Anda di halaman 1dari 9

FISIOLOGI SUKAN

Anatomi & Fisiologi untuk Ilmu Sukan


Ini bermaksud struktur dan kedudukan organ berkaitan badan manusia serta fungsinya untuk aktiviti dan kehidupan manusia. Ia merupakan pengetahuan asas bagi pakar-pakar dalam bidang perubatan seperti doktor perubatan dan pakar bioperubatan.

Anatomi
Kajian tentang struktur badan manusia. Anatomi yang sentiasa dikaji tergolong dalam beberapa kumpulan seperti:       sel dan histologi: struktur sel soma dan kandungannya sistem pernafasan: hidung, trakea, bronkus, bronkiol, peparu, alveolus sistem kardiovaskular: sistem peredaran darah seperti jantung dan salur darah sistem pencernaan: mulut, esofagus, perut, usus, pankreas sistem lokomotif: otot motor, otot simpati, anggota badan sistem saraf: saraf motor, saraf tunjang, otak

Fisiologi
Ia merupakan kehidupan manusia. Setiap individu perlulah bernafas, makan, minum, berkumuh, dan membiak sebagai aktiviti asas manusia. Selain itu, kita juga haruslah bersosial, bermain, bersukan, bekerja dsb sebagai aktiviti harian. Kesemua aktiviti ini memerlukan organ-organ yang sihat untuk menjayakannya

Pertumbuhan manusia
Manusia adalah sentiasa berkembang dan bertumbuh. Pertumbuhan ini bukan sahaja merujuk kepada perkembangan dari badan kecil kepada badan besar. Malah , proses penuaan juga merupakan pertumbuhan manusia. Proses pertumbuhan (dikenali sebagai tumbesaran) adalah bermula dari detik persenyawaan antara sperma dan ovum. Selepas insan dijadikan, sel-sel membesar (menjadi matang) dan berganda sehinggalah badan bayi dibentuk dalam rahim ibu. Selepas bayi itu dilahirkan, sel-selnya terus berkembang dan aktif berganda supaya saiz badan kecil menjadi saiz dewasa. Pada peringkat ini, pertumbuhan adalah bersifat eksponen. Selepas itu, pertumbuhan menjadi tidak ketara dan seolah-olahnya menjadi pegun. Proses ini dikenali sebagai penuaan, di mana sel-sel badan cuma akan menggantikan sel-sel mati dan organ-organ akan menjadi tua dan uzur. Jadi, pertumbuhan manusia terbahagi ke dalam 3 kumpulan:  Pertumbuhan Fizikal: Perkembangan yang melibatkan sel-sel badan dan organ-organ manusia dalam proses pembesaran dan penuaan sepanjang umur manusia. Ia bermula sejak di uterus lagi. Perkembagan yang pesat selalunya ditentukan oleh gizi makanan dan kegiatan dalam sukan. Pertumbuhan Mental: Perkembangan yang melibatkan perkembangan mental serta kognitif seseorang. Ia bermula selepas seseorang mula memahami dan mengetahui alam ini. Biasanya, pertumbuhan ini adalah dipelajari daripada pengalaman dan ilimu pengetahuan.

Pertumbuhan Sahsiah: Perkembangan yang melibatkan sahsiah, rohani dan nilai-nilai murni seseorang. Ia biasanya bermula apabila ibu bapa mula mendidik anaknya. Ada juga yang percaya nilai-nilai murni boleh dipupuk semasa anak masih dalam kandungan ibu. Nilai dapat dipupuk melalui ajaran agama dan pendidikan secara formal atau tidak formal.

Proses dalam badan manusia


Pada amnya, seseorang yang melakukan aktiviti sukan memerlukan kordinasi dan kerjasama daripada semua organ badan. Lebih terperinci, setiap sel dalam badan manusia melakukan sesuatu semasa seseorang bersukan. Yang penting, pengawalaturan adalah salah satu proses dalam badan yang sentiasa menimbangi ketidaknornmalan manusia. Pengawalaturan ini dinamakan sebagai suap balik positif dan suap balik negatif. Dalam menjalankan aktiviti fizikal yang cergas seperti bermain hoki dan bola keranjang, seseorang mungkin kehilangan air yang berlebihan. Jadi, badan manusia melalui sistem saraf dan sistem endoktina (hormon dan enzim) akan mengembalikan badan ke keadaan normal melalui proses suap balik positif. Kehilangan air dapat dicegah melalui mekanisme tersebut dengan mengurangkan pembuangan air ke dalam ginjal dan menaikkan kadar penyerapan air dari ginjal. Selain itu, ia juga menimbulkan rasa dahaga supaya seseorang itu meminum untuk membekalkan air ke dalam badan. Sebaliknya, suap balik negatif akan berlaku apabila pengambilan air yang berlebihan. Pengawalaturan ini direka supaya seseorang dapat hidup dalam keadaan yang tak normal. Biasanya, suap balik ini melibatkan denyutan jantung, pengecutan dan pengembagan salur darah, dan penyingkiran dan penambahan air dalam konteks sukan.

Sistem-sistem Tubuh M a n u s i a Terdapat 11 jenis sistem tubuh manusia yang mempunyai fungsi-fungsi khusus. Jenis-jenis Sistem Tubuh Manusia

SISTEM PENGHADAMAN
Sistem penghadaman manusia mengandungi beberapa organ dan kelenjar yang kompleks dalam proses ia menghadamkan makanan. Untuk memastikan makanan yang kita makan bermanfaat pada tubuh kita, tubuh mesti memecahkan makanan-makanan tersebut kepada molekul-molekul yang lebih kecil supaya lebih mudah diproses, di samping untuk memudahkan perkumuhan.

Kebanyakan organ-organ penghadaman (seperti perut dan salur usus) adalah berbentuk salur tiub dan mengandungi makanan sepanjang makanan tersebut memasuki tubuh manusia. Sistem penghadaman manusia adalah sangat panjang, salur-salur tiub yang berselirat ini bermula dari mulut hinggalah ke dubur dan termasuklah beberapa organ lain (seperti hati dan pankreas) yang menghasilkan atau menyimpan enzim-enzim penghadaman. Proses penghadaman: 1) Bermula di mulut: Proses penghadaman bermula di mulut. Makanan akan dipecahkan hasil dari kunyahan dan interaksi dengan enzim air liur (enzim ini dihasilkan oleh kelenjar air liur yg memecahkan kanji kepada molekul-molekul yang lebih kecil) 2) Dalam perjalanan ke perut, di esophagus : Selepas makanan dikunyah dan ditelan, makanan akan memasuki salur esophagus. Esofagus ialah salur panjang yang menghubungkan mulut dan perut. Salur ini menggerakkan makanan dengan cara peristalsis (seperti mengecut mengembang yang berulang-ulang) untuk membuatkan makanan dari kerongkong bergerak ke perut. Pergerakan peristalsis ini membolehkan kita makan atau minum walaupun dalam keadaan terbalik (kepala di bawah)

3) Dalam perut : Perut adalah organ berbentuk kantung yang akan memproses makanan sambil di bantu oleh asid yang sangat kuat iaitu asid gastik. Makanan dalam perut yang telah separa-proses dan bercampur dengan asid perut dipanggil chyme. 4) Dalam usus kecil : Selepas perut, makanan memasuki duodenum iaitu bahagian pertama usus kecil. Kemudian ia melalui jejunum dan ileum. Dalam usus kecil, hempedu (dihasilkan oleh hati dan disimpan di pundi hempedu), enzim pancreas dan enzim-enzim penghadaman yang lain yang dihasilkan oleh dinding usus kecil untuk membantu penguraian makanan. 5) Dalam usus besar: Seterusnya makanan akan melalui usus besar. Dalam usus besar, air dan elektrolit (bahan kimia seperti sodium) di ekstrak daripada makanan. Terdapat banyak mikrob (bacteria seperti Bacteroides, Lactobacillus acidophilus, Escherichia coli, dan Klebsiella) dalam usus besar yang turut membantu penghadaman. Bahagian awal usus besar dikenali sebagai cecum (yang turut bersambung dengan appendiks). Seterusnya makanan akan melalui kolon (ascending, transverse, ascending dan sigmois). 6) Penamat : Bahan kumuh dan makanan yang tidak dapat diproses kemudiannya akan tersimpan di rectum sehingga ia sedia dikumuhkan melalui dubur.

Glosari : anus (dubur) bahagian terakhir salur penghadaman, untuk menyingkirkan bahan kumuh appendix kantung kecil yang terletak berdekatan cecum (bahagian awal usus besar) ascending colon bahagian usus besar yang menghala ke atas, selepas cecum.

bile (hempedu) bahan kimia untuk penghadaman yang dihasilkan hati, disimpan di pundi hempedu dan digunakan dalam usus kecil. cecum bahagian pertama dalam usus besar, bersambung dengan appendiks. chyme makanan yang telah separa-process dan bercampur dengan asid-asid di perut. descending colon bahagian usus besar yang menghala ke bawah, sebelum sigmoid. duodenum bahagian awal usus kecil, bahagian berbentuk C dari perut ke jejunum. epiglottis rawan yang menutup larinks semasa menelan, dan membuka larinks semasa bernafas. esophagus salur panjang menghubungkan mulut dan perut. Mempunyai gerakan otot berirama (peristalsis) untuk membawa makanan dari tekak ke perut. gall bladder (pundit hempedu) kantung kecil berdekatan duodenum. Menyimpan dan melepaskan hempedu ke usus kecil apabila diperlukan. ileum bahagian terakhir usus kecil sebelum usus besar. jejunum bahagian usus kecil yang panjang dan berada di antara duodenum dan ileum. liver (hati) organ besar yang terletak di bahagian atas dan hadapan perut. Ia menapis toksin daripada darah dan menghasilkan hempedu (untuk memecahkan lemak) dan juga protein darah. mouth (mulut) bahagian pertama system penghadaman. Mengunyah dan tindak balas dengan enzim air liur berlaku di sini. pancreas kelenjar yang menghasilkan enzim, terletak di bawah perut dan atas usus kecil. Pancreas menghasilkan enzim amylase (bertindak pada kanji), lipase (bertindak pada lemak) dan trypsin (bertindak pada protein) yang berlaku dalam usus kecil. peristalsis gerakan berirama tanpa-kawal oleh esofagus yang menggerakkan makanan dari tekak ke perut. rectum bahagian terakhir usus besar, yang menyimpan bahan kumuh sebelum disingkirkan. salivary glands (kelenjar airliur) kelenjar yang terletak dalam mulut untuk menghasilkan airliur. Air liur mengandungi enzim yang mampu memecahkan kanji kepada molekul-molekul yang lebih kecil. sigmoid colon bahagian usus besar, di antara descending colon dan rectum. stomach (perut) - berbentuk kantung, organ berotot ini bersambung dengan esofagus. Makanan yang memasuki perut akan bertindak balas dengan asid-asid dan enzim-enzim yang ada dalam perut. transverse colon bahagian usus besar yang melintang di abdomen

SISTEM KARDIOVASKULAR

SISTEM TENAGA

PSIKOLOGI SUKAN

Anda mungkin juga menyukai