Anda di halaman 1dari 1

KEPENTINGAN GIMNASTIK DALAM PENDIDIKAN Gimnastik dalam pendidikan pada hari ini mampu menyumbangkan pelbagai manfaat kepada

kanak-kanak jika mereka didedahkan kepada sukan ini sejak awal usia. Sukan ini membuktikan bahawa ianya mampu membantu kanak-kanak dalam mengembangkan pertumbuhan mereka baik dari segi kognitif dan fizikal. Gimnastik pendidikan ini mengandungi pembelajaran yang membantu mengembangkan lokomotor dan teknik keseimbangan dan juga kesedaran ruang. Oleh yang demikian, kanak-kanak boleh belajar untuk mengimbangkan tubuh badan mereka dan menggunakan ruangan yang ada di persekitaran mereka untuk bergerak. Selain itu , ia juga membantu kanak-kanak meningkatkan pengurusan tubuh badan, kawalan tubuh badan di samping meningkatkan keupayaan teknik lokomotif, bukan lokomotif dan manipulatif mereka. Gimnastik juga mampu melatih daya kelenturan, daya kekuatan, daya fleksibiliti , daya ketangkasan dan daya koordinasi yang mampu menyumbang ke arah kesihatan dan kecergasan kanak-kanak. Sukan gimnastik ini boleh meningkatkan keupayaan kognitif kank-kanak dan juga kebolehan-kebolehan yang afektif dari segi penyelesaian masalah , pergerakan mekanikal tubuh badan dan estetika. Menambahkan pengalaman belajar kepada kanak-kanak untuk merasai suasana persekitaran yang berbeza. Nilai disiplin dan patuh kepada arahan dapat diterapkan dalam diri kanak-kanak. Sikap sabar, tidak mudah patah semangat dan bekerjasama dapat dipupuk menerusi sukan gimnastik ini. Kepentingannya yang lain ialah gimnastik pendidikan ini membantu mengembangkan bakat kanak-kanak supaya meminati sukan ini dan membantu bakat mereka di dalam bidang lain. Sebagai contoh, gimnastik juga membantu kanak-kanak berkembang dalam bidang tarian dan juga renang. Gimnastik pendidikan ini seelok-eloknya diterapkan di dalam pendidikan jasmani di prasekolah.

Anda mungkin juga menyukai