Anda di halaman 1dari 6

BAB 6 - PEMILIKAN PERNIAGAAN

MEMULAKAN PERNIAGAAN
Cara Memulakan perniagaan. 1. Memulakan perniagaan sendiri Seseorang peniaga boleh memulakan perniagaan dengan mengenal pasti peluang perniagaan yang wujud. Untuk memulakan perniagaan, peniaga perlu mempunyai modal yang cukup, mempunyai minat, pengalaman dan kebolehan terhadap perniagaan yang ingin diceburi. 2. Warisan Perniagaan itu diwarisi daripada ibubapa atau ahli keluarga dan hanya perlu meneruskan atau mengembangkan lagi perniagaan tersebut agar lebih berjaya. 3. Mengambil alih Peniaga hanya perlu mengambil sebuah perniagaan yang wujud dengan mengambil alih pengurusannya. 4. Diundang Diundang menjadi rakan kongsi atau pemegang syer, biasanya mempunyai kepakaran atau kebolehan yang diinginkan oleh perniagaannya. 5. Francais Dengan memohon francais daripada pemiliknya yang sudah terkenal. Memerukan perjanjian dibuat antara pemilik francais dengan penerima francais untuk menjalankan perniagaannya atas nama francais itu.

FAKTOR YANG PERLU DIPERTIMBANGKAN UNTUK MEMULAKAN PERNIAGAAN 1. Modal Peniaga yang ingin memulakan perniagaan perlu memastikan modal yang mencukupi. Jumlah modal yang diperlukan bergantung kepada jenis dan saiz perniagaan yang diceburi. 2. Lokasi Lokasi yang dipilih mesti strategik iaitu ditempatkan di kawasan yang mempunyai kuasa beli dan kurang persaingan. 3. Jenis dan milikan perniagaan Jenis dan miikan perniagaan yang dipilih mestilah sesuai dengan minat dan kebolehan yang ada serta modal yang cukup. 4. Sumber bekalan Perlu mengetahui pembekal mana yang dapat membekalkan sumber bekalan yang lebih murah 5. Minat, pengetahuan dan pengalaman Peniaga perlu mempunyai minat, pengetahuan dan pengalaman yang sesuai dengan perniagaan yang ingin diceburi. 6. Persaingan Mesti mengetahui kelemahan dan kekuatan pesaingnya untuk memudahkan perancangan dibuat.

7. Undang-undang dan peraturan Perniagaan yang dipilih mesti tidak melanggar undang-undang dan mesti didaftarkan serta mendapatkan lesen perniagan yang sah.

PENGENDALIAN YANG BERKESAN MELIPUTI 1. Pengurusan Stok Pengurusan stok melibatkan kerja-kerja mendapatkan bekalan stok, memeriksa stok, merekod stok, menyimpan stok dan mengawal stok dan memperagakan stok 2. Pengurusan Kewangan Semua kutipan wang dan perbelanjaan mesti dikawal dan direkodkan dengan tepat dan sistematik untuk mengelakkan kehilangan, kecurian dan penyelewangan 3. Pengurusan Sumber Manusia Dalam pengurusan sumber manusia, usahawan mestilah mementingkan perkara-perkara berikut Meningkatkan kecekapan pekerja Menjaga kebajikan pekerja Mewujudkan hubungan baik Mematuhi undang-undang 4. Pengurusan Masa Usahawan harus bijak mengatur segala urusan mengikut susunan keutamaan. Urusan yang penting dilakukan dahulu dan yang kurang penting dilakukan kemudian. Hal ini dapat melicinkan lagi urusan perniagaan 5. Pengurusan Pelanggan Pengurusan pelanggan melibatkan aspek sepeti berikut Mengenal pasti jenis pelanggan Mengetahui sifat pelanggan Mengetahui cara-cara melayan pelanggan 6. Pengurusan Risiko Usahawan tidak boleh mengelakkan risiko, hal ini kerana setiap perniagaan ada risikonya. Usahwan hanya boleh mengawal dan mengurangkan risiko itu dengan mengambil pelbagai jenis insurans 7. Pengurusan Maklumat Pelbagai maklumat seperti maklumat pelanggan, pembekal, pasaran, kewangan dan sebagainya dapat dikumpul , disimpan, dianalisis dan disebarkan melalui penggunaan komputer

CIRI-CIRI DAN PERBEZAAN ANTARA MILIKAN TUNGGAL, PERKONGSIAN, SYARIKAT BERHAD DAN KOPERASI
Aspek Perbezaan Bilangan ahli Milikan Tunggal 1 orang Akta Pendaftaran 1956 Perkongsian 2 20 orang Syarikat Sdn Bhd 2 50 orang Syarikat Awam Bhd 2 tiada had maksimum Koperasi 50 tiada had maksimum Ordinan Koperasi Malaysia 1984 (pindaan 1995)

Akta

Akta Perkongsian 1961

Akta Syarikat 1965 (pindaan 1985)

Modal perniagaan

Daripada simpanan dan pinjaman peniaga

Daripada simpanan dan pinjaman pekongsi

Liabiliti

Tidak terhad

Tidak terhad (kecuali pekongsi berhad)

Pengurusan dan pentadbiran

Pemilik menetapkan dasar dan mengurus perniagaan sendiri

Dasar ditetapkan oleh semua pekongsi dan diuruskan oleh pekongsi aktif

Cukai

Cukai perniagaan berdasarkan cukai pendapatan perseorangan dengan kadar cukai yang rendah

Daripada terbitan Daripada Sumbangan saham kepada terbitan saham oleh beberapa saham kepada anggota orang orang awam perseorangan Terhad Terhad (kepada (kepada Liabiliti modal yang modal yang terhad kepada dilaburkan dilaburkan sumbangan untuk untuk saham membeli membeli anggota saham) saham) Dasar Dasar Dasar, ditetapkan ditetapkan perancangan, oleh Lembaga oleh Lembaga dan pengarah Pengarah menetapkan (mesti terdiri (boleh terdiri matlamat daripada daripada dilaksanakan pemegang orang yang oleh 1 sahamnya) bukan Anggota tetapi pemegang Lembaga pengurusan sahamnya) Koperasi yang dilaksanakan dilaksanakan dilantik dalam oleh pengurus oleh pengurus mesyuarat dan pekerja dan pekerja agung tahunan yang dibayar yang dibayar koperasi gaji gaji Perniagaan dikenakan cukai perniagaan (kadar berubah) manakala pemegang syer yang mendapat dividen dikenakan cukai pendapatan perseorangan

Aspek Perbezaan

Milikan Tunggal

Perkongsian

Syarikat Sdn Bhd

Syarikat Awam Bhd

Koperasi Dividen dibayar berdasarkan jumlah saham yang dimiliki sekiranya memperolehi keuntungan tetapi kadar dividen tidak boleh melebihi 10% jika lebih minta keizinan Ketua Pendaftar Koperasi

Pembahagian untung rugi

Semua keuntungan dinikmati dan semua kerugian ditanggung oleh pemilik sendiri

Keuntungan/kerugian dibahagikan antara pekongsi mengikut Perjanjian Perkongsian atau Akta Perkongsian 1961 jika tiada perjanjian dibuat

Keuntungan diedarkan kepada pemegang saham dalam bentuk dividen berdasarkan jumlah saham yang dimiliki

Hayat perniagaan

Mungkin tidak berterusan jika pemilik meninggal dunia

Perkongsian dibubarkan jika berlaku kematian, bankrap, ketidaksiuman dikalangan pekongsi

Wujud kekal walaupun pemegang sahamnya meninggal dunia

Pindah milik saham

Berlaku apabila perniagaan dijual kepada orang lain

Berlaku dengan persetujuan semua pekongsi

Status saham

Tiada saham

Pembentangan penyata kewangan

Tidak perlu dibentang kepada orang awam

Saham tidak boleh disenaraikan atau diurusniaga di Bursa Saham Perlu Perlu Perlu dibentangkan dibentangkan dibentangkan kepada kepada kepada orang anggotanya ahlinya dan awam dan dan Ketua Pendaftar Pendaftar Pendaftar Syarikat Syarikat Koperasi Saham boleh disenaraikan atau diurusniaga di Bursa Saham Diwajibkan

Saham tidak boleh dipindah milik secara bebas. Persetujuan dari semua pemegang lain diperlukan Saham tidak boleh disenaraikan atau diurusniaga di Bursa Saham

Saham boleh dipindah milik secara bebas di Bursa Saham melalui broker saham

Saham tidak boleh dipindah milik secara bebas.

Mesyuarat Agung Tahunan

Tidak wujud

PENSWASTAAN
1. Pemindahan milik atau penyerahan perbadanan awam kepada sektor swasta menjadi syarikat berhad. 2. Syarikat ini akan diuruskan dan dikendalikan sepenuhnya oleh pihak swasta seperti Tenaga Nasional Berhad.

TUJUAN 1. Mengurangkan beban perbelanjaan kerajaan. Perbelanjaan yang besar diperlukan untuk menyediakan pelbagai kemudahan asas seperti hospital yang melibatkan kos pembinaan yang tinggi dan kos upah kakitangan yang banyak. Dengan penswastaan beban ini dapat dikurangkan. 2. Pelaburan oleh pihak swasta dapat dipertingkatkan seterusnya akan meningkatkan pertumbuhan ekonomi negara. 3. Dapat meningkatkan mutu barang yang dikeluarkan dan kecekapan perkhidmatan yang disediakan kerana syarikat akan bersaing meningkatkan penggunaan teknologi yang lebih maju. 4. Mengurangkan kuasa monopoli oleh kerajaan dalam kegiatan ekonomi negara, membolehkan kerajaan memberi tumpuan untuk membangun dan memajukan sektor lain. 5. Dapat mengagihkan kekayaan atau hasil negara dengan sama rata di kalangan rakyat. Ekoran peningkatan dalam jumlah sektor membolehkan jumlah kutipan cukai juga meningkat. Hasil pendapatan ini akan digunakan untuk meningkatkan taraf hidup masyarakat. 6. Menggalakkan persaingan antara syarikat yang sedia ada. Setiap syarikat akan cuba menggunakan teknologi yang terkini bagi menghasilkan keluaran dan perkhidmatan yang bermutu untuk menarik minat pembeli.

KELEBIHAN DAN KEKURANGAN PENSWASTAAN Kelebihan 1. Mengurangkan beban kerajaan Beban kerajaan dikurangkan kerana kos penyediaan kemudahan dan perkhidmatan asas yang merugikan diserahkan kepada pihak swasta. Penswastaan dapat menggalakkan pertumbuhan ekonomi swasta dan juga membolehkan kerajaan mengutip hasil daripada jualan ekuiti, bayaran konsesi dan cukai korporat 2. Menggalakkan persaingan dan meningkatkan produktiviti Industri yang diswastakan terpaksa beroperasi dengan cekap kerana didesak oleh pemegang syer dengan tekanan persaingan di sektor swasta 3. Memberi peluang pelaburan kepada orang ramai Tawaran syer daripada syarikat yang diswastakan akan member peluang pelaburan kepada orang ramai. Pelaburan orang ramai dalam ekuiti korporat akibat penswastaan akan mempercepatkan pembangunan negara 4. Memanfaatkan pengguna Pengguna akan beruntung kerana dapat menikmati perkhidmatan yang lebih cekap dan lebih berkualiti daripada entiti yang diswastakan

Kelemahan 1. Keburukan kuasa monopoli Kebanyakan syarikat yang diswastakan adalah pembekal tunggal (monopoli) bagi perkhidmatan tertentu, contohnya TNB dan Pos Malaysia. Syarikat ini boleh mengenakan harga tinggi untuk memaksimumkan keuntungan kerana tiada persaingan. Kepentingan orang ramai akan terjejas kecuali harga dapat dikawal oleh kerajaan 2. Kurang pengalaman dalam pengurusan Projek atau syarikat yang diswastakan biasanya besar dan mega, dan juga memerlukan kemahiran khusus dalam pengendaliannya. Pihak swasta mungkin tidak mempunyai kemahiran dan pengalaman yang sesuai dalam pengurusan. Hal ini mengakibatkan kerugian 3. Kos kemudahan awam yang tinggi Perkhidmatan asas sepatutnya disediakan oleh kerajaan pada kadar bayaran yang rendah kepada semua lapisan masyarakat. Apabila diswastakan, syarikat mengenakan caj yang tinggi untuk mendapatkan keuntungan. Keuntungan itu sebenarnya adalah kos beban rakyat

KESAN PENSWASTAAN 1. Pada keseluruhannya, penswastaan mempunyai kesan yang baik atas sebab berikut Daya produktiviti badan yang diswastakan dapat ditingkatkan Kos operasi dikurangkan akibat kecekapan pengurusan Beban kerajaan dapat dikurangkan Kualiti perkhidmatan bertambah baik Membuka peluang kepada usahawan tempatan untuk mengasah kebolehan dalam pengendalian perniagaan Memberi peluang pelaburan kepada orang awam 2. Terdapat juga kelemahan penswastaan seperti berikut Kerugian daripada projek yang diswastakan atas sebab kekurangan kemahiran dalam pengurusan Caj kemudahan perkhidmatan yang tinggi 3. Namun jika ditinjau secara keseluruhan, penswastaan merupakan jalan yang bijak untuk membawa Malaysia ke tahap pembangunan yang tinggi

Anda mungkin juga menyukai