Anda di halaman 1dari 1

Jawab soalan-soalan berikut:

1) Apakah maksud adegan?


Adegan merupakan bahagian daripada drama atau filem yang menunjukkan
perubahan peristiwa. Perubahan peristiwa ini ditandai dengan penggantian tokoh
atau setting tempat dan waktu. Setiap kali terjadi penggantian adegan tidak
selalu diikuti dengan penggantian setting.
2) Apakah maksud babak?
Babak merupakan bahagian daripada lakon drama. Sebuah lakonan drama
mungkin terdiri dari satu, dua, atau tiga babak atau berkemungkinan juga lebih.
Dalam pementasan, batas antara babak satu dan babak lain ditandai dengan
turunnya layar, atau lampu penerang panggung dimatikan sebentar. Apabila
lampu itu dinyalakan kembali atau layar ditutup kembali, biasanya ada perubahan
penataan panggung yang menggambarkan setting yang berbeza. Hal ini
termasuklah setting tempat, waktu, mahupun suasana terjadinya suatu peristiwa.
3) Apakah maksud pementasan?
Pementasan adalah suatu kegiatan apresiasi yang bertujuan menampilkan suatu
karya atau seni iaitu bertujuan sebagai hiburan atau untuk apresiasi suatu karya
seni yang di lakukan oleh manusia. Penonton berfungsi sebagai penikmat karya
seni.
4) Apakah perbezaan antara babak dan adegan?
Adegan merupakan penggambaran daripada suasana yang terdapat pada babak
dalam sebuah drama. Setelah lakon drama dibuat, maka adegan disusun sesuai
dengan watak para pelakon. Adegan ialah unsur daripada drama dan terdapat
pada masing-masing bagi babak drama tersebut. Dalam sebuah drama,
wujudnya susunan beberapa babak dan dalam babak-babak tersebut akan

terdapatnya adegan.
Adegan menggambarkan peristiwa yang berkaitan dengan datangnya atau
perginya seseorang atau beberapa watak dalam drama tersebut. Adegan boleh
terjadi melalui percakapan sahaja atau percakapan berserta perbuatan para
pelakon yang melakonnya. Daripada satu adegan ke adegan lain juga saling
berkait. Adegan akan memberikan suasana yang lebih hidup bagi sesebuah
drama.

Anda mungkin juga menyukai