Anda di halaman 1dari 2

Lagi Bukti Kesesatan Rufaqa

Nak Bukti lagi, Mari tonton VCD ini:


http://rufaqa.multiply.com/

Pada 5 Ogos 1994, Majlis Fatwa Kebangsaan telah mengeluarkan fatwa bahawa Ajaran
al-Arqam atau Aurad Muhammadiah adalah sesat lagi menyesatkan dan terkeluar dari
akidah Ahli Sunnah wal Jamaah. Bagaimanapun, ajaran sesat ini terus berkembang dan
merosakkan akidah masyarakat Islam dan boleh menjejaskan keharmonian hidup
beragama dan keselamatan negara.

Berikut adalah sedutan daripada VCD Kuliah Minda yang bertajuk Hubungan Dengan
Mursyid (Asaari) yang disampaikan oleh Mejar (B) Abu Zar yang merupakan salah
seorang pemimpin Rufaqa.

Kesalahan

1. Boleh berbincang dengan Allah untuk menentukan siapa yang boleh dikenakan
penyakit dan setakat mana kesakitannya. Ini salah kerana mencampuri urusan Allah
ke atas makhluk-Nya seumpama Allah tidak tahu tentang makhluk-Nya.
Petikan daripada VCD Kuliah Rufaqa:

�"katakan kita dah ditakdir jatuh sakit, mula mula yang tahu dulu abuya. Kalau
murid abuyalah, abuya boleh tanya pula, itu sakit berat ke tak? Kemudian abuya
tengok kita punya iman. Oh, iman dia ni boleh tahan. Ok, sakit. Kalau sakit berat,
abuya tengok orang ni tak tahan, dia kata, �ya allah Kau bagi separuh saja separuh
lagi bagi aku, iman dia tak cukup kuat untuk menanggung kesakitan tersebut nanti
dia akan melatah dan bersangka buruk pada Allah"
__________________________________________________________
Kesalahan:

2.1 Mendakwa Asaari mendapat ilham dan wahyu.

2.2 Tafsiran menyeleweng ayat 282 Surah al-Baqarah. Mereka mendakwa ayat itu
adalah dalil adanya ilmu laduni. Ilmu ini tiada dalam Islam dan seluruh ulama
muktabar menolaknya.

2.3 Ayat 282, Surah al-Baqarah adalah ayat yang menerangkan tetang hutang piutang
dan urusan muamalat antara manusia. Tiada kaitan dengan ilmu laduni Asaari.
Petikan daripada VCD Kuliah Rufaqa:

"Apa tu MINDA? Istilah MINDA digunakan untuk mengaburi orang awam & pihak musuh..
maksud sebenar MINDA adalah ILHAM = WAHYU.. bezanya ilham dah ditapis &
diringankan/ditawarkan 46 kali berbanding wahyu.

Mengapa Allah tak beri wahyu, hanya beri ilham pada abuya? Jawapannya sebab jiwa
abuya tak tahan & tak cukup kental untuk terima wahyu (dibezakan dengan jiwa para
anbiya' yang menerima didikan langsung daripada Allah, sedangkan jiwa manusia
biasa sudah bercampur aduk dengan didikan manusia lain pada peringkat awal).

Sampai satu tahap di mana tahap ketaqwaan manusia (dalam kuliah ni dimaksudkan
Asaari) melebihi tahap ketaqwaan umat manusia semuanya, maka Allah pula ambil
peranan untuk didik manusia (Asaari) tu.. dari situlah datangnya ilham.. kemudian
disebutkan firman Allah: "jika kamu benar2 taqwa, Akulah yang mengajar kamu
ilmu.."
- Surah al-Baqarah: Ayat 282.
_________________________________________________________

Kesalahan:

3. Asaari mendakwa ada kuasa untuk berbincang dengan Allah dan Malaikat Maut untuk
menentukan tarikh kematian seseorang. Selain itu, Asaari juga mendakwa ada
keupayaan untuk menangguh dan menukarkan ajal seseorang kepada orang lain yang
dikehendakinya.

Petikan dari VCD:

"Sampai masa nak mati, ajal abuya tahu dulu. Orang ni akan temui ajal sekian
sekian masa. Abuya akan tanya; kita ni mati agak agak baik ke jahat?

Kata mati baik. Tak pe, silalah ambik anak buah aku tu dulu. Tapi kalau jahat
abuya minta tangguh dulu. Habis tu macam mana? Gantilah dengan siapa siapapun yang
dah �siap�. Pengikut-pengikut, anak-anak ke, isteri ke. Ustaz Nizam tu (anak kedua
Asaari) patutnya dah lama wafat, tapi abuya bertolak ansur dengan Allah, "Ya Allah
bukan senang nak latih orang macam ni. Habis tu ganti? Ambillah Walidah (isteri
Asaari yang mandul), lagipun dia tiada anak, bertakwa, Orang rohani. Lagipun kalau
dia mati, dia ada peranan di alam Roh. Ganti Wahida. Ganti Ustaz Nizam.

Ha, benda-benda macam tu berlaku. Jadi macam tu berlaku. Kita tak perasan. Mati
kitapun ditangguh. Mati kita boleh ditangguhkan. Abuya boleh runding dengan Tuhan
supaya mati kita tu selamat.

______________________________________________________

Kesalahan:

4.1 Asaari akan membantu secara roh ketika pengikutnya mati sama ada semasa
sakaratulmaut atau semasa dalam kubur.

4.2 Pembelaan Asaari menyebabkan Malaikat takut hendak bertanya atau bertindak ke
atas si mati.

4.3 Asaari mendakwa dia adalah �orang Tuhan� yang bererti wakil Tuhan.

Petikan dari VCD:

�"bila pengikut abuya sampai pada sakaratul maut, abuya akan duduk di sebelah
kanan.. maka syaitan tak berani datang dekat sebab abuya (orang Tuhan) ada kat
situ dalam kubur, ada lembaga putih (disebutkan 'ruh muqaddas abuya') duduk
sebelah mayat pengikut abuya� Bila malaikat Munkar & Nakir datang nak tanya
soalan, lembaga tu akan kata: "Ya Munkar, Nakir. Ini anak murid saya. Kalau ada
apa-apa tanyalah saya." Jadi malaikat Munkar & Nakir tak dapat buat apa-apa pada
mayat tersebut sebab abuya tu orang Tuhan."

Anda mungkin juga menyukai