Anda di halaman 1dari 5

NOVEL SRENGENGE

Srengenge menurut Shahnon Ahmad berasal dari perkataan Jawa Kuno yang
bermaksud matahari. Tapi dalam novel ini Srengenge adalah nama bagi
sebuah bukit di sebuah kampung. Bukit Srengenge.
Kewujudan sebenar Bukit Srengenge dalam novel ini dapat dilihat di Sik,
Kedah, tempat kelahiran penulis, Shahnon Ahmad. Penduduk kampung di Sik
itu memanggilnya dengan nama Bukit Enggang. Dari nama Enggang itu
Shahnon Ahmad menukarkannya kepada nama Srengenge.
Srengenge membawa konflik antara manusia dengan unsur-unsur animisme.
(Shahnon Ahmad Dalam Esei dan Kritikan : 114)
Kampung Kaki Srengenge, sebuah kampung di mana penduduknya rata-rata
bekerja menyara hidup sebagai pesawah. Sementara menunggu masa padi
untuk dituai inilah novel Srengenge ini dibentuk dan dikembangkan.
Sambil menunggu itulah penduduk kampung mengisi masa dengan aktiviti-
aktiviti seperti menepuk pelanduk (ms 20), menggetah puling atau punai (ms
170), meracik tekukur, menjebak landak, di Bukit Srengenge ini.
Konfliknya timbul apabila watak utamanya, Awang Cik Teh melahirkan hasrat
untuk menutuh, menebas, memugar, membersihkan Bukit Srengenge itu.
Bukit Srengenge yang menjadi tempat kebanyakkan penduduknya
menghabiskan masa lapang menepuk, menggetah, meracik, dan menjebak.
Hasrat Awang Cik Teh itu sudah pasti mendapat tentangan yang maha besar
dari sekalian warga kampung.
Sebagai seorang penulis yang hebat, Shahnon berjaya mengembangkan
cerita menjadi sangat menarik dengan hanya menjadikan Bukit Srengenge itu
sebagai bahannya.
Tentangan terhadap hasrat Awang Cik Teh itu berpunca dari beberapa sebab
dan keadaan. Antaranya kebiasaan penduduk kampung menepuk,
menggetah, meracik, dan menjebak di Bukit Srengenge itu. Kebiasaan itu
telah menjadi suatu nikmat besar kepada mereka apabila tiba waktu
menunggu padi untuk dikutip. Dan kerana sebab itu mereka tidak mahu
sesiapa mengganggu gugat keadaan Bukit Srengenge itu.
Sebab lain kerana khalayak penduduk kampung percaya bahawa Bukit
Srengenge itu ada yang menjaganya. Ada penunggunya. Ada datuk-datuk
yang memeliharanya. Pantang dibuat yang tidak elok ke atas bukit itu. Nahas
seluruh kampung binasa. Itu antara kepercayaan mereka.
Itu adalah situasi yang biasa tergambar kepada penduduk-penduduk
kampung, lebih-lebih lagi kampung yang berada di kawasan pedalaman.
Mempercayai sesuatu kuasa selain dari kuasa Tuhan tanpa menafikan kuasa
Tuhan itu sendiri.
Shahnon Ahmad memperkuatkan lagi kepercayaan mereka kepada Bukit
Srengenge itu apabila Imam Hamad (salah satu watak dalam novel) diserang
penyakit ‘misteri’ sebaik pulang dari meracik tekukur di Bukit Srengenge dan
sebaik sahaja menyatakan persetujuan dengan cadangan Awang Cik Teh,
untuk memugar Bukit Srengenge itu.
Shahnon Ahmad melahirkan watak Useng dalam novel ini untuk dijadikan
sebagai seorang yang ‘berkebolehan’ mengubati sakit-sakit misteri seperti
yang terkena pada Imam Hamad.
Gambaran watak Useng ini sememang wujud dalam dunia realiti sebenar.
Menjadikan para pembaca betul-betul dapat merasa suasana cerita yang
cuba Shahnon Ahmad wujudkan.
Dari watak Useng inilah, penduduk Kampung Kaki Srengenge mendapat tahu
bahawa Imam Hamad telah ‘tertegur’ oleh Bukit Srengenge. Useng sangat
dipercayai oleh warga kampung. Maka bilamana katanya tertegur, maka
tertegurlah punca Imam Hamad sakit itu. Tidak mungkin akan ada punca
yang lain. Pasti tertegur! Dan bila kata Useng Bukit Srengenge harus dijamu,
maka sekalian anak buah Kaki Srengenge harus wajib mempercayainya
tanpa bantahan satu apa pun. Bukit Srengenge mesti dijamu baru Imam
Hamad dapat sembuh seperti sediakala. Mesti dijamu! Tidak yang lain.
Shahnon Ahmad memulakan novel Srengenge ini dengan kata,
‘Srengenge tersergam hodoh macam setan.’ Permulaan novel ini seakan
menceritakan segalanya yang tersirat. Srengenge dan setan. Bagaimana
Bukit Srengenge telah dijadikan oleh setan sebagai bahan untuk
menyesatkan penduduk Kampung Kaki Srengenge.
Dan sifat setan itu sendiri tidak akan pernah berputus asa dalam membawa
manusia ke lembah kesesatan.
Imam Hamad ditakdirkan meninggal dunia walaupun selepas Bukit
Srengenge dijamu. Tapi penduduk Kampung Kaki Srengenge tetap
mempercayai kuasa datuk-datuk yang menjaga Bukit Srengenge. Tetap
memuliakan Bukit Srengenge. Sehingga sesiapa yang cuba memugar
Srengenge diibaratkan seperti meruntuhkan madrasah, mencabut batu nisan,
mengoyakkan al-Quran (ms 222). Sampai begitu sekali kepercayaan mereka.
Dan pasti Imam Hamad telah melakukan salah besar kepada Bukit
Srengenge sehingga begitu sekali balasannya. Jangankan kata mahu
memugar, berniat sahaja pun sudah seperti ibarat membunuh diri. Berdosa
besar! (ms 223)
Sinopsis
Srengenge berlatar belakang kehidupan orang-orang kampung yang
duduk di kaki Bukit Srengenge yang aktiviti utamanya ialah penanaman padi.
Apabila belum masa menuai, aktiviti seperti meracik terkukur, menepuk
pelanduk, mengetah puling dan punai, dan menjebak landak merupakan
aktiviti yang dijalankan orang kampung. Novel Srengenge ini bermula dengan
niat orang tua Awang Cik Teh yang ingin memunggah bukit Srengenge untuk
dijadikan tempat penanaman padi dan aktiviti pertanian yang lain. Niatnya
disampaikan pada Imam Hamad yang merupakan kepala kampung.
Walaupun berat hati Imam Hamad menerimanya kerana pasti ditolak oleh
orang kampung, benda ini boleh dibawa berbincang. Nak dijadikan cerita,
Imam Hamad terkedang terkena usikan atuk-atuk atau penunggu Bukit
Srengenge yang dikatakan oleh Useng. Useng seorang pawang dan dia telah
banyak mengubat orang. Lantas, cara untuk mengubat Imam Hamad ialah
dengan menjamu atuk-atuk dan penunggu-penunggu di Bukit Srengenge.
Selesai sudah menjamu, hasilnya masih tidak nampak. Akhirnya Imam
Hamad meninggal dunia dan Awang Cik Teh menyalahkan bukit Srengenge
yang itu sebagai puncanya.
Tema

Persoalan

Plot
-Permulaan
-Perkembangan
-Klimaks
-Penurunan
-Peleraian
Watak dan Perwatakan
Dalam kajian ini, watak Awang Cik Teh dipilih sebagai watak utama dalam
novel Srengenge. Selain itu, terdapat juga watak-watak lain yang akan
diketengahkan untuk mengukuhkan lagi kajian ini.
Awang Cik Teh
Perwatakan yang ada dalam watak Awang Cik Teh adalah seorang yang
optimis. Walau menyedari bahawa usaha untuk memugar bukit Srengenge
adalah satu kerja yang sangat susah namum dia masih percaya bahawa ia
bukan sesuatu yang mustahil. Dia percaya bahawa Tuhan akan sentiasa
membantunya. Selain itu, Awang Cik Teh juga dikatan seorang yang berjiwa
kental. Misalnya, Awang Cik Teh berazam untuk memugar Srengenge dan
demi mencapai azamnya itu, dia sanggup untuk menempuh apa jua halangan
sama ada dari kerajaan mahupun penduduk kampung itu sendiri. Nekad
Awang Cik Teh untuk menumbangkan Srengenge jelas membayangkan
kegigihan dan azam kuatnya sehingga berpuluh-puluh kali azamnya itu
diucapkan. Malah segala sindirian isterinya Keghsum diterimanya sebagai
cabaran. Misalnya Shahnon Ahmad menggambarkan;
“...Keghsum hanya merungut kepada Awang Cik Teh. Dan Awang Cik Teh
hanya sasaran bagi rungutan Keghsum. Dan itu adalah cabaran, sama
seperti cabaran Srengenge yang tersergam macam setan bertahun-tahun ini.”
(Srengenge: ms.13)
Selain itu, Awang Cik Teh juga seorang yang taat pada agama. Walaupun
usianya sudah mencecah 55 tahun, dia tetap menunaikan solat subuh dalam
keadaan tubuhnya terasa sakit-sakit. Kebergantungannya kepada
pertolongan Tuhan juga sangat tinggi sepanjang dia merancang untuk
memugar Srengenge. Misalnya Shahnon Ahmad menggambarkan;
“...Malam yang sudah pun larut itu berambah larut lagi. Terus dia melangkah
masuk ke dapur perlahan-lahan mengambil air wuduk. Tikar sembahyang
yang tersangkut pada tali tegang tengah rumah diambil. Dia ingin
sembahyang sunat ditengah-tengah malam buta itu.”
(Srengenge: ms 79)

Latar
Latar Tempat

Latar Masa

Latar Masyarakat

Gaya Bahasa

Sudut Pandangan

Nilai

Pengajaran

Anda mungkin juga menyukai