Anda di halaman 1dari 2

Aku sebuah basikal

Aku berasal dari Negara Matahari Terbit atau lebih dikenali sebagai JEPUN.
Aku dibuat di sebuah kilang besi waja yang tidak besar. Badanku terdiri daripada besi
waja, getah asli, kaca dan plastik.
Apabila badanku telah siap dibuat, aku disebut basikal. Aku dan kawan -kawanku
yang lain dipamerkan di sebuah bilik pameran. Mountain Bike begitulah gelaran
kawan-kawanku kepadaku. Aku berasa sungguh gembira kerana ramai orang memuji
kecantikan dan kehebatanku..
Tidak lama kemudian aku dan kawan-kawanku menaiki sebuah kapal dagang. Aku
berasa sungguh seronok apabila mendapati kami akan dihantar ke Malaysia.
Melalui perbualan dua orang kelasi kapal itu, aku mendapati ramai kanak-kanak di
Malaysia ingin memilikiku. Aku merasa semakin bangga.
Namun, nasib kami sungguh malang . Kapal yang membawa kami ke Malaysia tibatiba karam. Aku dan kawan -kawanku lemas. Tiada seorangpun yang datang
menyelamatkanku. Setahun kemudian, aku dijumpai oleh seorang penyelam. Waktu itu
badanku yang cantik dan bergaya sudah berkarat dan tidak dapat diselamatkan lagi.
Penyelam itu membawa aku dan kawan-kawanku ke kedai yang membeli besi
buruk. Aku dijual di situ. Aku berasa sungguh kesal kerana aku telah menjadi bahan
terbuang sebelum sempat mencurahkan baktiku kepada orang Malaysia.

Aku ialah sebuah basikal yang berjenama Dorris. Aku dilahirkan di sebuah
kilang yang terdapat di Selangor Darul Ehsan. Pada suatu hari, aku telah
dihantar ke sebuah kedai basikal di Petaling Jaya,Selangor.
Aku dihantar ke Petaling Jaya dengan menggunakan lori kecil. Kedai itu
dikenali sebagai JIMMY SHOP SDN. BHD. Di sini, aku dipamerkan kepada
orang ramai. Ramai pelanggan yang tertarik dengan kelebihanku tetapi
mereka tidak mampu untuk membeliku kerana aku dijual dengan harga yang
mahal, iaitu RM300.
Pada suatu hari, seorang bapa bersama anak lelaki yang 10 tahun telah
membeliku. Dia membayar duit kepada penjual lalu membawa aku pulang ke
rumahnya.Aku telah diberikan kepada anak lelakinya itu tadi yang bernama
Kevin.
Kevin selalu menggunakan aku ke sekolah dan bersiar-siar di sekitar
taman permainan yang berdekatan. Aku juga selalu dibawa bersiar-siar di
tepi pantai pada hari minggu. Aku berasa sangat bangga kerana dapat
berkhidmat kepada tuanku. Aku dijaga dengan begitu baik sekali. Setiap
hari, aku dibersihkannya setelah digunakan.
Setelah beberapa tahun kemudian, badan-badanku telah berkarat. Cat
di badanku juga telah tiada. Aku tidak secantik dulu lagi. Kini aku telah
ditempatkan di bangsal kereta ayah kevin. Di sinilah aku menghabiskan sisasisa hidup aku sebagai sebuah basikal.

Anda mungkin juga menyukai