Anda di halaman 1dari 3

KOMPUTER DALAM PENDIDIKAN GGE1153

TAJUK : LEARNING MANAGEMENT SYSTEM (LMS) & CONTENT


MANAGEMENT SYSTEM (CMS)

Nama ahli kumpulan : 1- Siti Rohaya bt Sopian (A160279)


2- Salma Irsalina bt Mahadi (A158654)
Pensyarah : Dr. Siti Fatimah Mohd Yassin

Pengenalan
Learning Management System dan Content Mangement System adalah software atau web
yang hampir sama. Kedua-dua web ini digunakan dalam komputer dan memerlukan kepada
rangkaian internet untuk mengakses software ini. Jadi dalam tugasan ini, kami akan memberi
pendedahan dengan lebih terperinci tentang LMS dan CMS supaya pengguna dapat
membezakan kedua-dua software ini dengan baik. Kami akan cuba memberikan contoh dan
jenis software LMS dan CMS supaya pengguna tidak terkeliru dengan kedua-dua software
ini. Dengan itu, kami telah menggunakan rujukan daripada buku, jurnal dan internet bagi
memantapkan lagi tugasan kami ini.

Learning Management System (LMS)


Learning Management System (LMS) adalah satu aplikasi pembelajaran yang menggunakan
rangkaian internet. LMS ini lebih diperlukan oleh para pelajar dan pensyarah kerana mereka

dapat menyiapkan tugasan secara atas talian walaupun secara jarak jauh. Sebagai contoh,
pensyarah hanya memuat naik tugasan di web LMS seperti I-folio yang digunakan oleh
pelajar UKM dan para pelajar perlu menyiapkan tugasan tersebut pada waktu tersebut dan
segera menghantar tugasan yang disiapkan itu kepada pensyarah secara atas talian. Bukan itu
sahaja, para pelajar dapat berbincang sesama pelajar dan guru jika terdapat kemusykilan
tanpa perlu bersusah payah pergi ke pejabat pensyarah yang jauh dan memakan masa. Dalam
web LMS seperti I-folio ini, pensyarah dapat memuat naik nota-nota kuliah kepada para
pelajar yang dapat memberi ruang kepada para pelajar untuk mengetahui dan bersedia dengan
topik pembelajaran terlebih dahulu sebelum pensyarah memulakan kuliah. Akan tetapi,
sebelum mengakses aplikasi daripada LMS ini, pengguna perlu mendaftar terlebih dahulu
dengan memberikan maklumat-maklumat asas seperti email dan nama penuh pengguna.

Content Management System (CMS)


Content Management System (CMS) atau Sistem Pengurusan Kursus merupakan satu
aplikasi dan software untuk pengguna, khususnya kepada para pelajar yang berjaya
melanjutkan pelajaran ke universiti. CMS ini merupakan aplikasi perisisan berasaskan web
tetapi berbeza skop penggunaanya berbanding LMS. Penggunaan CMS ini lebih berfokus
iaitu lebih menumpukan tentang pengurusan sesuatu kursus. Aplikasi ini sangat memudahkan
para pelajar untuk mendaftar kursus yang ingin mereka ambil tanpa memikirkan tempat dan
masa kerana aplikasi hanya berlaku di atas talian. Sebagai contoh, pentadbiran pendaftaran
tidak perlu lagi bersusah payah untuk mengendalikan urusan paendaftaran pelajar baharu
secara atas kertas, borang yang ditulis dengan tangan dan lain-lain lagi. Hal ini dapat
mengurangkan penggunaan tenaga pengajar, pentadbir dan lain-lain. Antara contoh web yang
digunakan oleh pelajar UKM ialah aplikasi SMPWEB. Aplikasi ini telah memudahkan para
pelajar untuk mendaftar serta menggugurkan kos sebagaimana yang pelajar ingini.

Perbezaan LMS dan CMS


Kedua sistem ini hampir sama akan tetapi terdapat sedikit perbezaan antara kedua-duanya
iaitu dari segi penggunaannya untuk para pengajar dan pelajar. Contoh aplikasi CMS seperti
SMPWEB kerana palikasi ini lebih kepada membantu pelajar mengenai sesuatu kursus yang
mereka daftar iaitu mereka boleh menyemak status hutang pelajar dan menyemak tarikh
peperiksaan. Manakala LMS ialah aplikasi kepada pemberitahuan tentang pengajaran yang
akan dibuat pada setiap kelas atau kuliah seperti I-folio. Oleh itu, ia sangat memberi
kemudahan kepada pensyarah untuk memberikan tugasan kepada pelajar. Para pensyarah
tidak perlu lagi membuat salinan yang banyak sebagai nota untuk diedarkan kepada pelajar.
Kesimpulan
LMS dan CMS ini kedua-duanya mempunyai fungsi yang sama dan memberi kemudahan
kepada pengguna. LMS dan CMS ini sangat berguna kepada masyarakat terutamanya dalam
bidang pendidikan dan keusahawanan. Pengguna dapat berurusan dengan lebih mudah bukan
kepada sebelah pihak malah kedua-dua pihak.

Contoh Aplikasi LMS & CMS

Episerver ( www.episerver.com/ )
Dukeos ( www.dukeo.com.br/ )
A-tutor ( http://www.atutor.ca/ )
Drupal ( https://www.drupal.org/ )
Wordpress ( https://wordpress.com )
Smpweb ( https://smp.ukm.my/upp/ )
I-folio ( http://ifolio.ukm.my/account/login?ReturnUrl=%2f )

RUJUKAN
Web Content Management SYSTEM, Deane Baker, O Reilly Media, March 2016
Web Designers Guide to Wordpress : Plan, Theme, Build, Launch, Jessie Friedman, New
Riders, 2013

Anda mungkin juga menyukai