Anda di halaman 1dari 45

960116-14-0000

1.0 PENGENALAN

Adat didefinisikan sebagai peraturan masyarakat, undang-


undang, hukum masyarakat atau kebiasaan. Adat juga dimaksudkan
dengan peraturan yang lazim dipakai sejak dahulu-kala atau hukum
lembaga. Hal ini menunjukkan bahawa adat merupakan sesuatu
kebiasaan dari suatu perbuatan yang diulang-ulang dan telah diterima
oleh masyarakat sebagai suatu peraturan hidup untuk dipatuhi.
(http://prpm.dbp.gov).Perkahwinan adalah suatu ikatan yang sah
antara lelaki dan perempuan untuk menjadi suami isteri. Adat
perkahwinan adalah sebahagian dari hal pernikahan di sisi agama
diantara lelaki dan perempuan supaya terakru sebagai suami dan
isteri.( http://myservik.gov.my/)

Perkataan India Muslim membawa maksud etnik berketurunan


India yang beragama Islam seperti Tamil, Malabari, Benggali dan
Gujerati. Kaum India Muslim mempunyai kelompok atau suku dari
negeri masing-masing. Misalnya, Kerala Muslim, Kaka atau Malabar
Muslim dari selatan India, Bengali Muslim dari Bengal, Gujerati Muslim
dari Gujerat di utara India, Bombay Muslim dari Maharashtra, utara
India dan Thenkasi Muslim serta Kadaya Nallur Muslim berasal dari
Tamilnadu. Secara umum kaum India Muslim di Malaysia terbahagi
kepada dua kumpulan iaitu Marikar dan Rawther. Marikar atau
Marakalayer yang bermaksud penduduk dengan perahu kayu iaitu
golongan yang aktif dengan aktiviti laut seperti berdagang. Rawther
atau Mauther pula adalah penduduk yang tinggal luar bandar dengan
menjalankan aktiviti perniagaan runcit, makanan, barangan kemas dan
tekstil. (http://www.indiamuslim.com.my/)

Kajian ini bertujuan meninjau dan mengenengahkan budaya


orang berketurunan India Muslim yang masih mengamalkan pola-pola
instrinsik adat resam seperti adat dalam perkahwinan.

1
960116-14-0000

(http://pustaka2.upsi.edu.my/)Kajian ini juga mendedahkan tatacara


perlaksanaan adat perkahwinan yang diamalkan oleh masyarakat
berketurunan India Muslim. Masyarakat India Muslim masih
mengekalkan perkahwinan sesama kaum sama ada memilih pasangan
tempatan atau mencari dari keluarga di India.
(http://www2.hmetro.com.my/). Rasional kajian tentang adat
perkahwinan kaum India Muslim ini dijalankan kerana komuniti ini
membina perpaduan keluarga dan kaum yang erat menerusi
perkahwinan sesama anggota keluarga yang luas.

2.0 OBJEKTIF

2.1 Mengenalpasti adat perkahwinan yang diamalkan oleh kaum India


Muslim di Bandar Country Homes

2.2 Mengkaji persepsi kaum India Muslim tentang adat perkahwinan


kaum India Muslim di Bandar Country Homes

2
960116-14-0000

3.0 LOKASI KAJIAN

3.1 Peta Daerah Gombak

3
960116-14-0000

Sumber : https://www.google.com.my/

Daerah Gombak merupakan salah satu daerah di dalam negeri


Selangor. Kedudukan pada latitud 3.2740889 dan longitud
101.6407549 meter dari aras laut. Terdapat empat mukim dalam
Daerah Gombak iaitu Mukim Rawang, Mukim Batu, Mukim Setapak dan
Mukim Hulu Kelang

4
960116-14-0000

3.2 Peta Mukim Rawang

Sumber: https://www.google.com.my/

Mukim Rawang merupakan salah sebuah mukim yang terdapat dalam


negeri Selangor dan juga merupakan satu dari mukim yang terletak
dalam pentadbiran Daerah Gombak. Mukim Rawang terletak pada
latitud 3.3516349 dan longitud 101.5361134 meter dari aras laut.

5
960116-14-0000

3.3 Peta Bandar Country Homes, Rawang

Sumber: https://google.com.my/maps

Peta 3.3 menunjukkan kawasan kajian yang dijalankan di Bandar


Country Homes yang terletak di Mukim Rawang. Kedudukan pada
latitud 3.3319415 dan longitud 101.5375358 meter dari aras laut.
Populasi penduduk di kawasan ini terdiri daripada kaum Melayu, Cina,
India dan lain-lain. Kawasan ini dipilih sebagai kawasan kajian kerana
berdekatan dengan rumah saya dan ia dapat membantu saya
mengenali komuniti masyarakat berdekatan dengan lebih rapat.

6
960116-14-0000

4.0 METADOLOGI KAJIAN

Beberapa kaedah telah digunakan untuk mendapatkan maklumat


dalam kajian ini. Kaedah yang berlainan digunakan untuk untuk
memastikan maklumat yang diperoleh adalah betul dan tepat.

Instrument Kajian

Dalam kajian ini, intrument yang digunakan untuk mendapatkan


data adalah dengan menggunakan borang temubual, borang soal
selidik dan rujukan perpustakaan

Kaedah Instrument Kajian


Kuantitatif Borang soal selidik
Kualitatif Borang temubual, rujukan
perpustakaan

4.1 Kaedah Soal Selidik

Dalam kaedah ini borang soal selidik diperlukan untuk


memudahkan kajian. Borang diedarkan secara rawak kepada 30 orang
responden di kawasan kajian, iaitu Bandar Country Homes. Sebanyak
30 borang soal selidik diedarkan berdasarkan dua objektif yang telah
dilakukan. Kesemua borang soal selidik telah diedarkan kepada 30
orang responden yang terdiri daripada kaum India Muslim. Kesemua
responden telah memberikan kerjasama yang baik dalam
menyempurnakan urusan borang soal selidik. Borang soal selidik terdiri
daripada tiga bahagian . Bahagian A untuk latar belakang responden,
bahagian B untuk mengenalpasti adat perkahwinan yang diamalkan

7
960116-14-0000

oleh kaum India Muslim dan bahagian C untuk mengkaji persepsi


kaum India Muslim tentang adat perkahwinan kaum India Muslim di
Bandar Country Homes. Kaedah ini menggunakan skala 4 poin.

Jadual 4.1

Tidak Setuju 1
Kurang Setuju 2
Setuju 3
Amat Setuju 4

Pengkaji telah mengedarkan borang soal selidik kepada 30 orang


responden yang menwakili 5 orang dalam kategori umur 20 tahun ke
bawah, 5 orang dalam kategori 20 hingga 30 tahun, 7 orang dalam
kategori 31 hingga 40 tahun, 8 orang dalam kategori 41 hingga 50
tahun dan 5 orang dalam kategori 50 tahun ke atas.

8
960116-14-0000

4.3 Temu Bual

Pengkaji telah menemubual dua individu yang berbeza bagi


mendapatkan maklumat tambahan berkaitan adat perkahwinan kaum
India Muslim di Bandar Country Homes secara khas dan terhadap
semua golongan kaum India Muslim amnya. Pengkaji telah
menemubual dua orang yang berketurunan yang terdiri daripada
komuniti yang berketurunan India Muslim di Bandar Country Homes.
Tujuan utama temubual adalah untuk mengenalpasti adat perkahwinan
yang diamalkan oleh kaum india muslim dan persepsi kaum India
Muslim tentang pengamalan adat perkahwinan di Bandar Country
Homes.

Bil Tarikh Informen


01 20 Februari Informen A
2015
02 21 Februari Informen B
2015

Protokol temu bual mempunyai 7 soalan umum. 7 soalan tersebut dalah


merangkumi objektif 1 dan objektif 2 kajian . Justeru itu, kaedah ini adalah mendapatkan
hasil kajian terhadap objektif kajian 1 dan 2 iaitu mengenalpasti perkahwinan yang
diamalkan oleh kaum India Muslim di Bandar Country Homes dan mengkaji persepsi
kaum India Muslim tentang adat perkahwinan di Bandar Country Homes. Sesi temu bual

9
960116-14-0000

pertama telah dijalankan pada 20 Februari 2015 (Jumaat) dan disusuli dengan sesi temu
bual kedua berlangsung pada 21 Februari 2015 (Sabtu).

Temu bual ini dijalankan dalam bahasa Tamil. Data yang diperolehi dirakam dan
dianalisis secara manual. Temubual bersama Informen A selama 2 setengah minit dan
temubual bersama informen pula B pula selama 3 minit .Dapatan kaedah ini
dibentangkan dalam bahagian dapatan kajian ini sebagai bahan bukti yang menyokong
kajian ini.

4.2 Rujukan Perpustakaan

Dalam kaedah ini pengkaji telah menggunakan pelbagai rujukan


dari perpustakaan seperti buku majalah dan kertas kerja. Pengkaji
telah mendapatkan maklumat melalui buku berjudul Islamiah Aan-
Penn Padriyae Valkai Nerighel (Peraturan Cara Hidup Lelaki dan
Perempuan dalam Islam) yang ditulis oleh sasterawan India Muslim
iaitu Muhammad Ali dalam bahasa Tamil. Pengkaji turut merujuk
kepada kertas kerja Halimah Mohd Said dan Zainab Abdul Majid iaitu
Felow Penyelidikan di Universiti Pendidikan Sultan Idris yang berjudul
Pengaruh Persekitaran ke atas Sistem Nilai Kaum Jawi Peranakan dan
kertas kerja Dr. Abdul Munir Ismail yang bertajuk Adat Perkahwinan
Masyarakat Jawi Peranakan India Islam Di Pulau Pinang. Turut menjadi
rujukan pengkaji buku Feqah Islamiah dalam bab Zawaj (percantuman
atau pernikahan) untuk mengetahui tentang definisi perkahwinan dari
sudut pandangan Islam Pengkaji turut mendapatkan maklumat secara
aktif di laman sosial dengan merujuk laman-laman berkaitan dengan
adat perkahwinan kaum India Muslim.

10
960116-14-0000

5.0 DAPATAN DAN PERBINCANGAN

Bahagian ini menerangkan keputusan analisis data berdasarkan


persepsi kaum India Muslim tentang adat perkahwinan.

5.1 DEMOGRAFI RESPONDEN

Jadual 1 menunjukkan pecahan responden dari kalangan kaum India


Muslim.

JADUAL 1: LATAR BELAKANG RESPONDEN

Bil Butir Kategori Bilangan Peratusan


(%)
1. Jantina Lelaki 13 43
Perempuan 17 57
2. Tahun (umur) 20 ke bawah 5 17
20-30 5 17
31-40 7 23
41-50 8 26
50 ke atas 5 17

11
960116-14-0000

3. Status Bujang 13 43
Berkahwin 15 50
Lain-lain 2 7
(SUMBER : KAJIAN LAPANGAN 2015)

RAJAH 1: DEMOGRAFI RESPONDEN BERDASARKAN UMUR

12
960116-14-0000

Demografi Responden Berdasarkan Umur

20 ke bawah
17% 17%
20-30
31-40
41-50
17%
50 ke atas
26%

23%

(SUMBER : KAJIAN LAPANGAN 2015)

Berdasarkan rajah 1 menunjukkan demografi responden berdasarkan


umur responden terhadap kajian persepsi kaum India Muslim terhadap
adat perkahwinan. Daripada 30 orang responden yang telah disoal
selidik, seramai 5 orang responden berumur 20 tahun ke bawah dan
responden berumur 20 hingga 30 tahun juga seramai 5 orang
bersamaan dengan 17 peratus setiap satu. Seterunya, responden yang
berumur 31 hingga 40 tahun seramai 7 orang bersamaan 23 peratus.
Sementara itu, bagi yang berumur 41 hingga 50 tahun adalah seramai
8 orang responden bersamaan 26 peratus. Akhir sekali, responden
berumur 50 ke atas adalah seramai 5 orang dan bersamaan dengan 17
peratus.

13
960116-14-0000

RAJAH 2: DEMOGRAFI BERDASARKAN JANTINA

DEMOGRAFI RESPONDEN BERDASARKAN JANTINA

Lelaki
43% Perempuan

57%

(SUMBER: KAJIAN LAPANGAN 2015)

Berdasarkan rajah 2 menunjukkan demografi responden berdasarkan


jantina kaum India Muslim yang disoal selidik tentang adat
perkahwinan. Daripada 30 orang responden yang telah disoal selidik
seramai 13 orang adalah jantina lelaki bersamaan 43 peratus.
Sementara itu, bagi jantina perempuan adalah seramai 17 orang
responden bersamaan 57 peratus.

14
960116-14-0000

RAJAH 3: DEMOGRAFI RESPONDEN BERDASARKAN STATUS

DEMOGRAFI RESPONDEN BERDASARKAN STATUS

2%
Bujang
Berkahwin
45% Lain-lain
53%

(SUMBER : KAJIAN LAPANGAN 2015)

Berdasarkan rajah 3 menunjukkan demografi responden berdasarkan


status kaum India Muslim terhadap persepsi adat perkahwinan.
Daripada 30 orang responden yang telah disoal selidik seramai 13
orang adalah bujang bersamaan 43 peratus. Seterusnya, responden
yang telah berkahwin adalah seramai 15 orang bersamaan 50 peratus.
Akhir sekali, responden yang berstatus lain-lain iaitu berpisah, duda
atau janda adalah seramai 2 orang bersamaan 7 peratus.

15
960116-14-0000

5.2 JADUAL MENGENALPASTI ADAT PERKAHWINAN YANG


DIAMALKAN OLEH KAUM INDIA MUSLIM DI BANDAR COUNTRY
HOMES.(OBJEKTIF 1)

Skal Tidak Kurang Setuju Amat Jumlah


a
Setuju Setuju Setuju
Soalan
1 0 3 17 10 30
2 0 3 12 15 30
3 6 5 10 9 30
4 0 4 18 8 30
5 5 11 6 8 30
Jumlah 11 26 63 50 150
(SUMBER : KAJIAN LAPANGAN 2015)

5.2 GRAF MENGENALPASTI ADAT PERKAHWINAN YANG


DIAMALKAN OLEH KAUM INDIA MUSLIM DI BANDAR COUNTRY
HOMES.(OBJEKTIF 1)

16
960116-14-0000

MENGENALPASTI ADAT PERKAHWINAN YANG DIAMALKAN OLEH KAUM INDIA MUSLIM DI BANDAR COUNTRY HOMES
35

30

25
Amat Setuju
Setuju
20
Kurang Setuju
Tidak Setuju
15

10

0
Soalan 1 Soalan 2 Soalan 3 Soalan 4 Soalan 5

(SUMBER: KAJIAN LAPANGAN 2015)

5.2.1 ANALISIS PERATUSAN MAJLIS PERKAHWINAN MASYARAKAT INDIA


MUSLIM DIMULAKAN DENGAN ACARA MEHNDI ( BERINAI)

Skala Bilangan Peratusan (%)


Tidak Setuju 0 0
Kurang Setuju 3 10
Setuju 17 57
Amat Setuju 10 33
(SUMBER: KAJIAN LAPANGAN 2015)

5.2.1 GRAF PERATUSAN MAJLIS PERKAHWINAN MASYARAKAT INDIA


MUSLIM DIMULAKAN DENGAN ACARA MEHNDI (BERINAI)

17
960116-14-0000

ANALISIS PERATUSAN PENGAMALAN ACARA MEHNDI (BERINAI)


60
50
40
30
ANALISIS PERATUSAN
20 PENGAMALAN ACARA
Peratus
10 MEHNDI (BERINAI)

Skala

(SUMBER: KAJIAN LAPANGAN 2015)

Seramai 10 orang responden bersamaan 33% amat setuju


bahawa majlis perkahwinan masyarakat India Muslim dimulakan
dengan acara menhdi (berinai). Manakala 17 orang seuju bersamaan
57% , 3 orang bersamaan 10% dan tiada responen yang tidak setuju
dengan penyataan ini. Majoriti responden setuju bahawa majlis
perkahwinan masyarakat India Muslim dimulakan dengan acara
mehndi (berinai) iaitu seramai 27 orang (17 orang setuju, 10 orang
amat setuju) atau sejumlah 90%.

(Perbincangan Dapatan secara Kuantitatif)

18
960116-14-0000

Hal ini disokong lagi dengan temubual yang dilakukan pengkaji


bersama informen A (bukan nama sebenar) dan beliau menyatakan
bahawa

Kemeriahan majlis perkahwinan dalam masyarakat India


Muslim sebenarnya bermula pada malam berinai atau dikenali
sebagai mehndi. Acara ini menjadi satu kemestian buat
pengantin perempuan turut dilangsungkan oleh pengantin
lelaki......

(Informen A, Temu bual pada 20/02/2015)

Perkara ini turut dinyatakan oleh Informen B (bukan nama sebenar)


semasa temu bual bersama pengkaji dan beliau menyatakan bahawa

...sebelum upacara merenjis dilangsungkan iaitu dengan


meletakkan secubit inai di telapak tangan pengantin yang dialas
dengan sekeping daun sirih.........

Pengantin juga disuapkan sesudu buah delima yang digaul


bersama gula sebagai tanda memberi pemanis......

(Informen B, Temu bual pada 21/02/2015)

Pada pendapat pengkaji, majoriti responden bersetuju bahawa majlis


perkahwinan masyarakat India Muslim dimulakan dengan acara
mehndi (berinai) kerana ia masih relevan diamalkan pada masa kini
dan tidak bercanggah dengan kehendak agama. Acara mehndi
(berinai) yang dilaksanakan dengan suapan manisan buah delima
bersama gula oleh sanak- saudara terdekat.Acara ini sebagai tanda
pemberian satu kata-kata manis kepada bakal pengatin daripada
keluarga terdekat.

5.2.2 ANALISIS PERATUSAN ADAT PEMBERIAN BUAH-BUAHAN SEBAGAI


HANTARAN PERKAHWINAN DALAM KALANGAN KAUM INDIA MUSLIM.

19
960116-14-0000

Skala Bilangan Peratusan (%)


Tidak Setuju 0 0
Kurang Setuju 3 10
Setuju 12 40
Amat Setuju 15 50
(SUMBER: KAJIAN LAPANGAN 2015)

5.2.2 GRAF PERATUSAN ADAT PEMBERIAN BUAH-BUAHAN SEBAGAI


HANTARAN PERKAHWINAN DALAM KALANGAN KAUM INDIA MUSLIM.

ANALISIS PERATUSAN PEMBERIAN BUAH-BUAHAN SEBAGAI HANTARAN


60

50

40

30 ANALISIS PERATUSAN
PEMBERIAN BUAH-
Peratus 20 BUAHAN SEBAGAI
10 HANTARAN

Skala

(SUMBER: KAJIAN LAPANGAN 2015)

Seramai 15 orang responden bersamaan dengan 50% amat


setuju bahawa pemberian buah-buahan sebagai hantaran perkahwinan
merupakan satu adat kaum India Muslim. Manakala 12 orang setuju

20
960116-14-0000

bersamaan 40%, 3 orang kurang setuju dan tiada responden yang


tidak bersetuju dengan penyataan ini. Majoriti responden setuju
bahawa pemberian buah-buahan sebagai hantaran perkahwinan
merupakan adat perkahwinan kaum India Muslim iaitu seramai 27
orang (15 orang amat setuju, 12 orang setuju) atau sejumlah 90%.

(Perbincangan Dapatan secara Kuantitatif)

Hal ini disokong lagi dengan temu bual yang dilakukan pengkaji
bersama Informen B (bukan nama sebenar) dan beliau menyatakan
bahawa

Memang menjadi adat keturunan kaum India Muslim untuk


memberikan buah-buahan sebagai hantaran dan amalan ini
telah diamalkan sejak berkurun dahulu

(Informen B, Temu bual pada 21/02/2015)

Perkara ini turut dinyatakan oleh Informen A (bukan nama sebenar)


semasa temu bual bersama pengkaji dan beliau menyatakan bahawa

Hantarannya pula terdiri daripada buah-buahan iaitu sejenis


buah untuk setiap dulang....

(Informen A, Temu bual pada 20/02/2015)

Pada pendapat pengkaji, majoriti responden bersetuju bahawa


pemberian buah- buahan sebagai hantaran perkahwinan merupakan
satu adat kaum India Muslim kerana majoroti majlis perkahwinan kaum
ini masih memberikan 7 biji buah kelapa, setandan pisang dan turut
memberikan 100 biji telur sebagai hantaran. Hantaran diisi dalam
setiap talam perak yang berbeza. Hantaran berbentuk buah-buahan ini
adalah suatu simbolik kesuburan.

21
960116-14-0000

5.2.3 ANALISIS PERATUSAN UPACARA MEMBATALKAN AIR SEMBAHYANG


DENGAN MENGALUNGKAN KARSEMANI (KALUNG EMAS) DALAM ADAT
PERKAHWINAN KAUM INDIA MUSLIM.

Skala Bilangan Peratusan (%)


Tidak Setuju 6 20
Kurang Setuju 5 17
Setuju 10 33
Amat Setuju 9 30
(SUMBER: KAJIAN LAPANGAN 2015)

5.2.3 GRAF PERATUSAN UPACARA MEMBATALKAN AIR SEMBAHYANG


DENGAN MENGALUNGKAN KARSEMANI (KALUNG EMAS) DALAM ADAT
PERKAHWINAN KAUM INDIA MUSLIM.

(SUMBER: KAJIAN LAPANGAN 2015)

ANALISIS PERATUSAN UPACARA MEMBATALKAN AIR SEMBAHYANG DENGAN MENGALUNGKAN KARSEMANI


35%
30%
25%
20% ANALISIS PERATUSAN
15% UPACARA MEMBATALKAN
AIR SEMBAHYANG
Peratus 10%
DENGAN MENGALUNGKAN
5% KARSEMANI
0%

Skala

Seramai 9 orang responden bersamaan 30% amat bersetuju


bahawa upacara membatalkan air sembahyang dengan mengalungkan
karsemani (rantai emas) merupakan adat dalam perkahwinan kaum

22
960116-14-0000

India Muslim. Manakala 10 orang setuju bersamaan 33%, 5 orang


kurang setuju bersamaan 17% dan 6 orang tidak setuju bersamaan
20%. Majoriti responden setuju bahawa upacara membatalkan air
sembahyang dengan mengalungkan karsemani merupakan adat dalam
perkahwinan kaum India Muslim iaitu 19 orang (9 orang amat setuju,
10 orang setuju) atau sejumlah 63%.

(Perbincangan Dapatan secara Kuantitatif)

Hal ini disokong dengan temubual yang dilakukan pengkaji dengan


informen A (bukan nama sebenar) dan beliau menyatakan

........upacara membatalkan air sembahyang bermula dengan


mengalungkan seutas rantai perkahwinan yang dinamakan
karsemani dan dikalungkan oleh ibu pengantin lelaki...

(Informen A, Temu bual pada 20/02/2015)

Perkara ini turut dinyatakan oleh Informen B (bukan nama sebenar)


semasa temu bual bersama pengkaji dan beliau menyatakan bahawa

.....pemakaian satu rantai yang dipanggil manik gandum


masih dikekalkan wanita yang berkahwin namun ia bukanlah
perkara wajib......

......Rantai ini dipakaikan emak mertua kepada menantu


perempuan dan dianggap simbolik bagi wanita yang berumah
tangga.

(Informen B, Temu bual pada 21/02/2015)

Pada pendapat pengkaji majoriti responden bersetuju bahawa


upacara membatalkan air sembahyang dengan mengalungkan
karsemani (rantai emas) merupakan adat dalam perkahwinan kaum
India Muslim kerana ia masih dianggap sebagai simbol seorang wanita

23
960116-14-0000

itu telah berumah tangga. Acara ini juga bagi menggeratkan hubungan
antara menantu perempuan dan ibu mertua.

5.2.4 ANALISIS PERATUSAN PENYEDIAAN MAKANAN TRADISIONAL


SEBAGAI MENU UTAMA DALAM PERKAHWINAN KAUM INDIA MUSLIM

Skala Bilangan Peratusan (%)


Tidak Setuju 0 0
Kurang Setuju 4 13
Setuju 18 60
Amat Setuju 8 27
(SUMBER: KAJIAN LAPANGAN 2015)

5.2.4 GRAF PERATUSAN PENYEDIAAN MAKANAN TRADISIONAL SEBAGAI


MENU UTAMA DALAM PERKAHWINAN KAUM INDIA MUSLIM

ANALISIS PERATUSAN PENYEDIAAN MAKANAN TRADISIONAL DALAM MAJLIS PERKAHWINAN KAUM INDIA MUSLIM
70%

60%

50%

40% ANALISIS PERATUSAN


30% PENYEDIAAN MAKANAN
TRADISIONAL DALAM
Peratus
20% MAJLIS PERKAHWINAN
KAUM INDIA MUSLIM
10%

0%

Skala

(SUMBER: KAJIAN LAPANGAN 2015)

24
960116-14-0000

Seramai 8 orang responden bersamaan 27% amat setuju bahawa


penyediaan makanan tradisional semasa majlis perkahwinan
merupakan adat kaum India Muslim. Manakala 18 orang setuju
bersamaan 60%, 4 orang kurang setuju bersamaan 13% dan tiada
responden yang tidak bersetuju dengan pernyataan ini. Majoriti
responden setuju bahawa penyediaan makanan tradisional semasa
majlis perkahwinan merupakan adat kaum India Muslim iaitu seramai
26 orang (8 orang amat setuju, 18 orang setuju) atau sejumlah 87%.

(Perbincangan Dapatan secara Kuantitatif)

Pada pendapat pengkaji, majoroti responden bersetuju dengan


bahawa penyediaan makanan tradisional semasa majlis perkahwinan
merupakan adat kaum India Muslim kerana kebiasaannya pada majlis
perkahwinan kaum ini akan dihidangkan manisan payasem sebagai
pembuka selera. Payasem merupakan manisan dan salah satu
makanan tradisional kaum India Muslim. Payasem adalah gabungan biji
sagu, kismis, gajus dan buah pelaga yang dimasak bersama santan.
Selain itu, hidangan menu utama adalah nasi briyani, kari kambing
atau kurma kambing, tairo (susu masam digaul bersama bawang), acar
buah manis dan paccedi. Sebagai buah tangan tetamu akan diberikan
manisan yang dipanggil laddu yang dibungkus dengan plastik lutsinar
yang berwarna-warni . Tidak dilupakan, untuk golongan tua yang hadir
akan disajikan sirih dan pinang bersama kapur . Golongan tua akan
menikmati ia sebagai ulam bersama-sama sambil berkongsi berita dan
khabar saudara-mara di kampung.

25
960116-14-0000

5.2.5 ANALISIS PERATUSAN UNDANGAN MAJLIS PERKAHWINAN KAUM


INDIA MUSLIM KHUSUS UNTUK KAUM KERABAT.

Skala Bilangan Peratusan (%)


Tidak Setuju 5 16.6
Kurang Setuju 11 36.6
Setuju 6 20
Amat Setuju 8 27
(SUMBER: KAJIAN LAPANGAN 2015)

5.2.5 GRAF PERATUSAN UNDANGAN MAJLIS PERKAHWINAN KAUM INDIA


MUSLIM KHUSUS UNTUK KAUM KERABAT.

26
960116-14-0000

ANALISIS PERATUSAN UNDANGAN MAJLIS PERKAHWINAN KAUM INDIA MUSLIM UNTUK KAUM KERABAT
40.00%
35.00%
30.00%
25.00%
ANALISIS PERATUSAN
20.00%
UNDANGAN MAJLIS
15.00% PERKAHWINAN KAUM
Peratus
10.00% INDIA MUSLIM UNTUK
KAUM KERABAT
5.00%
0.00%

Skala

(SUMBER: KAJIAN LAPANGAN 2015)

Seramai 8 orang responden bersamaan 27% amat setuju bahawa


undangan majlis perkahwinan kaum India Muslim hanya untuk kaum
kerabat sahaja. Manakala 6 orang bersamaan 20% setuju, 11 orang
bersamaan 36.6% kurang setuju dan 5 orang bersamaan tidak setuju
bersamaan 16.6%. Majoriti responden tidak bersetuju bahawa
undangan majlis perkahwinan kaum India Muslim hanya untuk kaum
kerabat sahaja iaitu seramai 16 orang (11 orang kurang setuju, 5 orang
tidak setuju) atau sejumlah 53%.

(Perbincangan Dapatan secara Kuantitatif)

Pada pendapat pengkaji, majoriti responden tidak bersetuju


bahawa undangan majlis perkahwinan kaum India Muslim hanya untuk
kaum kerabat sahaja kerana kebanyakan masyarakat kini telah

27
960116-14-0000

mendapat pendidikan dan berfikiran secara terbuka. Masyarakat kini


kebanyakannya telah meluaskan jemputan kepada jiran dan rakan-
rakan. Selain itu, minoriti kaum ini yang berkahwin campur turut
dijemput untuk memeriahkan majlis perkahwinan. Tetamu yang hadir
dapat mengeratkan silaturrahim. Jemputan yang meluas dapat
mendedahkan kepada jiran, rakan mahupun orang luar tentang adat
perkahwinan kaum India Muslim.

5.3 JADUAL PERSEPSI KAUM INDIA MUSLIM TENTANG ADAT


PERKAHWINAN KAUM INDIA MUSLIM DI BANDAR COUNTRY
HOMES.(OBJEKTIF 2)

Skal Tidak Kurang Setuju Amat Jumlah


a
Setuju Setuju Setuju
Soalan
1 0 11 15 4 30
2 3 20 4 3 30
3 2 2 17 9 30
4 1 7 11 11 30
5 1 10 13 6 30
Jumlah 7 50 60 33 150

28
960116-14-0000

(SUMBER : KAJIAN LAPANGAN 2015)

5.3 GRAF PERSEPSI KAUM INDIA MUSLIM TENTANG ADAT


PERKAHWINAN KAUM INDIA MUSLIM DI BANDAR COUNTRY
HOMES.(OBJEKTIF 2)

MENGKAJI PERSEPSI KAUM INDIA MUSLIM TENTANG ADAT PERKAHWINAN DI BANDAR COUNTRY HOMES
35

30

25 Amat Setuju
Setuju
20
Kurang Setuju
Tidak Setuju
15

10

0
Soalan 1 Soalan 2 Soalan 3 Soalan 4 Soalan 5

5.3.1 ANALISIS PERATUSAN KAUM INDIA MUSLIM MASIH MENGAMALKAN


MAJLIS PERKAHWINAN MENGIKUT ADAT.

Skala Bilangan Peratusan (%)


Tidak Setuju 0 0
Kurang Setuju 11 37
Setuju 15 50
Amat Setuju 4 13
(SUMBER: KAJIAN LAPANGAN 2015)

5.3.1 GRAF PERATUSAN KAUM INDIA MUSLIM MASIH MENGAMALKAN


MAJLIS PERKAHWINAN MENGIKUT ADAT.

29
960116-14-0000

ANALISIS PERATUSAN KAUM INDIA MUSLIM MASIH MENGAMALKAN MAJLIS PERKAHWINAN MENGIKUT ADAT

Amat Setuju

Setuju ANALISIS PERATUSAN


KAUM INDIA MUSLIM
Skala MASIH MENGAMALKAN
Kurang Setuju MAJLIS PERKAHWINAN
MENGIKUT ADAT

Tidak Setuju

0% 10% 20% 30% 40% 50% 60%

Peratus

(SUMBER: KAJIAN LAPANGAN 2015)

Seramai 4 orang responden bersamaan 13% amat setuju bahawa


kaum India Muslim masih mengamalkan majlis perkahwinan mengikut
adat. Manakala 15 orang setuju bersamaan 50%, 11 orang kurang
setuju bersamaan 37% dan tiada responden yang tidak setuju dengan
penyataan ini. Majoriti responden setuju bahawa kaum India Muslim
masih mengamalkan majlis perkahwinan mengikut adat iaitu seramai
19 orang (4 orang amat setuju, 15 orang setuju) atau sejumlah 63%.

(Perbincangan Dapatan secara Kuantitatif)

Hal ini turut dinyatakan oleh informen A (bukan nama sebenar) semasa
temubual dengan pengkaji dan beliau menyatakan

30
960116-14-0000

......Hampir semua majlis perkahwinan kaum India Muslim


dijalankan mengikut adat

(Informen A, Temu bual 20/02/2015)

Pada pendapat pengkaji, majoriti responden bersetuju bahawa


kaum India Muslim masih mengamalkan majlis perkahwinan mengikut
adat kerana golongan tua telah mendidik generasi muda suatu masa
dahulu untuk menjalani kehidupan mengikut adat. Generasi muda kini
yang menjalankan majlis perkahwinan mengikut adat merupakan satu
dorongan dari generasi terdahulu. Selain itu, generasi kini masih
mengamalkan adat kerana tidak bertentangan dengan agama. Adat
seperti upacara sambut pengantin baru dilakukan dengan pengantin
perempuan dan pengantin lelaki akan berebut sesuatu barang yang
diletakkan dalam bekas berisi kadelai (sejenis kekacang), kemudian
pihak yang menang akan menyerang pihak yang kalah dengan
membaling kadelai tersebut. Di samping itu, adat madi erreke
dilakukan oleh ibu mertua untuk menyambut menantu baru. Upacara
ini dilakukan oleh ibu mertua dengan menghulurkan beras dihujung
seledang menantu untuk diletakkan dalam sebuah bekas sebanyak
tiga kali. Adat ini bertujuan untuk menyambut menantu baru supaya
dimurahkan rezeki dan membawa kebahagian keatas rumah tangga
tersebut. Adat-adat ini masih diamalkan kerana ia memberi impak
yang positif kepada generasi demi generasi.

5.3.2 ANALISIS PERATUSAN MAJLIS PERKAHWINAN KAUM INDIA MUSLIM


DIAMALKAN SEPENUHNYA TANPA UNSUR ADAT KAUM LAIN.

Skala Bilangan Peratusan (%)


Tidak Setuju 3 10
Kurang Setuju 20 67
Setuju 4 13
Amat Setuju 3 10
(SUMBER: KAJIAN LAPANGAN 2015)

31
960116-14-0000

5.3.2 GRAF PERATUSAN MAJLIS PERKAHWINAN KAUM INDIA MUSLIM


DIAMALKAN SEPENUHNYA TANPA UNSUR ADAT KAUM LAIN.

ANALISIS PERATUSAN MAJLIS PERKAHWINAN KAUM INDIA MUSLIM DIAMALKAN TANPA UNSUR ADAT KAUM LAIN

Amat Setuju

Setuju ANALISIS PERATUSAN


MAJLIS PERKAHWINAN
Skala KAUM INDIA MUSLIM
Kurang Setuju DIAMALKAN TANPA UNSUR
ADAT KAUM LAIN

Tidak Setuju

0% 20% 40% 60% 80%

Peratus

(SUMBER: KAJIAN LAPANGAN 2015)

Seramai 3 orang responden bersamaan 10% amat setuju bahawa


majlis perkahwinan kaum India Muslim diamalkan tanpa unsur adat
kaum lain. Manakala 4 orang setuju bersamaan 13%, 20 kurang setuju
bersamaan 67% dan 3 orang tidak setuju bersamaan 10%. Majoriti
responden tidak bersetuju bahawa majlis perkahwinan kaum India
Muslim diamalkan tanpa unsur adat kaum lain iaitu 23 orang (20
kurang setuju, 3 orang tidak setuju) atau sejumlah 77%.

32
960116-14-0000

(Perbincangan Dapatan secara Kuantitatif)

Hal ini turut dinyatakan oleh informen A (bukan nama sebenar) semasa
temu bual dengan pengkaji dan beliau menyatakan bahawa

........terdapat beberapa adat yang tiada dalam adat (kaum


India Muslim) tetapi masih tidak melanggar hukum agama
dijalankan.

Emm....seperti paluan kompang mengiringi pasangan pengantin


ke pelamin

(Informen A,Temu bual 20/02/2015)

Walau bagaimanapun terdapat responden yang tidak bersetuju


bahawa majlis perkahwinan kaum India Muslim diamalkan tanpa unsur
adat kaum seperti yang dinyatakan oleh responden B (bukan nama
sebenar) sewaktu pengkaji mengadakan temubual bersama beliau.

Berdasarkan pandangan saya, keunikan adat majlis


perkahwinan kaum ini masih kekal...

Seperti tetamu yang hadir akan memberi penghormatan kepada


penggantin dengan menjamu selera selepas mempelai berarak
untuk makan beradab diikuti bacaan doa kesyukuran dan
barulah pengantin dan tetamu dijemput makan.

(Informen B, Temu bual 21/02/2015)

Pada pendapat pengkaji, majoriti responden tidak bersetuju


bahawa majlis perkahwinan kaum India Muslim diamalkan tanpa unsur
adat kaum kerana adat kaum India Muslim masih diamalkan namun

33
960116-14-0000

terdapat beberapa pengadaptasian terhadap pelaksanaan majlis


perkahwinan mengikut adat. Majlis perkahwinan kaum India Muslim
diselingkan dengan paluan kompang yang merupakan adat kaum lain
semasa mengiringi pasangan pengantin ke pelamin. Selain itu, zaman
modenisasi kini kebanyakan pengantin mengenakan pakaian semasa
resepsi perkahwinan mengikut fesyen dan citarasa tersendiri
berbanding sebelumnya majlis perkahwinan dilangsungkan dengan
pengantin berpakaian tradisional dari negara India seperti sari sutera
dan pakaian punjabi yang seledangnya lebih panjang iaitu berukuran
dua meter setengah yang disulam labuci yang sarat dan ditenun
dengan benang sutera untuk menutupi kepala.

34
960116-14-0000

5.3.3 ANALISIS PERATUSAN ADAT PERKAHWINAN KAUM INDIA MUSLIM


DAPAT MENGERATKAN HUBUNGAN ANTARA KAUM.

Skala Bilangan Peratusan (%)


Tidak Setuju 2 7
Kurang Setuju 2 7
Setuju 17 56
Amat Setuju 9 30
(SUMBER: KAJIAN LAPANGAN 2015)

5.3.3 GRAF PERATUSAN ADAT PERKAHWINAN KAUM INDIA MUSLIM


DAPAT MENGERATKAN HUBUNGAN ANTARA KAUM.

ANALISIS PERATUSAN ADAT PERKAHWINAN KAUM INDIA MUSLIM DAPAT MENGERATKAN HUBUNGAN ANTARA KAUM

Amat Setuju

ANALISIS PERATUSAN
Setuju
ADAT PERKAHWINAN KAUM
INDIA MUSLIM DAPAT
Skala MENGERATKAN
Kurang Setuju
HUBUNGAN ANTARA
KAUM
Tidak Setuju

0% 10%20%30%40%50%60%

Peratus

(SUMBER: KAJIAN LAPANGAN 2015)

35
960116-14-0000

Seramai 9 orang responden bersamaan 30% amat bersetuju


bahawa adat perkahwinan India Muslim dapat mengeratkan hubungan
sesama kaum. Manakala 17 orang setuju bersamaan 56%, 2 orang
kurang setuju bersamaan 7% dan 2 orang tidak setuju bersamaan 7%.
Majoriti responden bersetuju bahawa adat perkahwinan India Muslim
dapat mengeratkan hubungan sesama kaum iaitu seramai 26 (9 orang
amat setuju, 17 orang setuju) atau sejumlah 86%.

(Perbincangan Dapatan secara Kuantitatif)

Pada pendapat saya, majoriti responden bersetuju bahawa adat


perkahwinan India Muslim dapat mengeratkan hubungan sesama kaum
kerana jamuan makan majlis perkahwinan dilangsungkan serentak
bagi kedua-dua belah pihak dalam satu majlis. Jemputan yang hadir
merangkumi semua saudara-mara sebelah pengantin lelaki dan
sebelah pengantin perempuan. Tetamu yang hadir adalah dari
kampung asal (India) yang berbeza . Majlis ini membuktikan
persaudaraan tanpa batasan yang saling kenal mengenali kampung
masing-masing. Adat ini memberi impak yang baik dan mengeratkan
hubungan sesama kaum India Muslim.

36
960116-14-0000

5.3.4 ANALISIS PERATUSAN KEMAMPUAN GENERASI AKAN DATANG

MENGAMALKAN PERKAHWINAN MENGIKUT ADAT KAUM INDIA MUSLIM.

Skala Bilangan Peratusan (%)


Tidak Setuju 1 3
Kurang Setuju 7 23
Setuju 11 37
Amat Setuju 11 37
(SUMBER: KAJIAN LAPANGAN 2015)

5.3.4 GRAF PERATUSAN KEMAMPUAN GENERASI AKAN DATANG

MENGAMALKAN PERKAHWINAN MENGIKUT ADAT KAUM INDIA MUSLIM.

ANALISIS PERATUSAN KEMAMPUAN GENERASI AKAN DATANG MENGAMALKAN PERKAHWINAN MENGIKUT ADAT

Amat Setuju

ANALISIS PERATUSAN
Setuju
KEMAMPUAN GENERASI
AKAN DATANG
Skala MENGAMALKAN
Kurang Setuju
PERKAHWINAN MENGIKUT
ADAT
Tidak Setuju

0% 10% 20% 30% 40%

Peratus

(SUMBER: KAJIAN LAPANGAN 2015)

37
960116-14-0000

Seramai 11 orang responden bersamaan 37% amat setuju


dengan kemampuan generasi akan datang mengamalkan perkahwinan
mengikut adat kaum India Muslim. Manakala 11 orang setuju
bersamaan 37%, 7 orang kurang setuju bersamaan 23% dan seorang
responden tidak setuju bersamaan 3%. Majoriti responden bersetuju
dengan kemampuan generasi akan datang mengamalkan perkahwinan
mengikut adat kaum India Muslim iaitu seramai 22 orang (11 amat
setuju, 11 setuju) atau sejumlah 74%.

(Perbincangan Dapatan secara Kuantitatif)

Pada pendapat pengkaji, majoriti responden bersetuju bahawa


generasi akan datang mampu mengamalkan perkahwinan mengikut
adat kaum India Muslim kerana golongan tua telah mendidik generasi
muda untuk menjalani kehidupan mengikut adat. Generasi muda kini
mengamati majlis perkahwinan mengikut adat yang dilaksanakan
sebagai pendorong dalam meneruskan tradisi ini pada masa akan
datang. Generasi akan datang pasti akan membawa walaupun sedikit
adat dan tradisi ini untuk mengekalkan keunikan yang ada pada
bangsa sendiri.

38
960116-14-0000

5.3.5 ANALISIS PERATUSAN ADAT PERKAHWINAN KAUM INDIA MUSLIM


MENGGALAKKAN PERKAHWINAN SESAMA SAUDARA TERDEKAT.

Skala Bilangan Peratusan (%)


Tidak Setuju 1 3
Kurang Setuju 10 34
Setuju 13 43
Amat Setuju 6 20
(SUMBER: KAJIAN LAPANGAN 2015)

5.3.5 GRAF PERATUSAN ADAT PERKAHWINAN KAUM INDIA MUSLIM


MENGGALAKKAN PERKAHWINAN SESAMA SAUDARA TERDEKAT.

ANALISIS PERATUSAN ADAT PERKAHWINAN KAUM INDIA MUSLIM MENGGALAKKAN PERKAHWINAN SESAMA SAUDARA TERDEKAT

Amat Setuju

ANALISIS PERATUSAN
Setuju
ADAT PERKAHWINAN KAUM
INDIA MUSLIM
Skala MENGGALAKKAN
Kurang Setuju
PERKAHWINAN SESAMA
SAUDARA TERDEKAT
Tidak Setuju

0% 10% 20% 30% 40% 50%

Peratus

(SUMBER: KAJIAN LAPANGAN 2015)

39
960116-14-0000

Seramai 6 orang responden bersamaan 20% amat setuju


bahawa adat kaum India Muslim menggalakkan perkahwinan sesama
saudara terdekat. Manakala 13 orang bersamaan 20% setuju, 10 orang
bersamaan 43% kurang setuju dan seorang responden bersamaan 3%
tidak bersetuju. Majoriti responden setuju bahawa adat kaum India
Muslim menggalakkan perkahwinan sesama saudara terdekat iaitu
seramai 19 orang (6 orang amat setuju, 13 orang setuju) atau
sejumlah 63%.

(Perbincangan Dapatan secara Kuantitatif)

Hal ini disokong dengan temubual yang dilakukan pengkaji bersama


informen A (bukan nama sebenar) dan beliau menyatakan bahawa

....................kami akan berkahwin sesama saudara dan ia


menjadi adat resam yang sudah lama diamalkan oleh
masyarakat India Muslim

(Informen A, Temu bual pada 20/2/2015)

Pada pendapat saya, majoriti responden bersetuju bahawa adat


perkahwinan India Muslim dapat mengeratkan hubungan sesama kaum
kerana kaum India Muslim merupakan golongan minoriti maka bagi
mengekalkan pembentukan generasi kaum India Muslim akan datang
adat kaum ini mengalakkan perkahwinan sesama kaum sendiri.
Pengamalan adat ini bagi mengelakkan kaum ini hilang ditelan zaman.

40
960116-14-0000

6.0 RUMUSAN DAN KESIMPULAN

Berdasarkan keseluruhan, tajuk kajian yang telah dijalankan ialah persepsi adat
perkahwinan kaum India Muslim di Bandar Country Homes. Adat ini harus dikekalkan
dari generasi ke generasi yang lain. Justeru itu, pengaruh golongan yang lebih tua
haruslah memainkan peranan dalam mendidik generasi akan datang supaya hidup
berlandaskan suatu ikutan atau peraturan iaitu adat yang tidak bercanggah dengan agama
Islam. Kajian ini mengemukakan data bagi memenuhi objektif kajian.

Hasil kajian yang didapati adalah melalui kaedah soal selidik dan temu
bual.Borang soal selidik yang diedarkan merangkumi dua bahagian iaitu bahagian
pertama tentang latar belakang responden dan bahagian kedua tentang keputusan
responden terhadap kajian . Dapatan kajian tentang latar belakang responden kajian
lapangan mengikut jantina kebanyakannya perempuan (57%), lingkungan umur antara
41-50 (26%) dan daripada golongan berkahwin (50%). Bahagian kedua borang tentang
keputusan responden terbahagi kepada keputusan objektif pertama dan objektif kedua.

Objektif pertama ialah mengenal pasti adat perkahwinan yang diamalkan oleh
kaum India Muslim di Bandar Country Homes.Berdasarkan kajian yang telah dijalankan,
didapati acara mehndi (berinai) masih diamalkan dalam masyarakat India Muslim (80%),
pemberian buah-buahan sebagai adat masih diteruskan oleh masyarakat India Muslim
(90%), pembatalan air sembahyang dengan karsemani masih relevan dalam masyarakat
India Muslim (66%), penyediaan makanan tradisional dalam majlis perkahwinan masih
diamalkan oleh masyarakat India Muslim (87%) dan undangan majlis pekahwinan tidak
dikhususkan kepada kaum kerabat dalam masyarakat India Muslim (53%)

41
960116-14-0000

Objektif kedua pula ialah mengkaji persepsi tentang adat perkahwinan kaum India
Muslim di Bandar Country Homes. Berdasarkan kajian yang telah dijalankan, didapati
kaum India Muslim masih mengamalkan perkahwinan mengikut adat (63%), majlis
perkahwinan dijalankan mempunyai unsur adat kaum lain (77%), perkahwinan kaum
India Muslim dapat mengeratkan hubungan sesama kaum sendiri (54%) dan perkahwinan
kaum India Muslim mengalakan perkahwinan sesama saudara terdekat ( 63%).

Secara umumnya, perkahwinan adalah suatu ikatan yang sah antara


lelaki dan perempuan untuk menjadi suami isteri. Adat perkahwinan
adalah sebahagian dari hal pernikahan di sisi agama diantara lelaki
dan perempuan supaya terakru sebagai suami dan isteri .
(http://myservik.gov.my/). Disamping itu perkahwinan juga yang mampu
melahirkan generasi yang akan meneruskan adat. Perkahwinan dilangsungkan bersulam
pelbagai adat, ini adalah bagi memastikan keunikan yang ada pada kaum ini dapat
dikekalkan.

Justeru itu, kajian pengkaji adalah mencakupi Dasar Kebudayaan Kebangsaan,


yang memenuhi objektif pengukuhkan perpaduan melalui kebudayaan, memelihara
keperibadian kebangsaan dan peningkatkan kualiti hidup kehidupan rakyat Malaysia.
Penggubalan Dasar Kebudayaan Kebangsaan adalah penting bagi sesebuah negara
membangun dan yang mempunyai penduduk berbilang kaum seperti Malaysia. Dasar ini
dapat menjadi garis panduan dalam membentuk, mewujudkan dan mengekalkan identiti
negara di kalangan dunia antarabangsa . Melalui kajian ini objektif dasar ini dapat
dicapai melalui proses interaksi, pengenalan, penyerapan dan penerimaan pelbagai
unsur-unsur kebudayaan.( http://pmr.penerangan.gov.my/)

Kajian ini juga dijalankan berteraskan kepada objektif rukun


negara. Objektif pertama rukun negara adalah untuk mencipta satu
masyarakat yang adil supaya kemakmuran dapat dinikmati bersama-
sama.Sungguhpun wujud unsur-unsur perbezaan antara kaum ,
perlaksanaan objektif rukun negara akan dapat membentuk satu

42
960116-14-0000

bangsa yang bersatupadu di mana semua rakyat tanpa mengira kaum


mempunyai semangat kesetiaan dan perasaan cinta terhadap negara.

Seterusnya objektif rukun negara yang kedua ialah untuk


memelihara cara hidup demokratik melalui pelembagaan negara yang
menjamin kebebasan hak asasi dan kebebasan kegiatan-kegiatan
berpolitik rakyat negara ini selagi tidak melanggar undang-undang
negara. Pendedahan tentang adat kaum-kaum di Malaysia dapat
meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap gaya hidup mengikut
kebebasan masing-masing.

Disamping itu, kajian ini juga berhubung kait dengan objektif


rukun negara yang ketiga iaitu untuk mencapai perpaduan yang lebih
erat melalui sikap masyarakat yang menganggap diri mereka sebagai
rakyat Malaysia tanpa mengira keturunan dan kepercayaan masing-
masing. Pembentukan sebuah negara yang utuh memerlukan rakyat
yang bersatu hati, maka dengan menjaga perpaduan sesama kaum
negara dapat menuju ke arah perkembangan yang lebih maju.
Perpaduan dapat dieratkan dengan menyantuni adat kaum masing-
masing tanpa mempersoalkannya.

Objektif keempat rukun negara juga menjadi asas kajian ini iaitu
untuk membentuk satu sikap yang liberal terhadap tradisi kebudayaan
yang dilaksanakan dengan membentuk masyarakat negara ini yang
bebas mengamalkan agama, adat resam, dan kebudayaan masing-
masing sesuai dengan matlamat perpaduan negara.
(http://www.jpnin.gov.my/). Kaum di Malaysia adalah bebas mengamalkan dan
menjalankan adat masing-masing tanpa menwujudkan soal perkauman antara kaum
lain.Ini dapat menjamin kebebasan beragama dapat dikekalkan.

43
960116-14-0000

Pengkaji memerhatikan bahawa keunikan adat harus dikekalkan dengan


memantapkan perlaksanaan cabaran ke-5 Wawasan 2020 iaitu melalui menyelesaian isu
utamanya dalam Pembentukan Satu Negara Bangsa Malaysia. Isu ini mengupas tentang
pembentukan satu negara bangsa adalah prasyarat kepada kemajuan kerana tanpa rakyat
yang mempunyai satu pemikiran terhadap satu negara dan bangsa, sebarang bentuk
kerjasama untuk maju tidak akan terjalin.

Pengkaji yang ingin membuat kajian dicadangkan untuk mengkaji keberhasilan


perlaksanaan cabaran ke 5 Wawasan 2020 yang dicadangkan dan dijalankan untuk
mengekalkan kebebasan mengamalkan agama, adat resam dan kebudayaan masing-
masing dan membawa kepada kemajuan negara.

Pengetahuan am tentang pengamalan adat dan tujuan adat tersebut dijalankan


dapat membantu dalam mengenali adat perkahwinan kaum India Muslim dengan lebih
dekat. Rentetan itu, kajian lanjutan bagi mengenal pasti adat resam yang diamalkan oleh
kaum India Muslim boleh dijalankan dengan mengkaji kesan dari pengamalan adat dan
diluaskan skop kajian kepada pengamalan adat yang berbeza. Tambahan dari itu, rentetan
kajian boleh dilakukan dengan menambahkan bilangan responden bersesuaian dengan
kawasan kajian. Responden yang ramai dapat membantu dalam menganalisis tentang
sesuatu adat dengan lebih mendalam

Akhir sekali, pengkaji berasa bahawa pengenalpastian tentang adat perkahwinan


kaum India Muslim bukan sahaja sekadar mengetahui perlaksanaan adat tersebut namun
ia juga memberi kesan kepada generasi akan datang untuk memeliharanya. Walaupun
perlaksanaan adat tidak membawa kesan secara langsung kepada negara, namun melalui
pendedahan dan perlaksanaan adat ini kepada komuniti setempat, masyarakat akan lebih
memahami . Komuniti setempat dapat membentuk masyarakat yang harmoni dan saling
memahami. Maka negara akan dapat mencapai perpaduan dan kebanggaan di mata dunia.

44
960116-14-0000

Oleh itu, masyarakat Malaysia haruslah peka dengan kebudayaan dan adat resam
bangsa-bangsa di Malaysia supaya lebih menghormati dan memahami sesama komuniti.

45

Anda mungkin juga menyukai