Anda di halaman 1dari 3

Mentadbir inventori sosial

Minat kerjaya merupakan asas kepada pilihan murid untuk bergerak dan mencapai
cita-cita. Sebagai kaunselor, mentadbir inventori psikologi dapat mendalami murid serta
memberi cadangan dan hala tuju kerjaya yang sesuai untuk murid. Menurut Lender (1965)
dalam penulisan Muhammad Kamal Yussof (2011) menyatakan bahawa inventori psikologi
ialah salah satu daripada teknik pemilihan kakitangan yang boleh digunakan untuk
mendapatkan maklumat mengenai diri pemohon. Manakala menurut Cronbach (1990)
dalam penulisan Muhammad Kamal Yussof adalah satu set item yang direkabentuk untuk
mengukur ciri-ciri manusia yang berhubung dengan tingkah laku. Secara kesimpulannya,
inventori sosial adalah satu alat untuk mengukur pencapaian indivudu melalui maklumat
yang dikumpul serta menggunakan hasi maklumat tersebut untuk menentukan hasil kerja
murid yang akan saya laksanakan inventori psikologi.

Maklumat murid:

Nama: Husna bte Kassim (Bukan nama sebenar)

Umur: 9 tahun

Negeri: Selangor

Berikut adalah proses inventori sosial.

i) Inventori minat kerjaya.


ii) Inventori nilai pekerjaan.
iii) Inventori personaliti.

i) Inventori minat kerjaya


Inventori ini bertujuan mengenalpasti pontensi individu dalam sesuat kerjaya
melalui minat mereka. Inventori ini menguji 6 pola minat terhadap kerjaya melalui
realistic, investigatif, artistik, sosial, keusahawanan dan konvensional. Contoh
inventori minat kerjaya oleh John L. Holland boleh dirujuk di helaian lampiran.
Contoh inventori adalah
ii) Inventori nilai pekerjaan
Inventori ini bertujuan mengenal nilai individu dalam pekerjaan yang bersesuaian.
Inventori ini mempunyai 5 skala iaitu sangat suka, suka, tidak pasti, tidak suka
dan sangat tidak suka. Contoh penerangan jawapan berada di lampiran. Contoh
inventori ini adalah Inventori Nilai Pekerjaan Sidek.

iii) Inventori Personaliti


Inventori personaliti untuk melihat dan mengenal pasti ciri-ciri atau tret sesorang
personaliti. Inventori ini berformatkan jawapan ya dan tidak. Inventori ini juga
mempunyai 15 skala untuk menguji 15 personaliti. Contoh inventori andalah
Inventori Personaliti Sidek.

Bantu
bentuk
Bina
sikap
Kesedara
positif
n diri
dunia
pekerjaan

Rujukan
Huzreen Muzaina. (2016). Inventori Kerjaya. Dicapai pada 10 Mac 2017 di

http://ilhamkerjaya123.blogspot.my/p/inventori-kerjaya.html

Md. Kamal Yusoff. (2011). Inventori Psikologi Boleh Menerangkan Tentang Prestasi dan

Tingkah Laku Individu dicapai pada 10 Mac 2017 di

http://mdkamalyusoff.blogspot.my/2011/11/inventori-psikologi-boleh-menerangkan.html

Shamsina Shamsuddin. (2015). Bimbingan & Kaunseling Kanak-kanak. Selangor:

Pelangi Professional Publishing Sdn. Bhd.

Taquddin Abd. Mukti. et, al. (2014). Bimbingan dan Kaunseling Kanak-kanak. Selangor:
Fajar

Bakti Sdn. Bhd.

Anda mungkin juga menyukai