Anda di halaman 1dari 46

MORFOLOGI

DAN
SINTAKSIS

HJ FAUZI BIN SALLEH


IPG KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN
27200 KUALA LIPIS
Secara umumnya, tatabahasa bahasa
Melayu mencakupi dua bidang:
Morfologi: kajian tentang kata dan
pembentukan kata, kelas kata dan imbuhan.
Sintaksis: kajian tentang pembentukan ayat.

 1 Morfologi Morfologi ialah bidang yang mengkaji


o 1.1 Morfem struktur, pembentukan kata dan
 1.1.1 Morfem
terikat/imbuhan golongan kata. Dalam morfologi, unit
o 1.2 Proses Pembentukan terkecil yang mempunyai makna dan
Kata tugas nahu ialah morfem. Para pelajar
o 1.3 Golongan Kata
 2 Sintaksis juga perlu mengetahui maksud istilah
o 2.1 Ayat morfem dan kata. Ini kerana kedua-dua
o 2.2 Frasa adalah berbeza dari segi fungsi dan
 3 Lihat juga konsep.
Tatabahasa Sintaksis
bahasa Melayu Golongan kata
 Kata nama
 Kata ganti nama
Morfologi  Kata kerja
 Kata sifat
Jenis ayat  Kata tugas
Ayat penyata  Kata hubung
 Ayat transitif  Kata keterangan
 Ayat intransitif  Kata sendi
 Ayat aktif Pembentukan kata
 Ayat pasif  Imbuhan kata nama
 Ayat nafi  Imbuhan kata kerja
 Ayat songsang  Istilah pinjaman
 Ayat inti
 Ayat gabungan Lain-lain
Ayat perintah
Ayat tanya  Kata bilangan
Ayat seru  Kata istilah
 Penjodoh bilangan
 Bentuk jamak
 Hukum D-M
Morfem
Morfem ialah unit terkecil yang menjadi unsur perkataan. Sekiranya kata
tidak boleh dipecahkan kepada unit bermakna atau nahu yang lebih kecil,
maka kata-kata ini terdiri daripada satu unit atau satu morfem.
Misalnya "minum". "Minum" tidak akan berfungsi dan memberi makna jika
dipecahkan kepada mi dan num. Sebaliknya, kata "diminum" boleh
dipecahkan kepada dua morfem, iaitu "di" dan "minum". Kesimpulannya,
perkataan boleh terdiri daripada beberapa morfem.
Morfem boleh dibahagi kepada dua, iaitu morfem bebas dan morfem
terikat.
Morfem Bebas Morfem terikat/imbuhan
Dapat berdiri sendiri, misalnya: Bentuk imbuhan, misalnya:
minum, cuti, sekolah, periksa mem, per, kan, ber
Tidak mempunyai makna tetapi
mempunyai fungsi tatabahasa atau
Mempunyai maksud sendiri. nahu. Boleh mengubah makna
sesuatu kata dan seterusnya makna
ayat.
Morfem terikat/imbuhan
Morfem terikat/imbuhan boleh dibahagi seperti berikut:
•Awalan. Ditambah pada bahagian depan kata dasar.
Misalnya membaca, menghafal.
•Akhiran. Ditambah pada bahagian belakang kata dasar.
•Sisipan. Diselit di antara unsur unsur kata dasar.
Misalnya telapak (tapak)
•Apitan. Ditambahkan serentak pada awalan dan akhiran
kata dasar. Misalnya, imbuhan per....andalam permainan.

Proses terbentuknya ayat bermula daripada morfem


MORFEM --> PERKATAAN --> FRASA --> KLAUSA -->
AYAT
Sintaksis
Sintaksis merupakan satu cabang ilmu bahasa yang mengkaji
bentuk, struktur, dan binaan atau konstruksi ayat. Sintaksis bukan
sahaja mengkaji proses pembinaan ayat tetapi juga hukum-hukum
yang menentukan bagaimana perkataan disusun dalam ayat.

Ayat ialah binaan yang terdiri daripada unsur ayat, iaitu unit-unit
yang membentuk ayat.
Contoh:Ahmad sedang membuat kerja rumah.

Contoh ayat di atas terdiri daripada dua bahagian iaitu (i) Ahmad
sedang dan bahagian (ii) membuat kerja rumah. Bahagian subjek
dan predikat, merupakan bahagian utama yang membentuk
klausa atau ayat bahasa Melayu. Subjek dan prediket pula
mempunyai unsur-unsur, iaitu sama ada frasa nama (FN), frasa
kerja (FK), frasa adjektif (FA) dan frasa sendi nama (FS).
Frasa
Frasa ialah satu binaan atau unsur ayat yang terdiri daripada
sekurang-kurangnya dua perkataan atau jika terdiri daripada satu
perkataan, ia berpotensi untuk diperluas menjadi dua perkataan
atau lebih. Frasa tidak boleh dipecahkan kepada subjek dan
predikat.

Seperti yang diterangkan di atas, ada empat jenis frasa iaitu FN, FK,
FA dan FS. Menurut binaannya, frasa dapat dibahagikan kepada dua
jenis iaitu frasa endosentrik dan frasa eksosentrik. Frasa
endosentrik ialah frasa yang mengandungi satu unsur inti. Unsur
inti ini mewakili seluruh frasa berkenaan. Frasa dinamakan
mengikut unsur inti ini. FN, FK dan FS ialah frasa endosentrik. Ini
kerana kata nama, kata kerja, dan kata adjektif boleh menjadi unsur
inti setiap frasa itu.
Contohnya: sepasang mata biru (FN. Inti frasa ini ialah mata, jenis
kata nama)
Frasa

Contohnya: sepasang mata biru (FN. Inti frasa ini ialah mata, jenis
kata nama)
Manakala frasa eksosentrik ialah frasa sendi nama yang tidak
mempunyai unsur inti contohnya ke tandas dan di sekolah .
Kewujudan sendi nama di bergantung pada sekolah dan ke kepada
tandas. Oleh itu, frasa jenis ini dikatakan frasa eksosentrik kerana
pusatnya bergantung pada suatu unsur luaran.
Ayat Pasif

Ayat pasif ialah ayat yang menekankan objek dan perbuatannya


berbanding "ayat aktif" yang menekankan si pelaku. Kedua-dua ayat
tidak ada kelainan makna apa pun. Bagaimanapun, sasterawan dan
penulis yang baik sering menggunakan ayat aktif dan ayat pasif
secara sedar, bergantung kepada apa yang hendak ditekankan.
Kebetulan, hikayat-hikayat Melayu dan karya sastera Melayu lama
lebih banyak menggunakan ayat pasif. Prof. St. Takdir
Alisjahbana berpendapat bahawa kejadian itu disebabkan oleh cara
hidup atau sikap pasif orang Melayu pada zaman silam.
Bagaimanapun, ahli bahasa Awang Sariyan tidak bersetuju dengan
pendapat itu, dan berasa bahawa pemilihan ayat pasif itu
sebenarnya "mencerminkan budi dan peribadi orang Melayu yang
tidak menekankan ego individu". Menurutnya, "barangkali dengan
perubahan nilai hidup moden, penulis sekarang lebih banyak
menggunakan ayat aktif yang menekankan pelaku".
Ayat Pasif

Ayat pasif ialah ayat yang menekankan objek dan perbuatannya


berbanding "ayat aktif" yang menekankan si pelaku. Kedua-dua ayat
tidak ada kelainan makna apa pun. Bagaimanapun, sasterawan dan
penulis yang baik sering menggunakan ayat aktif dan ayat pasif
secara sedar, bergantung kepada apa yang hendak ditekankan.
Kebetulan, hikayat-hikayat Melayu dan karya sastera Melayu lama
lebih banyak menggunakan ayat pasif. Prof. St. Takdir
Alisjahbana berpendapat bahawa kejadian itu disebabkan oleh cara
hidup atau sikap pasif orang Melayu pada zaman silam.
Bagaimanapun, ahli bahasa Awang Sariyan tidak bersetuju dengan
pendapat itu, dan berasa bahawa pemilihan ayat pasif itu
sebenarnya "mencerminkan budi dan peribadi orang Melayu yang
tidak menekankan ego individu". Menurutnya, "barangkali dengan
perubahan nilai hidup moden, penulis sekarang lebih banyak
menggunakan ayat aktif yang menekankan pelaku".
Ayat pasif untuk pelaku pertama dan kedua
Proses membentuk ayat pasif diri pertama dan kedua adalah sama dan terdiri
daripada dua langkah:
Objek dipindahkan ke pangkal ayat;
Awalan meN digugurkan.
Kesalahan yang biasa berlaku
1. Kesalahan menggunakan aturan ayat pasif bahasa Inggeris
Kesalahan yang agak meluas berasal khususnya daripada mereka yang bersikap
keinggerisan. Misalnya:
Surat itu telah dihantar oleh saya semalam.
Borang itu mesti diisikan oleh anda dahulu.
Dalam bahasa Inggeris, ayat di atas memang boleh diterima:
That letter was sent by me yesterday.
The form must be filled by you first.
Sebenarnya, aturan di atas ini juga merupakan aturan ayat pasif untuk pelaku
ketiga. Umpamanya, ayat-ayat yang berikut adalah betul:
Surat itu telah dihantar oleh Ali semalam.
Borang itu mesti diisikan oleh pemohon dahulu.
Oleh itu, kesalahan ini juga boleh dianggap sebagai "kesalahan menggunakan
aturan ayat pasif untuk pelaku ketiga".
2. Kesalahan tidak menggugurkan meN

Ayat pasif
Ayat aktif
Salah Betul
Saya membeli kereta itu Kereta itu saya Kereta itu saya belidaripada
daripada Ali. membelidaripada Ali. Ali.
Anda mesti Soalan-soalan itu mesti anda Soalan-soalan itu mesti anda
menjawab soalan-soalan itu. menjawab. jawab.
Kamu mestilah menyiapkan Kerja itu mesti kamu Kerja itu mesti kamu
kerja itu hari ini. menyiapkan hari ini. siapkan hari ini.
3. Kesalahan menyisipkan kata lain antara pelaku dengan kata
kerja pasif
Frasa subjek dan kata kerja pasif merupakan satu ikatan yang tidak
boleh dipisahkan. Oleh itu, jika anda menggunakan kata bantu atau
kata nafi, kata itu tidak boleh disisipkan antara pelaku dengan kata
kerja pasif.

Salah Betul
Buku itu saya telah baca. Buku itu telah saya baca.
Buku itu saya tidak baca. Buku itu tidak saya baca.
Kerja itu kamu mesti siapkan hari ini. Kerja itu mesti kamu siapkan hari ini.
Ayat pasif untuk pelaku ketiga
Oleh sebab aturan ayat pasif untuk pelaku ketiga sama saja dengan
aturan ayat pasif bahasa Inggeris, kesalahan ayat pasif ini jarang dibuat
oleh mereka yang bersikap keinggerisan. Sebaliknya, kesalahan ayat pasif
ini dibuat oleh kalangan yang sepatutnya fasih dalam bahasa Melayu
tetapi suka menggunakan bahasa dengan cara yang mudah. Memang
ada baiknya menggunakan bahasa yang mudah supaya semua orang
mudah faham, tetapi bahasa yang mudah mesti juga mematuhi aturan.

Kesalahan yang biasa berlaku


Ayat-ayat berikut yang salah lazim diucapkan orang sehingga
dianggap betul.

Salah Betul
Buku itu Ahmad baca. Buku itu dibaca oleh Ahmad.
Surat itu abang hantar semalam. Surat itu dihantar oleh abang semalam.
Kerja itu mesti disiapkan oleh mereka hari
Kerja itu mereka mesti siapkan hari ini.
ini.
Perbandingan antara bentuk kata kerja pasif diri

Pasif diri
Kata kerja aktif Pasif diri kedua Pasif diri ketiga
pertama
memberi saya beri anda beri diberi
menyapu kusapu kausapu disapu
melukis kami lukis kamu lukis dilukis
membayar kita bayar anda bayar dibayar
Ayat pasif yang lain
Ayat pasif "ber"
Selain daripada digunakan dalam ayat aktif, awalan "ber" kekadang
juga digunakan dalam ayat pasif selepas "belum" dan "sudah" sebagai
ganti untuk awalan "di":

Penggunaan "ber" Penggunaan "di"


Seluar saya belum berjahit. Seluar saya belum dijahit.
Surat itu sudah bertaip. Surat itu sudah ditaip.
Pintu rumah sudah berkunci. Pintu rumah sudah dikunci.
Bagaimanapun, kedua-dua awalan membawa konotasi yang berlainan.
Awalan "di" membawa tanggapan bahawa kata kerja pasif itu dihubungkan
dengan pelaku ketiga, sedangkan awalan "ber" tidak ada penekanan pelaku
sama sekali. Ini disebabkan bahawa "di" sering diikuti oleh "oleh",
umpamanya "Seluar saya belum dijahit oleh seseorang". Bagaimanapun,
penggunaan "ber" dalam bentuk ini juga membayangkan kekayaan gaya
bahasa Melayu yang menyebabkan bahasa ini hidup dan menarik.

Ayat pasif "ter"


Awalan "ter" dalam ayat pasif biasanya berkaitan dengan keupayaan dan
tanda selesainya sesuatu perbuatan atau perbuatan yang sedia berlaku.

Menunjukkan keupayaan Menunjukkan perbuatan yang siap


Batu yang besar
Kedai itu tertutup sejak tadi.
itu terangkat olehku.
Projek yang rumit
itu terlaksana juga oleh usahawan Buku ini terkarang oleh Awang Sariyan.
baru.
Cita-cita ibu yang besar
Perabot di ruang tamu itutersusun.
itu tertunai juga olehnya.
Dalam penggunaan bahasa sekarang, bentuk ayat pasif sedemikian untuk
menunjukkan keupayaan amat kurang, tetapi masih sah.

Ayat pasif "ke-an"


Ayat pasif yang menggunakan imbuhan "ke-an" sebagai ganti untuk
"mengalami keadaan" ialah ungkapan yang tetap bentuknya dan tidak dapat
diubah-ubah lagi. Bagaimanapun, dengan berdasarkan pola yang sedia ada
itu, banyak lagi ayat pasif "ke-an" dapat dibentukkan.

Penggunaan bentuk pasif "ke-an" Maksud


Kerana lewat bangun, saya ketinggalan Kerana lewat bangun, saya mengalami
bas. keadaan "ditinggalkan bas".
Jiran saya mengalami keadaan "hartanya
Jiran saya kecurian malam tadi.
dicuri orang".
Orang itu mengalami keadaan "suaminya
Orang itu baru kematian suami.
mati".
Ayat pasif "kena"
Ayat pasif yang menggunakan kata "kena" sebagai
ganti untuk awalan "di" lebih banyak digunakan oleh
orang dalam pertuturan. Bagaimanapun, bentuk pasif
ini boleh juga digunakan untuk gaya bahasa sebagai
pilihan lain.

Penggunaan "kena" Penggunaan "di"


Pemandu itu kena saman. Pemandu itu disaman.
Budak nakal itu kena pukul. Budak nakal itu dipukul.
Pencuri itu kena tangkap. Pencuri itu ditangkap.
Bahasa Melayu mempunyai berbagai-bagai jenis ayat untuk menyatakan
maksud yang sama. Ciri-ciri ini menyebabkan bahasa Melayu merupakan
sebuah bahasa yang sentiasa hidup serta menarik. Jika hanya satu jenis ayat
saja yang digunakan akan timbul rasa jemu pada pembaca. Oleh sebab itu,
sasterawan dan penulis yang baik selalu menggunakan jenis-jenis ayat yang
lain, sesuai dengan keperluan.
Jenis-jenis ayat bahasa Melayu dapat digolongkan kepada empat ragam:
Ayat penyata:
Ayat transitif dan ayat intransitif
Ayat aktif dan ayat pasif
Ayat sungsang
Ayat nafi
Ayat inti dan ayat gabungan
Ayat perintah
Ayat tanya
Ayat seru
.
Ayat pasif
Rencana utama: Ayat pasif (bahasa Melayu)
Berbanding dengan ayat aktif yang menekankan
subjek, ayat pasif memberikan penekanan terhadap
objek dan perbuatan sehingga subjek pelaku tidak
dipentingkan atau langsung tidak perlu dinyatakan.
Hal ini ada kaitannya dengan bahagian manakah yang
anda hendak pentingkan atau menegaskan.
Contohnya:
Perkara itu sudah diselesaikannya; atau
Perkara itu sudah diselesaikan
adalah ayat-ayat pasif yang menegaskan "perkara itu",
bukan pelaku yang menyelesaikan perkara itu.
Bandingkan dengan ayat, "Dia sudah menyelesaikan
perkara itu." Ayat itu menegaskan pelaku "dia".
Ayat perintah
Ayat perintah bertugas untuk menyatakan sesuatu
yang berupa perintah, larangan, suruhan, permintaan,
ajakan, silaan, doa, dan harapan.
Jenis perintah Contoh penggunaan
Perintah Berdiri di atas kerusi itu.
Suruhan Ikat tali kasut anda dengan betul.
Jangan pergi ke sungai yang
Larangan
dalam airnya.
Permintaan Tolong angkat baju itu.
Ajakan Mengucaplah banyak-banyak.
Silaan Sila jamu selera.
Doa Syukurlah kamu sudah kembali.
Harap-harap hari tidak hujan.
Harapan
Perhatikanlah bahawa ayat-ayat di atas mempunyai
susunan yang sama, iaitu subjeknya tidak dinyatakan.
Ini disebabkan subjeknya nyata dan merujuk kepada
orang yang ayat perintah itu ditujukan.
Contoh-contoh di atas juga menunjukkan bahawa
awalan "ber" dan "meN" kekadang tidak digugurkan.
Aturan yang perlu dipegang ialah:
Untuk kata kerja intransitif (kata kerja yang tidak
memerlukan objek): awalan tidak boleh digugurkan.
Untuk kata kerja transitif (kata kerja yang memerlukan
objek): awalan meN hendaklah digugurkan.
Ayat nafi
Ayat nafi ditandai oleh adanya kata "bukan" dan
"tidak". Secara umum, ayat nafi digunakan untuk
menafikan atau menidakkan sesuatu, umpamanya:
Dia tidak berpengalaman, tetapi cekap.
Aurora bukan jururawat, tetapi doktor.
Disamping itu, ayat nafi boleh juga digunakan untuk
menekankan atau menegaskan sesuatu maksud.
Contohnya:

Ayat biasa Ayat nafi


Cadangannya tidak perlu kita
Cadangannya harus diketepikan.
pedulikan.
Kerja ketua memang susah. Kerja ketua tidak pernah senang.
Walaupun kedua-dua ayat dalam setiap pasangan di
atas mempunyai maksud yang sama, ayat nafi
menekankan maksudnya, sedangkan ayat biasa
menyatakan maksud secara biasa sahaja.
Peranan ayat nafi sebagai penegas maksud juga boleh
diperhatikan dalam ayat tanya, umpamanya:
Bukankah orang itu guru kamu?
Tidakkah kamu ingin menyertai peraduan itu?
Anda sudah faham, bukan?
Penggunaan dengan frasa nama
Secara umum, kata nafi "bukan" digunakan apabila frasa yang mengikutinya
ialah frasa nama. Contohnya:
Ini bukan kucing.
Malaysia bukan negara republik.
Gajah bukan haiwan yang terbesar di dunia.
Selain itu, "bukan" juga boleh digunakan untuk frasa yang lain daripada frasa
nama dalam hubungan seperti yang berikut:
Dia bukan bodoh, tetapi malas.
Dia bukan belajar, tetapi bermain.
Kata "bukan" dalam kedua-dua ayat itu boleh juga digantikan dengan "kata
tidak":
Dia tidak bodoh, tetapi malas.
Dia tidak belajar, tetapi bermain.
Bagaimanapun, penggantian "bukan" dengan "tidak" menyebabkan sedikit
perubahan maksud. Penggunaan "tidak" hanya menyatakan maksud secara
biasa, sedangkan penggunaan "bukan" menekankan pertentangan dua
keadaan secara jelas.
Penggunaan dengan frasa sendi
Untuk frasa sendi, kata nafi bukan dan tidak digunakan menurut kesesuaian,
umpamanya:
Saya tidak ke sekolah hari ini kerana sakit.
Saya bukan dari sektor kerajaan.
Malaysia bukan di benua Afrika.
Buku ini bukan untuk anda.
Kata "bukan" dan "tidak" dalam keempat-empat ayat di atas tidak boleh
saling berganti. Oleh sebab itu, perhatian harus diambil dalam penggunaan
kata "bukan" dan "tidak".
Kesalahan yang biasa berlaku
Kesalahan yang biasa berlaku untuk ayat nafi ialah kekeliruan antara
penggunaan kata "bukan" dan "tidak".
[sunting]Ayat tanya
Ayat tanya dalam bahasa Melayu boleh dibentuk dengan tiga cara:
[sunting]Cara-cara untuk membentuk ayat tanya
[sunting]1. Membubuh tanda tanya pada akhir ayat penyata

Ayat penyata Ayat tanya


Tetamu sudah tiba. Tetamu sudah tiba?
Buah itu sudah masak. Buah itu sudah masak?
Mereka hendak menolong kita. Mereka hendak menolong kita?
Dengan tidak mengubah susunan ketiga-tiga ayat di atas, ayat-ayat tanya
boleh dibentuk dengan tanda tanya di hujung ayat-ayat penyata. Dalam
pertuturan, ayat tanya di atas dinyatakan dengan suara menaik pada akhir
ayat.
[sunting]2. Menggunakan partikel "kah"
Ayat-ayat tanya dalam bahagian di atas juga boleh disungsang melalui
penggunaan partikel "kah" untuk mencipta ayat tanya sungsang:

Ayat penyata Ayat tanya


Tetamu sudah tiba? Sudah tibakah tetamu?
Buah itu sudah masak? Sudah masakkah buah itu?
Mereka hendak menolong Hendak menolong
kita? kitakah mereka?
Penggunaan partikel "kah" dalam jenis ayat tanya ini adalah penting untuk
mengelakkan kesamaran makna.
3. Menggunakan pelbagai kata
Ayat tanya juga boleh dibentuk dengan menggunakan
kata ada, apa, bila, bagaimana, berapa,mengapa, mana, dan siapa.

Ayat tanya
Kata
Tanpa partikel "kah" Dengan partikel "kah"
Ada Tiada Adakah cara saya ini betul?
Apakah yang kamu beli
Apa Apa yang kamu beli tadi?
tadi?
Bagaimana cara untuk Bagaimanakah cara untuk
Bagaimana
mendaftar diri? mendaftar diri?
Bila Bila ayah kamu pulang? Bilakah ayah kamu pulang?
Mengapa kamu datang Mengapakah kamu datang
Mengapa
lambat hari ini?. lambat hari ini?.
Mana Mana ibu? Manakah ibu?
Siapa nama jiran baru Siapakah nama jiran baru
Siapa
kamu? kamu?
Kecuali kata "ada", yang lain dapat berdiri sendiri tanpa partikel "kah".
Bagaimanapun, partikel "kah" sering digunakan untuk maksud penegasan.
[sunting]Kesalahan yang biasa berlaku
Kesalahan yang biasa berlaku ialah penggunaan partikel "kah" di hujung
ayat. Umpamanya:
Tetamu sudah tibakah?
Buah itu sudah masakkah?
Mereka hendak menolong kitakah?
Kesalahan ini tertimbul kerana dipengaruhi oleh bahasa sehari-hari seperti
berikut:
Tetamu sudah tibake?
Buah itu sudah masakke?
Mereka hendak menolong kitake?
"Ke" sebagai bentuk ucapan sehari-hari bagi "kah" tidak boleh digunakan
dalam tulisan. Selain itu, "kah" tidak boleh digunakan di hujung ayat.
Ayat songsang
Dalam ayat songsang, predikat terletak pada awal ayat dan subjek pula
terletak pada hujung ayat. Ini merupakan hal yang terbalik dalam ayat biasa:
AYAT BIASA

SUBJEK + PREDIKAT
AYAT SONGSANG

PREDIKAT + SUBJEK
AYAT PASIF

OBJEK + KATA KERJA + SUBJEK
Ayat songsang memberikan lagi satu cara untuk menyatakan sesuatu supaya
membantu menghidupkan tulisan anda. Penggunaan ayat songsang sekali
sekala akan menyebabkan bahasa anda akan lebih indah dan segar. Selain
itu, ayat songsang amat berguna jika anda perlu menekankan predikat, dan
bukan subjeknya. Semua jenis ayat dapat disongsangkan.
Jenis ayat Susunan biasa Susunan songsang
Encik Yosri birokrat. Birokratlah Encik Yosri.
Ayat inti
Kucing itu ke sana. Ke sana kucing itu.
Orang itu adik kamu? Adik kamukah orang itu?
Ayat tanya
Kamu belum makan? Belum makankah kamu?
Surat itu akan saya kirimkan. Akan saya kirimkan surat itu.
Ayat pasif Saya ketinggalan bas pada Ketinggalan bas saya pada
hari itu. hari itu.

Perhatikanlah bahawa dalam setengah-tengah ayat seperti di atas, partikel


"kan" (untuk ayat tanya) dan partikel "lah" (untuk ayat berita) perlu
digunakan supaya jelas bentuk ayat songsang itu.
[sunting]Ayat inti
Rencana utama: Ayat inti (bahasa Melayu)
Ayat inti ialah ayat yang paling ringkas. Ayat ini boleh digunakan untuk
menerangkan sesuatu dengan ringkas dan tepat, tanpa menimbulkan
sebarang kesamaran makna. Umpamanya, jika anda menyatakan "Emas
ialah logam", tiada tafsiran makna lebih daripada satu. Oleh itu, ayat inti
amat berguna untuk menjelaskan sesuatu dengan konkrit. Selain itu,
sasterawan sering menggunakan ayat inti untuk mempercepatkan jalan
cerita, atau untuk menimbulkan perasaan ingin tahu pembaca.
Ayat gabungan
Ayat gabungan ialah ayat yang terdiri daripada dua atau lebih ayat yang
digabungkan menjadi satu ayat dengan menggunakan kata penghubung
seperti dan, serta, atau, tetapi, lalu, dan sebagainya untuk mengaitkan
pendapat yang berhubungan antara satu dengan yang lain. Bahasa Melayu
mempunyai enam pola ayat gabungan, iaitu:
Ayat dengan ayat
Subjek dengan subjek
Predikat dengan predikat
Adverba dengan adverba
Objek dengan objek.
Ayat gabungan dengan kata penghubung yang berpasangan.
Jenis ayat gabungan Ayat komponen Ayat gabungan
Abu amat rajin bekerja. Abu amat rajin bekerja dan
Ayat dengan ayat
Majikan menaikkan gajinya. majikan menaikkan gajinya.

Ali suka makan manggis. Ali dan Ahmad suka makan


Subjek dengan subjek
Ahmad suka makan manggis. manggis.

Mereka menghadiri ceramah


Mereka menghadiri ceramah itu
itu.
Predikat dengan predikat kerana mereka menganggap
Mereka menganggap ceramah
ceramah itu sangat berfaedah.
itu sangat berfaedah.

Saya akan menghabiskan kerja


itu besok. Saya akan menghabiskan kerja
Adverba dengan adverba
Jika tidak jadi, saya akan itu besok atau lusa.
menghabiskan kerja itu lusa.
Ibu membeli sayur di pasar. Ibu membeli sayur dan ikan di
Objek dengan objek
Ibu membeli ikan di pasar. pasar.
Ayat gabungan dengan kata Sedangkan dia tidak dapat
penghubung yang - memasuki kolej itu, apatah lagi
berpasangan saya.
Selain daripada memperkaya gaya penulisan, ayat gabungan dapat
mengaitkan dua ayat yang seakan-akan tidak ada perkaitan. Contohnya:
Perkara itulah yang saya nyatakan kepada Polar.
Polar tidak percaya.
Kedua-dua ayat seakan-akan tidak ada perkaitan. Jadi, dalam hal
sedemikian, ayat gabungan yang berikut amat perlu digunakan:
Perkara itulah yang saya nyatakan kepada Polar, tetapi Polar tidak percaya.
[sunting]Ayat pancangan
Ayat pancangan ialah ayat gabungan yang terdiri daripada satu ayat besar
dan satu klausa (ayat kecil), umpamanya:
Keluarga Ali berpindah ke Kuala Lumpur kerana penukaran kerjanya.
Jika hari hujan, saya tidak akan keluar dari rumah.
Angkatan tentera British tertewas di Singapura walaupun mempunyai lebih
askar berbanding dengan tentera Jepun.
Golongan Kata dalam bahasa Melayu terbahagi kepada empat bahagian
yang besar:
Kata nama
Kata kerja
Adjektif
Kata tugas.
Bahagian-bahagian itu terdiri daripada dua kumpulan kata, iaitu kata isian
dan kata tugas. "Kata isian" ialah kumpulan kata yang terbuka dan sentiasa
berkembang. Kata nama, kata kerja dan adjektif ialah kata isian terbuka.
"Kata tugas" pula ialah kumpulan kata tertutup, contohnya dan, itu, amat,
walaupun dan sebagainya. Kata-kata juga boleh digolongkan berdasarkan
faktorsintesis dan semantik.
Kata nama
Rencana utama: Kata nama
Kata nama terbahagi kepada dua bahagian yang besar iaitunama am, nama
khas, ganti nama dan nama terbitan. Kata nama am ialah kata yang
digunakan untuk menjelaskan nama sesuatu yang bernyawa seperti orang,
haiwan, dan sesutu yang tidak bernyawa seperti tumbuh-tumbuhan, tempat
, benda, dan sebagainya secara umum. Kata nama khas ialah kata nama yang
secara khususnya digunakan untuk menyebut nama sesuatu benda sama
ada benda yang bernyawa dan yang tidak bernyawa. Kata ganti nama pula
ialah kata nama yang digunakan untuk mewakili diri seseorang atau sebagai
penunjuk. Kata nama terbitan wujud apabila kata nama am atau kata kerja
diberi imbuhan.
Kata kerja
Rencana utama: Kata kerja
Kata kerja merupakan kata yang menjadi inti dalam frasa kerja, sama ada
yang berlaku atau dilakukan. Contohnya, berjalan, makan, memakan,
dimakan dan sebagainya. Kata kerja terbahagi kepada, kata kerja transitif (
Perbuatan Melampau ) dan kata kerja tak transitif ( Perbuatan tidak
Melampau ).
[sunting]Adjektif
Rencana utama: Adjektif
Adjektif ialah kata yang menjadi inti dalam frasa adjektif
seperti manis sekali, sudah lama sungguh, masih lebat lagi (kata yang
menjadi inti frasa digariskan di bawahnya).
Kata-kata dalam golongan kata adjektif menerangkan keadaan atau sifat
sesuatu nama atau frasa nama. Kata adjektif boleh dikenali jika kata
berkenaan didahului oleh kata penguat seperti amat, sangat, sungguh,
sekali, paling, agak, benar.
Kata sendi
Rencana utama: Kata sendi
Kata sendi adalah kata yang digunakan untuk menyambungkan frasa nama
dengan kata atau frasa-frasa dalam ayat.
[sunting]Kata hubung
Rencana utama: Kata hubung
Kata hubung ialah perkataan yang digunakan untuk menggabungkan
perkataan dengan perkataan rangkai kata dengan rangkai kata ayat dengan
ayat.
[sunting]Kata seru
Rencana utama: Kata seru
Digunakan untuk melahirkan pelbagai perasaan, seperti suka, duka, marah,
gembira, mencabar, dicabar dan sebagainya.
[sunting]Kata tanya
Rencana utama: Kata tanya
Kata tanya digunakan untuk bertanya atau menyoal sesuatu. Kata tanya
hadir di dalam predikat. Kata tanya mesti diikuti oleh partikel ‘kah’ apabila
digunakan di awal ayat tanya. Kata tanya boleh wujud di awal, di akhir atau
di tengah ayat. Partikel ‘kah’ tidak diperlukan jika kata tanya terletak pada
akhir ayat. Contoh kata tanya ialah kenapa, mengapa, bila, apa, mana,
bagaimana, siapa dan berapa.
Kata perintah
Rencana utama: Kata perintah
Kata perintah bertugas untuk memberi tindak balas kepada orang yang
mendengar (pihak kedua) sebagai larangan, silaan dan permintaan.

Kata Nama menerima empat jenis imbuhan; awalan, akhiran, apitan dan
sisipan. Imbuhan awalan ialah imbuhan yang berada di hadapan kata akar,
contohnya pe(N), me(N), ter dan sebagainya. Imbuhan akhiran terletak di
akhir kata akar dan imbuhan apitan mengapit kata akar. Imbuhan sisipan
pula tersisip di tengah perkataan.

Awalan
[sunting]ke-
Awalan "ke-" boleh membentuk kata bilangan himpunan, kata bilangan
tingkat dan kata nama. Huruf akar akan kekal biarpun setelah digabung
dengan kata imbuhan ini. Bukan semua perkataan boleh digabungkan
dengan awalan "ke-". Kebanyakannya memerlukan akhiran -an untuk
membentuk perkataan yang tepat. Awalan "ke-" boleh membawa maksud
berikut kepada kata dasar:
penanda orang atau benda dengan memberi tumpuan kepada maksud kata
dasar (kata nama): kekasih, ketua, kemudi
pe(n)-
Imbuhan awalan "pe(n)-" menerbitkan kata nama yang memberi maksud
tertentu kepada perkataan dasar yang diimbuhkannya, dengan membawa
erti-erti berikut:
alatan/perkakas: pembakar, pengasah, penukul, penapis
orang yang membuat: penulis, pencipta, pentadbir
sesuatu yang menyebabkan jadi...: pengasih, pemanis, pendingin
orang yang selalu atau suka...: penidur, pemalas, perokok
orang yang mempunyai sifat...:pemalu, pemurah, pembengis
milik sifat seseorang: pemuda, pembesar
ukuran bagi waktu atau tempat: pemeluk, penanak, pelaung
hasil atau kesan daripada sesuatu: penyakit, pendapat
Fonem pertama
Bentuk imbuhan Gugurkan? Contoh Huraian
kata dasar
/b/ Tidak baris → pembaris
Kecuali kata pinjaman dan
mem-
/p/ Ya panah → pemanah sebilangan kecil kata jati
Cth: pempamer
/c/ curi → pencuri
/d/ datang → pendatang
Tidak
/j/ jahat → penjahat
men- /sy/ syarah → pensyarah
Kecuali kata pinjaman dan
/t/ Ya tari → penari sebilangan kecil kata jati
Cth: pentadbir
(vokal) Tidak arah → pengarah
/g/ Tidak ganti → pengganti
meng- Kecuali kata pinjaman dan
/k/ Ya karat → pengarat sebilangan kecil kata jati
Cth: pengkaji
Kecuali sesetengah kata
pinjaman dan sebilangan
meny- /s/ Ya sakit → penyakit
kecil kata jati
Cth: penstabil
/l/
/m/
lambung → pelampung
/n/
makan → pemakan
/ng/
me- Tidak nyanyi → penyanyi
/ny/
rasa → perasa
/r/
wangi → pewangi
/w/
/y/
Untuk kata dasar satu suku
Bagi perkataan yang bermula dengan huruf vokal, sebutan perkataan
berubah misalnya pengambil (ambil) akan disebut sebagai pe-ngam-bil dan
penguji (uji) disebut pe-ngu-ji. Berbeza dengan huruf yang bermula dengan
konsonan (kecuali k, s, t dan p) bunyi perkataan asal akan dikekalkan seperti
penggosok disebut peng-go-sok.
Imbuhan "pe(n)-" berpadan fungsinya dengan imbuhan "me(n)-" untuk kata
kerja.
[sunting]pe-
Imbuhan awalan "pe-" (tanpa pembolehubah (n) dalam "pe(n)-")
menerbitkan kata nama memberi maksud tertentu kepada perkataan dasar
yang diimbuhkannya. Berbeza dengan imbuhan "pe(n)-", imbuhan "pe-"
hanya boleh digunakan untuk manusia, iaitu seperti berikut:
pelaku tindakan dalam kata dasar: pesaing, peserta
penerima tindakan atau kesan dalam kata dasar: pesalah, pesakit
[sunting]per-
Imbuhan awalan "per-" digunakan untuk mengimbuhkan kata dasar yang
sering dijadikan kata kerja dengan berimbuhkan awalan "ber-".
Akhiran
[sunting]-an
Imbuhan akhiran "-an" menerbitkan kata nama yang memberi maksud tertentu
kepada perkataan dasar yang diimbuhkannya, dengan membawa erti-erti berikut.
benda, bahan yang dilakukan kata dasar: kiriman, makanan
hasil perbuatan kata dasar: tulisan, bungkusan
tempat yang disifatkan kata dasar: ruangan
benda kata dasar yang besar atau luas: lautan
[sunting]Apitan
[sunting]ke-…-an
Imbuhan apitan "ke-…-an" menerbitkan kata nama yang memberi maksud tertentu
kepada perkataan dasar yang diimbuhkannya, dengan membawa erti-erti berikut:
hasil perbuatan kata dasar: keberanian, kepercayaan
keadaan yang disifatkan kata dasar: keindahan, keselesaan
[sunting]pe(n)-…-an
Imbuhan apitan "pe(n)-…-an" menerbitkan kata nama yang memberi maksud
tertentu kepada perkataan dasar yang diimbuhkannya, dengan membawa erti-erti
berikut:
perbuatan: pemeriksaan, pemilihan
hasil perbuatan: pembangunan, pelaburan
Imbuhan "pe(n)-…-an" berpadan fungsinya dengan imbuhan "me(n)-" untuk kata
kerja.
per-…-an
Imbuhan apitan "per-…-an" menerbitkan kata nama yang memberi maksud tertentu
kepada perkataan dasar yang diimbuhkannya, dengan membawa erti-erti berikut:
perbuatan: pertandingan, pergeseran
tempat: perumahan, perkuburan
Imbuhan "pe(n)-…-an" berpadan fungsinya dengan imbuhan "ber-" untuk kata kerja.
[sunting]Sisipan
Sesetengah kata dasar boleh diubah atau diperkuat maknanya dengan dibubuh
imbuhan sisipan "-el-", "-em-", "-er-" dan "-in-". Contoh: tapak →
telapak; kuning → kemuning.
Dalam bahasa Melayu, kata bilangan ialah kata yang menyatakan banyaknya benda.
Kata bilangan ada enam jenis iaitu:
Kata bilangan tentu
Contoh: satu, dua, tiga
Kata bilangan tak tentu
Contoh: beberapa, banyak, segala
Kata bilangan himpunan
Contoh: kedua-dua, berbulan-bulan
Kata bilangan pecahan
Contoh: setengah, tiga suku
Kata bilangan pisahan
Contoh: tiap-tiap, masing-masing
Kata bilangan tingkat
Contoh: pertama, kedua, ketiga
Penjodoh bilangan ialah perkataan atau morfem dalam sesetengah bahasa untuk
mengelaskan atau membilang kata nama mengikut maksudnya.
[sunting]Definisi dan contoh
Dalam sesuatu bahasa yang ada penjodoh bilangan, sesuatu kata nama boleh
disertakan penjodoh bilangan, yang menunjukkan pengelasan
konsepsi rujukan sesuatu kata nama dan sering digunakan dalam pembilangan.
Sesuatu bahasa boleh memiliki beratus-ratus penjodoh bilangan. Contohnya,
dalam bahasa Melayu, penjodoh bilangan untuk orang ialah orang, dan digunakan
untuk mengira bilangan orang, tanpa mengira apa peranan mereka:
tiga orang pelajar
tiga orang guru
Antara bahasa-bahasa yang ada penjodoh bilangan termasukbahasa Jepun, bahasa
Cina, bahasa-bahasa Asia Tenggara,bahasa-bahasa Austronesia, dan bahasa-bahasa
Maya.
[sunting]Lihat juga
Penjodoh bilangan bahasa Melayu
Penjodoh bilangan bahasa Cina
Kategori: Linguistik
Hukuman D-M ialah peraturan menyusun kata nama majmuk dan ayat yang
mendahulukan unsur yang diterangkan (diringkaskan sebagai D) dan
mengemudiankan kata sifat yang menerangkan (diringkaskan sebagai M). Istilah
Hukum D-M diperkenalkan oleh Prof. St. Takdir Alisjahbana dalam
bukunya, Tatabahasa Baru Melayu Indonesia.

[sunting]Kesalahan yang biasa berlaku


Kesalahan yang biasa berlaku, khususnya di kalangan orang yang bersikap
keinggerisan, disebabkan oleh kekeliruan antara susunan kata nama majmuk bahasa
Melayu dengan kata nama majmuk bahasa Inggeris. Sebilangan kesalahan yang
sering berlaku adalah seperti berikut:

Padanan bahasa
Kesalahan Pembetulan
Inggeris
dalam lain perkataan in other words dengan kata-kata lain
lain-lain perkara other matters perkara-perkara lain
Minah Restoran Minah Restaurant Restoran Minah
Dunlop tayar Dunlop tyre tayar Dunlop
goreng pisang fried banana pisang goreng
cili sos chilli sauce sos cili

Anda mungkin juga menyukai