Anda di halaman 1dari 3

Pasar raya sudah menjadi tempat masyarakat moden membelibelah.

Hal ini menyebabkan masyarakat kita sudah mesra dengan


nama pasar raya seperti Tesco, Aeon Giant dan sebagainya. Kewujudan
pasar raya ini sudah menjadi trend masyarakat moden di samping
penaikan tarak kehidupan penduduk kota agar berdiri sama tinggi,
duduk sama rendah dengan penduduk kota metropolitan di seantero
jagatraya. Sudah terang lagi bersuluh bahawa banyak kelebihan dapat
kita nikmati apabila membeli-belah di pasar raya.
Kelebihan yang utama ialah pilihan barangan yang banyak. Hal ini
dikatakan demikian kerana ruang di dalam pasar raya yang besar
membolehkan pembekal barangan yang sama tetapi jenama berbeza
disusun atur agar pembeli dapat membuat pilihan barangan yang
disukai oleh mereka. Contohnya, serbuk pencuci Dynamo, Daia, Breeze
dan banyak lagi jenama lain tersusun rapi untuk dipilih oleh pelanggan.
Oleh sebab itu, pilihan barangan yang banyak membolehkan
persaingan harga berlaku sehingga memanfaatkan pengguna. Dengan
kata lain, pengguna dapat memilih barangan mengikut kemampuan
dan keperluan mereka berbanding dengan pilihan barangan yang
terhad di pasar mini biasa.
Di samping itu, pelbagai kemudahan lain yang turut disediakan di
pasar raya menjadikan pusat jualan itu menjadi pilihan utama rakyat.
Perkara ini ada benarnya kerana kesibukan ahli masyarakat
menyebabkan mereka suka sambil menyelam minum air di tempat
yang ditujui oleh mereka. Dalam senario ini, seorang wanita yang
bekerja dapat membeli-belah di pasar raya, kemudian membayar bil
elektrik di kaunter pejabat pos mini yang disediakan. Kemudahan ini
menjadikan pasar raya sebagai pusat sehenti untuk menyelesaikan
urusan pembelian barangan dapur di samping mengusaikan urusan
pembayaran bil utiliti yang lain. Dengan kemudahan yang disediakan
oleh pihak pasar raya, jumlah pelanggan ke pasar raya akan terus
meningkat dari hari ke hari.
Pada masa yang sama, harga barang yang lebih murah juga dapat
dinikmati oleh pelanggan. Hal ini berlaku demikian kerana persaingan
sihat antara produk antarabangsa dengan barangan buatan tempatan
akan berlaku. Dalam hal ini, pelanggan mendapat keuntungan apabila
pembekal menurunkan harga barangan demi menarik perhatian
pelanggan. Keadaan ini diperhebat oleh kuantiti sesuatu produk yang
dibeli oleh pihak pasar raya dalam skala yang besar menyebabkan
harga barangan dapat ditekan sehingga paras mampu milik dan
berpatutan. Dengan keadaan sedemikian, pengguna di kota mendapat
faedah kerana dapat membeli-belah dengan harga yang murah
daripada persaingan sihat tersebut.
Kesimpulannya, kehidupan masyarakat kota yang sibuk dengan
urusan rasmi, perniagaan, dan rumah tangga kini menjadi lebih mudah

dengan adanya pasar raya yang giat membuka cawangan dan


melebarkan sayap di seluruh pelosok negara. Dengan kemudahan ini,
kualiti kehidupan penduduk turut dapat dipertingkatkan kerana kita
dapat membeli barangan yang bersih, segar, dan berkualiti. Oleh hal
yang demikian, pembukaan pasar raya di seluruh negara merupakan
petanda baik kepada iklim ekonomi di Malaysia yang tidak menentu.
Saya berharap agar ekonomi negara dapat dirangsang dengan
kemudahan pasar raya di seluruh negara. Jom, kita beli-belah!

Anda mungkin juga menyukai