Anda di halaman 1dari 8

KARABGAN NO 10: PERCUBAAN SPM PERAK

PERAK

1. Setiap ibu bapa mengharapkan ana-anak berjaya dalam


kehidupan.

Bincangkan usaha-usaha yang wajar anda lakukan untuk


memastikan harapan mereka menjadi kenyataan.

Pendahuluan : Anak-anak ialah cahaya mata yang menjadi buah hati pengarang
jantung kepada kedua-dua ibu dan ayah. Dengan kelahiran seseorang anak, kehidupan
ibu dan bapa menjadi lengkap dan sempurna. Apatah lagi apabila anak yang dilahirkan
dapat membesar dengan sempurna serta menjadi insan yang berguna. Sebagai anakanak yang menjadi harapan ibu bapa, mereka hendaklah bersedia untuk menggalas
harapan ibu bapa yang tinggi menggunung. Elakkan daripada menjadi anak-anak yang
membawa masalah kepada ibu bapa kerana dosa yang paling besar ialah menderhakai
ibu bapa. Oleh yang demikian, setiap anak dituntut membuat persediaan sama ada
mental, fizikal dan sahsiah yang baik agar harapan ibu bapa terutama apabila menjelang
usia emas mereka tidak dikecewakan.

Isi 1 : Menjadi anak yang patuh dan taat kepada perintah Allah SWT insan yang
bertakwa sentiasa melakukan kerja-kerja yang baik seperti menghormati ibu bapa tidak
melakukan kerja-kerja yang terkutuk yang boleh menjejaskan maruah ibu bapa

Isi 2 : Menjadi anak yang luhur pekerti dan bermoral tinggi pekerti dan moral
menjadi piawai seseorang itu dipandang mulia tidak mudah terjebak dalam angkara
yang merosakkan masa depan menjadi imej (pancaran) hati nurani ibu bapa

Isi 3 : Berusaha dengan gigih demi jaminan masa depan mengisi dada dengan
ilmu, mempelajari pelbagai kemahiran sebagai jaminan memperoleh kerjaya yang baik
bercita-cita membalas budi ibu bapa

Isi 4 : Menjalinkan hubungan mesra dan mawaddah dengan adik-beradik dan


kaum keluarga mewujudkan keluarga harmoni membantu dengan ikhlas tanpa
mengira aspek material mahupun moral

Isi 5 : Bercita-cita menjaga ibu bapa apabila tiba saat-saat akhir mereka
maksud daripada firman Allah, Akan gugur dosa seseorang anak apabila dia dengan
ikhlas menjaga ibu dan bapanya hingga ke akhir hayat - tindakan membalas budi ibu
bapa yang amat besar nilainya di sisi Tuhan.

Kesimpulan : Meminjam kata-kata daripada orang-orang lama bahawa, betapa kasihnya


seseorang ibu kepada anaknya hatta seekor lalat pun tidak dibenarkan hinggap ke tubuh
si anak. Demikianlah pengorbanan besar ibu bapa terhadap seseorang anak. Oleh itu,
sikap yang sama wajar dikembalikan oleh anak-anak terhadap kedua-dua ibu bapa. Jasa
ibu bapa yang melahirkan dan membesarkan anak-anak tidak terbalas walaupun galang
gantinya sebatang sungai emas sekalipun. Dengan hal yang demikian, bersedialah untuk
menjadi seorang anak yang boleh diharapkan oleh ibu bapa sebagai tempat mereka
bergantung.

2. Minat bersukan dalam kalangan remaja pada hari ini semakin


berkurangan.

Huraikan peranan pelbagai pihak untuk memupuk minat bersukan


dalam kalangan remaja.
*MAKLUMAN : Lazimnya soalan no 2 berkaitan dengan keluarga

Pendahuluan : Kehidupan dalam usia remaja ialah masa yang paling menarik, seronok,
asyik, cergas dan pantas. Bak kata orang, Orang muda, ke mana-mana tiada yang
terlarang. Hakikatnya usia remaja adalah tempoh yang perlu diisikan dengan segala
kegiatan meliputi rohani dan jasmani. Dalam konteks jasmani, pelbagai kegiatan lasak
dan aktiviti sukan telah diwujudkan untuk merangsangkan minat remaja supaya bergiat
aktif. Program 1 Murid 1 Sukan yang turut menjadi gagasan Kementerian Pelajaran
Malaysia adalah untuk matlamat yang sama. Walau bagaimanapun, anjakan global yang
dikuasakan oleh teknologi khususnya teknologi maklumat turut mencuri minat remaja
agar melupakan kegiatan sukan. Situasi pada petang hari bagaikan sunyi dan lengang
kerana ketiadaan remaja di padang seperti yang dapat dilihat dalam dekad-dekad silam.
Oleh itu, demi mengembalikan tradisi cergas yang telah berakar umbi sejak zamanberzaman, semua pihak sama ada kerajaan, komuniti, ibu bapa mahu pun remaja sendiri
hendklah mengambil langkah inisiatif untuk mempopularkannya semula.

Isi-isi penting :
Isi 1 : Remaja hendaklah bijak membahagikan masa mengikut kehendak
biologi, mental, fizikal, dan emosi mesti memperuntukkan masa walaupun sekejap
untuk bersukan dan beriadah memperoleh keseimbangan fizikal sempurna dan
merangsangkan minda yang cerdas

Isi 2 : Ibu bapa tidak boleh terlalu mendesak anak-anak supaya memberi fokus
100 peratus kepada belajar beri ruang yang cukup untuk anak-anak bersukan
berikan galakan untuk bersukan

Isi 3 : Masyarakat hendaklah turut terlibat aktif dalam kegiatan sukan trend
minat menonton perlawanan seperti bola sepak hendaklah diseimbangkan dengan
penglibtan langsung dalam bersukan remaja turut terangsang dengan apa-apa jua
kegiatan yang hidup dalam masyarakat

Isi 4 : Pihak sekolah hendaklah menyeimbangkan antara kegiatan akademik


dan riadah/sukan tidak boleh berat sebelah dengan menjadikan aktiviti sukan
sekadar melengkapkan takwim persekolahan

Isi 5 : Pihak kerajaan hendaklah lebih pragmatik dalam memberi pengiktirafan


antara sukan dan akademik markah 10 peratus kokurikulum untuk prasyarat ke IPT
adalah tidak wajar kerana boleh menjejaskan minat pelajar berbakat untuk bergiat aktif
dalam aktiviti yang bercorak kesukanan

Kesimpulan : Dalam usaha melahirkan generasi akan datang yang lebih trampil dan
berdaya saing, kecemerlangan yang seimbang antara fizikal, mental, dan emosi
hendaklah diuruskan secara sama rata. Seandainya kalangan akademik dan teknokrat
sentiasa dijulang sebagai negarawan, maka tidak adil hanya Datuk Lee Chong Wei, Datuk
Nicol dan Pandalela saja yang dilihat sebagai tokoh utama dalam arena sukan. Oleh itu,
semua pihak hendaklah mengiktiraf bahawa sukan juga mampu menjadi wadah
menjulang imej negara.

3. Kerajaan menggalakkan rakyat Malaysia menggunakan


barangan buatan tempatan.

Huraikan kebaikan-kebaikan menggunakan barangan buatan


tempatan.

Pendahuluan : Peribahasa yang menyatakan hujan emas di negari orang, hujan batu di
negeri sendiri, lebih baiklah di negeri sendiri mengajarkan kita betapa pentingnya
menghargai dan membanggakan apa-apa jua yang menjadi milik kita. Dalam konteks ini,
kempen belilah barangan buatan tempatan adalah menjadi wahana penting untuk
dihayati dan seterusnya mendapat sambutan tidak berbelah bahagi oleh masyarakat.
Kempen dan galakan ini menjadi inisiatif utama kerajaan untuk menggalakkan
pertumbuhan ekonomi negara yang dipacukan oleh aliran tunai domestik. Sementara itu,
dalam beberapa perspektif yang lain, galakan ini turut memberikan impak yang positif
kepada masyarakat pengguna dan meningkatkan perkembangan ekonomi negara
amnya.

Isi-isi penting :
Isi 1 : Membantu mempercepat pertumbuhan dana dalam negara menyokong
pertumbuan Keluaran Dalam Negara Kasar di samping memberi kesan kepada
meningkatnya pendapatan perkapita penduduk dengan kata lain masyarakat memiliki
tukaran yang cukup

Isi 2 : Menyekat aliran tunai ke luar negara kecairan tunai (modal) hanya berlegar
dalam pasaran tempatan kini, sudah melebihi RM20 bilion wang mengalir keluar kerana
mengimport barang-barang makanan aliran keluar meningkat berlipat ganda sekiranya
barangan aksesori, pakaian, peralatan mesin dan jentera yang terpaksa diimport

Isi 3 : Menyokong kreativiti anak-anak tempatan dalam sektor perniagaan


membantu mempercepat pertumbuhan sektor PKS (Perusahaan Kecil dan Sederhana)
pembelian yang meningkat boleh mendorong pengusaha melipatgandakan keluaran di
samping kualiti yang turut meningkat

Isi 4 : Membantu merancakkan sektor perniagaan perniagaan berkembang


dengan lebih pantas apabila pasaran aktif

Isi 5 : Pengguna memperoleh barangan yang relatifnya lebih murah dengan


kualitinya yang setaraf murah kerana kos produk yang lebih rendah dan berkualiti
kerana pemproesan menggunakan teknologi moden dengan piawai ISO 9200

Kesimpulan : Daripada peribahasa, jauh-jauh seluang melaut akhirnya baliklah ke


muara membuktikan bahawa, selama-lama mana pun kita berbangga dengan kelebihan
orang lain, namun tidaklah lama kerana akan balik juga kepada asal usul. Hal yang
demikian samalah sifatnya apabila kita kesudahannya akan balik kepada cita rasa sendiri
walaupun zahirnya sangat berbangga dengan barangan asing. Seyogia berilah sokongan
yang tidak bergelah bahagi terhadap galakan membeli barangan tempatan.

MAKLUMAN : Sekiranya soalan berfokuskan isi jawapan tentang


langkah-langkah sila rujuk sampel rangka isi di bawah (Ihsan
daripada Modul saya Edisi 2012, ms 29)

Barangan Tempatan Berkualiti Antarabangsa ialah slogan kerajaan ke arah


mencapai standard kualiti antarabangsa.

Bincangkan langkah-langkah yang perlu dilakukan oleh usahawan tempatan


supaya hasrat ini menjadi realiti.

Pendahuluan : Budaya pemikiran kelas pertama, minda berkelas dunia, dan pelbagai
slogan yang bersifat global mula berkumandang di persada negara. Hakikatnya dalam
arus globalisasi kini, rakyat Malaysia wajarlah mengorak langkah serta bangkit untuk
mengimbangi perubahan pantas dunia dalam pelbagai bidang. Bermula daripada cara
berfikir, gaya bertindak, berkomunikasi dan seterusnya penghasilan produk, kita
sewajarnya mampu bersaing dengan negara-negara maju di dunia. Oleh itu, dalam
bidang pengeluaran juga, kita hendaklah mampu menghasilkan barangan tempatan yang
mampu mencapai klasifikasi dunia. Keupayaan mencapai kualiti antarabangsa sudah
semestinya memberi kita ruang untuk bersaing dalam pasaran global. Oleh hal yang
demikian, sudah sampailah masanya, para pedagang kita menganjak minda dan usaha
untuk menghasilkan barangan tempatan yang mencapai piawai Barangan Tempatan
Berkualiti Antarabangsa

Isi 1 : Pengusaha hendaklah sentiasa mengadakan R&D (Penyelidikan dan


Pembangunan) terhadap hasil keluaran mereka - mencari pembaharuan dan
penambahbaikan produk - agar produk negara boleh mencapai piawai internasional
untuk bersaing di pasaran antarabangsa

Isi 2 : Pengusaha hendaklah berusaha memperoleh penarafan keluaran


antarabangsa melalui penarafan ISO 9004 - semua barangan keluaran negara

berjaya menembusi pasaran global tanpa sebarang sekatan - memenuhi semua standard
pengeluaran yang ditetapkan oleh negara maju

Isi 3 : Bekerjasama dengan pihak kerajaan dalam usaha mencapai standard


mutu keluaran Malaysia -merealisasikan jenama Malaysia Best seperti yang
dilancarkan oleh Kementerian Pertanian dan Asas Tani - mematuhi semua peraturan yang
ditetapkan oleh kerajaan sebelum sesuatu keluaran itu dieksport ke luar negara memastikan hasil keluaran halal dalam usaha merealisasikan hub halal antarabangsa

Isi 4 : Mengawal mutu keluaran bermula dari peringkat awal hingga barang
siap - kawalan dalam aspek ketulenan, kualiti, ketahanan, penggredan dan kebersihan membolehkan barangan keluaran negara menjadi buruan pelanggan sama ada dalam
negara mahupun luar negara

Isi 5 : Mengadakan teknik pembungkusan, pelabelan, penjemaan yang boleh


diterima di peringkat antarabangsa - meyakinkan pengguna tentang kandungan
produk - barangan lebih bermutu dan tahan lama

Isi 6 : Mewujudkan rakan kongsi strategik di peringkat antarabangsa - untuk


memperoleh pemindahan teknologi dan mempertingkatkan mutu keluaran - dapat
bersaing dengan keluaran lain di pasaran antarabangsa - dapat merancang pasaran yang
strategik di negara-negara maju (Eropah, Timur Tengah, dan Amerika)

Kesimpulan : Sesungguhnya rakyat Malaysia bukanlah tidak mampu bersaing di


persada global. Beberapa jenama Malaysia yang telah mula menguasai pasaran
antarabangsa seperti barangan elektrik membuktikan bahawa slogan Malaysia Boleh
berjaya menembusi pasaran antarabangsa. Oleh itu, inilah masa yang terbaik untuk para
pengeluar tempatan mempertingkatkan daya saing mereka.

4. Malaysia berpotensi untuk menjadi destinasi pelancongan yang


terkenal di rantau ini. Sehubungan dengan itu, anda ingin
menulis rencana untuk disiarkan dalam akhbar tempatan. Tajuk
rencana tersebut ialah, Usaha-usaha Menarik Minat Pelancong
Asing Datang ke Malaysia.

Tulis rencana itu selengkapnya.

Pendahuluan : Berdasarkan rekod sejarah, rantau Asia Tenggara khususnya


Semenanjung Tanah Melayu pernah dijejaki oleh masyarakat antarabangsa sejak ribuan
tahun dahulu. Gelaran Semenanjung Emas kepada Tanah Melayu turut mengangkat imej
bumi bertuah ini di persada antarabangsa sejak berkurun-kurun lamanya. Walaupun
kunjungan masyarakat asing ke rantau ini pada era prapenjajahan bukan atas misi
pelancongan, namun jelas sekali, bahawa bumi kita amat dikenali oleh masyarakat
antarabangsa. Kelayakan tersebut adalah bersandarkan kekayaan hasil mahsulnya, letak
geografinya malah keindahannya sentiasa menggamit pengunjung. Walau
bagaimanapun, pada era pascamilenium ini, saingan sengit daripada seluruh rantau,
Malaysia telah jatuh ke tangga kesembilan daripada sepuluh negara yang sering
dikunjungi di dunia. Oleh itu, langkah strategik dan proaktif hendaklah digemblengkan
demi menarik kembali minat pelancong asing datang ke Malaysia.

Isi-isi penting :
Isi 1 : Memperkasakan potensi tradisional yang sejak lama dimiliki oleh
Malaysia mengembalikan imej daya tarikan ekonya (hutan rimba, lautan dan sumber
marina, gunung-ganang, sungai dan tasik)

Isi 2 : Merancakkan lagi promosi dan kempen tentang gahnya Malaysia dalam
aspek sajian makanan Malaysia amat terkenal sebagai hub makanan internasional
dalam pelbagai cita rasa sesuai dengan pemajmukan masyarakatnya

Isi 3 : Mengangkat ciri-ciri unik kepelbagaian etnik dengan adat dan budaya
pelancong asing lebih berminat melihat dan merasai keunikan cara hidup sesuatu kaum
kunjungan lebih ramai pelancong Barat ke Sabah dan Sarawak sebagai bukti

Isi 4 : Melipatgandakan promosi menjualkan nama Malaysia dalam program


tarikan pelancong secara agresif ke luar negara perlu dijalankan secara
berterusan (tidak sepatutnya ada kempen dalam tempoh tertentu seperti Tahun Melawat
Malaysia/negeri tertentu dalam satu-satu masa) negara-negara maju mengadakan
promosi sepanjang masa promosi dilaksanakan oleh agensi kerajaan, swasta, syarikat
penerbangan dan pelajar-pelajar Malaysia di luar negara

Isi 5 : Sokongan daripada pihak swasta kejayaan sesuatu produk/perniagaan


berkait rapat dengan sektor pelancongan kerajaan perlu mendapat kerjasama daripada
pihak swasta dalam semua usaha menarik kunjungan pelancong

Kesimpulan : Sesungguhnya, keinginan untuk berprawisata dan memperluas


pandangan serta minda telah tertanam dalam minda manusia sejak zaman awal lagi.
Oleh itu, mana-mana negara dan kerajaan yang mengambil peluang merancakkan
program pelancongan sebagai agenda ekonomi negara sudah pasti memperoleh
keuntungan. Atas potensi dan kelebihan yang ada, Malaysia sewajarnya merebut peluang
yang sudah terhidang.

Anda mungkin juga menyukai