Anda di halaman 1dari 21

GEJALA SOSIAL REMAJA -PANDANGAN DR FATIMAH YUSUF (CAHAYA OKTOBER) <?

xml:namespace prefix = o ns = "urn:schemas-microsoft-com:office:office" /> PANDANGAN PAKAR Oleh: Nik Suhaila/ Haslinda

Saban hari isu-isu gejala sosial yang membabitkan gadis remaja hangat diperkatakan , secara tidak langsung, isu ini turut menggambarkan bahawa bahawa gadis remaja kini semakin agresif, berani, liar . Siapa yang harus dipersalahkan dan mengapa perkara ini berlaku? Sehubungan dengan itu CAHAYA berpeluang menemu ramah Prof. Dr Fatimah Yusoff, Ketua Program Psikologi, Pusat Pengajian Psikologi dan Pembangunan Manusia UKM bagi mengupas permasalahan gejala sosial di kalangan remaja perempuan ini dengan lebih lanjut. Perasaan Ingin Tahu dan Ingin Mencuba Remaja ialah mereka yang berumur 18 tahun ke bawah. Pada peringkat usia ini, mereka mempunyai perasaan ingin tahu yang tinggi. Justeru apa-apa sahaja perkara baru yang terjadi di sekeliling mereka, akan mengundang perasaan ingin tahu di kalangan remaja. Secara tidak langsung membuatkan mereka terdorong untuk mencuba dan melakukan perkara-perkara tersebut. Perasaan begitu sebenarnya adalah baik untuk remaja, namun yang menimbulkan masalah apabila mereka tiada guide line dari orang-orang yang sepatutnya, umpamanya para ibu bapa, keluarga, jiran dan sebagainya. Jadi perasaan ingin tahu remaja akan mendorong mereka melakukan apa ingin dilakukan tanpa memikirkan baik atau buruknya perkara perkara tersebut. Pengaruh Rakan Sebaya Kawan-kawan menjadi orang yang rapat dengan mereka. Kawan yang baik, boleh membimbing mereka kepada kebaikan, namun jika tersilap memilih kawan, akan mempengaruhi mereka kepada perkara-perkara yang buruk. Selain itu sikap remaja turut menyumbang kepada gejala sosial, kadangkala mereka ini terlalu mudah mempercayai orang lain. Umpamanya, jika mereka merasakan rakan-rakan mereka lebih rapat dan lebih memahami, dengan mudah mereka akan mengikut apa yang dilakukan oleh rakan-rakan. Mereka lupa bahawa kawan juga kadangkala boleh makan kawan. Dalam keadaan ini ramai para remaja terjerumus ke dalam gejala sosial. Dahagakan Keseronokkan Sikap remaja juga dahagakan keseronokan. Jadi apa sahaja benda-benda yang memberikan keseronokan kepada mereka akan dilakukan sama ada kerana terikut-ikut dengan sikap kawan-kawan atau pilihan sendiri. Hal ini menyebabkan remaja terlibat dengan rokok, pergaulan bebas, lepak, mat rempit, dadah dan sebagainya. Ketika ini apa yang terlintas di pemikiran mereka adalah keseronokan tanpa memikirkan akibat perbuatan mereka itu kelak. Pengaruh Media <?xml:namespace prefix = st1 ns = "urn:schemas-microsoft-com:office:smarttags" />Massa Media massa juga menjadi penyumbang kepada berlakunya gejala sosial di kalangan para remaja hari ini. Namun tidak semuanya apa yang dipaparkan di media massa itu memberikan kesan yang buruk. Namun, ada segelintir program-program dan drama-drama yang memaparkan pergaulan bebas di kalangan remaja, programprogram realiti tv serta rancangan-rancangan yang bersifat hiburan semata-mata mempengaruhi para remaja dengan perkara yang tidak baik. Umpamanya corak pergaulan remaja yang jauh dari nilai-nilai ketimuran, cara berpakaian yang kurang sopan dan gaya hidup yang mengikut cara barat Sikap Keluarga Dalam hal ini keluarga juga ada kalanya menjadi pendorong bertambahnya gejala sosial di kalangan remaja. Saya tidak katakan semua keluarga. Apa yang dimaksudkan ialah keluarga yang mengamalkan sikap terlalu mengongkong atau terlalu memberikan kebebasan kepada para remaja

Keluarga yang terlalu mengongkong ialah keluarga yang mengamalkan sikap terlalu tertutup. Maksudnya keluarga itu seolah-olah telah menetapkan suatu undang-undang atau peraturan yang perlu diikuti oleh setiap ahli keluarga tanpa kompromi. Keadaan ini boleh menyebabkan jiwa remaja memberontak dan jika berpeluang keluar dari keadaan itu mereka akan melakukan apa sahaja yang terlintas di fikiran tanpa berfikir panjang. Manakala keluarga yang terlalu memberikan kebebasan ini biasanya bersikap terbuka yang keterlaluan. Di dalam keluarga sebegini, tiada suatu peraturan atau ketetapan khusus yang diamalkan. Keadaan ini juga tidak baik kerana para remaja perlukan sesuatu yang boleh dijadikan panduan untuk menjalani kehidupan mereka. Tanpa panduan, belum tentu mereka dapat melalui kehidupan ini de Institusi keluarga penting untuk membantu mengelakkan para remaja dari terjebak dengan gejala sosial. Paling penting perlu dititik beratkan tentang agama. Adanya asas agama yang teguh, remaja tidak akan sewenang-wenangnya terjerumus ke arah perkara yang tidak baik. Dalam hal ini peranan ibu bapa sangat penting sebagai contoh kepada anak-anak. Kesibukan bukan alasan sebagai penghalang ibu bapa mengambil berat hal anak-anak mereka. Paling penting ibu bapa tahu berperanan dan mengamalkan masa yang berkualiti dengan anak-anak. Ibu bapa seharusnya mempunyai masa untuk berkomunikasi dan mengambil tahu perihal anak-anak mereka. Selain itu, ibu bapa yang memiliki anak remaja hendaklah menjadi rakan kepada mereka. Dengan ini anak-anak akan lebih mempercayai ibu bapa dan menjadikan mereka sebagai rujukan jika berdepan dengan masalah. Apabila anakanak bercerita tentang masalah mereka, ibu bapa hendaklah memberikan tumpuan. Jangan terus membuat spekulasi yang tidak baik ataupun terus menghukum. Berikan masa untuk berbincang dan mencari jalan penyelesaian terbaik. Ibu bapa juga digalakkan merancang aktiviti bersama anak-anak dan ahli-ahli keluarga. Contohnya, di bulan Ramadan ini, seboleh-bolehnya semua ahli keluarga berkumpul untuk berbuka puasa ataupun bersama-sama ke surau atau masjid untuk menunaikan solat sunat Tarawih. Para ibubapa juga perlu sentiasa memantau keadaan anak-anak, tidak boleh just take for granted. Mereka tidak boleh membiarkan anak-anak bersendirian menentukan jalan hidup mereka. Anak-anak perlu dibimbing. Selain itu, ibubapa perlu mengenali rakan anakanak remaja mereka. Jika perlu, sesekali minta supaya anak-anak membawa rakan-rakan mereka ke rumah supaya dapat dipastikan dengan siapa anak kita berkawan. Doalah sentiasa agar anak-anak kita terhindar dari perkara-perkara yang tidak diingini seperti itu. Ingatlah, doa ibubapa sangat penting untuk kesejahteraan hidup anak-anak. Nasihat Untuk Remaja Kepada semua remaja, saya menyarankan agar sentiasa berwaspada dalam apa sahaja yang dilakukan. Jika berkawan, pilih kawan-kawan yang boleh memimpin ke jalan kebaikan bukannya kawan yang memusnahkan hidup . Jangan mudah terpengaruh. Kenali orang-orang di sekeliling . Penting juga anak-anak remaja mendapatkan seseorang yang boleh menjadi role model. Pilihlah mereka yang telah menempa kejayaan dalam kehidupan mereka supaya dapat dijadikan panduan untuk mencipta kegemilangan ujar Prof Dr Fatimah mengakhiri wawancara dengan CAHAYA. Tarikh Editor : projakim : Oktober 3, 2006 2:05pm

Media massa merupakan antara faktor berlakukan gejala sosial.


Posted on 25 Mac, 2008 by admin Dahulu, pada zaman manusia belum mencapai tahap ketamadunan yang tinggi, alat komunikasi dan perhubungan untuk menyampaikan maklumat tidak dicipta. Mereka sekadar menggunakan burung dan asap daripada unggun api sebagai petunjuk dan utusan kepada seseorang. Namun, pada era teknologi maklumat kini, mesej-mesej dapat disampaikan dalam sekelip mata. Media massa terbahagi kepada dua iaitu media cetak seperti risalah, majalah,

dan akhbar manakala media elektronik pula iaitu Internet, televisyen, dan radio. Namun demikian, media massa telah disalahgunakan dan menjadi salah satu daripada punca penyumbang utama berlakunya gejala sosial. Tidak dapat dinafikan lagi, media massa merupakan penyumbang utama kepada keruntuhan moral di kalangan belia. Program-program televisyen khasnya, lebih mementingkan hiburan daripada maklumat. Tayangan-tayangan filem Barat dan Hindustan contohnya, telah menolak unsur-unsur ketimurah yang sebati dalam jiwa masyarakat. Adegan-adegan lucah hanyalah sebagai halwa mata bagi mereka. Jadi, apabila filem tersebut dipertontonkan, sudah tentu golongan remaja amnya, akan meniru stail dan aksi artis pujaan mereka. Natijahnya wujudlah budaya punk , bertindik di telinga kiri bagi lelaki, seks bebas, dan lebih dahsyat lagi pembuangan bayi yang semakin berleluasa. Secara tidak langsung, ia mencetuskan kemelut jati diri bagi remaja yang sedang mencari iderttiti diri seterusnya terlibat dalam gejala hedonisme ini. Di samping itu, konsert-konsert penyanyi dari negara Barat yang ditayangkan turut membawa impak buruk. Penyanyi dari Barat, terionjak-ionjak memakai jeans yang terkoyak sehingga menjadi kegilaan dan idola remaja. Sekali gus, hal ini turut menjajah minda remaja kerana mereka berfikir semua perkara yang baik datang dari Barat. Amalanamalan tidak sihat seperti minum arak dan menagih dadah turut menjadi ikutan muda-mudi. Melalui majalah-majalah pula, artis-artis tempatan yang kononnya menjadi contoh dan teladan sebenarnya semakin membawa remaja ke arab kemaksiatan dan keruntuhan moral. Kandungan majalah dan gambar-gambar yang memaparkan unsur pendedahan aurat yang keterlaluan serta menjolok mata semata-mata untuk mengaut keuntungan yang maksima menyebabkan rosak minda para remaja. Gejala sosial dan kebejatan moral semakin gawat dan meningkat hari demi hari berikutan perkembangan media massa yang tidak terkawal dan maju umpama cendawan tumbuh selepas hujan. Tambahan pula, kini wujud pula satu saluran maklumat yang canggih dan sistematik iaitu Internet disusuli pula dengan penubuhan pusat kafe siber. Pusat maklumat kafe siber menjadi sarang kepada golongan belia untuk melihat bahan-bahan negatif dan meneroka laman-laman web pornografi yang mempunyai bahan-bahan lucah dan unsur-unsur yang bertentangan dengan syariat Islam dan budaya masyarakat Malaysia. Pusat-pusat Internet menjadi tempat untuk para pelajar melepak. Ditambah lagi dengan sistem langit terbuka dan dunia tanpa sempadan yang diwara-warakan oleh sesetengah pihak semakin menarik minat mereka. Pelajar-pelajar sanggup berada di hadapan skrin atau monitor komputer berjam-jam lamanya sehingga mengabaikan masa untuk sekolah hanya sekadar untuk mencari hiburan di kafe siber. Dalam pada itu, penyeludupan video-video dan VCD dari luar negara semakin berleluasa. Remaja boleh mendapatkannya dengan mudah kerana video-video tersebut dijual di pasar-pasar malam dan iu,ga terdapat di pasarpasar gelap. Di pawagam pula, setiap hari, pasti ada filem-filem seperti perang yang tidak sesuai untuk tontonan remaja di negara kita kerana Malaysia pada dasarnya adalah sebuah negara yang arnan. Label 18SX, 18SG, dan 18PL hanyalah sekadar hiasan dan jarang sekali pemantauan diadakan. Jika muda-mudi disajikan dengan aksi-aksi lucah, perang, dan blues secara berterusan justeru lahirlah generasi alaf baru yang nilai moralnya mencecah ke paras sifar, malah sentiasa mengikut ideologi dan pandangan aging. Mereka mengagung-agung orang lain sehingga hilang semangat kepimpinan dalarn diri. Konklusinya, media massa adalah antara penyumbang utama berlakunya gejala sosial, mendatangkan keburukan, dan membawa kesan negatif kepada remaja pada hari ini. Jika perkara ini masih berterusan dan tiada langkah drastik untuk menanganinya sudah tentu pada masa akan datang gejala-gejala buruk menjadi budaya golongan muda. Hasilnya lahirlah generasi yang menjadi robot dan hanya diperalatkan untuk kepentingan individu tertentu.

- Tidak dapat dinafikan lagi, media massa merupakan penyumbang utama kepada keruntuhan moral di kalangan belia. Program-program televisyen khasnya, lebih mementingkan hiburan daripada maklumat. Tayangan-tayangan filem Barat dan Hindustan contohnya, telah menolak unsur-unsur ketimurah yang sebati dalam jiwa masyarakat. Adegan-adegan lucah hanyalah sebagai halwa mata bagi mereka. Jadi, apabila filem tersebut dipertontonkan, sudah tentu golongan remaja amnya, akan meniru stail dan aksi artis pujaan mereka. Natijahnya wujudlah budaya punk , bertindik di telinga kiri bagi lelaki, seks bebas, dan lebih dahsyat lagi pembuangan bayi yang semakin berleluasa. Secara tidak langsung, ia mencetuskan kemelut jati diri bagi remaja yang sedang mencari iderttiti diri seterusnya terlibat dalam gejala hedonisme ini. Dalam hal ini kita dapat melihat peranan media massa terhadap golongan remaja sekarang amat tipis. Memang tidak dapat dinafikan bahawa media massa mempunyai kebaikan, namun seperti yang kita maklum sifat seseorang remaja yang bersifat ingin tahu sudah menjadi lumrah. Ingat zaman sudah mula berubah, yang benar menjadi salah dan yang salah menjadi benar, Hati-hati dengannya

Saya selaku pelajar Jurusan Media Massa tidak bersetuju sama sekali dengan tindakan saudara yang menyalahkan media seratus peratus. Media tidak bersalah, yang bersalah ialah golongan yang tidak pandai menggunakan media itu sendiri. Apabila berlakunya gejala sosial dalam kalangan remaja, mengapa hanya pihak media yang dipersalahkan? Padahal, mereka sendiri yang telah menyalAhgunakan media itu ke arah unsur negaTIF. Sekadar bertanya, bolehkah saudara hidup tanpa peranan media massa dan penggunaan media massa itu sendiri? tepuk dada tanya selera.

Pendahuluan

Media bukan sahaja merupakan cermin kepada masyarakat malahan ia juga merupakan alat perubahan kepada sesuatu masyarakat (Vir Bala Aggarwal, 2002: xvii). L. John Martin pula berpendapat bahawa media massa merujuk kepada alat yang mewujudkan interaksi sosial, politik, dan ekonomi dalam ukuran yang lebih moden. Media haruslah menyampaikan maklumat dan mendidik masyarakat serta menjadi medium perantaraan dalam sesuatu masyarakat (Vir Bala Aggarwal, 2002: xvii). Dalam sistem demokrasi, media merupakan sumber primer dalam komunikasi massa (Md Sidin Ahmad Ishak, 2006: 7). Media massa pada masa kini telah melalui arus globalisasi yang mana media kini bersifat universal dan tiada sempadan. Jenis dan fungsinya juga semakin canggih selari dengan perkembangan arus modenisasi pada masa kini. Media sebaran am sudah dianggap sesuatu yang lazim, perkara yang sebati dengan masyarakat manusia moden (Mansor Ahmad Saman, 1996 : viii). Menurut John Ryan media massa tidak wujud secara terpisah daripada institusi yang lain dalam masyarakat (1999 : 23). Jenis Media Massa Media massa dapat diklasifikasikan kepada dua kategori iaitu media cetak dan media elektronik. Media cetak terdiri daripada sumber bertulis seperti surat khabar, majalah, buku, novel, dan bahan bertaip yang lain. Manakala media elektronik pula terdiri daripada televisyen, radio, internet, blog, telefon bimbit, dan sebagainya. Perkembangan teknologi telah meningkatkan saiz, kepantasan,, dan kecekapan media tradisional serta melahirkan bentuk- bentuk media baru khususnya yang bersifat digital dan elektronik (Md Sidin Ahmad Ishak, 2006 :8). Kini televisyen telah menjadi satu medium komunikasi yang paling berpengaruh (Vir Bala Aggarwal, 2002 : xvii). Teknologi baru dalam bidang penyebaran maklumat telah meningkatkan kuasa dan fungsi media massa (Md Sidin Ahmad Ishak, 2006 : 8). Media Massa ini melalui perkembangan secara berperingkat. Perkembangan yang paling ketara dapat dilihat dalam media elektronik apabila adanya anjakan perubahan iaitu dapat dilihat selepas Perang Dunia Kedua sehinggalah kini (Ray Eldon Hiebert, 1995 : 7). Selain itu juga media juga boleh dilihat melalui 2 aspek yang lain iaitu media berautonomi dan media terkawal. Media berautonomi boleh dikategorikan sebagai media yang menjalankan operasinya yang tersendiri. Di samping itu juga, media berautonomi ini juga

menentukan jenis kandungan dan matlamat yang tersendiri. Penerbitan dan penyiaran bagi media berautonomi ini adalah untuk tujuan keuntungan. Antara media berautonomi ialah seperti CNN dan BBC. Di Malaysia medianya masih mempunyai kawalan oleh kerajaan iaitu melalui sekatan undang-undang. Oleh itu media massa di Malaysia dapat dikategorikan sebagai media terkawal. Media terkawal pula, ialah media yang menerima bantuan atau dikawal sepenuhnya oleh pemerintah, parti politik, organisasi atau institusi keagamaan. Apabila terdapatnya kawalan ini oleh sesuatu organisasi maka media ini adalah terkawal dari aspek perlaksanaan dan operasinya. Contoh media terkawal adalah TV1 dan TV2 yang dimiliki oleh kerajaan serta TV3, NTV7 dan lain-lain yang dimiliki oleh stesean swasta yang masih dikawal untuk mengelakkan kebebasan media yang keterlaluan sehingga boleh menggugat kestabilan negara.
Teori-Teori Media Massa

Teori fungsionalisme bermula dengan kenyataan yang dikemukakan oleh Robert Marton (1949) dengan mencadangkan apa yang dipanggil paradigma (Hasmah Zainuddin, 2006 : 99). Asas fungsionalisme merujuk kepada masyarakat yang mempunyai sistem kompleks yang tinggi dan saling berinteraksi aktiviti, bekerjasama dalam keseimbangan bagi menjamin kemantapan dalam susunan. Analisis fungsionalisme cuba menunjukkan bagaimana fenomena persekitaran ini memberikan kesan yang menyumbang ke arah kestabilan dan pengekalan sistem. Analisis fungsi dalam komunikasi massa berpihak kepada peranan media sendiri dalam memperbaiki susunan sosial bagi mengukuhkan keseimbangan dalam masyarakat (Hasmah Zainuddin, 2006 : 99). Fungsionalisme mengganggap bahawa media mesti diselidiki secara empirikal untuk membuat penilaian sama ada media dapat berfungsi dengan baik ataupun tidak. Jika kita 3 merujuk kepada teori fungsionalisme ini dengan media massa, apakah sebenarnya fungsi yang diamalkan oleh media massa kepada masyarakat? Terdapat beberapa bahagian dalam media massa seperti surat khabar, majalah, laman web seperti blog, internet, televisyen, radio dan lain-lain lagi. Setiap bahagian yang akan memainkan peranan dalam proses penyebaran maklumat. Contohnya surat khabar yang merupakan salah satu medium dalam menyebarkan maklumat kepada masyarakat. Penghasilan surat khabar ini juga dalam mendapatkan maklumat untuk disampaikan kepada masyarakat. Contohnya surat khabar seperti Berita Harian, Sinar, Utusan Malaysia, Harian Metro dan Kosmo. Setiap bahagian dalam media massa berperanan dalam menyebarkan maklumat kepada orang ramai. Oleh itu, setiap bahagian dalam media massa berfungsi untuk menyalurkan maklumat kepada masyarakat. Jika fungsi ini tidak dijalankan dengan lebih baik, proses penyabaran maklumat akan menjadi lebih terganggu dan menghalang proses dalam perpaduan dalam negara ini. Bagi teori interaksionisme pula, ianya melihat interaksi dalam masyarakat bagi mendapatkan sesuatu maklumat. Jika dinilai daripada teori interaksionisme ini, terdapat interaksi dalam mendapatkan sesuatu maklumat. Contohnya bagaimana para wartawan ingin mendapatkan sesuatu maklumat. Para wartawan akan menemubual saksi yang melihat sesuatu kejadian ataupun jika ingin mendapatkan maklum balas daripada pihak yang bertanggunngjawab seperti polis apabila ingin mendapatkan maklumat tentang sesuatu kejadian seperti kemalangan, kecurian, rompakan dan sebagaimya. Para wartawan akan menganalisis setiap maklumat yang diperolehinya sama ada maklumat tersebut benar atau salah jika ianya melibatkan saksi kejadian dan juga peristiwa yang lain. Peranan yang dimainkan oleh wartawan juga boleh dianggap sebagai orang tengah kerana mereka akan berusaha untuk mendapatkan sesuatu maklumat dengan cara berinteraksi dengan orang lain. Begitu juga dengan bahagian media massa yang lain seperti televisyen, bidang pengacaraan dalam sesuatu program dapat melahirkan pengacara yang

mampu berinteraksi dengan orang lain. Bagi teori ini, interaksi perkara yang penting untuk mendapatkan sesuatu maklumat dan juga menilai maklumat tersebut sama ada benar ataupun salah. Dalam teori konflik pula, peranan media massa dapat dilihat dari segi sosial. Terdapat 2 aliran dalam teori ini iaitu faktor ekonomi yang dipelopori oleh Max Webber dan juga faktor keagamaan serta faktor pembentukan masyarakat oleh Webber. Peranan dalam media massa dapat diambil dalam faktor pembentukan masyarakat oleh Webber. Teori konflik ini berlaku apabila berlaku krisis dalam masyarakat. Jika setiap struktur tidak menjalankan fungsi dengan sempurna akan menghasilkan konflik. Dalam media massa, konflik juga boleh berlaku. Apabila media massa gagal dalam menjalankan fungsinya yang tersendiri maka akan berlaku konflik. Sebagai contoh, penggunaan surat khabar sebagai medium untuk menjatuhkan orang lain dan maklumat salah yang telah memberikan pandangan negatif masyarakat terhadap media massa. Jika ini tidak dikawal akan menghasilkan devian. Devian jika dirujuk Kamus Dewan merupakan seseorang yang menyimpang daripada normal. Devian akan menghasilkan pelbagai perbuatan jenayah dan jika dilihat dalam kontekts media massa, jenayah yang akan dilakukan adalah mengadakan perhimpunan haram bagi membantah penyiaran maklumat terbabit. Di samping itu juga, akan turut berlaku kacau-bilau dalam negara apabila keadaan sudah tidak dapat dikawal lagi.
Peranan Media Massa Secara Umum

Peranan yang dimainkan oleh media massa secara umum adalah merupakan sumber primer dalam komunikasi massa. Hal ini dapat dilihat apabila media massa dijadikan sebagai salah satu wadah dalam mencari maklumat rujukan. Tanpa adanya media massa, masyarakat tidak akan mengetahui pelbagai maklumat yang baru termasuk dari dalam dan luar negara. Di samping itu juga, media massa ini juga dapat menyebarkan maklumat kepada orang ramai. Penyebaran maklumat ini juga melibatkan semua bahagian dalam media massa. Proses penyebaran maklumat ini juga melibatkan wartawan yang berusaha untuk mendapatkan maklumat yang terbaru untuk disampaikan kepada golongan masyarakat yang lain. Media massa juga berperanan dalam membantu dalam pertukaran budaya dalam masyarakat. Media massa menyampaikan maklumat tentang sesuatu etnik misalnya golongan etnik di Sabah dan juga di Sarawak. Dengan adanya media massa, masyarakat dapat mengenali pelbagai budaya yang lain dan ingin mengenali dengan lebih mendalam tentang sesuatu kaum atau etnik. Media massa juga berperanan dalam menbantu perkembangan ekonomi. Penjualan surat khabar juga membantu dalam ekonomi, penyiaran stesen televisyen berbayar juga turut menyumbang kepada faktor perkembangan ekonomi negara.

Media dan remaja


Media sangat penting dalam era kini. Media cetak mahupun elektronik berperanan besar bukan sahaja dalam menyampaikan fakta atau maklumat terkini mengenai sesuatu isu, tetapi juga wadah untuk memperkenalkan sesuatu budaya dan aliran pemikiran yang baru. Kita mengetahui bahawa remaja menjadi aset negara yang paling bernilai dan negara terbentuk berdasarkan acuan yang telah diberi kepada mereka. Jika acuan itu berbentuk pendidikan, maka remaja yang terhasil adalah remaja yang berpendidikan. Jika acuan yang diterima remaja berdasarkan berhibur tanpa batasan, maka mereka akan terbentuk sebagai remaja yang hanya memikirkan mengenai hiburan dan keseronokan semata-mata. Peranan Media Dalam Pembentukan Watak Remaja Remaja mengenal dunia melalui persekitarannya. Apa yang diacu kepada remaja melalui aspek pendidikan, hiburan, sosial, ekonomi dan politik membentuk remaja yang sebegitu.

Bidang komunikasi dan maklumat berkembang daripada hanya penggunaan budaya lisan, iaitu pengucapan dan penyebaran maklumat daripada mulut ke mulut yang kemudian ditambah menjadi senjata yang tajam iaitu melalui tulisan di media cetak. Terkini, penggunaan audio visual dan komputer seperti televisyen, radio dan Internet menjadi saluran menyampaikan sesuatu isu dan pandangan. Daripada satu aspek, media sememangnya merupakan agen perubahan masyarakat yang penting melebihi suara-suara lain. Cohen seorang tokoh komunikasi terkemuka menyatakan, "dalam kebanyakan keadaan, media tidak berupaya mempengaruhi orang ramai menentukan bagaimana untuk berfikir tetapi yang mengajaibkan ialah media berjaya mempengaruhi pembacanya untuk menentukan apa yang perlu difikirkan". Justeru, media mempunyai potensi yang sangat besar dalam menyalurkan nilai-nilai yang positif dan murni kepada remaja. Ini kerana remaja kini menjadikan media massa sebagai wadah untuk mencari maklumat, memahami apa yang tidak didapati di sekolah ataupun rumah dan mencernakan maklumat tersebut menjadi fahaman dan pegangan diri mereka. Tokoh-tokoh terdahulu menjadikan media sebagai wacana untuk menyebarkan kefahaman mengenai kenegaraan, kekeluargaan, kebudayaan, keagamaan serta banyak lagi. Ini secara tidak langsung bertujuan memupuk nilai-nilai positif dan baik dalam diri pembaca atau pendengarnya. Misi Nasional menekankan aspek pembangunan modal insan 'minda kelas pertama' dan bina upaya untuk melonjak sebagai status negara maju. Melalui Pelan Integriti Nasional pula, negara menginginkan modal insan yang menekankan penguasaan ilmu pengetahuan, modal intelektual termasuk ilmu sains dan teknologi, keusahawanan, pembudayaan sikap progresif, pengamalan nilai etika dan juga menitik beratkan aspek moral yang tinggi. Oleh itu, media mampu menjadi medium yang luas untuk mendidik masyarakat terutamanya remaja dalam acuan yang didambakan. Namun, arus globalisasi sememangnya tidak boleh dielak. Ia telah melewati sempadan komunikasi, autonomi ekonomi, politik dan sosial dan telah mewujudkan suatu budaya baru dalam berpandangan dan bersuara. Salah satu arus globalisasi yang popular di kalangan remaja dan masyarakat setempat ialah budaya hiburan yang terhidang dalam bentuk yang pelbagai. Melalui gajet-gajet yang dihasilkan oleh teknologi, remaja boleh menikmati hiburan dalam apa jua bentuk melalui apa jua jenis media, sebesar skrin wayang gambar sehingga sekecil telefon bimbit. Selain itu, apa jua bentuk hiburan seperti nyanyian, konsert, filem, drama dan sebagainya boleh dinikmati melalui televisyen yang semakin berkembang isi kandungannya. Melalui komputer atau komputer riba pula, pelbagai jenis bentuk hiburan boleh di muat turun dan dinikmati tanpa mengira masa. Telefon bimbit yang dahulunya berfungsi sebagai alat perhubungan dan pengerat silaturrahim, kini telah berbagai fungsi, bukan sahaja untuk berbual tetapi juga menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) dan gambar (MMS) dan akhirnya menjadi fungsi yang merosakkan apabila digunakan dengan cara yang salah atau tidak terkawal. Fenomena kebanjiran drama, sinetron dan filem-filem asing yang banyak berunsurkan keganasan, penderaan, dendam, cinta serta sensasi menggusarkan banyak pihak. Watak remaja yang dipaparkan seringkali tidak seimbang dari aspek fizikal dan mental. Remaja dipaparkan sebagai manusia yang bertenaga (energetik) dan berdaya saing tetapi aspek mental atau rohani pula, remaja yang dipaparkan melalui filem adalah remaja yang lemah dan mudah terpengaruh dengan budaya negatif. Malahan sering dipaparkan perwatakan remaja yang tersalah haluan, tidak bijak memilih atau membuat keputusan dan bertindak melulu seolah-olah tidak memikirkan langsung masa hadapan. Unsur-unsur negatif yang ditonjolkan barangkali berniat untuk menyedarkan tentang bahaya sesuatu kejahatan dilakukan, tetapi persoalannya adakah remaja mempunyai daya tapis dan mentakrif yang tinggi untuk menghargai mesej di sebalik drama-drama yang ditonjolkan? Apakah remaja akan lebih terkesan dengan drama yang sebahagian besarnya menonjolkan watak-watak jahat dan kebaikan atau balasan terhadap perbuatan yang jahat itu hanya muncul sedikit di penghujung sesuatu kisah? Begitu juga halnya dengan bidang penulisan, lebih-lebih lagi yang berbentuk hiburan dan sensasi. Sekiranya remaja

banyak dimomokkan dengan cerita sensasi dan hiburan, dikhuatiri ia akan menjejaskan daya pemikiran dan kreatif remaja sebagai pelapis akan datang. Justeru, kebebasan untuk media dalam era teknologi informasi ini memang sangat penting, tetapi kebebasan tentunya harus dilandasi kesedaran penuh untuk bertanggung jawab. Jika memang benar itu adalah paparan remaja Malaysia masa kini, media seharusnya bertindak sebagai penapis atau wadah yang bertanggungjawab membetulkan apa yang silap dan bertindak sebagai cermin diri yang boleh memberi contoh dan pengajaran kepada masyarakat remaja. Apa-apa sahaja medium yang bergerak dalam masyarakat mempunya tanggungjawab sosial yang besar dalam membawa masyarakatnya ke arah yang lebih bertamadun dan bukannya menjatuhkan martabat atau merosakkan masyarakat. Dalam konteks semasa, pengaruh media akan dipengaruhi dari sejauh mana pengguna media memiliki pengetahuan yang cukup dan menghargai dengan baik media itu sendiri. Justeru di samping adanya tuntutan komersialisasi dan upaya mengejar rating yang dilakukan oleh pengamal media, tentunya hal yang penting harus dilakukan juga adalah "bagaimana memperdayakan para penikmat media itu sendiri". Penggunaan bahasa dan tingkah laku yang sesuai dalam menyampaikan sesuatu pendapat atau rencana harus sentiasa diperhatikan. Justeru, pihak media seharusnya sentiasa menjadikan nilai-nilai murni sebagai pemberat kepada wacana yang mereka ingin sampaikan dan bukan bersifat popular semata-mata. Penelitian tersebut sangat penting untuk dilaksanakan memandangkan situasi hari ini memberi kesan kepada remaja yang akan datang terutama untuk remaja yang kita dambakan pada tahun 2020 kelak. Mesej yang ingin ditonjolkan oleh media harus mengambil kira aspek isi kandungan, tema, penggunaan bahasa yang konsisten, adab dan nilai, budaya dan sebagainya kerana media merupakan ejen penggerak kepada pengukuhan perwatakan, emosi dan budaya remaja yang baik demi membina negara pada masa hadapan. Kesimpulan Remaja adalah struktur masyarakat yang baru membentuk sebuah tiang seri. Tiang seri itu harus kukuh dengan nilai jati diri yang baik dan sekiranya tiang seri itu rapuh, maka bangunan yang ingin dihasilkan akan runtuh menyembah bumi. Oleh itu, dalam dunia yang semakin mengecil ini, kita perlu berhati-hati kerana globalisasi memang sukar kita tahan, apatah lagi dengan pendedahan kepada siaran yang tidak membina pemikiran positif dan nilai-nilai murni. Ini bererti peranan pendidikan informal di rumah yang dimonopoli oleh ibu bapa terpaksa berdaya saing dengan media. Remaja harus menerima maklumat daripada media dan mencernanya mengikut lingkungan yang benar dan mengikut landasan agama dan syariat. Langkah ini seharusnya memerlukan bimbingan banyak pihak termasuk ibu bapa serta masyarakat. Justeru, media massa sama ada media cetak atau elektronik sememangnya memainkan peranan dalam membentuk pemikiran remaja masa kini.

KEBAIKAN DAN KEBURUKAN TELEVISYEN SERTA CARA-CARA UNTUK MENGURANGKAN MENONTONNYA


Tuesday, 19. January 2010, 08:34

TINGKATKAN INGATAN DAN TUMPUAN DENGAN E-GENIUS Televisyen (TV) merupakan salah satu media elektronik yang amat berpengaruh dan hampir di setiap rumah mempunyai sekurang-kurangnya sebuah televisyen. Namun pernahkah kita terfikir akan kebaikan dan keburukan TV ini kepada kita semua? Kebaikan:1. Alat untuk menyampaikan perkembangan terkini di dalam dan luar negara (macam berita pukul 8 malam tu dan berita dunia). Segala maklumat di dalam dan luar negara, kita perolehi dalam masa yang amat singkat. Kelebihan ini memang tidak dapat dinafikan lagi. 2. Alat untuk menyampaikan ilmu pengetahuan. RTM banyak menyediakan program-program macam ni, ianya seperti

maklumat tentang pertanian, begitu juga seperti TV3 melalui rancangan MedikTV yang menyampaikan pengetahuan tentang dunia perubatan. Rancangan seperti ini amat berguna kepada masyarakat kita, ianya amat berguna dan menambahkan ilmu pengetahuan kita tentang sesuatu perkara. 3. Alat hiburan. Alat hiburan juga merupakan elemen penting dalam kehidupan kita. Setelah seharian penat bekerja, kita memerlukan hiburan untuk merehatkan minda kita. 4. Alat untuk memberi kesedaran kepada masyarakat dan juga menyampaikan kehendak rakyat kepada kerajaan. Ini merupakan tanggungjawab sosial yang dilakukan oleh media elektronik kepada masyarakat. Misalnya program Bersamamu oleh TV3, melalui program ini kita dapat membantu mereka yang memerlukan. Begitu juga permasaalahan yang berlaku kepada penduduk di sesetengah tempat, apabila masalah ini diutarakan, pihak yang berwajib mestilah mengambil tindakan yang sewajarnya. 5. Alat untuk pengiklanan produk dan servis sesebuah syarikat. Ini memberi kelebihan kepada pengiklan dalam mempromosikan produk-produk dan servis yang ditawarkan oleh mereka. Keburukan:1. Boleh memberi kesan buruk kepada kanak-kanak, ini adalah kerana:- menyekat perkembangan teknik membaca. Dalam usia yang muda, kanak-kanak mesti dilatih untuk membaca dan menambah teknik mereka dalam pembacaan. Ini masih terdapat kanak-kanak yang sudah masuk darjah 1 tapi masih tidak tahu membaca. - menyekat perkembangan skill-skill lain seperti bahasa, pergaulan, kreativiti dan juga skill mendengar. Skill-skill ini hanya boleh ditingkatkan dengan memperbanyakkan pergaulan mereka dengan kanak-kanak lain ataupun orang dewasa. - Hilang tumpuan dalam pembelajaran. Ini berlaku apabila ketika kanak-kanak tersebut menyiapkan kerja sekolah, TV dibiarkan terpasang, oleh yang demikian, tumpuan kepada pembelajaran terganggu. 2. Rancangan yang tidak sesuai untuk kanak-kanak dan juga remaja seperti adegan seks, banyak memberi kesan buruk kepada dua golongan ini. Pada masa kini tidak mustahil kanak-kanak yang masih di sekolah rendah boleh membuat aksi seperti bercium. Ini adalah pengaruh dari TV. 3. Membazir duit. Pada masa sekarang ini banyak program-program realiti telah diadakan, contohnya program Akademi Fantasia. Pembaziran duit berlaku apabila penonton terpengaruh dengan program tersebut dan taksub untuk menyokong peserta yang mereka sukai dan mereka mengundi peserta tersebut. Undi bukan sekali dua, malah mungkin beratus-ratus kali. Berapa yang telah dilaburkan? Siapa yang untung? Adakah orang yang mengundi akan mendapat untung? Jadi fikir-fikirkanlah. 4. Membazir masa. Pembaziran masa ini terjadi apabila terlampau banyak masa dihabiskan di hadapan TV dengan hanya menonton rancangan-rancangan hiburan. 5. Penonton terpengaruh dengan iklan-iklan yang dilihat di TV. Apabila terpengaruh faham-faham sahaja lah, benda yang tidak perlu di beli...terus di beli. 6. menyekat perkembangan otak kanan iaitu bahagian untuk kreativiti. Apabila kita menonton TV, kita hanya mendengar dan melihat tetapi otak kita jarang digunakan dalam masa tersebut. Berbeza jika kita membaca buku cerita misalnya. Apabila kita membaca buku cerita, kita akan cuba menggambarkan (macam imaginasi) apa yang diceritakan dalam cerita tersebut, sekaligus mengaktifkan otak kanan kita. Otak kiri dan otak kanan kita seelok-eloknya di balancekan. 7. Digunakan oleh orang-orang tertentu untuk mempengaruhi pemikiran rakyat/masyarakat. Ini berlaku ketika pilihanraya yang lepas yang mana terdapat parti politik yang menggunakan sepenuhnya media elektronik dalam

mempengaruhi pemikiran rakyat. Kuasa yang mereka ada telah digunakan sepenuhnya. Pada sesetengah pihak, ianya menganggap sebagai kebaikan. Itu terpulang kepada pendapat masing-masing. 8. Terdapat juga maklumat yang diterima adalah maklumat yang salah. Media-media elektronik mestilah bertanggungjawab terhadap setiap maklumat yang mereka sampaikan. Bagaimana cara untuk mengurangkan menonton TV:1. Jangan letak TV di ruang tamu, ini kerana apabila kita balik, kita akan terus membuka TV dan ada kemungkinan TV tersebut akan berpasang tanpa sesiapa yang menontonnya. Seelok-eloknya disediakan satu bilik khas untuk menonton sahaja. 2. Jangan letak TV di dalam bilik tidur anak-anak. Ini akan memudahkan mereka untuk menonton TV tanpa pengawasan dari ibu bapa. 3. Hadkan masa menonton TV dan juga hadkan kepada rancangan-rancangan tertentu sahaja. Misalannya dalam seminggu anak-anak dibenarkan menonton 4 hari seminggu. Dalam 4 hari tersebut cuma rancangan-rancangan tertentu sahaja. Ini hendaklah dipraktis sejak anak-anak masih kecil lagi. 4. Ibu bapa mestilah berkorban untuk kebaikan anak-anak. Kurangkan masa menonton. Beri contoh yang baik kepada anak-anak. Kita hendaklah pandai dalam memilihkan program-program yang hendak ditonton. Fikirkan kebaikan dan keburukan dan juga kesan-kesannya. Kesan bukan dalam jangka masa pendek sahaja tetapi juga dalam jangka masa panjang. Fikirfikirkan lah. Dipetik daripada Hapraq http://alyadina.blogspot.com/2009/06/televisyen-kebaikan-dan-keburukan_12.html 2 Bahan-bahan seperti ini memang banyak mengandungi banyak informasi-informasi yang penting. Media-media ini akan memberikan ilmu pengetahuan yang belum kita ketahui. Kebanyakan orang ingin mengetahui mengenai tips-tips kesihatan, jawatan- jawatan kosong dan banyak lagi ilmu pengetahuan sama ada yang di dalam negeri ataupun luar negeri. Begitu juga dengan media elektronik seperti radio dan televisyen yang sudah meningkat saluransalurannya. Dunia hiburan masa kini sudah jauh meninggalkan zaman. 2.0 Apa yang dimaksudkan dengan media? Media merupakan alat perantaraan yang menjadi penghubung di antara pemilik media dan sasaran orang ramai. Peranan media amat penting untuk menyampaikan pelbagai bentuk maklumat seperti pendidikan, kebudayaan, ekonomi, hiburan dan berita. Walau bagaimanapun, sejak kebelakangan ini media banyak menyiarkan rancangan yang berbentuk mistik, kisah-kisah jenayah, cara hidup yang liar dan program-program hiburan yang tidak bersesuaian dengan budaya hidup masyarakat negara kita. Program-program ini ditayangkan oleh semua saluran media sama ada media cetak mahu pun media elektronik seperti televisyen, empayar internet, media interaktif , akhbar, buku, majalah, artikel dan sebagainya.

Dahulu media hanya ditunjukkan kepada bahan-bahan bertulis contohnya suratkhabar, buku, majalah dan sebagainya dan berbentuk audiovisual seperti televisyen dan radio. Tetapi hari ini skop media telah berkembang melampaui pelbagai bentuk dan alat seperti Internet, teknologi telefon bimbit seperti SMS. MMS dan multimedia lainnya, malahan melintasi teknologi satelit. Manusia dapat menggunakan media untuk berhubung dalam masa yang sangat cepat, pantas, mudah dan terbuka yang melintasi ruang sempadan dan ruang angkasa.

Media di zaman sekarang benar-benar menjadi tuan dalam seluruh aspek kehidupan. Dari orang yang paling kecil sampai konglomerat, semua mengenal perkembangan media, baik dalam bidang informasi, komunikasi, komputer, teknologi, internet dan sebagainya. Media yang berkembang begitu cepat sekali bukan saja teknologi media itu sendiri, tetapi pengunaan dan pemanfaat media sangat cepat. Media mempunyai nilai yang sangat positif dalam perkembangan kehidupan manusia, namun juga menjadi perosak yang menjerumus manusia ke dalam kegagalan dan kehancuran. Dengan demikian media sebenarnya neutral dalam diri sendiri dan sekarang tergantung kita yang menggunakan alat tersebut, apakah itu dipakai sebagai alat kebenaran atau alat itu digunakan untuk senjata kejahatan.

2.1 Fungsi media dalam penggunaan sehari-hari


Media cetak mahupun media elektronik mempunyai fungsinya yang tersendiri. Lazimnya setiap media tersebut mempunyai sasaran khalayaknya yang tersendiri dan fungsi yang dimainkan agak berbeza malah kadang kala ada yang melihatnya dari perspektif yang negatif. Ini dapat di ambil contoh iaitu majalah hiburan seperti Mangga dan Hai, ia memaparkan kehidupan seharian artis dan ada di antara gambar yang disiarkan agak keterlaluan. Bagi mereka yang gemarkan media begitu akan menganggapnya sebagai hiburan biasa tetapi bagi golongan tertentu, mereka akan melihatnya dari sudut yang berbeza dan menganggapnya sebagai keterlaluan serta lari dari budaya dan hukum agama sendiri.

Secara amnya, para sarjana komunikasi bersetuju bahawa media mempunyai empat peranan utama iaitu pemerhati, pentafsir, penghubung dan penghibur. Keempat- empat peranan ini boleh dilihat dengan jelas berdasarkan sasaran setiap media terbabit dan pengisiannya, adakah ia memberikan manfaat kepada khalayak? Adapun begitu setiap fungsi terbabit mempunyai kebaikan dan keburukannya yang tersendiri. Khalayak sewajarnya dapat menilai sama ada baik atau buruk suatu media bagi memastikan mereka memperoleh maklumat yang berfaedah, seperti yang dikatakan oleh John R. Wenburg dan William Wilmot bahawa komunikasi itu adalah suatu usaha untuk memperoleh makna. Ia juga sejajar dengan Donald Byker dan Loren J. Anderson yang menafsirkan komunikasi itu satu proses perkongsian maklumat antara dua individu atau lebih. Jika di lihat secara mendalam, keempat-empat fungsi media terbabit mempunyai kesan baik dan buruk kepada pengguna. Kesan tersebut akan berlaku sekiranya masyarakat terlalu bergantung kepada media untuk mendapatkan maklumat, berita yang tanpa merujuk kepada manamana sumber alternatif disebabkan terlalu sibuk bekerja dan sikap individualistik. Begitu juga halnya, sekarang dunia se9

pelajaran yang direka bentuk untuk pengajaran pelajar. Contoh media pengajaran adalah nota, OHP, video imager, disket, CD-ROM, cakera padat, internet, komputer, VCD, papan putih, DVD, mikrofon, mesin fotokopi, projektor dan seumpamanya. Kajian (Rafie, 1994) mendapati bahawa ransangan media bercetak dan gabungan media dapat meningkatkan prestasi pelajar dalam penulisan karangan. Kajian Toh dan Abd. Rahim (1994) mendapati pelajar yang didedahkan dengan empat mod pengajaran mempunyai motivasi yang tinggi berbanding dengan pelajar yang hanya didedahkan kepada satu mod pengajaran sahaja. Perry (1993) dalam kajiannya mendapati media pengajaran ini berfaedah kerana ia meningkatkan minat dan perhatian pelajar, menggalakkan maklum balas bagi pelajar dan pengajar, dan kepimpinan dalam teknologi pendidikan dapat diwujudkan. Menurut Jonassen (1999), kemudahan hiperteks dan hipermedia yang terdapat dalam internet dapat menyediakan suasana pembelajaran yang bercirikan konstruktif. Pembelajaran menerusi multimedia mempunyai banyak kelebihan dan antara yang utama menurut Alessi dan Trollip (2001) dalam buku mereka bertajukM ultimedia For Learning adalah: i. Pelajar boleh mencapai bahan pembelajaran pada bila-bila masa dan di mana saja mereka berada. ii. Bahan sokongan pembelajaran boleh dirangkaikan daripada sumber tambahan yang terdapat di seluruh dunia. iii. Pengurusan dan mengemaskini bahan pembelajaran menjadi semakin mudah dan pantas. iv. Pelbagai bentuk saluran komunikasi boleh disediakan bagi kegunaan pelajar dan pendidik. Kepelbagaian penggunaan media pengajaran yang merangkumi ICT ini dapat menghasilkan perubahan pengajaran dan pembelajaran seperti pelajar memperoleh pengetahuan, kemahiran dan sikap yang diperlukan tajuk yang berkenaan. Selain itu, pelajar memperoleh pengalaman yang bermakna dan menarik minat mereka untuk meneruskan pembelajaran dan pelajar dapat mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan dalam situasi yang perlu. McGloughlin (1997) dalam bukunya bertajukMultimedia On Web menyatakan terdapat pelbagai faktor mengapa perlunya teknologi multimedia diintegrasi bersama- sama teknologi web atau internet . 3.3 Penggunaan komputer dalam pendidikan. Penggunaan internet dalam pengajaran dan pembelajaran dapat meningkatkan minat dan seterusnya pretasi pelajar. Kajian yang dilakukan oleh US National School Foundation dalam Thomas (2000) terhadap 1735 ibu bapa dan 601 pelajar di Amerika Syarikat mendapati 53% ibu bapa dan48% pelajar mengatakan penggunaan utama internet ialah untuk menyiapkan kerja sekolah. Kajian menunjukkan43% daripada responden kajian

menyatakan penggunaan internet dan multimedia meningkatkan prestasi pencapaian mereka di sekolah. Mengikut kajian yang dijalankan oleh MCI (1998) di Amerika Syarikat yang berkaitan dengan penggunaan internet dalam pendidikan, 91% guru berminat dengan penggunaan internet semasa mengajar. Kajian tersebut juga menunjukkan bahawa lebih48% guru sudah menggunakan internet dalam pengajaran mereka. Kebanyakan guru dan masyarakat di Amerika Syarikat percaya bahawa internet dapat meningkatkan taraf pendidikan kerana internet dapat meningkatkan pencapaian pelajar selain menyediakan pelajar kepada kejayaan di masa hadapan dan mengurangkan kos yang perlu guru gunakan dalam aktiviti dalam kelas. Kajian yang dijalankan oleh Becker (1999) terhadap 2,250 orang guru sekolah di Amerika Syarikat mendapati majoriti seramai 59% guru mempunyai akses internet di rumah dan 39% hanya mempunyai akses internet di sekolah. Dalam penggunaan internet dalam pengajaran dan pembelajaran, didapati 68% guru menggunakan internet atas daya usaha sendiri untuk mencari maklumat bagi tujuan pengajaran. Sementara itu dalam penggunaan internet sebagai alat komunikasi, didapati bahawa hanya 16% guru berkomunikasi dengan menggunakan e-mel dengan guru dari sekolah lain dan hanya 18% guru menghantar informasi, pendapat, cadangan dan hasil kerja pelajar ke laman web. Oleh yang demikian, penggunaan internet kian berkembang dengan rancak. Di Malaysia pada tahun 2000 hanya sebanyak 700,000 pengguna internet dan pada masa itu hanya sebanyak 250,000 orang guru di negara ini yang memiliki komputer peribadi dan kira-kira 20% saja yang mempunyai akses internet. Perangkaan ini jelas menunjukkan pemilikan komputer ada kaitannya dengan penggunaan teknologi internet. Pertambahan penggunaan teknologi internet kian berkembang selaras dengan pembangunan ICT di Malaysia. Media yang satu masa dahulu dipelopori oleh media tradisional masih lagi meneruskan peranannya dalam menyampaikan maklumat kepada masyarakat sehingga kini. Media tradisional terbahagi kepada 3 bahagian iaitu media cetak (print media), penyiaran (broadcasting) dan juga media bantuan (support media). Media cetak dan percetakan adalah media yang sangat meluas penggunaannya sehingga kini dan tidak dapat dinafikan keberkesanannya dalam menyampaikan maklumat dengan pantas dan efektif. Manakala media bantuan adalah media yang membantu apa sahaja yang tidak dapat disediakan oleh media cetak dan juga penyiaran seperti produk promosi. Sejajar dengan pembangunan ekonomi dan teknologi, penggunaan internet juga telah berkembang pesat sejak lewat 90-an terutamanya dalam bidang pemasaran. Internet lebih mudah dan menjimatkan. Selain itu, komunikasi dua hala dapat diwujudkan melalui internet untuk mendapat maklumbalas dari pengguna dalam masa yang singkat dan juga menjimatkan. Laman sesawang diwujudkan bagi memudahkan media terutamanya untuk menyampaikan maklumat yang sukar disampaikan melalui media tradisional. Sebagai contoh, pautan informatif di laman sesawang akhbar-akhbar tempatan kadangkala lebih pantas menyampaikan maklumat kepada pembaca. Internet ataupun nama lainnya media baru ini membawa kebaikan dari banyak aspek tetapi tidak lupa juga keburukan yang turut dibawa bersama pembangunan teknologi ini. Penggunaan media baru ini seperti cendawan tumbuh selepas hujan dimana penggunaannya sangat meluas. Internet juga tidak mempunyai pemantau dimana penggunanya bebas melayari laman sesawang tanpa had. Sekarang, sering kali kita dengar tentang masalah sosial yang berlaku disebabkan oleh media baru ini. Gambar-gambar dan video-video di dalam internet yang memaparkan perkara yang tidak sepatutnya dipertontonkan secara umum seperti isu seks, keganasan, dan juga perkauman adalah tidak sesuai terutamanya bagi kanak-kanak dan juga remaja yang sedang teruja untuk mendalami internet terutamanya rangkaian sosial seperti facebook, twitter, youtube dan lain-lain.

Kini, masalah paling utama yang melibatkan media baru adalah penyebaran fitnah secara berleluasa di dalam blog-blog di alam maya. Blog yang mengandungi unsur-unsur fitnah menyebabkan banyak salah paham berlaku di kalangan masyarakat kini. Perkara ini berlaku kerana internet tidak mempunya penyunting (gatekeeper) dan pengguna internet bebas untuk menulis apa sahaja yang mereka mahu di dalam internet. Perkara seperti inilah yang boleh menyebabkan pergaduhan dalam masyarakat. Contohnya, satu masa dulu satu isu sensitif telah disiarkan di blog-blog dimana ada pihak yang tidak bertanggungjawab menyebarkan cerita bahawa salah satu orang terpenting negara terlibat dalam pembunuhan Altantuya Shaaribu, wanita Mongolia yang dibunuh di Puncak Alam. Kenyataan ini tidak sepatutnya dikeluarkan kepada umum kerana ia menjatuhkan nama negara dan isu ini tidak dapat dikenalpasti kesahihannya. Banyak lagi perkara seperti ini berlaku di dalam internet. Gossip-gosip dunia hiburan yang memaparkan mengenai penceraian artis-artis tempatan menjadi makanan harian masyarakat sedikit masa dahulu yang secara tidak langsung menyumbang kepada peningkatan kadar penceraian di Malaysia. Antara perkara yang paling mengejutkan masyarakat adalah video-video yang memaparkan perlakuan lucah pelajarpelajar sekolah yang telah dimuatnaik ke internet. Gejala seperti ini haruslah dibendung kerana jika tidak dibendung, gejala ini akan semakin menular dikalangan masyarakat terutamanya golongan remaja yang ternyata senang dipengaruhi. Masalah-masalah yang disebabkan oleh menyalahgunaan media baru ini haruslah dibendung bagi mengelakkan masalah ini semakin menjangkiti masyarakat. Antara yang boleh dilakukan pada permulaan adalah ibu bapa perlulah memainkan peranan dengan memantau penggunaan internet anak-anak di rumah. Selain itu, ibu bapa boleh mendidik anak-anak di rumah tentang penggunaan internet secara berkhemah supaya internet dijadikan medan untuk mencari ilmu pengetahuan dan sebagainya. Selain itu, kerajaan juga perlu mewujudkan satu badan khas bagi memantau penggunaan internet di Malaysia. Pihak sekolah juga perlu memasukkan sukatan pelajaran untuk etika penggunaan internet di kelas-kelas komputer untuk mengajar pelajar-pelajar di sekolah selain dari penerapan dari ibu bapa di rumah. Kebaikan dan kebaikan media baru ini adalah bergantung kepada penggunanya sama ada untuk menggunakannya ke arah kebaikan ataupun ke arah keburukan. Oleh itu, kita sebagai pengguna media baru di zaman globalisasi ini perlulah menggunakannya secara berkhemah dan professional bukan sekadar untuk memuaskan hati dan nafsu semata-mata.

Etika Media dan Badan Pemantau


October 16, 2009

Etika Amalan dalam Media dan Badan Pemantau Ringkasan Kuliah ini menerangkan mengenai etika amalan dalam media. Ia juga melihat peranan badan pemantu atau watchdog terhadap peranan akhbar. Antara lainnya ialah melihat peranan yang dimainkan oleh SUHAKAM, Majlis Akhbar atau Majlis Media. Apa dia etika? Menurut Wikipedia, etika merujuk kepada piawai mantap mengenai apa yang betul dan apa yang salah yang menetapkan apa yang patut dilakukan oleh manusia, lazimnya mengenai hak, tanggungjawab, dan faedga kepada masyarakat, keadilan, atau kebaikan yang spesifik. Misalnya, etika, merujuk kepada piawai yang memaksa tanggungjawab untuk menghalang daripada merogol, mencuri, membunuh, menyerang, memfitnah dan menipu. Piawai etika juga termasuk menjunjung kebenaran, mengasihani, dan kesetiaan.(diakses pada 16 Okt. 2009). Etika media ialah garis panduan yang digunakan oleh media sebagai panduan amalan yang baik oleh media. Setiap syarikat media mungkin ada garis panduan ini untuk dijadikan panduan oleh kakitangannya. Begitu juga industri media. Etika ini ini boleh diwujudkan oleh badan-badan professional dan juga kesatuan sekerja. Di Malaysia, Institut Akhbar Malaysia ada mewujudkan tatasusila kewartawanan sebagai panduan kepada para wartawan di negara ini (Sila rujuk garis panduan yang terkandung dalam Tatasusila Kewartawanan ini (Lihat buku Akhbar dan Kuasa, halaman 344-345). Selain itu, Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) juga

mempunyai kod etika untu wartawan. Oleh kerana tidak ada badan untuk mengawas kepatuhan kepada Tatasusila Kewartawanan IAM atau Kod Etika NUJ, tidaklah diketahui sama ada wujud kepatuhan atau tidak. Bagaimanapun, ada perkara-perkara yang boleh dianggap sebagai bidangkuasa etika kini menjadi sebahagian daripada undang-undang. Misalnya, finah. Jika dilihat daripada beberapa kes berkaitan dengan fitnah, kita dapat satu gambaran bahawa sedangkan undang-undang pun boleh dilanggar oleh wartawan (kebanyakan kes wartawan didapati bersalah), apa pula halnya dengan etika. Perkara-perkara yang menjadi tumpuan Tatasusila Kewartawanan Malaysia ialah: Laporan hendaklah benar; Melaporkan secara jujur dan mengkritik secara saksama; Wartawan hendaklah menggunakan cara yang betul untuk mendapatkan berita, gambar, filem dan dokumen; Kesalahan laporan hendaklah dibetulkan; Merahsiakan sumber berita; Menghindari laporan berita yang bercorak perkauman dan yang bertentangan dengan tatasusila masyarakat Malaysia; Wartawan hedaklah memahami undang-undang Malaysia. BADAN PEMANTAU Badan pemantau media lazimnya merujuk kepada badan seperti Majlis Akhbar atau Majlis Media. Di Malaysia, kedua-dua badan ini masih belum wujud. Walaupun terdapat gesaan untuk penubuhannya, ia masih belum Berjaya diwujudkan kerana ia mendapat tentangan daripada wartawan, khususnya Kesatuan Wartawan Kebangsaan. Penentangan ini berkait dengan pandangan bahawa Malaysia memmpunyai undang-undang yang mengawal akhbar. Oleh yang demikian, para wartawan merasakan sebuah badan lain tidak diperlukan kerana ia menjadi satu lagi lapisan kawalan. Majlis Akhbar mempunyai sejarah yang agak panjang di dunia ini. Sweden adalah Negara pertama mewujudkan Majlis Akhbar pada tahun 1916. Pihak yang menubuhkan Majlis Akhbar Sweden merasa perlu untuk menubuhkan badan ini kerana di Sweden tidak ada undang-undang untuk mengawal akhbar. Ringkasnya, negara itu mengamalkan kebebasan akhbar. Ia merasa akhbar perlu dikawal walaupun bukan secara-undang tetapi secara sukarela oleh industri itu sendiri. 1947. Bentuk Majlis Akhbar di UK ini berubah menjadi Suruhanjaya Aduan Akhbar. Amerika Syarikat juga mecuba mewujudkan sebuah Majlis Akhbar, tetapi ditutup kerana ia dianggap bercanggah dengan amalan kebebasan akhbar. Selain Sweden, United Kingdom juga mewujudkan Majlis Akhbar pada tahun Kini terdapat banyak majlis akhbar atau majlis media yang ditubuhkan di seluruh dunia bertujuan untuk menjadikan akhbar atau penyiaran lebih bertanggungjawab. Ini termasuk negara-negara yang mempunyai undang-undang yang mengawal akhbar. Selain itu tugas memantau perjalanan akhbar dan penyiaran dibuat juga oleh badan-badan lain sama ada di peringkat negara, atau antarabangsa. Di Malaysia, wujud apa yang dipanggil sebagai Centre for Independent Journalists (CIJ). Badan ini lebih melihat tindakan yang diambil oleh kerajaan terhadap media. Selain itu, Suruhanjaya Hak Asasi Manusia juga bertindak sebagai pemantau. Tetapi peranannya tidaklah besar sangat.

Di peringkat rantau, terdapat sebuah badan pemantau yang bernama South East Asia Press Association (SEAPA) yang bertindak sebagai badan pemantau di pihak wartawan. Di peringkat antarabangsa, UNESCO memberi banyak perhatian kepada kegiatan akhbar dan penyiaran khususnya yang berkaitan dengan kebebasan akhbar/media. Atasa dayausaha UNESCO, pada 3 Mei setiap tahun diistiharkan Hari Kebebasan Akhbar Sedunia Bangsa-Bangsa Bersatu dan dirayakan di seluruh dunia. Malaysia juga merayakan hari tersebut. Tujuan utama perayaan itu ialah untuk mengalakkan perkembangan kebebasan akhbar di Malaysia,yang dilihat tidak mengamalkan kebebasan akhbar sepenuhnya.
KUALA LUMPUR: Komunikasi massa sememangnya mempunyai fungsi penting di dalam segenap aspek kehidupan masyarakat. Masyarakat sentiasa berinteraksi dengan media dalam setiap aktiviti yang dilakukannya. Media boleh mengawasi sesuatu yang berlaku di persekitaran dan mempengaruhi perlakuan khalayak.Kepelbagaian media massa pada masa kini membuka pintu yang luas terhadap dunia dan kehidupan sejagat dibandingkan dengan sebelumnya, tetapi khalayak sebagai pengguna media mempunyai pilihan menentukan kegunaan media, memahami secara kritikal dan menilai maksud di sebalik kandungan mesej media. Oleh itu, etika dalam komunikasi massa perlu difahami kerana kaitannya dengan soal tanggungjawab dan moral yang kompleks. Antara aspek utama etika ialah "kehidupan baik", iaitu kehidupan yang bernilai atau memuaskan, yang dianggap lebih penting daripada tingkah laku moral oleh banyak ahli falsafah. Bercerita soal etika ini, wartawan Sintok Online menemuramah seorang bekas pengamal media Mior Kamarul Shahid, yang bertugas selama hampir 15 tahun dalam Berita Harian sebagai Penolong Pengarang Kumpulan (Asistant Group Editor Berita Harian Sdn Bhd). Berikut merupakan hasil temubual yang saya lakukan: Berikan pandangan saudara tentang pentingnya sikap beretika bagi setiap pengamal Media di Malaysia khususnya?. Etika kewartawanan adalah undang-undang dalam bidang kewartawanan. Dalam apa bidang sekali pun, di mana kita pergi sekali pun sama ada di negara orang atau di atas jalan raya, kita terpaksa akur pada undang-undang. Jika tidak ada undang-undang ia boleh memberi kesan yang buruk. Negara yang tidak ada undang-undang boleh menyebabkan porak peranda. Orang boleh membunuh sesama manusia sesama sendiri tanpa persoalan. Di jalan raya, kalau tidak ada undang-undang, akan berlaku kemalangan, orang boleh meletak kereta di mana saja. Ia akan menimbulkan suasana kelam-kabut. Begitu jugalah pentingnya etika kewartawanan. Etika mengawal tingkah laku dan sikap wartawan. Tidak semua yang berlaku itu adalah berita dan tidak semua perkara boleh ditulis dengan sewenang-wenangntya. Ada maklumat yang perlu penapisan, ada fakta yang perlu disemak berulang kali sebelum boleh ditulis. Untuk menemu bual orang pun ada caranya. Oleh itu, etika amat penting bagi setiap pengamal media kerana ia adalah "control mode" bagi seseorang dalam menentukan sikapnya. Sebagai pengamal media, etika merupakan perkara utama yang seharusnya ada pada diri dan dijadikan pegangan. Sejauh manakah tahap amalan etika itu ada pada pengamal media pada masa kini khususnya? Adalah tidak adil untuk mengatakan bahawa pengamal media sudah tidak beretika tetapi etika bagi pengamal media kian lama kian terhakis akibat pengaruh persekitaran. Seorang pengarang yang juga seorang ahli perniagaan mempunyai kepentingan yang berbeza. Dia boleh membuat keputusan yang tidak objektif. Seorang pengarang yang juga rapat dengan pemimpin negara akan menyebabkan "bias" dalam membuat keputusan. Keputusan yang dipengaruhi oleh pihak luaran akan menyebabkan seseorang pengamal itu tidak mematuhi etika kewartawanan. Adalah tidak salah berdamping rapat dengan mana-mana pihak, tetapi keputusan editorial seharusnya tidak dipengaruhi oleh faktor kawan, lawan, perniagaan, kepentingan keluarga, diri dan sebagainya, Pengaruh politik biasanya menyebabkan seseorang pengamal media tergelincir

daripada landasan mempertahankan etika kewartawanan. Umumnya, pegangan pengamal media terhadap etika kewartawanan sudah mula terjejas. Melaporkan sesuatu yang sensasi adalah salah satu cara untuk mendapatkan perhatian khalayak untuk mendapatkan maklumat tersebut. Hal ini adalah melanggar etika sebagai Pengamal Media. Berikan komen saudara tentang perkara ini. Berita sensasi biasanya untuk menarik perhatian. Berita kecil digembargemburkan. Wartawan boleh menilai sama ada berita yang diperolehinya itu layak diberi perhatian atau sebaliknya. Jika berita sensasi yang cuba diketengahkannya itu boleh menimbulkan kesedaran orang ramai, contohnya cerita "orang minyak" menganggu penduduk kampung menyebabkan penduduk bertindak menjalankan rondaan, ia boleh diterima,. Sebaliknya, jika berita itu sengaja direka-reka, tidak ada fakta, tidak ada sumber yang boleh dipertanggungjawabkan, ia bolehlah dianggap berita yang terkeluar daripada landasan etika. Pengarang sepatutnya bertanya kepada wartawan mengenai kesahihan sesuatu berita. Pengamal Media Barat pada masa kini kebanyakannya hilang etikanya sebagai pelapor atau penyampai maklumat yang benar. Dalam Masa yang sama mereka menyatakan kepada dunia, bahawa mereka mencapai kebebasan media pada tahap yang paling tinggi. Pada pandangan saudara, adakah etika itu menyekat kebebasan individu sebagai Pengamal media untuk melaporkan sesuatu yang benar? Tidak ada sebuah negara yang mengamalkan kebebasan total. Jika ada pun negara yang mendakwa mereka mengamalkan kebebasan mutlak, ia sebenarnya masih dikongkong oleh pelbagai halangan. Sekali pun ada kebebasan, setiap pengawal media masih terbatas kepada etika. Etika juga tertakluk kepada undang-undang. Seseorang tidak boleh menulis sesuatu berita jika ia bertentangan dengan undang-undang melainkan mereka berani membela diri di mahkamah, Kita tidak boleh menuduh seseorang rasuah melainkan kita mempunyai bukti yang sahih. Setiap negara mempunyai akta-akta yang menyekat kebebasan. Di Malaysia ada Akta Mesin Cetak dan Penerbitan, Akta Rahsia Rasmi (OSA), Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan sebagainya. Isu sensitif seperti kaum dan agama adalah dilarang. Etika dan kebebasan saling berkait antara satu sama lain. Jika kita mempunyai etika bermakna, kita mempunyai batas-batas tertentu. Kita tidak boleh menulis apa saja yang kita fikirkan wajar. Etika adalah seiring dengan tanggungjawab. Menjurus dalam bidang kewartawanan, sesetengah wartawan merahsiakan sesuatu perkara dari ditulis untuk dilaporkan, apakah ini melanggar etika dalam kewartawanan, sedangkan wartawan harus melaporkan sesuatu perkara yang sebenar?. Setiap berita mesti ada sumber dan kriteria tertentu. Apakah tahap rahsia yang dimaksudkan. Apalah seseorang wartawan mahu merahsiakan sesuatu maklumat kerana beliau diupah supaya tidak menulis sesuatu berita. Ia adalah tindakan tidak beretika. Tetapi, jika berita yang dirahsiakannya itu tidak memberi kesan kepada masyarakat umum, ia tidak menjadi apa-apa makna. Sebelum menyiarkan sesuatu berita, seseorang wartawan mestilah mempunyai maklumat yang lengkap dan tidak boleh dipersoalkan terutama jika ia membabitkan berita penyiasatan. Tetapi, jika ia sekadar berita skandal, wartawan berkenaan boleh membuat keputusan sama ada mahu menulis atau sebaliknya. Ada media yang berminat berita seperti ini kerana ia boleh melariskan

akhbar. Penulis bebas (Blog/website-khususnya) sewenang-wenangnya menulis tanpa memikirkan tentang etika sebagai Pengamal Media. Sesetengah isu yang diutarakan dalam penulisan mereka boleh menimbulkan propaganda kepada rakyat Malaysia dalam konteks berbilang kaum ini. Apakah pandangan saudara tentang hal ini? Ada penulis blog yang berpegang kepada etika dan ada juga yang tidak tahu apa yang mereka tulis. Bagi penulis blog yang beretika, blog mereka akan mempunyai kewibawaan yang tinggi dan boleh bertahan. Tetapi, bagi penulis blog yang tidak beretika, lama kelamaan pembaca akan lari kerana menganggap ia berita mengarut. Sama ada seseorang penulis blog memihak kepada seseorang, ia bergantung kepada tujuan blognya. Memang ada penulis blog yang dibayar. Tetapi, ia tidak ada beza dengan media perdana lain yang terikat kepada konsep political-economy yang mana orang yang memiliki adalah orang yang menguasai media. Bagaimana pun, pendirian penulis ini mestilah jelas. Seboleh mungkin, seseorang penulis blog hendaklah bebas daripada sebarang pengaruh luar. Bagaimanapun, tidak ada orang yang akan mengupah seseorang jika blognya tidak ada hits. Apakah tindakan drastik perlu diambil untuk memperbaiki masalah isu etika pengamal media di Malaysia khususnya? Berikan cadangan saudara apakah langkah yang sepatutnya dilakukan. Pengamal media mestilah memahami erti etika kewartawanan itu sendiri.Ini bermakna seseorang pengamal media mestilah mempunyai latar belakang akademik dan memahami konsep kewartawanan. Perlunya diwujudkan satu badan yang boleh memantau etika kewartawanan yang mana wartawan dan editor boleh dipanggil untuk menjelaskan sesuatu keadaan. Setiap media mesti mengadakan refresh course ke atas wartawan mengenai etika supaya mereka benarbenar menjadi wartawan yang beretika. Masyarakat juga perlu diberi pendidikan mengenai etika supaya mereka boleh menjadi mata dan telinga kepada media. Seminar Peranan Media dalam Pembinaan Masyarakat Madani Bertempat di Hotel Plaza, Kuala Lumpur, pada 7 Ogos 1997. Anjuran Institut Kajian Dasar (IKD) dengan kerjasama Yayasan Konrad Adenauer (KAS)

Kecanggihan teknologi maklumat dewasa ini telah banyak merubah aspek kehidupan manusia. Hambatan teknologi ini telah berkembang pesat ke seluruh dunia yang menyebabkan dunia dirasai semakin sempit terutama dengan pembentukan satu fenomena baru pola kekampungan yang lebih dikenali sebagai "Kampung Sejagat". Perkembangan teknologi ini tentunya mempunyai hubungan yang rapat dengan media samada elektronik atau bercetak. tidak dapat dinafikan di zaman pasca-moden ini media telah dilihat bukan sahaja sebagai penyebar maklumat mengenai dasar-dasar kerajaan, berita dan sebagainya tetapi juga sebagai pencetus minda masyarakat atau lebih tepat sebagai penentu agenda. Cohen seorang tokoh komunikasi terkemuka, dengan penuh bersemangat telah menyatakan, "dalam kebanyakan keadaan, media tidak berupaya mempengaruhi orang ramai menentukan bagaimana untuk berfikir tetapi yang mengajaibkan ialah media berjaya mempengaruhi pembacanya untuk menentukan apa yang perlu difikirkan". Justeru itu media telah dilabelkan sebagai agen perubahan masyarakat yang baru yang ternyata pengaruhnya melebihi suara-suara lain. Di dalam arus perkembangan politik misalnya, ramai pemimpin yang lahir dan baru dilahirkan dalam kepompong modenisasi telah menonjol dan terserlah akibat penonjolan dan liputan media. Tidak kurang juga dengan jatuhnya pemimpin banyak ditentukan oleh reaksi media. malah tidak keterlaluan untuk dikatakan bahawa media di Malaysia mampu menentukan jatuh bangunnya seseorang pemimpin. Dalam pada itu media turut memainkan peranan penting dalam mengimbangi keberkesanan dasar kerajaan. Pemaparan isu-isu dan berita-berita yang tepat, benar dan bertanggungjawab amat penting dalam proses ini. di sini media berperanan sebagai "check and balance" dalam menentukan keberkesanan dasar-dasar negara. Bagaimanapun sikap pro dan anti kerajaan yang keterlaluan boleh menyebabkan peranan sebenar media diketepikan. Menyedari hakikat ini pihak Institut Kajian dasar (IKD) merasakan bahawa peranan media perlu dibincangkan dengan lebih tersusun agar mertabat ketuanan Islam dan Melayu dapat diadaptasikan dengan sempurna. Untuk itu satu seminar media dan Masyarakat telah diadakan pada 7 Ogos 1997 bertempat di Hotel Plaza, Kuala Lumpur. Matlamat 1. Menilai peranan media dalam menentukan pembentukan sebuah masyarakat madani di Malaysia; 2. Meninjau sejauh mana media berperanan sebagai satu alat mendidik dan memberi maklumat serta membentuk model peranan positif bagi kepentingan masyarakat; 3. Membincangkan persiapan media terhadap cabaran-cabaran baru yang perlu dihadapi; 4. Menggarap alternatif-alternatif dan cadangan-cadangan untuk mempertingkatkan hubungan media dan masyarakat bagi menjamin kesejahteraan negara; Program ini telah dirasmikan oleh YB Dato' Drs Sulaiman Mohammad Timbalan Menteri Penerangan Malaysia di The Plaza Hotel, Kuala Lumpur. Bertemakan "Media dan Pembentukan Masyarakat Madani", program ini telah berjaya membincangkan peranan sebenar media dalam pembinaan sebuah masyarakat madani.

Peranan Media Penting Untuk Bimbing Pemikiran Rakyat


KUALA LUMPUR: Peranan wartawan sangat penting dalam membimbing pemikiran orang ramai, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Beliau berkata perkara yang tidak diingini akan berlaku apabila media disalahgunakan untuk menyebar maklumat yang merosakkan nilai-nilai. "Sebenarnya setiap wartawan dan pengendali media termasuk media baru mestilah memiliki tanggungjawab, empati dan cakna dalam setiap sajian berita, isu dan idea. "Apa yag sebenarnya disaji dan diutarakan adalah saduran pemikiran yang akan mempengaruhi khalayak yang akan meninggalkan impak terhadap kesejahteraan kehidupan bernegara," katanya pada majlis makan malam Penghargaan Media Massa Umno 2009 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini

malam ini. Najib berkata kerosakan yang akan terjadi lebih sukar untuk diperbaiki daripada membina sesuatu yang baik. "Dunia telah menyaksikan berulang kali betapa peperangan mengakibatkan korban. Tetapi korban yang diakibatkan oleh hasutan media jauh lebih besar daripada peperangan," katanya. Perdana Menteri juga berkata perkembangan dalam negara di akhir-akhir ini benar-benar memerlukan makna perpaduan yang sebenar diamalkan kerana apabila ia semakin menipis atau terhakis, maka akan nampaklah penurunan moral dan empati dalam masyarakat. Beliau berkata hanya melalui kekuatan roh perpaduan kita dapat melahirkan semangat partriotisme dan jiwa besar rakyat merdeka, manakala teras partriotisme pula adalah rasa keprihatinan mendalam di antara sesama warga. "Kita mestilah menyedari bahawa landasan demokrasi adalah berasaskan konsep empati, keprihatinan mendalam terhadap sesama kita dan bertindak secara bertanggungjawab," katanya. Najib berkata berdasarkan pemahaman dan kesedaran bahawa betapa perlunya kita memelihara kestabilan negara dan kemajuan generasi masa depan, maka adalah sangat penting bagi kita menyediakan teladan yang cemerlang untuk dicontohi oleh anak cucu. Beliau berkata, sehubungan itu, prinsip kebebasan, keseimbangan dan keadilan mestilah dapat memberi nilai murni sejagat pada kehidupan. Mengenai kegawatan pemikiran, Najib berkata beliau sedar rakyat terpaksa berhadapan dengan kegawatan pemikiran yang bersimpang-siur kerana terlalu banyak pembohongan, kepalsuan, fitnah, pengkhianatan, keruntuhan adab sopan akibat salah guna kebebasan. "Mengkhianati tanggungjawab dan salah guna hak sehingga mengorbankan nilai luhur kemanusiaan dan kewarganegaraan yang baik, akibatnya, keharmonian sosial tergugat, kestabilan negara terancam dan kesejahteraan hidup menurun," tegasnya. Malah katanya kesan daripadanya timbul pelbagai kegelisahan yang meruncing yang sebenarnya tidak patut berlaku, tambah beliau. Perdana Menteri juga berkata di era ini adalah penting untuk rakyat memiliki kemahiran berfikir, bertutur dan bertindak. "Amalan demokrasi juling pada hari ini kian menjadi bahaya jika berakar pada sikap kegelojohan merebut wang, kuasa dan tempat dalam struktur sosial malah fakta sejarah sanggup diselewengkan," katanya.-BERNAMA

Anda mungkin juga menyukai