Anda di halaman 1dari 7

MUZK 3032P ALAT MUZIK UTAMA PIANO I

PENGHARGAAN

Salam sejahtera dan salam 1 Malaysia,


Bersyukur

kepada

Tuhan

kerana

dengan

izin

kurnianya,

saya

dapat

menyempurnakan tugasan bagi subjek MUZK 3032P Alat Muzik Utama Piano I ini.
Sepanjang menjalankan kerja kursus ini, saya telah memperoleh pelbagai maklumat dan
pengetahuan dengan lebih terperinci lagi berkaitan tugasan ini.

Di kesempatan ini juga, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua
pihak yang terlibat sepanjang menjayakan tugasan ini. terutamanya kepada

tenaga

pensyarah iaitu Puan Laura Annie Lalita Rajamoney dan Cik Lee Yoke Fun kerana mereka
telah banyak memberikan tunjuk ajar kepada saya dan rakan-rakan sepanjang menjalankan
kerja kursus ini. Tunjuk ajar mereka amat membantu kami dalam usaha menyempurnakan
tugasan yang telah diamanahkan ini.

Saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada ahli keluarga saya yang
telah banyak memberi sokongan moral dan bantuan kewangan bagi menyelesaikan tugasan
ini. Selain itu, saya turut berterima kasih kepada rakan-rakan seperjuangan kerana telah
banyak menghulurkan bantuan dan kerjasama bagi merealisasikan usaha menyempurnakan
tugasan ini dengan jayanya.

Ucapan ini juga ditujukan kepada semua pihak yang telah terlibat dalam menjayakan
tugasan ini sama ada secara langsung atau tidak langsung. Segala bantuan yang telah
anda hulurkan amatlah dihargai kerana tanpa bantuan dan sokongan anda semua, tugasan
ini tidak dapat dilaksanakan dengan sempurna.

Sekian, terima kasih.

MUZK 3032P ALAT MUZIK UTAMA PIANO I


ULASAN KRITIS
1.0 Pendahuluan
Alat muzik piano atau juga dikenali sebagai pianoforte, ialah papan kekunci alat muzik
yang mempunyai tali yang diperbuat dari dawai-dawai khas yang berbunyi semasa dipukul
dengan tukul. Piano moden standard mengandungi 88 kunci dan mempunyai kompas tujuh
oktaf penuh ditambah beberapa kunci.

- 0 Alat muzik PIANO

Dalam kerja kursus ini, saya diberi arahan untuk memberikan pendapat tentang
permainan piano rakan saya secara kritis denan mengemukakan kelemahan, kekuatan dan
cadangan penambahbaikan dari segi teknik permainan piano seperti staccato, slur dan
legato. Permainan piano rakan saya telah pun saya rakam dalam bentuk CD.

MUZK 3032P ALAT MUZIK UTAMA PIANO I


2.0 Kelemahan dan Kekuatan Permainan Piano
Saya telah memilih rakan saya, Shafini Adhira bt. Mohd. Zaini untuk diulas mengenai
permainan pianonya. Shafini telah memainkan lagu Lullaby For Clio yang bernada C major,
dan meternya adalah meter tak lazim, iaitu meter 5 / 8. Lagu ini kebanyakannya dimainkan
dalam teknik permainan legato, dinamik yang terkandung dalam skor lagu ini ialah poco
cresc, iaitu beransur-ansur kuat, poco rit., iaitu beransur-ansur perlahan, dan sebagainya.
Skor lagu ini telah saya lampirkan pada bahagian Lampiran.

Kelemahan
Saya telah mengenal pasti beberapa kesalahan dan kelemahan yang telah dilakukan
oleh Shafini dalam permainan pianonya. Yang pertama, Shafini membuat kesilapan dari segi
tempo, dan memainkan lagu ini secara perlahan dan tidak konsisten bermula dari bar ke-6,
bermula dari not F (kuaver) hingga frasa pada bar ke-8, pada not C (krocet) pada skel
tangan kanan. Dia tidak memainkan lagu ini secara a tempo, mengikut tempo asal yang dia
mainkan pada permulaan lagu.

Seterusnya, Shafini juga melakukan kesilapan dari segi dinamik. Pada bar ke-10,
lagu ini sepatutnya dimainkan dengan dinamik poco cresc, iaitu beransur-ansur kuat. Shafini
tidak memainkan lagu ini mengikut dinamik yang telah dinyatakan pada skor. Teknik
permainan Shafini juga dilihat masih tersekat-sekat khususnya pada bar-22, di mana dia
seolah-olah berhenti memainkan lagu tersebut.

Kekuatan
Dari segi kekuatannya pula, Shafini dapat memainkan lagu ini dengan teknik legato
yang betul. Legato dapat dilihat dalam skor lagu ini, dari awal lagu sehingga penghujungnya.
Legato ialah teknik permainan piano, di mana not-not yang dimainkan, bunyinya seakanakan terhubung, terikat, dan tidak terputus. Seorang pianist terkenal, iaitu Joseph Hoffman,
mengatakan bahawa hanya permainan legato dapat menghasilkan nada dan bunyi piano
yang indah, dan teknik lebato sangat penting dalam meningkatkan kemahiran penjarian
pianist.

MUZK 3032P ALAT MUZIK UTAMA PIANO I


Seterusnya, tempo yang dimainkan oleh Shafini juga bersesuaian dengan lagu ini,
kerana moodnya lebih relax dan tenang, dan bersesuaian dengan lullaby, untuk
mendodoikan anak yang tidur.

Selain itu, Shafini juga dapat memainkan lagu ini dengan keyakinan diri serta
penampilan yang sesuai. Ini kerana dia tidak panik, atau menggelabah apabila membuat
kesilapan dalam permainan pianonya, dan teruskan permainan lagu tersebut dengan
keadaan yang tenang.

Cadangan Untuk Memperbaiki Permainan Piano


Untuk penambahbaikan permainan piano, Shafini boleh melakukan lebih banyak
latihan untuk meningkatkan lagi teknik legato (tied together) agar dia lebih mahir lagi. Selain
itu, dia juga boleh mengatur jadual, sekurang-kurangnya berlatih 1 jam sehari untuk
meningkatkan kemahiran permainan pianonya. Dia juga harus mendalami dan menghayati
setiap ekspresi dan dinamik yang ada pada lagu-lagu yang dimainkan, khususnya pada
bahgian teknik legato dan staccato (detached), agar dapat menghasilkan permainan karya
yang lebih indah.

Untuk teknik legato, terdapat pelbaga cara untuk kita memperbaiki kemahiran teknik
tersebut. Sebagai bakal guru muzik, kami sudah pasti akan mendidik pelajar-pelajar muda
dan cabaran boleh dilihat dalam mengajar mereka dengan teknik-teknik permainan piano
yang betul. Oleh itu, kemahiran mendengar amat penting pelajar piano mendengar cara
permainan piano yang hebat agar mereka diberi motivasi dan menimbulkan rasa ingin tahu
dalam diri mereka. Untuk staccato pula, pelajar boleh berlatih apa-apa lagu kegemaran
mereka, ataupun skel major dan minor, dan lain-lain lagi untuk meningkatkan lagi kemahiran
teknik staccato. Dalam penjarian staccato, kita tidak perlu menaikkan tangan terlalu tinggi
daripada papan piano, agar mudah untuk kita menggerakkan jari-jari kita ke not-not yang
seterusnya.

MUZK 3032P ALAT MUZIK UTAMA PIANO I


3.0 Keberkesanan Latih Tubi dalam Kemahiran Bermain Skel Major, Minor, Appregio,
Contrary Motion, Skel Kromatik dan Broken Chords
Teknik latih tubi dalam muzik adalah aktiviti pengulangan atau kecekapan yang
dipelajari. Tujuannya untuk mencapai taraf penguasaan kemahiran disamping menjamin
keberkesanannya. Kaedah ini boleh digunakan untuk mencapai sesuatu kemahiran seperti
kemahiran dalam bermain skel major dan minor, appregio, contrary motion, skel kromatik
dan broken chords. Melalui kaedah ini, saya dapat mengalami proses mendengar, melihat,
memikirkan setiap not-not, skor lagu yang saya mainkan serta tahu cara untuk bermain
karya-karya tersebut.

Latih tubi yang pelbagai juga amat berkesan bagi saya, kerana dapat mengelakkan
kebosanan dan kurangnya tumpuan saya terhadap permainan piano. Saya selalu
mengaplikasikan kaedah latih tubi, dan berlatih bersama-sama rakan di kelas, sama ada
bermain secara serentak, atau pun memberikan tutor sambil membantu rakan-rakan yang
masih lemah dalam permainan piano.

Saya juga pasti bahawa pelajar yang kurang daya tumpuan dalam latihan permainan
piano, sekiranya menjalani kaedah latih tubi, dari segi skel, notasi, dari aspek nama not,
mereka boleh menyebut dahulu secara berulang-ulang dengan tujuan penghafalan. Apabila
semua notasi dalam melodi lagu yang ingin dimainkan telah diingat maka dengan mudah
pelajar akan memainkan melodi lagu tersebut dengan penghasilan ton yang tepat.

Selain itu, latih tubi bukan sahaja membantu saya meningkatkan kemahiran permainan
skel, bahkan ia juga membantu meningkatkan kemahiran sight reading. Ini amat penting
kerana jika seseorang itu mempunyai kemahiran sight reading yang cemerlang, mereka
akan dapat dapat mengiringi sesebuah kumpulan muzik sekiranya berlaku apa-apa
kecemasan. Ia juga membantu pelajar, khususnya dalam subjek teori muzik, untuk
menamakan not dengan cepat. Dengan kemahiran ini, seseorang itu boleh menjadi pemuzik
serba boleh.

MUZK 3032P ALAT MUZIK UTAMA PIANO I


4.0 Rumusan
Sesungguhnya, bagi saya, bermain piano bukanlah sesuatu yang anda boleh kuasai
sepenuhnya dalam hanya satu atau dua sesi latihan sahaja. Malah jika latihan piano tidak
dilakukan jangka masa yang terlalu lama, bukan mudah untuk menguasai kemahiran
bermain piano tersebut dengan mudah. Kemahiran tersebut mungkin menjadi berkarat
sedikit, namun begitu jika ada kemahuan, di situ ada jalan. Jika kita rajin berusaha, sudah
pasti ilmu yang telah lama kita tinggalkan pasti akan menjadi bersinar kembali dan tidak
akan berkarat lagi. Selaras dengan Falsafah PendidikanKebangsaan dan hasrat KSSR
Pendidikan Muzik, Kurikulum Pendidikan Muzik, kita sudah tentu mahu melahirkan pelajar
yang kreatif, berilmu berpengetahuan serta dapat menghayati dan menikmati muzik secara
intelektual menerusi aktiviti muzik.

MUZK 3032P ALAT MUZIK UTAMA PIANO I


Bibliografi

Abdullah, J. (1993). Pendidikan Muzik Semasa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Andy, D. (2014, Mac 6). Teknik Dasar Bermain Piano. Retrieved Ogos 10, 2015, from
SandiSutra: http://blog.isi-dps.ac.id/sandhisutra/halo-dunia
Heru, J. M. (2014, Mac 5). Kesalahan Umum Belajar Piano Oleh Pemula. Retrieved Ogos
19,

2015,

from

Jelia's

Music

Playground:

http://jeliaedu.blogspot.my/2014/03/kesalahan-umum-belajar-piano-oleh.html
Joanne Erwin, K. E. (2003). Prelude to Music Education. New Jersey: Prentice Hall.
Kementerian Pelajaran Malaysia. (1988). Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Kuala Lumpur:
Pusat Pengembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan.
Keow, C. L. (2008). Falsafah dan Pendidikan di Malaysia. Selangor: Kumpulan Budiman
Sdn. Bhd.
Unsil, S. (2013, Januari 2). Piano In Class. Retrieved Ogos 20, 2015, from Academia:
http://www.slideshare.net/missstepheltonz/fpk-15829193

Anda mungkin juga menyukai