Anda di halaman 1dari 16

Apa itu inferens?...

Daripada segi bahasa formalnya, inferens adalah


"kesimpulan awal". Tapi, untuk lebih memahaminya,
dalam bahasa tidak formal bermaksud "sebab yang
mungkin". ini bermaksud, bila timbul sesuatu
permasalahan, kita mungkin akan cuba meneka-neka
pelbagai sebab yang dirasakan relaven dengannya.
Namun, ia masih tidak boleh dianggap sebagai "sebab
yang betul" selagi tidak dijalankan sebarang
penyiasatan (eksperimen) ke atasnya.
Sebagai contoh:
Lihat gambar di bawah.

Apa yang kita dapat perhatikan, Gerai Q lebih panas


berbanding P.
Namun, kenapa jadi begitu?? ----- So, what is the
inference for this situation?
Kalau nak jawab soalan inferens, kita perlu ingat tips
di bawah:

Contoh jawapan:
Stall Q is hotter because it is painted with darker
colour
"Stall Q is hotter" ialah pernyataan bagi "difference"
manakala,
"it is painted with darker colour" ialah "reason"
Kalau masih belum jelas, cuba buat banyaaaaak latihan
untuk soalan seperti ini sahaja.
Kita cuba satu lagi soalan, ok??

Candle Y is extinguished faster than candle X.


Give an inference for this experiment.

Berdasarkan gambarajah di atas, lilin Y akan padam


terlebih dahulu. Kenapa lilin Y padam dahulu
(inferens)?
Untuk jawab soalan ini, gunakan tip yg telah di beri di
atas.
Contoh jawapan:
Candle Y extinguished first because there is less oxygen
in beaker Y.
(........... difference........)
(...........
reason ...............)

Cuba pula soalan di bawah:

What is the inference for this experiment?

Cuba jawab dahulu sebelum lihat jawapannya selepas


iklan ini ^_^ :

Adakah jawapan anda sama dengan jawapan saya di


bawah???...
"The water level rises because it replaces the volume
of oxygen that was used up."
(..... observation ....)
(................
reason ...............)
Sebagai latihan tambahan, cuba pula soalan-soalan di
bawah.
Walaubagaimanapun, saya tidak akan menyertakan
sebarang jawapan. Anda boleh cuba menjawabnya di
ruangan komen.
1.

After 30 minutes, the temperature in conical flask B is


higher than the temperature in conical flask A. Give an
inference for the situation in conical flask B.
2.

Give an inference for torch light W.


3.

What is the inference for this experiment?

KEMAHIRAN ASAS & TEKNIK MENJAWAB


(SAINS KBSM) SPM
PENDAHULUAN
Sains KBSM (teras) adalah mata pelajaran yang PALING MUDAH. Mudah untuk
lulus malah, mudah juga untuk LULUS CEMERLANG (B3, A2 dan A1). Mengapa
sains itu mudah? Sains itu mudah kerana sains membincangkan perkara yang

bukan asing bagi anda. Dalam sains anda mempelajari sesuatu yang nyata,
jelas, logik, mudah diterima oleh "akal biasa" dan SANGAT MUDAH DIFAHAMI.
Sains juga mudah kerana anda mempelajari sesuatu yang berlaku pada diri
anda, sekitaran anda dan perkara yang berlaku dalam kehidupan harian anda.
OLEH ITU, SAINS ADALAH MUDAH.
Malangnya, ramai pelajar yang tidak memahami hakikat ini. Ramai pelajar
menganggap sains SUSAH malah SANGAT SUSAH. "Belajar sains kena hafal
formula, gambarajah, fakta, istilah dan banyak lagi, PECAH OTAK
DIBUATNYA!". Inilah sungutan yang biasa kedengaran daripada mulut pelajar.
Jika inilah yang tergambar dalam minda anda, maka benarlah SAINS ITU
SUSAH dan anda TIADA HARAPAN untuk lulus sains dalam SPM.
Kertas kerja ini akan cuba membimbing anda untuk mendapat markah yang
baik dalam SPM. Pengetahuan tentang teknik menjawab kertas soalan sains
dalam SPM adalah perlu kerana dengannya anda mampu menjawab soalan
dengan baik dan tentunya akan menghasilkan markah yang baik. Oleh itu,
pelajari teknik menjawab dengan sepenuhnya jika anda inginkan manfaat
daripadanya.

KAEDAH BELAJAR SAINS


Kelemahan yang nyata di kalangan pelajar ialah kurangnya "Kemahiran
Belajar" dan ini sangat mempengaruhi keputusan yang mereka perolehi dalam
semua peperiksaan yang mereka lalui. Kelemahan ini ditambah lagi dengan
sikap tidak mahu memperbaiki kelemahan diri berdasarkan kesilapan yang
dilakukan. Biasanya selepas sahaja peperiksaan selesai kertas soalan akan
dibuang dan dicampak merata tempat. Kalau pun ada yang masih menyimpan,
tidak tahu di mana mereka menyimpannya. Disamping itu, sikap MALAS
merupakan punca utama kelemahan pelajar.
Dalam kertas kerja ini, perbincangan khusus tentang apa itu "Kemahiran
Belajar" tidak akan dibincangkan. Perbincangan hanya akan memfokuskan
kaedah yang paling sesuai dan paling berkesan dalam belajar sains untuk
mendapatkan kefahamaan yang benar-benar mantap dan mampu menghadapi
sebarang bentuk soalan peperiksaan. Secara amnya, terdapat tiga kaedah
umum untuk mempelajari sains.

Pemahaman

Sains untuk difahami BUKAN HAFALAN. Inilah kelemahan yang nyata di


kalangan pelajar. Ramai pelajar menganggap sains itu susah kerana banyak
sangat dihafal. Kena hafal istilah dan ejaannya, fakta, gambarajah, eksperimen
dan banyak lagi. Kalau belajar hanya dengan menghafal apa jenis mata
pelajaran pun akan susah. Perkara asas ialah KEFAHAMAN. Setelah anda
faham maka mudahlah anda membuat hafalan (bukan untuk fakta atau istilah,
tetapi untuk rajah, eksperimen ataupun ejaan). Berikut adalah beberapa
perkara yang perlu diingat oleh pelajar berkaitan dengan kefahaman;
1. Kefahaman pelajar terhadap sesuatu konsep biasanya samar-samar sahaja.
Oleh itu, jawapan yang dikemukakan dalam peperiksaan biasanya terlalu
umum dan kebanyakannya mengarut. Anda sepatutnya memahami sesuatu
konsep dan tajuk dengan sepenuhnya sebelum anda mempelajari konsep dan
tajuk yang baru.
2. Ramai juga pelajar tidak mengetahui bahawa konsep sains biasanya
berkaitan antara satu dengan lain, di mana sesuatu konsep digunakan dalam
banyak bab. Sebagai contoh, konsep atom, unsur, molekul, cas dan ion yang
dipelajari dalam bab 3 (Jirim dan Bahan) digunakan dalam bab 4 (Tindak balas
kimia) dan bab 7 (Sebatian karbon). Kurang kefahaman terhadap konsep ini
akan menyukarkan anda mempelajari ketiga-tiga bab tersebut. Seterusnya,
sukar bagi anda untuk menjawab dengan baik soalan yang melibatkan konsep
tersebut sama ada dalam bab3, bab 4 mahupun bab 7.

Latihan
Latihan merupakan perkara yang jarang dilakukan oleh pelajar. Kalau ada pun,
latihan hanyalah tertumpu untuk kertas 1 (soalan objektif). Latihan dalam
kertas 2 (struktur dan esei) sangat jarang dilakukan oleh pelajar. Kebanyakan
pelajar ANGKUH dan beranggapan dengan HANYA MEMBACA mereka mampu
menjawab apa jua bentuk soalan. Ingatlah bahawa sikap angkuh itu biasanya
akan membawa padah yang buruk. Latihan perlu kerana dengannya anda
boleh;
1. menguji sejauh mana kefahaman anda terhadap sesuatu tajuk;
2. mengesan kelemahan anda, sama ada dalam tajuk tertentu, konsep, istilah,
rajah atau pun hafalan; dan
3. membiasakan anda dengan bentuk soalan dan kaedah menjawab.

Nota Ringkas atau Peta Minda (peta konsep)

Nota ringkas perlu tetapi ramai pelajar juga kurang membuatnya, malah ada
yang menganggap ianya tidak perlu lagi memandangkan di pasaran kini
terdapat banyak buku-buku ringkas pelbagai jenama (walau pun sebenarnya
tidak ringkas). Fenomena buku ringkas ini membuatkan pelajar menjadi
MALAS untuk menulis. Akibatnya, dalam peperiksaan pelajar biasanya
memberikan jawapan yang umum (bukan mengikut fakta sains), salah ejaan,
mengarut dan fakta yang salah. Nota ringkas perlu kerana;
1. dengan menulis anda akan mudah faham dan mengingat kembali apa yang
anda pelajari terutamanya yang melibatkan istilah, langkah-langkah dan rajah;
2. untuk mengulangkaji cepat ketika menghadapi peperiksaan;
3. melalui peta minda anda mudah memahami perkaitan sesuatu fakta dan
konsep keseluruhan sesuatu bab; dan
4. dengan kaedah "mneumonik" anda mudah mengingat sesuatu perkara.

TEKNIK MENJAWAB
Kertas 1 (Objektif)
Bahagian ini mengandungi 40 soalan iaitu 30 pilihan dan 10 aneka pelengkap
yang membawa 40 markah.Bagi kertas ini, jawapan telah disediakan, pilihlah
jawapan yang betul. Berhati-hati dengan perkataan BETUL, SALAH, KECUALI
dan seumpamanya. Luangkan sedikit masa untuk memilih jawapan yang betul,
jangan menembak membabi buta. Jawab soalan yang mudah dahulu dan
soalan sukar jawab kemudian. JANGAN terlupa membawa pensel 2B dan
bulatkan satu sahaja jawapan yang betul.

Kertas 2
Bahagian A (Struktur, alternatif amali: 10 markah: 34 soalan)
Bagi soalan struktur Bahagian A, anda mungkin dibekalkan dengan alat radas
yang telah dilukis. Perhatikan dengan teliti alat-alat radas tersebut. Fahamkan
soalan dan jawab mengikut apa yang diminta oleh soalan. Lukis dengan
kemas jika diminta oleh soalan dan lukis di ruangan yang disediakan. JANGAN
sekali-kali menggunakan PEN untuk melukis.

Bahagian B (Struktur: 30 markah: 4-6 soalan)


1. Secara umumnya, pemarkahan soalan struktur berasaskan ada markah
(betul) dan tiada markah (salah) kecuali soalan yang melibatkan graf,
gambarajah dan pengiraan. Dalam pemarkahan, prinsip "wrong versus
right" atau jawapan yang salah menyalahkan jawapan yang betul digunakan.
Sekiranya dalam jawapan ada yang salah maka keseluruhan jawapan adalah
salah walaupun terdapat jawapan yang betul.
2. Takrifan istilah mestilah TEPAT dan ejaan yang betul. Kata kunci (key words)
bagi istilah mesti disertakan, kalau tiada maka tiada markah diberi. Sebagai
contoh, bagi definisi Isotop, perkataan bergaris adalah kata kunci bagi istilah
tersebut.
Apakah yang dimaksudkan dengan isotop?
Isotop ialah atom-atom yang berlainan bagi unsur yang sama, atau
Unsur yang mempunyai nombor atom yang sama dannombor jisim yang
berbeza
Variasi ialah perbezaan ciri individu daripada spesies yang sama.
Jirim adalah yang membentuk benda yang mempunyai
jisim dan menepati // memenuhi ruang.
3. Soalan struktur mempunyai ruangan jawapan yang mencukupi untuk
jawapan yang sepatutnya. Sekiranya anda memberikan jawapan melebihi
ruangan yang disediakan maknanya anda telah MENGARUT. Jawapan
hendaklah tepat, ringkas dan padat. Oleh itu, rancang jawapan anda sebelum
menjawab. Sebagai contoh;
Nyatakan dua faktor yang mempengaruhi pertumbuhan bakteria?
Suhu dan pH.
Apakah hasil yang terbentuk jika campuran kuprum(II)oksida dan karbon
dibakar bersama?
Logam kuprum dan gas karbon dioksida.
4. Istilah sains yang digunakan mestilah tepat denganejaan yang betul.
Kesalahan ejaan akan menyebabkan KESELURUHAN JAWAPAN SALAH.
Gunakan istilah yang digunakan dalam buku teks bantuan kerajaan.

5. Jawab apa yang diminta oleh soalan. Jika diminta menyatakan dua faktor,
nyatakan DUA sahaja. Sekiranya anda memberi jawapan yang lebih dan ada
antaranya salah maka keseluruhan jawapan salah. Sebagai contoh;
Nyatakan dua ciri-ciri imej cermin satah.
Tegak, maya, sama saiz dengan objek dan songsang.(Markah=0)
6. Jika soalan melibatkan PERBANDINGAN, maka dalam jawapan anda harus
ada perkataan seperti LEBIH BESAR, LEBIH LUAS, KURANG DARIPADA dan
seumpamanya. Jika perkataan tersebut tiada, maka tiada markah yang diberi.
Jawapan anda harus memperlihatkan perbandingan yang diminta oleh soalan.
Sebagai contoh;
Nyatakan pemerhatian yang membolehkan anda membuat kesimpulan di d(i)?
Kerana kawasan jernih di sekitar cakera P (penisilin) lebih besar // lebih
luas berbanding cakera S (streptomisin).
7. Bagi soalan yang melibatkan perubahan, dalam jawapan anda harus ada
perkataan seperti BERUBAH, BERTUKAR, MENJADI dan seumpamanya.
Jawapan haruslah menggambarkan perubahan yang berlaku. Sebagai contoh;
Apakah perubahan yang berlaku jika elektrolisis dibiarkan selama beberapa
jam?
Warna biru kuprum sulfat menjadi pudar.
Apakah yang terjadi kepada cecair bromin dalam balang gas itu?
Cecair bromin berubah menjadi gas bromin.
8. Bagi soalan yang melibatkan pengiraan, cara kerja pengiraan haruslah
ditunjukkan dalam ruangan yang disediakan. Jawapan harus disertakan
dengan unit SI seperti cm3, saat, m, kg, saat per cm3, km per jam dan
sebagainya.
9. Bagi soalan yang melibatkan gambarajah, lukisan harus mempunyai ciri-ciri
berikut;
i. BESAR. Lukisan memenuhi ruangan yang disediakan. Jangan buat lukisan
yang terlalu kecil.
ii. JELAS. Lukisan jelas dan terang. Sebaik-baiknya menggunakan pensel 2B.
iii. GARISAN JELAS. Garisan tebal dan tiada GARIS PUTUS-PUTUS atau
BERSILANG.

iv. TIADA LOREKAN.


v. BERSIH. Tiada kesan pemadaman yang boleh menjejaskan gambarajah.
vi. GARIS LABEL TIDAK BERSILANG.
10. Bagi soalan yang melibatkan graf, anda harus mengetahui beberapa ciri
graf seperti berikut;
i. BESAR. Graf harus (seboleh-bolehnya) memenuhi kertas graf yang
disediakan.
ii. PAKSI. Garis dan tajuk graf berserta unitnya.
iii. SKALA. Skala mengikut kadar peningkatan yang seragam. Sebagai contoh;
0.0, 0.1, 0.2, 0.3, 0.4, 0.5 atau 0, 5, 10, 15, 20, 25.
iv. KOORDINAT YANG BETUL. Titik koordinat pada tempat
yang betul dan bertanda.
v. BENTUK GRAF YANG BETUL. Biasanya licin, lengkungan dan garis lurus.

Bahagian C (Esei: 20 markah: 4 soalan jawab DUA


sahaja)
Bahagian ini merupakan bahagian dimana ramai pelajar melakukan kesilapan
iaitu menulis jawapan yang terlalu panjang, berjela-jela, ayat yang sukar
difahami, tidak memenuhi kehendak soalan dan fakta yang terlalu umum(tidak
melibatkan fakta dan konsep sains). Sebenarnya, bahagian ini amat mudah
untuk mendapatkan markah yang baik sekiranya pelajar mengetahui teknik
menjawapnya. Berikut beberapa perkara yang perlu diketahui oleh pelajar
berhubung dengan teknik menjawab soalan esei.
1. FAHAMKAN KEHENDAK SOALAN. Rangka jawapan anda mengikut
kehendak soalan dan bersesuaian dengan markah yang diperuntukkan. SATU
MARKAH UNTUK SATU ISI PENTING.
2. PENDAHULUAN dan PENUTUP TIDAK PERLU. Jawapan haruslah ringkas
dan mudah difahami. Jangan membuat ayat yang terlalu panjang kerana
kemungkinan anda melakukan kesalahan adalah besar.
3. FAHAMKAN ARAHAN yang terdapat dalam soalan. Setiap bentuk arahan
mempunyai kaedah menjawab yang tersendiri dan secara ringkasnya adalah
seperti berikut;
A. TAKRIF/DEFINISI/MAKNA/MAKSUD istilah.

Jelaskan istilah dengan ringkas berserta kata kuncinya. Penjelasan lanjut


adalah tidak diperlukan dan tidak akan mendatangkan sebarang markah.
B. NYATAKAN/BERIKAN/SENARAIKAN.
Nyatakan dengan ringkas apa yang diminta oleh soalan. Penjelasan lanjut
tidak diperlukan. Sebagai contoh;
Nyatakan tiga sifat getah asli? (3 markah)
Sifat-sifat getah asli ialah melekit apabila dipanaskan, terlalu kenyal dan
lembut.
C. TERANGKAN/JELASKAN.
Jelaskan dengan ringkas menggunakan prinsip, konsep atau fakta sains.
Penjelasan umum tanpa menggunakan "bahasa sains" tidak akan memberikan
sebarang markah.
Minyak kelapa sawit ialah minyak yang berkhasiat dan baik untuk kesihatan.
Jelaskan. (3 markah)
Minyak kelapa sawit berkhasiat dan baik untuk kesihatan kerana;
i. mengandungi vitamin A dan vitamin E;
ii. tidak mengandungi kolesterol; dan
iii. mengurangkan kolesterol dalam darah.
D. PERBEZAAN dan PERBANDINGAN.
Kaedah terbaik untuk menjawab soalan yang melibatkan perbezaan dan
perbandingan ialah dengan menggunakan JADUAL. Setiap perbezaan dan
perbandingan tentang perkara yang sama harus diletakkan pada baris yang
sama. Bagi jawapan berbentuk ayat, lihat contoh di bawah.
Jelaskan perbezaan antara lemak tepu dengan lemak tak tepu. (3 markah)

Lemak Tepu

Lemak Tak Tepu

Pepejal pada suhu bilik

Cecair pada suhu bilik

Takat lebur tinggi

Takat lebur rendah

Mempunyai ikatan tunggal antara


atom karbon

Mempunyai ikatan ganda dua antara


atom karbon

ataupun,
Perbezaan antara lemak tepu dengan lemak tak tepu ialah;
i. pada suhu bilik, lemak tepu dalam keadaan pepejal manakala lemak tak tepu
cecair;
ii. lemak tepu mempunyai takat lebur yang tinggi berbanding lemak tak tepu;
iii. lemak tepu mempunyai ikatan tunggal dalam molekulnya, manakala lemak
tak tepu mempunyai ikatan ganda dua.
D. HURAIKAN/BINCANGKAN.
Jawapan agak panjang sedikit, walau bagaimanapun gunakan ayat yang
ringkas dan mudah difahami. Jawapan harus disokong atau disertakan dengan
konsep dan fakta sains yang jelas seperti pembuktian melalui eksperimen,
langkah-langkah dan keputusan eksperimen. Langkah-langkah eksperimen
harus meng-gunakan AYAT PASIF mengikut nombor dan urutan yang betul.
Adakalanya gambarajah juga perlu disertakan untuk mengukuhkan jawapan
anda.

KESALAHAN YANG BIASA DILAKUKAN


Soalan Struktur
1. Menggunakan SINGKATAN PERKATAAN dan SIMBOL dalam persamaan
tindak balas kimia. Sebagai contoh, @ (atau), / (atau), & (dan), dll (dan lainlain), 2 (dua), M (merah), U (ungu). Bagi tindak balas kimia, persamaan harus
ditulis dalam bentuk PERKATAAN.
2. Tidak boleh membuat pemerhatian yang baik terhadap eksperimen yang
terdapat dalam soalan. Ini menyebabkan pelajar memberikan jawapan yang
jauh berbeza daripada jawapan yang dikehendaki. Sebagai contoh;

Nyatakan pemerhatian yang membolehkan anda membuat kesimpulan di d(i).


Jwpn. Pelajar : Kerana penisilin sangat berkesan dalam membunuh
mikrorganisma.
Jwpn. Sebenar : Kerana kawasan jernih di sekitar cakera penisilin lebih luas
ber- banding cakera streptomisin.
3. Jawapan TERLALU UMUM iaitu tidak menggunakan prinsip, hukum dan
istilah sains yang bersesuaian.
4. SALAH EJAAN. Ramai pelajar tidak menitikberatkan KETELITIAN dalam
menjawab soalan terutamanya yang melibatkan istilah.
5. JAWAPAN PANJANG dan menyalin balik soalan. Sebagi contoh;
Namakan satu penyakit yang boleh dirawat menggunakan penisilin.
Penyakit yang boleh dirawat dengan penisilin ialah kudis
6. TIDAK BOLEH MEMBACA UKURAN alat-alat radas sains seperti silender
penyukat, neraca spring dan alat radas lain.
7. Jawapan bercanggah. Jawapan yang diberi bertentangan iaitu ada jawapan
salah dan jawapan betul. Sebagai contoh;
Nyatakan dua ciri imej yang terbentuk.
1. Nyata 2. Maya
8. TULISAN TERLALU SUKAR DIBACA.
9. LEMAH DALAM PENGGUNAAN FORMULA.
10. UNIT TIDAK DISERTAKAN.
11. Tidak memenuhi kehendak soalan.
Terangkan bagaimana rabun jauh diatasi?
Rabun jauh tidak dapat melihat objek yang jauh
12. Tidak boleh membezakan antara arahan LUKISKAN dan LAKARKAN. Rajah
tidak berlabel, label bersilang dan tidak lengkap. Sebagai contoh, rajah sinar
tidak mempunyai anak panah.

13. TIDAK TAHU MEMPLOT/MELUKIS GRAF dan tidak tahu membaca


koordinat.
14. PENGETAHUAN TIDAK MENCUKUPI atau SAMAR-SAMAR.

Soalan Esei
1. Tidak memahami kehendak soalan. Jawapan pelajar biasanya terlalu
penjang berbanding dengan markah yang diperuntukkan diikuti oleh
perenggan dan ayat yang TERLALU PANJANG dan berputar-belit.
2. Tidak merancang bagaimana hendak menjawab soalan akibatnya jawapan
tidak tersusun, bercelaru, fakta yang sama diulang-ulang dan sesetengahnya
keluar daripada kehendak soalan.
3. Tidak melukis gambarajah dengan betul. Biasanya gambarajah dilukis
alakadar, telalu ringkas, kotor dan terlalu kecil. Gambarajah tidak dilabel dan
kadangkala terdapat label yang bersilang.
4. Isi terlalu am iaitu tidak menggunakan "bahasa sains". Kadang kala "istilah
kampung" turut digunakan dalam jawapan.
5. Lemah dalam soalan perbandingan dan perbezaan. Sebagai contoh;
Jelaskan perbezaan antara lemak tepu dengan lemak tak tepu. (3 markah)

Lemak Tepu

Lemak Tak Tepu

Pepejal pada suhu bilik

Takat lebur rendah

Takat lebur tinggi

Cecair pada suhu bilik

Adalah lemak haiwan

Selalunya dibuat minyak masak

6. Tidak mahu mencuba langsung walaupun sesetengah soalan sebenarnya


terlalu mudah kerana kadangkala jawapan telah ada dalam soalan.

PENUTUP
Melalui kertas kerja ini adalah diharapkan anda telah mempelajari kemahiran
yang baru dan berusaha menggunakannya sama ada dalam latihan, ujian
mahupun peperiksaan apatah lagi dalam SPM nanti. Perbaiki kelemahan anda
dan ingatlah markah yang baik datangnya daripada jawapan yang baik.

Anda mungkin juga menyukai