Anda di halaman 1dari 23

1

SITI AISHAH RAHMAT P59055


KESEDIAAN GURU DUNIA SAINS DAN TEKNOLOGI DALAM MELAKSANAKAN
PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH
BAB 1 PENGENALAN
1.1 PENDAHULUAN
Sains merupakan mata pelajaran yang menyediakan suatu peluang terhadap kesedaran
mengenai peningkatan konteks aktiviti Sains dan juga evolusi ilmu saintifik dan pemahaman
Sains di seluruh dunia. Saban hari, pelbagai evolusi dan invensi dalam Sains berlaku dan
pastinya melibatkan seluruh aspek keperluan hidup dan global selanjar dengan tujuan
pembelajaran Sains itu sendiri iaitu memudahkan dan menambahbaik kehidupan manusia.
Ironinya, isi kandungan utama pembelajaran di sekolah masa kini masih bersifat dapatan dan
pengulangan ilmu sebanyak mungkin, idea yang tidak disintesis dan diaplikasi, pemahaman dan
pembelajaran terlalu bersifat permukaan dan tidak autentik. Jurang antara teknologi yang
dihasilkan pada zaman ini dengan ilmu atau kurikulum yang perlu murid hadapi di sekolah
dilihat tidak selanjar. Jurang ini akan menjadi semakin besar menuju abad ke-21 jika tiada
tindakan drastik dan menyeluruh dalam pengubahsuaian persekitaran pembelajaran yang
membudayakan ciri-ciri abad ke-21. Ini kerana dunia kerjaya di luar sedang berlumba-lumba
menghasilkan invensi baru untuk kekal bersaing.
Justeru pada tahun 2011, Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengambil inisiatif
mengubahsuai kurikulum dengan mengubahsuai Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR)
kepada Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Berbeza dengan sistem KBSR yang
menjadikan peperiksaan sebagai alat pengukuran prestasi murid, KSSR menggunakan
Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang merupakan alat penilai yang lebih holistik serta
memberi autonomi kepada guru untuk menilai semasa pembelajaran. KSSR juga telah ditambah
dengan elemen-elemen abad ke-21 ke dalam mata pelajaran Dunia Sains dan Teknologi. Ini
kerana, Dunia Sains dan Teknologi (DST) merupakan gabungan elemen Sains, Reka Bentuk dan
Teknologi (RBT) dan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) yang diajar di Tahap I.
Dunia Sains dan Teknologi bertujuan untuk memupuk minat terhadap Sains dan Teknologi dan
mengembangkan kreativiti dan inovasi murid melalui pengalaman dan penyiasatan bagi

menguasai ilmu sains dan teknologi, kemahiran saintifik, dan kemahiran berfikir serta sikap
saintifik dan nilai murni. Pendekatan bertema ini dalam DST adalah untuk menjadikan
pengajaran dan pembelajaran lebih menarik.Selain daripada itu, kurikulum ini turut menerapkan
elemen keusahawanan, kreativiti dan inovasi sebagai persediaan ke arah menyediakan modal
insan yang berupaya menyumbang ke arah menjadikan negara sebagai negara berpendapatan
tinggi selaras dengan hasrat Model Baru Ekonomi. Tema Dunia Sains dan Teknologi
diperkenalkan kepada murid Tahap Satu bagi menggantikan mata pelajaran Sains. Tema ini
menggabungkan elemen Sains, Reka Bentuk & Teknologi (RBT), dan Teknologi Maklumat &
Komunikasi (TMK). Bagi tujuan pelaksanaan di Tahap Satu, elemen RBT dan TMK
digabungjalinkan dalam Standard Sains. Selain itu modul penggunaan TMK turut disediakan
bagi membolehkan guru membimbing murid mengaplikasikan TMK dalam pembelajaran.
Gabungan tema-tema seperti Reka Bentuk & Teknologi serta Teknologi maklumat yang
merupakan elemen ciri-ciri tenaga kerja abad ke-21 ini dilihat sebagai perubahan yang bagus
bagi mempersiapkan murid. Ini kerana pembelajaran melalui projek yang berkonsepkan invensi
teknologi sebenar mungkin tidak dapat mencapai objektifnya jika capaian maklumat adalah
terhad; kesan daripada perkembangan dunia teknologi yang sentiasa berlaku. Keperluan
kemahiran capaian limpahan maklumat dengan pantas ini adalah koheren dengan situasi sebenar
kerjaya abad ke -21 di mana individu perlu mengsintesis pelbagai maklumat bagi menyiapkan
projek yang kompleks dalam masa yang ditetapkan. Justeru, cara terbaik untuk mengadaptasi
dan mendalami bidang-bidang abad ke-21 sebanyak mungkin dalam persekitaran pembelajaran
Sains di sekolah adalah dengan memperluaskan amalan literasi digital seperti literasi media, ICT
dan informasi yang juga adalah salah satu kriteria kemahiran yang dicari majikan abad ke-21.
Persekitaran pembelajaran berasaskan literasi digital seperti media, ICT dan informasi ini
dirasionalkan oleh Kellner (2000) yang mengatakan setiap individu perlu berkebolehan untuk
bekerja dan bertindak dalam teknologi informasi yang tinggi; yang wujud dalam persekitaran
sosial yang baru. Justeru, setiap individu mesti mempelajari kemahiran melibatkan literasi media
dan komputer supaya setiap individu dapat bermandiri dalam menuju abad ke-21.
Matlamat tema Dunia Sains dan Teknologi adalah untuk menanam minat dan
mengembangkan kreativiti murid melalui pengalaman dan penyiasatan bagi menguasai ilmu
sains dan teknologi, kemahiran serta nilai murni. Kemahiran yang ingin dikembangkan melalui

tema ini merangkumi kemahiran proses sains, kemahiran berfikir, kemahiran manipulatif/
psikomotor dan kemahiran TMK. Fokus tema Dunia Sains dan Teknologi di Tahap I pula adalah
menyemai minat murid terhadap sains dan teknologi serta mengembangkan kreativiti murid
melalui pengalaman dan penyiasatan bagi menguasai ilmu sains, kemahiran serta sikap saintifik
dan nilai murni. Justeru murid mempunyai landasan untuk mengaplikasikan sains dan teknologi
dalam kehidupan harian, memperoleh pengetahuan dan menguasai asas kemahiran praktis,
mereka bentuk serta berkebolehan mengaplikasikan asas teknologi ke arah melahirkan murid
yang kreatif dan inovatif. Ia juga memperkukuhkan pengetahuan dan kemahiran asas TMK di
dalam DST serta mengaplikasikan secara merentas kurikulum dengan kreatif mengikut tahap
kebolehan murid dan memberi pengetahuan dan kemahiran asas dalam Sains, RBT dan TMK
bagi menyediakan murid dalam mata pelajaran Sains, TMK dan RBT di Tahap II.
Berkuatkuasa tahun 2011, guru-guru yang terlibat secara soft landing KSSR perlu
membuat Ppentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) bagi menilai tahap penguasaan dan kemahiran
murid mengikut band yang digariskan. Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) merupakan satu
pentaksiran

yang

psikomotor

selaras

bersifat
dengan

holistik
Falsafah

iaitu

menilai

Pendidikan

aspek

kognitif,

Kebangsaan

afektif

dan

dan Kurikulum

Standard Sekolah Rendah (KSSR). PBS mentaksir bidang akademik dan bukan akademik.
Bidang akademik terdiri daripada Pentaksiran Sekolah dan Pentaksiran Pusat, manakala bidang
bukan akademik terdiri daripada Pentaksiran Psikometrik dan Pentaksiran Aktiviti Jasmani,
Sukan dan Kokurikulum. Kedua-dua bidang ini memberi pengiktirafan dan autonomi kepada
guru untuk melaksanakan pentaksiran formatif dan sumatif yang berasaskan sekolah. Pentaksiran
di bilik darjah sangat penting bagi mengetahui tahap penguasaan dan pemahaman murid tentang
apa yang telah dipelajari. Maklumat yang diperoleh membantu guru untuk menambah baik
kaedah pengajarannya. Hasil pentaksiran di bilik darjah ini juga memberi maklum balas awal
kepada guru untuk merancang tindakan susulan bagi meningkatkan lagi penguasaan dan
pemahaman murid.

1.2 LATAR BELAKANG KAJIAN

Kajian ini bertujuan mengkaji kesediaan guru Dunia Sains dan Teknologi dalam
melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran menggunakan Pentaksiran Berasaskan
Sekolah (PBS). Menurut Kementerian Pelajaran Malaysia (2011) guru sepatutnya merancang
pembelajaran secara holistik dan bersepadu bagi membolehkan beberapa Standard
Pembelajaran dicapai bergantung kepada kesesuaian dan keperluan pembelajaran. Guru
seharusnya meneliti semua Standard Pembelajaran dalam Standard Kandungan yang
berkenaan sebelum merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Standard Kandungan
bagi domain afektif diterap secara tidak langsung semasa Standard Kandungan bagi domain
kognitif dijalankan. Aktiviti boleh dipelbagaikan untuk mencapai satu Standard Kandungan
bagi memenuhi keperluan pembelajaran, sesuai dengan kebolehan serta gaya pembelajaran
murid. Guru digalakkan merancang aktiviti yang dapat melibatkan murid secara aktif bagi
menjana pemikiran secara analitis, kritis, inovatif dan kreatif di samping menggunakan
teknologi sebagai wahana dalam mencapai Standard Kandungan tersebut dengan lebih
berkesan. Justeru, kajian ini dapat memperihalkan tahap kesediaan guru dengan membuat
pemerhatian tentang bagaimana guru tersebut mereka bentuk, membuat persiapan, melaksana
dan membuat penilaian semasa proses Pentaksiran Berasaskan Sekolah.

1.3 PERMASALAHAN KAJIAN

Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) merupakan sebuah sistem penilaian dalam Kurikulum
Standard Sekolah Rendah yang telah ditransformasi secara besar-besaran dan amat berbeza
dengan sistem pembelajaran berorientasikan penilaian peperiksaan dalam sistem KBSR
sebelum ini. Sistem baru ini menimbulkan pelbagai respon daripada rakyat Malaysia
terutamanya dalam kalangan ibu bapa dan guru sendiri. Pemberian autonomi kepada guru
untuk menilai murid berdasarkan pentaksiran berasaskan sekolah dilihat sebagai penilaian
yang begitu rapuh di mata ibu bapa. Ini kerana tiada soalan-soalan standard yang boleh
dijadikan alat oleh ibu bapa ntuk mengukur dan membandingkan pencapaian anak-anak
mereka. Sebagai contoh, dalam sistem KBSR anak mereka yang mendapat A hingga E
dalam mata pelajaran tertentu dapat dibuktikan dengan jawapan mereka dalam peperiksaan
manakala dalam sistem PBS sukar untuk mereka bandingkan pencapaian anak-anak mereka
kerana bergantung kepada pemerhatian guru mata pelajaran. Guru juga mudah untuk dituduh

bias dalam membuat penilaian PBS kerana penilaian adalah secara holistik yang merangkumi
banyak aspek pemerhatian semasa pembelajaran dan bukan hanya melalui peperiksaan. Sikap
kurang percaya terhadap guru merupakan hasil daripada kurangnya kepercayaan terhadap
kesediaan guru-guru dalam melaksanakan Pentaksiran Berasaskan Sekolah ini. Kajian ini
diharapkan dapat menunjukkan tahap kesediaan guru-guru Sains dalam melaksanakan
Pentaksiran Berasaskan Sekolah. Sekiranya hasil kajian ini positif, secara tidak langsung
dapat memberi ruang kepada peningkatan kepercayaan ibu bapa terhadap guru dan ia juga
memberi ruang bagi pihak berkepentingan melaksanakan sebarang penambahbaikan
sekiranya terdapat kelemahan dalam kesediaan guru melaksanakan PBS.

1.4 KERANGKA KONSEPTUAL


A) Demografi guru iaitu jantina, bidang ilmu, lokasi sekolah dan tempoh berkhidmat
B) Kecekapan guru sains meliputi kecekapan saintifik (pengetahuan) dan kecekapan
manipulatif (keterampilan)
C) Prosedur pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah meliputi membina rekabentuk,
melakukan persiapan, melaksanakan pengajaran dan melakukan penilaian.

6
Demografi guru
Jantina
Bidang ilmu
Tempoh berkhidmat
Lokasi sekolah

Kemahiran saintifik

Kemahiran manipulatif

Membina rekabentuk pentaksiran

Melakukan persiapan pentaksiran

Membina penilaian pentaksiran

Melaksanakan P&P pentaksiran

Kerangka konseptual diubahsuai dari Arends (2008) dan Fried (1995)

1.5 TUJUAN KAJIAN


Kajian ini bertujuan mengenalpasti kesediaan guru sains dalam melaksanakan pentaksiran
berasaskan sekolah serta mengenalpasti halangan-halangan dan kekangan yang dihadapi
oleh guru sains dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran berdasarkan sistem PBS.

1.6 OBJEKTIF KAJIAN


1. Mengenalpasti kesediaan guru melaksanakan Pentaksiran Berasaskan Sekolah dalam
mata pelajaran Sains dari aspek:
i)

Membina reka bentuk pentaksiran

ii)

Melakukan persiapan pentaksiran

iii)

Melaksanakan pengajaran untuk pentaksiran

iv)

Melakukan penilaian pentaksiran

2. Mengenalpasti samaada terdapat perbezaan kesediaan guru dalam melaksanakan


Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) berdasarkan demografi guru iaitu jantina, bidang
ilmu, tempoh berkhidmat dan lokasi sekolah
3. Mengenalpasti sama ada terdapat hubungan antara kesediaan guru dalam membina
rekabentuk, melakukan persiapan, melaksanakan pengajaran dan pembelajaran serta
melakukan penilaian PBS.
4. Mengenalpasti sama ada terdapat pengaruh kesediaan dalam guru membina reka bentuk,
melakukan persiapan, melaksanakan pengajaran dan pembelajaran serta membuat
penilaian PBS.
5. Mengenal pasti apakah halangan-halangan dan kekangan yang dihadapi guru dalam
melaksanakan pengajaran dan pembelajaran sains Menggunakan sistem PBS.

1.7 PERSOALAN KAJIAN


1. Bagaimanakah tahap kesediaan guru melaksanakan pengajaran dan pembelajaran
berasaskan Pentaksiran Berasaskan Sekolah:
i)

Mereka bentuk pentaksiran

ii)

Membuat persiapan pentaksiran

iii)

Melaksanakan pengajaran berasaskan pentaksiran

iv)

Melakukan pentaksiran

2. Apakah terdapat perbezaan kesediaan guru Sains dalam melaksanakan Pentaksiran


berasaskan sekolah berdasarkan demografi guru, jantina, bidang ilmu, tempoh
berkhidmat dan lokasi sekolah?
3. Apakah terdapat hubungan antara kesediaan guru dalam mereka bentuk, melakukan
persiapan, melaksanakan serta melakukan pentaksiran?
4. Apakah terdapat pengaruh antara kesediaan guru dalam mereka bentuk, melakukan
persiapan, melaksnakan serta melakukan pentaksiran.
5. Apakah terdapat halangann-halangan atau kekangan yang dihadapi guru dalam
melaksanakan Pentaksiran Berasaskan Sekolah dalam mata pelajaran Dunia Sains dan
Teknologi.

1.8 HIPOTESIS KAJIAN


H01: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan kesediaan membina rekabentuk, persiapan,
pelaksanaan dan penilaian PBS berdasarkan jantina, lokasi sekolah, bidang ilmu dan tempoh
berkhidmat guru.

HO2: tidak terdapat perbezaan yang signifikan tahap-tahap kesediaan membina reka bentuk,
persiapan , pelaksanaan dan penilaian PBS berdasarkan jantina, lokasi sekolah, bidang ilmu,
dan tempoh berkhidmat guru.

HO3: tidak terdapat hubungan yang signifikan antara kesediaan guru dalam membina
rekabentuk, melakukan persiapan, melaksanakan pengajaran dan pembelajaran serta
melakukan penilaian dalam PBS

HO4: tidak terdapat pengaruh yang signifikan kesediaan antara pembolehubah membina reka
bentuk, melakukan persiapan, melaksanakan pengajaran dan melakukan penilaian PBS.

1.9 KEPENTINGAN KAJIAN


Kajian ini diharapkan dapat memberi gambaran terhadap tahap kesediaan guru-guru Sains
sekolah rendah dalam melaksanakan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS). Hasil kajian
dilihat penting dalam bertindak sebagai penanda aras kualiti pentaksiran atau penilaian yang
dibuat

oleh

guru

menggunakan

sistem

PBS

seterusnya

mewujudkan

cadangan

penambahbaikan bagi pihak-pihak berkaitan seperti guru-guru Sains, pihak sekolah, Jabatan
Pelajaran Negeri dan Kementerian Pelajaran Malaysia.

Guru-guru Sains

Sebagai panduan dalam mengukur tahap kesediaan mereka melakukan Pentaksiran


Berasaskan Sekolah bagi mata pelajaran Dunia Sains dan Teknologi. Mereka dapat membuat
refleksi terhadap kriteria-kriteria yang perlu ada atau kesediaan dalam diri mereka sebelum
dapat membuat penilaian yang autentik dan adil. Ini kerana kesediaan yang jitu merupakan
aspek yang amat penting dalam memastikan matlamat perancangan, pelaksanaan dan
penilaian dalam pembelajaran menggunakan sistem PBS dapat terlaksana dengan berkesan.

Pihak Sekolah

Sebagai panduan dan memberi maklumat agar wujud kerjasama antara pihak
sekolah dengan pihak-pihak yang berkenaan sekaligus membantu guru-guru menangani
masalah yang wujud di kalangan guru-guru yang mengajar mata pelajaran Sains dalam
melaksanakan PBS khususnya terhadap guru-guru yang tiada pengkhususan dalam mata
pelajaran ini.

Jabatan Pelajaran Negeri

Berdasarkan petunjuk tentang tahap kesediaan guru dalan kajian ini, Jabatan Pelajaran Negeri
mungkin mendapat gambaran tentang bentuk-bentuk latihan yang boleh diberikan kepada
guru-guru opsyen Sains mahupun yang bukan opsyen sekaligus memperbaiki dan

10

mempertingkatkan aspek kesdiaan guru untuk melaksanakan PBS.

Kementerian Pelajaran Malaysia


Menjadi rujukan Kementerian Pelajaran Malaysia dalam memperkasakan lagi bidang
pendidikan dengan permasalahan yang wujud terutamanya dalam lingkungan guru-guru dan
sistem PBS itu sendiri.

1.10

BATASASAN KAJIAN

Kajian adalah berbentuk kuantitatif deskriptif. Kajian ini hanya memberi tumpuan kepada
seramai 30 orang guru yang mengajar mata pelajaran Dunia Sains dan Teknologi Sekolah
rendah iaitu di kawasan bandar dan luar bandar.

DEFINISI OPERASIONAL

1.10.1 Kesediaan Guru


Kesediaan
Menurut Kamus Dewan (2002), kesediaan membawa maksud perihal sedia, kesanggupan,
kerelaan. Dalam konteks kajian ini, kesediaan adalah kesanggupan guruguru mengajar mata
pelajaran Sains yang merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran, sikap dan kursus.
Pengetahuan
Menurut Kamus Dewan (1999), pengetahuan membawa maksud satu bidang ilmu yang perlu
diteroka dan diketahui untuk dimiliki bagi membentuk sikap dan tingkah laku. Dalam kajian ini,
ia membawa maksud ilmu yang dimiliki oleh guru-guru dalam mata pelajaran Dunia Sains dan
Teknologi.
Kemahiran

11

Menurut Kamus Dewan (2002), kemahiran membawa maksud kecekapan dan kepandaian.
Dalam kajian ini, ia membawa maksud kecekapan dan kebolehan guru dalam menguasai
kesemua aspek kemahiran-kemahiran saintifik dan amali yang memenuhi kurikulum mata
pelajaran Dunia Sains dan Teknologi.
Sikap
Menurut Kamus Dewan (2002), sikap bermaksud perbuatan atau pandangan yang berdasarkan
kepada sesuatu pendapat. Dalam kajian ini, ia membawa maksud perbuatan dan pandangan guru
terhadap mata pelajaran Dunia Sains dan Teknologi.
Kursus
Menurut Kamus Dewan (2002), kursus bermaksud pelajaran mengenai sesuatu perkara
(kepandaian, pengetahuan dan sebagainya) yang diberikan dalam jangkamasa yang singkat.
Dalam kajian ini, ia membawa maksud, pelajaran atau ilmu yang diterima oleh mata pelajaran
Dunia Sains dan Teknologi.

1.10.2 Pentaksiran berasaskan Sekolah

PBS merupakan satu bentuk pentaksiran yang dilaksanakan di sekolah. PBS dirancang,
ditadbir, diskor, direkod dan dilaporkan secara terancang mengikut prosedur yang
ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan. PBS dikendalikan oleh pihak sekolah dan
pentaksirannya dilaksanakan oleh guru-guru mata pelajaran secara berterusan dalam
pengajaran dan pembelajaran. Komponen PBS terdiri daripada Pentaksiran Sekolah,
Pentaksiran Pusat, Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum, dan
Pentaksiran Psikometrik (Kementerian Pelajaran Malaysia 2011)

Dalam Pentaksiran Berasaskan Sekolah, guru seharusnya menggunakan Dokumen


Standard Kurikulum yang mengandungi perkara-perkara yang patut dipelajari dan perlu
disampaikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran manakala Dokumen Standard
Prestasi adalah rujukan utama untuk mentaksir dan mengukur penguasaan murid. Guru

12

diberi pengiktirafan dan autonomi untuk menjalankan pentaksiran secara formatif semasa
pengajaran dan pembelajaran ataupun secara sumatif di akhir unit pembelajaran ataupun
di akhir tahun. Untuk mentaksir, guru tidak semestinya menyediakan lembaran kerja bagi
setiap kemahiran yang hendak dinilai. Evidens atau bukti penguasaan murid boleh
diperolehi melalui pemerhatian, jawapan lisan, latihan dalam buku latihan atau buku
kerja dan juga kerja rumah.

13

BAB III
METODOLOGI KAJIAN

3.1

PENDAHULUAN

Bahagian ini akan menghuraikan reka bentuk kajian, populasi kajian, sampel kajian dan alat
kajian atau instrumen kajian serta kajian rintis yang mencakupi aspek kesahan dan
kebolehpercayaan instrumen yang digunakan dalam kajian ini. Selain daripada itu, dihuraikan
prosedur pengumpulan data dan prosedur penganalisisan data.
3.2

REKABENTUK KAJIAN

Rekabentuk kajian yang digunapakai adalah rekabentuk kajian tinjauan rentas silang berdasarkan
aliran pendidikan, jantina, bidang ilmu, tempoh berkhidmat dan lokasi sekolah. Ini adalah untuk
mengkaji tahap kesediaan guru dalam melaksanakan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)
berdasarkan elemen i) membina reka bentuk pentaksiran, ii) melakukan persiapan pentaksiran,
iii) melaksanakan pengajaran untuk pentaksiran, iv) melakukan penilaian pentaksiran. Kajian
tinjauan rentas silang merupakan kajian penyelidikan yang melibatkan pengumpulan data
daripada satu sampel kajian pada satu peringkat dalam satu titik masa (Cresswell. 2005). Kajian
tinjauan digunapakai dalam kajian ini berdasarkan kepada aplikasinya yang membolehkan
sesuatu isu dan persoalan diteliti daripada pelbagai perspektif terutamanya dalam menghuraikan
tahap kefahaman, persepsi dan sikap responden berkenaan sesuatu isu yang dikaji (Chua. 2006).
Rekabentuk tinjauan juga membolehkan pengumpulan data dibuat secara terus supaya data-data
yang dikumpul boleh digunakan untuk menghuraikan fenomena-fenomena yang wujud. Selain
itu juga, rekabentuk kajian tinjauan menggunakan saiz sampel yang besar, maka dapatan kajian
boleh digeneralisasikan kepada populasi dengan tepat dan berkesan.
3.3

POPULASI DAN SAMPEL KAJIAN

Populasi kajian adalah penting untuk dikenalpasti dengan tujuan untuk menentukan bilangan
sampel yang perlu diambil bagi mewakili populasi tersebut (Cresswell. 2005). Populasi kajian
melibatkan guru-guru sekolah rendah yang mengajar mata pelajaran Dunia Sains dan Teknologi
di Negeri Selangor. Keseluruhan guru-guru yang mengajar di kawasan bandar dan luar bandar

14

diambil kira dalam menjadi populasi kajian. Daripada keseluruhan populasi kajian ini, sebanyak
100 guru akan dijadikan sampel kajian. Jumlah ini adalah berdasarkan tinjauan literatur yang
dijalankan. Mengikut Cohen, Manion, dan Morrison (2001) dalam Chua (2006), penentuan saiz
sampel adalah berdasarkan aras kesignifikanan dan ralat persampelan. Penentuan saiz sampel
mengambil kira saiz populasi serta aras kesignifikanan pada p<0.05 (aras kebolehpercayaan=
95%) dan p<0.01 (aras kebolehpercayaan 99%). Mengikut Cresswell (2005) pula, faktor
penentuan saiz sampel yang minimum dipengaruhi oleh jenis penyelidikan kuantitatif yang
hendak digunakan. Cresswell mencadangkan saiz sampel minimum bagi penyelidikan tinjauan
ialah 30 responden.
Bagi teknik persampelan pula, persampelan kajian ini dijalankan dalam dua fasa yang
meliputi i) persampelan kluster; dan ii) persampelan rawak berstrata bagi memilih sampel kajian.
Dalam fasa I, persampelan kluster telah digunakan ke atas keseluruhan populasi guru sekolah
rendah yang mengajar Dunia Sains dan Teknologi di seluruh negeri Selangor. Persampelan
kluster merupakan teknik persampelan yang digunakan dalam kajian yang meliputi kawasan
yang luas dan bilangan subjek yang mempunyai pelbagai ciri, dan pengkaji tidak mempunyai
senarai nama setiap subjek dalam populasi (Chua. 2006). Hasil daripada persampelan kluster,
kesemua guru-guru sekolah rendah yang mengajar Dunia Sains dan Teknologi dari daerah Kuala
Selangor telah dipilih bagi mewakili populasi negeri Selangor. Daerah ini dipilih kerana
mengandungi struktur demografi guru yang seimbang dan dapat menggambarkan keseluruhan
populasi Selangor yang terdiri daripada penduduk bandar dan luar bandar (Nor Suhaidah. 2011)
Fasa seterusnya adalah dengan menjalankan persampelan rawak berstrata bagi sampel
yang telah dipilih daripada teknik persampelan kluster. Persampelan rawak berstrata merupakan
teknik persampelan yang diaplikasikan apabila rangka persampelan adalah heterogen (Chua.
2006).Persampelan ini digunakan bagi memperoleh ralat persampelan yang lebih kecil daripada
ralat yang wujud daripada prosedur persampelan rawak sistematik dan persampelan rawak
mudah.Dalam kajian ini, sekolah-sekolah di daerah Kuala Selangor yang telah dipilih daripada
persampelan kluster akan diasingkan kepada dua kategori berdasarkan status sekolah bandar dan
luar bandar. Kemudian daripada kategori-kategori ini, sekolah-sekolah yang terlibat telah dipilih
secara rawak mudah. Justifikasi ini adalah untuk menyeimbangkan bilangan responden dari

15

kumpulan luar bandar dan dalam bandar. Akhir sekali, persampelan rawak mudah telah
dijalankan ke atas kategori-kategori ini.
3.3

INSTRUMEN KAJIAN

Kajian ini menggunakan instrumen soal selidik sepenuhnya sebagai alat penting bagi
mendapatkan data. Justifikasi pengumpulan data melalui soal selidik adalah berdasarkan kepada
faktor saiz sampel yang besar dan faktor kekangan masa, kewangan, tenaga dan limitasi daripada
pentadbiran sekolah.. Menurut Cresswell (2005), rekabentuk tinjauan dengan soal selidik
merupakan alat kajian yang paling sesuai kerana versatiliti, efisien, dan boleh membuat
generalisasi kepada populasi. Selain itu, instrumen soal selidik mampu untuk merangkumkan
pelbagai masalah yang bertujuan untuk mendapatkan maklumat tentang sikap, persepsi,
kefahaman dan pengetahuan responden.
Soal selidik yang dibina bakal terdiri daripada 5 bahagian, iaitu bahagian A- maklumat
demografi guru, bahagian B- item kesediaan guru membentuk pentaksiran, bahagian C- item
kesediaan guru membuat persiapan pentaksiran, bahagian D- item kesediaan guru melaksanakan
pengajaran berasaskan pentaksiran, dan bahagian E- item kesediaan guru melakukan pentaksiran.
Maklumat demografi guru yang akan dikaji adalah jantina, bidang ilmu, tempoh berkhidmat dan
lokasi sekolah. Justifikasi bagi item-item ini dijelaskan dalam Bab 2.
Skala pengukuran yang digunakan dalam soal selidik yang bakal dibina ialah skala Likert
1-5 sebagaimana petunjuk berikut; sangat tidak setuju, tidak setuju, kurang setuju, setuju, dan
sangat setuju. Skala Likert bernombor ganjil digunakan adalah kerana penggunaan skala Likert
bernombor ganjil akan mengurangkan ralat pengukuran berbanding penggunaan skala Likert
bernombor genap. (Chua 2006)
3.4

KAJIAN RINTIS

Kajian rintis bakal dijalankan dijalankan untuk menguji kebolehpercayaan dan kesahan
instrumen kajian. Menurut Jackson (2006), kebolehpercayaan adalah merujuk kepada ketekalan
dan kestabilan instrumen yang digunakan. Ini bermaksud kebolehpercayaan sesuatu instrumen
yang tinggi adalah instrumen yang dapat memberi jawapan yang konsisten daripada kajian yang
dilakukakan. Dalam konteks kajian ini, kebolehpercayaan instrumen akan diukur dengan
merujuk krpada nilai Alfa Cronbach. Nilai Alfa Cronbach yang melebihi 0.7 merupakan nilai

16

yang baik dan boleh diterima (Pallant 2007). Walaubagaimanapun, menurut Pallant (2007) lagi,
nilai Alfa Cronbach adalah sensitif terhadap bilangan item dalam sesuatu konstruk. Bilangan
item yang kurang daripada 10 dalam sesuatu konstruk biasanya akan memberi nilai Alfa
Cronbach yang rendah. Untuk keadaan seperti ini, penyelidik adalah digalakkan untuk
menggunakan korelasi min antara item ( mean inter-item correlation) dalam julat optimum 0.15
hingga 0.50 seperti yang dicadangkan oleh Briggs dan Check (1986) (Pallant 2007). Menurut
Jamil (2002) pula, nilai Alfa Cronbach yang melebihi 0.60 sering digunapakai sebagai indek
kebolehpercayaan dalam sesuatu penyelidikan.
Kesahan instrumen kajian pula ialah satu pengukuran sejauh mana instrumen dapat
mengukur apa yang sepatutnya diukur dalam kajian. Manakala Frankel dan Wallen (2006) pula
menyatakan kesahan dalam kajian merujuk kepada kesesuaian, ketepatan, kebolehgunaan dan
kesignifikan sesuatu inferens yang penyelidik dapat diperoleh daripada data kajian melalui
penggunaan instrumen yang dibina. Ini bererti kesahan instrumen yang tinggi dapat membantu
penyelidik untuk memperoleh maklumat yang penyelidik kehendaki mengikut konstruk-konstruk
yang dibina dan menjawab persoalan-persoalan kajian.
Menuru Jurs dan Wiersma (2005), kesahan sesuatu instrumen pada asasnya boleh
ditentukan dengan menggunaan dua kaedah sama ada melalui analisis kandungan secara logikal
atau melalui analisis secara empirikal iaitu pengukuran kriteria. Analisis kandungan secara
logikal boleh digunakan dengan mendaptkan penyemakan instrumen melalui pakar-pakar bidang
yang dikaji. Analisis secara empirikal pula boleh dilakukan melalui pencarian korelasi antara
skor setiap item dengan jumlah skor mengikut konstruk berkaitan (Jamil 2002). Ini bermakna
darjah kesahan dapat ditunjukkan dengan menggunakan kofisien korelasi.
Dalam konteks kajian ini, soal selidik yang digunakan telah diuji kesahannya melalui
analisis secara empirikal. Ini adalah kerana soal selidik yang digunapakai adalah soal selidik
yang telah dibangunkan dan digunapakai oleh kajian-kajian lepas.Maka soal selidik ini telah
mendapat pengesahan kandungan daripada pakar. Maka, penyelidik kajian ini berpendapat
bahawa soal selidik yang digunakan mempunyai kesahan yang baik. Analisis kesahan secara
empirikal digunakan sebagai penyokong bagi kesahan yang telah dibuat oleh pengkaji-pengkaji
lepas.

17

3.5

PROSEDUR PENGANALISISAN DATA

Maklumat-maklumat yang diperoleh daripada borang soal selidik akan dikodkan dan
dimasukkan ke dalam komputer. Data-data akan diproses dan dianalisis menggunakan program
Predictive Analytic SoftWare (PASW). Program PASW yang digunakan adalah PASW versi 17.
Dua jenis statistik akan digunakan iaitu statistik deskriptif dan statistik inferensi. Dalam kajian
ini, pemboleh ubah bersandar ialah kesediaan guru membentuk pentaksiran, kesediaan membuat
persiapan pentaksiran, kesediaan melaksanakan pengajaran berasaskan pentaksiran, dan
kesediaan melakukan pentaksiran. Manakala pembolehubah tidak bersandar ialah jantina guru,
lokasi sekolah, pengalaman mengajar dan bidang ilmu guru.
3.5.1 Analisis Deskriptif
Analisis statistik deskriptif digunakan bagi menghuraikan secara menyeluruh tahap, kesediaan
guru membentuk pentaksiran, tahap kesediaan membuat persiapan pentaksiran, tahap kesediaan
melaksanakan pengajaran berasaskan pentaksiran, dan tahap kesediaan melakukan pentaksiran.
Statistik yang digunakan ialah skor min, sisihan piawai, kekerapan, peratusan dan juga
interpretasi skor min seperti dalam Jadual 3.1

Jadual 3.1

Interpretasi skor min bagi tahap pengetahuan, persepsi dan sikap terhadap

bioteknologi dalam kalangan pelajar


Skor Min

Interpretasi Skor Min

1.00 hingga 2.33

Rendah

2.34 hingga 3.66

Sederhana

3.67 hingga 5.00

Tinggi
Sumber : Jamil 2002

Pengkelasan skor min yang digunakan adalah berdasarkan formula berikut:


Julat =

Skor maksimum Skor minimum

18

Bilangan kategori yang dibentuk

Oleh kerana skala likert (1 hingga 5) digunakan dalam instrument kajian, maka skor maksimum
ialah 5 dan skorminimum ialah 1. Bilangan kategori yang dibentuk ialah tahap rendah, tahap
sederhana dan tahap tinggi. Dengan ini julat untuk setiap tahap adalah seperti berikut:
Julat untuk setiap tahap = Skor maksimum Skor minimum = 5-1 = 1.33
Bilangan Tahap

3.5.2 Analisis Inferensi


Statistik inferensi adalah statistic yang menggunakan data sampel daripada sesuatu populasi
untuk membuat inferensi terhadap populasi tersebut (Wiersma dan Jurs 2005). Ia boleh
digunakan untuk menghuraikan perhubungan antara suatu pembolehubah dengan pembolehubah
yang lain (Chua 2006). Dalam kajian ini, pembolehubah tidak bersandar yang digunakan adalah
faktor demografi iaiti lokasi sekolah, jantina, bidang ilmu dan pengalaman mengajar. Manakala
pembolehubah bersandar yang digunakan adalah kesediaan guru membentuk pentaksiran,
kesediaan membuat persiapan pentaksiran, kesediaan melaksanakan pengajaran berasaskan
pentaksiran, dan kesediaan melakukan pentaksiran. Statistik inferensi yang digunakan dalam
kajian ini adalah ujian-t tidak bersandar, analisis varians (ANOVA satu hala), dan korelasi
Pearson.
a.

Analisis Varians (ANOVA satu hala)

Menurut Chua (2006), ujian ANOVA mempunyai kelebihan berbanding dengan ujian t dalam
perbandingan skor min kerana ujian- t hanya membenarkan perbandingan dua skor min sahaja,
namun ujian ANOVA membenarkan perbandingan dua, tiga, lima atau n skor min. Di samping
itu, ujian ANOVA juga membenarkan penyelidik untuk membuat analisis ke atas dua atau lebih
pembolehubah bebas secara serentak supaya kesan interaksi antara pembolehubahpembolehubah bebas dapat dilihat.
Dalam konteks kajian ini, ujian ANOVA satu hala digunakan bagi menguji hipotesis
tentang perbezaan skor min kesediaan guru dalam melaksanakan Pentaksiran Berasaskan

19

Sekolah (PBS) berdasarkan bidang ilmu dan tempoh guru berkhidmat. Menurut Chua (2006),
syarat-syarat untuk ujian ANOVA adalah seperti penggunaan skala pengukuran selang atau
nisbah, persampelan rawak dan data populasi bersifat taburan normal. Oleh itu, sebelum analisis
ujian ANOVA dijalankan, penyelidik haruslah terlebih dahulu menjalankan ujian bagi
menentukan sama ada data populasi memenuhi taburan normal. Taburan skor boleh disemak
dengan menggunakan histogram atau graf (Pallant 2007). Di samping itu, pengkaji juga perlu
menyemak kehomogenan varians bagi kumpulan pembolehubah bebas yang dikaji dalam
pengujian hipotesis. Kehomogenan varian bagi kumpulan pembolehubah bebas yang dikaji
adalah berdasarkan ujian Lavene. Jika didapati nilai signifikan ujian Lavene melebihi 0.05
(p>0.05), maka ini bererti syarat kehomogenan varians telah dipatuhi. Sebaliknya jika nilai
signifikan kurang daripada 0.05 dalam ujian Lavene, ini bermakna syarat kehomogenan varians
tidak dipatuhi. Mengikut Pallant (2007), jika kehomogenan varians tidak dipatuhi, maka jadual
Ujian Robust tentang kesamaan min dalam ujian Welsh dan Brown-Forsythe perlu dirujuk.
Namun, beliau juga turut mencadangkan penyelidik boleh merendahkan nilai signifikan piawai
ujian ANOVA kepada 0.025 atau 0.01 jika syarat kehomogenan ini tidak dipatuhi.
Sekiranya analisis ujian ANOVA menunjukkan terdapatnya perbezaan yang signifikan
dari segi skor min, maka penyelidik akan menjalankan analisis statistik kesan saiz. Statistik
kesan saiz akan menunjukkan sejauh mana magnitud perbezaan antara dua kumpulan
(Pallant.2007). Dalam konteks kajian ini, penyelidik akan menggunakan eta squared untuk
mencari kesan saiz dan seterusnya menggunakan Cohens d Eta squared untuk menentukan
tahap kesan saiz yang didapati. Tahap magnitud kesan saiz adalah seperti dalam jadual 3.2
Jadual 3.2

Penentuan kesan saiz oleh Cohen (1998)


Nilai eta squared

Kesan saiz

0.01

Kecil

0.06

Sederhana

0.14

Besar

20

b.

Korelasi Pearson

Analisis korelasi digunakan untuk menghuraikan kekuatan dan arah linear hubungan antara dua
pembolehubah (Pallant 2007). Terdapat beberapa ujian korelasi seperti pekali Pearson Productmoment, pekali Phi, pekali point biserial, pekali Spearman Rho, pekali Biserial, pekali
Tetrachoric, pekali Cramer dan Lambda (Chua 2006).
Dalam konteks ini, korelasi Pearson Product-moment akan digunakan untuk mengkaji
persoalan adakah terdapat perhubungan antara kesediaan guru dalam membina rekabentuk,
melakukan persiapan, melaksanakan pengajaran dan pembelajaran serta melakukan penilaian
PBS.
Sebelum penyelidik menjalankan analisis korelasi pearson, satu scatterplot perlu
dihasilkan untuk menentukan sama ada hubungan antara dua pembolehubah yang diuji adalah
linear. Di samping itu, scatterplot juga boleh membantu penyelidik untuk memeriksa outliers,
taburan data serta arah hubungan pembolehubah-pembolehubah yang dikaji ( Pallant 2007)
Sekiranya analisis korelasi pearson menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan
antara dua pembolehubah yang diuji, maka penyelidik akan menghitung varians (r2). Varians
digunakan untuk melihat sumbangan pembolehubah bebas kepada perubahan pembolehubah
bersandar (Chua 2006). Nilai varians boleh dinyatakan dalam bentuk peratus. Formula varians
dan kekuatan nilai pekali korelasi yang digunakan oleh penyelidik dalam konteks kajian ini
adalah seperti yang ditunjukkan di dalam jadual 3.3
Jadual 3.3

Kekuatan nilai pekali korelasi (Alias Baba.1992)


Saiz pekali korelasi (r)

Kekuatan Korelasi

0.91 hingga 1.00 atau -0.91 hingga -1.00

Sangat Kuat

0.71 hingga 0.90 atau -0.71 hingga -0.90

Kuat

0.51 hingga 0.70 atau -0.51 hingga -0.70

Sederhana

0.01 hingga 0.30 atau -0.31 hingga -0.50

Lemah

21

0.01 hingga 0.30 atau -0.01 hingga -0.03

Sangat Lemah

0.00

Tiada korelasi

Rumusan analisis-analisis data yang digunakan adalah seperti dalam jadual 3.4
Jadual 3.4

Rumusan analisis data dalam kajian


Objektif Kajian

Mengenalpasti tahap kesediaan guru membina reka


bentuk pentaksiran

Mengenalpasti tahap kesediaan guru melakukan


persiapan pentaksiran

Mengenalpasti tahap kesediaan guru melaksanakan


pengajaran untuk pentaksiran

Mengenalpasti tahap kesediaan guru melakukan


penilaian pentaksiran

Analisis Data

Min, Peratusan,
Interpretasi Skor Min

Min, Peratusan,
Interpretasi Skor Min

Min, Peratusan,
Interpretasi Skor Min

Min, Peratusan,
Interpretasi Skor Min

Mengkaji perbezaan kesediaan guru dalam


melaksanakan Pentaksiran Berasaskan Sekolah
(PBS) berdasarkan jantina
Mengkaji perbezaan kesediaan guru dalam
melaksanakan Pentaksiran Berasaskan Sekolah

Ujian-t sampel tidak


bersandar

Ujian ANOVA 1 hala

22

(PBS) berdasarkan bidang ilmu


Mengkaji perbezaan kesediaan guru dalam
melaksanakan Pentaksiran Berasaskan Sekolah

Ujian ANOVA 1-hala

(PBS) berdasarkan tempoh guru berkhidmat


Mengkaji perbezaan kesediaan guru dalam
melaksanakan Pentaksiran Berasaskan Sekolah
(PBS) berdasarkan lokasi sekolah

Ujian-t sampel tidak


bersandar

Mengkaji perhubungan antara kesediaan guru dalam


membina rekabentuk, melakukan persiapan,
melaksanakan pengajaran dan pembelajaran serta
melakukan penilaian PBS.
Mengenalpasti sama ada terdapat pengaruh kesediaan
dalam guru membina reka bentuk, melakukan
persiapan, melaksanakan pengajaran dan
pembelajaran serta membuat penilaian PBS.
Mengenal pasti apakah halangan-halangan dan
kekangan yang dihadapi guru dalam melaksanakan
pengajaran dan pembelajaran sains Menggunakan
sistem PBS.

Korelasi Pearson Productmoment

23

BAB II
TINJAUAN LITERATUR
2.1 PENDAHULUAN
2.2 PEMBELAJARAN DUNIA SAINS DAN TEKNOLOGI
2.4 KESEDIAAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN GURU DUNIA SAINS DAN
TEKNOLOGI BERDASARKAN PBS
2.4.1 Kesediaan guru membina rekabentuk PBS
2.4.2 Kesediaan guru melakukan persiapan PBS
2.4.3 Kesediaan guru melaksanakan pengajaran dan pembelajaran berdasarkan PBS
2.4.4 Kesediaan guru melaksanakan penilaian berdasarkan PBS
2.5.3 Komponen penilaian PBS
2.5.4 Sasaran penilaian PBS
2.5.5 Model-model penilaian
2.6 Teknik penilaian PBS
2.6.1 Pemerhatian semasa pembelajaran
2.6.2 Latihan diakhir unit pembelajaran dan di akhir tahun
2.6.3 Kerja rumah dan projek
2.7 Hubungan penilaian pentaksiran dengan peningkatan hasil belajar
2.8 Hubungan portfolio guru dengan keberkesanan pentaksiran.
2.9 Rumusan.

Anda mungkin juga menyukai