Anda di halaman 1dari 12

PENDAHULUAN

Kursus SCE 3143 mendedahkan kepada guru pelatih mengenai pengetahuan sains dan
teknologi serta implikasi sama ada secara positif atau negatif kepada kelangsungan
kehidupan manusia. Tugasan projek SCE 3143 Sains, Teknologi, dan Masyarakat
dijalankan oleh guru pelatih untuk mengaplikasikan pemahaman dan pengetahuan yang
diperolehi menerusi pembelajaran kurikulum Sains, Teknologi, dan Masyarakat.

Pelaksanaan tugasan projek menjadi medium kepada guru pelatih untuk


menguasai kemahiran berkomunikasi untuk membentangkan isu-isu sains, teknologi dan
masyarakat, di samping melaksanakan tanggungjawab, etika dan moral profesional
untuk kelestarian bumi. Menerusi tugasan berkumpulan yang terangkum dalam
bahagian A dan B juga, guru pelatih dapat membina kerjasama dan kejelekitan pasukan
serta ciri kepimpinan yang baik.

Tugasan projek SCE3143 mencakupi tujuh tajuk pembelajaran berasaskan


projek yang dikaji dan dianalisis, sebelum hasilnya dipamerkan serta dibentangkan untuk
tujuan penilaian. Saya dan rakan sekumpulan telah menjalankan kajian ke atas tajuk
pertama iaitu reka bentuk, inovasi dan reka cipta. Menerusi tajuk ini, kumpulan kami
dikehendaki untuk mengumpul maklumat tentang kestabilan struktur dan membina
prototaip struktur. Hasil projek digarap secara teratur dalam sub-bahagian pelaporan ini.

1.0

Pengenalan

Kewujudan bangunan pencakar langit menjadi mercu tanda kebanggaan yang


menunjukkan wajah kemodenan bagi sesebuah peradaban. Jika dilihat dari sejarah awal
kewujudan bangunan pencakar langit, rekabentuk dan konsep yang diketengahkan
adalah signifikan dengan latar sosial, budaya, dan nilai estetika negara tersebut.
Kewujudan binaan yang unggul khususnya bangunan yang tinggi secara lahiriah
menunjukkan kuasa persaingan, tahap kemodenan, dan menjadi daya tarikan di mata
dunia, di samping menjadi pemangkin kepada ekonomi negara. Dalam masa yang
sama, pembinaan struktur mega berskala besar juga dikatakan berlaku atas faktor
kekurangan ruang yang timbul hasil daripada proses urbanisasi yang menyaksikan
pertambahan penduduk di sesebuah kawasan dari semasa ke semasa (Mohamad Faizul
Aziz, 2009).

Di negara kita, sejarah pembinaan menyaksikan berdirinya Menara Berkembar


Petronas atau Petronas Twin Tower yang tersenarai sebagai antara bangunan pencakar
langit yang tertinggi di dunia. Ketinggian setinggi 451.9 meter, menara berkembar
tersebut mempunyai 88 tingkat ruang pejabat dan menjadi bangunan tertinggi dunia dari
tahun 1998 hingga ke 2004. Kejayaan meletakkan nama Malaysia sebaris dengan
negara lain dalam konteks senibina dan rekabentuk tidak datang dalam satu pakej
perancangan yang mudah. Pembinaan bangunan pencakar langit merupakan satu
proses yang kompleks dan rumit, yang mana melibatkan kemahiran, kepakaran, dan
sumber yang tepat untuk memastikan hasil binaan menepati kualiti dan piawaian
ditetapkan dalam banyak aspek. Ringkasnya, proses pembinaan bangunan pencakar
langit dikatakan kompleks berikutan wujudnya beberapa faktor penting yang mampu
menentukan halatuju proses pembinaan bangunan tersebut. Faktor tersebut ialah
kestabilan dan ketahanan.

Kestabilan dan ketahanan menjadi kunci kepada pembinaan sebuah bangunan


yang tinggi. Tanpa kestabilan dan ketahanan, bangunan tidak akan dapat bertahan lama
terutamanya apabila berhadapan dengan risiko bencana alam. Justeru penambahbaikan
berterusan dilakukan ke atas teknologi rekacipta bangunan pencakar langit menerusi
cetusan idea- idea yang kreatif dan inovasi.
memperbaharui

atau melakukan

Inovasi atau innovare bermaksud

perubahan (Badran,

2007).

Keperluan

untuk

menjadikan idea bersifat inovatif adalah perlu memandangkan evolusi teknologi dunia
semakin canggih dan menuntut manusia untuk menghasilkan daya fikir yang lebih

praktikal dan efektif. Keseluruhannya, perkembangan teknologi akan dapat dipacu dan
kekal releven mengikut peralihan masa.

Namun

begitu,

adalah

menjadi

tanggungjawab

kepada

manusia untuk

memastikan perkembangan teknologi berlaku secara seimbang dan memberi impak


positif kehidupan masyarakat dan alam sekitar. Memahami tanggungjawab ini, maka
Balung Skyscraper dihasilkan untuk menunjukkan kefahaman guru pelatih terhadap
pentingnya menyeimbangkan perkembangan dan kemajuan di antara sains, manusia,
dan alam sekitar.

Balung Skyscraper merupakan prototaip yang direka khas bagi

melengkapi tugasan projek SCE3143. Prototaip ini dibina setelah melalui beberapa siri
perancangan dan diilhamkan menerusi keunikan idea Rotating Tower of Dubai.
Prototaip bertemakan futuristic technology dinamakan sempena nama sebuah daerah di
Sabah yang mana disasarkan untuk menjadi lokasi khusus pembinaan Balung
Skyscraper.

Prototaip ini dilengkapi elemen inovatif terutama dari segi reka bentuk kestabilan
dan ketahanan prototaip terhadap faktor bencana alam.

Idea pembinaan prototaip

Balung Skyscraper diusulkan oleh ahli kumpulan 1 yang terdiri daripada Fatin
Khairunnisa Dol dan Sabtia Matlin, guru pelatih PISMP Sains ambilan Januari 2011.
Usaha merealisasikan pembinaan prototaip mengambil masa selama 5 minggu sebelum
prototaip sedia untuk dipamerkan semasa sesi pameran hasil Pembelajaran Berasaskan
Projek SCE3143. Perbincangan, pemerhatian, dan rujukan ke atas pelbagai sumber
telah dibuat untuk mendapatkan idea serta gambaran awal mengenai pembinaan
prototaip. Proses dan prosedur pembinaan prototaip diterangkan secara jelas dalam
pelaporan ini. Aspek lain yang turut dipertimbangkan dalam menghasilkan prototaip ialah
penggunaan bahan dan peralatan serta justifikasi penggunaan peralatan terhadap
kestabilan dan ketahanan binaan.

Tanpa pengetahuan dan penyiasatan teliti ke atas aspek-aspek yang boleh


mempengaruhi binaan, adalah mustahil untuk menghasilkan sebuah bangunan yang
stabil dan utuh, terutamanya bagi bangunan pencakar langit. Maka menerusi prototaip
Balung Skyscraper, kami mengetengahkan binaan yang mempunyai ciri keselamatan
ke atas faktor gempa dan gegaran,

di samping mempunyai kelebihan dari skop

penjimatan penggunaan tenaga yang membantu melestarikan sumber alam. Justeru,


adalah penting untuk memanfaatkan perkembangan Sains dan teknologi secara positif
untuk menjamin kelestarian kehidupan manusia dan juga alam sekitar.

2.0

Proses / Prosedur

Dalam mana-mana proses mereka bentuk binaan, beberapa prosedur utama perlu dilalui
oleh pereka secara teliti. Sama seperti penghasilan prototaip yang lain, projek Balung
Skyscraper diproses melalui lima peringkat utama iaitu peringkat penerokaan masalah,
penjanaan idea, penilaian dan pemilihan konsep, membangunkan idea konsep kepada
reka bentuk sebenar, dan menambahbaik prototaip.
2.1

Peringkat Penerokaan Tajuk/Masalah


Pada peringkat penerokaan tajuk/masalah, saya dan rakan sekumpulan
terlebih dahulu berbincang dan melakukan rujukan sumber ke atas latar
belakang tajuk pembelajaran berasaskan projek yang ditetapkan bagi
kumpulan kami. Rujukan dibuat agar kami dapat memahami tajuk dengan
lebih jelas serta terperinci. Sumber yang dirujuk termasuklah nota kursus
SCE3143 serta laman web Akademi Sains dan Majalah Sains.

Menerusi rujukan dan perbincangan, kami dapat mengenalpasti


terdapat beberapa kategori binaan struktur iaitu bangunan, terowong,
lapangan terbang, terusan,

tembok dan sebagainya. Selain itu, kami

memperolehi maklumat dan kefahaman mengenai komponen-komponen


yang perlu diambil kira dalam pembinaan sesebuah struktur. Komponenkomponen tersebut mencakupi jenis bahan, bentuk binaan, berat,
ketinggian, dan susunan.

Kesemua komponen ini mempunyai impak

tersendiri terhadap perancangan dan pembinaan sesebuah struktur,


terutamanya yang berkait rapat dengan faktor kestabilan dan ketahanan
struktur. Di akhir peringkat pertama ini, kami telah memutuskan untuk
menghasilkan prototaip bagi kategori bangunan, atau lebih spesifik lagi,
sebuah bangunan pencakar langit.

2.2

Penjanaan Idea

Tinjauan melibatkan lawatan kecil ke beberapa lokasi sekitar daerah Tawau untuk
memerhatikan seni bina dan reka cipta bangunan.

Seterusnya penjanaan idea dilakukan bagi mencari idea-idea yang bersesuaian


untuk menghasilkan prototaip. Proses penjanaan idea kemudiannya dilengkapi dengan
aktiviti mereka bentuk prototaip.
5

Semasa mereka bentuk, aktiviti melakar dilakukan bagi mendapatkan idea awal
yang lebih berbentuk longgar dan tidak berstruktur. Menurut Archer (1992), pemikiran
kognitif tersebut merujuk kepada aktiviti mental seperti persepsi, penterjemahan,
analisis, memori, kefahaman dan sebagainya. Lakaran merupakan satu kaedah yang
menggalakkan penjanaan idea dan penemuan kreatif (kavakli et al, 1998). Ini disokong
oleh Verstijnen et.al (1998a) yang menyatakan bahawa pemikiran kognitif boleh
membantu dalam penjanaan idea melalui proses imej mental yang berupaya membawa
kepada penemuan kreatif. Idea dan cadangan yang tidak menepati kriteria yang
ditetapkan, maka ianya akan diminta untuk diperbaiki atau pun ditolak dan digantikan
dengan idea atau cadangan yang lebih baik.

Fasa pembangunan idea konsep kepada reka bentuk yang lebih terperinci dalam
bentuk pembinaan prototaip atau model juga merupakan suatu peringkat yang kritikal
dan mencabar kerana guru pelatih perlu menukar cadangan reka bentuk yang sebelum
ini dalam bentuk idea konsep kepada sesuatu yang fizikal dan realiti. Pada peringkat ini
proses pembangunan idea masih terus berlaku seiring dengan pembentukan binaan
fizikal bahagian-bahagian idea tersebut. Penelitian terhadap idea rekabentuk juga boleh
dilakukan semasa fasa ini seperti bentuk, saiz, tekstur dan bahan yang akan digunakan.
Guru pelatih juga perlu menggunakan segala kemahiran yang ada dari segi pemilihan
dan penggunaan peralatan bagi memastikan proses pembuatan berjalan dengan lancar
dan sempurna.

4.0

Perbincangan

Kategori bagi binaan megastruktur adalah meliputi bangunan, terowong, lapangan


terbang, terusan dan tembok.

2.0 Peralatan dan bahan:


Kertas A4 putih, pita pelekat, gunting, mesin Earth Quake Simulator
3.0 Prosedur:
1. Dalam bentuk landskap, kertas dibahagikan kepada lima bahagian dengan
melukis garisan memanjang berukuran 4.2cm bagi setiap satu.
2. Kertas dipotong dengan menggunakan gunting.
3. Setiap helaian kertas digulungkan..
4. Setiap gulungan kecil dilekatkan dengan menggunakan pita pelekat
supaya kemas dan tidak terbuka.
5. Hujung tiga gulugan kertas dicantumkan dengan menggunakan pita
pelekat untuk membentuk seperti segi tiga piramid. (Bawah permukaan
luas).
6. Pada setiap bahagian bawah (5cm daripada bawah), ketiga-tiga kaki
dihubungkan dengan gulungan kertas berukuran 10 cm setiap satu untuk
mengukuhkan struktur tersebut.
7. Gulungan kertas yang selebihnya diletakkan pada bahagian atas piramid
untuk mendapatkan struktur binaan yang tertinggi.
8. Struktur binaan ini kemudian diuji dengan menggunakan mesin Earth
Quake Simulator.

4.0 Gambar:

50 cm

25 cm

5 cm

10 cm

Gambar 1: Struktur binaan diperbuat daripada kertas


*Ukuran
Tinggi= 80cm
Lebar= 10 cm
5,0 Perbincangan:
9

Kekuatan
Struktur binaan ini kukuh di mana semuanya dapat dihubungkan dengan baik
dan tidak bercerai berai. Kerangka bangunan juga dititikberatkan di mana
kami telah membina kerangka yang agak kukuh iaitu dengan cara membuat
lipatan dan gulungan ke atas kertas sebelum dicantumkan bersama
membentuk binaan. Mengikut Caudill, Pena, Kennon (1989), bahagian ini
sangat penting kerana sememangnya bahagian kerangka menjalankan tugastugas reka bentuk yang telah ditetapkan iaitu untuk menampung beban
hidup (manusia dan perabot) dan menegakkan beban mati (bahan-bahan
bangunan).
Struktur juga dapat dibina dengan tinggi. Bahagian atas dibina dengan
menggunakan gulungan kertas yang lebih ringan supaya struktur bahagian
bawah dapat menampung berat bahagian atas.
Tambahan lagi, bahagian bawah struktur adalah berbentuk segi tiga piramid
yang mana bentuk ini dapat menampung berat struktur pada bahagian atas.
Hal ini menunjukkan bentuk segi tiga piramid di bahagian bawah adalah
kukuh. Hal ini berdasarkan Goober Plan (2013) yang menyatakan bentuk segi
tiga piramid merupakan bentuk yang paling kuat kerana ia dapat menyokong
bentuknya dan mempunyai tapak yang sangat kuat serta mempunyai
sokongan yang kuat. Selain itu, segi tiga adalah bentuk yang paling tegar
kerana daya pada segi tiga diagihkan secara sama rata kepada tiga kaki yang
menyokongnya. Faktor-faktor inilah yang menyebabkan binaan ini dapat
berdiri dengan kukuh dan tegak.

10

Struktur binaan ini juga terbuka di mana angin boleh melepasinya. Hal ini
kerana, apabila angin boleh melepasinya, maka ia dapat mengelakkan binaan
ini daripada runtuh atau tumbang apabila terkena angin yang kuat kerana
tiada tekanan yang terhasil daripada angin yang kuat ke atas binaan
dikenakan.
Kelemahan
Apabila diuji dengan menggunakan mesin pada kelajuan rendah dan
sederhana struktur ini dapat bertahan lebih daripada 60 saat. Namun, apabila
diuji pada kelajuan tinggi, struktur binaan ini hanya mampu bertahan dalam
50 saat sahaja iaitu kurang daripada 60 saat (penanda aras). Binaan ini
akhirnya tumbang namun masih dalam keadaan baik (keseluruhan masih
bercantum).Hal ini bermakna struktur binaan ini masih lemah kerana tidak
dapat menahan daripada pergerakan yang laju.
Penambahbaikan
Untuk mengatasi masalah ini, penambahbaikan perlu dilakukan. Pertama,
bahagian bawah binaan perlu dibina dengan lebih rendah. Hal ini supaya
graviti binaan akan lebih rendah dan menyebabkan binaan akan lebih stabil
apabila terdapat pergerakan yang laju. Hal ini turut disokong oleh Azlina Amin
(2011) yang menyatakan objek yang lebih rendah adalah lebih stabil jika
dibandingkan dengan objek yang lebih tinggi sekiranya luas tapak objek
adalah sama.
Selain itu, permukaan bahagian bawah perlu dibina dengan lebih luas kerana
menurut Azlina Amin (2011), struktur lebih stabil sekiranya mempunyai luas
tapak yang lebih besar.
Selain itu, sepatutnya kertas perlu dilipat dengan padat supaya tiada ruang di
dalamnya. Hal ini kerana jika ada ruang dan tidak padat, binaan kertas akan
lebih mudah patah.

Lipatan kertas yang dijadikan kerangka binaan juga

mengukuhkan lagi binaan di mana struktur binaan dapat berdiri sendiri


dengan tegak dan menyokong antara satu sama lain. Perkara ini disokong
oleh Fauzi Rahmanullah (2013), yang menyatakan struktur lipatan boleh
dijadikan sebagai pelat datar dan pelat lain seperti panel, dinding yang
11

berfungsi sebagai struktur permukaan bidang yang dapat berdiri dengan


sendiri.
6.0 Penutup
Untuk menghasilkan sebua binaan yang kukuh dan stabil bukanlah suatu perkara
yang mudah. Terdapat beberapa kriteria yang perlu diambil kira untuk
menghasilkan binaan yang baik. Antaranya termasuklah dari segi ketahanan,
keseimbangan, kestabilan, bahan buatan dan sebagainya. Apa yang paling
penting adalah struktur binaan yang baik haruslah dapat melindungi manusia
dengan dapat memikul beban-beban lain akibat dari cabaran keadaan semula
jadi seperti angin kuat dan gempa bumi.

12

Anda mungkin juga menyukai