Anda di halaman 1dari 6

Terdapat lebih kurang 8 sumbangan Tamadun Islam terhadap Tamadun China yang utama, antaranya ialah: 1.

Bidang Ilmu Falak 2.Bidang Perubatan 3.Bidang Pembinaan 4.Bidang Persenjataan 5.Bidang Geografi 6.Bidang Pelayaran 7.Bidang Pertanian 8.Bidang Astronomi dan Matematik

y Pada tahun 1267 Masihi, umat Islam dari negara Arab telah memperkenalkan ilmu falak dari Arab kepada China. y Balai cerap di Beijing yang dilengkapi dengan tujuh jenis alat kaji angkasa yang jitu dan canggih telah ditubuhkan. y Alat-alat tersebut telah melambangkan taraf ilmu falak yang paling maju dari dunia Islam pada zaman itu. y Glob yang dicipta oleh pakar Islam pada zaman itu merupakan glob yang paling awal terdapat di China. y Pada tahun 1271, maharaja China Kublai Khan menubuhkan kalender Islam dan menerima pelbagai buku dari negara Arab tentang ilmu falak dan kalender.

y Umat Islam di China amat pandai dalam bidang perubatan. y Kaedah rawatan dan perubatan dari doktor Islam digunakan sebagai kaedah perubatan di dalam Tamadun China. y Ilmu perubatan dari dunia Arab yang diperkenalkan ke China telah menjadi bahagian yang penting dalam perubatan tradisional China. y Bahan-bahan perubatan Arab ini telah dibawa ke China pada zaman Dinasti Tang dan Dinasti Sung. y Ahli perubatan Cina guna bahan-bahan perubatan dan kaedah rawatan Islam untuk gabung dengan perubatan Cina. y Berdasarkan catatan pada zaman itu, perubatan Islam boleh merawat 120 jenis penyakit.

y Umat Islam dari negara Arab telah memperkenalkan reka bentuk seni bina dunia Arab kepada China. y Pada zaman Dinasti Tang dan Dinati Song, umat Islam dari negara Arab dan Parsi telah bermastautin di China. y Telah membina pelbagai masjid yang terkenal di China. y Terdapat tidak kurang daripada 35,000 buah masjid di China. y Reka bentuk seni bina masjid-masjid ini juga telah memberi pengaruh yang mendalam terhadap pembinaan tokong dan balairung di China. y Di kawasan kediaman umat Islam di China, juga terdapat banyak bangunan yang mempunyai ciri seni bina Arab.

y Umat Islam di China amat pandai membuat senjata. y Menggunakan teknologi dari Negara Arab untuk

membuat sejenis meriam yang menggunakan batu besar sebagai pelurunya. y Pada tahun 1273, meriam tersebut telah memainkan peranan penting dalam sejarah China. y Setelah tamat peperangan yang tersebut, maharaja China telah menubuhkan bahagian yang khusus untuk umat Islam China membuat meriam. y Meriam tersebut juga menjadi terkenal di China dalam tempoh waktu yang panjang.

Anda mungkin juga menyukai