Anda di halaman 1dari 2

Sistem Pendidikan di Negara Finland

Pendidikan memainkan peranan penting bagi kemajuan dan perkembangan sebuah


bangsa. Sebuah bangsa yang maju dan besar terhasil dengan kualiti pendidikan yang mencukupi
untuk rakyatnya. Tidak dinafikan lagi carta pendidikan global jelas menunjukkan sistem
pendidikan negara di Finland yang meningkat naik secara progresif dari tahun 1960-an hingga
sekarang dan menjadi sistem pendidikan negara yang terbaik didunia. Hal ini kerana ianya
disokong oleh beberapa faktor disamping peranan kerajaan yang begitu komited untuk
membangunkan sistem pendidikan di negara Finland.
Faktor yang pertama, pemilihan guru dikalangan graduan yang terbaik. Hal ini kerana
keupayaan seorang manusia untuk menjadi seorang guru yang terbaik bukanlah sesuatu yang
senang. Ia tidak hanya boleh dinilai melalui bidang yang mereka pelajari malah guru itu perlu
menguasai semua ilmu yang ada untuk dijadikan rujukan pada pelajar. Oleh hal itu, tiada
batasan untuk seorang murid mendapatkan ilmu dari seorang guru. Seterusnya, guru yang terbaik
akan memilih pelbagai bentuk pendekatan dan metodologi didalam proses pengajaran dan
pembelajaran (pdp) mereka yang mana sesuai dengan prestasi pelajar. hal ini secara tidak
langsung dapat mengurangkan penilaian kerana guru sudah mengetahui cara untuk menilai
seseorang pelajar.
Faktor yang kedua ialah, Menurut Menteri Pendidikan negara Finland krista Kriu tiada
kerja rumah bagi pelajar .seterusnya OECD (Pertubuhan Kerjasama Ekonomi dan
Pembangunan), pelajar di finland mempunyai kerja rumah yang paling sedikit di dunia. Hal ini
dapat dibuktikan, dimana sekolah memperuntukkan masa hanya 30 minit untuk seorang pelajar
menyiapkan kerja rumah. Selebihnya, Pelajar di finland hanya melakukan tugasan yang akan
diberikan didalam kelas sahaja. Hal ini kerana, mereka tiada istilah menyiapkan kerja di rumah.
Selain daripada itu, sisitem pendidikan di finland ini adalah bertujuan untuk mengurangkan
tekanan kepada pelajar. Tugasan yang diberikan didalam kelas kebiasaannnya mengikut gred
yang telah ditetapkan. implikasinya, pelajar akan bersungguh-sunguh menyiapkan tugasan yang
diberikan, walupun hanya satu tugasan.

Seterusnya, waktu mengajar dikurangkan, sebaliknya melebihkan perancangan masa..


Menurut OECD lagi seorang guru di Finland mempunyai purata mengajar 600 jam setahun di
dalam lingkungan 4 jam atau kurang setiap hari bagi sesi pengajaran. Manakala Purata guru AS
hampir dua kali ganda masa pengajaran dengan purata lebih 1,080 jam pengajaran dalam kelas
setiap tahun. Ini bersamaan dengan purata enam atau lebih setiap hari bagi sesi pengajaran. Yang
menariknya guru-guru dan pelajar di Finland tidak akan berada di sekolah apabila mereka tidak
mempunyai kelas. Sebagai contoh, jika mereka tidak mempunyai apa-apa kelas pada hari isnin
petang,ini bermaksud mereka (kedua-dua guru dan pelajar) boleh meninggalkan kawasan
sekolah. Dengan adanya sistem ini menjadikan guru lebih banyak masa untuk merancang dan
berfikir tentang setiap isi dalam pelajaran. Seterusnya dapat merangsang pemikiran pelajaran
yang lebih efektif.
Faktor yang keempat ialah kurangkan masa berada di sekolah dan lebihkan waktu rehat.
Kebiasaanya waktu persekolahan bermula pada jam 9:00pagi hingga 09:45pagi dan berakhir
pada jam 2.00 petang. Menurut, Helsinki undang-undang menyatakan bahawa sekolah tidak
boleh bermula sebelum 9:00 pagi kerana kajian secara konsisten membuktikan bahawa remaja
memerlukan tidur yang berkualiti pada waktu pagi. Oleh hal demikian, sistem pendidikan di
finland telah mengubah waktu pembelajaran dimana beberapa hari mereka bermula lebih awal
dan beberapa hari mereka bermula lambat. Jadual pelajar di negara Finland 'sentiasa berbeza dan
berubah-ubah; namun mereka biasanya mempunyai 3 hingga 4 kelas selama 75 minit sehari
dengan beberapa rehat kali rehat pada waktu diantaranya. Sistem ini secara keseluruhan
membolehkan para pelajar dan guru untuk berehat secukupnya dan bersedia untuk mengajar atau
belajar.
Faktor yang kelima ialah kurangkan persekolahan formal. Hal ini bermaksud, pelajar di
finland perlu mengikuti pembelajaran formal pada usia 7 tahun. Murid-murid akan bermula
bersekolah apabila mereka sudah bersedia dan mampu untuk memberikan tumpuan kepada
pembelajaran. Pada usia Sembilan tahun baru murid-murid diwajibkan untuk menghadiri ke
sekolah bagi memulakan gred yang pertama. Selepas berumur 16 tahun bersamaan dengan gred
sembilan murid-murid boleh memilih beberapa jenis aliran yang mahu dipelajari di sekolah dan
memohon untuk kemasukan institusi tersebut ini adalah sekolah yang mencampurkan sekolah
menengah dengan institusi pada satu masa.

Anda mungkin juga menyukai