Anda di halaman 1dari 2

KAWAN YANG TIDAK JUJUR

Terdapat seekor rubah bernama Joe. Ia mempunyai sahabat bernama Ronnie. Ronnie ialah

seekor keldai. Joe sangat licik. Ronnie pula seekor keldai yang kurang cerdik. Oleh itu, Joe

sering mengambil kesempatan terhadap kawannya itu. Ia kerap menggunakan Ronnie bagi

mendapatkan makanan. Roni hanya menurut segala kata-kata dan arahan Joe. Pada suatu

petang, Joe dan Ronnie berjalan- jalan di dalam hutan. Tiba-tiba mereka terserempak dengan

seekor singa.

Kedua-duanya tidak dapat melarikan diri. Joe yang licik mendapat idea untuk melepaskan diri

dari singa itu. Ia berpura-pura berani di hadapan kawannya itu. Kamu tunggu di sini. Biar

aku pergi berunding dengan singa itu,kata Joe. Joe berjalan kea rah singa. Hai, Encik Singa!

Tolong jangan makan saya! Saya akan bawakan keldai itu ke sebuah gua. Tuan boleh

menikmati dagingnya yang lazat itu di sana, kata Joe dengan lemah lembut. Baiklah, aku

akan lepas kan kau! Tapi, kau mesti bertindak cepat! jawab singa dengan garang. Joe

kembali menemui Ronnie. Singa itu tak mahu makan kita sekarang! Lebih baik kita pergi

segera dari sini dan menyorok di dalam gua ketika rubah dan keldai itu masuk ke dalam gua,

singa terus menerkam rubah. Kemudian, ia membaham keldai. Kedua-dua sahabat itu menjadi

makanan singa.
ANAK IKAN YANG SUKA MENIPU

Di sebuah lautan, terdapat seekor anak ikan yang nakal. Ia bernama Tony. Tony tidak

disenangi rakan-rakanya kerana ia suka menipu dan mempermain-mainkan mereka.

Ketika ikan-ikan lain sedang bermain, Tony akan menjerit, Jerung! Jerung!

Bersembunyi cepat! Ikan-ikan itu ketakutan lalu lari dan bersembunyi di celah-celah

batu. Tony akan mentertawakan rakannya itu. Ikan-ikan kecil amat takut dengan

jerung. Jerung yang garang itu akan memakan mereka tanpa belas kasihan.

Sebab itulah mereka akan lari ketakutan apabila Tony menjerit, Jerung! Jerung!

Namun Tony sungguh nakal. Ia berasa seronok dapat mempermain-mainkan rakan-

rakanya. Ikan-ikan kecil itu mempercayai Tony, walaupun mereka selalu tertipu

dengan helah Tony. Pada suatu hari, Tony menghampiri rakan-rakanya itu. Ia ingin

mempermainkan mereka seperti biasa. Tiba-tiba muncul seekor jerung menghampiri

mereka. Namun Tony tidak menyedari kehadiran jerung itu. Jerung! Jerung!

Bersembunyi cepat! Jerit ikan-ikan itu. Ikan-ikan itu lari lalu bersembunyi di celah-

celah batu. Tony tidak menghiraukan jeritan rakan-rakanya. Ia menyangka mereka

cuba mepermain-mainkanya. Baiklah, kamu semua menang! Di sini mana ada

jerung! Tak usahlah kamu semua mempermain-mainkan aku! jerit Tony. Jerung itu

berenang menghampiri Tony. Tony tidak sempat melarikan diri. Ia dimakan oleh

jerung itu.

Anda mungkin juga menyukai