Anda di halaman 1dari 18

TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA TENGGARA (TITAS)

ISU-ISU KONTEMPORARI TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN BARAT-HEGEMONI BARAT DAN GLOBALISASI OLEH: 1.MOHD FAIZIL BIN ABDUL MANAF 2.MUSTHAFA SALEEM BIN SABRI KELAS : PISMP PEMULIHAN (BM) SEM 1 AMBILAN JANUARI 09 PENSYARAH : UTZ. MUHAMMAD AKHIR BIN WAHAB

Isu-isu Kontemporari Tamadun Islam dan Tamadun Barat Pengenalan : Globalisasi adalah satu transformasi yang telah melanda dunia iaitu era dunia tanpa sempadan.Proses globalisasi mula berkembang melalui penciptaan dan pencapaian terkini dalam sejarah peradaban manusia. *Isu-isu kontemporari terbahagikan kepada dua: -Politik -Media

Isu-isu kontemporari : Politik Perkembangan politik oleh Barat telah lama berlaku,bermula dengan penjajahan negara-negara kecil dan yang baru membangun.Ini memberi impak secara langsung dalam politik,struktur ekonomi dan nilai sosiobudaya negara-negara terbabit.Pada akhir penjajahan mereka menggunakan pendekatan baru untuk terus mendominasi politik dunia melalui pendekatan globalisasi. Bagi negara Islam pula,kebanyakkannya telah mendapat kemerdekaan daripada mana-mana pengaruh.Sungguhpun begitu,pengaruh dan dominasi barat tidak hilang,contohnya dalam konteks kebebasan dan hak untuk membuat keputusan terutama dalam hal politik dan keselamatan antarabangsa.

Terdapat banyak isu-isu yang berkaitan antara tamadun Barat dan tamadun Islam yang menunjukkan ketidakadilan yang berlaku antara dua tamadun ini,bagaimana umat Islam ditindak dan sebagainya. Selain itu,juga terdapat pengaruh barat dalam badan dunia seperti PBB.Melalui pengaruh barat dalam badan dunia ini kita dapat mengetahui banyak negara Islam yang teraniaya dan dikenakan pelbagai tindakan seperti sekatan ekonomi,perang,pencabulan hak asasi serta penguasaan mereka dalam hal politik negaranegara Islam

Isu-isu kontemporari : Media Media massa memainkan peranan yang penting dalam penyebaran maklumat dan informasi khususnya dalam konteks pembangunan tamadunsesebuah bangsa. Kesan revolusi teknologimaklumat dan komunikasi memberi kesan yang besar terhadap cara hidup masyarakat dunia.Pihak Barat telah berjaya mendominasi penyebaran maklumat dan berita antarabangsa melalui kemajuan dan perkembangan teknologi mereka. Agensi berita Barat mempunyai pengaruh yang besar dan mereka bebas untuk mengolah sesuatu berita dan maklumat tentang sesuatu peristiwa mengikut kaca mata mereka.

Pihak Barat juga menggunakan media mereka untuk melemparkan pelbagai tuduhan palsu pada negara-negara Islam bertujuan untuk mengekalkan,menjamin dan memenuhi segala kepentingan mereka. Pertubuhan-pertubuhan Islam yang aktif dalam bidang dakwah juga menjadi mangsa media Barat.Mereka sering dikaitkan dengan kegiatan terorisme dan subversif yang menggugat keamanan dunia.Oleh sebab itu,kegiatan mereka diharamkan seperti,Tabligh,Taleban,Mujahidin dan Ikhwa-nul Muslimin.

Hegemoni barat dan Globalisasi

Globalisasi
Istilah global dan globalisasi merujuk kepada idea tentang dunia tanpa sempadan seolah-olahnya ia menjadi satu walaupun penduduk berada pada tempat yang berlainan atau jauh. Menurut Anthony Giddens, globalisasi boleh didefinisikan sebagai hubungan sosial serata dunia secara intensif yang mana tindakan pihak tempatan ditentukan oleh peristiwa yang berlaku berbatu-batu jauhnya dan juga perkara disebaliknya (Giddens,A.2000) Menurut Martin Albrow pula, Globalisasi sebagai proses penduduk dunia diperbadankan di bawah satu masyarakat dunia, masyarakat global.

Dari segi Ekonomi


Proses dan perkembangan globalisasi dipengaruhi dengan proses yang dinamakan pengantarabangsaan Ekonomi.
ASEAN menubuhkan (AFTA) Asen Free Trade Agreement bagi menghadapi cabaran globalisasi semasa berlakunya krisis ekonomi

Globalisasi membawa perubahan ekonomi negara-negara luar.

Globalisasi memberikan kesan yang mendalam kepada negara maju dan sedang membangun

Dari segi Bahasa

Bahasa Inggeris merupakan bahasa global pada masa kini.Globalisasi bahasa boleh dikatakan sebagai kedominan satu bahasa yang dinamakan sebagai bahasa global.

Peranannya dianggap penting dalam perhubungan antarabangsa sebagai bahasa ibunda globalisasi

Dari segi Teknologi Maklumat

Hasil daripada Teknologi Maklumat terkini ianya memberi peluang kepada AS menyebarkan kepentingan, budaya dan nilai-nilainya ke serata dunia termasuklah jalinan hubungan antara kerajaan dengan rakyatnya.

Dari segi Media

Media dalam era globalisasi bukan sahaja bertindak sebagai agen berita,maklumat,pendidikan, hiburan atau propaganda tetapi jauh daripada itu ia berperanan untuk menerapkan dan membentuk keperluan sesuatu produk terhadap orang khalayak ramai

Hegemoni Barat
Definisi Hegemoni:
Hegemoni berasal daripada perkatan Yunani, hegemon, yang bermaksud ketua (Mclean,1,1996.The Concise Oxford Dictionary of Politics, Oxford: University Press, p. 218). Mengikut Kamus Dewan (2002 (edisi ketiga): 448), hegemoni ialah pengaruh atau dominasi sesebuah negara atas negara-negara lain.

Hegemoni boleh difahami sebagai pencengkaman atau dominasi sesuatu pihak ke atas pihak lain yang secara relatif lebih lemah dari segi ekonomi, politik dan sosial.

Hegemoni bahasa inggeris yang pertama berlaku sewaktu penjajahan Britain di Malaya. Bahasa Inggeris menjadi bahasa utama dalam bidang-bidang yang penting seperti pendidikan, pentadbiran dan perdagangan. Selepas kemerdekaan,Bahasa melayu telah berkembang dengan pesat.Namun berlaku pula hegemoni bahasa inggeris yang kedua mulai awal tahun 90-an.Bahasa inggeris merupakan bahasa yang menjadi wahana penyebaran globalisasi.

Hegemoni Budaya Amerika Syarikat


As merupakan kuasa ketenteraan yang terkuat di dunia. dari segi ekonomi AS adalah dua kali ganda saiz pesaing keduanya di samping AS terus menikmati kadar inflasi yang rendah, kadar pengangguran yang kecil dan pertumbuhan yang bertenaga. Faktor tersebut membantu budaya AS dapat disebar ke serata dunia.

Dari segi diplomatik pula, sesuatu konflik atau permasalahan tidak akan berjaya tanpa penglibatan AS. Apabila As memasuki Bosnia, peperangan dihentikan dan apabila AS campurtangan di Timur Tengah, keadaan menjadi lebih baik. AS juga menentukan Keputusan Perluasan NATO dan menentukan negara-negara anggota barunya.

Anda mungkin juga menyukai