Anda di halaman 1dari 5

KISAH NABI ILYAS A.

S
Bil

Teks

Catatan

Terima kasih saudara pengerusi majlis,


Assalamualaikum wbt.
Yang dihormati panel hakim yang arif lagi
bijaksana, guru-guru seterusnya hadirin-hadirat
sekelian
Salam dihulur majlis dimulakan
Qasasul anbiyak kita dengarkan
Nabi Ilyas tajuk pilihan
Ambillah iktibar jadikan pedoman
Diutuskan Allah memimpin kaumnya,
hidup mereka dalam kesesatan
Segala dakwah baginda sebarkan
Jalan yang sesat jadi pilihan

Salam
dan
salutasi

Nasyid/
sajak

Sidang hadirin sekelian,


Nabi Ilyas abang kepada nabi Musa,
Diutuskan Allah sebagai rasul
di Kota Balabak,
Sebuah daerah di Palestin..
Firman Allah SWT dalam surah as Saffat ayat 123:


Maksudnya: dan Ilyas benar-benar termasuk dalam
salah seorang rasul.

Isi

Dalil

Kaum Bani Israel hidup dalam kesesatan,


Amalan menyembah berhala menjadi ikutan,
Patung Bala menjadi pujaan,
Nasihat Nabi Ilyas mereka abaikan
.
Warga dewan sekalian,
Tugas rasul bukannya mudah kawan-kawan..
Kekejaman dan kezaliman rejim Israel tidak dapat
disangkalkan lagi. Saban hari kita disajikan dengan
kisah yang begitu tragis lagi mengerikan.

Pengajaran

Isu semasa

Kawan-kawan semua,
Ibarat mencurah air ke daun keladi,
Nasihat Nabi Ilyas mereka ingkari,
Menyembah berhala semakin menjadi-jadi,
Itulah perbuatan yang menjadi tradisi.

Isi

Nabi Ilyas berasa amat sedih sekali..


Ada mereka kisah??
Dikurniakan rezeki mencurah-curah,
Namun bani Israel tak mengenal erti syukur..
Firman Illahi :
(masukkan ayat syukur :

Dalil

Ya kawan-kawan..
Sifat syukur amalan mulia,
Wajib diikuti oleh semua..
Syukur..syukur..syukur ya Allah..
Syukur alhamdulillahhh.

Pengajaran

Nasyid

Masih ingat tak lagi Rancangan Bersama Mu


Pada Ogos 2013 ? menyiarkan kehidupan seorang
warga emas yang terpaksa mencari sesuap

makanan di celah-celahan timbunan sampah.

Isu Semasa

Kawan-kawan sekalian,
3

Tanpa jemu nabi Ilyas terus berdakwah..


Hatinya gundah melihat kaumnya..
menyembah Baala si patung berhala..
Isi

Firman Allah SWT dalam surah as-Saffat ayat 125:


Maksudnya: patutkah kamu menyembah Baal dan
kamu tinggalkan sebaik-baik pencipta?
Dakwah baginda ditolak
baginda bersembunyi di sebuah rumah,
bertemulah baginda dengan seorang kanak-kanak,
dijadikan baginda anak angkatnya,
itulah penggantinya, nabi Ilyasa
Bencana Allah mula menimpa.
Cuaca panas tak henti melanda,
Tiga tahun menanggung derita,
Kehilangan nyawa tidak terkira
Di manakah engkau wahai Ilyas??
Ke hulu ke hilir mereka menyeru..
Kembalilah kepada kami..
Akhirnya mereka bertemu nabi Ilyas
Pohonkanlah doamu kepada TuhanMu Ilyas..
Kami berjanji akan mentaati perintah TuhanMu..
Kepada Allah Nabi Ilyas berdoa..
Agar dihentikan segala penderitaan..

Dalil

Dengan sifat pemurahNya..


Maka turunlah hujan..
Riangnya hati tidak terkira..
Penduduk Balabak menari kegirangan
Sekali lagi mereka alpa..
Tenggelam dalam nikmat kemewahan..
Ya Kawan-kawan
Begitulah sikap manusia..
Firman Allah dalam surah ar-Rahman ayat 13:

Dalil

Maksudnya:maka nikmat TuhanMu yang manakan


yang kamu dustakan.
Siakap senohong gelama ikan duri,
Bercakap bohong lama-lama jadi pencuri
Fenomena cuaca sejuk melampau yang melanda
Amerika Syarikat juga merupakan peringatan Allah
SWT untuk kita semua..

Peringatan kali ke dua tidak diendahkan


Nabi Ilyas tetap mempertahankan dakwahnya..
Beliau menyeru sembahlah Allah yang esa..
Firman Allah dalam surah as-Saffat ayat 126:

Pengajaran

Isu Semasa

Dalil

Maksudnya: Allah TuhanMu dan Tuhan nenek


moyangmu yang terdahulu..
Nabi Ilyas akhirnya meninggalkan Kota Balabak..
Akibat kedegilan mereka, Allah SWT turunkan bala
yang menghancurkan seluruh penduduknya
Ya Kawan-kawan..
Sesungguhnya janji Allah pasti benar..
Sekapur sireh jambangan bunga
Di dalam bakul nampak berseri
Sekian sahaja cerita saya
Silap dan salah harap dimaafi..
Sekian..wassalamualaikum wbt..

Pengajaran

Anda mungkin juga menyukai