Anda di halaman 1dari 12

KEHAMILAN REMAJA

KESANNYA KEPADA DIRI SENDIRI, KELUARGA, MASYARKAT DAN NEGARA

Kehamilan remaja bermaksud kehamilan yangberlaku pada remaja perempuan berumur di antara 10 dan 19 tahun.
Kesan dan akibat yang akan dihadapi oleh remaja perempuan yang hamil ialah : Masalah mental, sosial, kewangan dan juga Menghadapi risiko kematian.

Kesan ke atas keluarga remaja

seluruh keluarga yang terlibat akan menghadapi tekanan boleh menjejaskan hubungan kekeluargaan. Ibu bapa serta remaja tersebut perlu membuat keputusan sama ada remaja tersebut akan menjaga bayi yang akan lahir, menggugurkannya atau memberikan anaknya kepada keluarga angkat. Jika remaja di bawah umur dan belum berkahwin, kehamilan remaja ini melibatkan masalah undang-undang yang menambahkan lagi tekanan/stres kepada remaja serta ahli keluarganya.

Kesan kehamilan ke atas mental remaja


menghadapi masalah mental seperti kemurungan, tekanan dan stres untuk menjadi ibu/bapa. Kurang sokongan dari keluarga dan masyarakat boleh membawa remaja kepada kemurungan, membuat keputusan yang tidak tepat dan masalah penyalahgunaan dadah.

Kesan sosial

Stigma masyarakat kepada remaja yang mengandung di luar nikah akan membuat remaja berasa terpinggir dan tidak akan mendapat banyak sokongan daripada keluarga dan rakan.

Kesan jangka panjang

Remaja hamil berisiko tinggi hidup dalam kemiskinan, tidak mendapat kerja yang stabil, mempunyai rumah tangga yang tidak stabil, mempunyai anak-anak yang mempunyai pencapaian yang rendah di sekolah dan akan mempunyai anak perempuan yang akan berkesudahan hamil juga semasa remaja. Fakta ini didapati daripada kajian yang dijalankan oleh American Academy of Child and Adolescent Psychiatry.

PEMBUANGAN BAYI
Pembuangan bayi adalah satu jenayah. Ia terjadi akibat kehamilan tidak diingini. Ramai remaja yang mengandung di luar nikah terpaksa membuang bayi mereka terdesak, akibat malu dan takut akan akibat yang bakal ditanggung.

Mengapa terjadinya pembuangan bayi?


Bayi dibuang kerana: Kehamilan yang tidak diingini Perhubungan seks rambang dan luar nikah

Apakah kesan pembuangan bayi?


Kesan dari sudut: Perubatan Kadar kematian bayi yang lebih tinggi disebabkan penjagaan perubatan yang tidak sempurna

Kesihatan ibu yang terjejas akibat:

Kehilangan darah Jangkitan kuman Kecederaan sewaktu bersalin Psikologi dan sosial Murung Hilang keyakinan diri Rasa bersalah Resah atau gelisah Masalah emosi dan hubungan interpersonal Implikasi undang-undang pembuangan dan pembunuhan bayi. Putus hubungan kekeluargaan dan rakan-rakan.

Psikologi dan sosial


Murung Hilang keyakinan diri Rasa bersalah Resah atau gelisah Masalah emosi dan hubungan interpersonal Implikasi undang-undang pembuangan dan pembunuhan bayi. Putus hubungan kekeluargaan dan rakanrakan.

Pelajar-Pelajar Sekalian Ingat: Badan anda adalah tanggungjawab anda. Jagalah badan anda dengan baik

Anda mungkin juga menyukai