Anda di halaman 1dari 2

KARANGAN - AUTOBIOGRAFI - AKU SEBUAH KERETA

Tuliskan sebuah karangan yang bertajuk Aku Sebuah Kereta.

AKU SEBUAH KERETA PROTON


Aku sebuah kereta. Namaku Saga. Aku dilahirkan di kilang proton di
Shah Alam. Tubuh badanku direka khas untuk memenuhi cita rasa
pengguna di Malaysia. Setelah siap diproses menjadi sebuah kereta, aku
dan rakan-rakan telah ditempatkan di bilik pameran kereta.
Sempena pelancaran kereta baru ini, aku dan rakan-rakan telah
mendapat sambutan hangat daripada para pengungjung. Mereka
memandu ujiku dan rakan-rakan. Para pengungjung yang datang ke majlis
pelancaran kereta itu sangat berpuas hati dengan kehebatan kami.
Aku dan rakan-rakan umpama pisang goreng kerana kami telah
habis ditempah oleh para pembeli. Seorang guru sekolah bernama Ali
telah menjadi tuan aku. Aku berjanji memberi perkhidmatan yang terbaik
buat tuanku.
Setiap pagi,akan membawa Ali ke sekolahnya. Dia sangat bangga
dengan reka bentuk aku. Rakan-rakan juga sering memujiku. Selain ke
sekolah, aku juga membawa isterinya ke pejabat di Putrajaya.
Aku selalu dicuci dan dibersihkan pada hujung minggu. Selepas
dikilatkan, aku menjadi seperti baru semula. Ini membuat aku semakin
lama semakin disayangi oleh tuanku.
Pada suatu hari,tuanku telah terlewat bangun. Dia tergesa-gesa pergi
ke sekolah. Dia memanduku dengan laju sekali. Malang tidak berbau aku
telah terbabit dalam kemalangan ngeri dengan sebuh lori. Aku rosak teruk
dan tuanku meninggal dunia. Aku bukan sahaja sedih akan diriku tetapi
meratapi akan nasib tuanku

Menyambung Cerita: Anita Terkena Jerat


Keseronokan meneroka Hutan Simpan itu menyebabkan kami lupa akan kepenatan yang kami alami.
Tiba-tiba, Anita yang berjalan di belakang menjerit
Mulakan cerita kamu dengan, Tiba-tiba, Anita yang berjalan di belakang menjerit
Rangka karangan:
- terpijak jerat
- badannya tergantung di atas pokok
- cikgu mententeramkan Anita.
- cikgu meniliti jerat
- punca ikatan dijumpai
- murid diminta menyambut Anita
- murid lain memegang tali yang akan dihuraikan
- kami bersyukur kerana Anita selamat.
Tiba-tiba, Anita yang berjalan di belakang menjerit meminta tolong. Kami semua amat terkejut lantas
menoleh ke arahnya. Alangkah terkejutnya apabila terlihat Anita terbuai-buai pada seutas tali yang
tergantung pada sebatang dahan pokok. Tanpa berlengah, kami terus berlari menghampirinya. Ruparupanya kaki kanan Anita telah terkena jerat yang mungkin dipasang oleh pemburu.
Anita menangis dan meronta-ronta untuk melepaskan diri daripada lilitan jerat tersebut. Cikgu Ali segera
mententeramkan Anita kerana bimbang kaki Anita akan tercedera teruk.
Kemudian, Cikgu Ali melihat jerat itu dengan teliti untuk mencari jalan melepaskan Anita. Akhirnya, kami
menemui punca ikatan jerat itu yang diikat pada pangkal pokok tersebut. Bolehlah Anita diturunkan
dengan melepaskan ikatan itu nanti.
Cikgu Ali menyuruh kami bersedia di bawah tempat Anita tergantung untuk menyambutnya. Manakala
beberapa orang murid lagi diminta untuk memegang tali yang akan dihuraikan oleh Cikgu Ali supaya
Anita dapat diturunkan dengan perlahan-lahan.
Setelah kami semua bersedia, Cikgu Ali pun membuka ikatan jerat itu dengan berhati-hati. Kemudian,
Anita diturunkan dengan perlahan-lahan. Akhirnya, Anita berjaya diturunkan dengan selamat.
Kami semua berasa amat bersyukur atas kejayaan itu. Kemudian, Cikgu Ali meminta kami berwaspada
kerana di dalam hutan begini, banyak perkara yang tidak diduga boleh berlaku.

Anda mungkin juga menyukai