Anda di halaman 1dari 10

PEMBANGUNAN LESTARI

Disediakan oleh : Gan Geok Hiong & Tang Chai Sia

Pembangunan Lestari /Mampan


Pembangunan atau kemajuan dengan pemeliharaan dan pemuliharaan alam
sekitar daripada musnah. Pemuliharaan membawa maksud membaik pulih
sumber-sumber alam sekitar seperti air, hutan, tenaga, udara, mineral dan lainlain yang telah digunakan tanpa membiarkan sumber-sumber itu pupus.
Pemeliharaan pula meliputi aspek penjagaan dan perlindungan untuk
mengekalkan sumber-sumber semula jadi daripada diteroka dengan rakus oleh
manusia. Idea pembangunan lestari dibentuk berasaskan konsep dan prinsip
pembangunan secara berterusan dan bermatlamat untuk memenuhi keperluan
masa kini tanpa menjejaskan keupayaan generasi akan datang.

Konsep Pembangunan Lestari


Konsep pembangunan lestari muncull ekoran daripada kesedaran tentang
kepentingan pemuliharaan dan pemeliharaan sumber alam sekitar. Isu
pembangunan telah dibincangkan secara seriue dalam Sidang Kemuncak bumi
yang diadakan di Rio De Janerio pada tahun 1992 dan di Johannesburg pada 26
Ogos hingga 4 September 2002. Persidangan pada tahun 1992 telah merintis
pada wujudnya Agenda 21 yang merupakan plan tindakan yang mengandungi
satu set prinsip-prinsip yang menyeluruh untuk membantu pihak kerajaan dan
institusi dalam melaksanakan dasar-dasar dan program-program pembangunan
lestari di negara masing-masing.

Pembangunan Lestari didefinisikan sebagai pembangunan yang


dilaksanakan untuk menghindari pelupusan sumber dan memastikan kerosakan
minimum ke atas alam semulajadi. Pembangunan Lestari mengikut definisi
UNESCO ( 2002 ) diertikan sebagai balancing balancing the fulfillment of
human needs with the protection of the natural environment so that these needs
can be met not only in the present, but in the indefinite future.
Pembangunan Lestari adalah kemampuan untuk memberi sokongan
untuk memelihara sistem kehidupan sepenuhnya dalam manusia dan kehidupan
lain di planet ini iaitu kemampuan untuk menyalurkan keperluan-keperluan unutk
hidup secara berterusan dalam semua jenis benda hidup. Dalam konsep
pembangunan lestari, penekanan diberikan kepada keseimbangan antara
memenuhi keperluan manusia dengan keupayaan sistem semulajadi untuk
membekalkan produk dan perkhidmatan tanpa degradasi.

Pada tahun 1973, Kerajaan Malaysia telah menubuhkan Kementerian Teknologi,


Penyelidikan dan Kerajaan Tempatan. Dalam usaha untuk mencerminkan
penekanan kerajaan terhadap sains dan teknologi (S&T) dan inovasi,
Kementerian ini telah dirombak dan dikenali sebagai Kementerian Sains,
Teknologi dan Alam Sekitar (MOSTE) pada tahun 1976. Pada tahun 2004
Kementerian ini telah dirombak dan dikenali sebagai Kemeneterian Sains,
Teknologi dan Inovasi (MOSTI). Misi MOSTI adalah untuk mewujudkan sebuah
persekitaran yang berdaya saing untuk kemajuan dalam bidang sains dan
teknologi dengan maksud menjana pengetahuan kemewahan dan meningkatkan
kualiti hidup melalui pembangunan lestari. Kementerian ini dipandukan oleh
misinya untuk meningkatkan persaingan Malaysia dalam bidang sains dan
teknologi supaya rakyat Malaysia menjadi bangsa yang berdaya saing di
peringkat antarabangsa dan terus komited terhadap pengurusan alam sekitar
untuk jangka masa panjang.
Oleh itu, objektif MOSTI adalah untuk :Menggalakkan pemahaman kesedaran dan
penghargaan terhadap S&T.Menggalakkan penyelidikan dan pembangunan (P&P)
dalam bidang-bidang yang berkaitan dengan S&T. Memelihara dan memantau
alam sekitarMenyediakan perkhidmatan sokongan teknikal dan pengurusan yang
berkesan. Usaha dan inisiatif Kementerian untuk melaksanakan tugas dan
tanggungjawabnya adalah berpandukan kepada beberapa rancangan dan polisi.
Ini termasuklah Rangka Rancangan Jangka Panjang Ke-3 (OPP3), Rancangan
Malaysia ke-8. (RMKe-8), Pelan Induk Industri (IMP2), Polisi S&T Kebangsaan dan
Pelan Tindakan Teknologi (TAP).
Pada bulan November 2002, Dasar Alam Sekitar Negara (NPE) telah
dilancarkan dan kesannya terhadap pengurusan lestari alam sekitar dan sumber
asli akan menjadi lebih terserlah. RMKe-8 meliputi jangka masa 2000-2005 dan
menggabungkan strategi-strategi, program-program dan projek-projek yang
bertujuan untuk mencapai objektif Wawasan 2020. Cabaran-cabaran getir yang
menggambarkan jangka masa ini termasuklah globalisasi, liberalisasi dalam
perkhidmatan dan pembangunan berbentuk teknologi yang pantas. Untuk tujuan
ini, RMKe-8 telah menyusun semula strategi pertumbuhan ekonomi negara untuk
mencapai pembangunan ekonomi yang berteraskan pengetahuan. Kini terdapat
tumpuan yang lebih terhadap usaha sektor awam, khususnya terhadap
peningkatan kepada aktiviti-aktiviti P&P dan juga inovasi teknologi. Sektor awam
akan bertindak sebagai penasihat dengan memberikan rangka kerja yang kukuh
dan perkhidmatan yang berkesan di samping menyediakan insentif-insentif fiskal
dan kewangan. RMKe-8 amat menekankan dan terus memberikan perhatian
terhadap isu-isu yang berkaitan dengan alam sekitar dan sumber-sumber asli
scara bersepadu untuk mencapai pembangunan lestari dan meningkatkan kualiti
hidup rakyat Malaysia.
Di bawah Dasar S&T Kebangsaan dan Pembangunan Teknologi Industri : Sebuah
Plan Tindakan Kebangsaan, Malaysia telah berjaya membangunkan keupayaan
dan kebolehannya dalam bidang sains dan teknologi melalui pelbagai program
dan aktiviti. Dalam menghadapi cabaran yang mendatang, Kementerian telah
memperkukuhkan usahanya untuk mengkaji semula Dasar S&T Kebangsaan

dengan matlamat untuk menghasilkan Polisi S&T Kebangsaan yang ke-2.DSTN 2


dijangka dapat menyediakan satu rangka kerja yang lebih dinamik untuk
pembangunan S&T, dengan penekanan yang lebih kepada penglibatan sektor
swasta dan juga P&P yang berasaskan pasaran. Idea yang utama adalah untuk
mendapatkan kerjasama di kedua-dua sektor awam dan swasta, bagi
memperkukuhkan lagi kebolehan dan kemampuan negara dalam bidang
penyelidikan dan teknologi.
Fokus DSTN 2 akan menjurus kepada aktiviti-aktiviti berasaskan teknologi tinggi
dan intensif pengetahuan yang secara dasarnya bertujuan untuk mengubah
Malaysia menjadi sebuah negara penyumbang, bukan sahaja sebagai pengguna,
dalam bidang sains dan teknologi. Dasar Alam Sekitar kebangsaan
memperjelaskan komitmen kerajaan Malaysia terhadap pembangunan lestari.
Polisi ini menjadi pelengkap kepada Wawasan 2020 yang bertujuan untuk
memastikan Malaysia mencapai tahap sebuah negara membangun tanpa
menjejaskan sumber-sumber asli dan alam sekitar.
Prinsip Alam Sekitar Lestari Dan Pembangunan Lestari.
Kenyataan prinsip dan dasar, pembinaan perancangan yang kukuh dan usaha
perlaksanaan berterusan kepada komitmen ini merupakan asas penting untuk
mencapai kelestarian. Persidangan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Alam
Sekitar dan Pembangunan di Rio De Janeiro dari 3 hingga 4 Jun 1992
mengumumkan prinsip-prinsip berikut:
Prinsip 1: Manusia menjadi fokus pembangunan lestari. Mereka berhak
menikmati kehidupan yang sihat dan produktif serta harmoni dengan alam
semulajadi.
Prinsip 2 : Selaras dengan perakuan Bangsa-Bangsa Bersatu dan prinsip undangundang antarabangsa, semua negara mempunyai hak sepenuhnya untuk
memanfaatkan sumber-sumbernya unutk memantapkan polisi-polisi alam sekitar
dan pembangunannya sendiri, dan bertanggungjawab memastikan bahawa
aktiviti-aktiviti di bawah bidang kuasa dan kawalannya tidak menyebabkan
kerosakan alam sekitar negara lain atau kawasan melampaui batasan bidang
kuasa negaranya.
Prinsip 3 : Hak untuk membangun mesti ditunaikan bagi memenuhi keperluan
pembangunan dan alam sekitar yang saksama unutk generasi kini dan akan
datang.
Prinsip 4 : Untuk memcapai pembangunan lestari, perlindungan alam sekitar
hendaklah mengandungi proses pembangunan yang terkamir dan tidak boleh
dipertimbangkan secara berasingan.
Prinsip 5 : Semua Negara dan rakyat hendaklah bekerjasama membasmi
kemiskinan sebaga suatu keperluan yang wajib unutk pembangunan lestari,
dalam usaha mengurangkan perbezaan kualiti hidup dan memenuhi keperluan
majoriti penduduk dunia dengan lebih baik.

Prinsip 6 : Keadaan dan keperluan-kepeeluan khas negara membangun,


terutama negara kurang membangun dan terlalu terdedah kepada bahaya alam
sekitar haruslah diberi keutamaan khusus. Tindakan-tindakan antarabangsa
dalam bidang alam sekitar dan pembangunan hendaklah juga mengambilkan
kepentingan semua negara.
Prinsip 7 : setiap negara hendaklah bekerjasama dalam semangat perkongsian
sedunia untuk memulihara, melindungi dan mengekalkan kesihatan dan integriri
ekosistem bumi. Memandangkan sumbangan yang berbeza terhadap
kemusnahan alam sekitar sedunia, negeri mempunyai tanggungjawab yang
sealiran tetapi berlainan. Negara maju mesti memhami tanggungjawab yang
sealiran tetapi berlainan. Negara maju mesti memahami tanggungjawab yang
mereka pikul dalam susulan antarabangsa mengenai pembangunan lestari
memandangkan tekanan yang diberika oleh rakyat mereka ke atas alam sekitar
sedunia serta teknologi dan sumber kewangan yang mereka kuasai.
Prinsip 8 : Untuk mencapai pembangunan lestari dan kualiti hidup yang lebih
baik untuk semua rakyat, negara hendaklah mengurang dan memberhentikan
pola-pola pengeluaran dan kepenggunaan yang tidak lestari dan memajukan
polisi-polisi demografi yang sesuai.

Prinsip 9 : Negara-negara hendaklah bekerjasama mengukuhkan keupayaan


masyarakat terpinggir untuk pembangunan lestari dengan mempertingkatkan
kefahaman saintifik dan teknologi dan dengan mempertingkatkan pembangunan,
penyesuaian, pengembangan dan pemindahan teknologi baru dan inovatif.
Prinsip 10 : isu alam sekitar sebaik-baiknya ditangani dengan penyertaan semua
rakyat terkesan pada semua peringkat yang relevan. Pada peringkat
kebangsaan, setiap individu haruslah mempunyai akses yang sesuai kepada
maklumat mengenai alam sekitar yang diwujudkan oleh pihak berkuasa awam,
termasuk maklumat tentang bahan-bahan merbahaya dan aktiviti-aktiviti di
dalam komuniti mereka dan peluang penglibatan mereka di dalam proses
membuat keputusan. Negara hendaklah membantu dan menggalakkan
kesedaran dan penglibatan awam dengan menyebar maklumat secara meluas.
Pelbagai usaha telah dijalankan bagi memastikan kelestarian alam sekitar
menjadi suatu perkara yang menjadi perkara yang dititikberatkan oleh seluruh
umat manusia. Usaha-usaha ini meliputi pelbagai peringkat baik dari peringkat
tempatan, mahupun antarabangsa. Antara usaha yang telah dilakukan oleh
pihak antarabangsa adalah melalui Deklarasi Langkawi (1989), Sidang Kemuncak
Bumi di Rio de Janeiro (1992), dan Persidangan Perubahan Iklim Pertubuhan
Bangsa-Bangsa Bersatu 2009 di Copenhagen.
Sidang Kemuncak Bumi di Rio de Janeiro (1992)
Semasa Sidang Kemuncak Bumi ini diadakan, banyak usaha telah diambil bagi
menunjukkan betapa tingginya kesedaran sesetengah pihak dalam memandang
isu alam sekitar yang semakin hari semakin tenat disebabkan pencemaran dari

pelbagai sudut seperti tanah, air, dan udara. Antara usaha yang dapat dilihat
semasa sidang ini berlangsung adalah melalui Agenda dan 21Protokol Kyoto.
Agenda 21 merupakan perjanjian atau panduan yang dibentuk oleh Persidangan
Alam Sekitar dan Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNCED)
sewaktu sesi persidangannya di Rio de Janeiro (Sidang Kemuncak Bumi) pada
1992. Agenda ini menggariskan beberapa perkara yang harus dilaksanakan oleh
negara-negara anggota PBB (yang menerima pakai Agenda ini) seterusnya
mengadakan laporan khusus (tahunan) tentang perjalanannya di peringkat
negara, dan kemudian diserahkan kepada Majlis Pembangunan Mapan (CSD).
Laporan tersebut antaranya mengandungi kegiatan yang dilakukan yang
memenuhi hasrat Agenda 21, halangan dan cabaran yang dihadapi, serta isu-isu
alam sekitar dan pembangunan yang berkaitan.
Pembangunan Mapan (Green City)

Latar belakang Agenda 21:


Agenda 21 menekankan alam sekitar dan pembangunan yang seimbang dan
mampan;
Merupakan program tindakan pembangunan mampan global dan angka 21
menandakan abad ke-21;
Ditandatangani oleh lebih 178 wakil kerajaan termasuk Malaysia; dan
Agenda 21 mengandungi 40 bab yang kesemuanya berhubung dengan
pembangunan mampan; dan bab 28 Agenda 21 bertajuk Usaha Pihak Berkuasa
Tempatan (PBT) Dalam Menyokong Agenda 21
Deklarasi Langkawi
Deklarasi Langkawi adalah komitmen semua negara-negara Komanwel (negara
yang pernah dijajah oleh British) untuk menjaga dan melindungi alam sekitar.
Pada bulan Oktober 1989, Deklarasi Langkawi telah berjaya dikeluarkan. Ia
adalah bersempena Mesyuarat Ketua-Ketua Kerajaan Negara Komanwel. Hasil
deklarasi itu ialah mengakui bahawa pencemaran dan pemusnahan alam sekitar
telah bermula sejak zaman penjajah lagi.
Sejarawan J.S. Furnivall melaporkan bahawa zaman kolonial telah menyebabkan
kemerosotan alam sekitar yang hebat. Negara penjajahan mahukan keuntungan
lumayan dari pelaburan modal barat.Keuntungan dari pelaburan itu adalah
semata-mata bagi kepentingan negara mereka.

Anugerah Langkawi peringati Deklarasi Langkawi

PENGURNIAAN Anugerah Langkawi kepada warganegara Malaysia adalah


merupakan program tahunan yang dianjurkan sempena sambutan Minggu Alam
Sekitar Malaysia (MASM) bagi memperingati Deklarasi Langkawi yang telah
ditandatangani oleh Ketua-Ketua Negara Komanwel pada tahun 1989.
Anugerah ini telah diperkenalkan pada tahun 1991 sebagai menunjukkan
komitmen rakyat amnya dan negara khasnya dalam mencapai matlamat
pembangunan mapan selaras dengan Deklarasi Langkawi.
Anugerah Langkawi adalah merupakan penghargaan dan penghormatan
tertinggi negara kepada rakyat negara ini yang telah memberikan sumbangan
yang besar dalam bidang alam sekitar.
Sumbangan itu adalah sama ada dalam bidang pengurusan, perniagaan,
penyelidikan saintifik, akademik, penulisan dan lain-lain bidang yang berkaitan.
Ia diberikan kepada mereka yang telah memberikan sumbangan tenaga dan
fikiran dalam bidang alam sekitar serta bergiat ke arah:
a. Meningkatkan penyertaan orang awam dalam perlindungan alam sekitar;
b. Menghasilkan kesan yang penting dan berjaya menyelesaikan masalah
perlindungan alam sekitar di peringkat tempatan dan antarabangsa dan
c. Berjaya membawa perhatian masyarakat kepada masalah alam sekitar yang
ketara atau menggerakkan tindakan semua pihak ke arah penyelesaiannya.
Penerima akan menerima sebuah plak penghargaan, sijil dan wang tunai
RM10,000.
Apa itu Deklarasi Langkawi
Deklarasi Langkawi adalah komitmen semua negara-negara Komanwel (negara
yang pernah dijajah oleh British) untuk menjaga dan melindungi alam sekitar.

Tujuan dan Kepentingan Pembangunan Lestari


Pembangunan Lestari bertujuan untuk memastikan penggunaan sumber-sumber
semulajadi mencukupi buat masa kini dan untuk masa depan bagi manfaat
semua jenis kehidupan di muka bumi ini. Oleh itu pembangunan lestari amat
bergantung kepada pemuliharaan dan pemeliharaan kesejahtera manusia dan
ekosistem secara bersama. Polisi Malaysia mengenai pembangunan lestari jelas
disebut di dalam Rancangan Malaysia ketujuh. Plan tersebut juga menerankan
langkah-langkah yang diambil untuk memberi penekanan terhadap
pembangunan lestari semasa awal tempoh Rancangan Malaysia. Langkahlangkah baru telah dimulakan semasa Rancangan Malaysia ke-7 ( 1996-2000 )
bagi meningkatkan kebolehan Malaysia untuk membangun secara lestari.

Komponen Dalam Pembangunan Lestari


Pendidikan Pembangunan Lestari (ESD) adalah sebuah visi pendidikan yang
bertujuan untuk membudayakan masyarakat untuk memikul tanggungjawab
untuk mencipta masa depan yang berterusan.
Komponen ESD
Pemuliharaan Sumber
Memastikan penerusan penawaran sumber semulajadi pada masa
sekarang dan akan datang melalui penggunaan tanah yang efektif, pengurangan
sumber yang tidak boleh diperbaharui, pemuliharaan kepelbagaian sumber
semulajadi. Pemulihan merangkumi penggantian sumber, perubahan dalam cara
penggunaan dan memberi perhatian kepada faktor intangible seperti nilai
keselesaan dan nilai warisan.
Pembangunan Fizikal
Memastikan pembangunan alam bina akan berharmoni dengan alam
semulajadi di mana hubungan mereka adalah seimbang dan saling
memanfaatkan, membantu menyedarkan komuniti tentang peluang yang
terdapat di kawasan tersebut dan meminimumkan pembaziran sumber dan
keburukan yang akan dibawa kepada komuniti apabila sesetengah kawasan
perniagaan mengalami tekanan pembangunan yang melampau sedangkan
sesetengah kawasan mengalami kemerosotan perniagaan seperti penutupan
kedai dan kehilangan pekerjaan.
Kualiti Alam Sekitar
Mengelakkan pencemaran alam, melindungi kapasiti ekosistem dan
pembangunan yang akan mengancam kesihatan manusia atau menjejaskan
kualiti kehidupan. Selain itu mengurangkan atau mengubah proses pengeluaran
atau perniagaan yang akan menjejaskan kualiti hidup manusia. Cara
pembuangan dan pelupusan sampah harus dititikberatkan.
Kesaksamaan Sosial
Mengelakkan pembangunan yang menambahkan jurang antara golongan
kaya dan miskin serta mengalakkan pembangunan yang dapat mengurangkan
ketidaksamaan sosial. Selain itu, mengurangkan pembaziran tenaga manusia.
Kesaksamaan sosial perlu dipelihara dari segi peluang ekonomi di sesuatu
kawasan.
Penyertaan politik
Mengalakkan penyertaan komuniti dalam membuat keputusan.
Keputusan ini termasuklah di dalam memilih pentadbiran kerajaan yang
dimahukan. Malaysia mengamalkan sistem demokrasi berparlimen di mana
rakyat bebas di dalam menentukan tampok pemerintahan yang diinginkan.

Pilihan raya diadakan setiap 5 tahun bagi membolehkan rakyat untuk membuat
pilihan di dalam parti-parti politik yang bertanding.

Ekonomi
Melihat dari segi ekonomi terdapat beberapa kateria yang diambil penekanan di
dalam pembangunan lestari iaitu pertumbuhan ekonomi yang
memberangsangkan, ekonomi ini melibatkan pertambahan peluang pekerjaan,
pengunaan yang meningkat, pelaburan asing serta kadar pengganguran dan
kemiskinan yang berkurang. Kedua adalah kesaksamaan di mana ekonomi yang
dibangunkan dapat diterima oleh semua orang, serta memperolehi manfaat
daripada pembangunan ekonomi tersebut. Ketiga adalah kecekapan dalam
perancangan serta pembangunan ekonomi yang dirancang. Kecekapan ini adalah
kecekapan dalan perancangan serta pembangunan ekonomi yang dirancang.
Kecekapan ini termasuklah pengagihan sumber yang cekap dan mengawal
ekonomi agar tidak membebankan rakyat.
Budaya
Gurmit Singh- tokoh pencinta alam yang selalu berbasikal, mengusaha pertanian
organik, pengamal kitar semula barang terpakai dan mempromosi penggunaan
tenaga suria, dipilih sebagai pemenang Anugerah Pengguna Lestari sempena
Hari Pengguna Malaysia pada 26 Julai lalu, anjuran Kementerian Perdagangan
Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna. Gurmit dipilih kerana komitmennya
terhadap gaya hidup dan kepenggunaan lestari, selari dengan tema
kesederhanaan menjamin kesejateraan dan slogan "Amalkan Penggunaan
Lestari".

Selain kepentingannya, kepenggunaan lestari dipilih sebagai slogan sesuai


dengan keadaan semasa dengan peningkatan kadar inflasi, kenaikan harga
barang serta perkhidmatan. Menurut jangkaan laporan ekonomi terkini, kadar
inflasi 7.7 peratus di Malaysia pada Jun 2008 diramal akan terus meningkat.
Peningkatan ini dipengaruhi pelbagai faktor ekonomi, termasuklah kenaikan
tambang kenderaan awam sebelum Hari Raya Aidilfitri, sebagaimana yang
diumumkan Datuk Noh Omar, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi.
Amalan hidup sederhana merupakan ajaran agama bukan sahaja Islam,
bahkan semua agama. Sederhana maksudnya tidak keterlaluan dan berlebihan
dari segala segi, khususnya yang melibatkan perbelanjaan dan gaya hidup.
Sederhana bermakna kita perlu mengkaji buruk baik sebelum melakukan setiap
tindakan agar mencapai matlamat dengan efisien dan efektif dengan biaya
optimum. Sebagai contoh, sederhana dalam berpakaian mestilah sesuai dengan
keperluan kerja atau santai dengan matlamat untuk menurut aurat. Apalah
gunanya kita berbelanja besar tetapi aurat masih terbuka. Dengan matlamat
jelas maka gaya hidup akan lebih terarah, tanpa perlu membazirkan wang

berbelanja membeli pakaian mahal sehingga ada kalanya terpaksa pula


berhutang. Jika demikian maka kita berbelanja tidak menurut kemampuan dan
terkeluar dari definisi kesederhanaan.

Akta-akta yang berkaitan


1. Akta Kualiti Alam Sekitar 1974

Satu peraturan bawah Akta Kualiti Alam Sekitar 1974 yang telah dikuatkuasakan
dala mtahun 1979 menghendaki semua industri mengolah air buangan untuk
mengasingkan bahan pencemar ke paras yang selamat sebelum dilepaskan ke
mana-mana saliran air daratan. Sisa toksik yang tidak boleh diolah perlu dibakar,
dikitar semula atau dihapuskan dengan cara yang selamat seperti ditanam.
Dalam pembinaan infrastruktur, contohnya jalanraya, rancangan yang teliti
harus dibuat. Pembukaan tanah untuk projek perumahan dan pembandaran
perlu disertakan dengan pelan penanaman tumbuhan. Pihak berkuasa mesti
mensyaratkan pemulihan kawasan hijau sebelum sesuatu projek pembangunan
diluluskan. Alam sekitar haruslah diurus dengan teliti dan teratur dalam
sebarang aktiviti ekonomi atau pembangunan. Alam sekitar dengan
keseimbangan ekologinya yang unik tidak harus dikorbankan demi kepentingan
manusia semata-mata.
-pencemaran udara (seksyen 20)
-pencemaran bunyi bising (seksyen 23)
-pencemaran tanah (seksyen 24)
-pencemaran perairan daratan (seksyen 25)
-Pencemaran minyak (seksyen 29)

2. Akta Perhutanan Negara 1984


- seksyen 82 (1) melarang sesiapa melakukan pembakaran dalam hutan simpan.

3. Akta Kerajaan Tempatan 1976


- seksyen 81 menyatakan tindakan boleh diambil ke atas kilang yang
mengeluarkan asap dan menganggu kesihatan serta alam sekitar.

4. Akta Taman Negara 1980

- menghalang aktiviti yang menjejaskan ekosistem hutan

Anda mungkin juga menyukai