Anda di halaman 1dari 7

Komunikasi dan Globalisasi: Penyampaian Maklumat Melalui Telekomunikasi. bahasa memainkan peranan penting untuk mempengaruhi pemikiran manusia.

Bahasa dan masyarakat mempunyai hubungan erat antara satu sama lain. Menurut Halliday (1978), pernah menjelaskan bahawa language is a product of social process. Penyampaian mesej melalui telekomunikasi pada abad ini semakin berleluasa, sehingga perhubungan antara sesama manusia tiada batas. Apakah dia bahasa? Kamaruddin Hj. Hussien (1988:1), di dalam buku beliau 'Pedagogi Bahasa' ada menyatakan bahawa bahasa merupakan kepunyaan manusia yang amat penting di dalam kehidupan dan dengan bahasalah manusia itu dapat dibezakan dengan makhluk-makhluk lain (terutama sekali binatang). Dengan adanya bahasa manusia dapat berhubung (berkomunikasi), melahirkan pandangan, perasaan dan pendapat, menyampaikan ilmu dan lainlain lagi. Jalaluddin Rakhmat (1994), mendefinisikan bahasa secara fungsional dan formal. Secara fungsional, bahasa diartikan sebagai alat yang dimiliki bersama untuk mengungkapkan gagasan. Ia menekankan dimiliki bersama, karena bahasa hanya dapat dipahami bila ada kesepakatan di antara anggota-anggota kelompok sosial untuk menggunakannya. Secara formal, bahasa diartikan sebagai semua kalimat yang terbayangkan, yang dapat dibuat menurut peraturan tatabahasa. Secara ringkasnya, bahasa adalah satu alat untuk berkomunikasi di antara seseorang individu dengan individu yang lain. Abdullah Hassan (1987:13) menyatakan di dalam buku beliau 'Isu-isu pembelajaran dan pengajaran Bahasa Malaysia' bahawa sesuatu bahasa itu mempunyai dua bentuk iaitu bentuk lisan dan bentuk tulisan. Manakala bahasa lisan pula terbahagi kepada dua iaitu bahasa pertuturan formal dan bahasa pertuturan yang tidak formal. Begitu juga dengan bahasa tulisan yang terbahagi kepada dua iaitu berbentuk formal dan tidak formal. Bahasa yang digunakan oleh manusia juga sentiasa memperlihatkan kelainan di dalam penggunaannya (kelainan di dalam pemilihan kata, dari segi sebutan, penyusunan ayat bagi menyampaikan hasrat hati atau mesej). Hal ini kerana setiap bahasa itu mempunyai variasinya yang tersendiri. Penggunaaan bahasa berkait rapat dengan komunikasi. Menurut T.M Lillico, komunikasi adalah digunakan untuk penukaran informasi, pendapat mahupun perasaan. Manakala menurut A. C. Leyton, komunikasi bukan saja berada di dalam lingkungan pertuturan dan penulisan. Malah komunikasi itu termasuk aspekaspek verbal dan non-verbal. Stuart Sillars, komunikasi ialah pemberian, penerimaan atau penukaran informasi, pendapat-pendapat atau idea-idea. Sama ada secara penulisan, penghujahan atau unsur-unsur visual. Komunikasi boleh saja berlaku secara unilateral (sehala) dan secara bilateral (dua hala). Komunikasi unilateral (sehala) ialah satu proses komunikasi secara sehala iaitu komunikasi yang tidak melibatkan respon daripada para pendengar atau pembaca. Komunikasi unilateral adalah seperti khutbah, ceramah, pidato dan sebagainya.

Komunikasi dua hala pula ialah satu proses komunikasi secara dua hala iaitu komunikasi yang memerlukan respon daripada komunikan (pihak lawan bertutur). Maksud lain, komunikasi dua hala ialah aktiviti komunikasi yang berlaku diantara penyampai dan penerima dalam proses perkongsian maklumat, idea, nilai dan perasaan. Proses menyampaikan informasi oleh penyampai mestilah secara jelas dan penerima atau pendengar hendaklah mendengar secara aktif. Komunikasi yang berkesan adalah satu kemahiran hubungan kemanusiaan yang memainkan peranan penting dalam hubungannya antara manusia dengan manusia untuk meyampaikan kelancaran dan kejelasan idea dan objektif. Bagi mendapatkan komunikasi yang berkesan, pengirim maklumat hendaklah cekap dalam berkomunikasi. Terdapat beberapa syarat untuk menjadi seseorang yang cekap berbahasa. Pertama, pengirim hendaklah mengetahui betul-betul tentang keperihalan yang hendak dicakapkan. Hal ini penting agar komunikasi berjalan dengan lancar dan tidak hambar. Jika sekiranya pihak lawan tidak mengetahu keperihalan yang hendak dicakapkan maka komunikasi akan gagal dan tidak ada tindak balas yang efektif. Kedua, mesej yang disampaikan oleh pengirim hendaklah mempunyai representasi semantik yang betul. Komunikasi yang efektif hanya berlaku jika penerima memahami idea/infomasi dengan tepat yang dihasratkan untuk ditransmisi oleh pengirim. Penggunaan semantik yang bijak dapat mempengaruhi sesebuah komunikasi itu. Makna yang disampaikan mestilah terang dan nyata dan mudah difahami agar tidak ada kesalahfahaman antaran pengirim dan penerima. Penyampaian representasi yang tepat akan melicinkan penyampaian idea pengirim kepada penerima. Ketiga, idea-idea yang disampaikan oleh pengirim hendaklah jelas dan tepat. Idea-idea yang disampaikan hendaklah mempunyai aspek-aspek kohesi dan koheren. Terdapat dua jenis komunikasi yang berlangsung iaitu komunikasi verbal dan non-verbal. Komunikasi verbal ialah satu proses komunikasi yang memerlukan maklum balas serta percakapan untuk menyampaikan maklumat lengkap kepada penerima. Komunikasi non-verbal ialah proses komunikasi di mana maklumat disampaikan tanpa menggunakan kata-kata (nonverbal). Istilah non-verbal biasanya digunakan untuk melukiskan semua peristiwa komunikasi di luar kata-kata terucap dan tertulis. Secara teoritis komunikasi nonverbal dan komunikasi verbal dapat dipisahkan. Namun dalam kenyataannya, kedua jenis komunikasi ini saling menjalin, saling melengkapi dalam komunikasi yang kita lakukan sehari-hari. Misalnya menggunakan gambar atau visual, eksperesi wajah, warna, simbol-simbol, dsb. Manakala globalisasi adalah istilah yang memiliki hubungan dengan peningkatan dan ketergantungan antara bahasa dan antara manusia diseluruh dunia melalui perdagangan, investasi, perjalanan, budaya dan bentuk-bentuk interaksi yang lain sehingga batas-batas suatu negara menjadi semakin sempit. Erti kata lain konsep globalisasi adalah cepat, mudah, ringkas dan padat tanpa ada sempadan. Globalisasi interaksi (interaction) adalah peningkatan interaksi melalui perkembangan media massa seperti television, filem, radio dan sebagainya. Selain media massa terdapat perubahan dari segi telekomunikasi seperti

Whatsapp, MSN, Email, Facebook dan sebagainya. Tujuan perubahan telekomunikasi adalah untuk memberi kemudahan yang lebih efektif kepada pengguna Hubungan komunikasi dengan globalisasi sangat erat. Kedua-keduanya mempunyai peranan masing-masing. Bahasa memainkan peranan penting secara global. Didalam era globalisasi setiap individu dituntut untuk mempersiapkan diri menjadi insan yang memadai terutama dalam penguasaan ilmu pengetahuan dan teknologi. Agar dapat menguasai teknologi dengan baik diperlukan pengetahuan yang memadai sehingga kita dapat memanfaatkannya dalam menghadapi tuntutan dunia global yang sarat dengan persaingan. Untuk mendukung hal tersebut, peranan bahasa sangatlah diperlukan baik dalam menguasai teknologi komunikasi mahupun berinteraksi secara langsung. Misalnya bahasa Inggeris adalah bahasa globalisasi bisness dan politik international, selain itu juga merupakan bahasa komputer dan internet. Bahasa Inggeris adalah bahasa international yang paling dominan dalam komunikasi, ilmu pengetahun, perbankan, perubatan, diplomasi dan sebagainya. Dari aspek linguistik, terdapat atau berlakunya alih kod dalam komunikasi dan globalisasi ini. Alih kod adalah pemakaian dua atau lebih bentuk atau ragam bahasa secara bergantian oleh penutur yang sama. Terdapat tiga jenis alih kod iaitu pola alih-kod, alih-kod inter-ayat dan alih kod antar-ayat. Alih kod antar-ayat ialah alih kod yang berlaku sekurang-kurangnya antara satu ayat dalam satu bahasa ke satu ayat dalam bahasa yang lain. Alih kod inter-ayat pula ialah alih kod yang berlaku dalam satu ayat yang sama/campur kod. Pola alih-kod ialah alih kod yang boleh berlaku di dalam tiga peringkat iaitu peringkat ayat, frasa dan kata. Fenomena ini lazimnya berlaku di kalangan penutur dwibahasa dan juga di kalangan anekabahasa. Contoh : Terima kasih, really appriciate it. (pola alih-kod) Watup yo, how are u? lama nda jumpa. (pola alih-kod) Bhapa ko ne?? Boring ku ehh.. (alih kod inter-ayat) Kamuu..hangout ey..(alih kod inter-ayat) Bah agath enjoy mlm ne... (alih kod inter-ayat)

G. Valdes-Fallis, menyatakan bahawa alih kod merupakan penggunaan dua bahasa secara berselang-seli yang terjadi pada peringkatan kata, frasa, klausa. Di samping itu, Zaba memperlihatkan bahawa fenomena alih kod terjadi dalam masyarakat yang penuturnya mempunyai lebih dari satu bahasa. Penutur biasanya beralih kod untuk tujuan menunjukkan kebolehan mereka dalam berbahasa asing. Di samping itu, jika penutur mengalami kesukaran untuk menyatakan sesuatu dalam bahasa ibunda, penutur juga akan beralihkod dengan menyelitkan kata-kata dari bahasa asing. Salah satu faktor utama terjadinya alih kod adalah faktor pendidikan yang bilingual.

Aspek seterusnya, dari segi linguistik, terdapatnya pelbagai jenis penulisan kreatif, seperti jenis stilistik. Penulisan ini menggunakan unsur-unsur stilistik iaitu menggunakan perkataan dan frasa yang kreatif. Unsur ini selalunya melibatkan alam sekeliling dan flora dan fauna seperti bulan, bintang, kumbang, bunga dan sebagainya. Penggunaan bahasa yang indah ini menggambarkan budaya Melayu yang mementingkan kehalusan. Contoh : Setitik embun di pohon rimbun, Di atap nipah air tergenang, Doa tertimbun mohon diampun, Silap dan salah jangan dikenang, Selamat hari raya maaf zahir dan batin. penggunaan gaya jenis sastera ada digunakan dalam situasi tertentu seperti untuk menyatakan emosi, ucapan dan sebagainya. Gaya bahasa yang digunakan berperanan memberi makna efektif misalnya emosi. Emosi ada tiga jenis iaitu positif, neutral dan negatif. contoh diatas menunjukkan emosi yang positif iaitu rasa cinta, kasih dan sayang aspek linguistik seterusnya ialah pemilihan diksi pemilihan diksi yang sesuai adalah sangat perlu untuk memastikan komunikasi tersebut berkesan dan juga Penggunaan diksi untuk melambangkan fikiran atau gagasan tertentu dan juga melambangkan perasaan, kemahuan bahkan dapat melambangkan tingkah laku seseorang. Contoh : you are the shining star above .. That glows every single night.. Shine my gloomy night aspek linguistik seterusnya ialah penyingkatan kata. Teknik ini selalunya digunakan dalam sistem pesanan ringkas Ini membuatkan karya menjadi kreatif kerana struktur dan leksikon bahasa diringkaskan seperti : Dh / udah Sudah Lum Belum Ko Kau Bhapa Buat apa? Nnti Nanti Sapa Siapa Mkn Makan pengguna memilih singkatan kata untuk menjadikan komunikasi itu mudah, ringkas, cepat dan jimat aspek seterusnya dalam konsep linguistik adalah aspek kesantunan. Kesantunan mempunyai konteks yang luas dan tidak merujuk kepada kesantunan berbahasa semata-mata tetapi juga merujuk kepada aspek nonverbal seperti tingkah laku, mimik muka dan nada suara. Robin Lakoff, mendefinisikan kesantunan sebagai perlakuan yang mengurangkan pergeseran dalam sesuatu interaksi. Pendapat Fraser dan Nolen, menyatakan bahawa kesantunan berlaku apabila kontrak perbualan digunakan oleh penutur dan pendengar bagi mengekalkan hubungan yang harmoni dalam komunikasi.

Nilai kesantunan bahasa mempunyai pertalian yang sangat erat. Seseorang itu dianggap tidak sopan dan tidak mengamalkan nilai yang baik apabila bercakap

dengan menggunakan nilai bahasa yang kasar atau tidak tahu meletakkan dirinya dalam sesuatu majlis iaitu Seseorang itu perlu memahami dengan siapa ia berkata, sebab ia berkata dan dalam situasi apa dia berkata. - contoh bercakap dengan ibu bapa : Thank you mom Anak : Selamat Pagi mama.. Ibu : Gd mrning.. baru bangun aaa.. - bercakap dengan rakan : Oiii, sadang luan Woiii..bangunnn..sadang memurancah ne.. Ntah ko eiiii...mlzz ku.. Penggunaan aspek kesantunan dapat dilihat berdasarkan hubungan sosial diantara pengguna. Hubungan yang erat dan harmonis dapat dilihat daripada penggunaan dan pemilihan kata oleh pengguna dalam berkomunikasi.

Dari aspek non-linguistik pula seperti emoticon (simbol), ukiran, gambar dan grafik. Emoticon adalah salah satu cara expresi, emosi dalam bentuk gambaran. Penggunaan emoticon semakin berleluasa di era global. Emotican ini terdapat dalam telekomunikasi seperti teks whatsapp, facebook dan MSN. contoh : , , <3 dan sebagainya.

Emoticon juga adalah salah satu cara mempelbagaikan cara untuk berkomunikasi, menunjukkan perasaan, menyampaikan makna dan mempengaruhi pembaca agar mesej sampai kepada penerima. Penggunaan emoticon juga supaya kelihatan cantik dan romantis serta comel, serta menyerlahkan kekreatifan dan kehalusan individu tertentu. Misalnya gambar hati (Love) - Faktor-faktor yang menyumbangkan kepada keberkesanan adalah:a) Penyesuaian Penggunaan Penggunaan telekomunikasi yang sesuai adalah penting mengikut situasi tertentu. Jenis pemilihan telekomunkasi dapat melancarkan lagi dalam menyampaikan mesej. Misalnya apabila dalam kecemasan, alat komunikasi yang pantas seperti telefon. Alat ini sesuai untuk menghubungkan terus kepada siapa yang hendak dihubungi. Selain itu, jika dibandingkan penggunaan pengantar mesej dan Whatsapp, pengantar mesej lebih cepat dan boleh terima pada masa yang diperlukan berbanding dengan Whatsapp jika tidak mempunyai baki kredit yang cukup maka penerimaan mesej tidak diterima pada masa yang diperlukan

b)

Kos Perbelanjaan Telekomunikasi

Kos perbelanjaan haruslah diambil kira mengikut situasi dan jenis telekomunikasi yang digunakan. Misalnya penggunaan Whatsapp lebih murah berbanding menggunakan sistem SMS (sistem pesanan ringkas) iaitu bayaran caj bagi servis Whatsapp sebanyak 1sen saja berbanding bayaran caj SMS sebanyak 5 sen. Ini bertujuan untuk menjimatkan kos pembayaran servis. c) Kepantasan menghantar maklumat Kepantasan menghantar maklumat ini berhubungkait dengan kos perbelanjaan. Dalam hasil kajian borang kaji selidik, responden lebih memilih jenis-jenis telekomunikasi yang pantas dalam menyampaikan maklumat, ini adalah kerana dapat menjimatkan masa, wang serta memudahkan lagi pengguna - Rumusan secara keseluruhan, komunikasi berkait rapat dengan bahasa. Bahasa merupakan wadah untuk berkomunikasi di antara seseorang individu dengan individu yang lain. Komunikasi juga bolah diasosiasikan dengan era globalisasi. - Kewujudan globalisasi mengakibatkan kepelbagaian di dalam berkomunikasi seperti perkembangan sistem telekomunikasi. Jenis-jenis sistem telekomunikasi yang turut wujud selaras dengan perkembangan global ialah seperti whatsaap, facebook, MSN, email Keberkesanan dalam menyampaikan maklumat dapat dilihat melalui tiga punca utama. Pertama, pengirim hendaklah mengetahui betul-betul tentang keperihalan yang hendak dicakapkan. Kedua, mesej yang disampaikan oleh pengirim hendaklah mempunyai representasi semantik yang betul. Penyampaian representasi yang tepat akan melicinkan penyampaian idea pengirim kepada penerima. Ketiga, idea-idea yang disampaikan oleh pengirim hendaklah jelas dan tepat. Idea-idea yang disampaikan hendaklah mempunyai aspek-aspek kohesi dan koheren. , SMS dan sebagainya. penyampaian maklumat akan lebih berjalan dengan lancar melalui penggunaan sistem telekomunikasi Oleh yang demikian, penyampaian maklumat yang berkesan adalah tergantung kepada kecekapan berbahasa dan penggunaan sistem telekomunikasi merupakan sebagai wadah bagi melicinkan penyampaian maklumat serta peranan kecekapan berbahasa sangatlah diperlukan baik dalam menguasai teknologi komunikasi mahupun dalam berinteraksi.

Anda mungkin juga menyukai