Anda di halaman 1dari 1

JAWAPAN b)

Cadangan Pak Tam menubuhkan syarikat sendirian berhad boleh mengakibatkan Pak Tam menghadapi 2 kemungkinan iaitu kelebihan
dan kekurangan penubuhan syarikat sendirian berhad.
Sebelum saya memberi nasihat, maklumat berikut menerangkan tentang kelebihan dan kekurangan penubuhan syarikat sendirian
berhad.
KELEBIHAN
i.

Modal
Pak Tam mudah mendapat modal yang besar dengan pnerbitan saham dan mendapat pinjaman besar.
Dengan modal yg besar, Pak Tam mampu mengubah tenaga kerja yang lebih mahir dan professional

ii.

Mengembangkan Perniagaan
Pak Tam juga dapat mengembangkan perniagaannya dengan lebih meluas untuk menikmati ekonomi bidangan
kerana dapat mengamalkan pengkhususan kerja dan menjimatkan kos pengeluaran

iii.

Liabiliti Terhad
Liabiliti perniagaan yang terhad setakat modal saham yang dilaburkan oleh Pak Tam dan pemegang saham yg lain.

iv.

Entiti

v.

Syarikat adalah satu entiti perniagaan yg berbeza antara perniagaan dengan pemilik. Syarikat boleh mendakwa dan
didakwa.

Jangka hayat Perniagaan


Perniagaan masih kekal walaupun terdapat pemegang saham yang jatuh sakit, meninggal dunia atau menarik diri
daripada perniagaan.

KEKURANGAN
i.

Pengurusan
Pengurusan syarikat yg ditubuhkan oleh Pak Tam akan dikawal oleh lembaga pengarah bukan pemegang saham. Ini
boleh mengakibatkan berlaku pembaziran dan penyelewengan.
Oleh sebab pengurusan dan pemilikan terpisah, maka perselisihan yang timbul mungkin akan menjejaskan prestasi
syarikat.

ii.

Laporan Kewangan
Laporan kewangan syarikat perlu diaudit dan dikawal ketat oleh peraturan dan perundangan Negara.

iii.

Kos Penubuhan
Kos penubuhan dan pembubaran bagi sebuah syarikat sendirian berhad adalah tinggi dan memerlukan masa yang
lama.

iv.

Membuat Keputusan
Lambat membuat sesuatu keputusan terutamanya yg melibatkan dasar kerana perlu mendapatkan persetujuan
daripada pemegang-pemegang saham lain.

v.

Cukai
Selain cukai perseorangan, Pak Tam dan pemegang-pemegang saham lain perlu membayar cukai keuntungan
syarikat yg lebih tinggi iaitu 28%

Setelah meneliti kelebihan dan kekurangan penubuhan syarikat sendirian berhad, saya menasihati Pak Tam supaya meneruskan
hasratnya untuk menubuhkan syarikat sendirian berhad. Hal ini kerana Pak Tam dapat mengembangkan perniagaannya dan membuka
cawangan di tempat lain drp memperoleh modal yg besar dan tenaga kerja yg mahir dan professional.

Anda mungkin juga menyukai