Anda di halaman 1dari 4

Teks Pidato : Bahasa Melayu Citra Bangsa Malaysia

Bahasa Melayu indah nan santun,

Mekar-megah di pentas dunia,

Jari sepuluh kemas kususun,

Mohon bicara nan menyusun kata.

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum wa rahmatullahi wa barakatuh, salam sejahtera dan salam


1Malaysia.

Salam aprisiasi saudara pengatur majlis,

Barisan panel penghakiman penuh berkarisma,

Guru-guru seterusnya rakan-rakan yang sentiasa celik akal minda dan penerus
wadah tonggak negara.

Sidang hadirin yang dihormati,

Tajuk pidato saya Bahasa Melayu Citra Bangsa Malaysia. Bahasa sangat luas
pengertiannya, bahasa tidak hanya merujuk sebagai satu sistem linguistik
semata-mata, tetapi bahasa juga citra budaya bangsa Malaysia dan fungsi
bahasa itu sendiri sebagai alat perhubungan sosial dalam masyarakat. Menurut
Pendeta Bahasa Zaaba , bahasa merupakan citra masyarakat, budaya, akal
budi, jiwa atau roh sesuatu bangsa. Keintelektualan dan tamadun bangsa
membuktikan peranan terbesar bahasa sesuatu bangsa. Melalui bahasa orang
dapat mengenal sesuatu bangsa atau petunjuk kepada sesuatu kebudayaan.
Sebagai warga Malaysia, kita seharusnya menghayati dan menghargai bahasa
kebangsaan sebagai jiwa bangsa kita dan citra jati diri kita. Sesungguhnya jiwa
sesuatu bangsa itu dapat dilihat pada bahasanya . Pada bahasa itulah
tergambar etos atau semangat kita sebagai satu bangsa dalam satu lingkungan
tanah air yang dipunyai secara bersama.

Bicara saya yang pertama,

Bahasa Melayu Citra Bangsa 1 Malaysia


Bahasa Melayu merupakan wasilah terpenting dalam menyatukan bangsa
Malaysia. Sesungguhnya, apa yang termaktub dalam Perkara 152 yang
menyediakan peruntukkan-peruntukkan yang berkaitan dengan bahasa Melayu
sebagai bahasa Kebangsaan .Bahasa Melayu diangkat sebagai bahasa rasmi-
kebangsaan dalam Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka,
bahasa Melayu bukan lagi menjadi milik tunggal pribumi Melayu. Malah, bahasa
Melayu menjadi milik bersama seluruh warganegara Persekutuan Tanah Melayu.
Justeru niat murni mendaulatkan bahasa Melayu dapat menyatupadukan kaum-
kaum, yang terdiri dari kaum Melayu, Cina, India, dan lain-lain di bawah satu
bahasa. Cuba kita bayangkan, bagaimana selepas hampir 55 tahun merdeka,
jika kaum Melayu hanya dengan bahasa Melayunya, dan kaum Cina dengan
bahasa Mandarin,Tionghua, ataupun Hokkien nya, dan kaum India pula dengan
bahasa Tamil nya sahaja, maka bagaimanakah kewujudan bangsa Malaysia dapat
direalisasikan? Justeru, jika seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira perbezaan
asal-usul mendaulatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, maka akan
terzahirlah citra dan keperibadian kita sebagai satu bangsa, iaitu bangsa 1
Malaysia. Sebaliknya, jika kitamendaulatkan bahasa-bahasa asing, akan
terpancarlah `jati diri asing. Lantas, akan terencatlah pembentukan jati diri kita
sebagai bangsa 1 Malaysia. Ayuh , marilah k ita berbahasa Melayu sebagai
bahasa kebangsaan 1 bahasa, 1 bangsa, 1 nusa dalam merealisasikan
wawasan 2020.

Hadirin hadirat sekalian,

Bicara saya yang kedua,

Bahasa Melayu Memajukan Bangsa Malaysia,

Bahasa Melayu menjadi pemancu ke arah kemajuan bangsa. Sesungguhnya


untuk mewujudkan satu bangsa itu bukanlah mudah. Suka saya tegaskan di sini,
bahawa dalam konteks pembinaan bangsa Malaysia dan pemajuan negara
menurut acuan kemalaysiaan sendiri, pendaulatan hanyalah kepada bahasa
kebangsaan, bukannya bahasa-bahasa asing. Walaupun kita mempelajari
bahasa asing sebagai bahasa global, namun kita tidak seharusnyamembiarkan
jiwa dan pemikiran kita dikuasai oleh bahasa asing. Cuba kita teladani ,
Kejayaan pembentukan negara-bangsa Jepun, Korea, negara-bangsa di benua
Eropah dan Amerika Syarikat. Mereka terbukti telah berupaya memodenkan
negara sekali gus membina bangsa dengan mendaulatkan bahasa kebangsaan
negara-bangsa masing-masing . Nah , sewajarnya kita menjadikan bahasa
Melayu sebagai bahasa ilmu, teknologi dan peradaban moden. Justeru, akan
tercapailah gagasan pemajuan negara dan pembinaan bangsa Malaysia, jika kita
sebagai rakyat Malaysia tidak mendaulatkan bahasa kebangsaan kita sendiri,
siapa lagi?
Inilah prinsip umbi yang seharusnyakita junjung, jika kita benar-benar serius
untuk mewujudkan bangsa Malaysia, bak kata pepatah di mana bumi dipijak, di
situ langit dijunjung.

Seterusnya, izinkan saya meneruskan bicara saya yang ketiga

Bahasa Melayu Memartabatkan Bangsa Malaysia

Bahasa Melayu memartabatkan bangsa Maysia . Bahasa adalah penanda identiti


atau jati diri sesuatu bangsa.Tetapi malangnya,dewasa kini kita dapat lihat
bangsa kita sendiri telah memusnahkan kesantunan bahasa Melayu itu dengan
pelbagai aspek yang tidak bermoral. Kesannya, bagaimana untuk kita
memartabatkan bangsa kita? Bagaimana untuk dunia memandang tinggi bangsa
kita? jika kita sendiri tidak tahu menghargai keunikan dan keindahannya.
Pembudayaan bahasa Melayu harus nyata .Di plaza tol lebuh raya kini terdapat
bahasa tanda yang berbunyi, Lorong Touch n Go. Bahasa apa ini? Inilah dia
bahasa rojak rasmi. Inilah yang dikatakan pandai meniru tetapi tidak menuras.
Inilah juga kerja yang memalukan bangsa. Kenapa tidak dipakai saja istilah
Lorong pacu segera Sudahkah kita betul-betul menggeledah kamus bahasa
ibunda sebelum sewenang-wenang menggunakan touch n go Jika tiada azam
perjuangan yang kental untuk menggunakan bahasa sendiri lantaran istilahnya
cukup dalam bahasa sendiri, kita juga nanti akan dipanggil bangsa touch n go.
Tepuk dada, tanya selera.

Sudah sampai masanya semua pengiklanan dalam negara menggunakan bahasa


Melayu dengan betul daripada aspek hukum nahu bahasa Melayu. Penggunaan
bahasa Melayu yang diselangi perkataan dan nilai bahasa asing secara melulu
tidak akan membawa kita ke mana-mana. Yang penting ialah kita mesti terus
memupuk rumpun yang ada dan memperkayakannya dengan bimbingan, hala
tuju dan apresiasi bahasa Melayu yang berterusan. Bahasa Melayu yang baik
akan memartabatkan bangsa Malaysia.

Kesimpulannya, bahasa yang kita martabatkan itulah yang akan membentuk jiwa
kita sebagai satu bangsa.Sekiranya bahasa yang kita martabatkan adalah
bahasa kebangsaan, maka yang akan terpancar daripada bangsa kita ialah jiwa
kebangsaannya. Jika kita sentiasa memandang tinggi kepada bahasa
kebangsaan kita, bersinarlah jiwa kebangsaan kita, dan berjayalah pembentukan
jati diri kita sebagai bangsa yang bermaruah. Bahasa itu citra sesuatu bangsa.

Akhir kata;
Yang kurik itu kendi,

Yang merah itu saga,

Yang baik itu budi,

Yang indah itu bahasa

Sekian, wabillahitaufik walhidayah, wassalammualaikum warah


matullahiwabarakatu.

Anda mungkin juga menyukai