Anda di halaman 1dari 9

Warisan binaan (Built heritage)

KONSEP
Warisan binaan terdiri daripada bangunan termasuk dengan kemudahan yang
berkaitan, unsur-unsur hiasan, lain-lain unsur-unsur binaan, penempatan dan susunan spatial
daripada unsur semula jadi. Warisan dibina ini boleh dikelaskan seperti berikut iaitu semua
bangunan atau binaan-binaan yang bersejarah, arkeologi, berseni, saintifik, sosial dan penting
dari segi teknikal. Warisan binaan mengandungi nilai sejarah yang tinggi yang diwarisi
daripada generasi yang terdahulu. Warisan binaan juga mempunyai sejarah-sejarah yang
berharga dan harus diperingati oleh setiap masyarakat. Ia juga mempunyai ciri-ciri budaya
dan fizikal yang unik.

Rajah 1 : Taj Mahal


Salah satu contoh warisan binaan yang masih kekal pada masa kini ialah Taj Mahal.
Taj Mahal cukup indah dari segi binaan, seni bina, kaligrafi yang menakjubkan dan dibina
dalam masa selama 22 tahun. Taj Mahal merupakan masjid yang menempatkan makam, yang
dibina di Agra di antara tahun 1631 sehingga 1648 sebagai ingatan dan simbol kasih kepada
isteri Maharaja Mughal Shah Jahan. Ratu Mumtaz Mahal meninggal pada tahun 1631 ketika
melahirkan anak ke-14 mereka dan jenazahnya dimakamkan sementara waktu di sekitar sisi
barat tembok Taj Mahal dan sekarang ia ditandai dengan batu pualam dan arasnya sedikit
ditinggikan seukurn makam. Taj Mahal terletak di tebing Sungai Jumna, berhampiran Agra,
India. Pada 1631, kompleks Taj Mahal ini mula dibangunkan dan setelah Taj Mahal ini siap
sepenuhnya pada tahun 1648, jenazah Ratu dipindahkan ke dalam Taj Mahal.

1|Page

Tapak Arkeologi (Archaelogical Site)


KONSEP
Tapak arkeologi dapat didefinisikan sebagai mana-mana mendapan arkeologi atau
mana-mana artifak, peninggalan dan keterangan yang berkaitan dengan mendapan arkeologi.
Secara umumnya, tapak arkeologi boleh terbahagi seperti berikut:
Gua - Ruang terlindung diperbukitan bukit batu kapur yang terbukti mempunyai
tinggalan arkeologi seperti artifak, ekofak atau lukisan.
Tapak Terbuka - Ruang terbuka di permukaan tanah yang telah terbukti dengan
jumpaan arkeologi seperti artifak, ekofak atau fetur.
Monumen - Struktur yang tujuan asalnya adalah bukan untuk didiami.
Hutan - Tapak yang semulajadi mempunyai jumpaan/tinggalan arkeologi yang berada
di dalam hutan, rimba belukar, semak samun dan sebagainya. Lanskap hutan juga
merupakan lanskap arkeologi yang tidak boleh dimusnahkan

CONTOH:

Rajah 1:Tapak Ekskavasi Gua Niah

Rajah 2: Lukisan di dinding Gua Niah

2|Page

Warisan Budaya (Cultural Heritage)


KONSEP
Landskap warisan budaya melihat sesebuah atau sesuatu warisan budaya itu dari segi
yang abstrak. Ini adalah berbeza kerana kebanyakan warisan budaya yang lain dilihat melalui
pemakaian dan juga tarian tradisional. Sebagai contoh pemakaian kaum Melayu adalah baju
melayu dan juga tarian kaum Iban adalah Ngajat. Berbeza dengan warisan budaya landskap,
ianya boleh lah dikatakan dilihat melalui persekitaran ataupun sesebuah binaan. Di sini,
persekitaran atau binaan yang menjadi penentu untuk warisan budaya sesebuah etnik tersebut.
Seperti warisan budaya yang lain, warisan budaya landskap juga diwarisi dari turun temurun
dari zaman nenek-moyang hingga ke zaman moden yang kini wujud. Sebagai contoh warisan
budaya landskap yang terdapat di dunia adalah Tembok Besar Cina. Seperti warisan budaya
yang lain juga, warisan budaya landskap menjadi simbol untuk sesebuah etnik itu sendiri.
Melalui warisan budaya landskap itu juga, sesebuah etnik itu boleh dikenal pasti dan di
bezakan dengan etnik yang lain. Seperti Tembok Besar Cina, ianya telah pun menjadi simbol
yang penting untuk mengenal pasti etnik yang berbangsa Cina daripada kaum etnik yang lain.

CONTOH:

Rajah 1: Tembok Besar China

Rajah 2: Petra Cave, Jordan

3|Page

Integral Heritage
KONSEP
Integral heritage merupakan sesuatu yang dibentuk oleh unit alam sekitar manusia
itu sendiri atau alam semula jadi yang mempengaruhinya, iaitu unsur-unsur warisan semula
jadi dan budaya adalah saling berkaitan. Ia mungkin berlaku dan wujud oleh kedua-dua
bentuk warisan genetik, fungsi atau sebahagian besarnya dikaitkan dan ia saling bergantung
kepada satu sama lain. Secara ringkasnya, konsep ini membawa maksud warisan yang
dimiliki pada masa kini ada perkaitan dengan warisan yang terdahulu. Konsep ini akan
berubah disebabkan oleh mengikut arus peredaran masa dan keadaan sekeliling. Jenis warisan
tersebut boleh digambarkan dengan jelas dalam bentuk struktur fizikal atau tidak nyata.
Contoh 1:
Pada zaman dahulu, kaum bidayuh kerap menggunakan khidmat manang
atau dukun dan bomoh bagi merawat segala jenis penyakit di kawasan kampung tetapi
kini khidmat manang tidak lagi digunakan dan digantikan pula dengan khidmat
doktor di hospital. Situasi ini berubah kerana telah wujudnya perkembangan dalam
tingkat teknologi dalam bidang sains kesihatan namun fungsinya tetap sama dan saling
berkaitan iaitu manang dan doktor mempunyai matlamat yang sama bagi merawat
dan menyembuhkan penyakit seseorang.
Contoh 2:
Jika suatu ketika dahulu, ibu bapa bekerja sebagai petani, maka anak juga perlu
mengikuti jejak langkah mereka kerana kekangan ekonomi untuk mengupah buruh
dari luar. Kini, jika ibu bapa mereka bekerja sebagai petani anak-anak mereka tidak
semestinya akan mengikuti jejak langkah mereka kerana tingkat hidup ekonomi dan

4|Page

sistem pendidikan kini semakin berkembang telah mengubah status sosial pekerjaan
dan cara hidup mereka. Dalam erti kata lain, sistem pendidikan di Negara ini telah
mengubah cara hidup dan pemikiran keluarga petani. Maka, ibu bapa mereka sudah
berkemampuan untuk mengupah buruh dari luar.
Contoh 3:
Nilai seni dan estetika berupaya dikekalkan melalui pembinaan bangunanbangunan lama seperti Stesen Keretapi Kuala Lumpur yang mempunyai nilai seni
yang tinggi dan tidak terdapat pada bangunan-bangunan sekarang.

Seni binanya

sangat unik dan indah serta menggambarkan cita rasa arkitek pada ketika itu. Oleh itu,
bangunan-bangunan lama ini mungkin menjadi sumber inspirasi kepada arkitek baharu
untuk membina bangunan-bangunan yang bukan sahaja indah malah mempunyai nilai
seni yang sangat mengagumkan. Bangunan lama yang diberi nafas baru dapat
mengembalikan nostalgia yang sungguh bermakna buat semua. Contohnya, Stadium
Merdeka telah menjadi saksi bisu terhadap kemerdekaan negara.

Laungan

kemerdekaan yang diketuai oleh Y.T.M Tunku Abd. Rahman Putra Al-Haj pada 31
Ogos 1957 telah berlangsung di stadium ini.

5|Page

Koleksi Warisan Budaya Mudah Alih (Movable heritage and Collections)


KONSEP
Koleksi dan warisan budaya mudah alih dedefinisikan sebagai artifak-artifak atau
objek-objek bahan budaya yang boleh dipindahkan. Kebiasaannya, artifak-artifak tersebut
mungkin merupakan sebahagian daripada kepentingan tempat-tempat warisan atau lambang
sejarah kehidupan suatu etnik atau komuniti tertentu. Koleksi yang dijumpai membolehkan
suatu sejarah dipelajari oleh pelbagai kaum secara berterusan. Warisan budaya mudah alih
membangkitkan semula kehidupan silam suatu etnik atau komuniti dan membuktikan
kepelbagaian warisan dan budaya seluruh dunia. Objek atau artifak yang dijumpai sama ada
di tapak arkeologi, tapak pengkebumian dan bangunan-bangunan agama kebiasaanny
dipamerkan di muzium. Tujuan pameran adalah untuk mengekalkan identiti budaya
masyarakat berdasarkan asal sejarah artifak yang ditemui.
Antara contoh warisan budaya mudah alih yang terkenal di Malaysia ialah sape. Sape
dikenali juga dengan nama sampe, sampet, dan sapeh merupakan alat muzik tradisional yang
berasal dari Sarawak, Malaysia. Oleh sebab saiz sape yang kecil dan mudah dipegang, sape
dikategorikan sebagai objek warisan budaya mudah alih.
Lazimnya, bentuk sape adalah bujur dan panjang dengan permukaan hadapan diukir
dengan motif Orang Ulu di Sarawak dan bahagian belakang ditebuk bertujuan sebagai kotak
bunyi. Cara mengalunkan muzik adalah melalui petikan tali di permukaan depan sape, melodi
muzik dimainkan bergantung kepada upacara adat seperti tarian ngajat, gawai padai dan lainlain.
CONTOH:

6|Page

Khazanah Negara (National Treasure)


KONSEP
Khazanah Negara merupakan warisan yang dimiliki oleh sesebuah Negara yang
diwarisi secara turun temurun. Ia merupakan sesuatu yang sedang dimiliki oleh seseorang atau
sesuatu kelompok masyarakat atau manusia sejagat yang menjadi tanggungjawab bersama
untuk dilindungi dan dikekalkan. Ia menggambarkan memori keseluruhan hidup masyarakat
serta melambangkan ketamadunan sesuatu masyarakat itu. Khazanah Negara adalah
sebahagian daripada warisan alih yang mempunyai nilai sejarah yang penting, nilai artistik,
nilai saintifik dan nilai budaya yang dikekalkan atau dipelihara di dalam sesuatu lingkungan
atau persempadanan Negara. Ia merupakan warisan yang melambangkan Negara tersebut
yang boleh dilihat dalam dalam bentuk objek, lagu-lagu, kesusateraan dan pelbagai lagi.
Antara contoh warisan Negara ialah alat-alat kebesaran Diraja Duli Yang Maha Mulia Yang
Di Pertuan Agong Malaysia seperti yang terdapat di dalam contoh di bawah.
Contoh 1:
TENGKOLOK DIRAJA

Tengkolok Diraja merupakan pakaian kebesaran Raja-Raja Melayu semenjak beberapa


kurun lamanya iaitu sejak pemerintah Kesultanan Melayu lagi.
Bentuk ikatan sesebuah tengkolok disebut juga sebagai solek. Pada asasnya Kain ulu atau
dikenali sebagai tengkolok mempunyai warna yang berbeza mengikut negeri. Ikatan
tengkolok (solek) ini adalah pelbagai antaranya: ANAK GAJAH MENYUSU, LANG
MENYUSUR ANGIN, GARAM SEBUKU (GETAM PEKASAM), PUCUK PISANG
PATAH, AYAM PATAH KEPAK DAN DENDAM TAK SUDAH.
7|Page

Tengkolok Diraja yang dipakai oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada
hari pertabalan adalah berwarna hitam bersulam dengan benang emas. Soleknya dinamakan
"Dendam Tak Sudah" yang berasal dari Negeri Sembilan. Di sebelah hadapan tengkolok ini
dipasangkan anak bulan dengan bintang terletak lambang Kerajaan Malaysia yang berwarnawarni.
Contoh 2
KERIS PENDEK DIRAJA

Keris Pendek Diraja adalah diperbuat daripada mata keris lama dengan berhulu dan
bersarungkan gading yang bertatahkan emas. Hulu keris ini dinamakan "Hulu Pekaka" dan
berupa kepala "Garuda".
Di sampir keris ini diterapkan dengan lambang Kerajaan Persekutuan. Keris ini ialah
salah satu pakaian Diraja dan seperti Keris Panjang Diraja ia hanya dibawa atau dipakai oleh
Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

8|Page

WARISAN TIDAK KETARA (INTANGIBLE HERITAGE)


KONSEP
Merupakan ilmu dan kepakaran yang ditafsir melalui tradisi lisan, nilai-nilai adat dan budaya,
bahasa & persuratan.

Contoh Warisan Tidak Ketara:


1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.

Bahasa (Languages)
Acara Perayaan (Festive Events),
Ritual & Kepercayaan (Rites & Beliefs),
Muzik & Lagu (Music & Songs),
Seni Persembahan (The Performing Arts),
Perubatan Tradisional (Traditional Medicine),
Tradisi Makanan (Culinary traditions),
Sukan & Permainan Tradisional (Traditional Sports & Games)

9|Page

Anda mungkin juga menyukai