Anda di halaman 1dari 2

MUHAMAD FAIZ BIN NORASI

D20152072251

Forum 1 : Berdasarkan kajian yang dijalankan, terdapat beberapa kaedah


dalam menangani keagresifan pemain atau atlet. Berikan tiga kaedah yang
seringkali digunakan.

Definisi Keagresifan Sukan :


-

Keagresifan merupakan apa sahaja bentuk tindakan dan perlakuan


yang bermatlamat untuk menyebabkan kecederaan ke atas benda
hidup yang lain dan bermotivasi untuk mengelakkan diri dari
dicederakan. (Baron dan Richardson (1994)

Antara kaedah yang digunakan untuk menangani keagresifan


pemain ialah :
1) Kurikulum Sukan.
- Kurikulum sukan perlu diperkenalkan di peringkat sekolah rendah lagi
- Dalam kurikulum ini terdapat modul yang mengajar etika penonton
dan bermain dalam sukan
- Dengan pengajaran secara memperkenalkan pelbagai jenis program
sukan secara terus akan dapat menyemai nilai-nilai murni dan dapat
membentuk semangat kesukanan tulin sejak di bangku sekolah rendah
lagi
- Dengan adanya program-program tersebut, adalah diharapkan sikap
mulia dalam aktiviti sukan dapat dibentuk melalui Pendidikan Jasmani
dan kegiatan kokurikulum di peringkat awal sekolah.
2) Teknik Mengurus Keganasan.
- Setiap individu mempamerkan satu tingkah laku alternative yang perlu
dipraktikkan secara berulang kali supaya ia menjadi lazim pada
dirinya.
- Antara tingkah laku tersebut adalah menggunakan masa lapang secara
produktif, tegaskan pendirian, uruskan konflik yang dihadapi secara
terbuka dan secara langsung tanpa berselindung, elakan tingkah laku
menyalahkan orang lain, berikan tindak balas positif kepada orang lain,

nilai semula matlamat dan harapan, berehat dan relaksasi buat


sementara waktu.

3) Peranan Jurulatih
- Jurulatih perlu memainkan peranan agar keganasan dapat dikawal. Apa
yang perlu dilakukan adalah meleraikan kekusutan yang dialami atau
dirasai oleh pemainnya daripada menimbulkan keganasan.
- Oleh itu, pemain-pemain akan mempunyai kemahiran mengawal emosi
dan tindak balas hasil daripada kekecewaan tersebut. Jurulatih juga
disarankan supaya tidak memberikan tekanan yang terlalu tinggi
seperti memastikan kemenangan setiap kali bermain.

Anda mungkin juga menyukai