Anda di halaman 1dari 5

KOD ETIKA PENGIKLANAN

1.

Pengenalan

Kod Etika Pengiklanan disediakan bagi membantu pengusaha Institusi Pendidikan


Swasta (IPS) menyediakan iklan mengikut peruntukan-peruntukan berkaitan dengan
pengiklanan di bawah seksyen 86 dan 130 Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) dan
Peraturan-Peraturan yang dibuat dibawahnya.

2.

Objektif
Objektif Kod Etika Pengiklanan adalah:-

3.

2.1

untuk memastikan iklan dibuat oleh IPS menepati keperluan, syarat dan
kod etika pengiklanan seperti yang ditetapkan oleh Ketua Pendaftar;

2.2

memberi kesedaran dan rasa tanggungjawab kepada IPS tentang


kepentingan penyampaian maklumat jelas, tepat dan benar berhubung
perkhidmatan pendidikan kepada orang awam;

2.3

memberi panduan dan maklumat kepada orang awam untuk memilih


perkhidmatan pendidikan yang ditawarkan oleh IPS.

Pihak Berkuasa (Authority)


3.1.

Ketua Pendaftar boleh dari semasa kesemasa mengubah, membatal,


menukar atau menambah apa-apa syarat yang terkandung di dalam Kod
Etika Pengiklanan untuk kepentingan awam tanpa sebarang notis.

3.2.

Jika terdapat apa-apa keraguan (ambiguity) yang boleh menimbulkan


kekeliruan di dalam Kod Etika Pengiklanan ini, penjelasan dan keputusan
Ketua Pendaftar adalah muktamad.

3.3.

Ketua Pendaftar berhak mengarahkan IPS menghentikan sesuatu iklan


sekiranya terdapat pernyataan yang palsu dan mengelirukan, atau sebabsebab lain yang munasabah.

3.4.

Ketua Pendaftar berhak mengarahkan IPS untuk mengubah atau selainnya


meminda iklan yang telah disiarkan sesuai dengan peruntukan di dalam
Akta 550 dan Peraturan-Peraturan yang di buat di bawahnya.

4.

Pengisian Iklan
4.1.

Iklan adalah sebarang pemberitahuan atau maklumat mengenai IPS seperti


notis, brosur, risalah, papan iklan atau lain-lain yang dibuat secara lisan
atau menerusi apa-apa media cetak dan elektronik atau apa-apa cara lain.
(Garis panduan Pengiklanan IPS adalah di dalam lampiran 1)

4.2.

Iklan hendaklah mengandungi maklumat yang tepat, benar, jelas, terkini


dan boleh dibuktikan. Iklan juga tidak boleh mengandungi pernyataan
yang mengelirukan atau tidak boleh dibuktikan.

4.3.

Maklumat IPS
4.3.1

Butiran mengenai IPS yang terkandung dalam iklan hendaklah


seperti berikut;
(i)

nama dan alamat hendaklah seperti mana yang telah


diluluskan oleh Ketua Pendaftar; serta nombor telefon dan
faks;

(ii)

nombor Perakuan Pendaftaran IPS;

(iii)

nama kursus pengajian yang diluluskan;

(iv)

nama penuh IPS yang diiklankan hendaklah mempunyai


font yang sama (mudah dibaca);

(v)

nama IPS hendaklah diberi keutamaan (prominent) dalam


iklan daripada nama rakan kerjasama.

4.3.2

IPS tidak boleh memberi apa-apa pernyataan yang palsu


mengaburi mata, menyinggung perasaan atau yang mengelirukan
pengguna.

4.4.3

Pengiklanan yang dibuat tidak boleh menyalahgunakan


kepercayaan pengetahuan dan pengalaman pengguna. Contohnya,
Kami pasti anda mendapat A dalam semua subjek

4.4.

Penggunaan Logo
4.4.1

4.4.2

4.5.

4.6.

Jika iklan mengandungi logo, maka logo IPS hendaklah digunakan.


Saiz logo institusi rakan kerjasama dalam atau luar negeri
hendaklah lebih kecil daripada logo IPS.
Contohnya Smart Reader/Kumon
Logo institusi rakan kerjasama dan agensi lain hanya boleh
digunakan setelah mendapat kebenaran dan kelulusan Ketua
Pendaftar.

Pengiklanan Kursus Pengajian


4.5.1

Nama kursus pengajian hendaklah seperti mana yang diluluskan


oleh Ketua Pendaftar.

4.5.2

Syarikat yang bertindak sebagai agen kepada institusi pendidikan


luar negeri tidak dibenarkan mengiklan bagi pihak institusi
berkenaan di Malaysia.

4.5.3

Syarikat pemilik tidak digalakkan untuk mengiklankan kursuskursus pengajian yang ditawarkan oleh institusi induk dan
kumpulan institusi induk dan kumpulan institusi di bawah
miliknya dalam satu iklan. Sekiranya syarikat pemilik ingin
mengiklankan kursus-kursus yang ditawarkan bagi kumpulan di
bawah miliknya, perkara berikut hendaklah dipatuhi;

(i)

Nama kursus pengajian hendaklah dinyatakan bersama IPS yang


mendapat kelulusan;dan

(ii)

Nombor Perakuan Pendaftaran hendaklah dinyatakan bersama IPS


yang mendapat kelulusan.

Pengakuan (Claims)
4.6.1

Sebarang pengakuan terhadap mana-mana pernyataan dan


perbandingan berkaitan hendaklah boleh dibuktikan:
(i)

Rujukan tidak boleh dibuat terhadap mana-mana


pernyataan dan statistik melainkan kelulusan telah
diperolehi daripada badan profesional atau pihak berkuasa
berkenaan;

(ii)

Pernyataan tentang IPS yang tidak boleh ditentusahkan atau


tidak boleh dibuktikan hendaklah dielakkan;

(iii)

IPS tidak boleh menggunakan perkataan-perkataan


grandiloquent atau superlative bagi mengelakkan
kekeliruan kepada orang awam. Contohnya, terbaik (the
best); tersohor (reknown); pengiktirafan antarabangsa
(international recognition); terunggul; paling popular (most
popular) dan dijamin kejayaan;

(iv)

Pengiklanan tidak boleh memberi perakuan bahawa IPS


boleh menjamin kejayaan;

(v)

IPS tidak boleh secara langsung atau tidak langsung


memburuk-burukkan (discredit), memperkecilkan atau
mengkritik mana-mana institusi lain dalam iklan yang
dikeluarkan;

(vi)

IPS tidak boleh membuat pengakuan dan perbandingan


dengan IPS lain yang boleh mengelirukan pengguna.
Antaranya termasuk aspek yang berikut;
(a)

yuran pengajian;

(b)

tenaga pengajar;

(c)

prestasi pelajar;

(d)

institusi rakan kerjasama;

(e)

kemudahan infrastruktur dan lain-lain.

4.7

Penggunaan Tokoh-Tokoh Kenamaan Profesional Dalam Iklan


IPS tidak boleh menggunakan tokoh-tokoh kenamaan/profesional
untuk menyokong pengakuan pengiklanan atau pengesahan
(endorsement) bagi mengelakkan kekeliruan pengguna.

4.8

Pernyataan berkaitan Nilai/Budaya Pengiklanan tidak boleh


mengandungi pernyataan atau persembahan visual yang
bertentangan dengan nilai dan budaya masyarakat Malaysia. IPS
juga tidak boleh membuat pernyataan yang mendiskriminasikan
mana-mana kaum, agama dan jantina.

4.9

Penggunaan Bahasa Dalam Iklan


4.9.1

Iklan hendaklah dalam Bahasa Kebangsaan, sama


ada secara sendiri atau bersama dengan mana-mana
bahasa lain.

4.9.2

Jika Bahasa Kebangsaan digunakan bersama bahasa


lain dalam pengiklanan, perkataan-perkataan dalam
bahasa kebangsaan itu hendaklah lebih besar
saiznya dan ditonjolkan dari segi penekanan visual
dan kedudukan berbanding dengan perkataanperkataan dalam bahasa lain.
Iklan yang menggunakan bahasa lain mestilah
membawa maksud yang sama seperti dalam Bahasa
Kebangsaan.

4.9.3

5.

Semakan Semula
Kod Etika Pengiklanan ini boleh dipinda oleh Ketua Pendaftar dari masa
kesemasa.

Jabatan Pelajaran Swasta


Kementerian Pelajaran Malaysia
2005

Anda mungkin juga menyukai