Anda di halaman 1dari 3

Huraikan peranan anda sebagai pendidik untuk merealisasikan hala tuju dan menangani cabaran pendidikan Islam pada

masa depan

Muallim Guru sebagai muallim merupakan seorang individu guru yang menyampaikan ilmu pengetahuan serta kemahiran berdasarkan kepada ilmu yang ada padanya secara khusus seperti Ilmu Geografi, Sains, Nahu dan Sarof, Bahasa, Seerah, Matematik, Astronomi, Psikologi, Kulinari dan sebagainya. Muallim dalam konteks Pendidikan Islam seharusnya merupakan individu guru yang menyampaikan ilmu-ilmu asas Islam yang akan digunakan oleh anak didik dalam menjalani kehidupan harian mereka selaras dengan peranannya sebagai hamba Allah. Dalam konteks bilik darjah dan komponen kurikulum yang telah ditetapkan, maka seorang muallim akan menyampaikan ilmu berdasarkan kepada sukatan kurikulum dan mengikut peraturan bilik darjah yang telah ditetapkan oleh Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pelajaran Malaysia.

Dalam sepotong hadis Rasulullah saw yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari, Rasulullah bersabda yang mafhumnya "Sampaikanlah dariku walau sepotong ayat". Dalam konteks ledakan ilmu yang tidak terbatas, seorang muallim perlu lebih bersedia melaksanakan tugas menyampaikan ilmu dan kemahiran (bergantung kepada tahap murid / pelajar) agar dapat terus digunakan atau diamalkan di dalam dan di luar bilik darjah termasuk untuk membuat keputusan dan menyelesaikan masalah. Meskipun di dalam hadis yang dinyatakan di atas menyebut satu ayat (minima), namun peranan seorang muallim bukan sekadar menyampaikan dalam ertikata memindahkan ilmu tetapi menyampaikan dengan huraian dan penjelasan. Tanpa penjelasan yang baik kebarangkalian murid untuk mengetahui dan memahami adalah tinggi tetapi belum menjamin dapat mengaplikasi ilmu yang diperolehi untuk membuat keputusan atau menyelesaikan masalah atau mengaplikasi ilmu untuk menghasilkan / mencipta sesuatu. Murid hanya sampai ke tahap mengetahui dan memahami (rujuk Taksonomi Bloom domain kognitif).

Ini bermakna seorang muallim perlu menguasai ilmu pengetahuan serta kemahirankemahiran pedagogi yang berkaitan dengannya (bidang ilmu yang diajar) melangkaui tahap sukatan yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia kerana sesuatu ilmu itu akan disampaikan mengikut tahap-tahap tertentu daripada yang paling rendah hingga ke tahap paling tinggi. Dengan akses maklumat yang mudah dan cepat, kemungkinan besar terdapat murid yang mempunyai maklumat yang lebih luas daripada guru sendiri. Seorang muallim (zaman ledakan maklumat yang tidak terbatas serta tidak tersaring) tidak seharusnya mempunyai

ilmu atau kemahiran yang terkebelakang berbanding murid-muridnya termasuk pengetahuan menggunakan teknologi. Tidak dapat tidak seorang muallim perlu mengamalkan budaya belajar sepanjang hayat disebabkan setiap waktu akan terdapat ilmu-ilmu baru yang perlu diketahui dan dikuasai.

Bagaimana sekiranya guru (muallim) tersebut ditanyai soalan dan ia tidak mengetahui jawapannya (hal ini adalah lazim disebabkan manusia adalah makhluk lemah dan pelupa)? Apakah yang harus dilakukannya? Murid lebih menghormati guru yang mengakui kelemahan diri dibanding dengan guru yang menipu. Oleh itu, guru perlu mengakui tidak mengetahui tetapi akan cuba mendapatkan jawapannya untuk dimaklumkan kepada murid pada waktu yang lain. Elakkan daripada merapu untuk mengelak daripada memberikan jawapan yang betul dan tepat.

Muaddib Penekanan kepada pembentukan tingkahlaku berdisiplin menjadi salah satu matlamat dalam pendidikan agar murid yang mendapat didikan tersebut akan dapat mengelakkan dirinya daripada terjerumus dengan gejala maksiat atau penyelewengan dan rasuah ketika menjalani kehidupan seharian. Rasuah menjadi salah satu musuh utama dalam negara dan dilakukan oleh sebahagian rakyat yang beragama Islam. Gambaran ini seolah-olah menunjukkan kegagalan peranan guru sebagai seorang muaddib.

Rassulullah saw diutus untuk membentuk akhlak yang mulia dan institusi pendidikan yang ada pada hari ini merupakan institusi yang seharusnya meneruskan peranan pembentukan akhlak yang mulia ini. Para ustaz dan ustazah (guru khusus mata pelajaran Pendidikan Islam) seharusnya menyedari bahawa pemindahan ilmu dari seorang pendidik kepada murid sebenarnya tidak mencukupi sekiranya peranan membentuk tingkahlaku mahmudah tidak diberikan penekanan.

Seorang Muaddib merupakan individu guru yang menjalankan peranannya untuk membentuk nilai-nilai tingkahlaku (behavior), nilai afektif serta nilai kognitif murid untuk dijadikan amalan dalam hidup mereka. Dari perspektif nilai tingkahlaku, seorang muaddib perlu membentuk muridnya agar bertingkahlaku mulia, beradab, berakhlak, berdisiplin, berpekerti mulia dan berintegriti. Dari perspektif nilai afektif pula, murid perlu dibentuk agar mempunyai nilai kasih sayang, menghargai keindahan, tidak merusakkan, melakukan kerja dengan sebaik mungkin (dengan mengambil kira nilai seni, ketahanan dan sebagainya). Seorang muaddib juga bertanggungjawab untuk membentuk pemikiran murid yang bernas, tidak berfikiran

yang boleh merusakkan diri, masyarakat, harta atau alam. Ketiga-tiga komponen tingkahlaku, afektif dan kognitif perlu dibentuk secara serentak. Contohnya, murid dibimbing untuk melaksanakan ibadat solat dengan sopan, teratur dan dengan pemikiran yang tertumpu hanya kepada Allah. Pembentukan nilai benar ini diharapkan dapat melahirkan murid yang benar-benar dapat merealisasikan kehidupan yang dapat mencegah daripada fahsya' dan mungkar dan bukan yang solat tetapi mengamalkan perlakuan yang dilarang.

Penekanan seorang muaddib juga perlu dilihat dalam peranannya membentuk murid atau anak didik yang meahami dan mengamalkan hidup berkawan, berjiran dan bermasyarakat melibatkan kemahiran berhubungan dan berkomunikasi, saling membantu dan bekerjasama ke arah kebaikan dan memahami serta menghormati orang lain.

Anda mungkin juga menyukai