Anda di halaman 1dari 13

Teori pengajaran tingkahlaku

Teori tingkah laku juga dikenali sebagai teori behaviorisme. Teori ini memberi perhatian dan
mengkaji tingkah laku manusia, kerana tingkah laku manusia boleh di lihat dan diukur. Pada
asasnya teori ini melihat tingkah laku manusia sebagai tindakan kepada rangsangan (Stimulus to
response). Teori ini juga menekankan pentingnya pengukuhan (reinforcement) menerusi ganjaran
atau insentif untuk merangsang dan mempengaruhi apa dan bagaimana manusia melakukan
sesuatu, termasuk bagaimana murid belajar.
Menurut teori behavioristik belajar adalah perubahan tingkah laku sebagai hasil dari pengalaman
(Gage, Berliner, 1984) Belajar merupakan akibat adanya interaksi antara stimulus dan respon
(Slavin, 2000). Seseorang dianggap telah belajar sesuatu jika dia dapat menunjukkan perubahan
perilakunya. Menurut teori ini dalam belajar yang penting adalah input yang berupa stimulus dan
output yang berupa respon. Stimulus adalah apa saja yang diberikan guru kepada siswa,
sedangkan respon berupa reaksi atau tanggapan siswa terhadap stimulus yang diberikan oleh
guru tersebut. Proses yang terjadi antara stimulus dan respon tidak penting untuk diperhatikan
kerana tidak dapat diamati dan tidak dapat diukur. Yang dapat diamati adalah stimulus dan
respon, oleh karena itu apa yang diberikan oleh guru (stimulus) dan apa yang diterima oleh siswa
(respon) harus dapat diamati dan diukur. Teori ini mengutamakan pengukuran, sebab pengukuran
merupakan suatu hal penting untuk melihat terjadi atau tidaknya perubahan tingkah laku
tersebut.
Antara tokoh-tokoh mazhab behavioris yang terpengaruh dalam pembentukan teori pembelajaran
ialah Ivan P.Pavlov, J.B. Watson, Edward L.Thorndike dan B.F. Skinner. Menurut ahli-ahli
psikologi Behaviorisme, pembelajaran adalah perubahan kekal yang berlaku dalam diri
seseorang individu disebabkan oleh latihan atau pengalaman. Aliran Behaviorisme menumpukan
perhatian ke atas aspek tingkah laku manusia yang boleh diperhatikan dan boleh
diukur.Kebanyakan teori pembelajaran mereka adalah dihasilkan daripada pemerhatian dan ujian
ke atas haiwan seperti anjing, tikus, kucing dan burung dalam keadaan bilik makmal.Teori
pengajaran tingkahlaku (behaviorisme ) ini sangat dominan dalam tahun 1950an dan 1960an dan
masih berpengaruh hari ini. Teori Pembelajaran Behaviorisme terbahagi kepada 4 iaitu Teori
Pelaziman Klasik Pavlov, Teori Pelaziman Klasik Watson, Teori Edward L.Thorndike dan Teori
Pelaziman Operan Skinner.
Teori Pelaziman Klasik dikaitkan dengan seorang ahli sains Rusia, Ivan P. Pavlov. Beliau
menggunakan anjing untuk mengkaji sistem pencernaannya selepas diberi makanan dan akhirnya
menemui Teori Pelaziman Klasik. Beliau menjalankan eksperimennya dengan menggunakan
seekor anjing dan mengkaji perkaitan rembesan air liur dengan proses pelaziman. Pavlov telah
mendapati bahawa rembesan air liur dan jus gastrik anjing bukan sahaja ditambah semasa
makanan di dalam mulutnya, tetapi juga apabila makanan yang dikesannya. Fenomena rembesan
air liur dan jus gastrik adalah sesuatu jenis gerak balas yang tidak perlu dipelajari yang
dinamakan gerak balas tak terlazim. Tetapi fenomena rembesan air liur yang berlaku semasa
makanan dikesannya adalah sesuatu yang dipelajari yang di panggil gerak balas terlazim.
Manakala makanan yang dikesannya adalah dipanggil sebagai rangsangan terlazim. Bagi
mengesahkan fenomena tersebut, Pavlov menggunakan cahaya lampu dan bunyi loceng sebagai

ransangan terlazim. Hasilnya mendapati bahawa, anjing akan melelehkan air liurnya apabila
loceng dibunyikan.
Menurut Pavlov, setiap ransangan akan menimbulkan gerak balas. Gerak balas adalah sebarang
tingkah laku yang timbul akibat ransangan. Ransangan adalah sebarang bentuk tenaga yang
menimbulkan gerak balas. Contohnya apabila anda duduk di atas kerusi dalam bilik doktor gigi,
anda menggetar ketakutan walaupun ubat bius dapat menghilangkan kesakitan anda. Ini
disebabkan anda mengaitkan kerusi tersebut dengan pengalaman sakit dalam peristiwa cabut gigi
sebelum ini. Pembelajaran yang mengaitkan kerusi doktor gigi dengan kesakitan dikenali sebagai
"pelaziman klasik". Pembelajaran begini juga kadangkala disebut " Pavlovian Conditioning"
(Poediger et. al. 1996sm. 225)
Watson dan Rayner pula telah menjalankan kajian untuk membuktikan bahawa emosi manusia
boleh dilazimkan secara pelaziman klasik. Beliau telah menjalankan kajian ke atas seorang
kanak-kanak lelaki bernama Albert berusia 11 bulan dan seekor tikus putih. Pada mulanya,
Albert tidak menunjukkan perasaan takut apabila ditunjukkan dengan seekor tikus putih. Tetapi
apabila satu bunyi yang kuat dikeluarkan apabila Albert mahu mencapai tikus putih tersebut,
Albert menjadi takut dan mengangis. Berdasarkan penyelidikan ini, Watson menyarankan
bahawa guru boleh mempengaruhi pengalaman pembelajaran pelajar dengan menentukan
ransangan dan jenis gerak balas yang akan dihasilkan. Sungguhpun begitu, kajian Watson telah
dikritik kerana dianggap telah melanggar etika.
TEORI OPERAN SKINNER (1904-1990)

Image Detail

Rata-rata penduduk Amerika Syarikat mengetahui tentang B.F. Skinner disebabkan oleh idea dan
pendapat beliau mengenai pembelajaran. Ia telah memberi kesan yang mendalam terhadap
system pendidikan di Amerika, amalan keibubapaan dan pendekatan terhadap pengurusan
perniagaan (Samuel E.Wood, Ellen Green Wood & Denise Boyd, 2007). Dalam proses
pembelajaran, teori dan konsep yang dikemukakan oleh beliau ialahTeori Pelaziman Operan
dimana teori ini telah diguna pakai oleh para pendidik dalam aktiviti pengajaran dan
pembelajaran di dalam bilik darjah. Perkataan operan bermaksud sebagai satu tindak balas yang
beroperasi ke alam sekitar. Ia adalah sebagai tingkah laku yang menjadi instrumen dalam
menghasilkan perubahan dalam persekitaran (Mohamad Saleh Lebar, 1999).
EKSPERIMEN SKINNER
Kebanyakkan eksperimen awal golongan pengikut behaviorisme menggunakan binatang
( Skinner misalnya menggunakan tikus putih) yang memfokus kepada perlakuan refleksi
organisma apabila dikenakan ransangan. Ringkasnya behaviourisme menjelaskan pembelajaran
tanpa merujuk kepada proses kognitif.
Skinner terkenal kerana kajian beliau ke atas tikus dengan menggunakan Kotak Skinner.
Walaupun tikus jauh berbeza dengan manusia, namun Skinner telah mengandaikan bahawa

segala konsep berkaitan dengan tingkah laku tikus boleh diaplikasi ke atas manusia. Justeru,
tidak menghairankan apabila Skinner bercadang untuk membesarkan anaknya di dalam Kotak
Skinner.
Perbuatan menekan butang untuk memperoleh makanan disebut pelaziman operan.
Pembelajaran melalui cara ini disebut pembelajaran melalui pelaziman. Eksperimen ini
menunjukkan bahawa satu gerak balas hanya akan berulang jika wujud ganjaran.
Contohnya, biji-biji makanan dalam eksperimen tersebut sebagai ganjaran. Sekiranya
ganjaran dihentikan, gerak balas itu akan terhapus juga.
Antara pengkaji yang berpengaruh dalam teori ini ialah B.F Skinner. Berdasarkan teori ini
Skinner telah mereka bentuk pendekatan dan rancangan pengajaran yang dinamakan
'programmed instruction' atau pengajaran terancang. Ramai guru di sekolah menggunakan teori
ini. Sebagai contoh dalam pengajaran guru selalu menggunakan pujian 'bagus' atau 'betul' bagi
murid yang menjawab soalan dengan betul, untuk mengukuhkan jawapannya; manakala cuba
lagi bagi jawapan yang salah atau tidak tepat. Gred dan markah digunakan bagi menggalakkan
murid tersebut belajar. Murid yang terbaik pula di beri hadiah tahunan. Kesemua ini adalah
berdasarkan teori tingkah laku.
Pembelajaran berlaku dalam proses pelaziman operan kerana ia melibatkan berbagai-bagai gerak
balas operasi. Menurut B.F. Skinner (dalam Suppiah Nachiappan, Ramlah Jantan & Abdul Aziz
Abdul Shukor, 2008), dalam teori pelaziman operan gerak balas dilakukan (diulangi) atau
dihapuskan (tidak diulangi) jika diberikan peneguhan sebaik-baik sahaja gerak balas itu
ditunjukkan. Dalam Teori Pelaziman Operan terdapat peneguhan (reinforcement) dan hukuman.
Menurut Mahmood Nazar Mohamed 1990), peneguhan positif ialah ransangan yang diberi
kepada organisma selepas berlakunya sesuatu tingkah laku yang dapat meningkatkan
kebarangkalian berlakunya tingkah laku yang dikehendaki. Manakala menurut Mok Soon Sang
(2003), menyatakan bahawa peneguhan positif merupakan stimuli yang boleh menambah
kebarangkalian berulangnya sesuatu tingkah laku operan. Berdasarkan takrifan-takrifan yang
diberikan dapat kita simpulkan bahawa peneguhan positif ini merupakan suatu ransangan yang
boleh menyebabkan berulangnya sesuatu tingkah laku yang dikehendaki.
Peneguhan (reinforcement) adalah perkara yang dilakukan untuk menggalakkan sesuatu
perlakuan itu diulangi. Peneguhan (reinforcement) terbahagi kepada dua iaitu peneguhan positif
dan peneguhan negatif. Peneguhan positif adalah seperti ganjaran, hadiah dan juga pujian yang
diberikan bagi menggalakkan seseorang itu melakukan pekerjaan secara berulang-ulang.
Peneguhan ini dianggap oleh Skinner sebagai asas dalam proses pembelajaran. Peneguhan
berlaku apabila lakuan itu diberi balasan dengan hadiah. Keinginan mendapat balasan hadiah ini
menimbulkan keinginan supaya berbuat demikian untuk mendapa hadiah yang sama. Oleh itu,
lakuan itu akan diulang. Pengulangan yang kerap dilakukan akan mengukuhkan proses
pembelajaran.Peneguhan negatif pula ialah sesuatu yang menyakitkan dan ingin dielakkan oleh
individu (Mohamad Saleh Lebar, 1999). Sebagai contoh, seorang murid akan membersihkan
papan hitam bagi mengelakkan dimarahi oleh gurunya dan bukan untuk mendapatkan pujian.
Hukuman adalah sesuatu tingkah laku negatif jika dipamerkan, boleh menghasilkan sesuatu yang
menyakitkan atau yang boleh menyebabkan kurang selesa (Roediger dalam Suppiah Nachiappan,

Ramlah Jantan & Abdul Aziz Abdul Shukor, 2008). Hukuman dibahagikan kepada hukuman
persembahan (presentation punishment) dan hukuman penyingkiran (removal punishment).

Jadual Guru Memberi Peneguhan


(menurut Suppiah Nachiappan,Ramlah Jantan,Abdul Aziz Abdul Shukor)

Peneguhan

Maksud

Peneguhan
berterusan

Peneguhan
selepas setiap
reaksi

Peneguhan
Peneguhan
diberi selepas
berkala tetap
satu jangka(Fixedmasa yang
interval)
ditetapkan

Peneguahan
berkala
berubah

Peneguhan
selepas jangka
masa yang
berubah-ubah

Peneguhan
selepas
Peneguahan
bilangan set
berkala nisbah
tindak balas
tetap
yang telah
ditetapkan

Tindakan Apabila
Peneguhan
Diberhentikan
Memberi pujian
Kurang ketekunan dan
Cepat memberi
kepada pelajar yang
kehilangan tindak balas
kesan
cepat siap tugasan
dengan cepat
Tahap reaksi
Menunujukkan sedikit
meningkat apabila ketekunan dan
Guru mengadakan diberi peneguhan penurunan pada kadar
kuiz setiap minggu tetapi menurun
yang pantas dalam
selepas peneguhan gerak balas apabila
diberikan
masa peneguhan berlalu
Guru mengadakan
pop kuiz tidak tentu Pelajar akan lambat
Ketekunan masih tinggi
masa, adakala
memberi reaksi;
dan kadar penurunan
sekali dalam
berhenti seketika
tindak balas yang
2minggu, ada
selepas peneguhan
perlahan
kalanya sebulan
diberikan
sekali
Contoh

Bentuk Reaksi

Pelajar mendapat
coklat selepas
selesai membuat 10
latihan matematik

Cepaat memberi
reaksi; berhenti
seketika selepas
peneguhan

Guru memberi
gula-gula kepada
Peneguhan
pelajar setelah dia
selepas
siapkan latihan
Peneguahan
beberapa
matematik tanpa
berkala nisbah
bilangan reaksi kadar yang tetap.
berubah
yang berubah- Ada pelajar dapat
ubah
gula-gula setelah
siapkan 3 latihan
matematik

Tiada nilai peneguhan


dimana peneguhan
hilang nilainya apabila
kerap diberikan
peneguhan yang sama.

Reaksi yang sangat


tinggi dan masih
menunjukkan reaksi
Kekal tinggi
walaupun
peneguhan tidak
diberikan

Home|
Teori Behaviorisme
Menurut ahli-ahli psikologi Behaviorisme, pembelajaran adalah perubahan kekal yang berlaku
dalam diri seseorang individu disebabkan oleh latihan dan pengalaman. Proses pembelajaran ini
dilalui oleh setiap insan sejak dilahirkan sehingga sukar bagi kita untuk membezakan dan
memisahkan antara pembelajaran dengan tumbersaran kerana kedua-duanya saling berkaitan.
Ahli Behaviorisme juga menumpukan perhatian ke atas aspek tingkah laku manusia yang boleh
diperhatikan dan diukur (Suppiah Nachiappan, 2008).
Menurut Gulo dan Dali, (2000) menyatakan bahawa tingkah laku adalah tindakan manusia atau
haiwan yang dapat dilihat. Hal ini bermaksud bahawa teori ini lebih melihat kepada perubahan
tingkah laku manusia sedia ada terhadap sesuatu rangsangan luar yang boleh membawa kepada
perubahan tingkah laku, sama ada kepada yang lebih baik atau sebaliknya. Rangsangan yang
diberikan juga mungkin boleh menukar perubahan tingkah laku menjadi lebih buruk jika
pendekatan yang diberikan tidak tepat.
Menurut Ramachandra (1994), tingkah laku yang dikaji melihat kepada tingkah laku yang
kurang baik yang mana melibatkan penggunaan tubuh badan yang berbentuk kekerasan seperti
desakan atau pembohongan. Pelajar-pelajar berkecenderungan untuk melakukan kesalahan
seperti pembohongan apabila mereka tidak menyiapkan kerja rumah, ponteng kelas atau ponteng
sekolah. Walaupun masalah sebenar adalah kerana kurang minat terhadap sesuatu matapelajaran
di sekolah. Tujuannya adalah untuk menyelamatkan diri dari dikenakan hukuman oleh guru.
Terdapat empat jenis teori Behaviorisme iaitu Teori Pelaziman Klasik Pavlov, Teori Pelaziman
Klasik Watson, Teori Edward L. Thorndike dan Teori Pelaziman Operan Skinner. Menurut
Thorndike (dalam Suppiah Nachiappan, 2008) mengemukakan konsep pembelajaran manusia
dikawal oleh hukum pembelajaran yang terdiri daripada hukum kesediaan, hukum latihan dan
hukum kesan. Hukum ini ditafsirkan oleh beliau melalui pengkajian beliau terhadap seekor
kucing yang lapar dan cuba untuk mendapatkan makanan di luar sangkarnya. Kucing tersebut
menggunakan teknik cuba jaya dan mengulanginya apabila berjaya. Thorndike berpendapat
bahawa pembelajaran berlaku hasil gabungan stimuli atau ransangan dan respon atau tindak
balas.
Dalam model persembahan pengajaran guru dalam subjek IT, memperlihatkan bahawa pelajar
perlu mempunyai persediaan yang awal berkenaan dengan subjek ini bagi memudahkan mereka
memahaminya dengan lebih baik. Contoh persediaan awal ialah dimana pelajar telah pun
mendapat pendedahan awal seperti pernah menggunakan perisian Microsoft Word untuk
membuat tugasan atau bermain dengan permainan komputer. Hukum kesediaan menyatakan
bahawa pelajar perlu mempunyai tahap kesediaan agar sesuatu perkara yang dilakukan tidak
dikategorikan sebagai paksaan. Tiga bentuk kesediaan iaitu kesediaan psikomotor, kesediaan
afektif dan kesediaan kognitif. Ini bermaksud pelajar perlu bersedia dari segi fizikal, emosi dan
pemikiran (Suppiah Nachiappan, 2008).

Biodata pengasas
Edward Lee Thorndike

Nama sebenar beliau ialah Edward Lee Thorndike

Dilahirkan di Williamsburg, Mass

Beliau mendapat ijazah daripada Universiti Wesleyan 1895 dan mendapat Sarjana di Universiti Harvard pada tahun 1896

Edward Lee Thorndike mendapat P.H.D pada tahun 1898 dari Columbia.

Beliau juga merupakan seorang pendidik dan juga seorang ahli psikologi

Beliau juga telah menghasilkan buku yang bertajuk Educational Psychology 1903, Mental and Social Measurements 1904 dan Animal
Intelligence 1911

Pada tahun 1898, beliau menjadi pembantu professor pedagogi di Western Reserve University.

Beliau juga turut menjadi Presiden Persatuan Psikologi Amerika pada tahun yang sama iaitu pada tahun 1898

Beliau turut menjadi Presiden Persatuan Psikometrik yang ke -2.

Beliau turut dilantik sebagai Presiden of American Association for the Advancement Of Science pada tahun 1934.

Beliau menjadi pensyarah di University Harvard dari tahun 1942 hingga 1943.

Menurut Thorndike (dalam Suppiah Nachiappan, 2008) hukum latihan sangat sesuai digunakan
bagi latihan hafalan, perkaitan antara rangsangan dengan gerak balas akan bertambah jika
diulang-ulang. Disini merujuk kepada kaedah hafalan tetapi bukan hafalan panjang. Sebagai
contoh setelah teknik atau kaedah baru dipelajari, pelajar akan menjadi lebih baik. Pertama
dengan menggunakan kaedah visual seperti peta minda dan kemudiannya menghafal. Tambahan
lagi kini, penggunaan ICT yang memudahkan dapat mempercepatkan proses pemahaman setiap
pelajar kerana kepelbagaian pelajar yang unik membawa kepada penerimaan gaya belajar yang
berbeza. Secara tidak langsung pelajar akan menjadi lebih faham dan ingat mengenai topik yang
diajar. Satu bentuk perubahan tingkah laku akan terhasil kesan daripada pengulangan yang kerap.
Hukum terakhir menurut Thorndike ialah hukum kesan. Bagaimana pelajar mendapat sesuatu
tindak balas setelah mempamerkan kesediaan dan hukum latihan tadi. Mengikut hukum kesan,
setelah sesuatu tingkah laku diperlihatkan, diikuti dengan kepuasan seperti mendapat pujian, ia
akan diulang tetapi jika ia diikuti dengan kesakitan seperti ditampar oleh ibu, tingkah laku itu
akan lenyap. Hukum kesan menyatakan jika satu tindakan yang mengalami perubahan
mendatangkan keseronokan kebarangkalian perbuatan itu akan diulangi akan meningkat dan
begitulah sebaliknhya.
Menurut Thorndike (dalam Suppiah Nachiappan, 2008) lagi pendekatan seperti yang dinyatakan
olehnya boleh digunapakai oleh guru bagi merangka strategi pengajaran dan pembelajaran yang
berkesan. Antara strategi tersebut adalah :

a) Guru sentiasa perlu menilai aspek kesediaan pelajar iaitu kesediaan psikomotor.
b) Mengadakan berbagai-bagai rangsangan seperti gambar berwarna-warni, perisian computer
dan tayangan video untuk
menwujudkan kesan pembelajaran yang menyeronokkan.
c) Memberi ganjaran atau peneguhan positif seperti hadiah, pujian dan markah untuk respon
yang betul.
d) Menentukan persekitaran yang sesuai untuk pembelajaran seperti keadaan bilik yang ceria,
bersih, tersusun, selesa dan
harmoni.
.
APLIKASI TEORI TINGKAHLAKU DALAM SUBJEK MATEMATIK
PRINSIP PREMACK DIGUNAKAN UNTUK MENANGANI MASALAH KURANG
MINAT MURID DALAM MATEMATIK
Prinsip Premack adalah prinsip yang terdapat dalam Teori Pelaziman Operan Skinner. Prinsip ini
sesuai digunakan bagi menggalakkan minat murid dalam kelas. Prinsip ini boleh
menggabungkan aktiviti yang disukai oleh murid dengan sesuatu yang tidak disukai. Menurut
Calborn Prinsip Primack adalah prinsip yang mengaitkan aktiviti yang kurang diminati dengan
aktiviti yang lebih diminati untuk mengukuhkan tingkah laku terhadap aktiviti yang kurang
diminati. Prinsip Premack yang juga dikenali sebagai Grandmas Rule yang berasaskan
kenyataan kamu boleh keluar rehat selepas kamu habiskan latihan Matematik ini ( Suppiah &
etc).
Murid yang kurang berminat dengan subjek ini akan bersembang, membuat bising dalam kelas
dan mereka akan mengganggu murid yang lain. Keadaan ini akan mengganggu murid-murid
yang lain selain dari menyebabkan mereka tidak dapat menguasai apa yang diajar oleh guru.
Mereka ini tidak akan menumpukan perhatian semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Ada
juga murid yang tidak membuat bising tetapi mereka hanya akan berangan dalam kelas dan tidak
menumpukan perhatian kepada pengajaran guru.
Sebelum mengaplikasikan prinsip ini, guru perlu mengenalpasti aktiviti yang diminati oleh murid
dalam kelas tersebut. Guru boleh bertanyakan kepada guru lain atau bertanya kepada murid
tentang mata pelajaran yang digemari oleh murid tersebut. Terdapat juga masalah yang akan
timbul dikalangan murid kelas yang lemah. Ini kerana amat sukar untuk guru mengenal pasti
minat mereka kerana tumpuan mereka kepada pelajaran amat kurang. Namun, guru boleh
melihat kepada isu semasa atau minat dikalangan remaja pada masa sekarang. Jelas disini remaja
pada masa kini lebih cenderung kepada bentuk hiburan selaras dengan perkembangan era moden.

Menurut Hamisan dalam kajiannya menyatakan muzik mempunyai pengaruh yang besar kepada
golongan murid di mana muzik menjadi pilihan berhibur utama kepada muda-mudi khasnya
golongan remaja dan murid. Jadi muzik boleh mengaplikasikan ke dalam suasana yang lebih
positif dan berguna untuk tujuan menambah indahkan pembelajaran dan pengajaran agar lebih
menarik dan murid boleh belajar sambil berhibur, tenang dan tidak tertekan.
Dengan ini, guru boleh menggabungkan unsur seni muzik dengan unsur matematik. Sebelum
menyelesaikan masalah dalam matematik, guru menyediakan lagu dan memberikan peluang
mereka menyanyi sebelum memulakan pembelajaran dan pengajaran. Lagu yang dipilih
hendaklah sesuai dengan tajuk yang akan dipelajari pada hari tersebut. Guru boleh mencipta atau
mencari lagu yang berkaitan di internet. Contohnya dalam konsep matematik topik ini iaitu topik
sepeluh iaitu poligon untuk mengira isipadu, perimeter, luas dan sebgainya. Guru boleh memuat
turun lagu yang bertajuk mengira isipadu dan menyanyikan bersama-sama murid dalam kelas.
Lagu ini adalah lagu yang di olah dari lagu kanak-kanak iaitu lagu bapaku pulang. Lirik lagu
ini ditukar kepada formula untuk mengira isipadu dan topik yang terdapat dalam matematik.
Selepas menyanyikan lagu tersebut guru perlu mengajar seperti biasa dengan menggunakan lagu
tersebut dan menyuruh mereka menyelesaikan masalah matematik tersebut. Guru boleh menarik
minat murid dengan menyediakan lagu hafalan formula.
Oleh itu, penggunaan muzik boleh dipilih sebagai elemen dalam pembelajaran dan pengajaran
matematik kerana boleh menarik minat murid, keseronokan mengikut keadaan, prestasi dan
boleh membuatkan murid lebih bersedia untuk belajar. Guru boleh menggunakan pelbagai
kaedah mengajar bagi menarik minat murid selagi tidak bercanggah dengan peraturan dan
objektif utama sistem pendidikan.
APLIKASI TEORI PEMBELAJARAN BEHAVIORISME DALAM MATAPELAJARAN
PERDAGANGAN
TEORI PELAZIMAN OPERAN SKINNER
Teori Pembelajaran Behaviorisma telah diperkenalkan oleh Ivan Pavlov dan kemudiannya
dikembangkan oleh Thorndike dan Skinner. Mereka berpendapat bahawa pembelajaran adalah
berkaitan dengan perubahan tingkah laku (behaviour). Teori pembelajaran mereka
kebanyakannya dihasilkan daripada ujian dan juga pemerhatian yang dilakukan ke atas haiwan
seperti anjing, tikus, kucing dan burung di dalam makmal. Mereka menumpukan ujian kepada
perhubungan antara rangsangan dan gerakbalas yang menghasilkan perubahan tingkah laku.
Mengikut pendekatan teori pengajaran tingkah laku ini, perasaan, pemikiran dan kepercayaan
adalah perkara-perkara yang boleh dipelajari (Hyman 1997). Melalui pendekatan ini tingkah laku
dibentuk melalui pengalaman. Oleh itu untuk membentuk tingkah laku pelajar ialah dengan cara
menyelami perasaan dan pemikiran pelajar melalui unsur-unsur nasihat dan perbincangan.
Dengan memahami pelajar yang bermasalah disiplin, pembentukan tingkah laku dapat dilakukan.
Tingkah laku bermasalah ataupun tidak berdisiplin dapat dihindari dan seterusnya melahirkan
tingkah laku yang baik (Alberto & Troutman 1990, Bandura 1977, Skinner 1982,1968, Axelrod
1983). Dengan beranggapan semua tingkah laku boleh dipelajari, guru berperanan penting untuk
membantu pelajar yang menghadapi masalah tingkah laku untuk membina tingkah laku yang
positif dan dapat diterima di sekolah. Pembelajaran pula berlaku setelah melalui prinsip-prinsip

peneguhan dan dendaan. Pendekatan ini melihat peneguhan sebagai pembentuk tingkah laku
yang sangat berkesan. Di samping itu tingkah laku, pemikiran, dan perasaan dapat diukur,
diramal dan dikawal. Mereka menambah bahawa tingkah laku dapat dimodifikasi dengan cara
peneguhan yang sistematik, menarik keluar peneguhan, mengenakan dendaan dan mendesak
secara rasional. Ini dapat melahirkan tingkah laku yang
dikehendaki.
IMPLIKASI TEORI PENGAJARAN TINGKAHLAKU DALAM PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN
1. Tingkah laku pelajar boleh diperhatikan, dikawal dan diramal.

Teori Pengajaran Tingkahlaku dapat membantu guru untuk memerhatikan tingkahlaku


seseorang pelajar, mengawal tingkah laku tersebut dan guru turut dapat mengawal
tingkah laku pelajarnya.

Contohnya: Guru perlu memberikan rangsangan seperti memberi kata pujian atau
ganjaran kepada pelajar terutamnya pelajar yang kurang minat untuk belajar. Melalui
rangasangan yang diberikan, guru akan dapat memerhatikan tingkahlaku pelajar tersebut
sebelum dan selepas diberikan rangsangan. Kemudian guru secara tidak langsung dapat
mengawal tingkahlaku pelajar itu seterusnya guru akan dapat mengawal tingkahlaku
pelajar tersebut pada kelas yang seterusnya.

2.Proses Pengajaran dan Pembelajaran dapat dilaksanakan dengan berkesan.

Kawalan kelas amat penting semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung.
Oleh itu, kaedah peneguhan positif dalam Teori Operan Skinner boleh diaplikasikan
dalam Proses Pengajaran dan Pembelajaran.

Guru boleh memberikan peneguhan positif dalam usaha untuk menarik minat pelajar
untuk melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti yang dilakukan. Contoh peneguhan
positif ialah kata-kata pujian, hadiah, senyuman dan sebagainya.

Setiap kali pelajar menjawab soalan atau menunjukkan perubahan tingkahlaku, guru
boleh memberi ganjaran kepada pelajar tersebut. Contohnya, pelajar cuba menjawab
soalan yang diajukan, guru boleh memberi pujian kepada pelajar yang memberikan
jawapan yang betul. Manakala pelajar yang memberikan jawapan yang salah, guru boleh
memberikan kata-kata semangat supaya pelajar tersebut tidak berputus asa.

Guru boleh memberikan peneguhan tersebut secara berterusan,berkala tetap, berkala


berubah, berkala nisbah tetap ataupun secara berkala nisbah berubah.

3. Meningkatkan minat pelajar.

Guru perlu memberikan penekanan kepada latihan dan gerak balas yang berulang-ulang.

Guru perlu memberikan latihan yang konsisten dan berterusan kepada pelajar untuk
meningkatkan kemahiran dan kefahaman mereka dalam pelajaran.

Oleh itu,rangsangan haruslah dikukuhkan untuk membentuk kelaziman. Contohnya,


Azmi telah menyiapkan latihan yang diberikan dengan cepat daripada pelajar lain. Jadi
guru boleh memberi peneguhan dengan memberikan kata-kata pujian kepada Azmi. Hal
ini akan menyumbang untuk membentuk kelaziman di mana Azmi akan lebih berusaha
untuk menyiapkan latihan yang diberikan lebih awal pada kelas yang akan datang kerana
dia mahukan kata-kata pujian daripada guru.

__
Teori Pembelajaran Behaviorisme terbahagi kepada empat, salah satu daripadanya ialah, Teori
Pelaziman Klasik.
Menurut teori ini setiap rangsangan akan menimbulkan gerak balas. Gerak balas ialah apa sahaja
tingkah laku yang timbul akibat daripada rangsangan. Manakala rangsangan pula adalah apa
sahaja bentuk tenaga yang menimbulkan gerak balas (Ee Ah Meng 1994). Pembelajaran boleh
berlaku akibat daripada kaitan di antara rangsangan dengan gerak balas. Rangsangan juga boleh
dikaitkan dengan satu rangsangan yang lain untuk mendatangkan pembelajaran.
Menurut Pavlov (1894) setiap rangsangan akan menimbulkan gerak balas. Perkaitan antara
rangsangan dan gerak balas akan mewujudkan proses pembelajaran. Pembelajaran yang berlaku
melalui perkaitan tersebut dinamakan sebagai pelaziman dan pembelajaran yang berlaku akibat
dua rangsangan ini dikenali sebagai pelaziman klasik. Mengikut teori ini, setiap rangsangan akan
menghasilkan gerak balas. Gerak balas ialah tingkah laku yang timbul kesan daripada
rangsangan manakala rangsangan pula ialah tenaga yang menghasiklkan gerak balas (Pavlov,
1894).
Contohnya, apabila guru memberikan arahan supaya murid mengangkat tangan, maka murid
dengan cepat akan mengangkat tangannya. Arahan ialah rangsangan, manakala tindakan
mengangkat tangan ialah gerak balas. Hasil daripada kajiannya, Pavlov berpendapat bahawa
pembelajaran boleh berlaku kesan daripada kaitan antara rangsangan dengan gerak balas.
Teori Pelaziman klasik ini termasuklah mengaitkan simbol-simbol dengan apa yang
dilambangkan, mengaitkan nama dengan watak, mengaitkan istilah teknik di dalam fizik dengan
apa yang dimaksudkan atau mengaitkan tarikh dengan peristiwa (Sulaiman 1997).
Semakin kerap rangsangan itu dikaitkan dengan sesuatu gerak balas, semakin kukuh gerak balas
terlazim itu. Contohnya, apabila guru memberi pujian (rangsangan) setiap kali murid mendapat
hasil yang baik (gerak balas), maka gerak balas itu menghasilkan sesuatu yang baik dan
berterusan. Kamarudin Hj. Husin di dalam buku Psikologi Bilik Darjah (1997) menjelaskan
bahawa penggunaan kedua-dua elemen ini biasanya akan menghasilkan pembelajaran yang lebih
berkesan.

Dalam pembelajaran, penghapusan boleh berlaku jika peneguhan tidak diberikan. Ini bermakna,
sekiranya sesuatu tingkahlaku tidak diperkukuhkan melalui ganjaran, tingkahlaku itu mungkin
akan terhapus begitu sahaja. Konsep pemulihan serta-merta juga dapat membantu seseorang guru
meningkatkan keberkesanan pembelajaran.
Dengan teori ini, guru perlu sedar bahawa rangsangan dan gerak balas mempunyai kaitan yang
boleh dilazimkan atau dipelajari. Kaitan antara rangsangan dengan gerak balas dapat
diperkukuhkan melalui latihan. Semakin kerap rangsangan itu dikaitkan dengan sesuatu gerak
balas, semakin kukuh gerak balas terlazim itu. Sebagai contohnya, apabila guru memberi pujian
dan rangsangan setiap kali murid mendapat hasil yang baik , maka gerak balas itu dapat
menghasilkan sesuatu yang baik dan berterusan. Sebagai contoh, sekiranya pelajar mendapat
galakan untuk belajar subjek Sejarah dengan tekun, maka sudah pasti pelajar akan berusaha
dengan lebih gigih untuk mengekalkan pujian dan rangsangan itu.
Guru seharusnya peka terhadap setiap rangsangan yang telah mereka berikan kepada pelajar. Hal
ini kerana penghapusan boleh berlaku jika peneguhan tidak diberikan. Ini bermakna, sekiranya
sesuatu tingkahlaku tidak diperkukuhkan melalui ganjaran, tingkahlaku itu mungkin akan
terhapus begitu sahaja. Seperti contoh diatas, jikalau guru tidak memberikan rangsangan dan
peneguhan kepada murid, lama-lama nanti murid tidak akan percaya dan berharap pada guru lagi
maka berlakulah proses penghapusan. Konsep pemulihan serta-merta juga dapat membantu
seseorang guru meningkatkan keberkesanan pembelajaran.

IMPLIKASI TEORI BEHAVIORISME TERHADAP PENGAJARAN DAN


PEMBELAJARAN.
1. Guru hendaklah menetapkan maklumat yang spesifik.
-Matlamat akhir proses pembelajaran hendaklah dinyatakan dengan jelas.
-Matlamat tersebut hendaklah yang realistik dan boleh dicapai.
2. Guru juga hendaklah menetapkan objektif bagi setiap langkah pengajaran.
-Objektif hendaklah khusus.
-Satu objektif bagi satu langkah kecil.
3. Buat analisis tugasan.
-Pecahkan tugasan pembelajaran kepada langkah- langkah kecil.
4. Sediakan langkah pengajaran secara berperingkat.
-Satu aktiviti khusus bagi satu langkah pengajaran.
-Susunan langkah hendaklah secara progresif/ ansur maju.
-Penguasaan langkah awal perlu dipastikan sebelum berpindah kepadaa langkah
seterusnya.

5. Aplikasi teknik dan peneguhan yang sesuai.


-Peneguhan berterusan semasa proses pembentukan tingkah- laku.
-Peneguhan berkala selepas tingkah- laku dikuasai.
-Berdasarkan masa : masa tetap dan masa berubah
-Berdasarkan kandungan : nisbah tetap dan nisbah berubah
6. Aplikasi hukum kesediaan.
-Kaitkan pembelajaran baharu dengan pengetahuan sedia ada.
-Sediakan situasi yang merangsangkan.
-Cungkil rasa ingin tahu/ motivasi pelajar.

7. Aplikasi hukum latihan.


-Banyakkan pengulangan dan latih tubi.
-Sediakan latihan yang banyak dan pelbagai.
8. Aplikasi hukum kesan/ akibat.
-Adakan aktiviti pengukuhan.
-Pilih dan aplikasi peneguhan yang sesuai.
-Amalkan teknik hukuman dan ganjaran.
9. Sediakan amalan disiplin bilik darjah yang mesra.
-Amalan rutin belajar.
-Amalan rutin keceriaan.
-Peraturan bilik darjah yang positif.
-Amalan dinamika kumpulan.

Anda mungkin juga menyukai