanak-kanak yang akan menghadapi ujian diagnostik pada
tahun 3 (program Lompat Kelas). Kawalan harus dititikberatkan supaya
guru tidak mengajar 3M 'right away'.
Perlunya ada kesinambungan prasekolah- tahun 1 dijalankan agar
pengalaman prasekolah tidak disia-siakan di tahun 1. Kemahiran yang
telah dikuasai oleh kanak-kanak prasekolah patut disambung di tahun 1,
serta diulang dan dipulihkan pada tahun 1 jika kanak-kanak tidak
menguasainya. Bagi mereka yang telah bersedia, pengukuhan dijalankan
untuk mengayakan pengalaman mereka di samping mengurangkan
kebosanan mempelajari perkara yang sama.
Pendidikan Rendah
Tempoh pendidikan rendah adalah antara 5 hingga 7 tahun. Keanjalan
tempoh belajarnya ini memungkinkan kanak-kanak cerdas pintar
menamatkan pendidikan rendah dalam tempoh 5 tahun dan kanak-kanak
yang kurang berkeupayaan dalam tempoh 7 tahun. Walau bagaimanapun,
umumnya, tempoh pendidikan rendah adalah 6 tahun.
Matlamat
Matlamat pendidikan sekolah rendah adalah untuk memastikan
perkembangan potensi kanak-kanak secara bersepadu, menyeluruh dan
seimbang. Aspek-aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani diperkembang
ke arah melahirkan insan yang seimbang, harmonis dan berakhlak mulia.
Struktur Organisasi
$truktur organisasi kurikulum mengandungi komponen-komponen yang
membantu perkembangan kanak-kanak secara bersepadu. Komponen-
komponen yang dicadangkan ialah :
O Komunikasi
O Matematik, sains dan teknologi
O Kerohanian, nilai dan sikap
O Kemanusiaan dan kesenian
O Perkembangan diri
O Kokurikulum
i. Komunikasi
Fokus utama kurikulum merangkumi Bahasa Melayu, Bahasa nggeris,
Bahasa Cina dan Bahasa Tamil. Ketrampilan berbahasa seperti bertutur,
membaca dan menulis dengan berkesan ditekankan terutama dalam
bahasa pengantar sekolah (Bahasa Melayu, Bahasa Cina dan Bahasa
Tamil). Kemahiran-kemahiran asas dalam Bahasa nggeris, Bahasa Cina
dan Bahasa Tamil juga diberi penekanan.
(ii) Matematik, $ains dan Teknologi
Berfokus kepada kemahiran asas-asas operasi matematik, kemahiran
proses sains dan teknologi penguasaan pengetahuan asas diberi
perhatian.
(iii) Kerohanian, Nilai dan $ikap
Tumpuan kepada pemupukan sikap dan nilai murni masyarakat.
Pengetahuan dan amalan agama slam dilanjutkan seperti sedia kala.
(iv) Kemanusiaan dan Kesenian
lmu pegetahuan tentang kemasyarakatan dan kemanusiaan setempat dan
global didedahkan. Melalui kesenian kreativiti bakat dan daya appresiasi
dipupuk.
(v) Perkembangan Diri
Merangkumi perkembangan jasmani dan kesihatan dan mental.
Perkembangan mental seperti pemikiran kritis, menyelesai masalah dan
membuat keputusan gaya kehidupan yang sihat merentas kurikulum.
(vi) Kokurikulum
Lanjutan kepada kurikulum bilik darjah, dalam bentuk pelbagai aktiviti.
Keigatan-kegiatan persatuan, sukan dan pasukan pakaian seragam
dilanjutkan.
Oleh kerana tempoh persekolahan lebih anjal, dicadangkan supaya
kandungan kurikulum dipertingkatkan mengikut kebolehan dan keupayaan
pelajar seperti berikut :
Peringkat Asas : untuk semua dan dikhususkan kepada kumpulan lemah]
Peringkat &mum : untuk semua dan dikhususkan kepada kumpulan
sederhana]
Peringkat Tinggi : untuk kumpulan cerdas pintar sahaja] (advances)

Pendidikan Menengah
Pendidikan di peringkat ini diberi dalam jangkamasa lima tahun. Pelajar
diberi peluang bersekolah sehingga mereka berumur 17 tahun supaya
lebih bersedia untuk memasuki pasaran pekerjaan. a memberi peluang
murid-murid mengikuti beberapa jenis kursus agar dalam tahun-tahun
kesepuluh mereka boleh belajar berdasarkan bakat dan kemampuan serta
menentukan bidang pekerjaannya untuk masa depan.
Matlamat
Matlamat pendidikan menengah adalah untuk memperkembangkan potensi
individu secara bersepadu dan menyeluruh dari segi intelek, rohani, emosi
dan jasmani ke arah melahirkan insan yang seimbang, berakhlak mulia dan
berketrampilan untuk pembangunan negara.
Struktur Organisasi
Kurikulum peringkat menengah digubal tiga peringkat iaitu :
Kursus Peringkat Asas :
O Mengembangkan kemahiran untuk kehidupan positif dan produktif
O Mengajar mata pelajaran akademik dan kemahiran sehubungan
untuk alam pekerjaan
Kursus Peringkat Umum
O Mengembangkan kemahiran berkomunikasi, kemahiran peribadi dan
aplikasi praktikal
O Mengajar kemahiran akademik dan kemahiran sehubungan untuk
alam pekerjaan taupun untuk melanjutkan program pendidikan di
peringkat maktab/politeknik
Kursus Peringkat Tinggi
O Mengembangkan kefahaman tentang prinsip, teori, aplikasi praktikal
dan isi kandungan kursus pengajian
O Mengajar kefahaman akademik untuk kemasukan institusi pengajian
tinggi
Kursus-kursus pengajian dibahagikan kepada dua kumpulan
1. Kumpulan Teras
O Komunikasi
O Matematik, sains dan teknologi
O Kerohanian, nilai dan sikap
O Perkembangan diri
2. Kumpulan Elektif
Pelbagai mata pelajaran elektif ke arah pengkhususan ataupun alam
pekerjaan.

PRSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Pengajaran dan pembelajaran merupakan aspek penting dalam
pelaksanaan kurikulum. Menjelang abad ke 21 pelajar perlu mendapat
segala kemudahan yang disediakan untuk membantu mereka dalam
proses pembelajaran. Komputer sudah pasti digunakan secara meluas.
$umber pengetahuan utama abad ke 21 kelak merupakan sumber yang
berkaitan dengan teknologi maklumat. Dengan itu kemudahan seperti
komputer, multi media, cakera padat dan lebuh raya maklumat seperti
'internet' perlu disediakan untuk digunakan oleh semua pelajar. Adalah
diharapkan pengajaran dan pembelajaran pada abad ke 21 dibantu
sepenuhnya oleh komputer. ni bukan bertujuan menggantikan guru
dengan penggunaan teknologi tetapi untuk menimbulkan suasana
pengajaran dan pembelajaran yang lebih menyeronokkan, berkesan dan
lebih bermakna kepada pelajar.
(a) Teknologi Maklumat/Komputer
Dalam konteks pendidkkan, teknologi maklumat merupakan peralatan
teknologi komunikasi atau sistem rangkaian elektronik yang boleh
digunakan untuk mengumpul, menyimpan, memproses, menyalurkan dan
menyampaikan maklumat secara pantas dan tepat seperti NTERNET atau
M&LTMEDA atau HYPERMEDA untuk membantu proses pengajaran
dan pembelajaran.
Perkembangan bidang teknologi maklumat telah dapat memudahkan
manusia berkomunikasi dalam mengurus, menyimpan dan menyebar
maklumat dengan lebih canggih sama ada dalam bentuk data teks, imej
atau suara.
Pelajar dalam abad ke 21 pasti berada dalam gelombang teknologi
maklumat, untuk itu setiap pelajar perlu celik komputer. ni kerana
komputer berupaya meningkatkan mutu pembelajaran. $udah sampai
ketikanya komputer menjadi alat standard di semua sekolah di peringkat
rendah, menengah dan lepasan menengah.
Penggunaan multimedia seperti CD-ROM dapat membantu meningkatkan
penguasaan pelajar dalam pembelajaran. ni kerana sesebuah CD-ROM
mampu menyimpan lebih kurang 20 buah ensklopedia yang tebal. Malah
penggunaan CD-ROM dalam menggalakkan pelajar lebih berdikari untuk
memperolehi ilmu.
$emua sekolah di Malaysia akan dihubungkan antara satu sama lain
melalui JARNG dan seterusnya NTERNET. Pelajar kita akan tergolong
dalam 'global classroom'. Mereka berpeluang bersidang dan bertukar
pendapat tentang apa sahaja dengan rakan mereka di sekolah lain malah
dengan pelajar lain di seluruh dunia.
Dalam era ledakan maklumat dan timbunan ilmu, pengunaan teknologi
komputer menyemarakkan pelajar menyusun maklumat dan pada masa
yang sama mencari suatu fakta spesifik secara efektif dan pantas.

(b) Pengajaran dan Pembelajaran Berpusatkan Pelajar
Proses pengajaran dan pembelajaran dalam abad ke 21 masih tetap
berpusatkan pelajar. Malah ia perlu dipertingkatkan daripada apa yang
diamalkan sekarang. Guru memainkan peranan lebih penting kepada
pelajar dengan melibatkan pelajar sepenuhnya secara aktif dalam semua
aktiviti sama ada di dalam atau di luar darjah. Guru lebih-lebih lagi
berperanan sebagai pemudah (fasilitator) pembelajaran dan berperanan
sebagai pembekal maklumat.
Pelbagai aktiviti pengajaran dan pembelajaran perlu dirancang oleh guru
bagi membina dan mengukuhkan minat murid terhadap pembelajaran.
Murid dibimbing supaya bersedia menerima pengajaran dan berupaya
untuk meneruskan pembelajarannya sendiri. Pelajar ketika itu perlu dilatih
untuk berdikari, yakin pada diri sendiri dan meningkatkan rasa
tanggungjawab.
Dalam rangka pengajaran dan pembelajaran berpusatkan pelajar, tenaga
pengajar/guru di sesebuah bilik darjah sekurang-kurangnya terdiri daripada
seorang guru dan seorang pembantu guru untuk membimbing pelajar yang
tidak melebihi 25 orang pelajar. Keadaan kelas dengan dua orang guru
dengan sekelompok murid patut dijadikan amalan bagi meningkat dan
mengukuhkan proses pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan
pelajar.
(c) Pendidikan Jarak Jauh
Pendidikan Jarak Jauh (PJJ) merupakan kesinambungan inovasi kreatif
dalam pendidikan diri abad ke 20 ke abad ke 21. Peluasan PJJ seharusnya
sampai ke sekolah dari peringkat rendah lagi tidak sahaja terhad di pusat-
pusat pengajian tinggi. Pendidikan Jarak Jauh dalam proses pengajaran
dan pembelajaran abad ke 21 mengambil kira faktor-faktor berikut :
O Bilangan hari persekolahan adalah fleksibel (mungkin tidak lebih tiga
hari seminggu)
O $etiap sekolah mempunyai kemudahan komputer
O Penggunaan bahan pembelajaran yang telah diterbitkan sebagai
asas untuk pelajar
O Bahan khusus yang terancang untuk memenuhi keperluan belajar
individu
O Kebolehubahan (flexibility) kandungan kurikulum bahan
pembelajaran melalui struktur modular
O Pembentukan bahan pembelajaran yang terancang dan sistematik
mengandungi objektif yang jelas, alat ujian kendiri, aktiviti
pembelajaran dan maklum balas pelajar.

(d) Pendekatan Modular
Pendekatan secara modular berperingkat kesukaran bagi setiap tajuk
disediakan dalam bentuk bercetak dan/atau CD-ROM untuk satu-satu
tahun pengajian. Modul ini disediakan untuk semua mata pelajaran di
semua peringkat persekolahan.
Pelajar boleh beralih ke modul berikutnya apabila selesai menggunakan
modul yang disediakan tanpa menunggu arahan guru. Pendekatan modul
ini telah diamalkan di institusi pengajian tinggi tempatan. Apa yang perlu
ialah menyesuaikannya mengikut tahap kebolehan pelajar.
(e) Mastery Learning
Pendekatan pembelajaran berfokus kepada penguasaan pelajar terhadap
sesuatu perkara yang diajarkan kepada mereka. Penguasaan pelajar
ditentukan melalui ujian diagnostik. Tindakan susulan diberikan kepada
mereka yang belum menguasai supaya kelemahan mereka tidak terhimpun
di akhir setiap pembelajaran.
(f) 'Tracking' dan 'Banding'
Bergantung kepada tahap penguasaan pembelajaran, pelajar ditempatkan
dalam beberapa kumpulan sama ada kumpulan asas (basic), kumpulan
umum (general) atau kumpulan maju (advance). Pembelajaran juga
dilaksanakan mengikut sistem banding iaitu 'vertical' dan 'horizontal'.
Melalui sistem ini pelajar berubah kelas mengikut kebolehan dalam mata
pelajaran. Misalnya pelajar Tahun 2 sekolah rendah boleh mempelajari
matematik Tahun 3 sekiranya ia sudah menguasai kemahiran matematik
Tahun 2.
(g) $istem Kredit
&nit kredit adalah nilai masa/tempoh dan tugasan yang diperlukan oleh
pelajar untuk menyiapkan kerja-kerja kursus yang telah ditetapkan bagi
setiap kursus pengajian. Kerja-kerja kursus ini termasuklah menghadiri
kelas, membuat kerja projek, tugasan, kerja-kerja makmal dan amali.
Pelajar dibenarkan mengulang mata-mata pelajaran yang tidak mencapai
asas yang ditetapkan.



PENILAIAN
Aspek penilaian kemajuan pelajar adalah penting untuk menentukan tahap
penguasaan, kemahiran dan penghayatan. Maklumat tentang tahap
penguasaan pelajar menjadi petunjuk untuk membuat perancangan
pengajaran dan pembelajaran seterusnya. Alat-alat dan perkaedahan
penilaian mestilah benar-benar dapat mengukur dengan tepat kebolehan
dan keupayaan pelajar.
(a) Penilaian Berasaskan $ekolah
$ekolah terus diberi mandat untuk mengendalikan penilaiannya sendiri. ni
memandangkan hanya pihak sekolah sahaja yang tahu tahap pencapaian
muridnya. Pelajar dinilai mengikut tahap masing-masing. Pelajar cemerlang
akan naik ke tahap yang lebih tinggi manakala pelajar yang sederhana dan
lemah diberi tindakan susulan melalui program pemulihan dan pengayaan.
(b) Penilaian Berterusan
Penilaian berterusan dijalankan untuk mempastikan pelajar benar-benar
sudah menguasai pengetahuan dan kemahiran yang dikehendaki (mastery
learning). Penilaian berterusan dapat mengenal pasti tahap penguasaan
pelajar supaya kelemahan pelajar diatasi dan tidak terhimpun sehingga
akhir pembelajaran.
(c) Penilaian Berasaskan Elemen $ubjek
$etiap subjek (mata pelajaran) mengandungi pelbagai elemen, selain
daripada pengetahuan dan kemahiran. Elemen-elemen sesuatu subjek
perlu diberi penekanan untuk menilai sama ada pelajar benar-benar
mengetahui dan menguasai subjeknya. Misalnya dalam subjek Pengajian
Kejuruteraan Awam, elemen-elemen seperti kebolehan berkomunikasi,
kebolehan mereka (design), kebolehan praktik, kebolehan menyiasat,
kebolehan mengurus dan kebolehan membuat anggaran dinilai bersama
dengan pengetahuan.
(d) Penilaian Proses Di $amping Penilaian Hasil
Proses yang diambil untuk menghasilkan sesuatu projek perlulah dinilai.
$ekarang ini penilaian hanya dibuat apabila projek itu siap tanpa
mengambilkira prosesnya. $ebagai contoh jika seseorang murid
dikehendaki membuat praktikal di sesebuah kilang sebagai penyelia, guru
perlu membuat penilaian dari hari pertama hinggalah tamat tempoh
praktikalnya. Alat penilaian perlulah dibuat mengikut situasi, tugasan dan
bidang yang dinilai.
(e) 'Authentic Assessment'
'Authentic Assessment' bermaksud murid-murid dinilai mengikut perilaku
yang dikehendaki oleh guru. Murid-murid telah tahu apa yang dikehendaki
daripada mereka dan bagaimana mereka akan dinilai. Penilaian ini
menonjolkan kekuatan murid-murid dan intergrasi antara pengetahuan dan
kemahiran yang dipelajari dari pelbagai sumber. $atu penilaian individu
dan rakan sebaya menggunakan folio, ujian amali dan penilaian
berasaskan prestasi menggunakan faktor, konsep, pengetahuan dan
kemahiran berfikir yang tinggi.
(f) Penilaian Hasil Pembelajaran (Learning Outcomes)
Hasil pembelajaran adalah pengetahuan, kemahiran dan nilai yang boleh
diukur ataupun diperhatikan seperti yang telah ditetapkan pada sesuatu
peringkat persekolah/pembelajaran. Hasil pembelajaran menerangkan
tahap pengetahuan, kemahiran dan nilai yang sepatutnya telah dikuasai.
Kriteria-kriteria tahap penguasaan dikenalpasti dan penilaian
menggunakan &jian Rujukan Kriteria (CRT).
(g) 'Bench Marking'
'Bench Marking' merupakan satu proses pengukuran ke atas hasil, proses
dan prestasi ke arah satu tahap peningkatan yang memuaskan tinggi.
Penilaian dibuat secara berterusan sehinggalah pelajar sudah dapat
mencapai satu tahap penguasaan pembelajaran yang sesuai dengan
kebolehan dan keupayaannya. Tahap pencapaian boleh ditetapkan di
peringkat sekolah, daerah, negeri ataupun negara.
(h) &jian / Peperiksaan $ecara On-Line
&jian dan peperiksaan perlu untuk menentukan piawaian yang dibuat
berdasarkan kepada hasilan pembelajaran yang terbaik. Peratusan pelajar
yang dapat mencapai atau mengatasi piawaian yang ditetapkan memberi
petunjuk kepada kualiti pembelajaran. Bagi memastikan kualiti
pembelajaran sentiasa tinggi, pelajar digalakkan menduduki ujian penilaian
apabila mereka sudah bersedia dan sudah menguasai hasil pembelajaran
yang ditetapkan.



PENUTUP
Perlu ditegaskan bahawa apapun bentuk reformasi kurikulum yang
dianjurkan tidak akan dapat hasil yang diharapkan jika tidak diikuti dengan
penyusunan semula di dalam bidang-bidang lain, kerjasama di antara
agensi-agensi di Kementerian Pendidikan dan mengambil perhatian yang
berat tentang pelaksanaannya. Dalam menjayakan hasrat penubuhan
$ekolah Bestari, tumpuan utama seharusnya diberikan kepada
pembangunan prasarana teknologi, penyediaan latihan semula guru,
penyediaan bahan kursus dan format penilaian, di samping penglibatan
pihak swasta, ibubapa dan komuniti dalam menangani tugas yang besar
ini.

Anda mungkin juga menyukai