Anda di halaman 1dari 2

Tokoh Kreativiti - Ellis Paul Torrance

Beliau merupakan salah seorang daripada penyelidik dan pemikir akademik yang sangat
terkenal di dunia. Berbagai kajian dan teori-teorinya dalam bidang kreativiti masih lagi
segar dan digunakan dalam bidang pendidikan sehingga hari ini. Berdasarkan kepada
penulisan dan kerja-kerja penyelidikannya di dalam bidang kreativiti dan pendidikan
akhirnya beliau telah diiktiraf sebagai Bapa Kreativiti (Fathers Of Creativity).
Beliau juga bertanggungjawab dan berjaya mencipta satu kaedah penanda aras bagi
membolehkan proses pengukuran tahap kreativiti pada seseorang individu. Instrumen
yang telah berjaya beliau bangunkan dan perkenalkan adalah Torrence Test of Creative
Thinking (TTOCT). Di samping membangunkan pengujian dan pengukuran kreativiti
beliau juga mencipta serta memperkenalkan teori kreativiti di dalam proses penjanaan
kreativiti seseorang individu. Beliau telah mengaris dan memperkenalkan tujuh perkara
utama dalam proses penjanaan kreativiti individu.
Tujuh perkara tersebut adalah:
(a) Penyoalan
Bagi tujuan untuk merangsang pemikiran seseorang pelajar proses penyoalan adalah
sangat penting dan perlu dipraktikkan. Di samping itu, penyoalan juga boleh
mengalakkan dan merangsang daya pemikiran pelajar berkenaan. Di dalam proses
pembelajaran seni visual, sesi kritikan seni boleh melahirkan dan mewujudkan cetusan
pemikiran kritikal yang baik.
(b) Penemuan
Penemuan adalah merupakan satu aspek yang penting dalam usaha untuk memberikan
galakan dan ransangan oleh guru kepada pelajar untuk tujuan mengalakkan penemuanpenemuan yang terkini melalui kajian dan juga penyelidikan. Dalam hal ini pelajar
digalakan mencuba serta melakukan berbagai ekplorasi dan eksperimen bagi mencari
penemuan terkini melalui aktiviti-aktiviti seni visual.
(c) Pemerhatian
Pemerhatian ataupun observasi ini adalah merujuk kepada penggunaan pelbagai deria
yang terdapat pada manusia. Biasanya apabila kita memperkatakan tentang pemerhatian,
ia berkaitrapat dengan aktiviti-aktiviti dan penghasilan lukisan. Di dalam proses
pendidikan seni visual, proses pemerhatian tidak hanya tertumpu pada pengamatan sahaja
malahan juga merangkumi deria-deria lain termasuklah deria sentuhan, rasa, hidu dan
dengar.
(e) Percubaan
Percubaan dan ekperimentasi yang berterusan bagi mendapatkan hasil yang terbaik
adalah satu proses penghasilan kerja yang sangat baik diamalkan di kalangan pelajar.
Seseorang yang kreatif tidak akan berhenti dari bereksperimentasi bagi memastikan apa
yang dihasilkannya adalah sesuatu yang terbaik. Secara tidak lansung proses mendidik
pelajar supaya tidak mudah berpuas hati dan berputus asa dalam membuat ekperimentasi

akan berupaya membina satu pengalaman yang berguna ketika menghasilkan karya.
(f) Penerokaan
Galakan kepada pelajar bagi membuat penerokaan dan ekplorasi dengan menggunakan
pelbagai bahan dan peralatan yang terdapat di sekeliling kita. Dalam konteks ini,
pendidik dalam bidang pendidikan seni digalakkan untuk membimbing pelajar untuk
menggunakan bahan terpakai yang terdapat di sekeliling mereka dalam proses
menghasilkan karya. Proses ini secara tidak langsung akan membuatkan pelajar
berkenaan akan menjadi lebih peka dan sensitif di samping berupaya menjadi seorang
individu yang mampu untuk menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling.
(g) Memanipulasi
Seseorang individu yang mampu bertindak dan menghasilkan sesuatu melalui bahan atau
keadaan yang ada merupakan satu proses memanipulasi yang sempurna. Ini bermakna
apabila seseorang pelajar mampu menggunakan bahan dan objek yang berada di
sekelilingnya untuk menghasilkan satu karya seni maka proses memanipulasi telah pun
berlaku. Manakala di dalam proses pembelajaran seni pula, ia mampu menyedarkan
pelajar supaya lebih berjimat cermat di samping mengelakan dari melakukan pembaziran
penggunaan bahan semasa menghasilkan karya.
(h) Aktiviti / Bermain
Aktiviti bermain juga boleh meransang kreativiti individu. Bagi seorang kanak-kanak
bermain adalah merupakan satu situasi yang penuh dengan keseronokan dan cabaran.
Kreativiti seseorang kanak-kanak akan lebih terangsang melalui aktiviti-aktiviti yang
sempurna dan berbentuk akademik. Ini dengan secara tidak langsung akan membantu
merangsang proses perkembangan pemikiran dan kreativiti yang sihat.

Anda mungkin juga menyukai