Anda di halaman 1dari 18

TAJUK:

PELITA BAHASA MELAYU PENGGAL 1


( PERMULAAN NAHU MELAYU)

ZAINAL ABIDIN BIN AHMAD (ZABA)

DI SEDIAKAN OLEH:

AMINAH BINTI HAJI ALBANI


DIPLOMA USULUDDIN
0904 2104
SUBJEK AL-QURAN & PENEMUAN SAINS

DI SEDIAKAN UNTUK:
DR.ALINOR BIN ABDUL KADIR

1
ISI KANDUNGAN

PENDAHULUAN 3

BAB I DAN BAB II 4-5

BAB III DAN BAB IV 5-6

BAB V DAN BAB VI 6

BAB VII DAN BAB VIII 7

BAB IX DAN BAB X 8

BAB XI DAN BAB XII 8-9

BAB XIII DAN BAB XIV 9-10

BAB XV DAN BAB XVI 10-11

ULASAN SECARA KESELURUHAN 11

KAJIAN ORANG LAIN BERKENAAN KARYA ZABA 13

TUJUAN PENYEMPURNAAN TULISAN DALAM SISTEM


TULISAN JAWI 14

LANGKAH-LANGKAH PENYEMPURNAAN EJAAN JAWI


(1981-1989) 15

PENUTUP 17

BIBLIOGRAFI 18
PENDAHULUAN

Za'ba (Tan Sri, 1895-1973) ialah tokoh bahasa dan pemikir Melayu. Nama sebenarnya ialah
Zainal Abidin bin Ahmad. Dia lahir pada 16 September 1895 di Kampung Bukit Kerdas,
Jempol, batu Kikir, Negeri Sembilan. Ibunya Intan Awaluddin berketurunan Minangkabau.
2
Ayahnya yang berketurunan Bugis Linggi merupakan orang yang berharta, berpengetahuan
agama, dan satu-satunya penduduk di kampung itu yang tahu membaca dan menulis Jawi.

Za'ba muncul sebagai cendekiawan Melayu yang dihormati sejak tahun 1920-an lagi.
Sepanjang kerjayaan selama hampir 40 tahun, Za'ba bergiat secara aktif dalam bidang
penulisan dan berbagai-bagai kegiatan sosial serta politik tanah air. Za'ba merupakan penulis
rencana dan esei yang berbakat istimewa dan gigih, sama ada dalam bahasa Melayu atau
bahasa Inggeris. Penulisannya yang begitu prolifik mencakupi bidang bahasa sastera, agama,
pendidikan, ekonomi dan politik.Kegiatan penulisannya sentiasa dibendung oleh kerajaan
kolonial British, terutama sepanjang dia berada di MPSI. Walau bagaimanapun, dia tetap aktif
dan banyak tenaganya ditumpukan ke arah penerbitan buku sekolah dan buku bacaan umum
di Biro Penterjemahan (pejabat Karang Mengarang) MPSI, selain memberi perhatian yang
khusus dan lebih serius kepada usaha untuk memajukan bahasa Melayu.

Beberapa buah buku penting tentang tatabahasa telah dihasilkannya yang digunakan di
maktab dan institusi pengajian pada masa bagi mengisi kekosongan yang wujud. Antara
karyanya ialah Ilmu Bahasa Melayu (1926), Rahsia Ejaan Jawi (1929), Pelita Mengarang,
Ilmu Mengarang Melayu (1934), Daftar Ejaan Melayu: Jawi-Rumi (1938), dan tiga jilid
dalam siri Pelita bahasa Melayu (1940, 1946 dan 1949). Dalam ilmu kajian bahasa, Tokoh
Melayu pertama yang benar-benar menganalisis system ejaan Arab Melayu dari segi prinsip
dan segala permasalahannya adalah Zainal Abidin bin Ahmad (Zaba) dengan karyanya Jawi
Spelling dan buku Daftar Ejaan Melayu Jawi-Rumi. Tokoh lainnya adalah Raja Haji
Muhammad Tahir bin Al-Marhum Mursyid Riau dalam bukunya Rencana Melayu.

Bab I

Manusia memerlukan bahasa dan percakapan untuk berkomunikasi antara sesama manusia.
Dengan hal yang demikian terbitlah bahasa atau percakapan diantara manusia. Meskipun
terdapat pelbagai bangsa di seluruh dunia, namun semuanya adalah sama kerana

3
mengeluarkan suara untuk berkomunikasi. Dalam bab ini juga membincangkan tentang asal
kepandaian manusia menulis dan membaca. Setelah manusia mula bertambah maju, manusia
telah mencipta suatu tanda ataupun gambaran bunyi yang kini dikenali sebagai huruf.
Melalui wujudnya huruf munculnya kepandaian untuk menulis. Pada zaman dahulu,ketika
pemerintahan raja yang beragama hindu sebahagian besar dari tanah melayu terpaksa
mempelajari dan meniru tulisan Tulisan ini merupakan sistem tulisan yang paling awal
digunakan di kawasan Kepulauan Melayu.

Tulisan ini mula bertapak di Pulau Jawa dan digunakan untuk menulis dalam bahasa Sanskrit.
Ketika itu bahasa Sanskrit menjadi bahasa pentadbiran dan ilmu pengetahuan. Penyebaran
tulisan dan bahasa Hindu ini dijangka terhad di kalangan golongan istana sahaja disebabkan
tiada kemudahan asas untuk mengajar orang kebanyakan membaca dan menulis. Tulisan
Pallava juga merupakan sistem tulisan paling awal digunakan untuk menulis dalam Bahasa
Melayu Kuno, yang mana banyak menerima pengaruh daripada Sanskrit. Bukti penggunaan
tulisan Pallava terdapat pada yupa (tiang batu persembahan)/prasasti di daerah Muara Kaman,
pertemuan antara Sungai Mahakam dan Kedang Kepala, sekitar 125 km atau dua jam menaiki
bot laju ke hulu Tenggarong, ibu kota Kabupaten Kutai Kartanegara. Yupa tersebut dijumpai
oleh pekerja topografi Belanda dalam tahun 1879 dalam huruf Pallava berbahasa Sanskrit.
Tujuh yupa tersebut kini berada di Muzium Nasional Jakarta menceritakan tentang
pencapaian Raja Mulawarwan, cucu Kudungga. Yupa tersebut berasal dari tahun 400
merupakan tinggalan pemerintahan Hindu.

Pada awal kurun masihi, ramai di antara penduduk tanah melayu yang masuk islam kerana
mendapat dakwah dari pedagang-pedagang arab. Kemudian penduduk tanah melayu
mrngikuti tulisan orang-orang arab yang menggunakan tulisan jawi. Pada kurun ke-16 pula,
tanah melayu telah mula dilawati oleh orang-orang Eropah untuk berniaga dan sebagainya.
Setibanya orang Eropah di tanah melayu, orang melayu mula bertutur dalam bahasa melayu
dan menulis dalam tulisan rumi kerana mudah dipelajari dan di fahami. Huruf-huruf jawi dan
rumi yang digunakan adalah mempunyai hubung kait yang sangat rapat. Seperti contoh jika
kita cuba untuk dengar kebanyakan bunyi huruf jawi adalah sama dengan rumi.

Bunyi tulisan jawi yang sama dengan rumi


Alif = A

4
Ba = B
Ta = T

Bab II

Dalam bab II Zaba membincangkan tentang huruf sebenar dan huruf saksi. Huruf-huruf
tulisan terbahagi kepada 2 antaranya ialah huruf benar dan huruf saksi:-

Huruf benar (konsonan): iaitu huruf yang membunyikan huruf sebelah dalam, iaitu huruf
yang tidak boleh berbunyi sendiri.

Huruf saksi (vokal) : iaitu huruf yang mengambarkan bunyi sebelah luar, boleh berbunyi
sendiri dan boleh menolong kepada bunyi huruf-huruf benar.

Huruf-huruf saksi ialah huruf vokal a,i,e,o,u . pada tulisan jawi huruf saksi hanya ada 3 (
) tetapi huruf-huruf jawi ini hanya boleh digunakan untuk huruf benar. Kekurangan huruf
saksi menyebabkan orang melayu mengambil langkah dengan menggunakan tulisan rumi.
Huruf jawi juga memberi kepayahan kepada orang melayu. Akibatnya banyak kekeliruan
yang timbul. Walaubagaimanapun,kekurangan ini masih boleh diperbaiki jika huruf-huruf
yang baru diterbitkan atau digunakan yang mana boleh diterima oleh semua orang. Untuk
mengantikan huruf-huruf saksi, orang melayu telah mula menggunakan tanda baris bagi
memudahkan proses membaca dan menyebut tulisan jawi.

Bab III

Ejaan dan tulisan jawi zaman dahulu merupakan tulisan yang di gunakan oleh orang arab iaitu

bunyi-bunyinya di keluarkan oleh baris-baris sama ada yang zahir barisnya mahupun tidak. (
) pada masa kini sudah tidak dijadikan sebagai huruf saksi lagi melainkan dalam tulisan
arab. Sebenarnya tiada bunyi panjang yang sebenar dalam melayu. Penulis-penulis jawi yang

5
mula-mula menulisnya dengan kaedah ini tentulah bukan orang melayu. Apabila orang
melayu mula memiliki bahasa sendiri mereka lebih mengetahui bahawa di dalam bahasa
melayu tidak terkandung bahasa panjang. Menurut Awang Had Salleh (Tan Sri Dato' Dr.)
Bekas Penasihat khas Kementerian Pelajaran Malaysia, beliau berpendapat bahawa Zaba
merupakan tokoh yang sangat terulung dalam memegang peranan dalam mengasaskan teknik
tulisan jaw ini kerana

Bab IV

Perkataan memakai penambah ertuinya perkataan yang telah dimasukkan imbuhan sebagai
penambah. Imbuhan boleh di tambah di bahagian pangkal, hujung mahupun pangkal da di
hujung. Dalam bab ini juga menerangkan kaedah am bagi merangkaikan huruf dan perkataan
dalam tulisan.

Bab V

Huruf-huruf rumi ada 26. Daripada itu 5 huruf merupakan saksi (vokal). Kemudian bagi
menulis bahasa melayu ditambah satu lagi huruf saksi iaitu e. Huruf-huruf saksi jika di lihat
sebenarnya ianya boleh hidup secara sendiri berbanding dengan huruf-huruf benar. Berbeza
dengan huruf-huruf benar. Ia tidak dapat berbunyi dengan sendiri. Ia memerlukan huruf saksi.
Dalam bab ini juga diterangkan tentang tempat-tempat yang sukar dalam ejaan rumi. Selain
itu juga di dalam bab ini dimuatkan tentang saksi halus atau kasar, perkataan yang belum tetap
ejaannya dan ejaan yang boleh mengelirukan. Ejaan perkataan pinjaman juga ada di muatkan
dalam bab ini. Seperti contoh bahasa yang selain dari bahasa inggeris dan bahasa arab
undang-undangnya segala perkataan yang di pinjam ke dalam bahasa melayu dari bahasa lain
yang bukan bahasa inggeris atau arab sudah tetap di eja dengan ejaan mengikut sebutan dan
bunyi pada orang melayu. Jika perkataan dari inggeris, undang-undangnya perkataan yang di
pinjamkan daripada bahasa inggeris. Jika sudah terbiasa mengejanya dalam bahasa melayu.
Ianya boleh di eja mengunakan bahasa melayu.

Bab VI

Dalam bab ini, Zaba memasukkan petua-petua ejaan rumi seperti penambahan pe dan
me. Semua perkataan yang bermula dengan huruf l, m, n, ng, ny, r, w, dan y ditambahkan

6
pe dan mesahaja. Dalam bab ini, Zaba telah memuatkan beberapa perkara lain antaranya
ialah penambahan ber, ter, per, ka, ke. Dalam bab ini juga ada diterangkan tentang
bagaimana ejaan bagi perkataan berganda dan petua untuk memakai sempang di dalam
perkataan. Selain itu, petua menggunakan huruf besar juga ada diterangkan di dalam bab ini.

Bab VII

Dalam bab ini membincangkan tentang jenis-jenis perkataan daan kerja-kerjanya. Seperti
contoh:-
a) Nama : iaitu segala perkataan yang menyebutkan tentang benda ataupun manusia
seperti budak ,burung ,kaki ,tahun ,bulan dan sebagainya.
b) Perbuatan : iaitu segala perkataan yang menyebut tentang perbuatan yang dilakukan
atau keadaan yang diadakan seperti ambil ,beri ,pergi ,mahu dan sebagainya.
c) Sifat : iaitu segala perkataan yang menerangkan tentang sifat sesuatu nama atau
perbuatan . seperti: besar,pandai, segera, selalu dan sebagainya.
d) Sendi : iaitu menyambungkan antara perkataan dengan perkataan yang lain contohnya
dengan, oleh, akan, dan sebagainya.
e) Seruan : ialah perkataan-perkataan yang digunakan bagi mengeluarkan perasaan di
dalam hati ketika memerhati,terperanjat,menngejek,sakit hati dan sebagainya.

Bab VIII

Perkataan bagi nama ini terbahagi kepada 2 antaranya ialah nama betul dan nama ganti.
Nama betul terbahagi kepada 2 antaranya ialah:-
a) Nama am atau nama nika: iaitu nama am yang dipakai untuk semua benda yang
sejenis seperti kitab,negeri, budak dan sebagainya.
b) Nama khas pula ialah nama yang diberikan khas kepada seseorang,tempat atau barang
yang berlain-lain jenisnya.
Jika kita lihat sebenarnya kata ganti nama terdiri dari pelbagai jenis antaranya ialah kata ganti
nama diri yang dipakai untuk mengantikan nama seseorang. Selain itu, ia juga dipakai untuk
menganti diri orang yang diajak bercakap contohnya engkau,awak,kamu dan sebagainya.
Kata ganti umum juga ada diterangkan di dalam bab ini seperti contoh siapa,mengapa,,apa
dan sebagainya.

7
Bab IX

Perkataan perbuatan terbahagi kepada 2 antaranya ialah perbuatan melampau dan


perbuatan tiada melampau. Perbuatan melampau ialah mengenai maknanya kepada
sesuatu benda lain, tidak terhenti dengan diri pembuatnya sahaja. Dalam bab ini juga
diterangkan tentang perbuatan melampau yang mengunakan 2 penyambut seperti beri dan
ajar dalam ayat ini : saya beri budak itu duit.dalam bab ini juga ada diterangkan berkenaan
dengan perbuatan yang memakai penambahan dan perbuatan yang memakai penambahan me
dan di dan banyak lagi berkaiatan dengan kata perbuatan.

Bab X

Dalam bab ini diterangkan berkenaan dengan kata nama sifat. Perkataan-perkataan sifat
terbahagi kepada 2 antaranya ialah menerangkan hal ehwal nama atau gantinya dikenali
sebagai (sifat nama), dan yang satu lagi adalah menerangkan dari hal perkataan-perkataan
yang lain daripada nama atau gantinya yang dikenali sebagai (kata sifat). Dalam bab ini juga
ada menyatakan bahawa ada beberapa perkataan yang boleh dijadikan kata sifat. Tetapi ada
juga sesetengah kata sifat yang digunakan menjadi perbuatan contohnya maka budak itu pun
besar-lah.
Dalam bab ini juga ada diterangkan tentang jenis-jenis kata sifat seperti contoh:-
a) Kata sifat cara atau gaya : bagaimana,bila,begitu,demikian dan sebagainya
b) Kata sifat masa :-
Kata sifat menentukan bila : sekarang,tadi ,baru,dahulu dan sebagainya
Kata sifat menentukan lama : sebentar, sekejap, sejurus dan sebagainya
Kata sifat menentukan kali dan ulangan : sekali,kerap kali, janrang-jarang, tekadang
dan sebagainya
c) Kata sifat tempat : dahulu dan kemudian
d) Kata sifat sebab dan tujuan : mengapa,kenapa dan sebagainya
e) Kata sifat darjah atau kadar : hampir, lebih kurang, cukup dan sebagainya
f) Kata sifat penentu : tentu ia, bukan, tidak, jangan dan sebagainya

Bab XI

8
Dalam bab ini Zaba menerangkan tentang serba sedikit berkenaan dengan perkataan sendi
dan seruan. Kata nama sendi ialah khas di pakai untuk nama dan nama ganti bagi
menunjukkan perkaitan antara perkataan. Dalam bab ini juga ada diterangkan berkenaan
dengan kata seruan. Ia bermaksud, perkataan yang tidak mempunyai banyak perkataan yang
diterangkan. Ianya hanya wajib di ingatkan dengan perkataan yang hanya berkaitan. Dalam
bab ini juga ada dibincangkan penyambut kata sendi. Yang dikatakan peyambut kata sendi
ialah nama atau nama ganti yang mengiringi kata sendi. Kata sendi terbahagi kepada 2
bahagian iaitu kata sendi penambah yang menyambungkan perkataan dengan ayat-ayat
tambahan dan tidak menjadikan sambungan itu penolong atau penerang kepada ayat yang
tedahulu. Manakala kata sendi penambat pula ialah menyambungkan bahagian penolong atau
penerang kepada yang disambung.

Bab XII

Dalam bab ini Zaba membincangkan tentang huruf-huruf penambah. Tiap satu huruf yang
dimasukkan dalam satu perkataan akan dapat mampu untuk mengubah makna perkataan itu.
Terdapat 2 keadaan penambahan huruf. Ada yang di tambah di bahagian hadapan dan ada juga
yang di tambah di bahagian belakang. Seperti contoh penambahan me di permulaan
perkataan bermaksudnya seseorang itu ingin menerangkan bahawa maksud perkataan itu
melakukan sesuatu(memasak,memancing,menangis dll). Manakala penambahan di pula ber
dapat digunakan untuk bermaksud seseorang yang membuat pekerjaan dan sedang bangun
untuk melakukan kerjanya. Sebenarnya banyak lagi huruf penambah atau kini di kenali
sebagai imbuhan yang di bincangkan di dalam bab ini. Penggunaan huruf penambah
merupakan salah satu kaedah yang memudahkan masyarakat melayu. Bayangkan jika sesuatu
perkataan itu kena di tukar perkataannya agar masyarakat memahami bukankah itu akan
memberi beban dan menyusahkan masyarakat untuk menghafal banyak perkataan?. Dalam
bab ini kebanyakannya diterangkan berkenaan dengan huruf penambah di bahagian hadapan.
Bab XIII

Dalam bab ini Zaba membincangkan berkenaan dengan huruf-huruf penambah pada
penghujung perkataan. Seperti contoh penambahan kan dalam perkataan. kan berasal
dari akan ia biasanya digunakan untuk menerangkan masa hadapan serta ia juga digunakan
bagi maksud mengenai. Ada juga penambahan yang mengunakan perkataan kah.
Kebiasaannya perkataan ini di tambah bagi menunjukkan pertanyaaan atau menguatkan

9
maksud pertanyaan. Serta banyak lagi penambahan yang digunakan yang mana kesemuanya
membawa maksud yang tersendiri. Dalam bab ini juga ada di terangkan berkenaan dengan
pergandaan yang di ertikan sebagai sesuatu perkataan yang diulang sebutannya. Perkataan
berulang yang sering digunakan ialah nama,perbuatan dan sifat seperti rumah-
rumah,pandang-pandang,besar-besar dan sebagainya. Apa yang dimaksudkan dengan
pegandaan? Pegandaan bermaksud kuasa am pada pegandaan memasukkan maksud
banyak atau bermacam-macam atau ulangan dan banyak lagi.

Bab XIV

Dalam bab ini Zaba menerangkan tentang kaedah rangkai kata. Kaedah yang dibincangkan
dalam bab ini dinamakan kaedah rangkai kata yang mana membincangkan tentang bagaimana
menyusun perkataan supaya ia membawa rangkaian yang membawa makna yang betul.
Dalam bab ini juga ada dibincangkan tentang kaedah rangkai kata perkataan bagi perbuatan,
kata sifat, kata sendi dan kata seruan. Zaba menggunakan method yang mudah untuk
difahami.

Bab XV

Dalam bab ini Zaba menerangkan tentang ayat-ayat melayu bagaimana kejadian dan
ikatannya.kita bercakap, berangan, menulis memerlukan susunan serta kefahaman dengan apa
yang kita ilhamkan. Apa perkataan yang akan jadi benda? Tentulah benda adalah jenis nama
atau kata kerja. Dalam ilmu nahu melayu, ayat terbahagi kepada dua antaranya ialah:-
a) Ayat nama : iaitu segala ayat yang menggunakan nama atau segala perkattaan yang
termasuk dalam jenis nama
b) Ayat perbuatan : iaitu segala ayat yang memakai perbuatan dan sifa, atau rangkaian
yang berkenaan perbuatan atau sifat.
Dalam bab ini juga Zaba menerangkan tentang penggunaan ayat penyata, ayat tanya, ayat
kehendak dan ayat untuk soalan. Berikut adalah maksud dan method pengunaan ayat-ayat
tersebut:-
a) Ayat penyata: iaitu ayat yang menyatakan dengan jelas samada ya atau tidak.
b) Ayat tanya: iaitu ayat yang tersusun bagi pertanyaan
c) Ayat kehendak: iaitu ayat yang melafazkan surah,tegah,harapan,permintaan atau doa.

10
Bab XVI

Dalam bab ini Zaba mengupas tentang jenis-jenis ayat dan juga huraiannya. Ayat melayu
yang biasa di gunakan untuk berbicara mengandungi benda dan satu cerita. Tetapi dalam
penghasilan tulisan, para penulis kebiasaannya akan menggunakan ayat selapis. Maksud ayat
selapis ialah apabila dua atau lebih ayat dirangkaikan dalam satu ayat oleh kata sendi. Dalam
bab ini juga Zaba menerangkan tentang ayat berkait. Maksud ayat berkait ialah apabila satu
atau lebih ayat kecil bersatu dengan ayat-ayat yang besar sama ada di sambungkan dengan
kata sendi penebat.

ULASAN SECARA KESELURUHAN

Pendeta Za'ba( Zainal Abidin Bin Ahmad) sangat dihormati sebagai seorang pakar bahasa,
pujangga dan seorang yang tahu bahasa Arab dan Agama Islam. Dalam usaha Za'ba untuk
meninggikan taraf bahasa Melayu yang dianggap sebagai wajib diketahui oleh semua orang
Melayu, Za'ba telah memberi perhatian yang tidak putus-putus kepada aspek ini. Hal ini dapat
dikesan semenjak tahun 1916 lagi dan berakhir bersama hayatnya sendiri pada tahun 1973.
Cita-cita Za'ba untuk menghasilkan sebuah kitab mengenai bahasa Melayu sejak berpuluh-
puluh tahun yang lampau tercapai dengan terbitnya buku-buku 'Pelita Bahasa Melayu' I, II, III
Pada peringkat pertama, 1916 - 1920, Za'ba telah banyak memperkatakan tentang kelemahan
bahasa Melayu dan memberi pendapat-pendapat untuk membaikinya. Pada peringkat kedua
Za'ba memulakan penulisannya mengenai bahasa Melayu dengan serius lagi dengan
menerbitkan buku-buku mengenainya, walaupun usaha murninya itu telah mendapat
halangan. Pada peringkat ketiga terhasillah karya Za'ba yang sebenarnya mengenai bahasa
Melayu, iaitu Tatabahasa Melayu yang lengkap pada zamannya. Pengaruh tatabahasa Za'ba ini
amat besar sekali terhadap pelajaran dan pengajian bahasa Melayu di Tanah Melayu.
Sejarah kedatangan tulisan bahasa Melayu moden ke kepulauan Melayu Sebelum kita
mengkaji atau meneliti secara terperinci tentang sistem perkembangan ejaan bahasa melayu,
kita seharusnya mencari dari mana datangnya tulisan bahasa Melayu yang menjadi asas
kepada kewujudan ejaan bahasa melayu. Tulisan ini sebenarnya datang ke kepulauan melayu
bersama-sama dengan kedatangan orang Eropah. Marco Polo adalah seorang pengembara dari
itali yang menetap di Sumatera selama lima bulan dalam tahun antara 1292 hingga 1293.
Ketika beliau belayar untuk balik ke negara asalnya setelah melawat negara China dan diikuti
oleh paderi-paderi franciscan dan pedagang-pedagang Itali yang lain, oleh itu dikatakan

11
orang Portugislah yang mula-mula bertapak dan berkuasa di kawasan ini
(Tate,1971:42).Kemunculan kuasa Portugis yang pertama bertapak di Tanah Melayu dapat
dilihat apabila berjaya mengelilingi Cape of Good Hope pada tahun 1487M, yang dipimpin
oleh Bartholomew Diaz.

Setelah itu, sepuluh tahun kemudian iaitu pada 1497M, kapal pelayaran Portugis buat
pertama kalinya telah memasuki Lautan Hindi dan sampai ke kawasan Timur. Dua belas tahun
kemudian iaitu pada 1509M, kapal Portugis di bawah pimpinan Lopez de Sequiera sampai ke
pelabuhan Melaka (Tate,ibid,43-48). Dua puluh tahun kemudian, iaitu pada tahun 1511, kuasa
Portugis dengan diketuai oleh Alfonso d Albuquerque sekali lagi mengatasi ilmu pelayaran
berbanding dengan negara-negara Eropah yang lain. Tetapi kali ini kuasa Portugis berjaya
menawan dan menakluki kota Melaka.Setelah kuasa Portugis berjaya menawan kota
Melaka,ini menjadi pemangkin dan penaik semangat bagi kuasa-kuasa barat yang lain
terutamanya Sepanyol. Orang Sepanyol yang datang ke kepulauan Melayu yang diketuai oleh
Megallen berserta lima buah kapal dari Seville pada tahun 1519M. Menurut Bausani,
kedatangan Magellan ini menjadi titik tolak bermulanya sistem ejaan bahasa Melayu, dimana
seorang ahli yang turut serta dalam pelayarannya iaitu Antonio Pigafetta telah membuat
catatan pelayaran. Dalam catatannya telah memuatkan beberapa kosa kata bahasa seperti suku
bangsa di Brazil ( lapan perkataan ), bahasa Petagonian (90 perkataan), dan suku bangsa di
kepulauan Filipina (160 perkataan) (Hashim Musa,1997:378).

Secara keseluruhan buku ini memberi penerangan berkenaan dengan nahu bahasa melayu.
Zaba melampirkan segala kaedah yang dapat digunakan untuk menghasilkan sesuatu ayat
yang jelas maksudnya dan sempurna. Buku ini juga menerangkan dengan menggunakan
kaedah yang mudah di fahami sewaktu dulu. Malangnya marcapada kini bahasa-bahasa yang
digunakan serta ejaan yang sudah tidak serasi lagi. Menurut pendapat saya buku ini harus di
terbitkan semula oleh pihak Dewan Bahasa dan Pustaka menggunakan bahsa melayu baru
agar mudah di fahami oleh generasi kini. Ada yang berpendapat bahawa generasi kini sudah
banyak melupakan hasil karya-karya lama sedangkan sebenarnya remaja kini menghadapi
kesulitan untuk memahami bahasa melayu lama. Dalam buku ini banyak di selitkan contoh-
contoh bagi memberi penerangan dengan mudah kepada para pembaca. Pada ketika dulu buku
ini sangat penting terutamanya kepada sekolah-sekolah kerana dijadikan sebagai rujukan
terutamanya oleh guru-guru. Menurut saya,buku ini memempunyai keistimewaan yang

12
tersendiri dimana persembahan buku ini seperti seolah-olah bercerita. Ia mampu mendekati
hati para pembaca.

KAJIAN ORANG LAIN BERKENAAN KARYA ZABA

Haji Hamdan Haji Abdul Rahman, meneliti 40 "undang-undang" itu, membuat kesimpulan
bahawa Za'ba merumuskan sistem ejaan Jawinya itu berasaskan kepada tiga prinsip, iaitu:
Ekonomi - ejaan yang menggunakan seberapa sedikit bilangan huruf; Kepastian - jika ejaan
itu menimbulkan kesamaran sebutan maka diubahsuai ejaannya supaya mengurangkan
kesamaran itu; dan Jamaah atau Konvensyen - digunakan kedua-dua ejaan yang berbeda bagi
satu-satu perkataan jika kedua-duanya dipakai ramai dan tiap-tiap satunya tidak pula
menimbulkan kesamaran sebutan.
Amat Juhari Moain menyebut empat tahap perkembangan ejaan Jawi.

Tahap pertama: Ejaan Jawi yang menggunakan tanda-tanda baris dan syaddah;

Tahap kedua: Ejaan Jawi itu mengekalkan ejaan pada tahap pertama tetapi menanggalkan
penggunaan tanda;

Tahap ketiga: Ejaan Jawi cara Melayu yang menggunakan huruf saksi pada suku kata
pertama;

Tahap keempat: Pengenalan huruf saksi pada suku kata kedua pula bila terdapat ejaan yang
hanya menggunakan huruf saksi pada suku kata pertama itu mengelirukan kerana ejaan yang
sama boleh mewakili dua perkataan.

Za'ba merasa perlu untuk menggubal sistem ejaan Jawi yang baru kerana beberapa sebab:

Pertama, adanya semacam keberkacauan dalam ejaan Jawi. Seperti yang dinyatakan oleh
beliau bahawa walaupun kaedah yang dicuba ikutinya ialah "menurut kecenderungan ahli-ahli
sekolah semenjak 40 tahun yang lalu serta kecenderungan penulis-penulis Melayu yang lebih
ramai" tetapi beliau juga mengatakan bahawa yang dikatakan "kebiasaan penulis-penulis yang
ramai" itu pun "ada banyak tentangnya yang berlain-lain pada lain-lain orang".

Kedua, ada usaha hendak menghidupkan semula "ejaan lama yang telah atau beransur mati"
oleh Wilkinson dan Winstedt serta setengah-setengah penolong Melayunya.

13
Ketiga, terdapat ketidak-sepakatan di antara kamus-kamus karangan orang Melayu,
terutamanya, sehubungan dengan penggunaan huruf qauf, kaf, hamzah, ta dan ta bulat
dihujung kalimah dan beberapa huruf lagi. Dalam sistem ejaannya itu, Za'ba mengemukakan
20 "undang-undang", atau hukum, bagi ejaan Jawi untuk kata-kata dasar, dan 20 "undang-
undang" pula bagi kata-kata yang berimbuhan.

TUJUAN PENYEMPURNAAN TULISAN DALAM SISTEM TULISAN JAWI

Tujuan Penyempurnaan Ejaan Jawi:

Penyempurnaan sistem ejaan Jawi bertujuan yang berikut:

i) Untuk mewujudkan satu sistem tulisan dan ejaan Jawi yang kemaskini yang
sekaligus menyelaraskan pelbagai kaedah ejaan Jawi yang tidak seragam dalam
penggunaan (sebelum tahun 1986).

ii) Untuk membaiki atau membetulkan beberapa kelemahan atau kekurangan yang
terdapat dalam sistem ejaan Jawi lama yang sedang digunakan, iaitu Sistem Ejaan
Jawi Za'ba.

iii) Untuk memodenkan sistem ejaan Jawi (selaras dengan perkembangan ejaan
Rumi) supaya dapat diperluas dan dipertingkatkan penggunaannya menjadi
wahana penulisan bahasa Melayu moden, tanpa menghapuskan ciri-ciri khusus
sejarah dan budayanya, bagi menghadapi perkembangan bahasa, bangsa dan
negara dalam merealisasikan wawasan tahun 2020 dan seterusnya.

LANGKAH-LANGKAH PENYEMPURNAAN EJAAN JAWI (1981-1989).

Dua usaha penting pada peringkat awal penyempurnaan sistem tulisan dan ejaan Jawi ialah
usaha yang dibuat oleh Pakatan Bahasa Melayu Persuratan Diraja Johor (P.Bm.P.B) yang
menerbitkan sistem ejaan Jawi pada tahun 1937 , dan usaha yang dibuat oleh Allahyarham
Zainal Abidin bin Ahmad (seterusnya disebut Za'ba) pada tahun 1939. Tulisan Jawi yang
terpakai di sektor pendidikan dan dalam pelbagai urusan sejak awal abad ini hingga tahun
1986 ialah Sistem Ejaan Jawi Za'ba (seterusnya disebut Jawi Za'ba) yang diasaskan pada
14
tahun 1939 itu. Selepas itu, usaha untuk meneliti dan menyempurnakan ejaan Jawi tidak
berlaku sehingga akhir tahun 1970-an, kecuali oleh pihak swasta seperti Penerbit Majalah
Dian. Dalam dekad 1980-an, antara usaha yang diambil untuk menyempurnakan sistem ejaan
Jawi diperturunkan di bawah.

i) Pada tahun 1981, Jawatankuasa Mengkaji Penggunaan Bahasa Malaysia (yang


dilantik oleh Y.B. Menteri Pendidikan) telah memperakukan supaya "Sistem Ejaan
Jawi yang ada sekarang hendaklah dikaji semula dan diperkemas. Sebuah buku
Daftar Ejaan Rumi-Jawi yang lengkap hendaklah diusaha dan diterbitkan dengan
segera".

ii) Untuk melaksanakan perakuan tersebut, Dewan Bahasa dan Pustaka telah melantik
sebuah Jawatankuasa Mengkaji Semula Sistem Ejaan Jawi pada bulan Februari
tahun 1983 (seterusnya disebut Jawatankuasa Ejaan Jawi DBP). Jawatankuasa
tersebut dianggotai oleh pakar-pakar sistem ejaan Jawi yang mewakili Pusat
Perkembangan Kurikulum, Jawatankuasa Tetap Bahasa Malaysia, dan Pusat-pusat
Pengajian Tinggi Tempatan . Bidang Tugas Jawatankuasa ini ialah membuat kajian
semula terhadap Sistem Ejaan Jawi Za'ba ( Pelita Bahasa Melayu Penggal I
[Permulaan Nahu Melayu] tahun 1941, dan Daftar Ejaan Melayu [Jawi-Rumi]
tahun 1949), Sistem Ejaan Jawi Dian (Majalah Dian) dan sistem ejaan Jawi yang
digunakan dalam penerbitan-penerbitan Syarikat Utusan Melayu Sdn. Berhad ,
serta beberapa penerbitan Jawi yang lain.

iii) Hasil kajian Jawatankuasa Ejaan Jawi DBP (1983) itu dibentangkan dalam
Konvensyen Tulisan Jawi (Anjuran Yayasan Islam Terengganu, dan Dewan Bahasa
dan Pustaka) yang diadakan pada 9-11 April 1984 di Terengganu. Konvensyen ini
dihadiri oleh 150 orang pakar tentang ejaan Jawi, termasuk mereka yang fasih
dalam bahasa Arab dan ahli agama Islam, yang terdiri daripada wakil-wakil
jabatan kerajaan, pusat pengajian tinggi, institusi dan badan sukarela di seluruh
negara, serta beberapa perwakilan rasmi dari negara Indonesia, Brunei
Darussalam, Singapura, dan Thailand .

iv) Cadangan yang dikemukakan oleh Jawatankuasa Ejaan Jawi DBP telah diterima
dengan baik oleh peserta Konvensyen di Terengganu itu. Hasilnya telah
dirumuskan dan disusun oleh Dewan Bahasa dan Pustaka dalam tahun 1985, dan

15
diterbitkan pada tahun 1986 dalam bentuk buku berjudul Pedoman Ejaan Jawi
yang Disempurnakan (seterusnya disebut PEJYD).

v) Dalam tahun 1987, Jawatankuasa Ejaan Jawi DBP telah mengadakan pertemuan
dan menerima pandangan daripada beberapa orang pakar serta bersetuju membuat
sedikit pembaikan ke atas rumusan yang terkandung dalam PEJYD tahun 1986 itu.
Kemudian, naskhah pedoman tersebut diperkemas dan diterbitkan sebagai edisi
kedua dengan judul PEJYD yang sama pada tahun 1987.

vi) Dengan berdasarkan PEJYD (1987) itu, Dewan Bahasa dan Pustaka telah
menyusun Daftar Ejaan Rumi-Jawi yang pertama kali diterbitkan pada tahun
1988. Senarai kata masukan adalah berdasarkan senarai kata masukan dalam buku
Daftar Ejaan Rumi Bahasa Malaysia (1998).

vii) Daftar Ejaan Rumi-Jawi (1988) ini telah diterima dengan pelbagai reaksi oleh
pengguna kerana terdapat beberapa banyak kesalahan pengejaan kata. Berdasarkan
pandangan beberapa orang pakar, daftar ini telah disemak semula dan diterbitkan
cetakan kedua pada tahun 1989. Dalam cetakan kedua ini, terdapat pembetulan
terhadap beberapa perkataan yang dicetak salah atau kurang tepat pengejaannya
dalam cetakan pertama, terutama perkataan pinjaman dan serapan daripada bahasa
Arab. Buku cetakan kedua tahun 1989 ini memansuhkan penggunaan buku cetakan
pertama tahun 1988. Beberapa kesalahan pengejaan kata yang masih terdapat di
dalamnya akan dibetulkan supaya sesuai dengan PEJYD .

viii) Kini, Dewan Bahasa dan Pustaka sedang menyusun edisi kedua Daftar Ejaan
Rumi-Jawi . Daftar ini akan mengandungi semua kata dasar dan kata terbitan yang
terdapat dalam perbendaharaan kata bahasa Melayu umum dewasa ini. Dengan
terbitnya daftar ini kelak, maka cara pengejaan kata dalam tulisan Jawi bagi semua
bentuk kata dasar dan kata terbitan umum dapat diselesaikan dan disebarkan.

PENUTUP

Pelita bahasa merupakan buku yang telah cetak berulang kali. Atas permintaan masyarakat,
setiap kali pengeluaran buku ini seringkali akan terus diselitkan dengan benda-benda yang
baru agar dapat digunakan oleh para masyarakat khususnya untuk para pelajar. Kebanyakan
ilmu-ilmu yang dimautkan di dalam buku ini adalah yang berkaitan dengan tatabahasa. Zaba
16
berpendapat, walaupun ramai pihak-pihak golongan tua tidak mengemari tulisan rumi
sewaktu ketika dulu namun tulisan rumi tetap berkembang maju sehingga ke hari ini.
Marcapada kini huruf rumi sudah tidak asing lagi. Hampir seluruh dunia menggunakan tulisan
rumi. Walaupun kita mengakui sebenarnya buku ini masih mempunyai kekurangan namun ia
adalah salah satu cara alternatif untuk menjelaskan kaedah-kaedah nahu melayu. Tujuan
utama sebenar buku ini diterbitkan adalah untuk memberi asas-asas ilmu nahu agar orang
melayu memahami apa yang disifatkan dengan ilmu nahu. Kitab ini lebih sesuai di beri
nama permulaan nahu melayu kerana isinya kebanyakannya hanya membincangkan
tentang nahu melayu serta pecahannya.

Cetakan pertama
Buku ini dalam cetakan pertama mengatur kaedah nahu agar menjadi lebih lengkap dan
sistematik. Pada awal penerbitan buku ini hanya mempunyai 11 belas bab dn di cetak antara
tahun 1934-140
(Zaba ) pejabat penasihat pelajaran NNM Singapura.5 July 1940

Cetakan ke dua
Dalam cetakan yang ke dua beberapa tempat yang tersalah eja dan membuat pembetulan.
(zaba) pejabat penasihat pelajaran Kuala Lumpur 1 Februari 1947

Cetakan ke tiga
Cetakan ketiga menggunakan huruf rumi sepenuhnya. Dalam cetakan rumi ini zaba telah
menambah 2 bab baru yang menerangkan kaedah ejaan rumi melayu yang sehingga kini
masih digunakan
(Zaba) Kuala Lumpur 27 March 1953,12 Rejab 1372

BIBLIOGRAFI

Pelita bahasa melayu penggal 1 (zaba)


dbp.gov.my/korpus/kertas11a.pdf
www.rubiyah.net/article_read.asp?id=49 - 52k
bahau.com.my/english/eteratak.htm - 9k

17
www.ashtech.com.my/koleksi_digital/konvension/Display&f=jawi00077&s=1&t=toc.htm - 11k
openlibrary.org/b/OL127403M - 11k
www.worldcat.org/isbn/9836269533 - 107k -
ms.wikipedia.org/wiki/Tulisan_Pallava - 25k
www.bookfinder.com/author/amat-juhari-moain

18

Anda mungkin juga menyukai