Anda di halaman 1dari 19

SABARIAH BINTI OTHMAN

670607016168001

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

SEMESTER SEPTEMBER 2011

HBEF 1503 MASYARAKAT DAN TAMADUN

NO. MATRIKULASI NO. KAD PENGNEALAN NO. TELEFON E-MEL PUSAT PEMBELAJARAN

: : : : :

670607016168001 670607016168 0126926766 sabariahothman11@yahoo.com MELAKA LEARNING CENTRE

SABARIAH BINTI OTHMAN

670607016168001

1.0

PENGENALAN

Manusia dan haiwan merupakan makhluk ciptaan Tuhan. Namun manusia berbeza daripada haiwan. Manusia mempunyai akal fikiran yang boleh memikirkan baik dan buruk dalam mengambil sesuatu tindakan. Bukan itu sahaja manusia dibezakan dengan haiwan kerana hidup dalam budaya dan tamadun yang tersendiri. Budaya adalah suatu cara hidup yang berkembang dan dimiliki bersama oleh sebuah kelompok manusia dan diwariskan dari generasi ke generasi . Budaya terbentuk dari banyak unsur termasuk sistem agama dan politik, adat istiadat , bahasa, perkakas, pakaian, bangunan, dan karya seni. Apakah hubungan antara budaya dan masyarakat? Budaya merujuk kepada aspek kehidupan yang dipelajari oleh seseorang , yang bersifat kognitif dan simbolik, manakala masyarakat merujuk kepada organisasi sosial yang merangkumi kehidupan manusia dari segi pergaulan atau interaksi dengan orang lain. Sebagai insan sosial, manusia mempelajari tentang peranannya dalam masyarakat melalui proses pembudayaan. Maka, secara keseluruhannya budaya merupakan suatu cara hidup yang dikongsi bersama yang merangkumi nilai-nilai, kepercayaan dan pantang larang yang diperturunkan dalam sesebuah masyarakat daripada satu generasi ke generasi melalui proses pembudayaan. Pengertian masyarakat itu luas dan boleh dilihat dari berbagai-bagai sudut. Masyarakat difahamkan sebagai kelompok individu. Pengertian masyarakat banyak telah diberikan oleh para pengkaji anthropologi dan sosiologi. Secara umum, masyarakat itu dapat difahamkan sebagai satu kesatuan kelompok manusia yang mempunyai interaksi dalam sistem hidup yang tertentu. Adat resam juga digunakan dalam menentukan cara hidup masyarakat. Jadi, budaya adalah sebagai ikatan kepada wujudnya masyarakat. Budaya dan masyarakat adalah sesuatu hubungan yang tidak dapat dipisahkan. Dalam masyarakat

SABARIAH BINTI OTHMAN

670607016168001

yang penting adalah interaksi antara individu-individu yang menentukan suatu pola hidup yang tertentu. Melalui ini terdapatlah suatu sistem komunikasi yang tersendiri. Proses interaksi itu adalah luas pengertiannya, meliputi pelbagai sistem komunikasi. Perlakuan individu dalam masyarakat itu adalah ditentukan oleh pola-pola interaksi, sebagaimana yang ditentukan oleh nilai-nilai sosial.

2.0

KONSEP BUDAYA DAN TAMADUN

Pengertian budaya dalam pengajian anthropologi adalah suatu jalinan yang kompleks. Perlakuan manusia yang dipelajari (learned behaviour) adalah menjadi asas kepada pertumbuhan budaya. Perlakuan-perlakuan manusia yang diterima dari proses pemelajaran terjalin dalam suatu sistem yang tersusun rapi, iaitu merupakan budaya. Definisi budaya itu berbagai-bagai sebagaimana yang diberikan oleh sarjana-sarjana anthropologi budaya. A.L. Kroeber dan C. Kluckhohn pernah mengumpul sehingga 160 definisi budaya yang telah digunakan oleh sarjana-sarjana. Kemudian mereka menganalisis dan membuat kesimpulan. Dalam Bahasa Melayu budaya itu berasal daripada perkataan budi, iaitu kata Sanskrit yang bermaksud akal. Budaya itu ialah perlakuan-perlakuan manusia yang berkaitan dengan akal fikiran. Dalam intepretasi lain difahamkan bahawa budaya itu daripada rangkaian daya dan budi yang dapat dikatakan segala yang berupa cipta, rasa dan penggunaan fikiran manusia. Kebudayaan itu bermaksud segala hasil dari ciptaan itu. Budaya adalah kata singkat daripada kebudayaan.

SABARIAH BINTI OTHMAN

670607016168001

Adakala budaya itu didapati sama ertinya dengan peradaban, tetapi peradaban itu adalah sebahagian daripada budaya. Dalam budaya itu terdapat berbagai-bagai jalinan unsur, ada unsur yang amat besar dan ada unsur kecil. Unsur-unsur budaya itu dapat diklasifikasikan kepada beberapa bahagian yang penting. Sebenarnya unsur-unsur itu saling berkaitan antara satu sama lain. Dan selalunya unsur-unsur itu bertindih sesama sendiri. Antara unsur-unsur budaya itu terdapat unsur-unsur besar yang dikatakan budaya universal (cultural universal) yang dapat dibahagikan kepada: budaya peralatan bagi keperluan hidup manusia, sistem ekonomi, sistem sosial, bahasa, kesenian dan mainan, ilmu pengetahuan dan agama serta magis. Dalam unsur-unsur budaya besar itu terdapat pula bahagian-bahagian yang lebih kecil. Dalam berbagai-bagai unsur budaya itu terdapat pula aktiviti-aktiviti yang tersendiri yang dapat dikatakan aktiviti budaya (cultural activities). Budaya itu dapat dilihat dari aspek perlakuan dan hasil perlakuan anggota-anggota masyarakat. Perlakuan manusia didorongkan oleh berbagai-bagai aspek lain, seperti norma, nilai, peraturan, adat resam, kepercayaan, undang-undang dan sebagainya. Perlakuan ini adalah hasil dari berbagai-bagai proses dan ini juga yang melahirkan berbagai-bagai peralatan budaya. Sesuatu sistem itu merupakan perlakuan individu dan gabungan dengan alat-alat yang dihasilkan.

Dalam penyelidikan anthropologi budaya memerlukan satu proses yang kompleks bagi memahami perhubungan dan interaksi individu dalam sesuatu masyarakat itu. Perlakuan itu harus mencerminkan budaya yang menjadi tumpuan kajian itu. Budaya adalah suatu pola hidup menyeluruh. Budaya bersifat kompleks, abstrak, dan luas. Banyak aspek budaya turut menentukan perilaku komunikatif. Unsur-unsur sosio-budaya ini

SABARIAH BINTI OTHMAN

670607016168001

tersebar dan meliputi banyak kegiatan sosial manusia. Antropologis E.B. Tylor berpendapat Budaya merujuk kepada suatu keseluruhan yang merangkumi pengetahuan, kepercayaan, seni, tatasusila, serta sebarang kemahiran dan tingkah laku yang dipelajari oleh manusia sebagai ahli sesebuah masyarakat. Sebagai insan sosial, manusia mempelajari tentang peranannya dalam masyarakat melalui proses pembudayaan (enculturation). Budaya ini dipelajari melalui interaksi sosial antara ahli-ahli masyarakat. Maka, secara keseluruhannya budaya merupakan suatu cara hidup yang dikongsi bersama yang merangkumi nilai-nilai, kepercayaan dan pantang larang yang diperturunkan dalam sesebuah masyarakat daripada satu generasi ke generasi melalui proses pembudayaan. Manakala perkataan tamadun sering digunakan untuk menggambarkan kemajuan kebendaan (material) sesebuah masyarakat. Perkataan ini mula diperkenalkan oleh seorang penulis Kristian ( Jurji Zaidan ) yang menulis tentang sejarah Islam dan sastera Arab. Perkataan ini telah diterima pakai sebagai perbendaharaan kata Bahasa Melayu sejak zaman berzaman. Segelintir manusia masih lagi hidup dalam keadaan amat daif, namun pada umumnya dunia ini telah menempa sejarah tamadun yang tinggi. Ini terbukti dengan gaya hidup yang cemerlang, kemudahan yang canggih, kemajuan sains dan teknologi yang hebat, teknologi maklumat yang mengagumkan dan sebagainya. Tamadun berasal dari perkataan Arab maddana, yamuddunu, madinatan. Madani adalah sifat nama yang membawa erti sifat pembangunan, atau perbandaran serta keadaan budi bahasa yang terpuji. Ini bererti pembangunan sifat kekotaan dan insaniah di dalam diri. Lawan kepada sifat tersebut ialah Badw yang bererti kehidupan badwi. Perkataan-

SABARIAH BINTI OTHMAN

670607016168001

perkataan lain yang biasa digunakan dalam Bahasa Arab ialah thaqafah, mananiyat, umran dan hadharah. Thaqafah dalam bahasa Arab bermaksud kebudayaan. Menurut Kart Wittfogel dalam bukunya Approaches to Asian Civilization, iaitu ciri

kebudayaan secara keseluruhan daripada sesuatu negara berdasarkan pemikiran dan kepercayaan. Dan Arnold Toynbee menerusi bukunya, A Study of History menjelaskan bahawa tamadun sebagai jenis kebudayaan yang berkembang di dalam kota. Kesimpulannya, perkataan kebudayaan mengikut keterangan yang dikemukakan oleh sesetengah sarjana adalah sama dengan maksud tamadun. 3.0 FUNGSI BUDAYA DALAM MASYARAKAT

Budaya adalah pengerak manusia. Tanpanya, manusia sekadar makhluk tanpa makna. (Hofsteden- Ilmuan psikologi). Manakala Shinobu Kitayama menganalogikan fungsi budaya bagi manusia seperti fungsi air bagi ikan. Tanpa air ikan mati, manusia pun akan menjadi bukan manusia tanpa budaya. Sebagaimana air menentukan kehidupan ikan, budaya menentukan seperti apa kehidupan yang dijalani oleh manusia. Air yang berbeza akan membuat ikan berperilaku berbeza. Demikian juga budaya yang berbeza akan membuat manusia berbeza. Kebudayaan sangat erat hubungannya dengan masyarakat. Melville J. Herskovits dan Bronislaw Malinowski mengemukakan bahawa segala sesuatu yang terdapat dalam masyarakat ditentukan oleh kebudayaan yang dimiliki oleh masyarakat itu sendiri. Istilah untuk pendapat itu adalah Cultural-Determinism.

SABARIAH BINTI OTHMAN

670607016168001

Herskovits memandang kebudayaan sebagai sesuatu yang turun temurun dari satu generasi ke generasi yang lain, yang kemudian disebut sebagai superorganic. Menurut Andreas Eppink, kebudayaan mengandungi keseluruhan pengertian nilai sosial, norma sosial, ilmu pengetahuan serta keseluruhan struktur-struktur sosial, religi, dan lain-lain. Tambahan lagi, segala pernyataan intelektual dan artistik yang menjadi ciri khas suatu masyarakat. Menurut Edward Burnett Tylor, kebudayaan merupakan keseluruhan yang kompleks, yang di dalamnya terkandung pengetahuan, kepercayaan, kesenian, moral, hukum, adat istiadat, dan kemampuan-kemampuan lain yang didapati seseorang sebagai anggota masyarakat. Daripada berbagai-bagai definisi tersebut, dapat diperoleh fungsi kebudayaan adalah sesuatu yang akan mempengaruhi tingkat pengetahuan dan meliputi sistem idea atau gagasan yang terdapat dalam pemikiran manusia, sehingga dalam kehidupan sehari-hari, kebudayaan itu bersifat abstrak. Sedangkan perwujudan kebudayaan adalah benda-benda yang diciptakan oleh manusia sebagai makhluk yang berbudaya, berupa perilaku dan benda-benda yang bersifat nyata, misalnya pola-pola perilaku, bahasa, peralatan hidup, organisasi sosial, religi, seni, dan lain-lain, yang kesemuanya ditujukan untuk membantu manusia dalam melangsungkan kehidupan bermasyarakat.

4.0

CIRI-CIRI BUDAYA

SABARIAH BINTI OTHMAN

670607016168001

Antropologi budaya bermaksud pengetahuan berkenaan dengan manusia yang telah dicambah atau diterapkan dengan budaya. Ferraro (2006) menyenaraikan lapan ciri-ciri budaya : 4.1 Budaya Dikongsi Budaya adalah sesuatu fenomena sosial yang dikongsi oleh sekumpulan ahli masyarakat. Ini bermaksud ahli-ahli masyarakat yang berkongsi sesuatu budaya masing-masing maklum tentang maksud sesuatu objek, idea atau budaya tersebut. Dengan itu sebagai insan sosial, kita akan selamat jika kita mampu menjangka tindakan anggota-anggota masyarakat yang lain. 4.2 Budaya Dipelajari Budaya tidak diwarisi secara genetik. Budaya dipelajari ketika berinteraksi dengan persekitaran sosial kita melalui proses enkulturasi. Budaya penting untuk membantu kita menangani cabaran-cabaran kehidupan. 4.3 Budaya Tidak Kelihatan Budaya sebenarnya sebati dengan jiwa kita sebagai insan sosial sehingga budaya tidak kelihantan. Budaya sentiasa mempengaruhi tindak tanduk dan pemikiran kita kerana menjadi tabiat yang dilakukan secara automatik. 4.4 Budaya Mempengruhi Proses-proses Biologi

SABARIAH BINTI OTHMAN

670607016168001

Sebagai insan sosial, kita merujuk kepada budaya kita untuk melaksanakan proses-proses biologi menurut norma-norma yang diterima pakai oleh masyarakat. Contohnya masyarakat melayu makan makanan halal. Bagi kaum bukan Islam yang ingin meenjemput rakan mereka yang beragama Islam, mereka mesti maklum dengan isu makanan halal. 4.5 Budaya Saling Berubah Perubahan budaya adalah melalui inovasi dan difusi budaya. Jika sesuatu inovasi itu diterima pakai oleh masyarakat secara meluas akan mencetus perubahan budaya. Difusi budaya pula berlaku apabila elemen-elemen dalam sesuatu budaya merebak kepada anggota masyarakat yang lain. 4.6 Kesejagatan Budaya Banyak perkara asas yang dikongsi bersama. Contohnya majmuk di Malaysia yang menganut agama yang masyarakat

bebeza-beza namun

mempunyai matlamat yang sama. Mereka mempunyai sistem dan cara hidup kepercayaan yang menggariskan nilai-nilai moral dan cara hidup yang tersendiri.

4.7

Budaya Adaptif dan Maladaptif

SABARIAH BINTI OTHMAN

670607016168001

Sifat adaptif budaya memastikan manusia terus kekal dan dominat di muka bumi. Masyarakat boleh menyesuaikan untuk mengikut peredaran zaman yang meembawa kebaikan kepada mereka. Manakala budaya yang bersifat maladaptif, iaitu tidak menyumbang kepada kelangsungan masyarakat manusia akan ditolak. 4.8 Budaya Bersifat Integratif Budaya merangkumi pelbagai aspek seperti ekonomi, pendidikan, keluarga, agama, kerajaan, kepimpinan, teknologi, keluarga, sistem perubatan, seni hiburan dan keupacaraan. Aspek-aspek ini tidak berdiri sendiri tetapi saling mempengaruhi antara satu sama lain. Sesuatu perubahan kepada mana-mana aspek budaya akan mencetuskan perubahan pada aspek-aspek yang lain. 5.0 KEPELBAGAIAN BUDAYA

Kamus Dewan (2005), mendifinisikan budaya sebagai kemajuan fikiran, akal budi (cara berfikir), berkelakuan dan sebagainya. Tegasnya, budaya boleh didefinisikan sebagai suatu cara hidup yang diamalkan oleh kumpulan tertentu dan meliputi sistem sosial, susunan organisasi ekonomi, politik, agama, kepercayaan, adat resam, sikap dan nilai. Budaya boleh dibahagikan kepada dua iaitu budaya kebendaaan dan budaya bukan kebendaan. Budaya kebendaan adalah peralatan dan kelengkapan hidup seperti rumah, kereta, perahu, senjata dan sebagainya. Contohnya, orang Melayu mempunyai rumah yang reka bentuknya berbeza dengan orang Inggeris atau orang Eskimo. Manakala budaya bukan kebendaan ialah kepercayaan, adat istiadat dan undang-undang. Setiap masyarakat

10

SABARIAH BINTI OTHMAN

670607016168001

mempunyai adat istiadat tersendiri dalam menjalani kehidupan. Misalnya, dalam adat perkahwinan masyarakat Melayu, pihak lelaki memberi hantaran kepada pihak perempuan manakala bagi masyarakat India hantaran perkahwinan diberikan oleh pihak perempuan kepada pihak lelaki. Dalam budaya Melayu, faktor agama penting kerana agama bukan sahaja dianggap sebagai satu sistem kepercayaan semata-mata tetapi juga sebagai suatu perlembagaan hidup yang meliputi kepercayaan dan amalan hidup. Bahasa pula penting sebagai alat komunikasi. Adat resam juga mustahak sebagai petunjuk jalan bagi seseorang dalam mengendalikan hidup bermasyarakat dan berbudaya. Terdapat dua peranan utama bagi pembentukan sesuatu budaya iaitu pertama, membina imej negara ke arah mewujudkan keperibadian serta identiti dan kedua, memupuk kesedaran kebangsaan dan kenegaraan bercirikan kerohanian, kemanusiaan, spiritual dan mental. Budaya memberikan identiti kepada sesuatu kelompok dalam aspek cara pengendalian hidup. Budaya diwarisi daripada satu keturunan kepada satu keturunan. Oleh itu, budaya dikatakan sebagai satu himpunan kelengkapan intelektual dan kebendaan yang dapat memenuhi kehendak biologi dan kemasyarakatan serta dapat menyesuaikannya dengan keadaan sekeliling (Mohd taib Osman,1988). Malaysia merupakan sebuah negara yang penduduknya terdiri daripada tiga kaum utama, iaitu Melayu, Cina, India dan kaum-kaum peribumi yang lain. Meskipun masyarakat kita berbilang bangsa dan mempunyai latar belakang yang berbeza, namun masyarakat Malaysia boleh hidup bersatu padu dengan aman dan damai. Sudah 54 tahun kita merdeka daripada penjajahan kuasa asing dan masyarakat Malaysia terus berusaha memajukan negara.

11

SABARIAH BINTI OTHMAN

670607016168001

Kepelbagaian budaya Malaysia yang merupakan aset penting kepada negara kita dalam menjadikan Malaysia sebagai pusat pelancongan terkenal di seluruh dunia. Kepelbagaian budaya ini wujudnya daripada penghijrahan golongan Cina dan India ke Tanah Melayu semasa penjajahan British di Tanah Melayu. Secara umumnya, orang Cina berhijrah ke Tanah Melayu untuk bekerja sebagai pelombong di lombong bijih timah. Manakala golongan India berhijrah ke Tanah Melayu untuk tujuan bekerja sebagai peladang di ladangladang getah. Sebahagian kecil lagi penduduk di Malaysia terdiri daripada penduduk peribumi yang berasal dari Sabah, Sarawak dan kawasan pedalaman di Semenanjung Malaysia. Bahasa Melayu merupakan bahasa rasmi negara tetapi Bahasa Inggeris turut digunakan secara meluas. i) Persamaan Kekeluargaan Semua tamadun menekankan pembinaan nilai dan etika yang baik. Ini sangat penting dalam sebuah masyarakat yang bertamadun. Ajaran Islam, Buddha, Konfusian berbeza namun pandangan hampir sama dalam membicarakan hal kekeluargaan dan kemasyarakatan. Contohnya, Agama Confucius meletakkan lima hubungan asas antara manusia dengan manusia (konsep li):a- Anak patuh kepada ibu bapa b- Adik patuh kepada abang c- Isteri patuh kepada suami d- Murid patuh kepada guru e- Rakyat patuh kepada raja

12

SABARIAH BINTI OTHMAN

670607016168001

Islam juga menyeru kepada perkara yang sama iaitu mementingkan kekeluargaan. Berdasarkan Al-Quran, hubungan anak dan ibu bapa berdasarkan hak dan tanggungjawab. Manakala tamadun India juga mementingkan institusi kekeluargaan iaitu pembinaan keluarga mempunyai matlamat untuk membentuk sistem sokongan yang berbentuk fizikal dan kerohanian serta penerus keturunan. ii) Persamaan Kemasyarakatan Masyarakat juga dilihat sebagai unit penting dalam setiap tamadun. Masyarakat adalah sistem sokongan yang penting bagi seseorang individu. Tamadun Islam ikatan masyarakat bukan setakat sesama kerabat tetapi sesama agama dan sesama manusia (orang Islam dan bukan Islam). Yang mana mementingkan ikatan kasih sayang, bertolak ansur ketika berhubungan dalam masyarakat. Di samping itu mementingkan golongan lelaki dan wanita yang mempunyai hak sama rata (egalitarian). Tamadun Cina, pembentukan masyarakatnya banyak dipengaruhi sistem kekeluargaan mereka iaitu kuasa bapa atau lelaki adalah penting. Sistem kekerabatan berasaskan hubungan darah penting dalam pembentukan masyarakat Cina. Sistem kelas dalam masyarakat ditentukan oleh tahap pendidikan & kemahiran. Sebaliknya tamadun India, masyarakat memainkan peranan penting yang mana berbeza dengan tamadun lain. Masyarakat mempunyai peraturan-peraturan yang ketat. Sistem sosial dalam masyarakat mempunyai sistem kasta yang rigid yang mana penentuan kasta diwarisi oleh nenek moyang. Zaman awal perkembangan Tamadun India sistem kasta menenntukan pekerjaan dan layanan kepada individu yang mempengaruhi semua aktiviti.

13

SABARIAH BINTI OTHMAN

670607016168001

Konsep dharma diberikan penekanan penting dalam hubungan sesama anggota dalam masyarakat. iii) Perbezaan Kekeluargaan dan Kemasyarakatan Ajaran agama-agama lain menyeru untuk mewujudkan suasana harmoni dalam hubungan kekeluargaan dan masyarakat seperti Confusius sedangkan agama Islam matlamatnya lebih jauh lagi iaitu untuk mendapat keredhaan & keberkatan Allah s.w.t. iv) Persamaan Alam Sekitar Kebanyakan tamadun bersetuju alam sekitar penting dan perlu dijaga untuk hidup bersama dengan manusia. Confusius - alam perlu dijaga agar tidak menjejaskan kehidupan secara keseluruhan. Masyarakat Jepun tradisional - unsur alam diberi penghormatan secara berlebihan dengan sembah batu dan pokok anggap ada kuasa ketuhanan - kami. Islam juga lebih jelas kepentingan dalam menjaga alam sekitar kerana ini adalah kurniaan Allah yang digunakan untuk faedah dan kepentingan hidup manusia. v) Persamaan Idea Intelektual Juga dapat ditinjau melalui idea para intelektual dalam tamadun masing-masing, walaupun berbeza tamadun namun menyuarakan pendapat yang sama dalam beberapa perkara penting seperti soal kerajaan, sistem pemerintahan dan lain-lain. Falsafah tradisional menekankan moraliti atau akhlak sebagai asas kerajaan. Peranan dan tanggungjawab kerajaan dijelaskan melalui peranan dan tanggungjawab pemerintah.

14

SABARIAH BINTI OTHMAN

670607016168001

a) Raja gelaran tertinggi- mesti adil dan ada akhlak yang baik b) Kun Fu Tze (Confucius)- perkenalkan kod 17 perkara c) Tamadun India- Kautilya d) Tamadun Islam- penulis-penulis seperti al-Farabi, al-Ghazali dan lain-lain memberi tumpuan kepada pemimpin dan kepimpinan. e) Agama Islam, Kristian dan Hindusisme percaya konsep monoteisme f) Semua agama mempunyai doktrin dan amalan-amalan tertentu g) Yahudi, Kristian dan Islam- beberapa aspek-aspek tertentu sama seperti konsep syurga, neraka, hari pembalasan dan sebagainya. h) Konsep Buddihisme sama dengan Hinduisme- kelahiran semula dan karma vi) Perbezaan Agama (Teologi) Manifestasi ketuhanan yang berbeza konsep monoteisme Islam, Kristian, Hindu berbeza. Wujud perbezaan agama Hindu dan Buddhisme tentang konsep reinkarnasi. Setiap agama juga ada institusi keagamaan sendiri dan mempunyai peranan yang sama dalam masyarakat. Contohnya sebagai tempat ibadah dan upacara keagamaan. Tamadun Barat Kontemporari dan Tamadun Islam berbeza dalam memahami matlamat dan dasar wujudnya sebuah tamadun . Perbezaan inilah harus ditangani secara berhati-hati dan bertolak- ansur bagi mengelakkan konflik terutama negara bermasyarakat majmuk. Oleh itu, persamaan dan perbezaan memang wujud. Perbezaan bukan penghalang untuk hidup dalam aman dan harmoni. Perbezaan ini juga bukan alasan untuk hidup terasing dan mementingkan diri sendiri. Jangan perbesarkan perbezaan sebuah tamadun anggap itu satu keunikan. Kita haruslah lihat persamaan sebagai peluang untuk menjalin hubungan yang

15

SABARIAH BINTI OTHMAN

670607016168001

baik. Paling penting amalkan sikap hormat-menghormati dan mengiktiraf tamadun orang lain. 6.0 ANCAMAN KEPADA HUBUNGAN SESAMA MANUSIA i. Keadilan sosial Tidak seimbang dari segi pengagihan kekayaan yang mana wujud jurang ekonomi. Kuasakuasa besar menindas negara-negara miskin dan mengeksploitasi kekayaan negara yang ditindas dengan menggunakan kuasa mereka. ii. Keruntuhan institusi kekeluargaan Semakin lemah akibat diserapkan dengan unsur modenisasi. Selain itu juga terpengaruh dengan Tamadun Barat Moden institusi kekeluargaan dan perkahwinan tidak lagi penting. Dilihat dari segi kefahaman tentang makna perkahwinan, kehidupan bersedudukan dan hubungan sonsang. iii. Penyakit kronik muncul Mengancam kelangsungan kehidupan manusia, kelangsungan tamadun terjejas dan masyarakat dalam tamadun akan mundur.

iv. Kemelesetan Ekonomi Dunia / Negara

16

SABARIAH BINTI OTHMAN

670607016168001

Kemakmuran (century properties) akan terjejas dengan ancaman kemelesetan ekonomi dunia yang akan berlaku. Negara-negara industri utama dunia (G-7) mengalami kadar pertumbuhan ekonomi yang perlahan sejak dekad 80-an. Ini memberi kesan secara langusng atau tidak kepada negara lain. Contoh kadar pertumbuhan ekonomi Amerika Syarikat yang lembap (1995-2000) aliran perdagangan perlahan antara negara berkenaan dengan rantau Asia. Contoh lain, ekonomi Asia Timur belum pulih sepenuhya daripada kegawatan ekonomi akibat serangan mata wang ( 1996-1998) serta pencerobohan Amerika dan Britain ke atas Iraq memberi kesan buruk ekonomi dunia . Risikonya kenaikan harga minyak dan kos pengangkutan. Perkara ini memerlukan masa panjang bagi mengatasi masalah ini. Pembangunan ekonomi dan kebendaan tidak bersepadu dengan pembangunan rohaniah. Akibatnya penyakit sosial merebak dan aspek kemanusiaan tidak lagi menjadi penting. Kesimpulannya, kehidupan pada abad ini tidak semudah yang dijangka. Banyak cabaran yang dihadapi manusia yang mana semua cabaran menguji ketamadunan mereka. Dalam masa sama manusia mencapai banyak kemajuan dalam pelbagai bidang namun jika tidak beringat dalam sekelip mata semua ini boleh dihancurkan oleh manusia sendiri. 7.0 RUMUSAN Budaya bersifat universal tetapi paradoksnya pada masa yang sama terdapat perbezaan antara budaya satu masyarakat dengan masyarakat lain. Sesuatu kebudayaan berkembang dan terus dicipta mengikut kesanggupan masyarakatnya. Ada budaya yang dipadankan apabila berlaku pertembungan dengan pengaruh luar sama ada untuk mengisi kekosongan sebagai alternatif atau menokok kepada apa yang telah sedia ada. Maka boleh dikatakan

17

SABARIAH BINTI OTHMAN

670607016168001

bahawa manusia itu sendiri membentuk budaya dan perkembangan budaya akan mengikut perkembangan masyarakat itu sendiri (A. Aziz Deraman, 2001). Budaya adalah kekuatan yang paling penting bagi integrasi bangsa dan antarabangsa. Selain dapat mewujudkan kedamaian dan keharmonian, budaya juga boleh menjadi sumber perpecahan serta konflik. Oleh itu, dasar kebudayaan harus berdasarkan demokrasi budaya. Sekiranya tidak ada sekatan dikenakan dalam demokrasi, pihak majoriti tidak akan berpuas hati maka boleh mencetuskan rasa tidak harmonian. Oleh itu, pembuat polisi harus mempertimbangkan isu ini dengan bijak agar dapat melahirkan dasar yang terbaik. Paling penting adalah warisan budaya boleh membantu negara mencapai tahap ekonomi yang lebih baik dan keharmonian hidup bermasyarakat. (3 ,002 patah perkataan)

RUJUKAN

18

SABARIAH BINTI OTHMAN

670607016168001

Modul HBEF 1503 Masyarakat dan Tamadun OUM Kottak, Conrad Phillip. (2006). Anthropology: The exploration of human diversity (11th ed.). Boston: McGraw Hill Higher Education. Ferraro, Gary. (2006). Cultural anthropology: An applied perspective (6 th ed). Belmont: Thomson Wadsworth. Azhar Haji Mad Aros, Azharudin Mohd. Dali, Suffian Mansor, Zulkarnain Abd. Rahman (ed). (2000). TITAS KERTAS 2. Petaling Jaya: Fajar Bakti Sdn Bhd. Hashim Hj. Musa, (2005). Pemerkasaan Tamadun Melayu Malaysia menghadapi globalisasi Barat. Petaling Jaya: DJ Gemilang Sdn Bhd. Sivachandralingam Sundara Raja, Ayadurai Letchumanan (ed) (1999). Tamadun Dunia: Shah Alam: Fajar Bakti Sdn Bhd. Norani Othman, Sumit K. Mandal (ed) (2000). Malaysia Menangani Globalisasi, Peserta atau Mangsa. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia. A.Aziz Deraman. (2001). Masyarakat dan kebudayaan Malaysia : Suatu analisis perkembangan kebudayaan di Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuliah 1- Konsep Tamadun dan Budaya. Diperolehi daripada http://www.scribd.com/ doc/27388615/Kuliah-1-Konsep-Tamadun-Dan-Budaya bertarikh 22/10/2011

19

Anda mungkin juga menyukai