Anda di halaman 1dari 9

KEMAHIRAN ASAS HOKI

12:30 AM Mat King No comments

KEMAHIRAN ASAS

Hoki memerlukan kepantasan, kekuatan, daya tahan dan kemahiran-


kemahiran yang menarik untuk menjadikan permainan ini seronok dan mencabar.
Bagi memastikan keseronokan dicapai, kita perlulah mempelajari kemahiran-
kemahiran asas dahulu. Pada tajuk ini, guru pelatih akan didedahkan dengan
pelbagai kemahiran asas seperti menggelecek, memukul, menguis dan lain-lain lagi.
4.1 MENGGELECEK
Menggelecek merupakan kemahiran asas yang perlu di ajar supaya pemain dapat
mengawal bola dengan baik. Terdapat tiga cara untuk menggelecek iaitu:
CARA MENGGELECEK BUTIRAN MENGGELECEK
Tangan kiri di hujung kayu hoki
dengan belakang tangan menghadap
ke luar. Longgarkan sedikit
pegangan tangan kanan.
Badan dibongkokkan sedikit dan lutut
menggelecek longgar dibengkokkan.
Mata memandang bola ketika
membuat tolakan.
Bola hoki harus berada disebelah
kanan dan di hadapan kaki kanan.

Kedudukan kayu hoki 45 ke tanah


Pegangan seperti menggelecek
longgar.
Badan juga seperti menggelecek
longgar
Mata sentiasa memandang ke arah
menggelecek rapat bola dan sekilas kepada pemain yang
akan bergerak sambil mengkaji
situasi padang.
Bola harus berada ke kanan dan
dihadapan kaki kanan pemain serta
sentiasa menyentuh kayu hoki.
Pemain menukar pegangan dengan
membiarkan kayu hoki berpusing di
dalam tangan kiri ke posisi yang lebih
selesa. Tangan kiri memutarkan kayu
menggelecek Indian sambil meletakkan ibu jari tangan kiri
ke arah bawah kayu hoki. Tangan
kanan memegang dengan longgar.

Bola berada di hadapan pemain dan


bergerak dalam arah sisian lebih
kurang saiz bahu.
Mata seperti menggelecek rapat.
Badan mengikut pergerakan bola.
Apabila kaki menyentuh tanah,
ketukan bola dari kiri ke kanan dan
dari kanan ke kiri pada masa kanan
menyentuh tanah.

Bagi peringkat pelajar sekolah rendah, kemahiran menggelecek longgar lebih


praktikal untuk diajar. Hal ini kerana kemahiran ini lebih mudah untuk dipelajari dan
senang untuk difahami.
ANSUR MAJU BAGI KEMAHIRAN MENGGELECEK LONGGAR

1. Pelajar perlu untuk menggelecek bola mengikut garisan lurus. Gunakan


hanya satu biji bola.

2. Aktiviti dimulakan dengan membahagikan pelajar kepada dua kumpulan sama


rata.

3. Dua kumpulan ini dipisahkan dengan jarak 10 meter di atas satu garisan yang
lurus.

4. Pelajar kumpulan A dikehendaki melalui garisan sambil menggelecek bola.


Pelajar perlu mengawal bola agar dalam keadaan lurus.

5. Pelajar mesti berupaya untuk mengawal bola sebelum pelajar daripada


kumpulan B memperoleh bola tersebut.

A --------------10 meter-------------- B

6. Teruskan latihan dengan menambah jarak antara dua kumpulan tersebut


sehingga pelajar benar-benar mahir.
7. Tingkatkan kemahiran pelajar-pelajar dengan menggunakan skitel.

8. Pelajar dikehendaki berbaris satu garisan dengan skitel berjarak 10 meter.

9. Pelajar pertama akan menggelecek bola hoki ke arah skitel dan membuat
membuat pusingan lalu patah balik ke arah kumpulan pelajar.

10. Pelajar tersebut perlu mengawal bola itu dan memastikan pelajar kedua
memperoleh bola tersebut.

11. Pelajar kedua mengulang semula perlakuan pelajar pertama dan begitulah
seterusnya sehingga pelajar terakhir di dalam kumpulan tersebut melakukan
aktiviti ini.

4.2 MEMUKUL
Kemahiran memukul merupakan kemahiran yang penting berbanding kemahiran-
kemahiran lain di dalam kemahiran asas hoki. Kelebihan kemahiran memukul ialah
bola boleh digerakkan dalam keadaan laju dan jauh. Jurulatih perlu memastikan
ketepatan pukulan oleh pemain.
MEKANIK MEMUKUL BUTIRAN MENGAJAR
Letakkankepala kayu hoki di atas
tanah
Tangan kiri diletakkan di hujung kayu
dan digenggam secara longgar
Pegangan Tangan kanan diletakkan di bawah
tangan kiri.
Kedua-dua tangan akan membentuk
bentuk V apabila ibu jari dan jari
telunjuk kedua-dua tangan selari
dengan jari kayu hoki.
Bahu kiri menghadap sasaran atau
arah pukulan.
Cara berdiri Kedudukan badan seimbang.
Kaki dijarakkan lebih kurang lebar
bahu.
Jari kaki kanan bersudut tegak
dengan bahu manakala jari kaki kiri
lebih kurang 30 - 40.
Kedudukan bola selari dengan jari
Bola kaki dan berjarak selesa.
Pukulan lurus, ayunan bermula dari
ayunan belakang ke ayunan bawah
dan ikut lajak.
Pada masa kayu hoki dihayun ke
belakang, pinggul berputar dan berat
Ayunan badan dipindahkan dari kaki belakang
ke kai hadapan sambil bola dipukul.
Kayu hoki mesti memukul bola hoki
dengan kuat dan rata agar bola
bergerak ke tempat yang dituju.
Pada masa bola dipukul, berat badan
Badan berada pada kaki kiri begitu juga
semasa badan kita ikut lajak.
Tumit kanan dinaikkan dengan
putaran di atas jari kaki.
Momentum badan dan pemindahan
berat badan perlu tepat agar kuasa
untuk memukul lebih tinggi.
Selain daripada momentum dan
pemindahan berat badan, kekuatan
bahu dan lengan, kelajuan dengan
Kuasa untuk memukul bola pecutan ayunan ke bawah dan
kekunci pergelangan tangan pada
masa bola dipukul juga menjadi faktor
penting untuk memperoleh kuasa
untuk memukul bola hoki.

Bagi memantapkan kemahiran memukul, pelajar perlu didedahkan dengan


latihan ansur maju terlebih dahulu.
ANSUR MAJU BAGI KEMAHIRAN MEMUKUL

1. Berdiri satu langkah di belakang bola. Pelajar mengambil satu langkah ke


hadapan lalu memukul bola kepada pasangan. Tambahkan langkah kepada
dua atau tiga.

2. Ulang semula seperti (1), tetapi dalam keadaan berlari.

3. Menolak bola, kemudian berlari dan seterusnya memukul bola kepada


pasangan.
4. Berdiri dengan bola tiga langkah di hadapan dan di luar kawasan D.
Kemudian, tolak bola masuk ke dalam kawasan D lalu mengejarnya. Pukul
bola ke dalam gol kira-kira di garisan D atau beberapa sentimeter di dalam
kawasan D.

5. Memukul bola yang bergerak dari kanan.

a) Secara berempat:
A menolak bola ke B
B memukul bola ke C
C menolak bola ke D
D memukul bola ke A
Selepas melakukan 10 pukulan A menukar tempatnya dengan B dan C bertukar
tempat dengan D.
B C

A D
b) Berdua di kawasan D, pemain di sebelah kanan barisan A menolak bola kepada
pasangannya di barisan B yang akan memukul bola ke dalam gol.
c) Seperti di (b), cuma tukarkan arah iaitu tolakan dari arah kiri. Namun, pastikan
pelajar mahir dengan aktiviti pukulan dari arah kanan agar tidak menimbulkan
sebarang masalah ketika membuat latihan seperti di (c).

6. Pelajar memukul bola satu demi satu sebanyak 5 biji di hadapan pintu gol.

4.3 MENGUIT/MENGUIS
Kemahiran ini selalunya dipraktikkan oleh penjaring sesuatu pasukan.
Kemahiran adalah strok tolakan yang dinaikkan dan berpusing. Cara memegang
kayu hoki bagi kemahiran ini hampir sama seperti kemahiran menolak iaitu cara
pegangan, pergerakan tolakan, tidak ada ayunan kerana kayu hoki berada di
belakang bola hoki, memerlukan pergelangan tangan yang kuat dan mengikut lajak
dengan baik.

Kedudukan bola berada di hadapan kaki hadapan. Berat badan bagi seorang
pemain hoki ketika menguis berada di kaki belakang sebelum dipindahkan ke kaki
hadapan supaya bola mendapat peluncuran yang baik. Pergelangan tangan turut
memutar dengan cepat supays kuitan itu berputar dan menyukarkan penjaga gol
untuk mengawal kehadiran bola dari arah hadapan.

Semasa menyentuh bola, kayu hoki perlulah menghadap ke atas sedikit.


Namun, bahagian paling sukar untuk kemahiran ini ialah ketika melakukan putaran.
Bagi memastikan putaran terjadi, kekalkan sentuhan kayu dengan bola seberapa
lama yang boleh dengan menyentuh sebelah kanan bola terlebih dahulu kemudian
sebelah bawah bola. Seterusnya, kayu hoki menyentuh sebelah kiri bola lalu
menguit bola dengan jari kayu hoki.

ANSUR MAJU BAGI KEMAHIRAN MENGUIT/MENGUIS

1. Satu garisan 60 cm dari lantai ke dinding dilukis dan melakukan latihan


menguit di atas garisan pada dinding tersebut.

2. Berdiri dengan kaki rapat, kemudian melangkah dengan kaki kiri ke hadapan
lalu kuit bola yang berada di hadapan.

3. Berjalan 3 atau 4 langkah ke arah bola dan lakukan kuitan.

4. Seperti di (3), tetapi melakukan larian ke arah bola tersebut.

5. Gelecek bola lebih kurang dalam 3 5 langkah lalu menguit bola.


Peringatan. Berhenti sebentar antara menggelecek dengan menguit. Namun,
selepas latihan yang berulangan, pelajar akan mengurangkan masa itu
sehingga mereka tidak teragak-agak untuk lakukan kemahiran ini tanpa
berhenti.
CARA BERMAIN DAN UNDANG-UNDANG HOKI

Setiap guru pelatih perlu mengetahui cara bermain dan peraturan asas yang
betul supaya mendapat kepuasan dan keseronokan ketika didedahkan dengan
permainan ini.

3.1 PERATURAN ASAS


Setiap permainan mempunyai peraturan asasnya yang tersendiri. Demikianlah juga
sukan hoki. Antara peraturan-peraturan asas yang perlu dititikberatkan ialah:
i) Komposisi pasukan
- Setiap perlawanan mempunyai 2 buah pasukan yang berentap.
- Setiap pasukan mempunyai 11 orang ahli.
- Pemain boleh diganti, tetapi tidak melebihi 11 orang dalam suatu masa.
- Penjaga gol perlu ada dalam setiap masa perlawanan, dan sekiranya tercedera
perlulah digantikan dengan penjaga gol yang lain.
- Jika penjaga gol diarah keluar oleh pengadil, maka salah seorang pemain di atas
padang perlulah menggantikan penjaga gol tersebut dan pasukan tersebut perlu
bermain dengan kekuatan 10 orang satu pasukan.

ii) Mengganti pemain


- Setiap pasukan dibenarkan untuk menggantikan pemain berdasarkan 16 orang
pemain yang telah dinamakan.
- Gantian pemain boleh dilakukan pada bila-bila masa kecuali pada sudut penalti yang
diambil.
- Gantian pemain dari luar tidak dibenarkan sekiranya terdapat pemain yang dihukum
keluar.
- Selepas hukuman sementara, pemain tersebut boleh diganti tanpa memasuki
padang.
- Pemain boleh digantikan pada bila-bila masa tetapi permainan tidak akan dihentikan
untuk menggantikan pemain. Namun, permainan akan diberhentikan sekiranya ingin
menggantikan penjaga gol.
- Pemain yang diganti hendaklah masuk/keluar berhampiran garisan tengah dan
penjaga gol dibenarkan masuk/keluar melalui garisan belakang.
iii) Ketua pasukan
- Setiap pasukan hendaklah mempunyai seorang ketua pasukan atau kapten dalam
kalangan mereka.
- Jika kapten terpaksa keluar disebabkan oleh cedera atau dihukum, maka pemain lain
perlulah menggantikan tempatnya sebagai kapten.
- Tugas kapten ialah untuk menjaga kelakuan pemain dan memastikan gantian pemain
dibuat dengan betul.

iv) Pakaian dan peralatan pemain


- Setiap pasukan perlulah memakai pakaian yang seragam berlainan dengan pasukan
lawan.
- Pakaian penjaga gol perlulah berlainan daripada ahli pasukan sendiri dan pasukan
lawan.
- Perlindungan kepala adalah wajib bagi setiap penjaga gol kecuali apabila
menghadapi penalty stroke.
- Lain-lain, rujuk 2.0.
v) Perlawanan dan keputusannya
- Setiap perlawanan dibahagikan kepada dua separuh masa, dimana 35 minit
dibahagikan kepada satu separuh masa.
- Waktu rehat yang diberikan hanyalah lima minit. Masa rehat tambahan perlulah
mendapat persetujuan kedua-dua pihak.
- Pasukan yang menjaringkan banyak gol dikira sebagai pemenang.
- Jika kedua-dua pasukan gagal menjaringkan gol atau menjaring bilangan gol yang
sama, maka mereka dianggap sebagai seri.
vi) Permulaan permainan
- Kedua-dua kapten pasukan boleh memilih sama ada mahu memulakan permainan
dahulu atau memilih gol yang hendak diserang.
- Pada separuh masa kedua, pilihan kapten ditukar.
- Permainan dimulakan dengan hantaran tengah.
- Hantaran tengah dilakukan pada setiap kali memulakan perlawanan sama ada pada
awal separuh masa atau selepas gol dijaringkan.
- Sekiranya gol dijaringkan, pasukan yang melepaskan gol membuat hantaran tengah.
- Ciri-ciri hantaran tengah:
- dilakukan di tengah padang
- bola boleh dihantar ke mana-mana arah, namun tidak kepada pemain yang lakukan
hantaran tersebut.
- apabila pengadil menghentikan perlawanan, permainan mula semula dengan
lakuan buli.
- selepas penalty stroke yang gagal dijaringkan, permainan mula semula dengan
pukulan 15 meter.
vii) Kelakuan, aksi dan gerakan yang tidak dibenarkan
- Bermain bola dengan back stick
- Terlibat dalam permainan tanpa kayu hoki di tangan.
- Menggunakan kayu hoki secara agresif, berbahaya atau mengangkat tinggi kayu
hoki.
- Menyentuh, memegang atau menangkap kayu atau pakaian lawan.
- Bola tidak boleh diudarakan daripada pukulan kecuali untuk menjaringkan gol.
- Kayu hoki lebih tinggi daripada paras bahu.
- Pemain lebih dekat dari lima meter daripada pihak lawan yang sedang menerima
bola tinggi. Namun pemain berkenaan boleh menghampiri pihak lawan selepas bola
itu diterima dan dikawal di atas padang.
- Penyerang memasuki gol lawan dengan sengaja semasa mereka menahan gol.
- Pemain menukar kayu hoki dengan sengaja ketika hendak melakukan pukulan sudut
atau penalti.
- Membuang masa dengan sengaja.
- Menghalang pemain.
- Menahan, menyepak, menyentuh atau mengangkat bola dengan mana-mana
bahagian badan.
- Menyentuh atau menghalang pemain semasa merebut bola.
- Membuang alat atau benda ke dalam padang ke arah bola pemain atau pengadil.
- Penjaga gol baring di atas bola.
- Penjaga gol bermain tanpa alat keselamatan.
- Penjaga gol menyentuh bola di luar kawasan dengan tangan, kaki atau mana-mana
bahagian badan.

Anda mungkin juga menyukai