Anda di halaman 1dari 55

PQE3043E HAFAZAN AL-QURAN

TAJUK 1

ASAS-ASAS HAFAZAN AL-QURAN

SINOPSIS
Tajuk ini memfokuskan kepada enam perkara pokok berkaitan dengan hafazan
al-Quran iaitu beberapa perkara asas dalam hafazan al-Quran. Perkara asas
dalam hafazan al-Quran yang dibincangkan di dalam tajuk ini meliputi Ihklas niat
dan DOA hafazan, motivasi dalaman (Ad-Dafiyyah Az-Zatiyyah) , ketekalan Rasm
dan Mashaf, mengelokkan sebutan, memilih kaedah hafazan dan memilih waktu dan
tempat menghafaz.

HASIL PEMBELAJARAN
1. Mengenalpasti beberapa perkara asas sebelum menghafaz al-Quran
2. Menerangkan panduan hafaz Al-Quran secara sistematik
3. Mengenalpasti masa dan tempat yang sesuai untuk hafazan al-Quran
4. Menerangkan panduan mengelokkan sebutan ketika bacaan al-Quran
5. Menerangkan kaedah-kaedah penulisan rasm Uthmani secara ringkas
6. Membaca dan menghafaz doadoa hafazan al-Quran

PQE3043E HAFAZAN AL-QURAN

KERANGKA TAJUK-TAJUK

MOTIVASI
DALAMAN

IKHLAS
NIAT
MENGELOKKAN
SEBUTAN

Asas hafazan
al-quran

KETEKALAN
RASM DAN
MUSHAF
MEMILIH
KAEDAH
HAFAZAN

MEMILIH TEMPAT
DAN WAKTU
MENGHAFAZ

1. IKHLAS NIAT DAN DOA HAFAZAN


2

PQE3043E HAFAZAN AL-QURAN

1.1

Pengertian Niat

Niat menurut bahasa ialah qasad (tujuan hati) dan iradah (kehendak hati). Maka
dengan tujuan hati dan kehendaknya sendiri, terjadilah sesuatu `amal atau
pekerjaan. Ulama` fiqh mengertikan niat sebagai qasad mengerjakan suatu
bersamaan dengan melakukannya dan tempatnya di hati.
Menurut istilah syara`, niat ialah tergerak hati ke arah satu pekerjaan untuk mencari
keredhaan Allah dan menyatakan perasaan tunduk dan patuh kepada perintahNya.
Inilah yang dikatakan ikhlas atau kejujuran dalam melaksanakan sesuatu `amal.
Maksud niat, menurut pendapat ulama, ialah untuk menyatakan perbezaan antara
`amal ibadat dengan pekerjaan `adat atau antara jenisnya `ibadat itu sendiri.
Sebagai contoh :
Duduk di dalam masjid kerana beriktikaf dan berehat adalah sama. Mandi
kerana sesuatu kewajipan syara` dan kerana kebiasaan adalah sama jua
keadaannya. Tetapi yang dapat membezakan antara keduanya ialah niat.
Sembahyang, puasa, dan sedekah yang wajib sama keadaannya dengan
sembahyang, puasa dan sedekah yang sunat. Semuanya dinamakan ibadat,
tetapi yang membezakan antara jenis dan martabatnya ialah niat atau qasad
orang yang melakukannya.

Sementara itu ada pula perbuatan yang diluar lingkungan `ibadat, iaitu perbuatan
yang menjadi tabi`at hidup manusia itu sendiri seperti makan, minum dan
sebagainya. Sekalipun demikian, perbuatan itu dianggap satu kebaikan pula yang
mungkin diberikan pahala kalau diqasadkan (diniatkan) melakukannya untuk
memelihara keselamatan badan supaya dapat meneruskan bakti kepada Ilahi
sepanjang hayat.

PQE3043E HAFAZAN AL-QURAN

1.2

Ikhlaskan Niat

Daripada Amirul Mukminin Abu Hafsin 'Umar ibn al-Katthab r.a. beliau
berkata: Aku mendengar Rasululah saw bersabda:Bahawa sesungguhnya
setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi
setiap orang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju
kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya.
Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari
habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya,
maka hijrahnya kearah perkara yang ditujuinya itu.
`Amal yang memerlukan kepada niat ialah segala amal atau perbuatan syara` yang
hendak ditunaikan. Adapun amal atau perbuatannya yang bersifat meninggalkan
segala yang haram atau bersifat menghilangkan segala kekotoran atau
mengembalikan segala pinjaman atau menyampaikan segala pemberian atau
hadiah, maka tidaklah dikehendaki kepada niat yang tertentu kerana sah berlakunya
segala `amal yang tersebut itu dengan ketiadaan niat kecuali kalau bermaksud
hendak mendapatkan ganjaran. Maka pada masa itu diperlukan kepada niat atau
4

PQE3043E HAFAZAN AL-QURAN

qasad melakukannya semata-mata hendak mendampingkan diri kepada Allah swt


dan tidak kerana sebab-sebab yang lain.
Daripada hadis ini, kita dapat merumuskan bahawa orang yang ingin menghafal AlQu`an itu memerlukan kepada niat yang betul-betul ikhlas kerana Allah swt dan
bukannya untuk mengharapkan pujian, sanjungan atau kemahsyuran daripada
manusia. Oleh itu, andai kita menghafal Al-Qur`an semata-mata kerana sanjungan
manusia, tidak mustahil hafalan kita itu tidak akan kekal dan memberikan manfaat
kepada kita bahkan ia menambahkan murka Allah swt terhadap kita.
Disamping itu, tanpa niat yang ikhlas juga menyebabkan hafalan manusia itu dijual
beli untuk kepentingan diri sendiri supaya terus dapat makan dan hidup dalam
kesenangan dan kuasa. Firman Allah swt :





Dan berimanlah kamu dengan apa yang Aku turunkan (Al-Quran) yang
mengesahkan benarnya Kitab yang ada pada kamu, dan janganlah kamu
menjadi orang-orang yang mula-mula kafir (ingkar) akan dia; dan janganlah
pula kamu menjadikan ayat-ayatKu (sebagai harga untuk) membeli
kelebihan-kelebihan yang sedikit faedahnya; dan kepada Akulah sahaja
hendaklah kamu bertaqwa.
(Al-Baqarah 1: 41 )

Kesimpulannya, niat yang ikhlas adalah sangat penting untuk menghafal Al-Qu`ran
yakni kalam Allah swt. Andai hilang ikhlas dalam hati maka bermacam perkara buruk
akan timbul walaupun kita seorang penghafaz Al-Qur`an.

PQE3043E HAFAZAN AL-QURAN

1.3

Doa Hafazan




.
Ya Allah, pancarkanlah cahaya KitabMu kepada pandanganku dan
lapangkanlah

dengannya

dadaku

gunakanlah

dengannya

badanku

mudahkanlah sebutan lidahku dan kuatkanlah ingatanku dan segerakanlah


dengannya kefahamanku dan kuatkanlah dengannya azamku dengan daya
dan kekuatanMu,bahawasanya tiada daya dan upaya melainkan dengan-Mu
wahai Tuhan Yang Maha Pengasih.

AKTIVITI

BINCANGKAN TANDA-TANDA IKHLAS BERSAMA RAKAN ANDA

PQE3043E HAFAZAN AL-QURAN

2.

MOTIVASI DALAMAN (Ad-Dafiyyah Az-Zatiyyah)


J=J=9 3u0ur

pyJmuurYdur x

e@3j9

$YZu;? =tG39$# n=t$uZ9tRur


Dan Kami turunkan kepadamu Al-Quran menjelaskan tiap-tiap sesuatu dan menjadi
hidayah petunjuk, serta membawa rahmat dan berita yang menggembirakan, bagi
orang-orang Islam.
(Surah an-Nahl : 89)
Sabda Rasulullah S.A.W


Maksudnya : Yang terbaik dari kalangan kamu ialah mereka yang mempelajari alQuran dan mengajarnya.
(Bukhari dan Muslim)
2.1

Pandangan Terhadap al-Quran

2.1.1 Imam al-Ghazali:


Ajarkan kepada anak-anak al-Quran, hadis-hadis, kisah orang-orang soleh, dan
hukum-hukum agama.
2.1.2 Ibnu Khaldun:
Pengajaran al-Quran menjadi dasar pengajaran bagi seluruh negara-negara Islam
kerana al-Quran merupakan salah satu syiar ad-din yang menguatkan aqidah dan
meresapkan keimanan.
2.1.3 Ibnu Sina;
Mula ajarkan anak-anak dengan pengajaran al-quran, untuk melengkapkan anakanak dengan kecerdasan fizikal dan mental.
2.1.4

Gladstone [PM:1864-1894]:

Selama al-Quran ini berada di tangan orang-orang Islam, maka Eropah sama sekali
tidak akan dapat menguasai dunia Timur, bahkan Eropah itu sendiri akan terancam
7

PQE3043E HAFAZAN AL-QURAN

2.1.5

William Jeford Balcrof ;

Jika al-Quran dapat disisihkan dan kota Mekah dapat diputuskan hubungannya
dengan negara-negara Arab, maka sangat memungkinkan bagi kita melihat seorang
Arab secara bertahap mengikut kemajuan barat, terjauh dari ajaran Muhammad dan
sekitarnya.
2.2

Kekaguman Barat Terhadap al-Quran


2.2.1

Henry de Costrie:

Bahawasanya al-Quran menawan fikiran dan lubuk hati manusia, dan ianya telah
diturunkan kepada Muhammad yang membuktikan kebenaran risalahnya.
2.2.2 Gothe [penyair Barat:
Bahawa pengajaran-pengajaran al-Quran adalah praktikal dan selaras dengan
kepe rluan-keperluan pemikiran
2.2.3. William Jeford Balcrof ;
Jika al-Quran dapat disisihkan dan kota Mekah dapat diputuskan hubungannya
dengan negara-negara Arab, maka sangat memungkinkan bagi kita melihat seorang
Arab secara bertahap mengikut kemajuan barat, terjauh dari ajaran Muhammad dan
sekitarnya.

PQE3043E HAFAZAN AL-QURAN

3.

KETEKALAN RASM UTHMANI


Ketekalan bermaksud kebolehpercayaan, keteguhan tentang rasm uthmani. Oleh

itu ketekalan bolehlah dikaitkan dengan kebolehpercayaan dengan al-Quran rasm


uthmani.
Mushaf Uthmani ialah mushaf atau naskhah al Quran yang ditulis semula di
zaman pemerintahan Khalifah Uthman bin Affan atas arahan beliau sendiri. Oleh
kerana usaha menulis mushaf ini dilakukan di zaman beliau maka dipanggil Mushaf
Uthmani iaitu disandarkan kepada nama beliau. Inilah mushaf yang ada pada kita
sekarang.
Al-Quran yang merupakan mukjizat teragung Nabi Muhammad s.a.w. amat
terpelihara dan dijaga dari segi bentuk penulisan dan bacaan.Bersama bentuk
bacaan mutawatir yang diturunkan melalui malaikat Jibril, Allah juga menentukan
kaedah-kaedah tertentu untuk membentuk kalimah Al-Quran.Para ulama telah
mengesan beberapa kaedah penulisan kalimah-kalimah Al-Quran dan kaedahkaedah tersebut dinamakan kaedah Rasm Uthmani.
Rasm atau bentuk tulisan dalam Mushaf Uthmani berlainan pada beberapa
tempat daripada tulisan biasa bahasa Arab.Jadi tulisan dalam Mushaf Uthmani
dipanggil Rasm Uthmani. Dalam al Quran lama cetakan Pulau Pinang, Singapura
dan Thailand yang terdapat di Malaysia sebelum tahun 70an dahulu yang bernama
Quran Majid tulisannya dipanggil Rasm Imlaei atau Qiyasi.
3.1 Pengertian Rasm
Rasm ialah pembentukan lafaz atau perkataan melalui penggabungan hurufhuruf

hijaiyah

atau

gambaran-gambaran

kalimah

yang

seterusnya

dapat

dituturkan.Ia juga boleh diertikan sebagai apa sahaja yang berkaitan dengan apaapa jenis khat.

PQE3043E HAFAZAN AL-QURAN

3.2 Pengertian Ilmu Rasm


Ilmu Rasm ialah satu ilmu yang membincangkan cara menulis lafaz-lafaz atau
ucapan untuk memelihara pengucapan huruf-hurufnya dari segi lafaz, huruf-huruf
asal dan ilmu yang membahaskan kaedah menambah, mengurang, menyambung,
memisah dan menggantikan huruf.
Penulisan (rasm) al-Quran ini adalah satu sunnah Rasulullah yang diikuti secara
ijma (sepakat) oleh seluruh ulama mujtahidin kerana tulisan ini adalah berbentuk
tauqifiyyahdan ia dibuat di bawah pengawasan Nabi Muhammad.

3.3 Pengertian Rasm Uthmani


Rasm Uthmani ialah suatu ilmu yang membicarakan kaedah penulisan kalimahkalimah ayat Al-Quran yang digunakan dan telah dipersetujui oleh Saidina Uthman
ketiha penyalinan dan penulisan Al-Quran.Ia juga dikenali sebagai Rasm Mushaf
yang dikirim kepada berbagai daerah dan bandar di bawah taklukannya. Formasi
atau bentuk penulisan Al-Quran dalam mushaf-mushaf Uthmani terdapat beberapa
kelainan daripada bentuk-bentuk penulisan Bahasa Arab secara konvensional atau
sebagaimana kebiasaannya.
3.4 Keistimewaan Rasm Uthmani
3.4.1 Rasm Uthmani Bersifat Tauqifi Bukan Taufiqi

Ia adalah Rasm bimbingan dan tunjuk ajar secara langsung oleh Rasulullah .
Lebih meyakinkan kita setiap apa yang dikhabarkan kepada rasul, sudah
tentu datang daripada Allah. Penulisan al-Quran seperti itu juga berterusan
pada zaman Saidina Abu Bakar dan Saidina Uthman sehinggalah pada
zaman selepas itu.

10

PQE3043E HAFAZAN AL-QURAN

3.4.2 Rasm Uthmani Menjadi Sebahagian Rukun Bacaan Al-Quran

Pembacaan al-Quran adalah sesuatu yang digalakkan dalam Islam dan akan
mendapat ganjaran kepada pembacanya yang menepati rukun. Pembacaan
yang tidak menepati rukun dikira syaz atau ditolak.
i. Meliputi Tujuh Huruf
Tujuh huruf al-Quran ini menjadi faktor utama dan dasar sehingga menjadikan
Rasm Uthmani perlu diberi keutamaan bertepatan dengan wajah qiraat yang
diajarkan oleh Rasulullah kepada sahabat-sahabatnya.
Salah satu pendapat yang disepakati oleh kebanyakan ulama ialah tujuh cara
bacaan yang meliputi unsur-unsur seperti kata nama, perselisihan pada ikrab,
cara tasrif, perselisihan mendahului atau mentakhir sesuatu huruf atau
kalimah, ibdal, menambah atau mengurangkan sesuatu huruf atau kalimah
dan juga perselisihan pada lahjah sama ada tebal atau nipis, imalah,
isymamdan sebagainya.

ii. Rasm yang Bertepatan dengan Pembentangan Bacaan AlQuran Terakhir.


Melalui sirah, nabi melakukan semakan terakhir bacaan Al-Quran dengan
malaikat Jibril a.s dan Zaid bin Tsabit, seorang sahabat yang rapat dengannya
turut berada bersama dengannya. Oleh sebab demikian, Zaid telah
dipertanggungjawabkan untuk menulis dan mengumpul Al-Quran oleh dua
orang khalifah iaitu Saidina Abu Bakar dan Saidina Uthman untuk menulis
berdasarkan pembentangan tersebut.
Dengan kajian konsep ilmu Rasm Uthmani ini, ianya dapat memelihara dari
kesalahan dalam penulisan Al-Quran.Penulisan yang betul dan tepat adalah
perkara yang penting untuk kesahihan dalam sebutan sesuatu kalimah.
3.4.3 Kelebihan Rasm Uthmani
11

PQE3043E HAFAZAN AL-QURAN

1. Mengikut sunnah Rasulullah.


2. Mengikut tulisan al-Quran yang asal.
3. Boleh memahami makna yang berlainan dan tidak pula terkeluar
daripada maksud yang sebenar.
4. Memudahkan bacaan dengan wajah qiraat ( jenis jenis bacaan )
5. Sebagai hujah kepada bahasa Al-Quran yang fasih
6. Dipersetujui oleh lebih 12,000 orang sahabat
7. Salah satu daripada mukjizat Al-Quran
8. Bertepatan dengan riwayat bacaan mutawatir
9. Berdasarkan kepada dalil dalil yang kuat dengan hujah yang jelas
10. Ditulis mengikut bacaan Rawi ( periwayat )
11. Mengandungi rahsia dari segi mengekal dan mengugurkan huruf
3.4.4 Pembahagian Rasm
Rasm al-Quran terbahagi kepada dua bahagian iaitu:
1. Rasm Qiasi atau imla'i : iaitu penulisan menurut pengucapan atau
pertuturan
2. Rasm Istilahi atau Uthmani : iaitu penulisan menurut kaedah tertentu
yang mana ia tidak sama dengan penulisan biasa dari segi sebutan
disebabkan ia menggunakan beberapa kaedah seperti membuang,
menambah, mengganti, menyambung atau memisahkan huruf dan
penulisan hamzah
Mushaf Uthmani ditulis mengikut kaedah- kaedah ini. Oleh itu, penulisan mushaf
Uthmani ini diakui sebagai penulisan yang bersifat tauqifiyyah, maka penggunaan
tulisan Imla'i atau qiasi tidaklah diharuskan.

3.5

KAEDAH

PENULISAN

RASM

UTHMANI

BERSERTA

CONTOH-

CONTOHNYA
3.5.1 KAEDAH PEMBUANGAN ATAU PENGURANGAN (HAZAF)
Hazaf bermaksud membuang atau menggugurkan huruf-huruf hijaiah tertentu
dalam struktur kalimah tertentu Al-Quran. Huruf-huruf tersebut ialah alif (), wau(),
ya(), lam( )nun( )yang terdapat pada kalimah tertentu dan huruf-huruf alif(), wau(
)dan ya( )pada kata permulaan (fawatih) surah tertentu Al-Quran.
3.5.1.1 Bahagian Hazaf
Hazaf berlaku dalam tiga bentuk;
12

PQE3043E HAFAZAN AL-QURAN

Hazaf isyarah bermaksud hazaf yang bertujuan menunjukkan wajahwajah qiraat mutawatirah tertentu contohnya.

Hazaf ikhtisorbermaksud hazaf peringkasan seperti pembuangan alif


pada struktur kata jamak Muzakkar Salim dan Jamak Muannath Salim
contohnya pada;

Hazaf iktisorbermaksud hazaf pembatasan yang bermakna hazaf alif


pada kalimah-kalimah tertentu tanpa melibatkan kalimah-kalimah lain
contohnya hazaf alif pada kalimah miaad;

1. Hazaf Alif
Hazaf alif pada tempat-tempat dan keadaan-keadaan berikut:
1. Alif pada kalimah basmalah samada lengkap atau tidak

Kecuali pada surah al-Alaq ayat 1:

2. Hazaf Wau
13

PQE3043E HAFAZAN AL-QURAN

Hazaf wau berlaku dalam keadaan-keadaan berikut;


1. Bila ia berturut-turut dalam satu kalimah.

3.Hazaf Ya
Hazaf ya berlaku dalam keadaan-keadaan berikut;
1. Ya muatakallim pada kedudukan isim munada seperti;

4. Hazaf Lam
Hazaf lam tidak begitu banyak di dalam al-Quran, hazaf lam berlaku pada keadaan
berikut;
1. Pada lam kedua dalam kalimah-kalimah
kecuali kalimah-kalimah

2. Lam pada lafzul Jalalah.


5. Hazaf Alif Wau Dan Ya Fawatih Suwar
Hazaf alif berlaku pada huruf alif, lam, ha kecil dan besar, ya, to sod, qaf,ro. Hazaf
wau pula pada huruf nun. Manakala hazaf huruf ya melibatkan huruf-huruf mim, sin,
ain dan sin. Huruf fawatih yang tidak terlibat dengan hazaf fawatih hanyalah alif
kerana selepas dieja tiada huruf mad yang terdapat padanya.

3.5.2 KAEDAH AL-ZIADAH

14

PQE3043E HAFAZAN AL-QURAN

Ziyadah bermaksud menambah huruf-huruf tertentu pada kalimah-kalimah tertentu


Al- Quran.Merupakan satu kaedah yang perlu diberi perhatian dalam penulisan alQuran Rasm Uthmani. Jika diamat-amati kaedah ini juga terdapat dalam Bahasa
Inggeris yang diistilahkan sebagai silence pronoun. . Huruf tersebut ditulis tetapi
tidak berfungsi pada semua keadaan pada bacaan.
Dalam penulisan mashaf-mashaf Rasm Uthmani, huruf-huruf yang diziyadah ialah;
(a) Huruf Alif

(b) Huruf wau.

(c) Huruf ya

1.Ziyadah Huruf Alif pada Tempat-tempat Berikut:


1. Selepas huruf wau ganti nama pada jamak muzakkar yang bersambung dengan
Fiil Madi Fiil Mudhari dan Fiil Amar yang berada di hujung kalimah.

(2) Ziyadah Huruf Wau pada:


1. Kalimah

pada

3. Ziyadah Ya pada Kalimah-kalimah:

15

PQE3043E HAFAZAN AL-QURAN

1.

3.5.3 KAEDAH AL-IBDAL


Al-Ibdal atau menukarkan suatu huruf kepada huruf yang lain adalah merupakan
satu kaedah yang perlu diberi perhatian dalam penulisan al-Quran Rasm Uthmani.
Al-Ibdal ialah menggantikan sesuatu huruf kepada huruf yang lain. Perlu diketahui
bahawa huruf yang menggantikan sesuatu huruf itu tidak boleh dibaca sama sekali,
tetapi sebaliknya yang dibaca adalah huruf asal yang digantikannya.Dalam
penulisan mashaf-mashaf Rasm Uthmani, huruf-huruf yang digantikan itu terbahagi
kepada lima bahagian iaitu:
(a) Ibdal huruf Alif kepada huruf Waw.
(b) Ibdal huruf Alif kepada huruf Ya.
(c) Ibdal huruf Nun kepada huruf Alif.
(d) Ibdal huruf Ta' al-Marbutah kepada huruf Ta al-Maftuhah.
(e) Ibdal huruf Thulathi Waw kepada huruf Alif.

(a) Ibdal Huruf Alif Kepada Huruf Waw


Dalam kaedah penulisan al-Quran Rasm Uthmani, huruf Alif akan diibdalkan kepada
huruf Waw pada beberapa kalimah yang tertentu. Kalimah-kalimah yang
dimaksudkan itu ialah:

1. Empat kalimah yang selalu berulang-ulang iaitu:

16

PQE3043E HAFAZAN AL-QURAN

(b) Ibdal Huruf Alif Kepada Huruf Ya'


Dalam kaedah penulisan al-Quran Rasm Uthmani, huruf Alif pula akan diibdalkan
kepada huruf Ya' pada beberapa keadaan yang tertentu. Keadaan-keadaan yang
dimaksudkan ituialah:
1. Apabila Alif terletak di hujung kalimah, sekalipun ia berhubung dengan dhamir
(ganti
nama) Contohnya seperti:

(c) Ibdal Huruf Nun Kepada Huruf Alif


Dalam kaedah penulisan al-Quran Rasm Uthmani, huruf Nun akan diibdalkan
kepada huruf Alif pada beberapa keadaan yang tertentu. Keadaan-keadaan yang
dimaksudkan itu
ialah:
Huruf Nun Tawkid Khafiyyah pada dua kalimah berikut:

(d) Ibdal Huruf Ta' Al-Marbutah Kepada Ta' Almaftuhah

17

PQE3043E HAFAZAN AL-QURAN

Dalam kaedah penulisan al-Quran Rasm Uthmani, huruf Ta' al-Marbutah akan
diibdalkan
kepada huruf Ta' al-Maftuhah pada beberapa kalimah yang tertentu. Kalimahkalimah
yang dimaksudkan itu ialah:
1. Semua kalimah

ditulis dengan Ta' al-Marbutah melainkan pada tujuh

tempat
dalam al-Quran yang ditulis dengan Ta al-Maftuhah

iaitu:

(e) Ibdal Huruf Thulathi Waw Kepada Huruf Alif


Dalam kaedah penulisan al-Quran Rasm Uthmani, semua kata nama dan kata
perbuatan yang mempunyai tiga huruf dan asal huruf yang ketiganya ialah Waw
akan diibdalkan kepada huruf Alif pada beberapa kalimah yang tertentu. Kalimahkalimah yang dimaksudkan itu ialah:

Melainkan pada enam kalimah yang tetap ditulis dengan huruf Ya'. Kalimah-kalimah
yang dimaksudkan itu iaitu:

3.5.4 KAEDAH AL-WASL DAN AL-FASL


Al-Wasl atau disebut juga sebagai al-Mausul ialah menulis sesuatu kalimah
sertamenyambungkan dengan kalimah yang selepasnya, dan al-Fasl atau disebut
juga sebagaial-Maqtu' pula ialah menulis sesuatu kalimah serta memisahkan
dengan kalimah yang selepasnya. Dua istilah tersebut adalah merupakan salah satu
dari kaedah penulisan Rasm Uthmani. Kaedah penulisan ini hanya berlaku pada
beberapa kalimah yang tertentu sahaja dalam mushaf-mushaf Uthmaniah.
18

PQE3043E HAFAZAN AL-QURAN

Secara keseluruhannya al-Wasl dan al-Fasl yang terdapat dalam mushafmushaf Uthmaniah boleh dibahagikan kepada empat bahagian iaitu:
(a) Bentuk penulisannya bersambung dalam semua mushaf Uthmaniah.
(b) Bentuk penulisannya berpisah dalam semua mushaf Uthmaniah.
(c) Bentuk penulisannya berbeza sama ada bersambung atau berpisah dalam
semua
mushaf Uthmaniah.
(d) Bentuk penulisannya harus sama ada dengan bersambung atau berpisah dalam
semua mushaf Uthmaniah.
BAHAGIAN AL-WASL DAN AL-FASL
(a) Kalimah yang Ditulis Bersambung dalam Semua Mushaf Uthmaniah
Ditulis dengan bersambung dalam semua mushaf Uthmaniah pada kalimah-kalimah
berikut:
1. Semua Ya al-Nida dengan kalimah yang selepasnya seperti:

(b) Kalimah yang Ditulis Berpisah dalam Semua Mushaf Uthmaniah


Ditulis dengan berpisah dalam semua mushaf Uthmaniah pada kalimah-kalimah
berikut:
1. Kalimah

(c)Kalimah

dengan

yang

Berbeza

pada dua tempat sahaja dalam al-Quran iaitu:

Bentuk

Penulisannya

Uthmaniah
19

dalam

Mushaf-mushaf

PQE3043E HAFAZAN AL-QURAN

Terdapat beberapa kalimah dalam al-Quran yang berbeza cara penulisannya di


mana ia akan bersambung pada sebahagian tempat, tetapi akan bercerai pula pada
sebahagian tempat yang lain.
1. Kebanyakannya Ditulis dengan Bersambung
(a) Kalimah

dengan

seperti:

(d) Kalimah yang Harus Ditulis Sama Ada Bersambung atau Berpisah dalam
Semua Mushaf Uthmaniah
Terdapat beberapa kalimah dalam al-Quran yang harus ditulis sama ada dengan
bersambung atau berpisah. Ini bermaksud bahawa kalimah-kalimah tersebut harus
ditulis
dalam semua mushaf Uthmaniah dengan menggunakan salah satu atau mana-mana
cara tersebut. Kalimah-kalimah yang dimaksudkan itu ialah:
1. Kalimah

dengan

pada sepuluh tempat dalam al-Quran iaitu:

3.5.5 KAEDAH AL-HAMZ


Kaedah al-Hamz atau penulisan huruf Hamzah adalah merupakan salah satu dari
enam kaedah yang telah digariskan oleh para ulama dalam penulisan al-Quran
Rasm Uthmani.
Sekiranya kaedah tersebut dibuat perbandingan dengan Rasm Qiyasi, maka kita
akan dapati bahawa kaedahnya begitu berbeza sekali, di mana ia ditulis dengan
bentuk yang berbeza-beza antara satu sama lain.

20

PQE3043E HAFAZAN AL-QURAN

Bagi kaedah ini, perkara yang perlu dibincangkan ialah bentuk penulisan atau
rumah Hamzah kerana itulah yang berkaitan dengan rasm yang sebenarnya.
Perkara ini perlu diperjelaskan terlebih dahulu kerana ramai yang beranggapan
bahawa perkara yang dibahaskan berkaitan dengan huruf Hamzah ini adalah
tandanya iaitu sama ada berbentuk
huruf sad kecil

ataupun kepala huruf Ain

, sedangkan perkara yang

dibahaskan
dalam Rasm Uthmani adalah berkaitan surah (rumahnya).
BAHAGIAN HAMZAH
Huruf Hamzah yang terdapat di dalam al-Quran terbahagi kepada dua bahagian
iaitu:
1. Hamzah al-Wasl
Iaitu huruf Hamzah tambahan yang hanya terletak pada permulaan kalimah-kalimah
tertentu. Ia hanya dibaca ketika memulakan bacaan sahaja dan gugur ketika
menyambungkan bacaan dengan kalimah sebelumnya.Dalam al-Quran Rasm
Uthmani, huruf Hamzah Wasal ini ditulis dalam bentuk huruf Alif.
Contohmya seperti
2. Hamzah al-Qat'
Iaitu huruf Hamzah yang terletak sama ada di permulaan, pertengahan ataupun di
hujung
kalimah. Ia tetap dibaca sama ada memulakan bacaan padanya ataupun
menyambungkan

bacaan

dengan

kalimah

sebelumnya.

Contohnya

seperti

Dalam al-Quran Rasm Uthmani, huruf Hamzah Qata' ini ditulis dalam bentuk yang
berbagai-bagai iaitu sama ada dengan huruf Alif, huruf Waw atupun huruf Ya'.

1. KAEDAH PENULISAN HAMZAH AL-WASL


Dalam al-Quran Rasm Uthmani, Hamzah al-Wasl itu terbahagi kepada dua bahagian
iaitu
21

PQE3043E HAFAZAN AL-QURAN

sama ada dikekalkan ataupun dibuang bentuknya. Apabila bentuknya dikekalkan,


maka ia
ditulis dengan surah huruf Alif

seperti Kalimah

dan

sebagainya.
Akan tetapi terdapat juga beberapa keadaan di mana surah Hamzah al-Wasl itu
perlu
dibuang. Keadaan-keadaan yang dimaksudkan itu iaitu:
1. Hamzah al-Wasl yang terletak pada Fa' Kalimah (Fa' al-Fi'il)

2.KAEDAH PENULISAN HURUF HAMZAH AL-QAT'I


Dalam mashaf-mashaf Uthmani, keadaan penulisan huruf-huruf Hamzah tersebut
adalah
berbeza antara satu sama lain. Ia berpandukan kepada kedudukannya sama ada ia
terletak di permulaan kalimah atau di pertengahannya ataupun di hujung. Penjelasan
mengenainya adalah seperti berikut:
1. Huruf Hamzah di Pangkal Kalimah
Semua huruf Hamzah yang terletak di pangkal kalimah sama ada pada isim (kata
nama),
fi'il (kata perbuatan) atau pada huruf ditulis dengan bentuk Alif (berumahkan huruf
Alif),
sama ada ketika ia fathah, kasrah atau dammah. Contohnya seperti:

2. Huruf Hamzah di Pertengahan Kalimah


22

PQE3043E HAFAZAN AL-QURAN

Huruf Hamzah yang terletak di tengah kalimah berbeza cara penulisannya antara
satu
sama lain:
(a) Sekiranya Hamzah itu fathah dan sebelumnya terdapat satu huruf sukun, maka
ia
ditulis tanpa surah. Contohnya seperti:

Melainkan tiga kalimah yang ditulis dengan surah iaitu:

1.

(Al-Najm: 47)

3.

2.

(Al-Rum: 10)

(Al-Ahzab: 20)

Huruf Hamzah di Hujung Kalimah


Huruf Hamzah yang terletak di hujung kalimah juga berbeza cara penulisannya di
antara
satu sama lain.
(a) Sekiranya sebelum huruf Hamzah itu kasrah, ia ditulis dengan surah Ya.
Contohnya
seperti:

3.5.6 KAEDAH MA FIH QIRA'ATAANI

23

PQE3043E HAFAZAN AL-QURAN

Kaedah yang terakhir dalam penulisan al-Quran Rasm Uthmani ialah sekiranya
sesuatu kalimah itu mengandungi dua cara bacaan, maka ia ditulis berpandukan
cara bacaan qiraat-qiraat yang tertentu.
Kaedah ini secara tidak langsungnya akan menerangkan tentang perbezaan cara
bacaan antara qurra' kerana terdapat perbezaan kaedah penulisan yang terjadi di
antara mushaf-mushaf Uthmaniah itu di sebabkan perbezaan bacaan antara
mereka. Perbezaan bacaan yang dibincangkan dalam perbahasan ini adalah
tertumpu kepada Qurra' Sab'ah sahaja.
Sekiranya terdapat sesuatu kalimah yang mengandungi dua atau beberapa
wajah qiraat, maka kalimah itu ditulis dengan salah satu dari wajah-wajah qiraat
tersebut. Kaedah penulisan kalimah-kalimah yang termasuk dalam bahagian ini
boleh dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu:
1. Mengandungi Dua Wajah Qiraat dan Ditulis Bertepatan dengan Cara Bacaan
Kedua-duanya
Terdapat beberapa kalimah yang harus dibaca dengan dua atau berbagai-bagai cara
bacaan (qiraat). Kalimah-kalimah yang seumpama ini ditulis dalam semua mushaf
Uthmaniah dengan satu bentuk yang sesuai dan harus dibaca oleh semua
perbezaan
qiraat yang berlaku. Contohnya seperti:

2. Mengandungi Dua Wajah Qiraat dan Ditulis Berpandukan Salah Satu dari
Keduanya (wajah yang lebih masyhur)
Terdapat beberapa cara bacaan pada sesuatu kalimah dan ia ditulis dengan
menggunakan salah satu bentuk yang lebih mashyur dan banyak digunakan oleh
qiraat-qiraat yang mutawatirah. Contohnya seperti:
24

PQE3043E HAFAZAN AL-QURAN

3. Mengandungi Dua Wajah Qiraat dan Ditulis Berbeza-beza antara Mushaf


Berpandukan kepada Cara Bacaannya Masing-masing
Terdapat beberapa perbezaan bacaan yang melibatkan penambahan sesuatu
huruf atau kalimah, dan ini menyebabkan kaedah tulisan yang digunakan bagi
sesuatu qiraat tidak sesuai digunakan bagi qiraat yang lain. Oleh itu ia ditulis pada
sebahagian mushaf dengan satu kaedah dan sebahagian lagi mushaf dengan
kaedah yang lain berpandukan kepada cara bacaannya. Contohnya seperti:

AKTIVITI

4.

MENGELOKKAN SEBUTAN
BINCANGKAN HUKUM MENGGUNAKAN RASM UTHMANI
BERSAMA RAKAN ANDA
Al-Quran adalah kitab Allah yang diturunkan di dalam bahasa arab yang perlu
kepada kita yang bukan berbangsa arab untuk mempelajari al-Quran secara
berguru. Hal ini kerana banyak sebutan yang dilafazkan di dalam bahasa arab tidak
didapati di dalam bahasa melayu dan sebutan melayu ada yang tidak dilafazkan di
25

PQE3043E HAFAZAN AL-QURAN

dalam bahasa arab. Oleh yang demikian, kita perlu mengenali makhraj dan sifatsifat huruf untuk menentukan bacaan kita betul atau tidak.


Sebaik-baik di kalangan kamu orang yang belajar al-Quran dan mengajarkannya.
(Riwayat al-Bukhari)
Ilmu tajwid adalah ilmu yang berhubung dengan seagung-agung kitab iaitu alQuran. Maka tidak dapat dinafikan lagi tentang kepentingan serta faedah
mempelajari ilmu tajwid. Mempelajari ilmu tajwid adalah fardhu kifayah tetapi,
mengamalkanya ketika membaca al-Quran adalah fardhu ain. Antara kepentingankepentingan membaca al-Quran dengan mengamalkan hukum tajwid ialah dapat
memelihara daripada kesalahan-kesalahan dalam membaca al-Quran.

4.1 MAKHRAJ HURUF


Boleh dikatakan semua definisi yang diberikan oleh ulama kepada perkataan
tajwid dan tartil dikaitkan dengan ketepatan menyebut makhraj huruf. Hal ini kerana
ketepatan menyebut kalimah-kalimah al0Quran dan ketepatan mengikuti hukumhukum tajwid serta ketetapan sesetengah hukum bergantung sebahagian besarnya
kepada ketepatan mengeluarkan huruf-huruf tersebut dari makhrajnya.
Ilmu tajwid merupakan ilmu yang telah berkembang sehingga kini dalam
memperelokkan bacaan al-Quran. Menurut bahasa, ilmu tajwid membawa maksud
memperelokkan dan menghalusinya. Manakala ilmu tajwid dari perspektif istilah pula
bermaksud suatu ilmu yang membahaskan cara membaca ayat-ayat suci al-Quran
mengikut hukum yang tertentu, dengan mengucapkan huruf menurut hak asli dan
hak mendatang.











Maksudnya :

26

PQE3043E HAFAZAN AL-QURAN

Tajwid bermakna memperhalusi ketika membacanya dan hendaklah mengeluarkan


setiap huruf

daripada makhrajnya dengan memberikan haknya dan yang

dihakkannya. Hak huruf adalah sifatnya yang asli. Manakala yang dihakkannya
ialah sifat yang mendatang.
Hak huruf iaitu sifatnya yang asal ialah sifat zat huruf yang ada pada huruf,
seperti sabdu (syaddah), tinggi (istila), dengung (ghunnah) dan lain-lain. Hak huruf
ini tidak boleh terpisah, dan jika terpisah daripadanya walaupun sedikit, maka
salahlah makrajnya. Hak mendatang iaitu yang dihakkan kepadanya adalah sifat
yang mendatang (sifat yang sepatutnya) bagi huruf. Sifat-sifat yang berlaku daripada
sifat-sifat huruf itu sendiri, seperti bacaan secara tebal (tafkhim) iaitu kalimah
tersebut keluar daripada huruf yang tinggi (istila).

Hal ini berkaitan dengan aktiviti membaca dengan sifat-sifat huruf itu sendiri
seperti

( menempik), ( mendesis), ( keras) dan

sebagainya. Ia

juga melibatkan aktiviti membaca huruf menurut landasan atau mustahaknya iaitu
membaca mengikut sifat yang baru mendatang termasuklah tentang makhraj, sifat
dan perkara yang dibawa oleh kalimah-kalimah al-Quran. Ia adalah seperti hukum
27

PQE3043E HAFAZAN AL-QURAN

menyesuaikan huruf contohnya

( menebal), ( menipis), dengung dan

sebagainya lagi (Abdullah al-Qari Salleh. Kursus Qari dan Qariah, ms 15).
Dengan mempraktikkan ilmu Tajwid dalam pembacaan al-Quran, seseorang
itu akan terhindar daripada melakukan kesalahan-kesalahan yang merosakkan
bacaan atau mencacatkannya. Kadangkala, kesilapan tidak menyebut secara betul
anggota-anggota yang terlibat mengakibatkan seseorang itu mereka-reka sendiri
cara menyebutnya. Maka adalah sangat perlu diperincikan anggota-anggota yang
terlibat bagi menyebut huruf-huruf tersebut serta pergerakannya, dan adalah sangat
tidak memadai dengan hanya menyebut secara umum dasar ucapannya sahaja
seperti halqum, lidah, bibir dan sebagainya. Sekiranya membaca al-Quran dengan
tajwid yang betul merupakan satu kewajipan bagi setiap Muslim, maka membacanya
dengan tajwid yang salah merupakan suatu dosa.

Dan beramal dengan tajwid itu satu kewajipan (kelaziman). Barangsiapa yang tidak
mentajwidkan akan al-Quran maka ia berdosa.
(Imam Ibn Al Jazari)

Sementara itu, kesalahan dalam bacaan al-Quran terbahagi kepada dua, iaitu
kesalahan nyata ( ) dan juga kesalahan tersembunyi () . Al-Lahn al-Jali
( ) ditakrifkan oleh Ibn al-Jazari sebagai kesalahan yang berlaku pada lafaz
yang membawa kepada kerosakan makna dan huruf bacaan. Kesalahan nyata
bermaksud kesalahan yang dilakukan pada struktur perkataan sama ada kesalahan
itu mencacatkan makna perkataan atau tidak. Hukum melakukan kesalahan nyata ini
adalah haram secara Ijmak Ulama tidak kira kesalahan itu dilakukan secara sengaja
atau tidak sengaja atau tidak diendahkan.

28

PQE3043E HAFAZAN AL-QURAN

Kesalahan itu ada dua bahagian : Jali dan Khafi (Nyata dan Tersembunyi).
Semuanya HARAM tetapi ada perbezaan pendapat pada Khafi. Adapun Jali itu
berubah Mabni dan Khafi itu menghilangkan sifat (yang mendatang). Wajib Syarie
menjauhkan Lahn Jali dan Wajib Sinaie meninggalkan Lahn Khafi

Perkataan Jali ( ) di sini bermaksud sesuatu kesalahan yang dapat disedari


dengan jelas dan terang-terangan. Seorang ulama Mutaakhirin, Dr. Abdul Aziz Abdul
Fattah al-Qari talah mengemukakan takrifan dengan berkata: Kesalahan yang
berlaku pada lafaz-lafaz dan menyebabkan kerosakan makna kalimah secara jelas
dan perkara tersebut diketahui oleh ulama dan juga orang awam.
Manakala, Al-Lahn al-Khafi ( ) ditakrifkan sebagai kesalahan yang
dilakukan pada sebutan, di mana kesalahan itu menyalahi cara sebutan yang telah
ditetapkan bagi sesuatu perkataan atau ayat al-Quran tanpa merosakkan makna.
Kesalahan tersembunyi ini hanya dapat disedari oleh mereka yang mahir dalam
tajwid dan ia tidak disedari oleh orang awam.
Hukum melakukan kesalahan tersembunyi dalam bacaan adalah haram jika
dilakukan dengan sengaja atau mempermudahkannya dan sebahaghian ulama
menghukumkannya sebagai makruh. Oleh itu, haram bagi orang yang telah
mempelajari dan mengetahui ilmu tajwid tetapi tidak mengamalkannya dalam
bacaan. Bagi orang yang tidak mempelajari ilmu Tajwid, maka wajiblah mereka
belajar untuk menghindarkan dirinya daripada berterusan melakukan kesalahan
tersebut.
Syeikh Ahmad Hijazi al-Fiqh menerusi bukunya iaitu seorang ketua
para Qari di Mekah telah membincangkan erti perkataan al-Tajwid dengan
membawa maksud mengelokkan. Manakala al-Tajwid menurut pengertiannya ialah
pengetahuan yang membicarakan makhraj huruf (alat-alat pengucapan), sifatsifatnya dan perkara yang berhubung dengan ayat-ayat al-Quran.
Pada masa yang sama juga, Syeikh al-Islam Zakaria Ansari pernah
membentangkan pengertian perkataan tajwid iaitu;
29

PQE3043E HAFAZAN AL-QURAN

""
Maksudnya: Iaitu bacaan yang nyata maknanya dan terang pengucapannya.
Oleh yang demikian, istilah tajwid secara kesimpulannya ialah ilmu yang
berkaitan dengan sebutan huruf yang diucap pada makhraj-makhrajnya yang betul,
kadar panjang dan pendek bacaan (mad), dengung, qalqalah, isymam ( ), dan
lain-lain lagi yang terkandung dalam skop ilmu tajwid. Sifat-sifat bacaan ini akan
menolong dalam penyampaian kepada makna perkataan-perkataan yang diucapkan.
Ilmu tajwid telah berkembang bermula sejak zaman Rasulullah SAW lagi.
Menurut Imam Bukhari, hadith dari Hasruq menerusi Aishah dan Fatimah yang
berkata Nabi Muhammad SAW telah menceritakan kepada aku dengan katanya
maksudnya: Sesungguhnya Jibril telah mengutuskan al-Quran kepadaku (untuk
bertadarus dan semakan) pada setiap tahun sekali. Maka pada tahun ini
dibentangkan kepada aku dua kali, maka tidaklah aku terfikir melainkan ajalkan
telah hampir
Rasulullah SAW telah memperdengarkan bacaan al-Quran dihadapan Jibril
dari awal hingga akhir dengan bacaan yang elok, betul sebutan huruf dan
makhrajnya untuk dijadikan contoh kepada umatnya. Rasulullah SAW juga telah
menerima wahyu dari Jibril dengan bertajwid. Pada masa yang sama Rasulullah
SAW pula akan mengajarkan setiap hukum bagi mengekalkan bentuk dan sifat
bacaan kepada guru-guru al-Quran dalam kalangan umatnya (Abdullah al-Qari
Salleh. Kursus Qari dan Qariah, ms 24).
Sheikh Muhammad al-Husayni turut menyatakan bahawa sifat-sifat bacaan ini
adalah diambil oleh orang-orang yang kemudian iaitu kelompok salaf (golongan
umat terdahulu). Selepas itu ia kemudiannya telah diambil oleh para khalaf
(golongan umat kebelakang). Malah, rupa dan bentuk bacaan pula telah diambil oleh
ramai para sahabat antaranya terdiri daripada Abu Hurairah, Ibn Abbas, Abdullah bin
al-Saib.
Di samping itu individu yang terdiri dari golongan tabiin pula ialah Abdullah bin
Iyasy bin Abi Rabiah, Abdullah bin Habib, Abu Abd al-Rahman al-Salmi dan Abu al30

PQE3043E HAFAZAN AL-QURAN

Aliyah al-Riyah serta ramai lagi. Walau bagaimanapun, individu yang mula-mula
sekali membukukan ilmu tajwid ialah Imam al-Azim Abu Abid Qasim bin Sulam pada
kurun ke-3 Hijrah. Terdapat pendapat lain ada menyatakan orang yang mula-mula
membukukan ilmu ini ialah Hafs bin Umar al-Dur (Abdullah al-Qari Salleh. Kursus
Qari dan Qariah, ms 27).
Dengan mempelajari ilmu ini lidah kita akan terselamat dan terpelihara
daripada kesalahan membaca dan menyebut huruf-huruf Al-Quran. Pesanan Ustaz
Abdul Bari Abdullah: Ramai lagi Qari yg kurang faham makhraj dan sifat huruf. Ingin
ku pusing seluruh kelantan memberi penerangan bahawa ketepatan meyebut huruf
bergantung 100% pd mahir sifat & makhraj. (Imam Masjid Besar, Kubang Kerian)

Makhraj ialah tempat menahan/ menyekat udara ketika bunyi huruf


dilafazkan. Huruf yang dimaksudkan ialah huruf hujaiyah bahasa Arab yang
mengandungi 28 huruf. Organ-organ atau alat-alat ucapan yang bertanggungjawab
dalam menjayakan makhraj ini ialah bibir mulut, gigi, gusi gigi, langit-langit keras,
langit-langit lembut, anak lidah (anak tekak), hujung lidah, tengah lidah, pangkal
lidah, epiglotis, saluran makan, rongga mulut, dengung, rongga kerongkong, biji
halkum (buku leher), pita suara dan juga saluran nafas.

31

PQE3043E HAFAZAN AL-QURAN

1. Bibir mulut
2. Gigi
3. Gusi gigi
4. Langit-langit keras
5. Langit-langit lembut
6. Anak lidah (anak tekak)
7. Hujung lidah
8. Tengah lidah
9. Pangkal lidah
10. Epiglotis
11. Saluran makan
12. Rongga mulut
13. Dengung
14. Rongga kerongkong
15. Biji halkum (buku leher)
16. Pita suara
17. Saluran nafas.

Makhraj tidak akan memberi apa-apa makna sekiranya tidak disertakan


dengan nafas dan suara, kerana yang menghasilkan bunyi adalah suara atau nafas
yang bergeseran dengan makhraj yang disempitkan. Oleh itu, apabila disebut
makhraj, mestilah difahami bahawa mengalir bersamanya nafas ataupun suara.

4.1.1 JENIS MAKHRAJ


Makhraj huruf terbahagi kepada dua jenis iaitu makhraj Muqaddar dan juga
makhraj Muhaqqaq.
A.

MAKHRAJ MUQADDAR

Muqaddar adalah perkadaran iaitu yang boleh disukat samada banyak atau sedikit

32

PQE3043E HAFAZAN AL-QURAN

dan samada panjang atau pendek. Sebenarnya makhraj Muqaddar bukanlah


tempat keluar huruf, tetapi lebih tepat jika disebut tempat lalu huruf.
Terdapat dua Makhraj Muqaddar :
1.

Rongga mulut: semua ruangan bahagian dalam mulut di bawah lelangit


- Tempat lalu mad
- Huruf-Huruf yang berfungsi sebagai mad digelar Jawfiyyah
(Keronggaan) atau Hawaiyyah (Keanginan)

2.

Rongga Hidung
- Rongga bahagian atas lelangit
- Tempat lalu suara Ghunnah (Dengung)

B.

MAKHRAJ MUHAQQAQ

Makhraj Muhaqqaq ialah tempat keluar huruf yang sahih. Oleh kerana huruf Alif
selama-lamanya tidak menerima baris, maka ia selama-lamanya dikategorikan
sebagai huruf tidak sahih. Oleh itu, hanya terdapat dua puluh lapan huruf sahih, dan
dua puluh lapan huruf inilah yang akan dibincangkan dalam bab Makhraj Huruf
secara terperinci.
4.2

SIFAT HURUF
Semua huruf Hijaiyyah, masing-masing mempunyai makhraj (tempat keluar)

tersendiri. Menurut pendapat Imam al-Khalil bin Ahmad dan kebanyakan ahli Qiraat
dan ulama nahwu antaranya Imam Ibn al-Jazari, jumlah bilangan makhraj yang
umum/ utama terbahagi kepada lima bahagian:
1. : Al Jauf (rongga mulut dan rongga kerongkong)
2. : Al Halq (kerongkong)
3. : Al Lisan (lidah)
4. : Asy Syafatain (kedua bibir mulut)
5. : Al Khaisyum (rongga hidung)

33

PQE3043E HAFAZAN AL-QURAN

34

1.
2.
3.

4.
5.

PQE3043E HAFAZAN AL-QURAN

1.

( AL JAUF)

Al Jauf secara bahasa adalah lubang atau lingkaran. Sedangkan dalam


istilah tajwid, al-jauf adalah suara atau bunyi huruf yang keluar dari rongga
mulut dan tenggorokan. Al Jauf juga disebut sebagai tempat keluarnya hurufhuruf mad (panjang): () . Huruf-huruf mad ialah:
a. Alif, yang didahului harakat fathah : b. Ya sukun yang didahului harakat kasrah : c. Waw sukun yang didahului harakat dhummah : Contoh-contoh bacaan Al Jauf :




-

-





2.

( AL HALQ)
35

.1
.2
.3
.4

PQE3043E HAFAZAN AL-QURAN

Al Halqi adalah lubang tenggorokan. Huruf-huruf yang keluar dari lubang


tenggorokan ada enam, iaitu:

( ) Secara global, lubang tenggorokan

di bahagikan kepada tiga bahagian:

1.

maksudnya tenggorokan bahagian bawah. Huruf-huruf

yang keluar darinya adalah:

.1
.2
.3
.4
.5
.6
.7

36

.1
.2
.3
.4
.5
.6
.7

PQE3043E HAFAZAN AL-QURAN

maksudnya tenggorokan bahagian tengah. Huruf-huruf

2.

yang keluar darinya adalah:


:
.1
.2
.3
.4

.1
.2
.3
.4
.5

tenggorokan bahagian atas. Huruf yang keluar


adalah

darinya adalah:

:
.1
.2
.3
.4



3.

.1
.2
.3
.4

) (AL LISAN 3.

37

PQE3043E HAFAZAN AL-QURAN

Al Lisan bererti lidah. Maksudnya, al lisan adalah huruf-huruf yang keluar melalui
lidah. Al lisan terbagi menjadi lima bahagian:

1.

maksudnya pangkal lidah.


a. Pangkal lidah (lidah bahagian belakang), dengan mengangkatnya sedikit
ke rongga atas, huruf yang keluar darinya adalah:

.1
.2
.3
.4
.5

b. Pangkal lidah (sedikit ke depan), dengan menurunkannya sedikit. Keluar


darinya huruf:

38

.1
.2
.3
.4
.5
.6

PQE3043E HAFAZAN AL-QURAN


maksudnya lidah bahagian tengah. Bertemunya lidah bahagian

2.

- tengah dengan rongga atas, hurufnya adalah:


:
:
.1
.2
.3
.4
.5
.6

.1
.2
.3
.4
.5
.6

.1
.2
.3

)maksudnya kedua tepi lidah. Kedua tepi lidah (kiri atau kanan
.1
.2
.3
.4
.5
.6
.7

dengan geraham atas, merupakan tempat keluarnya huruf:



maksudnya ialah lidah terdekat. Lidah terdekat, terbahagi kepada

tiga bahagian:
1.
Hujung sisi lidah dengan rongga atas setelah huruf dhad, adalah
tempat keluarnya huruf:


.1

.2

.3
.4

.5
Hujung sisi lidah dengan rongga atas setelah huruf lam, adalah tempat
.1
.2
.3
.4
.5

2.

keluarnya huruf:

Hujung sisi lidah dengan rongga atas setelah huruf nun, adalah tempat
keluarnya huruf
.1

3.


39

3.

4.

PQE3043E HAFAZAN AL-QURAN

.2
.3
.4
.5
.6

maksudnya ujung lidah. Hujung lidah terbahagi kapada 3 bahagian: 5.


a. Hujung lidah yang menempel pada gusi atau pangkal gigi atas, tempat
keluarnya huruf:
:
.1
.2
.3
.4
.5

.1
.2
.3
.4

.1
.2
.3
.4
.5

b. Hujung lidah bertemu dengan hujung gigi depan yang atas, iaitu tempat
- keluarnya huruf :
:
.1
.2
.3
.4
.5

.1
.2
.3
.4
.5

.1
.2
.3
.4
.5

c. Hujung lidah ditempatkan antara gigi atas dan gigi bawah, iaitu tempat
keluarnya huruf:
:
.1
.2
.3
.4
.5

:
.1
.2
.3
.4

.1
.2
.3
.4

.5

.5

40

PQE3043E HAFAZAN AL-QURAN

4.

( ASY SYAFATAINI)

Asy Syafataini ialah huruf-huruf yang keluar dari kedua bibir. Huruf yang
keluar dari kedua bibir, berjumlah empat huruf, yaitu . Keempat-empat
huruf tersebut, terbahagi kepada dua bahagian:

41

PQE3043E HAFAZAN AL-QURAN

1. Bibir bahagian bawah dengan hujung gigi atas, sementara bibir bahagian
bawah dengan hujung gigi atas, merupakan tempat keluarnya huruf:



2. Kedua bibir:

.1
.2
.3
.4
.5

dan a. Bibir dalam posisi tertutup, adalah tempat keluarnya huruf:


:

:
.1
.2
.3
.4

.1
.2
.3
.4

42

b. Bibir dalam posisi terbuka, hurufnya adalah:






.1
.2
.3
.4
.5

5. ( AL KHAISYUM)

Al Khaisyum ialah suara yang berasal dari rongga hidung. Semua bacaan
ghunnah (temasuk ikhfa dan iqlab), berasal dari rongga hidung. Huruf yang
suaranya berada di dalam Al Khaisyum adalah apabila di tasydid, di sukun
atau di antara kedua huruf tersebut, bertemu dengan huruf yang berharakat
(hidup). Contoh:

.1
.2

4.3

.3
.4

SIFAT-SIFAT HURUF

Tujuan mempelajari sifat-sifat huruf adalah agar huruf yang keluar dari mulut kita
semakin sesuai dengan keaslian huruf-huruf Al Quran itu sendiri. Huruf yang
sudah tepat makhrajnya belum dapat dipastikan kebenarannya sehingga sudah
sesuai dengan sifat aslinya.
Ketika seseorang men-sukunkan huruf pada suatu lafaz boleh jadi lidahnya
sudah tepat pada posisinya, namun belum dikatakan benar sehingga ia
mengucapkannya sesuai dengan sifatnya.
Sifat-sifat huruf dalam Al Quran terbahagi 2, iaitu :
1. Sifat berlawanan dan sifat tunggal.
Sifat-sifat yang berlawanan ada 5 sifat iaitu :

(Jelas/Nyarin
g)

1.

2.

(Sembunyi)



)(Kuat
)(Lembut


(Pertengaha
)n


3.

)(Merendah
(Meninggi

)

4.
)(Membuka

)(Menutup


(Tergelin
cir/Mele
pas)

(Tertegah)

5.

2. Sifat-sifat tunggal ada 7 iaitu:


1) As-safir ( berdesir)=

2) Al-qalqalah
3) Al-lin

( mendetak)=
(lembut) =

4) Al-inhiraf
5) At-takrir

6)

(Melencung) =

(Berulang) =

At-tafasysyi

7) Al-istitolah

(mendesas)=

( Memanjang) =

5.

MEMILIH WAKTU DAN TEMPAT MENGHAFAZ


Dalam usaha seseorang untuk menghafaz al-Quran, banyak perkara-

perkara dan amalan-amalan yang perlu dititik beratkan sebelum, semasa dan
selepas proses menghafaz tersebut. Banyak adab-adab dan akhlak terhadap alQuran, diri sendiri, muallim, cara dan teknik menghafaz, memilih waktu yang
sesuai untuk menghafaz, memilih tempat yang sesuai dan lain-lain lagi.

Pemilihan waktu menghafaz yang sesuai sangat perlu dititikberatkan bagi


seseorang penghafaz al-Quran agar dapat membantu memudahkan ingatan
terhadap ayat-ayat hafazan serta membantu dalam pengekalan ayat tersebut
dalam ingatan para penghafaz.

Antara waktu-waktu yang sesuai untuk menghafaz ayat-ayat suci alQuran adalah pada waktu-waktu yang tenang dan juga pada waktu fikiran
kosong. Waktu yang tenang dan fikiran kosong ini sangat membantu dalam
memudahkan hafazan seseorang penghafaz al-Quran kerana al-Quran mudah
diresapi oleh hati-hati yang tenang. Fikiran yang kosong pula akan memudahkan
lagi untuk ayat-ayat al-Quran terus melekat dalam hati dan juga jiwa seseorang
penghafaz al-Quran kerana pada masa tersebut, fikiran hanya berfokus kepada
satu perkara iaitu ayat-ayat yang dihafaz tanpa memikirkan akan perkaraperkara lain yang boleh mengganggu hafazan.

Selain itu, waktu yang sesuai untuk menghafaz juga ialah pada waktu
sebelum tidur. Para penghafaz al-Quran boleh membaca dan menghafaz
beberapa potong ayat al-Quran sebelum tidur. Sebelum melelapkan mata,
dengarlah kaset atau pun audio bacaan ayat-ayat tersebut dan tanamkannya di
dalam minda. Kemudian, dengar kembali daripada awal surah, juz atau hizib,
atau mana-mana ayat yang sesuai sehingga ayat yang telah dihafaz. Bayangan
ayat-ayat yang dihafaz sebelum tidur akan bermain-main di minda dan
berkekalan hingga keesokan harinya dengan izin Allah.

Di samping itu, waktu lain yang sesuai bagi menghafaz ayat-ayat alQuran ialah pada waktu pagi dan mengulangnya pada waktu malam. Amalan
menghafaz al-Quran pada waktu pagi amat membantu dalam mengekalkan
ingatan terhadap ayat yang dihafaz kerana keadaan suasana pagi yang tenang
dan damai. Ayat-ayat yang dihafaz pada waktu pagi diulang kembali pada waktu
malam untuk melancarkan lagi hafazan ayat-ayat berkenaan.

Para penghafaz al-Quran juga digalakkan menghafaz ayat-ayat al-Quran


di dalam setiap solat yang dilakukan sama ada solat sunat atau pun solat fardhu.
Sentiasa mengamalkan solat sunat dan membaca ayat-ayat yang dihafaz di
dalamnya merupaka satu cara yang baik bagi melatih bacaan ayat-ayat yang
telah dihafaz. Hal ini juga bertujuan untuk membiasakan ayat-ayat yang dihafaz
dengan amalan seharian kita.

Waktu yang baik untuk menghafaz juga adalah pada sebelum atau
selepas waktu-waktu solat. Antaranya ialah mengamalkan menghafaz ayat-ayat
al-Quran setiap kali selepas solat fardhu terutamanya selepas solat Subuh. Kita
juga sangat digalakkan untuk menghafaz al-Quran sebelum fardhu Subuh
kerana keadaan pada waktu ini sangat tenang dan damai serta tanpa sebarang
gangguan. Selain itu, kita juga digalakkan untuk mengulangi bacaan ayat-ayat
hafazan sebanyak tiga kali tiap kali sebelum dan selepas solat fardhu Subuh.

Al-Zahrawi ada memesan bahawa hafazlah al-Quran mengikut maqra


sewaktu bangun malam, pada waktu sunyi sehingga lepas subuh. Insyaallah
pada waktu itu, Allah membuka seluas-luasnya pintu langit dan mendengar
permohonan hamba-Nya. Selain itu, iadah (mengulang hafazan) setiap juzu
boleh juga dilakukan selepas solat fardhu Maghrib jika tidak berkesempatan
seharian dan hendaklah menjaga hati, pandangan dan diri kerana ayat-ayat suci
tidak akan mendampingi jiwa-jiwa yang kotor.

Seterusnya, amalkan menghafaz al-Quran pada waktu yang sama pada


setiap hari bagi membantu mengekalkan ingatan terhadap ayat-ayat hafazan
serta hendaklah sentiasa istiqamah dalam mengamalkannya.

Selain itu, amalkan membaca ayat-ayat al-Quran yang telah dihafaz


dimana-mana sahaja sebagai zikir atau nyanyian melalui hati atau pun mulut.
Contohnya

ketika

menunggang

motorsikal,

memandu

kereta,

berjalan,

termenung dan sebagainya. Seterusnya, seorang penghafaz al-Quran tidak


wajar membaca dan menghafaz al-Quran ketika sedang mengantuk atau pun
menguap kerana di anggap kurang beradab terhadap al-Quran.

Seseorang penghafaz al-Quran hendaklah berhenti membaca dan


menghafaz ayat-ayat hafazannya ketika ingin melepaskan hajat. Selain itu juga,
para penghafaz al-Quran tidak digalakkan membaca dan menghafaz ketika
sedang bosan, marah atau pun mengantuk kerana dikhuatiri hilang kefokusan
terhadap ayat-ayat hafazan.

6.

MEMILIH KAEDAH HAFAZAN

Bila memperkatakan mengenai kaedah/teknik menghafaz Al-Quran


secara berkesan ini, kita sedia maklum setiap individu itu Allah kurniakan
kelebihan dan kekurangan masing-masing. Setiap daripada kita diberi kekuatan
yang tersendiri, dan tahap kecerdasan yang berbeza-beza. Ada yang diberi
ingatan yang kuat, dan mampu mengingat sejumlah ayat ataupun fakta yang
banyak dalam satu masa. Ada yang hanya mampu sebilangan kecil fakta yang
dibaca

walaupun

diulang-ulang

berkali-kali.

Namun

setiap

kejadian

ini

terkandung infiniti hikmah yang tersemat kemas dalam pengetahuan Allah.


Ada juga manusia yang Allah kurniakan keistimewaan kepadanya apabila
dia membaca atau melihat sesuatu dalam tempoh masa yang pendek, namun
mudah untuk diingatinya. Di sinilah adanya berkat dari Allah ke atas apa yang

dibaca atau dipelajarinya, mungkin terdapat kebaikan yang telah dilakukannya


dalam kehidupan. Bukan mengejar karomah ataupun mujizat, akan tetapi Allah
itu Sungguh Maha Berkuasa. Tidak akan dapat berlaku sesuatu perkara pun
tanpa ada izin dariNya.
Namun begitu, kita sebagai manusia biasa telah dikurniakan satu nikmat
yang sangat besar iaitu akal. Akal diberi untuk berfikir, mampu memilih antara
baik dan buruknya sesuatu. Dengan kurniaan inilah, kita mampu berfikir setakat
mana kita perlu berusaha untuk beroleh sesuatu, dengan syarat Allah redha
kelakuan kita.
Lebih-lebih

lagi

dalam

bab

menghafaz

Al-Quran,

Allah

telah

mengurniakan karomah dan kelebihan kepada golongan ahli Al-Quran sebelum


ini untuk memberikan panduan kepada umat Islam hari ini bagi memudahkan
hafalan ayat Al-Quran kita supaya lancar dan tidak rosak.
Antara yang digariskan adalah teknik-teknik menghafal pada peringkat
sebelum, semasa menghafaz dan mengekalkan hafazan. Bergantung kepada
individu untuk mengamalkannya atau tidak, namun teknik-teknik ini digariskan
bagi membantu para penghafal Al-Quran yang bertanggungjawab ke atas setiap
hafalannya.
Sebelum menghafal, mestilah ditanamkan azam dan minat yang
mendalam untuk menghafal. Apa jua tindakan kita sekalipun, niat yang ikhlas
keranan Allah itu adalah paling penting. Kemudiannya, pemilihan waktu yang
sesuai untuk menghafal perlu ditentukan. Hal ini berhubung waktu-waktu yang
diberi oleh Allah kepada kita perlu dibahagi-bahagikan dengan baik iaitu waktu

ibadah, waktu bekerja/ belajar dan seterusnya waktu berehat. di samping itu juga
pemilihan yang sesuai untuk menghafal juga penting bagi memberikan
ketenangan sewaktu mengingat ayat-ayat Kalamullah yang mulia ini. Janganlah
dipilih tempat yang berunsur maksiat dan bernajis, namun perlulah dipelihara
keizzahan ayat-ayat Allah ini, seperti di tempat-tempat ibadah, di dalam
kenderaan, dan sebagainya yang sesuai. Haruslah kita berada dalam keadaan
tenang untuk menghafal ayat Al-Quran, kerana ianya bukan sahaja masuk ke
dalam otak untuk diingat, malah memberi kesan kepada hati. Hati yang kotor dan
hitam akan berasa susah untuk menghafal dek kerana tidak tenang dan gelisah.
Fikiran perlulah dikosongkan daripada memikirkan masalah dan hal-hal
keduniaan kerana ianya akan mengganggu konsentrasi fikiran kita untuk
dibulatkan pada hafalan ayat Al-Quran. Antara yang digariskan dalam peringkat
sebelum ini juga adalah pemilihan jenis mashaf atau kitab Al-Quran yang sama
digunakan untuk menghafal, dan tidak mengubahnya kepada kitab Al-Quran
atau mashaf yang lain. Ini bagi memudahkan hafalan apabila mata dan hati kita
sentiasa melihat pada tempat yang sama berulang-ulang kali akan menimbulkan
ingatan yang kuat terhadapnya. memperbanyak istighfar dan membaca selawat
ke atas Nabi Muhammad s.a.w serta berdoa sebelum memulakan hafalan juga
memainkan peranan menjernihkan hati selain daripada memberkati amalan
tersebut.
Sewaktu menghafaz, saya telah memilih untuk menggariskan 10 teknik
hafazan yang sesuai diamalkan.

1. Teknik chunking. Teknik ini memerlukan penghafal Al-Quran untuk


memisah-misahkan ayat yang panjang kepada beberapa bahagian yang
sesuai mengikut arahan guru dan tahap kemampuan penghafal.
a. Memisah-misahkan sepotong ayat yang panjang kepada beberapa
bahagian yang sesuai.
b. Memisah-misahkan selembar

mukasurat

kepada

beberapa

bahagian (2 atau 3 bahagian) yang sesuai.


c. Memisah-misahkan surah kepada beberapa bahagian, contohnya
mengikut pertukaran cerita.
d. Memisah-misahkan juz kepada beberapa bahagian mengikut
surah, hizib, rubu', cerita dan sebagainya
e. Memisah-misahkan Al-Qur'an kepada kelompok surah, setiap 10
juz dan sebagainya.
2. Teknik Mengulang. Teknik ini memerlukan penghafal membaca sejumlah
potongan ayat dengan kadar berulang-ulang.
a. Membaca sepotong atau sebahagian ayat sekurang-kurangnya
lima kali sebelum mula menghafalnya.
b. Membaca ayat yang telah dihafal berulang-ulang kali (10 atau
lebih) sebelum berpindah ke ayat seterusnya.
c. Selepas menghafal setiap setengah mukasurat, harus diulang
beberapa kali sebelum diteruskan bahagian yang kedua.
d. Selepas menghafal satu mukasurat diulang beberapa kali sebelum
diteruskan ke muka surat seterusnya.
e. Sebelum menghafal bahagian Al-Qur'an seterusnya, harus diulang
bahagian yang sebelumnya.
3. Teknik "Tumpu" dan "Ingat"
a. Menumpukan penglihatan kepada ayat, mukasurat dan lebaran.
b. Pejamkan mata dan cuba melihatnya dengan minda.
c. Sekiranya masih lagi kabur, buka mata dan tumpukan kembali
kepada mashaf.

d. Ulanglah sehingga dapat melihat ayat atau mukasurat tersebut


dengan mata tertutup.
4. Teknik Menghafal Dengan Rakan. Terdapat dalam kalangan kita lebih
mudah untuk mengingat sesuatu fakta apabila menyebutkannya di
hadapan orang lain.
a. Pilih seorang teman yang sama minat.
b. Orang yang pertama membaca dengan disemak oleh orang yang
kedua.
c. Orang yang kedua membaca dengan disemak oleh orang yang
pertama.
d. Saling menebuk ayat antara satu sama lain.
5. Teknik Mendengar Kaset/ VCD/ MP3
a. Pilih seorang qari' yang baik bagi seluruh Al-Qur'an atau beberapa
qari' bagi surah-surah tertentu. Bagi saya pula, saya lebih
menggemari bacaan Sheikh Saad al-Ghamidi kerana bacaan
beliau yang mudah, tidak terlalu cepat atau lambat.
b. Sebelum mula menghafal, dengar bacaan ayat-ayat yang ingin
dihafal beberapa kali.
c. Amati cara, lagu dan tempat berhenti bacaan qari' tersebut
sehingga terpahat di fikiran.
d. Mula menghafal ayat-ayat tersebut dengan cara dan gaya qari'
tersebut.
e. Sentiasa mendengar kaset bacaan Al-Qur'an dan kurangkan atau
tinggalkan pendengaran lagu kerana ia akan mengganggu
penghafalan.
6. Teknik Merakamkan Suara
a. Rakamkan bacaan kita di dalam kaset dan dengar semula untuk
memastikan bacaan dan hafalan yang betul.
b. Bagi kanak-kanak, rakamkan bacaan ibu-bapa atau guru kemudian
diikuti oleh bacaan kanak-kanak tersebut. Minta kanak-kanak

tersebut mendengar kembali rakaman tersebut beberapa kali


hingga menghafalnya.
7. Teknik Menulis
a. Tulis kembali mukasurat yang telah dihafal.
b. Kemudian semak semula dengan mashaf.
c. Menulis setiap ayat pertama awal mukasurat, atau setiap rubu',
atau setiap juz, atau setiap surah dalam satu helai kertas.

8. Teknik "Pointers" dan "Keyword"


a. Buat beberapa kotak.
b. Setiap kotak merupakan satu mukasurat.
c. Catit dalam kotak tersebut beberapa perkataan yang menjadi
keyword bagi mukasurat tersebut.
d. Merenung dan membayangkan kotak tersebut dalam ingatan.
9. Teknik Menghafal Sebelum Tidur
a. Membaca atau menghafal beberapa potong ayat sebelum tidur.
b. Semasa melelapkan mata, dengar kaset bacaan ayat-ayat tersebut
dan bayangkan posisi-nya di minda kita.
c. Dengar kembali dari awal surah, juz atau hizib, atau mana-mana
yang sesuai sehingga ayat yang telah dihafal. Cuba bayangkan
ayat-ayat yang didengar dari kaset di minda kita.
10. Teknik "Mind maping"
a. Bagi setiap Juz, buat 8 cabang, setiap cabang satu rubu'. Tulis ayat
pertama rubu' tersebut dicabangnya.
b. Bagi setiap surah, buat cabang bagi setiap pertukaran cerita atau
rubu'.
c. Bagi setiap 10 juz, buat cabang bagi setiap juz, dan cabang yang
lebih kecil bagi rubu'.

AKTIVITI

Fikirkan kaedah-kaedah lain yang boleh membantu anda


menghafaz ayat-ayat al-Quran

Anda mungkin juga menyukai