Anda di halaman 1dari 80

Kebaikan Dan Khasiat Makanan Sunnah i

Pengenalan
Alhamdulillah, syukur akhirnya niat serta azam saya bagi menghasilkan ebook mengenai kebaikan
dan khasiat makanan sunnah ini dapat juga direalisasikan. Ebook ini mengungkap kepada masyarakat
bahawa makanan sunnah merupakan makanan yang terbaik dan mempunyai banyak kelebihannya.
Selain itu, saya berkongsikan pengalaman dan amalan makanan sunnah ini sejak saya menghidap
penyakit usus besar dan daripada situ saya sedar untuk mengamalkan. Makanan sunnah yang
terdapat dalam Al-Quran mahupun hadis ataupun kajian yang dijalankan memberikan 1001 bagi
menyembuhkan penyakit dan menjadikan kita sihat sentiasa.

MENGAPA PERLU MAKAN MAKANAN SUNNAH?

Sejak saya disyaki menghidap sakit usus besar, pelbagai ubataan yang saya telah makan. Namun
saya masih lagi tidak menunjukkan perubahan terhadap penyakit yang saya alami. Oleh itu, saya
kongsikan kepada masyarakat mengenai kebaikan dan khasiat yang begitu menakjubkan dengan
mengamalkan makanan sunnah ini.

Banyak sebab yang menjadikan saya begitu teruja untuk mengetengahkan makanan sunnah
dengan menerbitkan ebook ini. Saya mengharapkan masyarkat dapat mengamalkan maknanan sunnah
seperti yang terdapat dalam al-quran dan hadis Nabi S.A.W. Namun begitu, saya percaya ramai
masyarkat yang kurang mengetahui khasiat makanan ini sebagai memelihara kesihatan.
Kebaikan Dan Khasiat Makanan Sunnah ii

Isi Kandungan
Bahagian 1

Makanan dan minuman yang baik 1-2

Bahagian 2

Kebaikan dan Khasiat Makanan Sunnah Menurut Al-Quran Dan Hadis

Madu 4-6
Kurma 6-9
Minyak Zaitun 9 - 11
Buah Delima 12 - 16
Habbatus Sauda 17 - 19
Anggur 19 20
Kismis 21
Buah Tembikai 22 - 25
Gandum 26 - 27
Susu Kambing 28 - 31
Barli 31 - 32
Cendawan 33 - 34
Cuka 34 - 37
Air Zam-Zam 38 - 39
Buah Tin 40 - 41
Halia 41 - 44
Timun 44 - 47
Labu 47 - 49
Garam 50 - 52
Zafaran 52 - 53

Bahagian 3

Diet Dan Cara Makan Rasulullah S.A.W 54 60

Bahagian 4

Adab Makan dan Minum Mengikut Rasulullah 67 - 61

Bahagian 5

Pesan Rasulullah S.A.W 68 - 70

Rujukan 71 - 74
BAHAGIAN 1
Makanan &Minuman
Yang Baik
Kebaikan Dan Khasiat Makanan Sunnah 1

PILIHLAH MAKANAN DAN MINUMAN YANG BAIK

Semua makanan dan minuman yang halal adalah halal untuk dimakan. Halal ialah perkara yang

dibolehkan atau diharuskan atau dengan istilah yang lain yang sah di sisi syarak. Ianya adalah perkara

yang baik yang mendatangkan manfaat. Allah SWT telah menghalalkan semua perkara yang baik untuk

kita.

Rasulullah S.A.W pernah bersabda:

Apa yang disebut halal ialah sesuatu yang Allah halalkan dalam kitab-Nya dan yang disebut haram

ialah apa yang Allah haramkan dalam kitab-Nya. Manakala apa yang Allah diamkan maka ia adalah

sesuatu yang dimaafkan (bolehkan). Oleh itu, terimalah daripada Allah kemaafan itu. Sesungguhnya

Allah tidak lupa sedikit pun. Lalu Baginda Rasulullah S.A.W membaca sepotong ayat Al-Quran yang

bermaksud Dan Tuhanmu tidak pernah lupa. (Rirawat Tarmizi, Ibnu Majah, Hakim dan al-bazzar)

Walaupun sesuatu itu halal namun ianya tidak boleh diambil secara berlebihan kerana

berlebihan pula akan dibimbangi membawa kepada kemudaratan atau pembaziran yang akan

menyebabkan timbulnya hukum haram. Haram pula ialah apa yang dilarang atau ditegah melakukannya.

Ianya perkara yang menyebabkan berdosa dan dimurkai Allah SWT. Allah SWT menetapkan perkara

itu haram kerana ianya boleh mendatangkan mudarat kepada hamba-Nya. Allah SWT melarang hamba-

Nya melakukan perbuatan yang haram Allah SWT kasih kepada hamba-Nya.

Allah SWT mengingatkan kepada kita bahawa apa sahaja yang membawa kepada perbuatan

yang haram maka ianya dikira haram juga. Islam memerintahkan umatnya supaya memakan makanan

yang halal lagi baik serta melarang makan makanan yang haram dan boleh memudaratkan kesihatan.

Allah SWT berfirman: Oleh itu, makanlah daripada apa yang Allah kurniakan kepada kamu daripada

benda yang halal lagi baik. Dan bersyukurlah terhadap nikmat Allah jika kamu benar-benar

menyembah-Nya-Al-Nahl:114

Oleh itu, setiap umat islam hendaklah mengambil berat tentang makan minum dan memastikan

setiap makanan dan minuman yang masuk ke dalam perut itu daripada sumber yang halal. Memilih

makanan dan minuman yang halal lagi baik sangat dititikbertakan dalam Islam. Ia bertujuan supaya

tidak memudaratkan manusia.


Kebaikan Dan Khasiat Makanan Sunnah 2

Baginda Rasulullah S.A.W bersabda:

Setiap daging yang tumbuh daripada makanan yang haram maka nerakalah yang layak baginya

(Riwayat Tarmizi)

Pemilihan makanan yang halal lagi baik menjadi keutamaan dalam ajaran Islam. Makanan yang

haram sama ada ia daripada bahan yang dicampur najis atau benda bersumberkan punca yang tidak

halal akan mendatangkan tiga bahaya besar kepada pemakanannya iaitu:

Makanan itu akan mempengaruhi jiwa pemakannya sehingga dia lebih liar membuat kejahatan dan

masiat serta benci untuk melakukan amalan kebajikan dan ketaatan.

Sebarang doanya tidak akan dimakbulkan oleh Allah SWT.

Dia akan mendapat balasan seksaan neraka Allah SWT pada hari akhirat kelak.

MAKANAN SUNNAH

Oleh itu, makanan sunnah ataupun merujuk kepada makanan yang diamalkan Rasulullah SAW

tentunya memiliki kebaikan yang lebih berbanding yang lain. Ini kerana Allah SWT telah menjelaskan

khasiatnya dalam al-Quran. Malah, makanan sunnah juga dah dibuktikan dari segi sains ada banyak

kebaikan dari pelbagai segi. Sebagai Rasul utusan ALLAH, sudah tentu apa yang diamalkan oleh

Baginda itulah yang terbaik dan harus jadi teladan. Sebagai umat Islam, seharusnya kita mencontohi

amalan pemakanan yang telah dipamerkan oleh Rasulullah SAW kerana corak pemakanan baginda

adalah sihat dan berkhasiat seperti mana yang disarankan oleh pakar pemakanan pada hari ini. Ini

terbukti dari sudut pandangan sains bahawa pemakanan yang berasaskan bijirin, buah- buahan dan

sayur- sayuran adalah baik dijadikan amalan.

Nabi Muhammad SAW bersabda: Perut adalah tempat bermula pelbagai penyakit. (Hadis

Riwayat Muslim).

Sehubungan itu, sewajarnya kita mengambil berat jenis makanan yang diambil dalam kehidupan

seharian. Adalah menjadi satu kepentingan bagi seseorang itu tahu akan kelebihan di sebalik makanan

sunnah Nabi Muhammad SAW. Ianya bukan sahaja baik untuk kesihatan tubuh badan dari segi fizikal

tetapi juga baik untuk organ dalaman seperti membantu melancarkan penghadaman makanan dan

pelancaran peredaran darah.


Kebaikan Dan Khasiat Makanan Sunnah 3

BAHAGIAN 2
Kebaikan dan Khasiat
Makanan Sunnah Menurut
Al-Quran dan Hadis
Kebaikan Dan Khasiat Makanan Sunnah 4

Madu
Firman Allah: Dari lebah itu keluar minuman (madu) yang
bermacam-macam warnanya, di dalam terdapat penawar
yang menyebuhkan bagi manusia ~ surah An-Nahl ayat 68-
69

MADU MENURUT PERSPEKTIF ISLAM

Diriwayatkan oleh Abu Said al-Khudri r.a:

Seorang lelaki datang kepada Nabi Muhammad S.A.W lalu berkata: Sesungguhnya saudaraku sakit

perut (cirit-cirit) Rasulullah s.a.w bersabda: 'Berilah dia minuman madu'. Kemudian, dia memberi

saudaranya minum madu. Lalu dia datang semula dan berkata: 'Saya telah pun memberi minum dia

dengan madu tetapi penyakit bukan berkurangan melainkan bertambah.' Rasulullah s.a.w menyuruhnya

agar meneruskan meminum air madu sehingga tiga kali lagi. Kemudian, lelaki itu datang sekali lagi.

Rasulullah s.a.w masih menyuruhnya meneruskan meminum air madu tetapi lelaki itu menjawab,'Saya

telah memberinya minuman madu tetapi sakitnya masih bertambah.' Lalu Rasullullah s.a.w berkata:

'Allah benar dan perut saudaramu itu yang berbohong.' Kemudian Rasulullah S.A.W sendiri memberi

minum madu kepada lelaki tersebut dan akhirnya sembuh.

Diriwayatkan oleh Bukhari dari Aisyah r.a katanya Nabi S.A.W amat gemar makanan manis-manis dan
madu. Rasulullah telah bersabda:

Barang siapa yang menelan (minum sedekit) madu tiga kali (di waktu pagi) setiap bulan, ia tidak akan
terkena penyakit teruk

Sayyid Quthb mengungkapkan madu sebagai ubat penyembuh penyakit sudah dibuktikan secara

ilmiah oleh pakar perubatan. Inilah salah satu bukti kebenaran ayat Al-Quran yang wajib diyakini

umat manusia.
Kebaikan Dan Khasiat Makanan Sunnah 5

Ibnu sina (890-1037), salah seorang tokoh kedoktoran dunia dan ilmuan Islam di abad ke-10

masihi. Ulasan mengenai khasiat madu dari segi kesihatan di dalam dunia kedoktoran. Ia mampu

dapat menyembuhkan berbagai penyakit dari ringan sampai yang berat, seperti tekanan darah

tinggi dan jantung. Madu juga, dapat menurunkan suhu badan serta menyediakan dan mengatur

rembusan, sehingga dapat menghilangkan penyakit demam. Madu lebah juga dapat menguatkan

semangat menambah kerajinan dan menjaga awet muda dan melancarkan percakapan.

KHASIAT MADU

Sejak dari dulu lagi, madu lebah telah dijadikan sebagai bahan minuman untuk kesihatan. Oleh yang

demikian, pengamalan madu lebah boleh memberikan khasiat kepada pengamalnya. Pengamalan madu

lebah asli yang berterusan dapat mencegah penyakit kepada pengamal madu lebah asli. Dengan izin

ALLAH di antara penyakit yang dapat dicegah dengan mengamalkan pengambilan madu lebah asli

adalah:

Asma Lender kahar


Alahan Lemah jantung
Barah Mata
Buasir Pening
Batuk kering Penyeri muka
Batuk Resdung
Darah tinggi Rambut gugur
Gastrik Sakit pinggang
Haid Sakit sendi
Jerawat Sukar Tidur
Kebaikan Dan Khasiat Makanan Sunnah 5

Selain itu, madu juga dapat:

Mengembalikan kekuatan tubuh badan

- Memulih, menyegar dan menambah tenga tubuh badan

- Memulihkan sel-sel urat besar

- Menjaga dan mengimbangi kekuatan badan

- Merangsang tenaga batin

Membersihkan dan menambah darah

- Memulihkan kembali bekuan darah dan membetulkan pengaliran darah.

- Membersihkan lapisan darah dan darah menjadi bersih

- Mengimbangi kandungan lemak dan membuat jantung aktif

- Menghilangkan rasa kebas-kebas dan mengurangkan tekanan darah tinggi

Mengelak cacing perosak dalam perut

Menambahkan kelazatan makanan

Tidak menggangu selaput dinding sistem penghadaman

Mudah dan cepat diserap oleh badan

Membekalkan tenaga yang diperlukan oleh badan dengan cepat

Membantu memulihkan tenaga yang diperlukan oleh badan dengan cepat

Membantu memulihkan tenaga alhi sukan atau sesorang yang menggunakan tenaga dengan

banyak

Walaupun mengandungi gula, tetapi gulanya jenis yang mudah dan serasi dikendalikan oleh buah

pinggang

Amat berkesan bagi menenangkan tubuh dan akal fikiran

Sesuai untuk kecantikan dan menjadikan kulit lebih licin dn halus

Baik untuk kesihatan, boleh memberikan tenaga dan mencerdikan akal

Sumber utama vitamin dan kaya dengan mineral yang diperlukan oleh tubuh.
Kebaikan Dan Khasiat Makanan Sunnah 6

CARA MAKAN MADU MENGIKUT SUNNAH

Rasulullah S.A.W biasanya mengambil madu pada waktu pagi sebelum sarapan. Madu dicampurkan

dengan air untuk membersihkan tekak dan air liur. Di dalam kitab Sunan Ibnu Majah, Rasulullah

S.A.W telah bersabda yang diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a :

Sesiapa yang minum tiga sudu madu dalam tiga pagi sahaja dalam sebulan, dia tidak akan diserang
penyakit berat. Ini menunjukkan bahawa amalan pemakanan madu sememangnya adalah sunnah yang
dituntut.

Kurma
Nabi s.a.w. pernah bersabda:
"Rumah yang tiada kurma adalah rumah yang tiada makanan"

Kurma adalah sejenis tumbuhan (Palma) atau dikenali dalam bahasa saintifiknya sebagai Phonex

dactylifera yang berbuah dan boleh dimakan sama ada yang masak atau yang mentah. Kebanyakan

pokok kurma tumbuh di negara-negara Arab dan mempunyai berbagai-bagai jenis. Antara kurma yang

terkenal ialah kurma Mekkah dan Madinah yang dikatakan mempunyai berpuluh-puluh jenis.

Dikalangan penduduk di negara-negara Arab kurma adalah makanan utama mereka, malah

dikalangan orang kita juga kurma sudah menjadi bahan makanan yang digemari. Selain rasanya yang

manis dan tahan lama serta tidak perlu dimasak, kurma juga mempunyai khasiat yang banyak

dan menjadi makanan utama Baginda Rasulullah S.A.W.

KELEBIHAN KURMA BERDASARKAN AL-QURAN DAN AS SUNNAH

Di riwayatkan daripada Abdullah bin Jaafar katanya Aku melihat Rasullah S.A.W memakan buah-

buahn dengan kurma masak.

Diceritakan oleh Jumaah bin Abdullah yang disampaikan oleh Marwan yang mendapat berita daripada

Ibnu Hashim bahawa Amir bin Saad mendengar bapanya meriwayatkan Rasulullah S.A.W bersabda
Kebaikan Dan Khasiat Makanan Sunnah 7

Setiap yang memakan 7 biji tamar Ajwah dia akan terkwal daripada kejutan syaitan dan sihir pada

hari itu.

Khasiat kurma Ajwah sebagaimana yang disebut di dalam hadith merupakan satu kelebihan

yang dikurniakan Allah sesuai dengan kemulianya sebagai kurma pertama yang ditanam sendiri oleh

Rasulullah S.A.W. Terdapat juga di dalam al-Quran ayat yang menyatakan tentang kelebihan buah

kurma ini, yang dialami oleh Sayydatuna Maryam ketika beliau mengandung Nabi Isa A.S sebagaimana

tersebut di dalam surah Maryam ayat 25:

"Dan gocangkan batang kurma itu kepadanya, nanti ia gugurkan atasmu kurma yang masak.

(Surah Maryam : 25)

Ayat di atas menjelaskan tentang khasiat buah kurma kepada kaum wanita yang sedang dalam nifas,

bila mana Allah S.W.T memerintahkan Maryam memakannya sedang beliau dalam keadaan lemah

selepas bersalin.

Rasulullah juga, pernah bersabda mengenai hal ini sabdanya Beri makan buah tamar kepada

isteri-isteri kamu yang hamil dan barang siapa yang memakan buah tamar tersebut semasa hamilnya,

maka anak akan lahir menjadi seorang anak yang penyabar dan bersopan-santun, kerna makanan Siti

Maryam ketika melahirkan Nabi Isa AS adalah buah tamar. Berdasarkan ini juga, Baginda Rasulullah

S.A.W menganjurkan kita supaya berbuka puasa dengan buah kurma sebagaimana sabda daripada Anas

Bermaksud: Rasulullah S.A.W berbuka puasa dengan beberapa biji kurma sebelum sembahyang.

Sekiranya tiada kurma, maka Baginda Rasulullah akan berbuka dengan beberapa biji anggur. Sekiranya

tiada anggur, maka Baginda meminum air kerana sesungguhnya air itu pembersih.

Antara hadis lain yang menyatakan kelebihan kurma: Maksudnya: Daripada Adiy bin Halim, ia

berkata: Saya mendengar Rasulullah S.A.W bersabda: Hindarilah api neraka walupun dengan memberi

sedekah sebelah buah kurma. Hadis menerangkan kemuliaan buah kurma, iaitu walupun dengan hanya

bersedekah sebelah kurma kita terhindar daripada api neraka.

KHASIAT KURMA

Kurma diangkat tinggi oleh Rasulullah SAW kerana mempunyai nilai kandungan nilai kandungan makanan

yang tinggi. Kandungan protein di dalam kurma lebih kurang 1.8 hingga 2.0 peratus, serat 2.0 hingga
Kebaikan Dan Khasiat Makanan Sunnah 8

4.0 peratus manakala kandungan gulanya 50 hingga 57 peratus glukosa. Ini menunjukkan kandungan

gula di dalamnya telah ditukar secara semulajadi. Bermakna apabila kita memakan kurma, tenaga yang

diserap tubuh adalah serta-merta. Sebaliknya gula di dalam kebanyakkan buah-buah dikenali sebagai

fraktosa dan gula tebu atau gula pasir biasanya mengandungi sukrosa tidak boleh menyerap terus

dalam tubuh. Ia terpaksa dipecahkan dahulu oleh enzim sebelum bertukar menjadi glukosa lalu diserap

tubuh sebagai tenaga.

Disunatkan berbuka dengan kurma kerana orang yang berpuasa tidak makan selama 12 jam.

kurma menyumbang tenaga serta-merta kepada seseorang dan memudahkan untuk beribadat dan

menunaikan sembahyang maghrib atau terawih. Apabila tubh berasa segar dan bertenaga ia

mengahalang kita makan yang berlebihan atau mengikut nafsu. Kadangkala waktu berbuka kita makan

terlalu banyak, tetapi masih letih dan tidak bertenaga. Sebebnya makanan yang diambil kebanykkan

mengandungi karbohidrat, tanpa tenaga serta-merta menjadi penyebab selesai makan, mata akan

mengantuk.

Diantara Khasiat kurma:

Mencegah barah usus besar dan melawaskan

Menguatkan ingatan

Terhindar dari racun

Meredakan tekanan darah tinggi

Menyembuhkan pelbagai jenis penyakit

Menambahkan tenaga seksual atau batin

Mengatasi masaah insomnia

Sesuai untuk wanita semasa hamil dan selepas bersalin

Baik untuk pertumbuhan kanak-kanak

Unsur zat besi dan kalsium yang terdapat di dalam buah kurma adalah unsur yang paling tinggi

bagi membentuk Susu ibu.

Membantu mencengkam rahim sewaktu proses kelahiran, memperkukuhkan lagi urat-urat rahim

pada bulan-bulan terakhir kehamilan dan membantu memudahkan proses kelahiran bayi. Selain

itu, juga dapat mengurangkan tumpah darah, menguatkan organ rahim.


Kebaikan Dan Khasiat Makanan Sunnah 9

Membantu melicinkan perjalanan darah dan menghindari dari penyakit barah, merawat buah

pinggang dan mencuci hati, dan membantu mengurangkan pengaliran darah semasa kelahiran.

Oleh itu, bagi orang yang mementingkan kesihatan mereka agar sentiasa dapat dijaga dengan baik,

buah kurma adalah amat sesuai dijadikan sebagai salah satu makanan harian khususnya di waktu pagi

sebelum memulakan sebarang tugas harian. Mudah-mudahan dengan amalan memakan kurma yang

berterusan, kita terhindar daripada berbagai kemungkinan dan dapat meneruskan tugas harian serta

beribadat kepada Allah S.W.T.

Minyak Zaitun
Diriwayatkan oleh Ibnu Umar R.A., Rasulullah SAW pernah
bersabda: "Minumlah minyak zaitun dan berminyak dengannya
kerana sesungguhnya ia adalah dari pohon yang diberkati." (HR Al-Baihaqi & Ibnu Majah).

Salah satu makanan sunnah yang banyak diamalkan ialah minyak zaitun. Sejak 1400 tahun lalu, Nabi

Muhammad SAW telah menganjurkan penggunaan minyak zaitun, kerana khasiatnya yang amat besar,

dikeluarkan dari pohon zaitun yang diberkati. Firman Allah SWT: Allah cahaya langit dan bumi.

Perumpamaan cahaya Allah, adalah seperti sebuah lubang yang tak tembus, yang di dalamnya ada pelita

besar. Pelita itu di dalam kaca (dan) kaca itu seakan-akan bintang yang bercahaya seperti mutiara,

yang dinyalakan dengan minyak dari pohon yang berkah, yakni pohon zaitun yang tumbuh tidak di

sebelah timur dan tidak pula di sebelah baratnya, yang minyaknya hampir-hampir menerangi, walaupun

tidak disentuh api. Cahaya di atas cahaya berlapis-lapis, Allah membimbing kepada cahaya-Nya siapa

yang dia kehendaki, dan Allah memperbuat perumpamaan-perumpamaan bagi manusia, dan Allah Maha

mengetahui segala sesuatu. (QS An-Nur: 35)


Kebaikan Dan Khasiat Makanan Sunnah 10

Minyak zaitun adalah salah satu minyak tumbuhan yang diperas dari buah zaitun. Tanaman

zaitun ini pada mulanya dikembang biakkan di cekungan laut tengah. Dalam Al Quran, minyak zaitun

disebutkan berkali-kali sebagai minyak yang mengandung banyak manfaat dan khasiat bagi manusia.

Begitu banyak Allah SWT menyebutkan zaitun di dalam Al Quran. Tentu ada yang hendak

disampaikan Allah SWT dari semua itu. Salah satunya adalah keajaiban dan khasiat minyak yang

dihasilkan dari tumbuhan zaitun yang cukup melimpah ruah dan sangat multifungsi bagi orang yang

ingin berpikir dan mengambil pelajaran dari ayat-ayat kebesaran Allah SWT.

Rasulullah S.A.W merupakan orang yang suka menggunakan minyak zaitun. Bagi Rasulullah,

minyak zaitun tidak sekadar hanya bermanfaat bagi kesihatan tubuh, tetapi juga dianggap sebagai

bahagian dari pohon yang diberkati oleh Allah SWT.

Dalam sebuah hadits disebutkan:

Makanlah kalian buah zaitun, minyak zaitun, dan gunakan menggosok (mengoles) dengan minyak zaitun,
sesungguhnya ia adalah dari pohon yang diberkati. (HR.Tirmidzi dan Ibnu Majah)

KHASIAT MINYAK ZAITUN

1. Untuk awet muda, anti penuaan dan menyerikan wajah dengan

menyapu di wajah sebelum tidur.

2. Untuk mengatasi masalah kulit muka berjerawat, parut atau

melecur. Sapu pada jerawat dan parut.

3. Untuk pesakit lutut, athritis dan sendi-sendi yang sakit:

Diletakkan di kapas lalu dibalut pada lutut (atau mana-mana anggota atau sendi yang sengal)

sebelum tidur.

4. Leukimia: Dibaca ruqyah saratan diminum satu sudu satu jam sebelum makan apa-apa selama

paling kurang 40 hari.

5. Kanser: Dibaca ruqyah saratan dan sentiasa di sapu pada anggota terkena kanser contohnya;

kanser otak: kepala, kanser payudara dan lain-lain.

6. Gastrik: Dibaca ayat syifa' dan diminum sesudu satu jam sebelum makan apa-apa.
Kebaikan Dan Khasiat Makanan Sunnah 11

7. Masalah penghadaman, usus, sakit perut, cacing dan angin (gas dalam perut)

8. Gangguan Jin, sihir, saka, santau: Zaitun ruqyah disapu di anggota sujud / anggota wuduk /

tempat sakit/sendi-sendi utama.

9. Dengan campuran sedikit garam, boleh menjadi ubat mujarab bagi penyakit gigi dan gusi.

10. Anti semua kanser, sakit jantung dan 1001 penyakit: Digunakan sebagai minyak masakan

11. Melebatkan rambut. Nabi Muhammad S.A.W menggunakan minyak zaitun sebagai minyak rambut.

CARA MEMAKAN MINYAK ZAITUN

Minum sesudu 2 kali (23 gram) sehari (pagi sebelum sarapan, dan malam sebelum tidur).

Campurkan dua sudu makan minyak zaitun ke dalam setiap masakan.

Untuk menghilangkan parut bekas jerawat di muka, ratakan campuran dua sudu teh minyak

zaitun pada muka, biarkan selama dua atau tiga jam dan kemudian barulah dicuci.

Untuk menghilangkan parut pada anggota lain di badan, ratakan campuran tiga sudu teh minyak

zaitun pada anggota terlibat, biarkan selama dua jam,kemudian barulah dicuci.

Jika boleh gunakan dalam masakan menggantikan minyak masak kelapa sawit.

Tambahkan dua sudu makan minyak zaitun ke dalam masakan berminyak, bersantan,

berlemak/kolesterol tinggi (kambing, lembu, kerbau atau udang). Kesemua lemak akan menjadi

sisa tanpa diserap ke dalam badaan.


Kebaikan Dan Khasiat Makanan Sunnah 12

Buah Delima
Sabda Nabi Muhammad S.A.W yang Bermaksud: Buah Delima adalah penghulu buah-buahan.
Sesiapa yang makan buah delima, maka syaitan menjadi marah selama 40 hari kerana jika syaitan
makan buah delima, maka dia tidak diikuti oleh seseorang.

Delima merupakan tanaman buah-buahan yang berasal dari Iran. Buahnya bulat hampir sebesar limau,

berkulit keras dan kemerahan. Isinya berbiji-biji seperti Kristal. Dalam sesetengah masyarakat,

delima melambangkan kesuburan dan panjang usia. Misalnya buah delima menjadi simbol kesuburan

bagi perkahwinan masyarakat di Timur Tengah.

Mankala orang Cina pula menyajikan buah delima sewaktu upacara perkahwinan kerana ia

dianggap lambang kesuburan, kemakmuran dan keturunan besar. Dalam Islam, buah delima merupakan

salah satu buah yang terdapat di dalam syurga yang dikurniakan oleh Allah kepada manusia untuk

dinikmati dan sebagai penawar di atas dunia.

AL-QURAN DAN HADIS MENGENAI KEUTAMAAN BUAH DELIMA

Sabda Nabi Muhammad S.A.W yang bermaksud: Makanlah delima dengan kulitnya kerana

sesungguhnya buah delima baik untuk penghadaman perut (Diriwayatkan Ahmad, Baihaqi dan

Ibnu Sunni)

Sabda Nabi Muhammad S.A.W yang bermaksud: Tidaklah buah delima yang ada pada kalian

sekarang ini, melainkan sebahagian daripada buah delima dari syurga (Diriwayatkan oleh Al-

Dzabi)

Sabda Nabi Muhammad s.a.w yang bermaksud: Makanlah buah delima dengan isinya, kerana ia

dapat mencuci penghadaman.(Diriwayatkan oleh Imam Ahmad)


Kebaikan Dan Khasiat Makanan Sunnah 13

Imam Ghazali mengajak manusia agar merenung tentang penciptaan buah delima sebagai tanda

kehebatan Allah S.W.T. dimana ia terbentuk seperti katung-katung kecil segar, dengan bahagian

bawahnya besar dan bahagian atasnya tipis seperti tenunan halus dan akhirnya ia dibalut dengan kulit

yang tebal mengelilingi buah delima tersebut.

Hikmah penciptaan buah delima dengan percaturan yang sebegitu rupa mempunyai nilai

kehebatan yang tersendiri. Seandainya ia tidak dilapisi dengan lapisan yang halus itu, sudah tentu sari

makanan tidak dapat sampai kepada biji buah delima tersebut. Dari sari makanan itulah, buah delima

mempunyai rasa manis tetapi akarnya sendiri mempunyai rasa yang amat pahit. Lapisan yang

membahagi ruang biji buah delima berfungsi untuk memelihara buahnya dan seluruh biji buah tersebut

diliputi dengan kulit keras tetapi rasanya agak pahit adalah untuk menjaganya bebas daripada segala

hama. Berikutan daripada kejadian ini menunjukkan kepada kita bahawa setiap kejadian yang Allah

ciptakan mempunyai keistimewaan tersendiri.

KHASIAT BUAH DELIMA

1. Menstabilkan Paras Kolestrol

Adalah sukar untuk mengekalkan tahap kolestrol dalam badan. Delima akan membantu

meningkatkan tahap kolestrol yang baik di samping menurunkan kolestrol yang buruk.

2. Delima Mempunyai Tahap Antioksidan Yang Tinggi.

Delima terbukti mempunyai kandungan antioksidan yang tinggi berbanding pesaingnya seperti

anggur merah dan teh hijau. Apabila anda memerlukan sumber antioksidan pada kehidupan

seharian, anda perlu pastikan ia adalah antioksidan yang paling bagus. Delima merupakan sumber

terbaik untuk antioksidan.

3. Melawan Penyakit Jantung

Delima membantu melancarkan peredaran darah dalam badan. Ini adalah kaedah terbaik

melindungi diri daripada penyakit jantung atau serangan jantung. Berdasarkan kajian terbaru,

kandungan antioksidan dalam jus delima membantu menurunkan lemak pada dinding arteri.

Antioksidan membantu membaiki sel yang rosak. Delima mengandungi 'flavonoids' dan

'polyphenols' yang tinggi, iaitu antioksidan yang mampu melawan penyakit jantung dan kanser.
Kebaikan Dan Khasiat Makanan Sunnah 14

4. Merangsang Tenaga Batin.

Jus delima kaya dengan antioksidan yang dapat meningkatkan pengaliran darah pada genitals (alat

kelamin). Ia juga dapat mencegah ketidaksuburan dan kemadulan. Delima juga dikenali sebagai

'natural viagra' dapat meningkatkan tenaga seksual secara semulajadi.

5. Menguatkan Sistem Pertahanan Badan.

Delima merupakan pendekatan yang baik bagi melawan penyakit. Delima dapat memperbaiki kitaran

darah pengguna. Tahap antioksidan yang tinggi dalam Delima akan membantu menguatkan sistem

dalam badan dan melawan apa jua penyakit. Ini adalah langkah awal untuk pengguna dari menjadi

mangsa serangan jantung atau penyakit hati.

6. Mengurangkan Risiko Penyakit Kencing Manis.

Meminum jus delima sangat baik untuk pesakit kencing manis dan merendahkan risiko masalah

jantung. Kajian terbaru mendapati pesakit kencing manis yang meminum jus delima 3 bulan dapat

merendahkan atherosclerosis (atau pengerasan pada arteries). Kata Penyelidik. "Dalam jus delima,

gula bercantum kepada antioksidan yang unik, di mana sebenarnya menjadikan gula ini sebagai

pelindung melawan atherosclerosis".

7. Menghalang Kemasukan Virus Hiv-1 Dan Mocrobicide.

Keputusan eksperimen menunjukkan halangan kemasukan HIV-1 ke atas jus delima yang dapat

meyerap kanji dalam badan. Virus kompleks yang diikat pada CD4 dan CXCR4/CCR5 dapat menahan

sernagan virus utama A sehingga G dan juga kumpulan 0.

8. Mengelakkan Kanser Kalenjar Prostat.

Kajian telah membuktikan bahawa jus delima dapat mengurangkan perkembangan kanser kalenjar

prostat. Kebayakan pesakit berpuas hati dengan keputusan yang diterima di mana penggunaan

delima dapat menyembuhkan kanser itu.

9. Delima Melawan Kanser Payudara.

Penyelidik mendapati bahawa minyak bijian daripada delima dapat memusnahkan sel kanser

payudara dan mengekal tanpa menjejaskan sel sedia ada. Kajian lain di Universiti Chicago
Kebaikan Dan Khasiat Makanan Sunnah 15

menemukan jus delima yang ditapai dan minyak bijian delima dapat membantu mengelakkan kanser

payudara. Kajian di Winsconsin pula mendapati bahawa jus delima dapat menghalang pembesaran

sel kanser kulit.

10. Merendahkan Tekanan Darah.

Salah satu masalah kesihatan utama yang dihadapi oleh manusia pada masa kini adalah menghidapi

tekanan darah yang tinggi pada usia tua. Kandungan antioksidan pada delima mampu untuk

mengurangkan pengumpulan sel darah kotor dan secara semulajadinya mengurangkan tekanan

darah, faktor kepada pencegahan serangan jantung dan strok.

11. Menguatkan Kesihatan Gigi.

Delima diketahui dapat mengurangkan pembentukan plak pada gigi. Gigi yang sihat dapat diperolehi

selain dari menggunakan khidmat doktor yang pakar. Ini adalah kaedah yang dapat mengelakkan

pengguna dari kehilangan gigi.

12. Mencegah Daripada Penyakit Alzheimer (Nyayuk).

Pengkaji daripada Pusat Perubatan Universiti Vanderbilt mengenalpasti bahawa sesiapa yang

meminum jus delima tiga kali atau lebih setiap minggu dapat menurunkan 76 peratus pertumbuhan

tanda penyakit Alzheimer's daripada mereka yang meminum kurang daripada satu sajian setiap

minggu.

13. Mengurangkan Batuk Dan Asthma.

Kandungan asid askorbik (vitamin C) yang tinggi pada buah ini merupakan ejen anti-radangan yang

hebat. Ia akan mengurangkan bunyi dehitan pada pengidap asthma dan lelah.

14. Mengandungi Kepelbagaian Vitamin.

Delima mengandungi 'potassium' yang tinggi, selain dari mineral-mineral lain seperti fosfor,

kalsium, besi, dan sodium, dan vitamin-vitamin A, B1, B2, B3 dan C. Mencegah edema, dan

mengurangi kadar gula yang beredar di dalam darah (ibu yang baru pertama kali hamil atau lebih

dari 3 kali kehamilan). Delima menghilangkan rasa letih otot dan memungkinkannya bergerak

dengan mudah, dan juga menguatkan jantung.


Kebaikan Dan Khasiat Makanan Sunnah 16

15. Delima Amat Disyorkan Diambil Oleh Ibu-Ibu Hamil

Jika diambil semasa awal kehamilan, ia dapat mengelakkan 'morning sickness'

Menjaga degupan jantung agar tetap normal (bagi ibu dan perkembangan fetusnya)

Menunjang kepekaan saraf dan otot agar berfungdi secara teratur (kajian mendapati rahim

wanita lebih utuh/kuat sesuai dengan kepekaannya menunjang pergerakan bayi yang

dikandung)

Menjadikan kulit bayi sihat, gebu dan cantik.

Menunjuang kepekaan saraf dan otot agar berfungsi secara teratur (kajian mendapati rahim

wanita lebih utuh/kuat sesuai dengan kepekaannya menunjang pergerakan bayi yang

dikandung.

16. Melindungi Otak Bayi.

Kajian Pediatrik mendapati meminum jus delima semasa mengandung dapat melindungi otak bayi

semasa kelahiran. Jus delima juga dapat membantu untuk mendapatkan bayi yang sihat. Beberapa

tahun lepas, doktor mengesahkan bahawa ketidakcukupan asid folik (folate) boleh menyebabkan

tiub saraf yang cacat seperti kerosakan pada tulang belakang dan sumbing pada lelangit bibir

untuk bayi. Jus delima memenuhi bekalan asid folik sebaik seperti vitamin dan mineral yang

penting untuk perkembangan bayi. Sebagai tambahan, kebaikan jus delima adalah mengandungi

'potassium' di mana ia dapat mengelakkan kekejangan kaki yang biasanya dihadapi oleh ibu

mengandung pada waktu malam.


Kebaikan Dan Khasiat Makanan Sunnah 17

Habbatus
Sauda
Imam Bukhari meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W pernah bersabda: Kekallah kamu
dengan habbatus sauda kerana padanya itu ada penawar bagi segala penyakit kecuali mati.

Agama Islam merupakan agama yang menyeluruh, sempurna dan menyelesaikan segala masalah manusia.

Sebuah hadis daripada riwayat Muslim menerusi Abu Zubair, daripada Jabir bin Abdulullah, daripada

Nabi Muhammad S.A.W bahawa baginda bersabda yang bermaksud: Setiap penyakit ada penawarnya.

Jika ubat penyakit itu pasti akan sembuh dengan izin Allah S.W.T (riwayat Ahmad). Di dalam kitab

Shaih al-Bukhari dan Muslim daripada Abu Hurairah r.a bahawa beliau berkata Nabi Muhammad S.A.W

bersabda bermaksud: Setiap kali Allah S.W.T menurunkan penyakit, pasti Allah S.W.T menurunkan

ubat dan penawarnya (riwayat Hakim).

Oleh itu, bagi mengubati penyakit jintan hitam atau habbatus sauda atau dalam bahasa

ilmuannya, Nigella Sativa telah digunakan dikebanyakan Negara Timur Tengah untuk perubatan selama

lebih 2000 tahun. Rasulullah S.A.W sendiri ada menyebut mengenai kelebihan habbatus Sauda

sabdanya: Hendaklah kami memakan habbatus sauda (jintan hitam) kerana ia mengandungi ubat untuk

segala jenis penyakit melalainkan as-Sam (mati). Habbatus sauda ini dapat membantu menyembuhkan

beberapa penyakit yang sering dihadapi oleh manusia. Selain itu, ia merupakan satu supplement atau

ubat yang membetulkan perjalanan sistem tubuh seseorang individu dengan membersihkan darah dan

menjadikan individu lebih bertenaga dan sihat.


Kebaikan Dan Khasiat Makanan Sunnah 18

KHASIAT HABBATUS SAUDA

1. Memberi tenaga

Keletihan, sakit-sakit badan dan mudah mengantuk

2. Meningkatkan imunisasi

Mengelakkan daripada jangkitan penyakit, meningkatkan

sel pembunuh penyakit, sesuai untuk penghidap AIDS,

pesakit kanser, pesakit berkenaan ketahanan badan dan

membentu melawan penyakit.

3. Anti Inflamasi

Mengurangkan bengkak dan radang, sesuai untuk pesakit asma (radang paru-paru), sakit kulit

enzema (radang kulit) dan arthritis (bengkak sendi).

4. Saluran Pernafasan

Melegakan saluran pernafasan yang membengkak

5. Anti Histamin

Mencegah cetusan histamine (punca alahan) dalam badan, sesuai untuk mereka yang mempunyai

alahan kepada makanan (makanan laut dan lain-lain).

6. Anti Bakteria

Mengelakkan dari jangkitan E-coli, V cholera dan Shigella, mengubati ciri-birit, sesuai kesihatan

dalam perut dan usus, mulut berbau dan tonsil.

7. Penyakit Wanita

Membetulkanputaran haid, memperbanyakkan susu ibu, meningkatkan tenaga dan kesuburan.

8. Saluran Perkumuhan

Merawat jangkitan pundi kencing dan melawaskan perkumuhan.


Kebaikan Dan Khasiat Makanan Sunnah 19

9. Anti Parasit

Membunuh cacing dalam perut dan sesuai untuk kanak-kanak lebih dari 5 tahun

10. Meningkatkan daya ingatan

Mempunyai asid omega 6 dan omega 3 yang baik untuk otak dan kecerdasan.

11. Mengecutkan ktumbuhan (anti-tumor)

Sesuai untuk mereka yang mempunyai ketumbuhan, kanser, tumor dan lain-lain.

12. Mengawal kolestrol dan kadar gula.

Anggur
''Dia menumbuhkan bagi kamu dengan air hujan itu tanam-tanaman; zaitun, kurma, anggur dan
segala macam buah-buahan. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar ada tanda
(kekuasaan Allah) bagi kaum yang memikirkan.'' ( QS: An Nahl: ayat 11)

Di antara banyak buah-buahan, salah satu yang disebutkan Allah S.W.T di dalam Al Quran adalah buah

anggur. Buah yang rasanya lazat itu, telah disebutkan di dalam Al Quran sebanyak 14 kali.

Anggur merupakan ramuan utama di dalam Vivix Shaklee dan Vitamin E. Oleh kerana itulah

fungsi kedua-dua vitamin ini merupakan alternatif dalam menyembuhkan penyakit kronik

dan membaikpulih sel serta menghalang serangan radikal bebas. Dengan kandungan vitamin C yang

tinggi termasuk vitamin A, B1, B2, anggur mempunyal kalori yang rendah dan mengandungi 80

peratus air dan sumber yang bagus bagi kalium. Selain itu, ia juga mengandungi phytonutrien, bahan

aktif dipercayai melindungi badan manusia daripada bahan dan penyakit jantung.
Kebaikan Dan Khasiat Makanan Sunnah 20

FUNGSI DAN KHASIAT ANGGUR

Ekstrak Biji Anggur adalah salah satu daripada antioksida yang kuat. Kekuatannya adalah 50

kali lebih kuat dari Vitamin E dan 20 kali lebih kuat dari Vitamin C.

Mengukuhkan kesihatan jantung dengan menghalang pemendapan plak di saluran arteri

Menghasilkan kulit yang lebih sihat dan cantik kerana kandungan bioflavonoids dlm ekstrak biji

anggur membaikpulih sel dan menghalang serangan radikal bebas yang boleh akibatkan jerawat,

jeragat, sunburn, muka kusam dan lainlain.

Ia juga membantu menyembuhkan luka dan menjana semula saluran darah yang rosak dan

membersihkan bakteria berbahaya dari luka.

Meningkatkan kesihatan mata dengan memberikan penglihatan yang lebih baik dan

mengelakkan penyakitpenyakit mata seperti Astigmatism, retinal detachment, Cataract,

Chalazion, Chorioretinitis, Choroideremia, Coloboma, Color Vision Defects, Conjunctival

Diseases dan bermacammacam lagi.

Ekstrak biji anggur berkesan dalam merawat penyakit yang berkaitan dengan otak seperti

ADD (Attention Deficit Disorder) dengan membantu dalam mengawal neurotransmiter dalam

otak dan menghalang kerosakan norepinefrina dan dopamina.

Ekstrak biji anggur turut mengandungi antioksida yang istimewa yang mana ia boleh menembusi

salur darah di otak untuk melindungi saraf dan tisu otak.

Meningkatkan kecergasan mental sekaligus mencegah penyakit nyanyuk.

Membantu mencegah osteoporosis.

Ekstrak Biji Anggur merupakan anti bakteria, antivirus dan anti-radang yang bagus.

Menghalang pertumbuhan selsel kanser dan mengelakkan daripada bercambah ke tempat yang

lain.

Menyekat virus dari terus merebak dan melakukan replikasi pada pesakit HIV.

Membantu membetulkan serta menguatkan peredaran darah yang lemah.

Melegakan sembelit
Kebaikan Dan Khasiat Makanan Sunnah 21

Kismis
Anggur yang sudah kering dipanggil dengan kismis. Kismis yang paling baik ialah yang paling besar

saiznya, berminyak isinya, nipis kulitnya dan kecil bijinya. Rasulullah S.W.T bersabda: Makanlah kismis

ini kerana ianya sebaik-baik makanan yang dapat menghilangkan lelah, meredakan kemarahan,

menguatkan saraf, mewangikan bau mulut, menghilangkan kahak.

Imam Ibnu Qayyim dalm at-Tib An- Nabawi menukilkan sebuah hadis bermaksud: sesiapa

yang makan 21 biji kismis merah setiap hari maka di dalam tubuhnya tidak akan terdapat sesuatu yang

tidak disukai. Dalam kitab yang sama, beliau turut menyatakan dan bermakud: Makanlah kismis dan

buanglah bijinya kerana di dalam bijinya terdapat penyakit manakala di dalamnya isinya terdapat

penawar.

KHASIAT KISMIS

Menghangatkan badan

Mengatasi masalah kerongkong

Menormalkan air kencing

Menguatkan usus dan badan

Menguatkan jantung dan limpa

Baik untuk sesiapa yang menghafaz had


Kebaikan Dan Khasiat Makanan Sunnah 22

Buah
Rasulullah S.A.W bersabda: Setiap wanita hamil
yang makan buah tembikai maka anaknya akan
cantik wajahnya dan baik akhlaknya
Tembikai
Buah tembikai atau istilah Arab disebuat sebagai Al-Biththikh adalah buah kesukaan Rasulullah

S.A.W selepas buah labu. Buah Tembikai juga, merupakan salah satu buah dari saudara serumpun

dengan buah labu. Rasulullah sangat meraikan buah tembikai, buah ini menjadi Sunnah Baginda

Junjungan Rasulullah S.A.W selepas Kurma. Selain itu, Rasulullah sangat menyukai dan memberkati

buah tembikai dan menganjurkan para sahabat agar memakan buah tembikai bersama kurma. Inilah

antara Sunnah Rasulullah S.A.W yang ditinggalkan baginda kepada umatnya sehingga hari kebangkitan

(Kiamat).

HADIS MENGENAI KEUTAMAAN BUAH TEMBIKAI

Terdapat banyak hadis Rasulullah S.A.W menceritakan keutamaan buah tembikai dan khasiat kepada
umatnya, antaranya ialah:

Sabda Rasulullah S.A.W.

Dari Ibnu Abbas berkata: Makanlah tembikai kerana didalamnya ada kebaikan. Ianya makanan

minuman, perangsang kepada pertumbuhan gigi, sebagai pewangi, pembersih pundi kencing,

menambahkan air tulang belakang, menghindarkan sejuk dan pembersihan kulit.

Dari Aishah r.a, Rasulullah S.A.W pernah makan al-biththih dengan kurma segar, seraya

bersabda, Kami memadam panas kurma ini dengan dinginnya Al-biththih ini dengan panasnya

kurma ini.

Rasulullah pernah makan tembikai dengan rutob dan bersabda kita pecahkan panas ini dengan

sejuknya ini dan sejuknya ini dengan panasnya ini.


Kebaikan Dan Khasiat Makanan Sunnah 23

Satu hari telah dihadiahkan buah tembikai Taif kepada Rasulullah SAW. Nabi menciumnya dan

bersabda: Makanlah ini dengan gigi kamu, kerana ini adalah antara perkara yang halal di atas

bumi. Jusnya adalah rahmat dari Allah dan kemanisannya dari syurga.

KHASIAT BUAH TEMBIKAI

Buah tembikai kaya dengan vitamin A dan C, asid folik, magnesium, zink dan pelbagaijenis galian yang

lain yang bermutu tinggi dalam perubatan. Tembikai dikenali sebagai Citrullus vulgaris amat mujarab

untuk menyembuhkan pelbagai jenis penyakit antaranya sakit kepala, penyakit paru-paru dan masalah

kulit. Manakala, jus tembikai juga memberi tenaga dan kekuatan dikalangan orang-orang tua serta

memulihkan sistem tubuh yang lemah bagi mereka yang baru sahaja sembuh daripada penyakit atau

menjalani pembedahan. Penyakit artritis, gout serta keracunan uremik berlaku akibat kehadiran asid

urik yang berlebihan.

Jus tembikai boleh membantu menyembuhkan penyakit-penyakit ini dengan menghapuskan

kesan-kesan toksik dalam tubuh. Kehadiran asid yang berlebihan dalam darah dapat diatasi dengan

mengamalkan pengambilan jus tembikai kerana ia dapat bertindak membantu melancarkan pengaliran

darah. Berikut merupakan di antara khasiat buah tembikai:-

1. Mencegah penyakit asma

Kandungan vitamin C dalam buah tembikai adalah salah satu nutrien yang dapat mencegah

penyakit asma.

2. Mengawal tekanan darah.

Satu kajian yang diterbitkan oleh American Journal of Hypertension mendapati bahawa

suplemen ekstrak buah tembikai mampu mengurangkan tekanan darah pada pergelangan kaki,

tekanan darah brachial dan pantulan gelombang karotid di kalangan orang dewasa pertengahan

umur yang mempunyai masalah kegemukan dengan prehypertensi atau hipertensi peringkat 1

dan ekstrak tembikai pula dapat memperbaiki fungsi arteri menjadi lebih baik.
Kebaikan Dan Khasiat Makanan Sunnah 24

3. Mencegah Kanser.

Sebagai sumber yang sangat kaya dengan vitamin C dan kandungan antioksidan yang tinggi

serta antioksidan lain, tembikai boleh membantu memerangi pembentukan radikal bebas yang

sedia maklum boleh menyebabkan kanser.

4. Membantu Penghadaman

Kandungan air dan gentian dalam tembikai dapat membantu mencegah sembelit dan

menggalakkan kekerapan untuk saluran penghadaman yang sihat.

5. Penghidratan

Mengandungi 92% air dan penuh dengan elektrolit penting, tembikai adalah makanan ringan

yang baik mengatasi masalah badan terhidrasi semasa bulan Ramadhan.

6. Mengatasi masalah keradangan.

Choline adalah nutrien yang sangat penting dan serba boleh yang terkandung dalam tembikai .

Ia membantu badan kita semasa tidur, pergerakan otot, pembelajaran dan ingatan. Choline

juga membantu untuk mengekalkan struktur membran sel, membantu dalam penghantaran

impuls saraf, membantu dalam penyerapan lemak dan mengurangkan keradangan kronik.

7. Mengurangkan kesakitan Otot.

Tembikai dan jus tembikai telah terbukti dapat mengurangkan kesakitan otot dan

meningkatkan masa pemulihan selepas latihan dalam atlet. Penyelidik percaya yang asid amino

L-citrulline yang terkandung dalam tembikai yang membawa kepada kelebihan tersebut.

8. Kulit yang sihat.

Tembikai juga baik untuk kulit anda kerana ia mengandungi vitamin A, sejenis nutrien yang

diperlukan untuk pengeluaran sebum dalam mengekalkan rambut yang lembap. Vitamin A juga

diperlukan untuk pertumbuhan semua tisu badan, termasuk kulit dan rambut. Pengambilan yang

mencukupi vitamin C (satu cawan tembikai menyediakan 21% daripada keperluan harian) juga

diperlukan untuk pembinaan dan penyelenggaraan kolagen, yang menyediakan struktur untuk

kulit dan rambut.


Kebaikan Dan Khasiat Makanan Sunnah 25

9. Melindungi Mata.

Selain vitamin C, buah tembikai juga mengandungi Vitamin A. Vitamin A sangat baik untuk

melawan infeksi serta mencegah penurunan daya penglihatan anda.

10. Menurunkan tekanan darah.

Tembikai kaya dengan kalium. Pengambil setengah biji buah tembikai membolehkan badan

manusia memperolehi kira-kira 825 mg kalium, iaitu zat logam penting yang berperanan

merendahkan tekanan darah..

11. Mengandungi Asid Folik.

Selain kalium, tembikai juga mengandungi asid folik iaitu sejenis vitamin B yang diperlukan oleh

ibu bagi menghalang bayi dalam kandungan daripada mengalami kecacatan dan penyakit

jantung.

12. Rendah Kalori

Tembikai mengandungi kalori yang rendah. Ia terdiri daripada 92% air, menjadikan anda

mudah kenyang. Oleh yang demikian, amalan memakan tembikai amat sesuai bagi anda yang

sedang berdiet.

13. Mengurangkan Noda Hitam Pada Wajah.

Kulit buah tembikai mampu mengurangkan noda-noda hitam pada wajah. Caranya ialah dengan

mencampurkan kulit tembikai yang telah dikeringkan dan dijadikan serbuk, timun serta daun

lidah buaya dan dijadikan sebagai masker.

Baginda bersabda "Allah akan melimpahkan rahmat kepada orang yang memberi kita, yang

memakannya sekarang dan kepada sesiapa yang memakannya dari golongan umatku dari sekarang

hinggalah kepada hari kebangkitan. Bagi wanita yang mengandung adalah bagus makan buah tembikai

ini, ini kerana Sabda Nabi Muhammad S.A.W. "Setiap wanita hamil yang makan buah semangka

(timbikai) maka anaknya akan cantik wajahnya dan baik akhlaknya.". Begitulah hebatnya khasiat dan

kelebihan buah tembikai manakala dari segi faktanya, memakan buah tembikai sebelum makan dapat

membersihkan usus dan menghindarkan penyakit.


Kebaikan Dan Khasiat Makanan Sunnah 26

Gandum
Aishah berkata, Keluarga Nabi tidak pernah
kenyang dengan memakan roti gandum dua hari
berturut-turut dan (pada hari mereka tidak
memperolehi roti) mereka terpaksa memakan tamar
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Nabi Muhamad SAW biasa memakan roti yang diperbuat daripada gandum asli. Gandum sempurna

(whole grain wheat) mempunyai perbezaan berbanding tepung gandum yang telah diproses kerana ia

mengandungi kadar protein, serat dan vitamin E yang tinggi. Kajian sains semasa membuktikan bahawa

mereka yang memakan roti yang diperbuat daripada gandum asli mempunyai risiko yang rendah untuk

menghidap penyakit jantung kerana vitamin E yang terkandung didalamnya menyebabkan hati akan

mengeluarkan kadar kolesterol yang rendah.

Mengikut riwayat oleh Bukhari dan Muslim, Aisyah berkata, "Keluarga nabi tidak pernah

kenyang dengan memakan roti gandum dua hari berturut- turut dan (pada hari mereka tidak

memperolehi roti) mereka memakan Tamar". Pemakanan berasaskan bijian- bijian sempurna

sememangnya berkhasiat kerana ia amat penting bagi kesihatan jantung di samping berkhasiat untuk

mengawal penyakit kencing manis dan kegemukan melampau (obesiti) serta juga mampu mencegah

kanser.

Di samping itu, satu kajian yang telah dijalankan oleh Havard School of Public Health dari

tahun 1984 hingga 1996 ke atas 74 000 orang wanita menunjukkan bahawa wanita yang mengambil biji-

bijian sempurna dalam diet mereka secara berterusan mempunyai berat badan yang rendah

berbanding mereka yang tidak mengambil biji- bijian sempurna. Justeru itu, bagi mereka yang ingin

mengekalkan berat badan yang sihat dinasihatkan oleh pakar pemakanan agar mengambil makanan yang

berasaskan biji- bijian yang sempurna.


Kebaikan Dan Khasiat Makanan Sunnah 27

KHASIAT GANDUM

1. Mencegah Diabetes

Gandum mempunyai kandungan gula yang rendah jika dibandingkan dengan sumber karbohidrat

lainnya, seperti beras. Oleh itu, bagi penghidap diabetes boleh mengambil gandum sebagai

makanan harian.

2. Melancarkan proses pencernaan

Biji gandum mengandung komposisi serat yang cukup tinggi. Sebagaimana diketahui bahawa serat

sangat membantu dalam menangani berbagai masalah gangguan pencernaan seperti susah buang air

besar dan baik untuk saluran pencernaan serta meningkatkan pertumbuhan bakteria baik yang ada

di dalam usus.

3. Mencegah batu hempedu

4. Meningkatkan Metabolisme Tubuh

5. Mencegah penyakit asma

6. Melawan kanser payudara

7. Mengawal obesiti

8. Menjamin kesihatan jantung

9. Menu yang sesuai untuk diet

10. Baik untuk jantung

11. Sumber gizi dan mineral untuk tubuh


Kebaikan Dan Khasiat Makanan Sunnah 28

Susu
Kambing
Sabda Nabi S.A.W: Bela la kambing kerana padanya ada
barakah/keberkatan

SEJARAH SUSU KAMBING

Nabi Adam

Bermulanya Human Civilization (tamadun manusia) Habil dan Qabil menternak kambing dan

ianya merupakan ternakan binatang pertama di dunia.

Nabi Ibrahim

Merupakan penternak kambing yang agong.Terdapat 12,000 ekor anjing yang menjaga kambing-

kambingnya.Berlaku peristiwa sedekah (kambing) yang terbesar dalam sejarah Islam.

Nabi Isa

Juga menternak kambing. Wujudnya Bani Israel bangsa Yahudi (satu bangsa yang dikenali

cerdik). Mengamalkan minuman susu kambing sehingga ke hari ini.

Nabi Muhammad S.A.W

Diantara jenis minuman yang biasa diminum oleh Rasulullah saw adalah susu kambing segar,

yakni langsung diminum sesudah diperah dari kambing (kisah Abdullah bin Masud pada masa

remaja, mengembala kambing milik Uqbah Muaith).


Kebaikan Dan Khasiat Makanan Sunnah 29

MINUMAN KEGEMARAN RASULULLAH

Susu kambing kaya dengan protien, enzim dan mengandungi faktor anti penuaan, antiarthritis serta

antibarah. Ia mengandungi antibodi untuk merawat penyakit gastrik, demam kuning, lelah, penyakit

kulit, memulih tenaga batin, sakit jantung peringkat awal, ulser perut serta membantu dalam

pembentukan tulang dan gigi serta berbagai lagi penyakit kerana susu kambing merupakan makanan

tambahan yang baik untuk kesihatan.

KEBAIKAN & KHASIAT SUSU KAMBING

Kajian saintifik telah menunjukkan bahawa komposisi dalam kandungan susu kambing mempunyai

banyak kebaikan untuk manusia berbanding susu lembu atau sebarang jenis susu. Antara kebaikan susu

kambing untuk kesihatan manusia boleh dihuraikan seperti berikut:

1. Susu Kambing Mudah Hadam

Susu kambing mempunyai molekul protin dan lemak yang sangat halus, lembut, serta mudah

hadam berbanding susu lembu. Ianya sangat baik untuk diet bayi dan juga orang dewasa yang

mempunyai masalah penghadaman. Disebabkan zarahnya yg halus dan sifatnya yang menyah

acid, maka sangat sesuai digunakan bagi rawatan ulcer dan gastric.

2. Alahan Laktosa

Sifat susu kambing yang mudah hadam membolehkan laktosa melalui usus dengan mudah. Susu

kambing mempunyai kandung laktosa 7% lebih rendah berbanding susu lembu. Ianya sangat

baik untuk kanak-kanak yg cirit birit & alahan kepada susu lembu & susu tepung.

3. Susu Kambing Bersifat Alkali.

Ianya mempunyai kandungan pH beralkali. Maka ianya tidak menjana acid dalam darah atau

usus.

4. Susu Kambing Mengandungi Acid Lemak Yang Baik

Susu kambing mengandungi asid lemak baik (asid capric & caprylic) yg mencegah kesan

jangkitan kulat. Asid ini juga membantu sistem pertahanan badan dan meningkatkan tenaga

manusia.
Kebaikan Dan Khasiat Makanan Sunnah 30

5. Susu Kambing Tidak Membentuk Lendir

Susu kambing tidak membentuk lender sebagaimana susu lembu dan tiada menimbulkan alahan

kepada manusia.

6. Susu Kambing Kaya Dengan Mineral Selenium.

Kandungan Mineral Selenium yang kaya dalam susu kambing bertindak sebagai bahan bagi

membantu sistem ketahanan sel badan manusia dan bahan anti oksida. Selain itu ianya melawan

virus secara semulajadi dan mencegahnya dari membiak.

7. Susu Kambing Kaya Bahan Bioorganic Sodium

Susu kambing didapati mengandungi Kandungan Bioorganic Sodium yang tinggi. Bioorganic

Sodium dikenali dalam rawatan naturopathic sebagai elemen anti penuaan. Bioorganic Sodiem

didapati mengurangkan masalah Rheumatoid Arthritis (inflamasi sendi).

8. Susu Kambing - Keajaiban Untuk Kebaikan Kesihatan

Susu kambing secara semulajadi mencegah pembiakan organisma yang merbahaya dlm badan

manusia sekaligus menjadikan kita sihat.

Kandungan potassium & calcium yg tinggi dalam susu kambing serta kandungan sodium

yang rendah dlm susu kambing sangat penting bagi membentuk tekanan darah yang

normal dan mengawal fungsi hati yang normal.

Susu kambing mengandungi bahan riboflavin untuk tenaga dan juga boleh merawat

simpton penyakit asma, eczema, colic, insomnia dan demam kuning.

Kandungan silicon dan fluorine yang tinggi dalam susu kambing dapat mencegah penyakit

diabetes (kencing manis). Susu kambing juga dikaji mampu menagatasi penyakit barah.

SUSU KAMBING ADALAH YANG TERBAIK SELEPAS SUSU IBU

Membantu dan menguatkan sistem imunisasi tubuh

Bersifat alkali bukan asidik

Sesuai untuk semua peringkat umur, dari bayi dalam kandungan sampailah kepada orang tua

Meningkatkan daya kepekaan, penumpuan dan ingatan


Kebaikan Dan Khasiat Makanan Sunnah 31

Mengimbangi kadar kolesterol dan kandungan gula

dalam darah

Mudah dicerna (menyerap dalam tubuh badan)

dan tidak menyebabkan alahan

Membantu melancarkan sistem penghadaman

dan permasalahan usus

Merawat dan menyembuhkan penyakit kanser,

demam kuning, gastrik, ulser, buasir, asthma (lelah),

migrain (sakit kepala), penyakit kulit, insomia (sukar tidur),

senggugut, darah tinggi, lemah jantung, kencing manis, batuk kering dan gout

Menguatkan jisim tubuh yang sihat (tulang, gigi, otot, sendi, kulit dan tisu saraf

Memulihkan tenaga batin dan awet muda

CARA MINUM

Sunnah meminum susu kambing pada setiap hari Selasa dan Jumaat.

Masukkan sedikit halia dan daun palas supaya tidak bau hanyir

Sesuai diminum di waktu pagi dan malam sebelum tidur.

Barli
Barli - Barli mempunyai khasiat untuk menyejukkan badan. Tumbuhan yang boleh dijadikan minuman

dan bubur ini juga bertindak sebagai pencegah penyakit barah kulit, barah payudara dan menjaga

kesihatan jantung. Hal ini demikian kerana barli kaya dengan antioksidan dan vitamin E. Mengenai
Kebaikan Dan Khasiat Makanan Sunnah 32

bubur Talbiah (Barli) ini ada di kitab Hadis sahih Muslim dan Bukhairi. Nabi S.A.W telah memberikan

perhatian sangat serius tentang makanan kesihatan untuk orang Islam.

Diriwayatkan daripada Aisyah isteri Nabi r.a katanya: Apabila ada keluarganya yang meninggal

dunia, para wanita berkumpul. Kemudian setelah mereka beredar kecuali keluarga dan orang-orang

tertentu, beliau menyuruh untuk memasak seperiuk bubur Talbinah (bubur tepung), kemudian dibuat

pula Tharid (sejenis makanan yang diperbuat dari campuran roti dan daging), lalu disiram dengan bubur

Talbinah tersebut, kemudian beliau berkata: Makanlah! Sesungguhnya aku pernah mendengar

Rasulullah s.a.w bersabda: Bubur Talbinah itu boleh menyegarkan hati orang yang sakit dan dapat

menghilangkan sebahagian dari kesedihan. (Diriwayatkan oleh Muslin dan Bukhairi)

Buah barli memang mempunyai banyak khasiat bukan setakat untuk buat minuman tetapi untuk

kesihatan badan kita dengan mengamalkan makanan yang sihat.

KHASIAT BARLI

1. Asid propionik dan beta glukan dari serat yang tak larut
membantu mengurangkan kolesterol dan menghalang
pembentukan batu karang.
2. Dapat menyejukkan badan.
3. Barli mampu mencegah penyakit kanser kulit dan
payudara serta menjaga kesihatan jantung kerana barli kaya dengan anti oksidan dan vitamin
E.
4. Barli juga dikesan boleh membantu merendahkan kolesterol, meredakan
sembelit dan mencegah penyakit kanser.
5. Barli juga baik untuk kesihatan usus kita.
6. Melawaskan kencing
7. Meningkatkan kesihatan buah pinggang
Kebaikan Dan Khasiat Makanan Sunnah 33

Cendawan
Hadis Said Zid bin Amru bin Nufail r.a katanya: Aku
pernh mendengar Nabi S.A.W brsabda Cendawan
adalah sejenis Manna (satu anugerah yang sangat
istimewa) dan dapat mengubati mata Said bin Zaid r.a
memberitakan Rasulullah bersabda : Ertinya:
Cendawan itu berasal dari mannah (makanan dari langit atau embun dan airnya penyembuh sakit
mata.

Cendawan tumbuh berbentuk batatas, warnanya coklat dan banyak tumbuh dimusim hujan (tengkujuh).

Cendawan banyak mengandungi vitamin A dimana ia dapat mengubati gangguan dalam pemandangan

mata. Sesungguhnya ia seperti manna yang diturunkan oleh Allah dari langit berdasarkan persesuaian

antara keduanya, disebabkan kerja mencari dan mengutipnya tidak letih dan tidak menyukarkan

(sebagai turun dari langit), begitu juga ia tidak perlu ditanam (dengan membajak tanah) dan tidak

perlu menjirus dan mengusahakannya.

Cendawan merupakan sebahagian daripada diet atau pemakanan yang bukan sahaja enak dan

pelbagai tetapi berkhasiat dan penting dalam kehidupan harian. Penyelidikan telah dilakukan oleh

saintis Barat terhadap cendawan sebagai penawar herba. Cendawan telah diamalkan dalam perubatan

herba tradisional di China dan Jepun sejak beribu tahun lampau. Melalui penyelidikan yang dilakukan

cendawan boleh digunakan untuk meningkatkan keberkesanan rawatan kanser. Cendawan mempunyai

manfaat unik bagi menjalani rawatan konvensional kanser kerana selamat digunakan bersama-sama

dengan perubatan moden.

KHASIAT CENDAWAN

Sakit sendi dan tulang

Menyembuhkan sakit kepala termasuk migraine

Menyembuhkan kencing manis

Membantu menurunkan kadar kolesterol


Kebaikan Dan Khasiat Makanan Sunnah 34

Melancarkan pembuangan air besar

Menyembuhkan masalah penglihatan

Mencegah dan menyembuhkan batuk, bronchitis dan asma.

Menurunkan tekanan darah tinggi (hipertensi)

Mencegah jerawat dan penyakit kulit lainnya

Memperbaiki gangguan menstruasi dan menopause

Membersihkan racun dalam tubuh (detoksifikasi) dan sel kanser

Mengatasi masalah impotensi/ disfungsi ereksi

Mengurangi stress dan gangguan tidur (insomnia)

Menyuburkan rambut dan mengatasi masalah kerontokan /keguguran serta membantu masalah

uban.

Menambah tenaga termasuk tenaga seksual

Menjaga stamina tubuh dan menurunkan ketegangan saraf serta berbagai macam penyakit

lainnya

Membuat tubuh senantiasa sihat dan awet muda

Memyembuhkan sakit lumpuh (stroke)

Cuka
Rumah yang menyimpan cuka tak akan menderita dari
kemiskinan- Riwayat oleh Ummu, Tarmizi, Baihaqi.

Dari Ummu Said RA dari Nabi SAW, baginda bersabda:

"Sebaik-baik hidangan ialah khal (cuka). Ya Allah berkatilah pada khal (cuka). Sesungguhnya ia adalah

makanan para nabi sebelum aku. Tidak akan dilanda kemiskinan rumah yang ada khal (cuka). (Hadis

riwayat Muslim 2052, Ibnu Majah 3318)


Kebaikan Dan Khasiat Makanan Sunnah 35

Cuka merupakan makanan sunnah yang diamalkan oleh Rasulullah berdasarkan hadis: Dari Jabir

bin Abdullah RA bahawa Rasulullah SAW bertanya tentang lauk-pauk kepada keluarganya. Jawab

mereka: Kami tidak mempunyai apa-apa, kecuali cuka. Lalu Rasulullah SAW meminta dihidangkan.

Setelah dihidangkan, baginda memakannya seraya berkata: Sebaik-baik lauk ialah cuka". (Hadis

Riwayat Muslim) "Sebaik-baik yang dicampur dalam hidangan adalah cuka" (Hadis Muslim).

Kepada yang sudah terkena penyakit, Rasulullah S.A.W pernah bersabda yang bermaksud

"Setiap penyakit ada ubatnya". Tetapi Rasulullah S.A.W tidak menyatakan secara khusus penawar

sesuatu penyakit, oleh yang demikian kita digalakkan makan mengikut cara Nabi Muhammad S.A.W

dalam masa yang sama kita mengamalkan "Makanan Kesihatan Sunnah Para Nabi-Nabi" sebagai suatu

ibadah dalam penyembuhan dan meneruskan warisan ulama perubatan Islam.

KHASIAT CUKA

1. Detox & Kuruskan Badan

Detox atau dalam bahasa mudahnya mengeluarkan toksin yang berlebihan dalam badan. Oleh itu

secara tidak langsung membantu mendapatkan badan yang ideal. Selain dari itu, bahan ini

mengandungi lecithin yang membantu meningkatkan metabolisma lemak dan menukarkan lemak

menjadi tenaga. Manakala, lecithin ini juga membantu meningkatkan daya ingatan.

2. Gout & Arthritis

Gout, arthritis dan sakit-sakit yang melibatkan sendi dan sengal-sengal badan.

3. Tekanan Darah

Acetic Asid yang terdapat didalam cuka epal berkesan mengurangkan tekanan darah

tinggi, menstabilkan tekanan dengan merehatkan salur darah. Penggunaan berterusan boleh

menjadikan tekanan darah menjadi normal.

4. Diabetes / Kencing Manis

Apple cider atau cuka epal boleh mengurangkan kadar gula dalam darah, seterusnya berupaya

mencegah penyakit kencing manis dan arthritis.


Kebaikan Dan Khasiat Makanan Sunnah 36

5. Jangkitan, Selsema & Sakit Tekak

Meredakan selsema, sakit tekak dan jangkitan kuman. Sangat berkesan untuk asma atau sinus

(resdung). Juga menolong menjelaskan penglihatan dan memulihkan sistem pencernaan.

6. Kulit

Sangat baik untuk kulit yang bermasalah seperti eczema. Merawat kulit berjerawat, tompok hitam

yang tak sekata pada kulit dan selulit.

7. Badan/Mulut Berbau

Menolong meneutralkan pH badan/mulut dan membunuh kuman/bakteria penyebab bau busuk dan

juga boleh untuk kaki berbau.

8. Keracunan Makanan

Jika terkena keracunan makanan, minum 1 sudu setiap 5 minit selepas serangan keracunan. Juga

boleh merawat cirit-birit dan diarrhea kerana bahan ini mengandungi kadar pectin yang tinggi yang

boleh menyelaputi dinding kolon yang terengsa (anti-diarrhea).

9. Kolestrol

Menolong mengurangkan paras kolestrol dengan adanya pectin yang merupakan sejenis fiber

mudah larut dalam air dan juga asid amino yang dapat meneutralkan kolestrol LDL yang teroksida

dengan kata lain mengurangkan kadar kolesterol jahat (LDL cholesterol type). Oleh itu, kolesterol

jahat ini menyumbat saluran darah dan kalau tidak dibakar mengeluarkan sodium berlebihan dari

badan (melalui peluh & perkumuhan)

10. Awet Muda

Awet muda dan menaikkan seri (kerana tubuh yg bebas dari toksin menjadikan darah lebih bersih,

usus bersih menyebabkan oksigen mudah sampai ke otak. Sel-sel tubuh menjadi segar.

11. Melambatkan proses penuaan dengan mengimbangi keasidan dalam tubuh kerana asid yang

tinggi menyebabkan rasa mengantuk dan malas.


Kebaikan Dan Khasiat Makanan Sunnah 37

12. Mengimbangi PH rambut dan membunuh bakteria yang menyebabkan klemumur

dan keguguran rambut.

KHASIAT TAMBAHAN CUKA EPAL BILA DICAMPURKAN BERSAMA MADU

1. Merangsang pemecahan lemak

2. Melancarkan perjalanan darah

3. Menguatkan tenaga dalaman

4. Meningkatkan kecergasan, daya ingatan , emosi, kreativiti, hafalan dan kepintaran anak-anak

5. Membersihkan usus kecil dan besar.

6. Juga berfungsi sebagai anti-alergik, anti-septik, anti-anemia dan anti-ulser.

7. Melega dan mengurangkan masaalah kulit seperti jerawat

8. Meningkatkan metabolisme tubuh

9. Menghalang penyerapan minyak dan penimbunan lemak

10. Menyingkirkan air berlebihan dan bahan buangan (pemparitan limfatik )

11. Melembabkan dan mengencangkan kulit.

12. Mencegah dan mengawal selulit

13. Melangsingkan benjolan lemak yang tidak dikehendaki terutamanya di bahagian perut, lengan,

pinggul dan peha.

14. Meredakan sakit dan sengal sendi.

15. Menurunkan risiko penyakit jantung dan barah.

16. Meningkatkan kesihatan tulang dengan menambah mineral tulang

17. Membantu kesihatan sistem kardiovaskular dan mengekalkan tahap kolestrol darah

18. Membantu menwujudkan berat badan ideal.

19. Menghilangkan stress.

CARA PEMAKANAN

Satu sudu Apple Cider Vinegar (cuka epal) dicampurkan dengan satu gelas air suam dan diminum
sebelum sarapan pagi dan elok juga di minum waktu malam sebelum tidur.
Kebaikan Dan Khasiat Makanan Sunnah 38

Air Zam Zam


Nabi SAW bersabda: Sesungguhnya, air zam-zam ini air yang sangat
diberkahi, ia adalah makanan yang mengandungi gizi.

Nabi SAW menambahkan: Air zamzam bermanfaat untuk apa saja yang diniatkan ketika meminumnya.

Jika engkau minum dengan maksud agar sembuh dari penyakitmu, maka Allah menyembuhkannya. Jika

engkau minum dengan maksud supaya merasa kenyang, maka Allah mengenyangkan engkau. Jika engkau

meminumnya agar hilang rasa hausmu, maka Allah akan menghilangkan dahagamu itu. Ia adalah air

tekanan tumit Jibril, minuman dari Allah untuk Ismail. (HR Daruqutni, Ahmad, Ibnu Majah, dari Ibnu

Abbas). Rasulullah S.A.W pernah mengambil air zam-zam dalam sebuah kendi dan bekas dari kulit,

kemudian membawanya kembali ke Madinah dan Air zam-zam itu digunakan Rasulullah S.A.W untuk

memercikkan kepada orang sakit dan kemudian disuruh meminumnya.

KHASIAT DAN KELEBIHAN AIR ZAM-ZAM

1. Makanan yang mengenyangkan.

Sahih Muslim pernah meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad berkata kepada Abu Dharr yang

tinggal berhampiran Kaabah selama 40 hari 40 malam tanpa makanan kecuali air zam-zam. Nabi

Muhammad kemudian bertanya kepada Abu Dharr: Siapakah yang memberi saudara

makan? Abu Dharr menjawab ringkas dengan menyatakan dia hanya meminum air zam-

zam. Saya tidak terasa penat atau lemah. Malah saya terasa gemuk dan bukannya kurus.

2. Ubat penyakit kecuali mati.

3. Air yang penuh keberkatan.

Abu Majah yang memetik Jaabir Abdullah pernah berkata bahawa Nabi Muhammad pernah

bersabda: Air zamzam adalah sesuai untuk diminum bagi semua tujuan dan niat.

4. Mata air zam-zam memancutkan air sebanyak 18 liter per detik tetapi tidak pernah

melimpah keluar dari telaga.


Kebaikan Dan Khasiat Makanan Sunnah 39

5. Anti-kuman.

Kandungan air zam-zam yang sememangnya bersih

dan selamat untuk diminum sejak dahulu

sehinggasekarang tanpa perlu melalui proses

osmosis berbalik, penyulingan, rawatan klorin dan

bahan kimia yang lain.

6. Mengandungi kandungan garam yang stabil.

Amat baik dan sesuai untuk orang yang melakukan kerja berat, penat mengerjakan haji dan

penat berjalan jauh.

7. Mengandungi kandungan mineral seperti kalsium, magnesium, iodin, flourida, natrium dan

kalium yang tinggi.

8. Wujud secara semula jadi dalam bentuk alkali.

Dapat mengawal kesan sampingan yang disebabkan oleh lebihan asid dalam perut dan secara

tidak langsung mampu mencegah penyakit gastrik.

Imam at-Tirmizi pernah berkata,Orang yang meminum air zam-zam itu :


Jika dia minum untuk kenyang, maka Allah akan mengenyangkannya.

Jika dia minum untuk minuman, maka Allah memberinya minuman.

Jika dia minum untuk sembuh dari penyakit, maka Allah akan menyembuhkannya dari penyakit.

Jika dia minum kerana akhlaknya yang buruk, maka Allah akan mengelokkan akhlaknya.

Jika dia minum untuk menghilangkan kegelapan hatinya, maka Allah akan menghilangkannya.

Jika dia minum mengkayakan hatinya, maka Allah akan mengkayakannya.

Jika dia minum kerana sesuatu hajat, maka Allah akan memakbulkannya.

Jika dia minum kerana sesuatu musibah yang menimpa, maka Allah melindunginya.

Jika dia minum kerana kesusahan yang menimpa, maka Allah akan menghilangkan kesusahannya.

Dan jika dia minum kerana memohon bantuan, maka Allah akan membantunya.

Rasulullah S.A.W bersabda, maksudnya: Air zam-zam itu mengikut apa yang diniatkan oleh

peminumnya (akan tercapai).


Kebaikan Dan Khasiat Makanan Sunnah 40

Buah Tin
Riwayat dari Abu Zar r.a. bahawa Nabi SAW dihadiahkan
satu bekas buah tin, lalu Nabi SAW mengajak sahabat-
sahabatnya makan. Nabi pun turut sama makan. Kemudian
baginda SAW bersabda Kalau aku perkatakan tentang buah yang diturunkan dari syurga, nescaya
aku katakan inilah dia kerana buah-buahan syurga tidak berbiji. Oleh itu makanlah buah ini.
Sesungguhnya dia menghentikan penyakit buasir, serta bermanfaat untuk sakit-sakit badan.

Terkandung di dalam surah At-Tin dimana Allah telah bersumpah di atas nama buah tin dan buah

zaitun. Selain itu, sesetengah ahli tafsir menerangkan bahawa Allah bersumpah dengan buat tin

kerana dengan buah inilah yang menjadi penutup aurat Nabi Adam dan Hawa di dalam Syurga sewaktu

Allah singkap aurat kedua-duanya selepas memakan buah larangan dalam syurga.

KHASIAT BUAH TIN

Buah tin kering mengandungi kurang air dibandingkan dengan buah tin yang segar iaitu lebih kurang

23%. Buah tin kering juga membekalkan enam kali lebih banyak kalori daripada buah yang segar.

Pengeringan buah tin mengakibatkan pemekatan nutrisi didalamnya yang mana ia menjadi lebih kaya

dengan protein, lemak, karbohidrat, vitamin dan mineral terutamanya kalsium, zat besi dan potassium.

Dimana kanduangan sodiumnya sangat rendah.

Didalam kitab Tafsir Al-Munir tulisan Dr Wahbah Az Zuhaili, seorang tokoh ulamak di Bumi

Syam As Syarif mentafsir surah At Tin. Di dalam kitab tersebut, penulis ada menyatakan bahawa

buah tin mempunyai 1001 rahsia penyembuahan. Oleh itu, diantara penyakit yang boleh diikhtiarkan

penyembuhannya melalui pengambilan buah tin secara konsisten dua kali sehari paling kurang selama

40 hari adalah:

Membersihkan buah pinggan dan rawatan buah pinggang yang rosak


Kebaikan Dan Khasiat Makanan Sunnah 41

Mengurangkan kepanasan badan ketika demam

Memecahkan batu karang di dalam badan.

Menyegarkan badan yang lesu.

Mengeluarkan toksin dan racun dalam badan.

Rawatan buasir.

Meredakan sakit kulit seperti ruam, panau dan lain-lain.

Rawatan penyakit Gout

Mencairkan kahak tekak

Mengurangkan batuk yang berpanjangan lantas melapangkan dada

Berfungsi untuk membersihkan hati (kidney) dan jantung dan membersihkan lendir dalam usus

Melawaskan kencing dan merawat sakit-sakit badan

Dapat menyembuhkan penyakit bengkak telinga dan mempercepatkan pertumbuhan gigi bagi

kanak-kanak.

Halia
Allah s.w.t berfirman, Dan mereka dalam syurga itu, diberi
minum sejenis minuman yang campurannya dari Zanjabil. (Surah Al-Insan 17).

Sesungguhnya Allah S.W.T telah memberikan pelbagai nikmat kepada hamba-hambaNya dengan

menyediakan pelbagai makanan, minuman dan hiburan yang Dia mengetahui akan menjadi kesukaan

manusia di syurgaNya. Di dalam surah Al-Insan, diceritakan tentang sejenis minuman yang dibawa oleh

mata air di sana yang dinamakan Zanjabil (halia). Oleh itu, halia juga diwujudkan di atas muka bumi ini

dan ternyata khasiat ini terlalu banyak. Alangkah ruginya kita jika kita sudah mengetahui datangnya

halia dari Syurga dan keistimewaannya tahap mendapat tempat di dalam Kitab suci Al-Quran tetapi

tidak bersungguh-sungguh mengamalkannya, tidak yakin atau langsung tidak menghiraukan ayat Allah

S.W.T.
Kebaikan Dan Khasiat Makanan Sunnah 42

KHASIAT HALIA

Halia mengandungi air, karbohidrat, serat, kalium, fosforus, kalsium, tenaga, protein, gentian, niasin,

asid amino, gingerols, oleoresin, pati minyak, vitamin A, B dan C, lemak dan asid organik. Ia dikatakan

dapat merawat penyakit banyak angin dalam badan, sakit kepala, sistem pencernaan bermasalah, sakit

jantung, muntah, cirit-birit, disentri, asma, sakit perut, reumatisme, pengaliran darah bermasalah,

mati pucuk, lemah tenaga batin, keracunan udang, badan kesejukan, sakit pinggang, urat saraf lemah,

mabuk kenderaan, batuk kering, kejang, buang air berlendir dan darah haid berbau hamis.

Halia ini bersifat panas jika kita amati dan juga lembap. Halia berupaya memanaskan tubuh,

membantu proses pencernaan, melembutkan dinding perut, membuka hati yang tersumbat akibat hawa

dingin dan lembap. Halia juga, meningkatkan kekuatan seks dan mengatasi angin duduk yang berlaku

pada usus dan perut.

Umumnya, halia amat baik untuk menstabilkan hati dan perut yang dimasuki angin. Halia yang di

campur dengan dua sudu gula dan sedikit air panas berfungsi sebagai julap dan boleh membebaskan

tubuh dari toksin yang berbahaya. Halia juga amat berkesan untuk melarutkan lendir dalam badan.

Selain itu, halia juga meningkatkan pengeluaran sperma, menambah daya ingatan, dan membuang bau

badan serta menolak bahaya makanan berat dan berangin keluar dari tubuh kita.

Selain itu terdapat lagi kelebihan halia yang kurang diberi perhatian oleh masyarakat kita khususnya:

1. Halia Mengekalkan Peredaran Darah Normal.

Halia mengandungi kromium, magnesium dan zink yang boleh membantu untuk memperbaiki aliran

darah, serta membantu mengelakkan kesejukan, demam dan peluh berlebihan.

2. Memulihkan Mabuk dalam Perjalanan dan Mabuk Pagi.

Halia adalah penawar yang diketahui berkesan untuk loya yang dikaitkan dengan mabuk. Selain itu,

halia juga, dapat mengatasi kes mabuk pagi dan ketidakselesaan perut sebanyak 75 peratus.
Kebaikan Dan Khasiat Makanan Sunnah 43

3. Meningkatkan penyerapan nutrien dalam usus.

Ginger meningkatkan penyerapan dan merangsang nutrien penting dalam badan. Ia terjadi kerana

halia meransang rembesan enzim gastrik dan enzim. Hal ini dengan merangsang perut dan

rembesan enzim pankreas yang membantu penyerapan nutrien.

4. Pencegahan Demam dan Selesema.

Halia telah digunakan beribu-ribu tahun sebagai rawatan semula jadi untuk demam dan selesema di

seluruh Asia. Kajian di University of Maryland Medical Center mendapati, untuk merawat demam

dan selesema di kalangan orang dewasa, rendam 2 sudu besar halia segar yang dicincang dalam air

panas dan diminum dua hingga tiga kali sehari.

5. Mengurangkan Ketidakselesaan Perut.

Halia sesuai dalam membantu pencernaan, seterusnya meningkatkan penyerapan makanan dan

mengelakkan sakit perut. Halia dapat mengurangkan keradangan seperti

juga aspirin dan ibu profen.

6. Mencegah Barah Usus.

Satu kajian di University of Minnesota mendapati, halia boleh melambatkan

pertumbuhan sel-sel kanser kolorektal/ usus.

7. Mengurangkan kesakitan dan keradangan.

Halia mengandungi beberapa bahan-bahan anti-radang yang paling mujarab

dan merupakan ubat penahan sakit semulajadi yang kuat.

8. Melawan Masalah Pernafasan yang biasa.

Jika anda mengalami penyakit pernafasan biasa seperti batuk, halia membantu dalam

mengembangkan paru-paru anda dan melonggarkan kahak kerana ia adalah ekspektoran semulajadi

yang mencairkan dan membuang kahak. Dengan cara ini anda boleh dengan cepat pulih daripada

kesukaran bernafas.
Kebaikan Dan Khasiat Makanan Sunnah 44

9. Rawatan Kanser ovari.

Serbuk halia mendorong mematikan sel dalam sel-sel kanser ovari.

10. Menguatkan imuniti.

Halia membantu meningkatkan sistem imun. Pengambilan sedikit halia, sedikit sehari boleh

membantu mengurangkan risiko strok dengan menghalang lemak melekat pada arteri. Ia juga

mengurangkan jangkitan bakteria dalam perut, dan membantu melegakan batuk dan kegatalan

tekak.

Halia boleh diproses untuk pengeluaran minyak dan hasil ekstrak. Bahan aktif dalam ekstrak halia

inilah yang dikenali sebagai gingerols dan oleoresin. Minyak halia pula digunakan sebagai bahan perisa

minuman buah-buahan, konfeksionari, kosmetik dan juga ubatan

Timun
Daripada Abdullah bin Jaafar (r.a), meriwayatkan
bahawa: Rasulullah S.A.W pernah makan timun bersama Tamar H.R.Muslim.

Ketahuilah bahawa makan timun bersama buah kurma seperti makan roti dengan mentimun, maka

barangsiapa membiasakan diri dengan makan mentimun dengan kurma masak boleh menguatkan badan,

menghilangkan dahaga, mendatangkan kekuatan tenaga bagi sesiapa yang menghidunya kerana padanya

terdapat bau yang harum. Selain itu, ianya dapat menghilangkan rasa panas badan dan perut dan ianya

tidak mudah busuk dan rosak.

Nabi Muhammad S.A.W makan bersama timun dan kurma adalah disebabkan kedua-duanya

bersifat saling berlawanan, timun itu bersifat sejuk dingin, manakala kurma itu bersifat panas dan

kering oleh sebab itu timbangan suhu badan akan menjadi seimbang tidaklah terlalu sejuk dan tidaklah

terlalu panas. Oleh itu, jika ingin makan benda sejuk seperti timun hendaklah memakan sesuatu benda

yang panas seperti kurma, madu, kismis dan sebagainya kerana ianya dapat menyeimbangkan kembali
Kebaikan Dan Khasiat Makanan Sunnah 45

suhu badan, sebagaimana yang disebutkan dalam hadith, Nabi memakannya bersama untuk tujuan

tersebut.

Menurut Ibn al- Qayyim timun amat bermanfaat jika dimakan dengan kurma. Dalam kajian

mengenai perubatan sunnah, ulama besar Ibn al- Qayyim menyebut khasiat timun. Beliau memetik

hadis nabi berkaitan bahawa Rasulullah (s.a.w) menggunakan timun (qiththa) dan kurma segar (rutab)

sebagai salah satu cara pengubatan (Tirmidhi At'ima 37).

KHASIAT TIMUN

1. Menghidrasi Badan

Jika kekurangan air anda boleh makan timun, ia akan menggantikan kehilangan air dari badan anda

kerana timun mengandungi 90% air.

2. Menghilangkan panas badan dari luar dan dalam.

Timun dapat mengurangkan pedih ulu hati..

3. Dapat membuang toksin dari badan.

Cecair yang ada dalam timun bertindak seperti penyapu, menyapu keluar segala toksin dari badan

anda. Amalkan makan timun selalu untuk menghilangkan batu dalam buah pinggang (kidney stone).

4. Membekalkan Keperluan Vitamin Harian.

Timun mempunyai sebahagian besar vitamin yang diperlukan oleh badan dalam sehari. Timun

mengandungi vitamin A, B dan C, yang meningkatkan sistem imun badan, memastikan anda berseri

dan memberi anda tenaga.

5. Membekalkan mineral pada kulit.

Timun mengandungi kandungan tinggi kalium, magnesium dan silikon yang sangat berguna untuk

kesihatan dan kecantikan kulit.


Kebaikan Dan Khasiat Makanan Sunnah 46

6. Membantu Dalam Penurunan berat badan dan Penghadaman.

Disebabkan kandungan air yang tinggi dan kalori yang rendah, timun adalah sumber yang ideal

untuk untuk menurunkan berat badan. Ia juga membantu proses penghadaman yang baik kerana

mempunyai serat yang tinggi dan dapat mengatasi masalah sembelit kronik.

7. Memulihkan Mata.

Meletakkan kepingan timun dibahagian mata boleh membantu mengurangkan bengkak di bawah

mata ini kerana timun mempunyai ciri-ciri anti radang.

8. Melawan Kanser.

Timun mengandungi secoisolariciresinol, lariciresinol dan pinoresinol. Tiga lignan yang kuat untuk

mengurangkan risiko beberapa jenis kanser termasuk kanser ovari, payudara, prostat dan kanser

rahim.

9. Menyembuhkan Kencing Manis, Mengurangkan Kolesterol dan Mengawal Tekanan Darah.

Jus timun mengandungi hormon yang diperlukan oleh sel-sel pankreas bagi menghasilkan insulin

untuk manfaat kepada pesakit kencing manis. Sebatian sterol dalam timun boleh membantu

penurunan tahap kolesterol. Timun mengandungi banyak serat, kalium dan magnesium yang

berkesan bagi mengawal tekanan darah.

10. Menyegarkan Mulut

Jus timun boleh membantu menyembuhkan dan menyegarkan sakit gusi. Untuk membunuh bakteria

di dalam mulut dan untuk menyegarkan nafas, dapatkan kepingan timun dan tekan ke lelangit mulut

anda dengan lidah anda selama 1/2 (setengah) minit, phytochemcials dalam timun akan membunuh

bakteria di dalam mulut anda yang bertanggungjawab menyebabkan nafas yang tidak

menyenangkan.

11. Menyihatkan Kuku dan rambut.

Keajaiban Silika, mineral dalam timun menjadikan rambut dan kuku anda lebih berkilat dan kuat.

Sulfur dan silika dalam timun juga membantu merangsang pertumbuhan rambut anda.
Kebaikan Dan Khasiat Makanan Sunnah 47

12. Untuk kesihatan sendi, melegakan artritis dan sakit gout.

Timun adalah sumber yang sangat baik untuk silika yang menggalakkan kesihatan sendi dengan

mengukuhkan tisu penghubung. Apabila dicampur dengan jus lobak merah, timun boleh melegakan

gout dan sakit artritis dengan mengurangkan tahap asid urik.

13. Menyembuhkan mabuk (hangover).

Untuk mengelakkan sakit kepala pagi atau mabuk (hangover) anda boleh makan beberapa keping

timun sebelum tidur. Timun mengandungi cukup vitamin B, gula dan elektrolit untuk menambah

banyak nutrien penting dan mengurangkan tahap kedua-dua mabuk dan sakit kepala.

14. Menjaga kesihatan buah pinggang.

Timun merendahkan tahap asid urik di dalam badan dan menjadikan buah pinggang sihat.

Labu
Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud Hai Aishah apabila kau masak gulai, maka
perbanykkan dalamnya buah labu kerana labu itu menguatkan hati yang duka

Anas bin Malik r.a pernah mengikuti Rasulullah S.A.W menerima undangan makan dan mereka

dihidangkan dengan bermacam-macam makanan, diantaranya sejenis makanan berkuah yang di

dalamnya ada labu dan qadid atau daging kering. Anas berkata, Aku melihat Rasulullah mengutip-

ngutip buah labu di sekeliling talam (Riwayat Muslim no 2042).

Selain daripada itu, riwayat lain mengatakan bahawa kadang-kala Nabi Muhammad S.A.W

makan roti berkuah dengan daging dan labu. Beliau suka buah labu dan mengatakan bahawa labu itu

pohon saudaraku Yunus Alaihis Salam. Justeru itu, menunjukan Nabi Muhammad S.A.W begitu
Kebaikan Dan Khasiat Makanan Sunnah 48

menyukai labu dan sekiranya sesuatu yang disukai Nabi itu pastinya mengandungi rahsia khasiat yang

tidak terhingga.

KHASIAT LABU

1. Memulihkan kerosakkan kulit

Fungsi vitamin A dan beta karoten sangat berguna bagi kesihatan mata dan kulit, daya ketahanan

tubuh serta peranakan. UV.Alpha karoten yang terdapat di dalam labu juga dapat mengelakkan

dari terkena penyakit barah, awet muda dan terlindung daripada penyakit katarak. Selain itu,

karotenoid mengurangi risiko penyakit kardiovaskular dan meningkatkan antibodi di dalam tubuh

badan kita.

2. Melancarkan peredaran darah di dalam badan

Fungsi panthothenic acid ini di dalam labu ialah vitamin ini dapat melancarkan peredaran darah di

dalam badan. Ia secara tidak langsung dapat mengurangkan stress. Vitamin B5 juga dipercayai

dapat memperlambatkan timbulnya uban.

3. Kulit menjadi licin

Labu juga sesuai kepada sesiapa yang meinginkan kulit yang sihat dan licin. Vitamin C di dalam labu

dalam melicinkan dan merawat kulit yang rosak. Ia juga dapat menurunkan kolestrol di dalam

badan dan dapat mencegah daripada terkena kanser.

4. Menguatkan struktur tulang

Labu terutama labu kuning dipercayai mempunyai zat magnesium yang tinggi. Zat magnesium di

dalam labu dapat menguatkan struktur tulang dan gigi. Magnesium juga berperanan penting

untuk melindungi fungsi jantung dan menjamin kondisi badan kita.

5. Sistem percernaan yang baik

Labu mempunyai sumber serat yang tinggi, iaitu kira-kira 10 gram dalam sebiji labu. Khasiat serat

dapat menghidarkan kita dari penyakit jantung dan membantu untuk mengurangkan berat badan

kerana Ia dapat membantu sistem pencernaan yang lebih baik.


Kebaikan Dan Khasiat Makanan Sunnah 49

6. Menjamin Kesihatan Kandungan

Ia amat sesuai kepada ibu yang mengandung kerana ia dapat menjamin kesihatan anak di dalam

kandungan kerana labu kaya dengan khasiat zat besi. Ia berupaya membawa oksigen di dalam

badan yang secara tidak langsung dapat mengekalkan kesihatan dan fungsi otak.

7. Antioksida.

Amalan memakan buah labu juga baik kerana ia bertindak sebagai antioksida yang memperlahankan

proses penuaan serta memperbaiki sel-sel dalam badan yang telah rosak.

8. Rabun Malam.

Selain masalah kulit kusam dan tidak bermaya, buah labu juga elok bagi anda yang mempunyai

masalah rabun terutama rabun malam. Bagi yang mempunyai masalah ketidakseimbangan gula dalam

darah juga digalakkan agar memakan labu sekerap yang boleh.

9. Masalah Paru-Paru.

Buah labu baik untuk dimakan sekiranya anda mengalami masalah pembengkakan sendi dan masalah

paru-paru. Mudah sahaja, ambil bijinya dan dikisar kemudian dicampur dengan jus lobak merah

sebelum diminum. Rasa kelat biji labu tidak akan terasa malah lebih enak dan memudahkan anda

untuk meminumnya.
Kebaikan Dan Khasiat Makanan Sunnah 50

Garam
Sesungguhnya ALLAH menurunkan empat
perkara berkat (mempunyai kebaikan) dari langit
(menerusi hujan) ke bumi iaitu besi, api ,air dan
garam

Banyak ayat-ayat Al-Quran menyebut bahawa semua kejadian di muka bumi ini adalah untuk munafaat

atau kegunaan manusia sejagat. Hadis Nabi Muhammad S.A.W menyebut garam adalah penghulu segala

masakan/makan manusia. Sebagai contoh makanan yang paling mudah seperti jagung rebus atau ubi

akan dibubuh garam dan tidak benda-benda lain sehingga makanan atau masakan yang mahal pun perlu

dimasukkan garam untuk menambah rasa atau selera.

Sunnah Rasulullah S.A.W menyarankan supaya memakan secubit garam pada awal dan akhir

setiap kali makan: Sesiapa yang memulakan makan dengan memakan secubit garam, Allah akan

hindarkan 330 jenis penyakit, yang paling kurang ialah kusta, sakit perut dan sakit gigi. Selebihnya

Allah yang Maha Mengetahui.

KEGUNAAN GARAM DALAM PERUBATAN ISLAM

Rasulullah setiap kali menggembara akan memamah sedikit garam sebelum mengambil makanan atau

minuman. Ini bertujuan untuk menstabilkan badan, meninggalkan ketahanan atau badan kerana setiap

bumi atau tempat mempunyai udara, megnatik dan hawa yang berlainan.

Rasulullah setiap kali menggembara akan memamah sedikit garam sebelum mengambil makanan

atau minuman. Ini bertujuan untuk menstabilkan badan, meningkatkan ketahanan atau imun badan

kerana setiap bumi atau tempat mempunyai udara, megnatik dan hawa yang berlainan. Dalam kitab

perubatan Islam ada menyebut ia dapat mengembalikan tenaga yang hilang semasa perjalanan. Dalam

kitab perubatan Islam ada menyebut ia dapat mengembalikan tenaga yang hilang semasa perjalanan.
Kebaikan Dan Khasiat Makanan Sunnah 51

Cara Rasulullah ini telah menjadi amalan oleh pengembara atau penuntut ilmu atau sesiapa sahaja yang

bermusafir.

KHASIAT GARAM

Merendam kerang bersama garam supaya hilang tahinya. Dalam kaedah perubatan Islam, sesuatu

perkara yang buruk diubat dengan asalnya. Kerang berasal dari laut, dan garam digunakan untuk

meneutralkan keburukannya (tahi).


Mengurang tahap kemasinan ikan masin. Ikan kering yang terlalu masin boleh dikurangkan kadar

kemasinannya dengan merendam dalam air garam juga.

Mengubat gout. Gout disebabkan pemakanan makanan laut yang berlebihan. Orang yang tinggal

berhampiran pantai boleh menanam badan dalam pasir laut. Bagi mereka yang tinggal di bandar,

garam kasar digoreng dan didemahkan di tempat sakit ketika garam masih panas. inum air yang
dicampur sedikit garam.

Merawat mabuk perjalanan. Untuk merawat mabuk perjalanan, garam dicampur madu dan air dan

minum sebelum memulakan perjalanan.

Garam diguna untuk merawat kegatalan. Air yang dicampur garam disapukan pada kulit yang gatal.

Menambah imuniti badan akibat perubahan hawa/angin. Hal ini berlaku di sesetengah tempat di

negeri Arab. Misalnya pelajar Malaysia yang berkunjung ke Arab akan mengalami alahan terhadap

hawa/angin tempat baharu. Air garam diminum sebagai ubatnya.

Menghilangkan penat kerana kerja berat. Amalan orang-orang Melayu tradisional yang bertani,
bersawah atau bertukang ialah meminum air sejuk yang dicampur garam.

Mengelak sihir/gangguan jin bagi mereka yang bermalam di hutan. Garam adalah sumpahan jin.

Garam yang dibaca padanya dengan Al-Fatihah (sekali) dan ayat al-Kursi (ayat 255 surah al-
Baqarah 7 kali) ditabur di sekeliling khemah.

Mengelak gangguan syaitan/jin kepada bayi. Ada ketikanya bayi menangis waktu malam disebabkan

dia nampak syaitan, bukan kerana lapar. Untuk mengatasi masalah ini, garam dicampur dengan
bawang merah, bawang putih dan lada hitam. Campuran itu diletak dalam gelas/cawan/bekas yang

terbuka. Bekas itu diletakkan di bahagian kepala bayi.

Mengubat orang yang diganggu jin. Bagi orang dewasa yang dikhianati (disihir), cara mengubatnya

ialah dengan meletakkan garam yang dibaca al-Fatihah di perdu lidah. Perdu lidah ialah bahagian

bawah lidah yang apabila diangkat akan nampak urat hijau lidah.
Kebaikan Dan Khasiat Makanan Sunnah 52

Oleh itu, seelok-eloknya di tempat makan sentiasa ada mangkuk kecil garam dan Sunnah

Rasulullah SAW mencalit secubit garam menggunakan jari kelingking kanan dan diletakkan ke lidah

bahagian depan. Ianya akan mengaktifkan kelenjar enzim penghadaman. Maka tanpa diketahui sangat

besar manfaat garam jika tahu cara menggunakan dengan betul dan sebaiknya. Semoga perkongsian ini
dapat mengubah cara kita menggunakan garam dalam makanan seharian.

Zafaran
Dalam kitab Tibbul Imama A'li , muka surat 381, Saiyidina Ali (k.w) menyatakan: Maksudnya:
"Sesiapa yang mengambil sebahagian Za'faran tulen dan Su'dun satu bahagian dicampurkan
dengan 'asal (madu), diminum sebanyak dua misqal (dua sudu) pada setiap hari, maka dia dikagumi
tentang ingatannya sehingga dituduh melakukan sihir."

Zafaran adalah sejenis rempah ratus dari stigma bunga Zafaran (Crocus sativus Linn), dari spesis

keluarga Iridaceae. Bunga zafaran ada tiga stigma dan ia menggandungi crocin yang padanya terdapat

nilai perubatan, ia membantu meremajakan (rejuvenate) kulit dan menjauhkan kekedutan.

KEISTIMEWAAN ZA'FARAN

Stigma bunga Za'faran ini juga telah digunakan secara meluas di seluruh dunia terutama di

negara-negara Timur Tengah. Selain untuk melazatkan makanan, ia juga dianggap ramuan terbaik untuk

kesihatan, perubatan, alat solek, masakan, minyak wangi, dan bahan pewarna. Zafaran kaya dengan

vitamin B2, hydrocloric acid dan Riboflavin. Ia merupakan rempah yang terbaik, terwangi dan termahal

di dunia yang turut dikenali juga sebagai 'King of Spices'. Za'faran adalah herba yang digunakan

semenjak zaman Rasulullah (saw) lagi serta para-para sahabat dengan pelbagai tujuan terutamanya

untuk mencerdaskan akal. Terdapat pelbagai kaedah penggunaannya seperti mana disebutkan dalam

kitab-kitab tua serta kitab perubatan Islam mengenai khasiatnya. Ia juga dianggap sebagai herba
Kebaikan Dan Khasiat Makanan Sunnah 53

ajaib bagi sesetengah pengamal perubatan Islam kerana kelebihan dan keistimewaannya yang tinggi

dan tersendiri. Ulamak-ulamak perubatan Islam telah membuat kajian dan mengesahkan tentang

khasiat-khasiatnya sebagaimana yang tercatat di dalam kitab-kitab perubatan Islam. Malah ahli-ahli

perubatan moden barat juga telah mengakui tentang

kehebatan zafaran ini.

KHASIAT ZA'FARAN

Mencerdaskan minda, penyakit radang paru-paru,

sakit tekak dan tonsil.

Sebarang masalah kulit, menghindarkan batuk dan

selsema.

Sakit kepala atau migrane dan asma.

Muntah-muntah, penyakit buah pinggang.

Gila babi atau sawan, sukar tidur malam (insomnia).

Demam. Masalah limpa, pembuka selera makan, penyakit kanser, lumpuh.

Bengkak hati atau hipatitis A dan B

Memudahkan penghadaman, menghilangkan bau mulut.

Membuang angin dan asid yang berkumpul dalam perut.

Menambahkan tenaga zahir dan batin.

Masalah mati pucuk, sembelit.

Pertumbuhan akal dan fizikal bayi serta kanak-kanak.

Awet muda dengan kulit cerah dan bersih.

Bahan penenang bagi masalah kemurungan & runsing.

Mengurangkan kesakitan pada kanak-kanak ketika tumbuh gigi.

Melancarkan perjalanan haid yang tidak menentu.

Menguatkan ingatan dan menghilangkan keletihan.

Menyembuhkan sakit perut, pening, sakit gigi, sakit mata dan pelbagai penyakit lain.
Kebaikan Dan Khasiat Makanan Sunnah 54

BAHAGIAN 3
Diet Dan Cara Makan
Rasulullah S.A.W
Kebaikan Dan Khasiat Makanan Sunnah 55

Dalam Islam, Allah memilih Rasulullah S.A.W untuk menjadi model yang berperanan bagi seluruh alam

sejagat. Baginda juga, turut membawa perkara yang boleh disifatkan sebagai penyempurna akhlak

manusia. Diantara perbuatan yang perlu diikuti dan hayati bersama adalah dari aspek etika diet

Rasulullah ataupun tatacara pemakanan sihat Rasulullah S.A.W.

Antara tatacara pemakanan sihat RasulullahS.A.W ialah :

1. Minum Susu.

Merupakan makanan kegemaran Rasulullah SAW. Susu kaya dengan

protein, kalsium, vitamin A dan B. Zat protein berkualiti tinggi penting

untuk membina tisu badan serta crucial untuk pembentukan antibodi

melawan penyakit. Zat Kalsium dalam susu pula mudah diserap oleh

badan dan kita semua tahu kalsium memang penting untuk pembinaan

gigi dan tulang.

2. Rasulullah tidak minum Susu sewaktu baginda memakan daging, ayam ataupun ikan.

Nabi Muhammad SAW pernah melarang para sahabat daripada makan ikan bersama susu.

Dikhuatiri akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai di mana

dalam badan ayam ion+(Positive Ions) sedangkan dalam makanan laut mempunyai ion-(Negative

Ions), jika kedua-dua jenis makanan ini bercampur maka akan terjadinya tindak balas biokimia

yang aktif dalam tubuh sekali gus mampu menyebabkan perut dan usus rosak

dengan teruk.

3. Rasulullah SAW melarang meminum susu bersama cuka.

Kerana cuka boleh merencatkan penyerapan protein susu dan kemasamannya

boleh menghakis perut melalui tahap keasidannya lama kelamaan boleh

menyebabkan gastrik.
Kebaikan Dan Khasiat Makanan Sunnah 56

4. Rasulullah SAW tidak makan ikan bersama daging, telur atau daun

salad.

Dalam Kitab Al-Quran ada melarang manusia untuk makan makanan darat

bercampur makanan laut misalnya memakan nasi berlaukkan tom yam dan

lauk kenduri. Haiwan di laut dan di daratan mengandungi cas ion yang

berbeza, kalau kita campurkan juga, sistem usus dalam perut kita akan

rosak. Jadi, ia bakal mengundang penyakit dan membahayakan kesihatan.

5. Rasulullah SAW memakan buah-buahan terlebih dahulu.

Makan buah sebelum makan (1/2 jam sebelum makan nasi). Kita tak sepatutnya makan buah

selepas makan nasi. Buah-buahan mengandungi serat/fibre yang tinggi.

Apabila kita makan buah sebelum makan nasi, secara automatik perut

kita telah penuh dengan serat jadi, kita tak akan makan nasi dalam

kuantiti yang banyak.

6. Rasulullah SAW biasa memakan bijirin seperti Habbatus Sauda, barli dan oat.

Menurut Bukhari-Muslim, Nabi SAW bersabda:

Al-Habbah Al-Sawda mempunyai ubat bagi segala penyakit kecuali mati. Pemakanan

berasaskan bijian-bijian sememangnya berkhasiat kerana ia kaya dengan bahan phytonutrients.

Phytonutrients adalah sejenis antioksidan yang berkuasa tinggi yang

mampu meningkatkan sistem pertahanan badan, menyihatkan jantung,

mengawal penyakit kencing manis dan kegemukan melampau serta juga

mampu mencegah kanser.

7. Baginda SAW juga memakan roti yang diperbuat daripada gandum asli.

Gandum sempurna mempunyai perbezaan berbanding tepung gandum proses kerana ia

mengandungi kadar protein, serat dan vitamin E tinggi yang mengurangkan risiko penyakit

jantung dan merendahkan kadar kolesterol. Roti gandum mengandungi karbohidrat di mana

setiap individu memerlukan 50 hingga 60 peratus karbohidrat setiap hari untuk membekalkan

tenaga dan juga mempunyai zat-zat logam yang lain, vitamin dan serat untuk kepentingan

kesihatan manusia. Mengikut riwayat oleh Bukhari dan Muslim, Aisyah berkata, Keluarga nabi
Kebaikan Dan Khasiat Makanan Sunnah 57

tidak pernah kenyang dengan memakan roti gandum dua hari berturut-

turut dan (pada hari mereka tidak memperoleh roti) mereka memakan

kurma.

8. Buah tamar (kurma)

Sememangnya sinonim dalam kehidupan Rasulullah SAW, ia dianggap sebagai makanan yang

sempurna kerana ia mengandungi pelbagai khasiat yang diperlukan untuk kesihatan manusia.

Kandungan serat yang tinggi dan lemak yang rendah serta gabungan beberapa zat lain yang

terkandung di dalam buah tamar menyebabkan ia amat berkhasiat dan sentiasa digemari dan

menjadi hidangan penting bagi nabi dan keluarga. Manakala buah tamar pula mempunyai unsur-

unsur seperti karbohidrat, protein, serat, lemak serta zat logam yang lain untuk melengkapkan

lagi hidangan tersebut. Ada sejarah di mana, seorang wanita Yahudi telah meletakkan racun

dalam makanan Rasulullah SAW, dan ternyata bisa racun itu dapat di

neutralkan oleh khasiat yang terdapat di dalam kurma yang dimakan

oleh Baginda SAW. Sebab itulah Rasulullah SAW mengibaratkan

orang yang tidak mempunyai kurma di rumahnya sebagai orang miskin.

Bukhari dan Muslim meriwayatkan; bahawa Aisyah berkata,

Ada ketikanya dapur rumah kami tidak berasap selama sebulan. Yang ada (untuk dijadikan

makanan) hanyalah buah tamar dan air. Melainkan kadangkala diberikan kepada kami sedikit

daging.

9. Nabi SAW juga memakan buah-buahan lain seperti tembikai.

Sehubungan dengan ini, Abu Daud dan Tirmizi meriwayatkan bahawa

Aisyah pernah berkata, Rasulullah pernah memakan buah tembikai bersama-sama dengan buat

tamar basah. Tembikai mengandungi 92 peratus air dan 8 peratus gula serta mengandungi

antioksidan yang disebut lycopene yang mampu mencegah daripada pelbagai penyakit

terutamanya kanser.

10. Rasulullah SAW juga menggemari sayuran dari jenis mentimun.

Mentimun kaya dengan air justeru ia menyejukkan badan. Di samping itu, mentimun juga

mengandungi vitamin C yang mampu meredakan radang kulit dan juga mengandungi silika. Silika
Kebaikan Dan Khasiat Makanan Sunnah 58

merupakan unsur penting yang diperlukan bagi menjamin kesihatan sistem saraf yang

melibatkan otot, tendon, ligamen dan tulang. Oleh kerana mentimun mengandungi banyak air,

maka pengambilannya dengan makanan yang berserat merupakan satu langkah yang baik kerana

ia akan memberi manfaat yang lebih berkesan kepada kesihatan tubuh badan.

11. Nabi SAW juga menggalakkan pengambilan madu.

Baginda SAW mengamalkan minum air sejuk yang bercampur sedikit madu setiap pagi. Ia

menghindar daripada segala penyakit. Madu kaya dengan gula(yang sihat), sedikit air, vitamin

dan mineral penting untuk kesihatan badan. Dari segi sudut kesihatan, madu dikatakan

berfungsi untuk membersihkan lambung, mengaktifkan usus, menyembuhkan sembelit dan

keradangan.

12. Rasulullah SAW sentiasa mengamalkan banyak meminum air.

Dengan meneguk perlahan-perlahan sambil memegang gelas dengan

tangan kanan dan melarang bernafas atau menghembus ke dalam air

tersebut. Hal ini kerana udara yang sengaja dibuihkan dalam air itu

mungkin mengandungi kuman dan bakteria yang berbahaya kepada

kesihatan.

13. Rasulullah SAW melarang manusia makan dengan banyak dan melampau.

Diriwayatkan bahawa para sahabat berkata dari Rasulullah SAW: Kita (kaum muslimin) adalah

kaum yang hanya makan bila lapar dan berhenti makan sebelum kenyang. Sebaliknya manusia itu

hanya perlu makan ketika ia lapar dan berhenti sebelum ia kenyang. Baginda SAW meminta

seseorang itu untuk mengisi 1/3 daripada ruang perutnya dengan air, 1/3 dengan makanan dan

selebihnya dengan ruang kosong (udara).

14. Rasulullah SAW juga menyuruh menjamah secubit garam sebelum makan untuk menolak 70

macam penyakit dan ambil secolek lagi dengan jari manis tangan kanan setelah makan.

15. Baca bismillah dan berdoa sebelum dan setelah makan.


Kebaikan Dan Khasiat Makanan Sunnah 59

Cucilah tangan juga sebelum dan selepas makan

Doa sebelum makan;

Ya Allah berkatilah kami padanya (makanan kami) dan kurniakanlah kami makanan yang lebih
baik darinya.
Dari Muad bin Anas r.a. berkata: Rasulullah SAW bersabda, Sesiapa yang selesai makan,

kemudian menyebut, Alhamdulillah- illazi athamani haaza, wa razaqanihi min ghairi haulin minni
wa la quwwatin, akan diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu. (HR Tirmidzi)

16. Nabi SAW juga mengajar untuk kita makan dengan tangan kanan tanpa sudu, garfu ataupun

chopstick. Dari Jabir r.a. berkata, Rasulullah SAW bersabda: Jangan engkau makan dengan

(tangan) kirimu, sesungguhnya syaitan itu makan dan minum dengan (tangan) kirinya. (HR
Muslim)

17. Apabila selesai hendaklah dijilat jari-jari tersebut. Ahli saintis telah

menemukan bahawa enzim banyak terkandung di celah jari-jari, iaitu 10

kali ganda terdapat dalam air liur. (Enzim sejenis alat percerna makanan

tanpanya makanan tidak hadam).

Dan janganlah ia mengelap tangannya dengan mindil/tuala hendaklah ia menjilati tangannya,


kerana seseorang itu tidak mengetahui pada makanannya yang mana yang mengandungi berkat
untuknya, sesungguhnya syaitan itu selalu mengintai untuk merampas harta manusia dari segala
penjuru sehingga di tempat makannya. Dan janganlah ia mengangkat shahfahnya (bekas
makanan) hingga menjilatinya dengan tangan, kerana sesungguhnya pada akhir makanan itu
mengandung berkat. (Kitab Silsilah hadits-hadits shahih no. 1404).

18. Sebaiknya kita yang menunggu makanan dan bukan makanan yang menunggu kita. Makan dan

minum perlulah dalam keadaan duduk tidak berdiri, baik sekali makan keadaan duduk dengan

menegakkan sebelah lutut sambil menekan perut. Hikmahnya dapat mengawal kuantiti makanan

disamping mengatasi kembung dan senak perut.


Kebaikan Dan Khasiat Makanan Sunnah 60

19. Makan berjamaah bersama keluarga atau sahabat.

Berkenaan dengan seseorang yang datang kepadanya dan Rasulullah SAW

bersbda; Wahai Rasulullah, kami ini setiap kali makan tidak pernah

kenyang. Maka Rasulullah berkata: Pasti masing-masing kamu makan


sendiri-sendiri. Orang itu menjawab: Benar, Ya Rasulullah! Rasulullah berkata:
Berjamaahlah dalam menyantap makananmu.

20. Rasulullah SAW melarang meninggalkan makan malam.

Sesiapa yang meninggalkan makan malamnya, dia akan mempercepatkan tua sebelum masanya

kerana keasidan serta tahap kolestrol dalam darah dan badannya akan berganda. Makanlah

sekadar mengisi perut (bukan kenyang) walaupun dengan sebiji kurma untuk proses

penghazaman dan proses metabolisma gizi-gizi makanan ke saluran bahagian lain sebab semasa

tidur pertumbuhan badan kita akan menentukan tahap kesihatan kita.

21. Elakkan kekenyangan sebelum tidur kerana ia berperangai seperti Firaun di samping mudah

dipengaruhi syaitan. Suatu ketika Nabi Yahya a.s. berbual dengan iblis; Berkata iblis: Ya ada,

kadang-kadang kamu kenyang, lalu aku membuat kamu merasa berat


untuk bersolat dan berzikir. Dari segi kesihatan pula adalah tidak
digalak makan sekurang kurang 2 jam sebelum tidur kerana tidur

dengan kekenyangan boleh memudaratkan sistem tubuh badan..

22. Berpuasa selama sebulan pada bulan Ramadhan dan disunatkan berpuasa

pada hari-hari tertentu boleh menjamin kesihatan yang berkekalan sepanjang hayat.

23. Islam melarang penganutnya untuk meminum arak, memakan babi dan anjing serta

keluarganya, binatang dan tumbuhan yang beracun, berbisa dan berbahaya. Dilarang juga

memakan najis, (darah, nanah, air mazi dan sebagainya) serta serangga yang hidup melata, jijik

lagi beracun.
Kebaikan Dan Khasiat Makanan Sunnah 61

BAHAGIAN 4
Adab Makan dan Minum
Mengikut Sunnah Nabi S.A.W
Kebaikan Dan Khasiat Makanan Sunnah 62

Terdapat beberapa adab-adab makan dan minum cara Nabi SAW untuk menjadi panduan kita semua

untuk mendapat keberkatan di sisi Allah s.w.t dengan mengikut sunnah baginda.

1. Membasuh tangan sebelum makan.

Nabi SAW bersabda maksudnya: Keberkatan makanan itu ialah membasuh

(tangan) sebelumnya (sebelum makan) dan membasuh selepasnya. (Hadis

Riwayat Abu Daud dan Turmudzi). Dari Sayyidah Aisyah r. anha bahawa

Rasulullah SAW apabila berjunub, maka baginda berwudhu (seperti

wudhu) untuk solat dan apabila baginda ingin makan baginda membasuh

kedua tangannya (lebih dahulu).

2. Membaca Bismillaah. (Bismillahirahmanirrahim)

Sabda Nabi SAW yang bermaksud: Apabila seseorang lelaki memasuki rumahnya, lalu dia

menyebut Allah (membaca Bismillaah) di kala masuk dan di kala makan, maka berkata syaitan :

Tiadalah peluang aku bermalam dengan kamu dan tiadalah pada makanan malam kamu. Dan apabila

seorang masuk ke rumahnya, maka dia tidak menyebut Allah di kala memasukinya, maka berkata

syaitan Aku akan bermalam dengan kamu. Seterusnya apabila dia tidak menyebut Allah di kala

makan, maka syaitan akan berkata: Aku akan dapat bermalam dan makan malam (bersama kamu;

kongsi makan)(Hadis Riwayat Muslim) Nabi SAW telah bersabda kepada seorang kanak-kanak

yang makan di samping baginda maksudnya : Wahai kanak-kanak, sebutlah nama Allah. (Hadis

Riwayat Bukhari dan Muslim).

3. Membaca doa makan.

Sabda Nabi SAW, yang maksudnya:Allaahumma baarik lanaa

fiimaa razaqtanaa wa qinnaadzaabannar. Maksudnya: Ya Allah,

berkahilah rezeki yang Engkau rezekikan kepada kami, dan

peliharalah kami dari siksa Neraka. (Hadis Riwayat Ibnu As-Sunni) Hadis riwayat At-Tirmizi dan

Ibnu Majah satu doa yang diajar oleh Nabi SAW. bila hendak makan: Allahumma barik lana fihi wa
Kebaikan Dan Khasiat Makanan Sunnah 63

ath ighmna khairan minhu, maksudnya:Ya Allah, berilah keberkatan kepada kami pada makanan ini

dan kurniakanlah kepada kami makanan yang lebih baik

daripadanya.

4. Makan dan minum dengan tangan kanan.

Diriwayatkan daripada Abdullah bin Umar r.a. Sesungguhnya

Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: Apabila salah

seorang di antara kamu makan, hendaklah dia makan dengan menggunakan tangan kanannya dan

apabila dia minum hendaklah dia minum dengan menggunakan tangan kanannya kerana sesungguhnya

syaitan itu, dia makan dengan menggunakan tangan kirinya dan minum juga dengan menggunakan

tangan kirinya. (Hadis Riwayat Muslim). Makruh makan dan minum dengan menggunakan tangan kiri

kerana ianya adalah di antara adat-adat syaitan dan sesiapa yang melakukan sedemikian, bererti

dia menyerupanya.

5. Makan makanan yang mengiringi (makanan yang terdekat).

Nabi SAW bersabda maksudnya: Dan makanlah (dengan

memulakan makan) makanan yang mengiringi engkau. (Hadis

Riwayat Bukhari). Dalam hadis yang lain Nabi SAW bersabda

maksudnya: Hendaklah kamu menyebut nama Allah (dikala hendak

makan) dan hendaklah setiap orang (mula) makan makanan yang

mengiringinya. (Hadis Riwayat Bukhari) Maksud makanan yang mengiringi adalah makanan yang

terdekat kerana menjadi adab Islam mengutamkan makanan yang berdekatan daripada mengambil

makanan yang berdekatan dengan rakannya. Selepas itu barulah ia mengambil makanan yang jauh

sedikit daripadanya.

6. Mula makan tepian bukan tengah.

Sabda Nabi S.A.W. Maksudnya: Apabila seseorang kamu makan

suatu makanan, maka janganlah dia (mula) makan makanan yang

berada di puncak pingan (bahagian tengah), akan tetapi

hendaklah dia memakan makanan daripada dahagian di sebelah bawahnya (tepi yang berdekatan

dengannya) kerana sungguhnya keberkatan itu turun daripada puncaknya (kebawah) (Hadis
Kebaikan Dan Khasiat Makanan Sunnah 64

Riwayat Abu Daud). Dalam hadis yang lain Nabi s.a.w. bersabda maksudnya: Sesungguhnya

keberkatan itu turun ke bahagian tengah makanan, maka kamu makanlah daripada bahagian yang di

tepinya (yang mendekatimu) dan janganlah kamu makan daripada bahagian tengahnya (puncaknya).

7. Duduk semasa makan.

Makan dan minum secara berdiri adalah bukan daripada adab Islam kerana Nabi SAW

menunjukkan contoh makan dan minum baginda secara duduk. Pada satu ketika Nabi SAW telah

dihadiahkan sesekor kambing yang telah dimasak. Maka baginda turun makan secara berlutut.

Tiba-tiba bertanya seorang Arab Desa kepada baginda. Duduk apakah ini?. Maka baginda SAW

menjawab: Sungguhnya Allah telah menjadikan saya seorang hamba yang pemurah, dan Dia (Allah)

tidaklah menjadikan saya seorang yang tidak kenal belas kasihan lagi keras kepala (derhaka).

(Hadis Riwayat Abu Daud)

8. Makan dengan tiga putung jari.

Kaab bin Malik memberitakan : Adalah kebiasaan Rasulullah SAW menjemput makanan dengan

menggunakan tiga putung jari. (Hadis Riwayat Muslim) Menjemput makanan dengan kurang

daripada tiga jari menunjukkan kesombongan, manakala menjemput dengan lebih tiga putung jari

pula menandakan buruk makan. Kerana bila makan roti, kurma atau kuih muih eloklah gunakan tiga

putung jari. Tetapi jika makan nasi perlu menggunakan lima jari kerana bersesuaian dengan jenis

makanan. Begitu juga makan bubur nasi, bubur kacang atau sop perlu menggunakan sudu pula.

9. Tidak mencela atau mengaibkan makanan.

Abu Hurairah r.a. pernah memberitakan bahawa: Tiadalah sekali-kali Nabi SAW mengaibkan

makanan (yang dihidang), jika baginda berselera baginda memakannya dan jika baginda tidak ingin

baginda meninggalkannya. (Hadis Riwayat Bukhari) Perkataan

mengaibkan atau merendah-rendahkan makanan itu seperti

seseorang sedang makan ia berkata, Makanan ini tawar ebar, masam

rebam, masin perat, pedas gila, mentah dan sebagainya.

10. Bercakap semasa menjamu selera.

Semasa makan para ulama menggalakkan bercakap mengenai


Kebaikan Dan Khasiat Makanan Sunnah 65

kebaikan makanan, percakapan percakapan baik dan kisah-kisah orang soleh sekitar makanan dan

selainnya. Semasa makanan berada dimulutnya jangan bercakap kerana perbuatan tersebut adalah

buruk bila makan bersama orang lain. Kerana ditakuti makanan terhambur ke muka orang lain. Jika

boleh semasa mengunyah hendaklah tidak berbunyi.

11. Makan suapan terjatuh.

Jaabir bin Abdullah r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda maksudnya; Apabila

suapan seseorang kamu terjatuh, maka hendaklah dia mengambilnya, hendaklah dia membuang

kemudharataan padanya dan hendaklah dia memakannya dan janganlah dia meninggalkannya kepada

syaitan (secara membazir) (Hadis Riwayat Muslim). Di galakkan memakan suapan (makanan) yang

terjatuh, jika boleh dibasuh seberapa boleh dan makan semula. Jika makanan tersebut jatuh dan

lantai tersebut agak kotor maka makanan tersebut diambil juga dan diberikan kepada haiwan dan

jangan dibuangkan dan ditinggalkan kepada syaitan. Ini menunjukkan Islam cukup menbenci

perbuatan menbazir dan tidak menghormati makanan.

12. Tidak bernafas dalam bekas minum.

Ibnu Abbas r.a menyatakan bahawa, Sungguh Nabi SAW melarang

bernafas dalam bekas minum atau menghembuskan kedalannya. (Hadis

Riwayat Turmudzi).

13. Tidak makan banyak.

Rasulullah SAW bersabda maksudnya: Orang Mukmin makan menggunakan sebuah perut,

sedangkan orang kafir itu makan menggunakan tujuh buah perut (Hadis Riwayat Bukhari) Hadis

yang lain Nabi SAW bersabda maksudnya : Tiadalah wadah yang diisi anak Adam yang lebih buruk

daripada perutnya sendiri, dimana dia menyangka bahawa dengan beberapa suap makanan, maka

punggungnya (kekuatannya) akan dapat tegak kembali. Seandainya dia terpaksa bersikap demikian

juga, maka (isilah perutnya) sepertiga untuk makanan, sepertiga untuk minuman dan yang sepertiga

lagi (kosongkan) untuk pernafasan (bernafas). (Hadis Riwayat Turmudzi).


Kebaikan Dan Khasiat Makanan Sunnah 66

14. Larangan makan sambil meniarap.

Saalim meriwayatkan daripada sumber bapanya; Bahawa

Nabi SAW melarang seorang lelaki makan sedang dia duduk

meniarap (Hadis Riwayat Ibnu Majah)

15. Jangan memerhatikan orang sedang makan.

Seseorang yang sedang makan bila diperhatikan akan

menyebabkan tidak selesa.

16. Menjemput para tetamu untuk makan:

Sila menjamu selera! kepada para tetamu. Rasulullah SAW bersabda: Yang masih tinggal cuma

saya dan engkau. Abu Hurairah berkata; Benar tuan, wahai Rasulullah SAW Baginda berkata :

Sila duduk, sila minum! Maka saya duduk, lalu saya minum. Maka baginda berkata lagi: Minumlah!

Lantas saya minum.

17. Sesudah makan menjilat pingan dan jari.

Sabda Nabi SAW bermaksud: Sungguh kamu tidaklah mengetahui

(bahagian) manakah (makanan kamu) yang mengandungi keberkatan.

(Hadis Riwayat Muslim) Malah Rasulullah SAW menyuruh umatnya

agar menyapu makanan dalam pingan (untuk dimakan). Perbuatan Nabi SAW dimana baginda

menjilat (dan menghisap) sisi-sisi makanan (serta memakannya) daripada tiga putung jari (yang

menjemput makanan) sebelum lagi baginda menyapu jari-jarinya. (Hadis Riwayat Musliam).

18. Larangan bangun meninggalkan makanan sehingga hidangan di angkat.

Sabda Nabi SAW bermaksud: Apabila telah dihidangkan suatu hidangan, maka janganlah

seseorang bangun sehingga diangkatkan hidangan, dan janganlah dia menggerakkan tangannya

(berhenti makan) sekalipun dia sudah kenyang sehinggalah kumpulan (bersamanya) selesai makan,

dan hendaklah dia menunggu kumpulan itu, kerana sesungguhnya seorang lelaki itu akan merasa

malu duduk (lagi), maka dia akan berhenti makan, dan barangkali dia masih perlu untuk makan.

(Hadis Riwayat Ibnu Majah).


Kebaikan Dan Khasiat Makanan Sunnah 67

19. Memuji dan menyanjungi Allah.

Bila hidangan diangkatkan Nabi s.a.w memuji Allah SWT dengan

doanya: Segala puji bagi Allah, sebagai pujian yang banyak, bagus

dan diberkati. Kami tidaklah merasa cukup dengan seorang selain

Engkau, kami tidaklah meninggalkan nikmat Engkau, dan kami

tidaklah terkaya daripada kurniaan Tuhan kami.

20. Membasuh kedua tangan selepas makan.

Hadis dari sumber Salmaan r.a. telah pun di sebutkan berbunyi:

Keberkatan makanan itu ialah membasuh dua tangan sebelum dan

sesudah makan.

21. Larangan makan dan minum dalam bekas emas dan Perak

Hadis menyebut: Siapa minum dalam bekas daripada emas atau

perak, maka sesungguhnya akan menggelegak dalam perut (bakaran)

api neraka. HR Muslim.


Kebaikan Dan Khasiat Makanan Sunnah 68

BAHAGIAN 5
PESANAN RASULULLAH
S.A.W
Kebaikan Dan Khasiat Makanan Sunnah 69

Daripada Abu Hurairah R.A. meriwayatkan katanya Rasulullah bersabda : Sesungguhnya Allah itu baik

Dia tidak menerima melainkan yang baik. Sesungguhnya Allah memerintahkan orang mukmin dengan apa

yang diperintahkan-Nya kepada semua rasul dengan firman-Nya : Wahai sekalian rasul ! Makanlah

makanan yang baik dan beramallah dengan amalan yang soleh. Firman-Nya lagi : Wahai sekalian orang

yang beriman makanlah makanan yang baik yang telah kami beri rezeki kepada kamu. Kemudian baginda

menyebutkan seorang lelaki yang jauh perjalanannya, kusut masai rambutnya dan berdebu mukanya

menghulurkan kedua tangannya ke langit (berdoa) Wahai tuhanku ! Wahai tuhanku ! Padahal

makanannya haram, minumannya haram dan pakaiannya haram dan mulutnya disuapkan dengan yang

haram. Makan bagaimanakah akan aku perkenankan doanya. (Hadith Riwayat Muslim).

Seperti yang pernah dinyatakan oleh Rasulullah Kepada Sahabatnya yang bermaksud:

Jika kamu sakit maka tanyalah kepada Harith: Dalam hal ini Harith bin Kaladah telah dinyatakan

sebagai doktor dan ahli dalam ilmu perubatan pada waktu itu. Sebahagian pertanyaan tentang

perubatan pernah menyatakan: Jangan kamu makan ubat kecuali kerana terpaksa, sebab ubat itu tidak

berguna jika tidak diperlukan.

Pandangan Harith bin Kaladah tentang pemakanan dan ubat:

Jangan kamu makan ubat jika tidak kuasa menerimanya.

Jangan kamu makan buah-buahan kecuali yang telah masak.

Jika ingin sihat bangunlah diawal pagi dan tidurlah awal. Berpakaian dengan pakaian rapid an

ringan.

Tidak boleh makan ketika marah.

Berilah waktu buat dirimu mendapatkan kerehatan. (maksudnya menghiburkan hati dengan cara

yang tidak diharamkan).

Sedikit makan waktu malam agar dapat tidur dengan nyenyak.

Makan berlebihan akan mempersempitkan pernafasan.

Badan adalah laksana tanah, ia akan subur jika dalam keadaan baik tetapi jika dibiarkan ia akan

menjadi rosak.
Kebaikan Dan Khasiat Makanan Sunnah 70

Rasulullah S.A.W:

Pengetahuan yang diperoleh oleh Rasulullah S.A.W dalam masalah kedoktoran dan ubat-ubatan

semata-mata hanya menurut apa yang telah diwahyukan oleh Allah S.W.T kepadanya. Rasulullah S.A.W

dalam beberapa masalah memberikan petua kedoktoran berdasarkan garis-garis yang diberikan oleh

tuhan yang telah dipastikan kebenarannya.

Baginda telah memerintahkan tentang kewajipan berwuduk untuk kesucian rohani dan jasami.

Diharamkan minum minuman keras, ini boleh merosakkan akal, mengghilangkan ksedaran dan ingatan,

melemahkan semangat, tidak boleh mengendalikan hawa nafsu dengan wajar menyebabkan sakit perut

dan darah tinggi, melemahkan jantung, mengalami penyakit urat saraf, rosak akhlak, boleh menjadikan

lumpuh dan boleh juga membawa kepada kematian.

Justeru itu, menjaga pemakanan dalam kehidupan seharian akan menjamin kesihatan yang baik,

hidup akan sentiasa cergas dan berkemampuan melakukan sesuatu pekerjaan dengan baik dan jaya.
Kebaikan Dan Khasiat Makanan Sunnah 71

RUJUKAN

Anda Boleh Manfaat Madu Dengan Mencontohi Cara Rawatan Rasulullah S.A.W Ini,(2013)
http://www.anugerahquran.com/blog/anda-boleh-mendapat-manfaat-madu-dengan-
mencontohi-cara-rawatan-rasulullah-s-a-w-ini/
Khasiat Madu Lebah,(2011)
http://www.penawarlagenda.com/index.php/produk/produk-madu/khasiat-madu

Khasiat Buah Kurma Menurut Al-Quran dan Sains, (2010)


http://mamiraysha.blogspot.com/2010/08/khasiat-buah-kurma-menurut-al-quran-dan.html

Abu Yusof (2011), Kurma dari perspektif Perubatan Islam


http://abuyusoff.blogspot.com/2011/05/perubatan-islam-3-kurma-dari-perspektif.html

Khasiat Kurma
http://www.tayibah.com/eIslam/kurma.php

Khasiat Garam Dalam Rawatan Penyakit


http://reiki-malaysia.com/khasiat-garam-dalam-rawatan-penyakit/

Khasiat Garam Dalam Kehidupan Seharian Kita (2013)


http://mamafaizzhafran.blogspot.com/2013/03/info-khasiat-garam-dalam-kehidupan.html

Khasiat Garam Dan Cara Guna Ikut Sunnah, (2014)


http://sihatceria.com/2014/01/khasiat-garam-dan-cara-guna-ikut-sunnah/

Khasiat Minyak Zaitun


http://tayibah.com/eislam/khasiat_minyak_zaitun.php

Rahsia & Khasiat Minyak Zaitun


https://www.facebook.com/KhasianMinyakZaitun/posts/214810775322469

Khasiat Minyak Zaitun


http://alshiffa.blogspot.com/p/blog-page_9.html

Khasiat Buah Labu (2013)


http://www.anakulucheka.com/khasiat-buah-labu/

Khasiat Buah Labu Pohonnya Nabi Yunus Alaihis Salam (2014).


http://santriclumut.blogspot.com/2014/09/khasiat-buah-labu-pohonnya-nabi-yunus.html

Makanan Kegemaran Nabi Saw & Khasiat Buah Labu Kuning (2013)
http://salamsejahtera66.blogspot.com/2013/01/makanan-kegemaran-nabi-saw-khasiat-
buah.html
Kebaikan Dan Khasiat Makanan Sunnah 72

5 Khasiat Labu Untuk Kesihatan (2014)

http://www.wom.my/kesihatan/petua-pemakanan/khasiat-labu/

Makanan Sunnah Nabi Muhammad S.A.W, (2013)


http://ijaie.blogspot.com/2013/04/makanan-sunnah-nabi-muhammad-saw.html

14 Khasiat Timun Untuk Kesihatan Anda, (2014)


http://www.shashamohamed.com/2014/04/14-kebaikan-timun-untuk-kesihatan-anda.html

Halia - Minuman Syurga di Dunia, (2011)


http://sistemannisaaonline.blogspot.com/2011/10/halia-minuman-syurga-di-dunia.html

Sunnah Nabi Muhammad s.a.w: Kelebihan dan Khasiat Halia (Zanjabil), 2014

http://oze.my/memoplusgold/sunnah-nabi-muhammad-s-w-kelebihan-dan-khasiat-halia-
zanjabil/

Kizewatty Zainal (2013), Sunnah Nabi Muhammad S.A.W Kelebihan dan Khasiat Halia (Zanjabil)

http://kizeewattyzainal.blogspot.com/2013/10/kelebihan-dan-khasiat-halia-zanjabil.html

10 Kelebihan Halia yang Mungkin Kita Tidak Tahu, 2013


http://tipsihatselalu.blogspot.com/2013/04/10-kelebihan-halia-yang-mungkin-kita.html

Luqman, (2010). Hadith-Hadith Tentang Perubatan Nabi


http://luqmanal-jawa.blogspot.com/2010/05/hadith-hadith-tentang-perubatan-nabi.html

Benih Cendawan Mekah/Mud-mud


https://www.facebook.com/CendawanMekahMudMud/posts/245932978843087

Buah Tin, (2012)


https://www.facebook.com/lovesunnahfood/posts/376484309098031

Buah Tin Makanan Sunnah Dan Makanan Kesihatan, (2012)


http://kedaiarabustazah.blogspot.com/p/buah-tin.html

8 Makanan Terbaik Dunia, (2012)


http://habbatussaudapatidelima.blogspot.com/

Khasiat Dan Kelebihan Buah Tembikai, (2014)


http://miramawary.blogspot.com/2014/09/khasiat-dan-kelebihan-buah-tembikai.html

Makanan Berkhasiat Untuk Kehamilan Menurut Rasulullah S.A.W


http://pokok2u.blogspot.com/2013/02/makanan-berkhasiat-untuk-kehamilan.html
Kebaikan Dan Khasiat Makanan Sunnah 73

Kizeewatty Zainal, (2014). Makanan Sunnah: Khasiat Anggur

http://kizeewattyzainal.blogspot.com/2014/03/makanan-sunnah-khasiat-anggur.html

Khasiat Buah Delima Untuk Ibu- Ibu Mengandung, (2013)


https://www.facebook.com/notes/wwwmumdreamscommy/khasiat-buah-delima-untuk-ibu-ibu-
mengandung/625090107533406

Ayat Al-Quran dan Hadis Mengenai Delima, (2012)


http://ymr2u.blogspot.com/p/ayat-al-quran-dan-hadis-mengenai-delima.html

Khasiat Buah Delima


http://giffarine2015.blogspot.com/p/khasiat-buah-delima.html

Keistimewaan Zafaran
http://herbadantumbuhan.blogspot.com/2011/07/apakah-itu-zafaran.html

Serbuk Zafaran: Penawar ALternatif untuk Masalah Kesihatan Zaman Moden Termasuk Penyakit Yang
Kronik, (2012)

http://www.majalah.com/?classified:serbuk-zafran-penawar-alternatif-untuk-masalah-
kesihatan-zaman-moden-termasuk-penyakit-yan:7M5PC8SZ3T

Zul Aeriazz (2013), 22 Cara Diet Pemakanan Rasulullah S.A.W


http://www.zulaeriazz.my/2013/08/22-cara-diet-pemakanan-rasulullah-saw.html

Sufri (2012), 20 Adab Makan Dan Minum Mengikut Sunnah Rasulullah Makanan sunnah, (2012)
http://makanansunah.blogspot.com/2012/12/cuka-epal.html

Cuka dan Makanan Sunah Rasulullah


http://anadinmu.blogspot.com/2011/10/cuka-dan-makanan-sunah-rasulullah.html

Siti Rohaida Yusof, (2015) Khasiat Dan Kelebihan Cuka Epal


http://www.kisahsidairy.com/2014/03/khasiat-dan-kelebihan-cuka-epal.html

Kurus dengan Cuka Epal - banyak kelebihan dan khasiatnya.


http://lynnmunir.blogspot.com/2013/02/kurus-dengan-cuka-epal-banyak-kelebihan.html

Kebaikan Cuka Dan Kurma, (2011)


http://paklangdon.blogspot.com/2011/02/kebaikan-cukaqurma.html

Minum Susu Kambing Adalah Sunnah Rasulullah S.A.W. (2010)


http://kehidupan-insan.blogspot.com/2010/11/minum-susu-kambing-adalah-sunnah-nabi.html

Khasiat Dan Kelebihan Susu Kambing


http://anizyn.blogspot.com/2010/06/khasiat-dan-kelebihan-susu-kambing.html
Kebaikan Dan Khasiat Makanan Sunnah 74

Susu Kambing dan Sunnah


https://muhdhazrie.wordpress.com/2014/02/01/susu-kambing-dan-sunnah/

Khasiat Gandum mengenyangkan dan sekaligus menyehatkan


http://www.anneahira.com/khasiat-gandum.htm

10 Manfaat Gandum Bagi Tubuh


http://manfaat.co.id/manfaat-gandum

Khasiat Habbatus Sauda - Raja Ubat Dan Makanan Sunnah Rasulullah,(2013)

http://rossacalla.blogspot.com/2013/04/khasiat-habbatus-sauda-raja-ubat-
dan.html#axzz3USh3ZDSk

Khasiat Habbatus Sauda


http://anizyn.blogspot.com/2009/04/khasiat-habbatus-sauda.html

Cara Makan Habbatus Sauda Biji/Serbuk, (2013)


http://kurmamehr.com/cara-makan-habbatus-sauda-bijiserbuk/

Air zam-zam Adab dan Khasiat


http://peniagasejati.blogspot.com/p/air-zam-zam-kelebihan-dan-adab.html

Air Zam-Zam Original


http://penawarsejagat.blogspot.com/

Kelebihan Dan Keajaiban Air Zam Zam


http://hafizamri.com/kelebihan-dan-keajaiban-air-zam-zam/

Khasiat dan Kelebihan Buah Barli, (2014)


http://www.azeniahmad.com/2014/01/khasiat-dan-kelebihan-buah-barli.html

Khasiat Barli, (2013)

http://dilaella.blogspot.com/2013/07/khasiat-barli.html

Kebaikan dan Khasiat Air Barli, (2012)


http://renungalam.blogspot.com/2012/11/kebaikan-dan-khasiat-air-barli.html

Resepi Masakan Sunnah S.A.W Bubur Talbinah, (2012)


https://balannambiar.wordpress.com/2012/04/01/resepi-masakan-sunnah-s-a-w-bubur-
talbinah/
Kebaikan Dan Khasiat Makanan Sunnah 75

Anda mungkin juga menyukai