Anda di halaman 1dari 2

CONTOH MENJAWAB SOALAN RUMUSAN

Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian buat satu rumusan tentang faktor-faktor
yang menghalang pembangunan sukan negara dan kesan-kesannya.Panjang rumusan
hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.
Kegagalan atlet negara di Sukan Olimpik Sdney 2000 menimbulkan pelbagai
persoalan tentang mutu pembangunan sukan negara di arena antarabangsa. Mutu sukan
negara sepatutnya terus berkembang dan mencapai banyak kejayaan seiring dengan
pertumbuhan ekonomi negara. Tetapi,mutu sukan negara terus merosot dari semasa ke
semasa sedangkan pada masa yang sama kerajaan telah menyediakan dan
membelanjakan peruntukan yang besar untuk memajukan sukan tanah air supaya mencapai
taraf dunia.
Sebenarnya kemelut dalam dunia sukan negara boleh berpunca daripada banyak pihak.
Paling ketara ialah sikap tidak profesional pegawai yang suka mencampuri urusan jurulatih
dalam menentukan pemilihan pemain. Mereka lebih banyak menjadikan persatuan sukan
sebagai tempat mencari keuntungan peribadi daripada memberi perhatian khusus untuk
memajukan sukan bertaraf dunia. Mereka sering menunding jari kepada pihak lain daripada
mengakui kelemahan sendiri apabila punca kemerosotan atlet dikenali pasti. Mereka
seharusnya sedar bahawa kegagalan atlet sering dikaitkan dengan kelemahan pentadbiran
persatuan sukan. Hal ini disebabkan, mereka sebagai perancang pembangunan sukan tidak
mempunyai hasrat atau visi yang cukup tinggi untuk membantu meningkatkan mutu sukan.
Pengkritik sukan berpendapat banyak faktor yang menyebabkan mutu sukan negara tidak
mencapai kemajuan atau bertaraf dunia. Mereka berpendapat sistem pendidikan yang lebih
mementingkan kecemerlangan akademik dan sikap masyarakat atau ibu bapa yang
mementingkan kecemerlangan akademik membataskan murid-murid sekolah daripada
mendekati sukan. Fenomena ini menjadikan sekolah kini bukan lagi gelenggang untuk
melahirkan dan mencungkil bakat pelajar-pelajar sekolah yang boleh digilap sebagai atlet
negara sehingga mencapai taraf dunia.
Bagaimanapun adalah tidak adil kita hanya menyalahkan pihak tertentu tanpa meninjau
dilema atlet. Secara umumnya moral atlet kita berada di tahap yang rendah dan mudah
mengaku kalah apabila menghadapi lawan yang bertaraf dunia. Hal ini mungkin kerana
mereka kurang keyakinan di samping kurang pendedahan dan pengetahuan. Atlet kita juga
dikatakan tidak bersikap matang dalam usaha untuk menigkatkan prestasi diri. Mereka tidak
menjiwai watak sebagai ahli sukan tulen yang sanggup untuk meningkatkan prestasi dan
kemahiran sendiri. Sesetengah atlet tidak berdisiplin dan menjadi keras kepala kerana
menyedari khidmat mereka amat diperlukan, ekoran sudah tidak ada atlet lain yang akan
mewakili negara. Sikap atlet yang manja dan sukar ditegur ini masalah kepada jurulatih
untuk menggilap atlet negara menjadi ahli sukan bertaraf dunia. Permasalahan ini bukan
sahaja memerlukan atlet mengubah sikap tetapi juga semua pihak yang terlibat demi
mewujudkan sukan sebagai suatu budaya kehidupan.

Contoh jawapan

Petikan membincangkan punca-punca yang membantutkan pembangunan sukan negara.

Antara puncanya ialah sikap profesional pegawai yang suka mencampuri urusan jurulatih
dalam menentukan pemilihan pemain[S1] di samping sikap mereka yang menjadikan
persatuan sukan sebagai tempat mencari keuntungan peribadi.[S2] Selain itu, mereka
menuding jari kepada pihak lain daripada mengakui kelemahan diri.[S3] Mereka harus
menyedari bahawa kegagalan atlet dikaitkan dengan kelemahan pentadbiran persatuan
sukan[S4] di samping sikap mereka sebagai perencang sukan tidak mempunyai visi.
[S5] Seperkara lagi, sistem pendidikan mementingkan kecemerlangan akademik
membataskan murid-murid daripada menyertai sukan.[S6]
Antara kesannya ialah mutu sukan semakin merosot di peringkat negara dan antarabangsa.
[T1] Selain itu, atlet tidak dapat menjalani latihan intensif sama ada di dalam ataupun di luar
negara kerana persatuan tidak mempuyai kos untuk membiayai mereka.[T2]
Kesimpulannya, semua pihak hendaklah bekerjasama menanganinya supaya mutu sukan
akan terus meningkat maju

Anda mungkin juga menyukai