Anda di halaman 1dari 17

| 1

PENDAHULUAN
Islam telah menentukan batas-batas aurat lelaki dan perempuan, bahkan lelaki sesama lelaki
dan perempuan sesama perempuan, supaya kehormatan masing-masing sentiasa terpelihara.
Al-Quran dan Hadis dengan lengkap menjelaskan batas-batas itu, iaitu mewajibkan
perempuan menutup aurat kecuali muka dan tapak tangan. Sementara lelaki wajib menutup
antara pusat hingga lutut.
Sebahagian ulama ada berpendapat bahawa suara wanita adalah aurat (sesuatu yang
harus disembunyikan) (Abdul Aziz et al. 1996). Adakah ini bererti wanita tidak boleh
berkomunikasi dengan lelaki secara mutlak atau dibenarkan demi sesuatu kepentingan
seperti untuk kepentingan pengajaran dan maslahat atau sebaliknya?
Jika kita lihat, banyak tulisan dikalangan para fuqaha yang membicarakan tentang
suara wanita dengan berbeza-beza pandangan. Sebahagian mereka mengatakan suara wanita
adalah aurat secara mutlak manakala sebahagian yang lain mengatakan ia adalah aurat tetapi
tidaklah secara mutlak.
Sebenarnya, agama Islam itu tidak zalim sehingga membebankan umatnya dengan
pelbagai kesulitan. Islam membenarkan berbicara dan saling berkomunikasi di antara lelaki
dan wanita dalam pelbagai urusan tetapi mestilah dengan batasan dan had yang dibolehkan.
Jika kita sedar, sebenarnya aurat suara wanita ini terletak pada rayuannya dan
penghasutannya. (Athiyah Shaqar 2002) Sebagaimana firman Allah s.w.t dalam surah al-
Ahzab ayat 32:
,B@q ,L1Bb
)0m . B@.qBb P f
@fVBb A
| 2

X_fBB ,@ CBb [
=1C 1C, 1N_C
B8
32. Wahai isteri-isteri Nabi, kamu semua bukanlah seperti mana-mana perempuan Yang lain
kalau kamu tetap bertaqwa. oleh itu janganlah kamu berkata-kata Dengan lembut manja
(semasa bercakap Dengan lelaki asing) kerana Yang demikian boleh menimbulkan keinginan
orang Yang ada penyakit Dalam hatinya (menaruh tujuan buruk kepada kamu), dan
sebaliknya berkatalah Dengan kata-kata Yang baik (sesuai dan sopan).
Begitu juga menurut Siti Hajar Ibrahim et. al dalam bukunya Risalah Fiqih Wanita, di
dalam kitab Fiqih Ala Al-Madzahid Al-Arbaah ada disebutkan: suara wanita bukanlah
aurat. Kerana isteri-isteri Rasulullah juga berbicara dengan para sahabat baginda s.a.w. para
sahabat itu mendengar hukum-hukum agama yang diajar oleh ibu-ibu kaum muminin itu.
Namun, mendengar suara wanita tetaplah haram jika dikhuatiri boleh tergoda kerananya,
sekalipun suara itu didengarkan ketika membaca al-Quran.

Hukum Suara Wanita dan Dalilnya.
Menurut Hanafi, suara wanita tidak aurat kerana para isteri Rasulullah s.a.w pernah bercakap-
cakap dengan para sahabat Rasulullah s..a.w, dan para sahabat mendengar (belajar) hukum-
hukum agama dari mereka. Namun haram mendengar suaranya jika dikhuatirkan terjadi
fitnah sekalipun mendengarkan bacaan al-Quran daripadanya.
Menurut Syafie, suara wanita adalah aurat di hadapan lelaki yang bukan muhrim
(ajnabi) apakah dikhuatirkan terjadi fitnah atau tidak. Menurut Muhammad Athiyah 1997,
suara wanita tidak aurat jika percakapan dengan ajnabi itu memang penting dan tidak
| 3

dikhuatirkan terjadi fitnah, serta wanita yang tersebut tidak melunakkan suaranya (merayu).
Dalil atas menurut Muhammad Athiyah 1997 ini banyak antara lain seperti berikut:
1. Para isteri Nabi Muhammad s.a.w pernah bercakap-cakap dengan para sahabat
Rasulullah dan mereka belajar hukum-hukum agama daripadanya.
2. Pada suatu ketika Umar b. al-Khattab r.a hendak menentukan jumlah mahar. Tetapi
ditolak oleh seorang wanita dari sudut masjid sambil membaca firman Allah s.w.t:

f, V@,;0 Xb)JBb q=
,CAP q= JVb,, V)f
bq;B1C A Fb@.0V =1 B@A P
20. Dan jika kamu hendak mengambil isteri (baharu) menggantikan isteri (lama Yang
kamu ceraikan) sedang kamu telahpun memberikan kepada seseorang di antaranya
(isteri Yang diceraikan itu) harta Yang banyak, maka janganlah kamu mengambil
sedikitpun dari harta itu. Patutkah kamu mengambilnya Dengan cara Yang tidak
benar dan (yang menyebabkan) dosa Yang nyata? (An-Nisa: 20)

Umar tidak membantah wanita tersebut, begitu pula para sahabat yang lain. Bahkan
Umar berkata, Umar itu betul, dan Umar salah. (Muhammad Athiyah 1997). Selain itu,
dapat membuktikan andainya suara wanita itu aurat, pasti Amirul Mukminin mencegah
dia membaca sesuatu. (Muhammad Thoriq 2009)
3. Ketika kejadian perselisihan antara Abu Bakar r.a dengan Fatimah Az-Zahra,
Fatimah pergi menemui Abu Bakar yang ketika itu telah menjadi Khalifah. Fatimah
berbicara sewajarnya, mengenai hal yang dianggapnya menjadi haknya. Dan
terjadilah perdebatan antara dia dengan khalifah.
| 4

Peristiwa-peristiwa tersebut dan beberapa peristiwa lainnya menjadi dalil, suara wanita
tidak aurat selama berada dalam batas-batas percakapan biasa dan tidak ada nada-nada
suara rendah dalam bercakap-cakap (tidak merayu) kerana firman Allah s.w.t:
A X_fBB
,@ CBb [ =1C
1C, 1N_C B8

Maka janganlah kamu tunduk dalam berbicara, sehingga timbul keinginan orang yang
ada penyakit dalam hatinya, dan ucapkanlah perkataan yang baik.
Begitulah adab berbicara yang diperintahkan Allah kepada para isteri Nabi s.a.w yang harus
diikuti pula oleh setiap wanita muslimah. Allah s.a.w memerintahkan para wanita agar tidak
melembutkan dan memerdukan suaranya bila berbicara dengan lelaki asing. (Muhammad
Athiyah 1997) Maka jelaslah, suara wanita itu bukan aurat. Sesungguhnya begitu, jika ada
seorang wanita melunakkan suaranya dengan membangkitkan nafsu lelaki terhadapnya,
dengan lemah gemalai, atau suara lemah gemalai membangkitkan nafsu lelaki dan kemudian
semakin menjadi-jadi, maka Allah melarang perbuatan tersebut berdasarkan dalil dari Surah
al-Ahzab ayat 32 tersebut. (Muhammad Thoriq 2009)
Al-Quran dan Hadis tidak pernah menyebutkan suara wanita sebagai aurat. Justeru
itu, Jumhur ulama pada dasarnya berpendapat, suara wanita bukan aurat. Mereka boleh
bercakap dengan lelaki, lelaki boleh mendengar suara wanita bukan aurat. Mereka boleh
bercakap dengan lelaki, lelaki boleh mendengar suara wanita, kecuali jika mereka
mempersonakan.
Antara dalil yang dikemukakan ialah:
| 5

1. Baginda Rasulullah S.A.W pernah berbaiah (janji setia) dengan sekumpulan wanita
yang datang menyatakan hasrat mereka untuk tidak melakukan lagi beberapa jenis
dosa besar. Baginda mendengar suara pengakuan itu dan kemudian menerima baiah
mereka. (Abdul Hayei 2003)
2. Puteri Nabi Syuaib pernah bercakap dengan Nabi Musa A.S malahan atas arahan
bapanya beliau keluar bersendirian menjemput Nabi Musa untuk hadir ke rumahnya
sebagai tetamu terhormat. Ini diceritakan dalam Surah al-Qasas ayat 23 hingga 26.
3. Ramai periwayat Hadis dari kalangan sahabat wanita, seperti Aisyah, Ummi Salmah
dan lain-lain memperdengarkan Hadis kepada kaum lelaki. Hal ini berlaku dalam
abad pertama Islam. Tidak diketahui ada sahabat-sahabat dan ulama membantah
periwayat itu dengan alasan suara wanita aurat kepada lelaki. (Abdul Hayei 2003)
Syeikh Muhammad al-Ghazali dengan keras menolak pendapat mereka yang mengatakan
suara wanita itu aurat. Menurut beliau pendapat itu hanyalah dakyah karut, yang tidak pernah
dikeluarkan oleh sesiapapun dari kalangan ahli Fiqh Islam. (Abdul Hayei 2003)
Ada pandangan mengatakan wanita membawa fitnah, justeru itu hubungan dengan
mereka perlu dibatasi. Bagi menjawabnya kalaupun wanita itu membawa fitnah, kaum lelaki
hanya dikehendaki mengawasi diri daripada fitnahnya sahaja. Harta dan anak-anak juga
fitnah menurut al-Quran, namun manusia disuruh mencari harta dan berkahwin untuk
mendapatkan anak, mereka hanya disuruh mengawasi diri daripada terjebak dalam fitnah
yang diakibatkan daripadanya. (Abdul Hayei 2003)
Meskipun Islam tidak menganggap suara wanita itu aurat, namun ia tidak sekali-kali
bermakna lelaki dan wanita bebas bercakap di mana dan dalam apa jua keadaan. Jika
percakapan tidak diperlukan atau membawa kesan buruk, sama ada kepada lelaki dan wanita
itu sendiri, maka ulama lebih cenderung untuk mengambil sikap berhati-hati, sebagaimana
| 6

firman Allah yang menasihati para isteri Nabi, agar tidak bercakap dengan suara yang lembut
manja dengan lelaki, kerana dibimbangi lelaki yang ada penyakit dalam hatinya akan
bertambah buruk lagi penyakitnya. Jika perlu bercakaplah dengan sopan dan adab. (Abdul
Hayei 2003)
Menurut Abdul Hayei Abdul Sukor berpendapat tidak salah sekiranya wanita bercakap
dengan pelanggan-pelanggan yang terdiri dari kaum lelaki, tetapi hendaklah dengan
mematuhi adab sopan Islam, tidak keterlaluan dan hanya berkaitan tajuk-tajuk yang sesuai
dan munasabah.
Dalam Feqah Ala al-Madzahib al-Arbaah ada disebutkan: Suara wanita bukanlah
aurat. Kerana isteri-isteri Nabi Muhammad s.a.w berbicara dengan para sahabat beliau.
Kalangan sahabat itu mendengarkan hukum-hukum agama yang diajarkan oleh ummu
Mukminin itu. Namun demikian, mendengar suara wanita tetap haram jika dikhuatiri
tergoda, walaupun suara didengar ketika membaca Al-Quran. (Muhammad Thoriq 2009)
Firman Allah s.w.t:
,B@q ,L1Bb
)0m . B@.qBb P f
@fVBb A
X_fBB ,@ CBb [
=1C 1C, 1N_C
B8
32. Wahai isteri-isteri Nabi, kamu semua bukanlah seperti mana-mana perempuan Yang
lain kalau kamu tetap bertaqwa. oleh itu janganlah kamu berkata-kata Dengan lembut manja
(semasa bercakap Dengan lelaki asing) kerana Yang demikian boleh menimbulkan keinginan
| 7

orang Yang ada penyakit Dalam hatinya (menaruh tujuan buruk kepada kamu), dan
sebaliknya berkatalah Dengan kata-kata Yang baik (sesuai dan sopan).(Surah al-Ahzab:32)
Berdasarkan ayat di atas, jelaslah bahawa perlu seseorang wanita Muslimah itu
memelihara suaranya. Kerana suara yang lunak boleh menimbulkan hasrat di hati orang yang
mendengarnya. (Abdul Rahman 2009)
Hukum-hukum yang berkaitan suara wanita dalam beberapa keadaan dan situasi
1. Suara Wanita Dalam Solat
Para Ulama tidak sependapat tentang had suara wanita dalam solat sama ada kuat atau
rendahnya (jahr dan ikhfa).
Menurut Ulama Mazhab Maliki berpendapat, suara jahr bagi wanita hanya dalam satu
keadaan, iaitu hanya dirinya sahaja dengar. Sedangkan ikhfanya hanya dengan menggerak
lidah.
Sedangkan Para Ulama Syafie mengatakan: Suara jahr pula hanya orang yang ada di
sisinya (sekalipun seorang lelaki atau wanita) sahaja dapat mendengar. Bahawa wanita tidak
boleh meninggikan suaranya jika ada lelaki yang bukan muhrim. Sedangkan suara rendah
hanya dalam keadaan didengari oleh dirinya sendiri.
Manakala Ulama Hanbali menyatakan, wanita tidaklah disunatkan meninggikan
suaranya tetapi tidaklah berdosa didengari oleh lelaki asing. Jika ada lelaki asing yang
mendengar, maka ketika itu dilarang meninggikan suara bagi wanita. (Muhammad Thoriq
2009)
Pandangan Ulama Hanafi pula, mereka mengatakan suara tinggi dalam solat paling
sedikit orang lain yang tidak berdekatan harus dengar, seperti seluruh jemaah yang ada pada
| 8

saf awal. Jadi, jika yang mendengarnya hanya satu atau dua orang sahaja, maka itu belum
cukup. Sedangkan suara yang tinggi-tingi juga tidaklah terbatas. Adapun suara rendah itupun
harus didengar oleh dirinya sendiri atau satu dua orang yang ada di sekitarnya. Maka dapat
disimpulkan juga dalam perbahasan tersebut suara wanita sama ada dalam solat ataupun di
luar solat hukumnya sama boleh ditinggikan seperti yang telah diterangkan. (Siti Hajar 1997)

2. Azan dan Iqamat Bagi Wanita
Tiada perbezaan pendapat berkenaan azan yang dikumandangkan oleh wanita, menurut
syara muadzin disyaratkan lelaki. Oleh yang demikian azan seorang wanita dan juga khunsa
adalah tidak sah. Seperti yang diterangkan dalam Fiqh Ala al-Madzahib al-Arbaah:
Bagi muadzin disyaratkan mestilah orang Islam. Maka tidak sah azan dari selain orang
Islam. Muadzin harus berakal. Orang gila, mabuk, pengsan mahupun anak kecil yang
belum mumaiyyiz tidak sah azannya. Begitu juga mestila orang lelaki, maka azan dari
seseorang wanita atau khunsa, tidak sah. (Muhammad Thoriq 2009)
Menurut Ulama Mazhab Hanafi syarat-syarat yang disebut tadi, hanyalah syarat
kesempurnaan bukan syarat sahnya azan. Maka menurutnya, hanya makruh bila syarat-syarat
itu dilanggar.
Ulama Hanbali berpendapat lelaki termasuk dalam syarat iqamat. Sama seperti azan,
wanita tidak dituntut untuk iqamat. Ini berdasarkan berkata Ibnu Umar, Nabi bersabda yang
bermaksud: Wanita tidaklah dituntut azan mahupun iqamat.
Manakala Imam Asy-Syafie dan Ishaq mengatakan: Kalau wanita itu berazan dan
beriqamat, itu tidak mengapa. Dari Siti Aisyah r.a. diriwayatkan, bahawa beliau
| 9

mengucapkan azan, beriqamat dan mengimami jamaah wanita, dan berdiri ditengah mereka
(riwayat al-Baihaqi)
Maka di sini, wanita tetap tidak boleh mengumandangkan azan, sekiranya azan juga
itu tidak sah begiru juga iqamah bila bersama dengan seorang lelaki dewasa. Sekiranya tidak
ada lelaki maka iqamatnya sunat atau harus. Kerana yang dilakukan oleh Aisyah pada waktu
itu tidak ada seorang lelaki.

3. Peringatan bagi imam
Rasulullah s.a.w bersabda:

Tasbih bagi lelaki dan tepuk tangan bagi wanita
Imam Nawawi berkata dalam syarah sahih muslim, sunat bagi seseorang
mengingatkan imam iaitu membaca tasbih (subhanallah) oleh lelaki dan bertepuk tangan oleh
wanita iaitu dengan cara memukul telapak tangan kanan ke bahagian atas tangan kanak kiri.
Sekiranya bertepuk dengan memukul telapak tangan dengan telapak tangan seperti bermain,
maka batal solatnya. (Muhammad Athiyah 1997)
4. Menyanyi
Imam Malik melarang wanita menyanyi dan berkata Jika seseorang membeli hamba wanita
ternyata seorang penyanyi, maka dia boleh mengembalikannya kepada penjual, kerana ia
dianggap cacat. Imam Abu Hanifah, tidak menyukai nyanyian dan beranggapan bahawa
mendengarkan nyanyian adalah suatu dosa.Pandangan Imam-imam lain seperti Imam al-
Ghazali dalam kitabnya al-Ihya berkata: al-Qadhi Abu Thayib berpendapat, bahawa
| 10

mendengar nyanyian dari seorang wanita yang bukan muhrim menurut para sahabat Asy-
Syafie dalam keadaan apapun tetaptidak dibenarkan sekalipun wanita itu tertutup auratnya
atau terhalang di balik tabir, begitu juga wanita yang merdeka atau hamba. (Muhammad
Thoriq 2009)
Ibnu Hajar juga berpendapat Mendengar nyanyian dari wanita merdeka mahupun
hamba yang bukan muhrim, adalah haram. Ini berdasarkan pandangan Ulama Syafie bahawa
suara wanita itu dikhuatiri bakal akan menimbulkan godaan atau tidak hukumya haram.
Menurut Nawawi dan ar-RafiI dalam ar-Raudhah pendapat inilah yang lebih kuat dalam
mazhab kita. (Muhammad Thoriq 2009)
a) Pendapat yang mengharamkan menyanyi.
Al-syafie berkata, pemilik hamba perempuan kalau menyuruh hambanya menyanyi agar
orang berkumpul mendengarnya, maka itu safih(tidak sempurna akal) yang tidak boleh
diterima kesaksiannya.
Imam Malik rhm. juga melarang menyanyi, katanya: kalau seseorang membeli hamba
perempuan yang ternyata seorang penyanyi, maka dia boleh mengembalikannya kepada
penjual kerana ia dianggap cacat.
Imam Abu Hanifah pula, dia tidak menyukai nyanyian dan beranggapan ia adalah suatu
dosa.
Begitu juga Imam ahmad hambal. Satu riwayat mengenai beliau menyatakan bahawa:
Abdullah (putera Imam) bercerita, aku bertanya kepada ayahku tentang nyanyian, maka
jawabnya nyanyian itu menumbuhkan nifaq dalam hati manusia. Aku tidak tertarik
dengannya.
Adapun pandangan imam-imam lain seperti imam al-ghazali berpendapat, bahawa
mendengarkan nyanyian dari seorang wanita yang bukan muhrim, menurut para sahabat
dalam apa jua keadaan tetap tidak boleh. Sekali pun wanita itu menutup auratnya atau
| 11

terhalang di balik tabir dan wanita itu golongan mereka mahupun hamba. Berdasarkan sebuah
hadis yang bermaksud:(Siti Hajar 1997)
Sekalipun nyanyian itu dinyanyikan perempuan dari balik tabir, tetap haram
Barang siapa mendengakanr seorang wanita. Maka bakal dituangkan ke dalam telinga
cairan timah
b) Mendengarkan Nyanyian Sesama Wanita.
Berdasarkan penyataan di atas, timbul pula persoalan bagaimanakah jika orang yang
menyanyi itu adalah perempuan juga? Menurut Siti Hajar 1997, jawapannya tidak boleh.
Kerana nyanyian adalah sumber godaan yang mendorong kearah kerosakkan dan
menyuburkan lagi kemunafikan dalam hati manusia. Maka memperdengarkan nyanyian
secara umum membolehkan orang semakin hanyut, baik yang menyanyi itu lelaki ataupun
perempuan dan yang mendengarnya itu juga baik lelaki ataupun perempuan. Maka dengan
demikian, wanita mendengar nyanyian sesame wanita itupun tetap tidak boleh.
5. Percakapan antara seorang wanita dengan penjahit dan penjual baju lelaki
Percakapan antara seorang wanita dengan seorang pedagang lelaki yang dilakukan sesuai
dengan keperluan dan tidak ada fitnah (godaan) di dalamnya dibolehkan.
Seorang wanita berhak berbicara dengan seorang lelaki untuk suatu keperluan dan perkara
yang tidak terdapat fitnah di dalamnya selama masih dalam batas kewajaran dari
keperluannya. Adapun apabila disertai dengan ketawa atau kegembiraan atau suara yang
menggoda, maka perkara ini haram dan tidak dibolehkan. Allah s.w.t berfirman untuk para
isteri Nabi s.a.w bermaksud:
Maka jangannya kamu tunduk dalam berbicara sehingga berkeinginan (nafsu) orang yang
ada penyakit dalam hatinya dan ucapkanlah perkaraan yang baik
| 12

Seorang wanita yang selalu takut akan ancaman Allah s.w.t harus bertakwa kepada Allah dan
jangan bercakap-cakap dengan lelaki lain dengan perkataan yang membuat ia bernafsu dalam
masalah tersebut dan menggoda hatinya,jauhilah perkara ini. Apabila dia perlu bermusafir
kepada seorang pedagang atau tempat yang mana di dalamnya ada kaum lelaki, maka
hendaklah ia bersopan santun, menutup aurat, beradab dalam Islam, apabila bercakap-cakap
dengan lelaki hendaklah bercakap-cakap dengan perkataan yang baik yang di dalamnya tidak
terdapat godaan dan keraguan. (Shihahudin A.M: 614)
6. Percakapan Seorang Wanita Dengan Seorang Lelaki Melalui Telefon
Tidak dibolehkan bagi seorang lelaki untuk bercakap-cakap dengan wanita selain mahramnya
dengan perkataan yang membangkitkan syahwat seperti cumbu rayu, lemah lembut yang
merangsang dalam berbicara, baik melalui telefon atau lainnya, berdasarkan firman Allah:
Maka janganlah kamu berlemah lembut(yang merangsang) dalam berbicara sehingga
berkeinginanlah(nafsu) orang yang ada penyakit dalam hatinya.
Adapun bercakap untuk suatu keperluan, maka dibolehkan apabila selamat dari kerosakan,
akan tetapi harus sesuai dengan kepentingannya. ( Shihabudin A.M: 615-616)

7. Percakapan antara orang yang melamar dengan yang dilamar
Percakapan antara lelaki dengan wanita adalah dibolehkan ketika wanita itu dilamar. Hal ini
bertujuan bagi memastikan pasangan itu tahu bahawa pasangan yang bakal dijodohkan itu
tidak bisu, tidak pekak dan tiada kecacatan yang boleh menimbulkan sebarang masalah atau
tidak puas hati selepas mereka diijab Kabul kelak.
| 13

Walaubagaimanapun, perbualan hendaklah mengikut keperluan dan kepentingan serta
tidak mengundang syahwat atau unsur-unsur menggoda. Adalah lebih baik jika percakapan
mereka ditemani oleh mahram mereka. (Ahmad Sofian 2011)
Adapun percakapan antara lelaki dengan wanita selain dalam keadaan lamaran tidak
dibolehkan kerana mengandungi fitnah yang sangat besar dan kerana takut terjadi perkara-
perkara yang diharamkan, lebih-lebih lagi apabila dilakukan ketika berpuasa maka
sesungguhnya perkara tersebut mempengaruhi kesempurnaannya, kerana orang yang
berpuasa dituntut untuk menjaga puasanya dari perkara-perkara yang merosak dan
mengurangkan kesempurnaannya (Shihabudin A.M: 620)
8. Pertandingan Tilawah Al-Quran
Boleh hukumnya wanita bertilawah, sebab suara wanita bukanlah aurat. Namun dengan dua
syarat. Pertama, suara itu dalam batas kewajaran, bukan sengaja dibuat-buat seperti
mendesah-desah, mendayu-dayu, merayu, dan semisalnya. Kedua, perbuatan itu tidak disertai
perbuatan-perbuatan haram dan maksiat, seperti ikhtilath, membuka aurat, dan sebagainya.
9. Suara Wanita Bernyanyi Nasyid Untuk Tujuan Dakwah

Kumpulan wanita bernasyid hukumnya haram malah pakaian dan pergerakan mereka di
khalayak awam juga. Kebiasaannya apabila persembahan di buat, mereka kerap bersolek-
solekan dengan pakaian yang menarik. Di samping itu, berada di atas pentas menjadi tontotan
lelaki, jika para ulama semasa menghukumkan haramnya bersanding pengantin di atas pentas
dalam keadaan senyap tanpa berkata. Apatah lagi kumpulan nashid wanita yang bersolek
adakala seperti pengantin ini dan melentuk-lentuk tubuh dan suaranya di hadapan lelaki
bukan mahram, sudah tentu haramnya lebih besar.

| 14

Sebagaimana di sebut oleh dalil:-



Ertinya : " Sesungguhnya Allah SWT tidak akan memadam yang buruk dengan buruk
juga, tetapi yang buruk (haram) dipadamkan dengan yang baik (halal) Sesungguhnya
yang kotor itu TIDAK boleh mensucikan yang kotor" ( Riwyaat Ahmad, 1/387 :
Perawi Ahmad adalah thiqah kecuali sebahagiannya khilaf ; Majma' Az-Zawaid,
10/228 )

Justeru, tidak boleh menggantikan penyanyi wanita seksi itu dengan penyanyi nasyid wanita.
Kerana kedua-duanya haram buat si lelaki bukan mahramnya.

Jangan pula ada yang mendakwa kononnya ia adalah bentuk dakwah, TIDAK, Allah tidak
akan menjadikan dakwah berkesan melalui perkara haram. Tiada siapa boleh mengatakan ia
sengaja minum arak kerana ingin mendakwah rakanya bahawa arak itu buruk.
Nabi SAW bersabda :

Ertinya: "Allah SWT tidak menjadikan penyembuhan kamu melalui perkara yang
diharamkanNya" ( Riwayat Al-Bukhari )

Hadith ini menjelaskan tidak boleh mengambil apa jua yang diharamkan oleh Allah SWT
untuk dijadikan ubat, kerana Allah tidak akan menjadikan ubat dalam perkara yang
diharamkanNya. ( Tuhfatul Ahwazi , 6/168 )
| 15


Demikianlah dakwah dan pemulihan akhlak dan jiwa manusia, Allah SWT tidak akan
menjadinya perkara yang diharamkanNya (melembutkan suara hadapan bukan mahram)
sebagai medium dakwah yang berkesan. Ia tidak lain hanyalah untuk komersial dan mengaut
untung sahaja. Setiap hasil untung dari jualan kaset nasyid wanita dewasa ini juga tidak lain
kecuali hasil yang haram menurut sepakat ulama mazhab. Kecuali jika ia khas untuk wanita
dan dijual secara tertutup di majlis wanita sahaj dan hanya wanita sahaja menontonnya.
(zahiruddin.net)













| 16



KESIMPULAN
Daripada apa yang telah diperjelaskan di dalam tugasan ini, dapatlah dirumuskan bahawa
tidak ada larangan mutlak bagi wanita untuk berkomunikasi, berbual, bercakap dengan lelaki.
Tetapi dibolehkan apabila bercakap atau berurusan dengan cara yang makruf iaitu dengan
cara yang tidak mengundang kata-kata yang keterlaluan.
Sesungguhnya wanita itu diibaratkan sentiasa berpeluang membuka ruang fitnah.
Oleh itu, adalah baiknya apabila berbicara dengan lawan jenis dalam batas yang sesingkat
mungkin dan dalam perkara yang tidak terarah kepada cabang fitnah. Sesungguhnya suara
wanita itu adalah lembut dan lunak yang memungkinkan menimbulkan fitnah. Seandainya
bersatu kelembutan alamiah dengan kelembutan yang lain (kelembutan yang disengajakan
untuk mendapat perhatian seperti menyanyi, ketawa, senyuman yang mengghairahkan dll),
maka bertambahlah fitnah itu. Oleh sebab itu, makruh hukumnya bagi wanita membaca al-
Quran dengan suara yang tinggi sebagaimana tidak disyariatkan azan dengan suara yang
tinggi (itu pun dibolehkan dikalangan wanita sahaja).
Walau apapun, setiap hukum yang disyariatkan itu adalah demi menjaga kehormatan
seorang wanita dan mencegah dari segala fitnah.
RUJUKAN

Al-Quran.
| 17

Abdul Aziz Abdullah, Abu Abdullah Shalih & Abdullah Abdurrahman. 1996. Wanita
Bertanya Islam Menjawab. Terj. Jakarta: Bina Wawasan Press.
Abdul Hayei Abdul Sukor. 2003. Islam dan Manusia 1001 Kemusykilan Jilid 1. Kuala
Lumpur: Zebra Editions Sdn. Bhd.
Abdul Rahman b. Mohd Aidil. 2009. 13 Aurat Wanita. Terj. Johor: Pustaka Azhar.
Ahmad Sufian Mohamad. 2011. Wanita Dalam Islam, Kemusykilan Dan Panduan. Shah
Alam: Illusion Network.
Muhammad Athiyah Khumais. 1997. Fiqh Wanita. Terj. Selangor: Masterpiece
Publication Sdn. Bhd.
Muhammad Thoriq Akhyar al-Medan. 2009. Feqah Untuk Wanita Panduan Dan
Amalan Bagi Muslimah Solehah. Terj. Johor: Pustaka Azhar.
Siti Hajar Ibrahim, Siti Sakinah Abd Aziz. 1997. Risalah Fiqih Wanita. Johor: Perniagaan
Jahabersa.
Syaikh Athiyah Shaqar. 2002. Tanya Jawab Masalah Wanita. Indonesia: Pustaka
Azzam.

Anda mungkin juga menyukai