Anda di halaman 1dari 9

PERKARA ASAS FARDU AIN (PAFA).

KOD 01 MENGUCAP DUA KALIMAH SYAHADAH. SOALAN Sebutkan Dua Kalimah Syahadah dengan sempurna. JAWAPAN Asyhadu Al-laa ilaha il-lallah. Wa asyhadu anna Muhammadar Rasulullah. SOALAN Nyatakan erti Dua Kalimah Syahadah. JAWAPAN Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah. Dan aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad Pesuruh Allah KOD 02 RUKUN ISLAM. SOALAN Sebutkan Rukun Islam satu persatu. JAWAPAN Rukun Islam lima perkara:
a. b. c. d. e.

Mengucap Dua Kalimah Syahadah. Menunaikan Solat Lima Waktu sehari semalam. Mengeluarkan Zakat. Berpuasa di Bulan Ramadhan. Menunaikan Haji bagi yang berkuasa.

KOD 03 RUKUN IMAN. SOALAN Sebutkan Rukun Iman satu persatu. JAWAPAN Rukun Iman enam perkara:
a. b. c. d. e. f.

Beriman kepada Allah. Beriman kepada Malaikat. Beriman kepada Kitab. Beriman kepada Rasul. Beriman kepada Hari Akhirat. Beriman kepada Qada dan Qadar.

SOALAN Bagaimana anda beriman kepada Allah S.W.T. JAWAPAN Mengaku bahawa allah S.W.T. ada, dan melaksanakan perintahNya dengan sempurna. KOD 04 BERISTINJAK. SOALAN Terangkan bagaimana cara beeristinjak dengan menggunakan batu.

JAWAPAN Menyapu qubul dan dubur dengan menggunakan batu sekurangkurangnya tiga biji batu atau bahan yang kesat sehingga diyakini bersih. SOALAN Terangkan bagaimana cara beristinjak dengan air. JAWAPAN Membasuh qubul atau dubur dengan Air Mutlak sehingga diyakini bersih. KOD 05 MEMBERSIHKAN ANGGOTA BADAN, PAKAIAN, DAN TEMPAT DARIPADA NAJIS. SOALAN Kain ini terkena najis Mukhaffafah. Terangkan dan tunjukkan cara bagaimana menyucikannya. JAWAPAN Percikkan air Mutlak di kawasan yang terkena najis, kemudian keringkan. SOALAN Kaki anda terkena najis Mutawasitah. Terangkan dan tunjukkan cara bagaimana menyucikannya. JAWAPAN 1. Bersihkan najis dari tempatnya. 2. Siram dan gosok sehingga hilang bau, warna,dan rasanya. 3. Bilas dengan air Mutlak dan keringkan. SOALAN Di lantai ini terdapat najis Mghallazah. Terangkan dan tunjukkan cara bagaimana menyucikannya. JAWAPAN 1. Bersihkan najis dari tempatnya. 2. Siram sekali dengan air yang bercampur tanah. 3. Gosokkan dengan sabun sehingga hilang warna, bau, dan rasa. 4. Siram enam kali dengan air Mutlak. KOD 06 CARA BERWUDUK. SOALAN Tunjukkan cara berwuduk dengan betul dan sempurna. JAWAPAN 1. Membaca Bismillahir Rahmanir Rahim. 2. Membasuh kedua-dua tangan hingga ke pergelangan tangan 3X. 3. Berkumur-kumur 3X. 4. Memasukkan air ke dalam hidung, kemudian mengeluarkannya 3X. 5. Menyebut lafaz niat wuduk : Nawaitu raf- al hadasil asghar lillahi taaala. Sambil membasuh seluruh muka 3X.

6. Membasuh tangan kanan hingga ke siku 3X. 7. Membasuh tangan kiri hingga ke siku 3X. 8. Menyapu sebahagian kepala atau ubun-ubun 3X. 9. Menyapu kedua-dua telinga dengan air 3X. 10. Membasuh kaki kanan dan kaki kiri hingga ke buku lali 3X. 11. Menghadap kiblat dan berdoa:

Asy hadu al-laa ilaha il-lallah, wahdahu laa syarikalah, Wa asy hadu anna Muhammadan abduhu warasuluh, Allahummaj alnii minat tauwaa bin, waj alnii minal Mutatah hirin, Waj alnii min ibadikas solihin.
KOD 08 CARA MANDI WAJIB (HADAS BESAR). SOALAN Nyatakan sebab-sebab yang mewajibkan mandi. JAWAPAN Sebab-sebab yang mewajibkan mandi:
1. 2. 3. 4. 5. 6.

Keluar mani. Haid. Janabah (bersetubuh) Wiladah. Nifas. Mati, selain mati syahid.

SOALAN Terangkan cara mandi wajib yang betul dan sempurna. JAWAPAN Cara-cara mandi wajib :
1. Bersihkan badan dari segala kekotoran. 2. Hilangkan segala benda yang boleh menghalang air sampai ke kulit anggota

badan 3. Ambil wuduk. 4. Siramkan air ke atas kepala sambil membaca niat: 5. Nawaitu raf- al hadasil akbari fardan alaiya lillahi taaala. ( sahaja aku mengangkat hadas yang besar fardu ke atas ku kerana Allah taala )
6. Jiruskan air ke anggota badan sebelah kanan 3X dan sebelah kiri 3X. 7. Ratakan air ke seluruh badan. Selatkan rambut, janggut, dan semua bulu

supaya air sampai ke kulit. Ratakan juga air ke tempat lipatan-lipatan dan celah anggota badan yang zahir seperti telinga, hidung, mata, ketiak, pusat, selah paha, qubul dan dubur dalam keadaan mencangkung.

8. Jika air tidak rata dengan 3 jirusan seperti di atas, maka hendaklah ditambah

lagi jirusan sehingga air rata ke seluruh anggota badan. Semasa meratakan air, hendaklah dijaga supaya tangannya tidak menyentuh qubul dan dubur tanpa lapik yang menyebabkan wuduknya batal. KOD 09 AZAN, IQAMAH, JAWAPAN DAN DOA SELEPAS AZAN/IQAMAH. SOALAN (Lelaki) Anda dikehendaki melaksanakan azan dengan betul dan sempurna. JAWAPAN Allahu Akbar Allahu Akbar 2X Asy hadu al-laa ilaha il-lallah 2X Asy hadu anna Muhammadar Rasulullah 2X Haiya alas solah 2X Haiya alal falah 2X
y Assolatu khairum minan naum 2X

Allahu akbar allahu akbar 1X Laa ilaha il-lallah 1X SOALAN (Perempuan) Anda dikehendaki menerangkan cara melaksanakan azan dengan betul dan Sempurna. JAWAPAN 1. Bewuduk (makruh azan tanpa wuduk) 2. Berdiri menghadap Qiblat. 3. Meletakkan jari telunjuk di telinga. 4. Mengalunkan lafaz azan. SOALAN Dengar azan dan jawab azan dengan betul dan sempurna. JAWAPAN Allahu akbar Allahu akbar 2X
y y # Jawab Allahu akbar Allahu akbar 1X

Asy hadu al-la ilaha il-lallah 2X


y y # Jawab Asy hadu al-la ilaha il-lallah 1X

Asy hadu anna Muhammadar Rasulullah 2X

y y # Jawab- Asy hadu anna Muhammadar Rasulullah. 1X

Haiya alas solah 2X


y y # Jawab- Laa haula wala quata il-laa bil-laa 1X

Haiya alal falah 2X


y y # jawab- Laa haula wala quata il-laa bil-laa 1X

As Solatu khairum minan naum 2X


y y # Jawab- Sodakta wa bararta 1X

Allahu akbar Allahu akbar 1X


y y # Jawab- Allahu akbar Allahu akbar 1X

Laa ilaha il-lallah 1X


y y # jawab- Laa ilaha il-lallah 1X

SOALAN Anda dikehendaki memperdengarkan Iqamah dengan betul dan sempurna. JAWAPAN Berdiri menghadap Qiblat. Menyebut lafaz Iqamah: Allahu akbar Allahu akbar 1X Asy hadu al-laa ilaha il-lallah 1X Asy hadu anna Muhammadar Rasulullah 1X Haiya alas solah 1X Haiya alal falah 1X Qad qaa matis solah 2X Allahu akbar Allahu akbar 1X Laa ilaha il-lallah 1X SOALAN Dengar Iqamah dan jawab dengan betul dan sempurna. JAWAPAN Allahu akbar Allahu akbar 1X = lafaz sama Asyhadu alla ilaha il-lallah 1X = ,, Asy hadu anna Muhammadar Rasulullah 1X = ,,

Haiya alas solah 1X = Laa haula wala quata Haiya alal falah 1X = Laa haula wala quatay y y y y y y y y y y y Qad qaa matis solah 2X = Aqa mahallahu wa-ada maa dam-matis samawati wa ard, Waja alani minas solihi ahliha Allahu akbar allahu akbar = lafaz sama Laa ilaha il-lallah = lafaz sama SOALAN Anda dikehendaki membaca doa selepas Azan dan Iqamah JAWAPAN Allahumma rabba hasihid dakwatit tam-mati was- solatil qaa imah, Aa-ti saidina Muhammadanil wasiilatah, wal- fadhilah, Wab ashul maqaamam mahmudanil lazi wa- adtah. KOD 10 SOLAT FARDU SOALAN Anda dikeendaki memperdengarkan (Tasmi) bacaan-bacaan berikut: JAWAPAN a. Lafaz niat solat fardu
y y y y y

SUBUH Usalli fardas subhi rak ataini ada an lillahi taala ZUHUR Usalli fardaz zuhri ar baa raka-atin adaan lillahi taala ASAR Usalli fardal asri ar baa raka-atin adaan lillahi taala MAGHRIB Usalli fardal maghribi salaasa raka-atin adaan lillahi taala ISYAK Usalli fardal isya-I ar baa raka-atin adaan lillahi taala

1. Takbiratul Ihram 2. Allahu Akbar 3. Doa Iftitah

Allahu akbar kabiira, walhamdu lillahi kasira, Wasubha nallahi bukratau wa asiila, Waj jahtu wajhiya lil lazi fataras samawati wal ard, Hanifam muslimau wama ana minal musyrikin, Inna solati wa nusuki wa mah yaya wa mamati Lillahi rabbil aa lamin, Laa syarii ka lahu wa biza lika umir tu wa ana minal muslimin.
4. 5. 6. 7. 8.

Surah Al Fatihah Surah Bacaan Rukuk - Subhana rabbiyal azimi wabi hamdih Bacaan Iktidal - Sami allahu liman hamidah, Rabbana lakal hamdu Bacaan Sujud - Subhana rabbiyal a-laa wabi hamdih

9. Bacaan Duduk antara dua sujud

Rabbigh firli, warhamni, waj burni, warfakni, war zukni, wahdini, wa afini, wak fu anni 10. bacaan Tahiyat At tahiyatul mubarakatus solawatut tai baatu lillah Assalamu alaika aiyuhan nabiyu warah matullahi wabarakatuh Assalamu alaina wa ala ibadil lahis soolihin Asy hadu alla ilaha illallah Wa asy hadu anna Muhammadar rasulullah Allahumma solli ala saidina Muhammad 11. Bacaan tahiyat Akhir (Baca semula bacaan tahiyat di atas dan sambung bacaan di bawah.) Wa ala aali Muhammad, Kama sollaita ala Ibrahim, Wa ala ali Ibrahim, Wabarik ala Muhammad, wa ala ali Muhammad, Kama barak ta ala Ibrahim, wa ala ali Ibrahim Fil alamin , innaka hamidum majid. 12. Salam - Assalamu alaikum warah matullah Doa Qunut

Allahummah dini fiman hadait Wa afini fiman afait Wa tawal lani fiman tawal lait Wawaba rikli fi ma atait Wakini syar rama qadait Fa innaka taqdi wala yukda alaik Wa inna hu laa yazillu man walait Wala yaizzu man adait Taba rakta rabbana wata alait Falakal hamdu ala maa qadait Wa astaghfirka wa atuubu ilaik Wa sollallahu ala saidina Muhammadin wa ala aa lihi wasoh bihi wasallam
JAWAPAN Calon/pelajar melakukan solat dengan betul dan sempurna. KOD 12 PUASA SOALAN Sebutkan lafaz niat puasa Ramadhan dan nyatakan ertinya. JAWAPAN Lafaz niat puasa Ramadhan: Nawaitu sauma ghadin an ada-I fardi syahri ramadhana hazihis sanati lillahi Taala. ( Sahaja aku berpuasa esok hari, menunaikan puasa fardu Ramadhan tahun ini kerana Allah taala) SOALAN Sebutkan perkara yang membatalkan puasa.

JAWAPAN Perkara yang membatalkan puasa ialah:


1. makan atau minum pada siang hari dengan sengaja. 2. Memasukkan sesuatu ke dalam rongga badan 3. Muntah dengan sengaja 4. Melakukan persetubuhan pada siang hari 5. Mengeluarkan mani dengan sengaja 6. Keluar darah haid dan nifas 7. Gila 8. Mabuk atau pengsan pada siang hari 9. Berbuka puasa sebelum masuk waktu maghrib 10. Murtad

SOALAN Nyatakan hikmat puasa. JAWAPAN Antara hikmat puasa:


1. 2. 3. 4. 5.

Mengukuhkan Iman dan Taqwa kepada Allah. Membentuk sifat-sifat mulia seperti sabar, berdisiplin, bertimbangrasa, Dan bersyukur. Dapat menjauhkan diri daripada segala dosa dan kejahatan Mendapat kesihatan dan kecerdasan.

KOD 13 ADAB TERHADAP IBU BAPA. SOALAN Terangkan jasa dan pengorbanan ibu bapa yang mesti dikenang oleh seorang anak JAWAPAN Jasa dan pengorbanan yang mesti dikenang oleh seorang anak ialah:
a. b. c. d. e. f. g.

mengandung melahirkan menyusukan mengasuh mendidik memberi nafkah mengasihi

SOALAN Apakah perasaan mulia yang mesti ada pada seorang anak terhadap ibu bapa JAWAPAN Perasaan mulia yang mesti ada pada seorang anak terhadap ibu bapa ialah kasih sayang SOALAN Bagaimana cara menghormati ibu bapa JAWAPAN Cara menghormati ibu bapa :
a. beradab sopan seperti bercakap baik, berlemah lembut, bergaul mesra dan

sentiasa

b. c. d. e.

menjaga perasaan mereka. mendoakan mereka menziarahi mereka, sekiranya anak tinggal di tempat berasingan menghormati sahabat-sahabat mereka

SOALAN Bagaimana cara mentaati ibu bapa. JAWAPAN Cara mentaati ibu bapa
a. Patuh setiap suruhan ibu bapa yang tidak bertentangan dengan ajaran Islam b. Tidak membantah atau kasar tutur kata terhadap ibu bapa

KOD 15 IHSAN SOALAN Apakah yang dimaksudkan dengan Ihsan. JAWAPAN Melakukan ibadah kepada Allah dengan sebaik-baiknya seolah-olah kamu melihat Allah Melihat kamu. Iaitu:
o o o

Allah melihat apa yang anda lakukan Allah mendengar apa yang anda perkatakan Allah mengetahui apa yang anda fikirkan

SOALAN Sebutkan sifat utama dalam Ihsan. JAWAPAN Sifat utama dalam Ihsan ialah Ikhlas semata-mata kerana Allah. SOALAN Apakah kebaikan yang diperolehi oleh orang yang berbuat Ihsan. JAWAPAN Kebaikan yang diperolehinya ialah:
1. 2. 3. 4. 5. 6.

Allah sentiasa mengasihinya Jaminan masuk syurga Allah mengampuni disanya Dapat pahala Mendapat rahmatNya Dapat pertolongan Allah

Anda mungkin juga menyukai