Anda di halaman 1dari 2

RANCANGAN PELAJARAN HARIAN

MATEMATIK

CONT
OH

Mata Pelajaran dan Kelas

Matematik Tahun 2 Cerdik

Tema / Tajuk

Wang hingga RM100 / Wang

Masa

7.30 8.30 pagi

Standard Pembelajaran
Objektif Pembelajaran

KSSR : 8.1 (i) dan (iii), LINUS NUMERASI : 6.1


Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat;
A.PERDANA (MURID MENGUASAI K12);
i. Mengenal pasti mata wang kertas RM50 dan RM100.
ii. Menyatakan gabungan beberapa keping wang yang memberikan jumlah nilai
yang tertentu hingga RM100.
B.LINUS NUMERASI (MURID TIDAK MENGUASAI K5-K12);
i. Mengenal pasti nilai mata wang kertas RM5 ,RM10, RM20 dan RM50.

Aktiviti

Aktiviti PERDANA (Murid Menguasai K12)


1. Guru menunjukkan beberapa keping contoh wang kertas RM1, RM5, RM10,
RM20, RM50 dan RM100.
2. Guru menerangkan bentuk, warna dan nilai wang dalam bentuk power point
3. Guru menyatakan gabungan beberapa keping wang dalam bentu power
point
4. Murid menyebut nilai gabungan wang mata wang yang dilihat.
5. Murid mengambil contoh wang kertas yang disebut oleh guru
6. Guru bersoal jawab dengan murid
7. Guru mengedarkan lembaran kerja.
Aktiviti LINUS NUMERASI (Tidak Menguasai K5-K12)
1.
Guru menunjukkan beberapa keping contoh wang
kertas RM1, RM5 dan RM10.
2.
Guru menerangkan bentuk,warna dan nilai wang.
3.
Murid menyebut nilai wang yang dilihat.
4.
Murid mengambil contoh wang kertas yang wang
disebut oleh guru (bahan maujud digunakan).
5.
Guru memperkenalkan wang kertas RM20 dan
RM50 kepada murid.
6.
Murid menyebut nilai wang yang diperkenalkan.
7.
Guru mengedarkan lembaran kerja untuk mewarna
gambar wang yang berbeza.

*30 orang murid


-25 Murid Menguasai
-5 Murid Tidak Menguasai
(K5-K12)

EMK

EK 1- mengamalkan sikap keusahawanan


EK 2- mengamalkan cara berfikir ke arah keusahawanan
TMK-2.9 menggunakan slaid power point

Bahan Bantu Belajar

Wang, gambar wang, lembaran kerja

Penilaian PdP

Penilaian melalui pemerhatian semasa PdP dan perbincangan.

Refleksi

Murid Menguasai : 25 orang murid boleh menyatakan nilai wang dan gabungan
beberapa keping wang, memberi jumlah nilai yang tertentu hingga RM100
secara lisan dan bertulis.
Murid Tidak Menguasai (K5-K12): 5 orang murid boleh mengenal pasti bentuk,
warna dan nilai wang RM1, RM5, RM10, RM20 dan RM50.

Anda mungkin juga menyukai