Anda di halaman 1dari 2

Penerbitan bertajuk Perjalanan Yang Cemerlang

menceritakan semula perjuangan Parti Komunis Malaya


dalam sejarah negara. Menurut penerbit buku ini
mengesahkan perjuangan mereka bagaimana untuk
membebaskan negara daripada penjajahan dan
seterusnya mendapatkan kemerdekaan.

Setelah diperincikan dari segi pengolahan bahasa dan


ayat yang telah digunakan oleh penerbit wujudnya unsur
provokasi dan propaganda ideologi terhadap perjuangan
pembebasan Nasional Malaya dan mengalihkan
pemikiran pembaca bahawa mereka seolah-olah Parti
Komunis Malaya adalah pejuang manakala tentera
kerajaan sebagai musuh. Kenyataan ini dapat dibuktikan
pada muka surat yang telah ditandakan.

Provokasi Parti Komunis Malaya terhadap perjuangan


begitu murni dengan menggunakan Bahasa dan ayat
yang merujuk kepada perasaan yang membanggakan
ke atas sumbangan kepada negara muka surat 8,
bahawa wujudnya kerjasama yang baik dengan parti
buruh di Selangor dan menunjukan kecermelangan
pencapaian mereka.

Pada muka sura 15, penerbit mengiktiraf perjuangan


Parti Komunis Malaya dengan mengetuai perjuangan
menentang Jepun. Selain itu pada muka surat 16, 20,
32, 35, 38, 59,68 dan 69 penerbit cuba mengalihkan
pemikiran pembaca kepada perjuangan Parti Komunis
Malaya sebagai hero manakala kerajaan yang ada
sekarang sebagai musuh dan bersekongkol dengan
penjajah dalam usaha mendapatkan kemerdekaan
negara.

Maka dengan demikian, penerbitan ini wajar dikenakan


tindakan perintah larangan bagi menggelakan
kekeliruan pemahaman pembaca yang mengacam
ketenteraman negara. Adalah larangan di pasarkan
untuk menjadi bahan bacaan umum.

Anda mungkin juga menyukai