Anda di halaman 1dari 3

SEJARAH PERKEMBANGAN PINGPONG MALAYSIA

Pada tahun 1952, Persatuan Pingpong Malaya ditubuhkan. Persatuan ini didaftar pada tahun 1964 atas nama Persatuan Pingpong Malaysia selepas pembentukan Malaysia pada tahun 1963 Dari tahun 1974 hingga 1982, persatuan ini telah mengadakan perlawanan.

PERALATAN & KELENGKAPAN PERMAINAN PINGPONG

KEMAHIRAN ASAS PERMAINAN PINGPONG Cara Memegang Bet


1.

Jabat tangan / Pegangan Salam - Paling popular digunakan kerana cara ini paling versatil. - Ia kelihatan seolah-olah berjabat tangan dengan bet semasa memegang bet. (rajah 7.1) - Caranya: i. Pegang bet pada tangkainya dengan meletakkan jari telunjuk pada bahagian belakang bet dan ibu jari pada sebelah yang bertentangan. ii. Bahagian pemegang dikelilingi dengan tiga jari yang lain dengan bahu bet berada di bawah antara jari telunjuk dan ibu jari iii. Hala pergelangan tangan sedikit ke bawah supaya bahagian atas bet berada pada jarak hampir sama tinggi dengan tangan pergelangan tangan (rajah 7.2) iv. Pergelangan tangan tidak boleh berpusing ke atas.

2. Pegangan Pen - Paling digemari oleh pemain Asia - Melakukan pukulan depan yang terbaik tetapi lemah dalam melakukan pukulan kilas - Caranya: i. Pegang bet pada tangkai dengan menggunakan ibu jari dan jari telunjuk pada kedudukan yang hampir-hampir bertemu pada permukaan yang bermain. ii. Permukaan bet yang tidak bermain disokong dengan menggunakan jari-jari yang lain iii. Jari-jari sokongan permukaan tidak bermain boleh berada dalam keadaan relaks atau direntangkan ke sebelah belakang bet.

Anda mungkin juga menyukai