Anda di halaman 1dari 5

Kemahiran Dalam Bola jaring

Pada asasnya, permainan bola jaring memerlukan kemahiran melakukan


hantaran dan menerima bola. Namun begitu, seseorang pemain perlu menguasai
kemahiran yang lain seperti mengelak, menghadang, menjaring dan gerak kaki.
a) Melakukan Hantaran
Pelbagai jenis hantaran boleh dilakukan sama ada menggunakan sebelah tangan
atau kedua-dua belah tangan. Cara melakukan hantaran bergantung kepada
kedudukan rakan yang akan menerima bola. Jenis hantaran yang biasa
dilakukan ialah hantaran aras dada, hantaran aras bahu, hantaran atas kepala,
hantaran sisi dan hantaran lantun.
i) Hantaran Aras Dada
Hantaran aras dada dilakukan dengan menggunakan kedua-dua belah tangan.
Tujuan melakukan hantaran aras dada adalah untuk membuat hantaran cepat
dan tepat pada jarak yang dekat.
Teknik melakukan hantaran aras dada
Kedudukan bersedia. Berdiri dengan sebelah kaki di hadapan.
Pegang bola dengan kedua-dua belah tangan hampir ke dada, jaring menghala
ke atas dan kedua-dua ibu jari di belakang bola.
Kaki belakang melangkah ke arah hantaran. Sambil itu luruskan tangan dan tolak
bola dengan pergelangan tangan dan ibu jari ke sasaran pada aras dada.
Ikut lajak.
ii) Hantaran Aras Bahu
Hantaran aras bahu dilakukan dengan sebelah tangan. Hantaran ini bertujuan
untuk membuat hantaran laju dan tepat pada jarak jauh.
Teknik melakukan hantaran aras bahu
Kedudukan bersedia. Berdiri dengan sebelah kaki di hadapan.
Pegang bola pada aras bahu dengan sebelah tangan.
Badan mengiring ke sisi, bawa bola ke belakang.
Angkat tumit kaki belakang.
Tolak bola ke hadapan dengan bantuan bahu, siku, pergelangan tangan dan jarijari.
Ikut lajak.

iii) Hantaran Atas Kepala

Hantaran atas kepala dilakukan dengan menggunakan kedua-dua belah tangan.


Hantaran ini digunakan untuk melambungkan bola tanpa dapat dicapai oleh
pemain lawan.

Teknik melakukan hantaran atas kepala.

Kedudukan bersedia. Berdiri dengan sebelah kaki di hadapan


Pegang bola dengan kedua-dua belah tangan tinggi di atas kepala.
Ledingkan badan ke belakang sedikit.
Bengkokkan siku dan bawa bola ke hadapan kepala. Sambil itu tolak bola ke
hadapan dengan meluruskan tangan.
Ikut lajak.

iv) Hantaran Sisi

Hantaran sisi dilakukan untuk membuat hantaran cepat menggunakan sebelah


tangan atau kedua-dua belah tangan.

Teknik melakukan hantaran sisi menggunakan kedua-dua belah tangan

Kedudukan bersedia. Berdiri dengan sebelah kaki di hadapan.


Bengkokkan sedikit lutut hadapan, bawa bola dengan kedua-dua belah tangan ke
belakang.
Luruskan kaki hadapan dan bengkokkan lutut belakang. Sambil itu ayunkan
tangan ke hadapan dan tolak bola ke sasaran.
Ikut lajak.
v) Hantaran Lantun

hantaran lantun digunakan apabila pemain lawan terlalu hampir atau terlalu
ramai permain berhampiran.

Teknik melakukan hantaran lantun

Kedudukan bersedia. Berdiri dengan sebelah kaki di hadapan.

Pegang bola dengan kedua-dua tangan dan bawa bola ke aras pinggang.
Pindahkan berat badan ke kaki hadapan.
Luruskan tangan dan tolak bola rendah dengan kuat.
Ikut lajak.

b) Menerima Bola

Kemahiran menerima bola memerlukan koordinasi mata dan tangan yang baik.

Teknik menerima bola

Mata sentiasa memandang ke arah bola datang.


Berdiri dengan sebelah kaki di hadapan.
Hulurkan tangan ke hadapan dengan jari dan kedu-dua tapak tangan menghadap
satu sama lain.
Terima bola dengan ibu jari sentiasa di belakang bola.
Semasa bola menyentuh jari, bengkokkan siku, bawa bola ke badan.
Semasa menerima bola, pindahkan berat badan ke kaki belakang.

c) Mengelak

Mengelak ialah kemahiran yang membolehkan seseorang pemain bebas


daripada kawalan pemain lawan dan berpeluang untuk melakukan tindakan
selanjutnya. Cara mengelak seharusnya tidak melanggar undang-undang
permain. Terdapat beberapa asas mengelak, iaitu

i)
ii)

Berlari ke arah yang sesuai


Berlari laju dan berhenti dengan mengejut.

iii)

Berlari perlahan-lahan dan tukar kepada berlari laju.

iv)

Mengacah dan bergerak ke suatu arah (mengelak acan).

Teknik mengelak acan

Berada dalam kedudukan bersedia.


Bongkokkan badan ke satu arah untuk mengelirukan pemain lawan, kemudian
bergerak ke arah bertentangan.

d) Menghadang

Menghadang adalah asas bertahan. Kemahiran ini bertujuan untuk menghalang


pemain lawan daripada menerima bola, melakukan hantaran dan menjaring gol.
Bagaimanapun, pemain tertakluk kepada undang-undang dan peraturan.
Terdapat empat posisi asas menghadang iaitu;
i)
ii)

Berdiri menghadap permain lawan.


Berdiri membelakangkan pemain lawan.

iii)

Berdiri di sisi pemain lawan.

iv)

Berdiri di belakang pemain lawan.

e) Gerak Kaki

Dalam permainan bola jaring, ketangkasan pemain adalah sangat penting.


Ketangkasan pergerakan memerlukan kemahiran gerak kaki tanpa melanggar
undang-undang permainan. Kemahiran gerak kaki penting semasa seseorang itu
menerima bola sebelum dihantar kepada rakan, sebelum menjaringkan gol atau
semasa menangkap bola di udara. Gerak kaki yang dibenarkan olah undangundang adalah dalam keadaan berikut:

i)
ii)
kaki.

Semasa menerima bola dan kedua-dua belah kaki di atas tanah.


Setelah menerima bola dan mendarat dengan kedua-dua belah

iii)

Setelah menerima bola dan mendarat dengan sebelah kaki.

iv)

Semasa menerima bola dan berpaksi pada sebelah kaki.

f) Menjaring

Kemahiran menjaring adalah penting kerana kemenangan sesebuah pasukan


ditentukan oleh jumlah jaring. Jaringan dikira apabila penjaring gol atau
penyerang gol berjaya memasukkan bola ke dalam jaring. Setelah menerima

hantaran dan tidak melanggar undang-undang gerak kaki, penjaring dibenarkan


melakukan jaringan dalam kedudukan berikut:

i)

Menjaring pada kedudukan statik.

ii)

Melangkah setapak ke hadapan dan menjaring.

iii)

Melangkah setapak ke belakang dan menjaring.

iv)

Melangkah setapak ke sisi dan menjaring.

v)

Melompat dan menjaring.

Menjaring pada kedudukan statik menggunakan sebelah tangan adalah teknik


asas menjaring. Bagaimanapun, menjaring menggunakan kedua-dua belah
tangan boleh juga dilakukan.

Teknik menjaring pada kedudukan statik

Kedudukan bersedia. Berdiri, sebelah kaki di hadapan.


Pegang bola dengan kedua-dua belah tangan.
Jari dibuka dan melengkung, ibu jari di belakang bola.
Bengkokkan siku dan bawa bola ke atas kepala sambil membengkokkan lutut.
Luruskan lutut, tolak bola ke sasaran dengan meluruskan tangan dan dibantu
oleh pergelangan tangan serta jari-jari.
Ikut lajak

Anda mungkin juga menyukai