Anda di halaman 1dari 1

6M Imam Al-Ghazali - Kaedah memperkasakan jati diriKonsep 6M ini merupakan kaedah untuk memantap jatidiri dan keutuhan peribadi

yang diperkenalkan oleh Imam Al-Ghazali dalam Kitab 'Ihya' Ulumuddin' dan Syed Hawwa dalam kitabnya 'Al-Mustakhlas fi Tadzkiyyatin Nafs'. 1) Musyaratah Berasal dari perkataan syarat, kaedah pertama ini menyatakan bahawa perlu adanya penetapan syarat-syarat kejayaan..Ia penting supaya segala usaha kita itu mempunyai matlamat yang jelas dan kita tahu apa yang mesti kita buat untuk memastikan matlamat kita tercapai..

2) Muroqobah Kaedah kedua ini menyatakan bahawa kita perlu menerima hakikat bahawa Allah sentiasa bersama dalam semua urusan (pengintaian diri sehingga ke tahap ihsan).Kaedah ini sangat penting supaya setiap daripada kita mampu menjadi seorang hamba Allah yang baik dan menjauhi yang buruk samada ketika bersendirian mahupun ketika berada di khalayak ramai, kerana merasakan adanya Allah di sisi yang melihat setiap perbuatan kita. 3) Muhasabah Kaedah ketiga ini pasti ramai yang sering mendengarnya - mencari kelemahan diri supaya dapat dihakis dengan segera. Ia penting supaya kita dapat maju bukan sahaja dengan menimba kebaikan baru tetapi juga dapat mengurangkan kelemahan lama..dalam erti kata lain, sentiasa berusaha untuk mengislah diri (memperbaiki diri).

4) Mu'aqobah Apa yang dimaksudkan dengan kaedah keempat ini adalah kita perlulah mendidik jiwa untuk bertanggungjawab atas segala urusan pekerjaan yang dilakukan. Hal ini penting supaya kita menjadi orang yang sentiasa menjaga maruah diri dengan tidak mengejar sanjungan bagi kebaikan yang kita buat dan tidak takut ditegur jika kita melakukan kesilapan. 5) Mujahadah Kaedah kelima ini juga sering kita dengar, namun perlaksanaannya, diri sendiri yang lebih mengetahui..ia merujuk kepada pelaksanaan tugas dengan bersungguh-sungguh dan sempurna sehingga ke tahap kecacatan sifar..Hal ini penting supaya hasil kerja kita sentiasa baik dan standard yang tinggi dapat dikekalkan. Untuk pengekalan standard yg tinggi, NIAT hendaklah betul.. 6) Mu'atabah Kaedah terakhir ni menghendaki kita untuk menghukum diri sendiri setiap kali membuat kesilapan dan dosa..Hal ini supaya kita tidak menjadi orang yang mengambil mudah terhadap kesilapan yang dilakukan kerana khuatir kesilapan itu akan menjadi kebiasaan

Anda mungkin juga menyukai