Anda di halaman 1dari 9

Teori Pemusatan Klien

Pengenalan
Teori Pemusatan Klien ialah teori ini tidak menekankan tentang penerokaan peristiwa lepas sebagai satu
cara memahami masalah klien. Pentingnya kaunselor menerima dan memahami klien seadanya dan
dengan penerimaan dan kefahaman itu akan membolehkan klien memahami masalah mereka seterusnya
menggunakan sumber-sumber diri untuk berkembang.

Pengasas Teori

Pengasas teori ini ialah Carl Rogers, yang dilahirkan pada 8 Januari 1902 di Oak Park, Illinois, Amerika,
Rogers meninggal dunia pada tahun 1987.

Andaian-andaian teori ini terhadap manusia adalah seperti:


1. Konsep kendiri adalah persepsi tentang diri individu berdasarkan interaksi kita dengan orang
lain.
2. Individu bertingkah laku dalam bentuk yang boleh meningkatkan konsep kendirinya.
3. Masalah-masalah yang berlaku kerana timbul atau wujudnya antara konsep kendiri dengan
pengalaman-pengalaman yang lalu.
4. Hanya dengan pengalaman dan penghormatan barulah individu akan bersedia untuk berkongsi
masalahnya.

Bagi Rogers, untuk membolehkan seseorang itu berkembang secara positif dan membina,
mestilah wujud tiga suasana atau keadaan, iaitu;
1. Kejujuran, keikhlasan dan kebenaran.
2. Penerimaan tanpa syarat dan perasaan ambil berat.
3. Kefahaman yang mendalam.

Matlamat teori Pemusatan Klien

Matlamat teori Pemusatan Klien matlamat terapi adalah untuk membantu manusia berkembang
supaya mereka berupaya untuk menggunakan sumber diri semasa berhadapan dengan masalah.
Matlamat terapi ialah untuk menyediakan persekitaran yang kondusif yang menggalakkan klien untuk
mengenal pasti kelebihan dan kekurangan dirinya. Untuk menyediakan persekitaran tersebut, kaunselor
perlu menunjukkan ciri tersebut pada dirinya. Bermakna, kaunselor sendiri perlu bersifat kongruen.
Apakah yang Rogers maksudkan sebagai manusia yang berfungsi sepenuhnya? Oleh sebab
Rogers melihat manusia sebagai agen perubahan yang positif, manusia yang ingin berfungsi
sepenuhnya perlu memenuhi keperluannya supaya dia boleh menerima dirinya seadanya dan menerima
orang lain seadanya. Apabila keperluan ini dipenuhi, manusia akan dapat menjadi individu yang
berfungsi sepenuhnya. Manusia yang berfungsi akan sentiasa bersikap terbuka terhadap hubungan yang
kongruen dengan masyarakat, bebas membuat keputusan untuk kebaikan diri, dan seterusnya
membolehkan mereka berhadapan dengan masalah dalam kehidupan. Mereka juga menyedari
tanggungjawab sosial terhadap masyarakat dengan mengetahui apa yang betul atau salah dan
menghormati peraturan sedia ada yang diterima pakai oleh kelompok masyarakatnya.

Peranan Kaunselor

Tiga sifat ini merupakan syarat untuk kaunselor Pemusatan Klien. iaitu menerima tanpa syarat, tulen
atau asli, dan memahami dengan empati.

Proses Kaunseling
Pengalaman Klien dalam Proses Kaunseling/Terapi
Hubungan antara Kaunselor dengan Klien
1. Dua orang (kaunselor dan klien) menjalinkan hubungan psikologi
2. Orang yang pertama, iaitu klien, berada dalam keadaan tidak kongruen dan bermasalah
3. Orang yang kedua, iaitu kaunselor, berada dalam keadaan yang kongruen dan tulen.
4. Kaunselor menerima klien tanpa sebarang syarat
5. Kaunselor menunjukkan dan merasai perasaan empati terhadap klien
6. Klien dapat merasakan dan menghayati sikap empati dan penerimaan tanpa syarat Tiada syarat
lain yang diperlukan kecuali yang dinyatakan.
Elemen Penting Penggerak Perubahan

Ketulenan atau Kongruen


Kaunselor yang kongruen bermaksud kaunselor yang tidak berpura-pura semasa proses kaunseling
dijalankan. Ketulenan ini dapat dirasai oleh klien dan berupaya mewujudkan suasana yang terapeutik
untuk klien meneroka dirinya.

Empati
Empati tidak sama seperti simpati. Empati merupakan suatu perasaan memahami yang mendalam.
Kaunselor yang menunjukkan empati kepada klien ialah kaunselor yang berupaya merasai perasaan
klien walaupun kaunselor tersebut tidak melalui pengalaman yang sama dengan klien.

Penerimaan Tanpa Syarat


Satu lagi sifat yang amat perlu ada pada kaunselor Pemusatan Klien ialah menerima klien seadanya atau
menerima tanpa syarat.

Kelebihan dan Kelemahan Teori


teori ini menurut mereka ialah menekankan kepentingan hubungan yang akrab antara kaunselor dengan
klien. Teori ini juga menanamkan pendapat bahawa penerimaan, penghargaan serta kejujuran kaunselor
merupakan syarat-syarat yang amat penting bagi mewujudkan perhubungan. Seterusnya teori ini
memupuk pendapat bahawa klien ialah rakan kongsi penuh dalam hubungan dan bukan hanya sebagai
rakan yang merendah diri.
Seperti teori-teori yang lain, terapi pemusatan klien ini juga mempunyai kekurangan dan
kelemahannya. Antara lain ialah terapi ini tidak mempunyai satu set teknik atau tatacara tertentu yang
terdapat dalam setengah-setengah psikoterapi. Terapi ini juga kurang menyediakan panduan tentang
cara mewujudkan hubungan kaunselor dengan klien. Kebanyakan konsep dalam terapi ini tidak dapat
dibuktikan dan diukur dengan mudah. Ianya terlalu abstrak.

Berikut adalah contoh dialog kaunselor dan klien bernama Laila dengan menggunakan pendekatan
pemusatan klien:

Kaunselor: Laila, berdasarkan cerita Laila, saya dapati bahawa Laila telah melalui
pengalaman yang mencabar dalam kehidupan namun saya juga dapati Laila telah
berjaya sedikit sebanyak menghadapi rintangan hidup walaupun banyak dugaan
yang Laila hadapi (sambil mengangguk-angguk kepala).

Laila: Saya tahu saya telah berjaya mengatasi banyak perkara tetapi saya masih
dibelenggu dengan peristiwa silam.. ia menghantui sayaia menghantui hidup
saya hari ini.

Kaunselor: Hmm saya percaya dan faham ia memang berat kepada emosi Laila

Laila: Betul saya rasa ia menghantui setiap pergerakan dan tingkah laku saya, saya
tidak sanggup untuk terus melaluinya

Kaunselor: (Mengangguk-angguk dan memandang dengan raut wajah yang menunjukkan


empati)

Laila: Selama ini saya tak luahkan pada sesiapa. Pernah juga cuba luahkan kat kawan
rapat tapi belum apa-apa dah minta saya teruskan hidup ni, jangan imbau masa
lepas.. saya tak percaya ada orang akan memahami saya

Kaunselor: Ia memang menyakitkan apabila orang keliling tidak mahu memahami (refleksi
perasaan dan memahami dengan menunjukkan keaslian pemahaman)

Laila: Sebab tu saya memutuskan untuk jumpa kaunselor, saya nak luahkan semua
yang membelenggu fikiran dan emosi saya bertahun-tahun
Kaunselor: (mengangguk-angguk kepala) saya faham dan saya sedia mendengar.. Laila
boleh luahkan pada saya tanpa rasa takut atau bimbang kerana saya sebagai
kaunselor menerima Laila dan apa yang Laila nak ceritakan tanpa sebarang
prejudis atau prasangka.

Teori Rasional Emotif Tingkah laku yang dipelopori oleh


Albert Ellis.

teori Rasional Emotif Tingkah Laku


Pengasas Teori
Teori Rasional Emotif Tingkah laku atau amat dikenali sebagai REBT iaitu singkatan daripada bahasa
Inggeris Rational Emotive Behavior Therapy diasaskan oleh Albert Ellis (1913-2007). Ellis di lahirkan
di Pittsburgh, Amerika Syarikat tetapi dibesarkan di New York dan New Jersey seawal usia empat
tahun. Teori REBT diperkenalkan pada tahun 1955 oleh beliau, yang merupakan seorang ahli psikologi
klinikal yang mendapat latihan di Columbia University. Ellis mengasaskan Institut Albert Ellis di New
York. Ellis dianggap sebagai orang pertama yang memulakan paradigma tingkah laku kognitif dan
paling berpengaruh dalam pendekatan ini.

Pengenalan
Rational Emotive Behavioral Therapy (REBT) merupakan teori kognitif tingkahlaku yang utama
berbanding yang lain. Andaian asas teori ini ialah manusia merupakan penyumbang kepada masalah
psikologi yang mereka alami. Ini kerana manusia sendiri yang memberi interpretasi terhadap masalah
yang dihadapi, dan interpretasi tersebut memberi impak kepada aspek psikologi mereka. Ini kerana
kognitif (pemikiran), emosi, dan tingkahlaku manusia saling berinteraksi antara satu sama lain. Apabila
manusia menggunakan kognitifnya menginterpretasi mengenai sesuatu peristiwa, tingkahlaku dan
emosinya akan bersandarkan kepada pemikiran tersebut. Ellis secara konsisten dalam banyak
penulisannya menegaskan tentang interaksi saling berkait tiga unsur utama tadi (Ellis, 1994, 2001a,
2001b, 2002, 2008). Seperti beberapa tokoh teori lain, Ellis mengkritik teori psikoanalisis yang tidak
menyumbang ke arah perkembangan positif klien.
Perbezaan ketara pendekatan REBT dengan pendekatan terapi yang lain ialah REBT tidak
menekankan tentang perkaitan bebas, mimpi, pengalaman masa lepas, penerokaan perasaan dan
pengendalian transference. Fokus utama REBT ialah pemikiran klien dan tingkah lakunya berbanding
dengan perasaan. Proses terapi REBT adalah proses pendidikan sesuai dengan peranan kaunselor
sebagai guru yang membimbing klien untuk menukar cara berfikir dan bertindak.

Pandangan Tentang Sifat Semula jadi Manusia


Pengasas REBT, Albert Ellis, berpendapat bahawa manusia pada asasnya dilahirkan dengan memiliki
potensi sama ada untuk menjadi seorang yang rasional atau tidak rasional. Ini bermakna, manusia boleh
menentukan sama ada untuk gembira, menyayangi, disayangi, dan mendapat kesempurnaan kendiri atau
boleh memilih sesuatu yang memusnahkan diri dan mengelak daripada berkembang. Justeru, matlamat
REBT ialah untuk membantu manusia menerima diri mereka yang akan berterusan melakukan
kesilapan tetapi dalam masa yang sama belajar daripada kesilapan tersebut dan tidak menyalahkan diri
atau orang lain.
Ellis mengenal pasti beberapa faktor penyumbang ke arah pembentukan personaliti manusia. Tiga
aspek yang dikupas oleh Sharf (2008) ialah faktor biologi, faktor sosial, dan mudahnya seseorang
ditimpa gangguan.

Faktor biologi faktor biologi merujuk kepada aspek biologi seseorang yang menyebabkannya
berfikir secara tidak rasional. Mengikut Ellis (1962), gangguan mental yang teruk sebahagiannya
adalah diwarisi dan berkaitan dengan komponen-komponen biologi. Contohnya, skizofrenia adalah
satu ilustrasi biologi yang menghalang seseorang untuk berfikir secara jelas dan rasional.

Faktor Sosial hubungan seseorang dengan persekitarannya seperti ahli keluarga, rakan taulan di
tempat kerja, rumah ibadah, atau kumpulan sosial menyumbang ke arah bagaimana seseorang
melihat dirinya. Pujian, kejian, kata-kata positif atau negatif boleh mempengaruhi penilaian kendiri
seseorang. Seorang yang bergantung konsep kendirinya kepada penilaian luaran, akan mudah
tunduk kepada persepsi orang lain. Sebaliknya, individu yang lebih bergantung kepada penilaian
internal tidak menjadikan penilaian luaran sebagai hakim yang menentukan siapakah dirinya
sebenar. Penilaian orang lain yang negatif boleh menyebabkan seseorang yang bergantung kepada
penilaian luaran untuk berfikiran negatif dan berfikir secara tidak rasional.

Mudah mendapat gangguan mengikut Dryden dan Ellis (2001), sesetengah orang sangat
mudah mendapat gangguan psikologi. Perkara ini juga bergantung kepada faktor biologi dan sosial.
Manusia pada kebiasaannya suka kepada keseronokan dan kegembiraan, tetapi kepercayaan tidak
rasional mendorong mereka menerima penilaian negatif orang lain dengan mudah dan menganggap
penilaian tersebut sebagai benar dan betul. Individu seperti ini akan lebih mudah menerima
gangguan psiikologi. Manusia seperti ini banyak menetapkan hukuman terhadap diri sendiri seperti
saya mesti berjaya walau apa pun halangan.Mesti, perlu, dan wajib yang dikenakan ke
atas diri sendiri menyebabkan individu seperti ini lebih mudah mendapat gangguan psikologi.

Punca Gangguan Emosi

Mengikut teori REBT, sejak usia manusia kanak-kanak mempelajari kepercayaan tidak rasional
daripada orang penting dalam hidup mereka seperti ibu, bapa, adik-beradik, dan pengasuh. Manusia
memaksa diri dengan menerima cadangan, penilaian, dan doktrin orang lain berulang-ulang kali
sehingga kepercayaan tersebut menjadi sebati dalam diri. Manusia sendiri yang bertanggungjawab
membina kepercayaan tersebut dan bukannya orang luar penting dalam hidup mereka. Semasa proses
membesar, kanak-kanak mempelajari sekiranya mereka ingin disayangi dan dimanjai, mereka perlu
bertingkah laku dengan tingkah laku tertentu. Mengikut Ellis, kasih sayang adalah satu perkara yang
diperlukan tetapi kalau manusia tidak memperolehnya, ia tidak sepatutnya menjadi punca kemurungan.
Dogma tertentu seperti yang dinyatakan dalam bahagian sebelum ini menjadikan manusia bertindak dan
berfikiran mengikut dogma tersebut. Dogma tersebut antaranya ialah saya mesti, saya wajib, dan saya
perlu. Ellis menyenaraikan tiga mesti yang di serapkan dalam diri yang mendorong kepada
kepercayaan tidak rasional (Ellis 1999):

1. Saya mesti melakukan yang terbaik dan mendapat pengiktirafan dari orang lain terhadap pencapaian
saya. Jika tidak, saya bukan orang yang bagus.
2. Orang lain mesti melayan saya dengan bertimbang rasa, baik, seperti saya mahukan. Sekiranya tidak,
mereka bukan orang yang bagus dan mereka patut diperlekeh dan dihukum.
3. Saya mesti dapat apa yang saya mahukan, bila saya mahukannya, dan saya mesti tidak dapat apa
yang saya tidak mahu. Sekiranya saya tidak dapat apa yang saya mahu, musnahlah saya dan saya
tidak mampu menghadapinya.
Jadi, kita sebagai manusia sangat cenderung menjadikan diri sendiri mendapat gangguan emosi
dengan cara menyerapkan kepercayaan tidak rasional yang dinyatakan. Justeru, Ellis (2001a)
berpendapat, untuk mendapat dan memelihara kesejahteraan psikologi merupakan satu cabaran.

Model ABC dalam REBT


Model ABC merupakan model yang menerangkan bagaimana personaliti terbentuk mengikut REBT.
Model ini sangat penting dan merupakan konsep utama REBT. Diagram mengenai ABC dan DEF
ditunjukkan seperti beriku t.
A (activating event) B (belief) C (emotional and behavioural Consequences) D (disputing event) E (effect) F (new
feeling)
A -Isu, situasi, apakah.
-activating event adalah peristiwa yang mencetuskan.
-Peristiwa yang mencetuskan.

B - Kepercayaan tidak rasionan.


- B adalah belief atau kepercayaan tentang A.
- Kepercayaan tentang peristiwa atau keadaan.

C - Akibat
- C ialah emotional and behavioural consequences atau kesan atau akibat terhadap emosi dan
tingkah laku.
- Kesan atau akibat terhadap emosi

D - Cabar pandangan negative


- D ialah disputing event iaitu perdebatan yang mencabar kepercayaan tidak rasional
- Perdebatan yang mencabar kepercayaan tidak rasional

E - Kesan atau impak perdebatan mengenai perkara yang tidak rasional.


- Kepercayaan baru.
- E atau effective philosophy iaitu di mana klien mempunyai kepercayaan baru yang
menggantikan pemikiran tidak rasional.
- Kepercayaan baru yang menggantikan pemikiran tidak rasional
F - Perasaan bharu
- (feeling) atau perasaan tidak ditunjukkan dalam model di bawah kerana ia adalah kesan
daripada E

Meluas digunakan untuk rawatan:.


1. Kemurungan.
2. Kebimbangan.
3. Masalah perkahwinan.
4. Pengurusan tekanan.
5. Latihan kemahiran.
6. Penyalahgunaan dadah.
7. Latihan penegasan.
8. Gangguan makan.
9. Serangan panik.
10. prestasi kebimbangan.
11. sosial fobia.

Matlamat Terapi
Matlamat utama terapi REBT ialah untuk membantu manusia meminimumkan gangguan emosi dan
mengurangkan tingkah laku yang merosakkan diri sendiri seterusnya mendapat kesempurnaan kendiri.
Dengan itu, klien akan menjadi manusia yang lebih gembira dengan kehidupannya.

Teknik-Teknik

1. Mempertikaikan logik. Yang dimaksudkan dengan logik ialah sesuatu yang menjadi kebiasaan.
Misalnya, seorang yang enggan menjawab panggilan telefon tidak semestinya dia enggan berbual tetapi
mungkin disebabkan oleh punca lain.

2. Mempertikaikan kepercayaan tidak rasional dengan mengemukakan bukti. Contohnya seorang


pelajar yang gagal dalam peperiksaan menjadi murung dan berduka kerana gagal mempertahankan
pencapaiannya selama ini. Kaunselor boleh menjelaskan dan mengingatkan klien semula tentang siri
kejayaan pelajar itu sebagai bukti dan kegagalan sekali bukan bermaksud beliau seorang yang tidak
berguna.

3. Mempertikaikan fungsi. Kaunselor mempertikaikan kepercayaan tidak rasional klien dengan


memberi fokus kepada kesan praktikal dari kepercayaan tersebut. Kaunselor membimbing klien melihat
kesan kepercayaan tidak rasional dengan meminta klien memikirkan adakah kesan tersebut adalah
sesuatu yang klien inginkan.

4. Membentangkan rasional kepercayaan yang lain menggantikan kepercayaan tidak rasional.


Membincangkan kepercayaan alternatif menggantikan kepercayaan tidak rasional adalah satu
pendekatan yang boleh membantu klien menukar dan membuat penstrukturan semula kognitifnya.

Jadual 8.1: Teknik-teknik Tingkahlaku Kognitif


Teknik-teknik Penjelasan
Teknik Kognitif a) Membuat kerja rumah dari segi kognitif
b) Mengubah bahasa yang digunakan oleh klien
c) Pendekatan psikopendidikan
d) Penggunaan imej dan visual
e) Pelabelan semula. Contoh: Melibatkan gambaran
identiti klien berdasarkan ketidaksempurnaan
dan kesilapan yang dibuat pada masa lalu dan
membolehkan penentuan identiti sebenar klien
Teknik Emosi a) Pengimejan kreatif
b) Penggunaan humor
c) Main peranan
d) Latihan menyerang perasaan malu (shame-
attacking exercise)
e) Menggunakan cerita, metafor yang boleh memberi
kesan dari segi emosi
f) Memujuk dengan mengajar klien bagaimana
menukarkan ketidakfungsian emosi kepada yang
lebih sihat. Contoh: Klien yang sering menyalahkan
diri sendiri dibantu untuk keluar daripada emosi
negatif kepada positif.
Teknik Tingkahlaku a) Teknik relaksasi
b) Merakam sesi supaya boleh dinilai di masa hadapan
c) Bertukar peranan antara kaunselor dank lien
d) Biblioterapi
e) Latihan asertif dan komunikasi
f) Menggalakkan aktiviti yang menghiburkan yang
bersesuaian dengan minat
Penggunaan kerusi mewakili kepercayaan rasional
dan kepercayaan tidak rasional. Contoh; Klien
berdialog berdasarkan kerusi yang didudukinya.
Kerusi kepercayaan rasional akan membantu klien
melihat kepada tingkahlaku positif untuk berubah
manakala kerusi kepercayaan tidak rasional hanya
mengekang klien daripada terus berkembang dan
membangunkan diri.

Aplikasi mengikut pendekatan REBT


Kesemua punca kepada gangguan emosi menurut REBT terdapat dalam diri Laila iaitu:
1. Pemikiran Semua atau Tiada Langsung. Laila berfikir bahawa beliau mesti mendapatkan apa
yang beliau inginkan atau jika tidak bermakna beliau seorang yang gagal. Perjalanan hidup Laila
seperti yang diceritakan menunjukkan bahawa Laila berjaya dalam banyak aspek seperti kejayaan
dalam akademik, memiliki rupa paras yang menarik, berjaya menyembunyikan penglibatan dalam
seks bebas dan kandungan luar nikah berkali-kali. Walaubagaimanapun, Laila gagal dalam
perkahwinan pertama, gagal mendapat perhatian ibunya semasa melahirkan anak pertama kerana
ibunya juga melahirkan anak pada masa yang lebih kurang sama. Kegagalan paling besar ialah
melupakan peristiwa yang dianggap pahit dalam hidupnya. Justeru, Laila fokus kepada kegagalan
dan sikap sedemikian menghalangnya mengenalpasti kelebihan dirinya dan bergerak ke hadapan.
2. Membuat kesimpulan berdasarkan peristiwa tertentu. Individu membuat kesimpulan ke atas
sesuatu isu bersandarkan satu peristiwa. Semua maklumat lain diabaikan. Sama seperti dalam kes
Laila, kekecewaan dalam beberapa aspek menjadi tumpuannya dan mengganggu serta
membelenggu fikiran dan emosi. Kejayaan yang dilaluinya, aset yang dimilikinya diabaikan.
3. Membaca minda. Individu seolah-olah membaca minda orang lain. Dengan ini, individu tersebut
berfikir dia tahu apa yang orang lain fikirkan terhadapnya. Kaunselor boleh meneroka sama ada
Laila berfikiran seperti ini. Adakah Laila merasakan bahawa orang lain mempunyai persepsi
tertentu terhadap Laila. Ini penting kerana Laila menetap dalam budaya kolektif dan perasaan
bahawa persepsi orang sekeliling terhadap individu mungkin memberi impak besar kepada emosi
seseorang.
4. Ramalan negatif. Apabila seseorang meramalkan sesuatu yang buruk akan berlaku terhadapnya
walau beliau tiada bukti bermakna beliau telah membuat ramalan yang negatif. Kaunselor
meneroka sejauh mana Laila yakin dan percaya aset yang dimilikinya boleh digunakan untuk
mencapai matlamat. Ini kerana berdasarkan kes menunjukkan Laila tidak begitu mengambil kira
sumber dirinya yang positif bagi merancang kehidupannya.

5. Membesar-besarkan isu dan membuat generalisasi. Bentuk pemikiran yang rosak ini terjadi
apabila seseorang mengambilkira satu peristiwa dan membesar-besarkannya sehingga dia menjadi
bimbang dan takut. Ini jelas dalam kes Laila di mana beliau lebih memberikan tumpuan kepada
aspek negatif dirinya.
6. Membesar-besarkan atau menganggap kecil sesuatu isu. Keadaan ini berlaku apabila seseorang
melihat sesuatu peristiwa sebagai terlalu besar impaknya atau terlalu kecil impaknya. Laila melalui
proses ini kerana impak gangguan seksual semasa kecil dianggap sebagai satu pengalaman
menyeronokkan dan menjadi impak kecil sahaja kerana ia menjadi titik tolak kepada penglibatan
seksual bebas berkali-kali selepas itu.

A-B-C Model - Teori yang menerangkan tentang masalah yang dihadapi oleh manusia di mana ia bukan
berpunca dari A iaitu activating event, tetapi berpunca dari B iaitu belief atau kepercayaan. Setelah itu
manusia akan mengalami kesan iaitu C atau dipanggil consequences, sama ada dari segi emosi atau
tingkahlaku

D-E-F D ialah disputing event iaitu teknik yang diguna untuk membantu Laila mencabar kepercayaan
tidak rasionalnya.
Teori Realiti
Pengenalan
Terapi realiti berasal daripada teori pemilihan yang melihat manusia sebagai individu yang mampu
menentukan arah hidupnya sendiri. Manusia dianggap sebagai seorang yang berautonomi, mampu
membuat pilihan, bertanggungjawab dan boleh mengawal tindakan sendiri. Menurut terapi realiti, kita
sentiasa berusaha untuk memenuhi keperluan psikologi diri. Oleh itu terapi realiti akan membantu kita
untuk memenuhi keperluan ini dengan berlandaskan realiti

Pengasas Teori
Terapi Realiti telah diasaskan oleh William Glasser seorang doktor psikologi klinikal yang dilahirkan di
Cleveland, Ohio, California pada 11 Mei 1925. Realiti terapi bermula apabila Glasser tidak berpuas hati
dengan kaedah psikiatri psikoanalisis yang dipelajarinya di Veteran Administration Brentwood Hospital
dan University of California di Los Angeles.
Terapi Realiti banyak menyumbang dalam bidang kaunseling khususnya dalam konteks
pendidikan di luar negara. Pada awal tahun 1960-an, Glasser telah mengaplikasi prinsip terapi realiti
untuk dibangunkan di sekolah. Beliau sangat aktif bergiat dalam bidang pendidikan (Glasser 1965,
1990). Terapi ini amat praktikal digunakan di sekolah dan institusi pendidikan (Dempster & Raff 1989;
Grimesey 1990; Renna 1990).

Matlamat Terapi
Matlamat terapi realiti ialah untuk membantu klien memenuhi kehendaknya dan menjadi lebih kuat dari
segi emosi serta bertindak dengan lebih rasional. Tumpuan terapi realiti ialah mengajar manusia
menjadi lebih baik dan menggunakan cara yang lebih berkesan untuk berhadapan realiti agar dapat
mencapai matlamat yang dibentuk Sebagai kaunselor realiti anda akan membantu klien meneroka
tingkah laku dan pilihan sedia ada yang berkait dengan perasaan dimiliki, kuasa, keseronokan dan
kebebasan. Terapi ini bertujuan untuk mengkaji setiap kehendak yang berkait dengan empat aspek ini
dan membantu klien mencapainya dengan cara yang berkualiti.
Matlamat lain terapi ini ialah untuk membantu klien mencapai autonomi dan kematangan agar dia
dapat melepaskan sokongan persekitaran dan menggantikan dengan sokongan dalaman. Dalam terapi
realiti ini, anda perlu fokus kepada apa yang klien sedari dan membantunya meningkatkan tahap
kesedaran tersebut. Anda juga perlu membantu klien membentuk pelan perubahan sebagai cara untuk
menterjemahkan percakapan kepada tindakan serta menimbulkan komitmen untuk menyiapkan pelan
yang dirangka.

Peranan Kaunselor
Kaunselor terapi realiti berperanan sebagai guru yang aktif semasa sesi untuk membantu klien
membentuk pelan perubahan, memberi pilihan atau cadangan serta membimbing klien mencapai
keperluannya. Sebagai kaunselor realiti, anda perlu memberi fokus kepada kekuatan, sikap dan potensi
klien yang boleh menghasilkan kejayaan.
Tahap peranan kaunselor realiti berubah mengikut situasi yang dibawa oleh klien ke dalam sesi.
Kaunselor boleh bertindak sebagai pemimpin klien ataupun sebagai pengikut klien. Situasi tertentu
memerlukan kaunselor mendengar dengan penuh tumpuan dan membantu klien mengawal tindakan-
tindakannya yang boleh mendatangkan kepuasan terhadap keperluannya. Ada kalanya kaunselor
bersikap mencabar, memberi maklum balas tentang tingka hlaku yang spesifik dan banyak bertanya.
Namun, dalam semua situasi, kaunselor perlu mewujudkan suasana yang sesuai, selesa dan
kondusif untuk menggalakkan perubahan. Kaunselor realiti akan meletakkan had atau batasan dalam
sesi. Berikut adalah lapan peranan utama kaunselor di dalam sesi realiti:

1. Mewujudkan hubungan terapeutik


2. Fokus kepada tingkah laku semasa klien
3. Mempelawa klien menilai perlakuannya
4. Membantu klien membentuk pelan tindakan
5. Dapatkan komitmen klien
6. Enggan menerima alasan klien
7. Tidak menggunakan penderaan, hukuman atau penalti
8. Tidak berputus asa atau menyerah kalah terhadap klien
Proses Terapi
Akronim Maksud
W Wants- Mahuka Meneroka kehendak, keperluan dan
persepsi
D Doing and Direction Mengambil Melihat tingkah laku dan arah tujuan
tindakan dan hala tuju tindakan
E Evaluation- Penilaian Menjalankan penilaian kendiri
P Plan and Action- Merancang Merancang dan melaksanakan pelan
tindakan

W - Meneroka kehendak, keperluan dan persepsi ahli


Dalam peringkat permulaan ini, anda boleh mengajukan soalan Apa yang anda inginkan?
kepada klien. Klien diminta mengenal pasti dan menyatakan apa yang mereka inginkan dalam
kehidupan mereka. Kaunselor realiti sering menggunakan soalan untuk mengetahui tentang harapan dan
keinginan klien. Oleh sebab itu, anda mesti mempelbagaikan struktur soalan agar mereka sentiasa dapat
meneroka kehendak klien dengan berkesan tanpa menimbulkan perasaan bosan atau marah kepada
klien.

D - Melihat tingkah laku dan arah tujuan tindakan


Setelah meneroka kehendak, keperluan dan persepsi klien, maka ditanyakan kepada klien setakat mana
tingkah lakunya sekarang menyumbang kepada pencapaian matlamat tersebut. Minta klien menilai
sama ada dia sedang menjalankan langkah-langkah yang membantunya mencapai apa yang dia
harapkan. Anda perlu fokus kepada pengalaman masa kini dan bukannya melihat pengalaman masa
lalu. Menurut pendekatan ini, masa kini adalah lebih penting dalam menentukan langkah-langkah yang
boleh diambil untuk mencapai matlamat pada masa hadapan.
Anda perlu meminta klien menjadi lebih bertanggungjawab ke atas tingkah laku, perasaan dan
pemikirannya. Tumpukan kepada tindakan-tindakan yang dilakukannya yang menyumbang kepada
pencapaian matlamat. Soalan-soalan yang boleh ditanya oleh kaunselor termasuklah:
1. Apa yang anda lakukan sekarang?
2. Apa yang anda akan lakukan esok bagi memastikan matlamat anda tercapai?
3. Apa yang menghalang anda daripada meneruskan tindakan tersebut?
4. Apa rancangan anda seterusnya?

E - Menjalankan penilaian kendiri


Seterunya anda mesti meminta klien melakukan penilaian kendiri. Penilaian kendiri boleh dilakukan
pada aspek tingkah laku, pemikiran atau emosi. Pada peringkat ini, anda perlu mengkonfrontasi
sebarang tingkah laku tidak produktif klien dan menyuruhnya menilai sendiri tingkah lakunya. Ini akan
menyedarkannya tentang sebarang kesilapan yang telah dia lakukan dan seterusnya membuat perubahan
yang sepatutnya. Anda tidak perlu bertindak sebagai hakim terhadap tingkah laku klien sebaliknya
menggalakkan klien bertanyakan soalan-soalan seperti berikut untuk menilai diri sendiri.
1. Adakah saya sudah lakukan yang terbaik?
2. Adakah tindakan saya berkesan?

3. Adakah saya sudah membuat keputusan yang terbaik?


4. Adakah tingkah laku saya bersesuaian untuk mencapai matlamat ini?
Anda boleh mengulangi soalan-soalan tadi dengan cara yang berbeza untuk menggalakkan ahli
berfikir dengan lebih rasional.

P - Merancang dan melaksanakan pelan tindakan


Peringkat ini merupakan peringkat yang paling penting untuk menggerakkan perubahan dalam diri ahli.
Perancangan adalah berasaskan tindakan dan menentukan arah yang perlu dituju oleh klien selepas ini.
Peringkat ini melibatkan proses pengajaran oleh pemimpin kepada ahli untuk membantunya membuat
pelan tindakan yang bersesuaian. Menurut Wubbolding (1988 dan 1991), pelan tindakan yang efektif
memiliki ciri-ciri mudah difahami (simple), mudah dicapai (attainable), boleh diukur keberkesanannya
(measurable), boleh dilaksanakan segera (immediate) dan dikawal sepenuhnya oleh klien (controlled by
client). Wubbolding memperkenalkan akronim SAMIC bagi mewakili pelan tindakan yang baik.
Sebahagian besar peringkat ini digunakan untuk membuat pelan tindakan yang bersesuaian untuk
mencapai matlamat yang sudah ditentukan oleh klien. Berdasarkan ciri pelan tindakan tadi (SAMIC),
ianya mestilah realistik dan mampu dicapai oleh klien. Pelan tindakan yang terlalu rumit akan
menurunkan motivasi klien apabila tidak berjaya. Pelan tindakan mesti menggerakkan tindakan segera
klien, maksudnya klien tidak perlu menunggu untuk satu masa yang sesuai untuk melaksanakan tetapi
boleh dilakukan serta merta untuk melihat keberkesanannya. Klien perlu berasakan dirinya mampu
mengawal sendiri segala tindakannya supaya dia lebih bertanggungjawab ke atas diri sendiri.
Sumbangan.
-Pandangan dan kesedaran tidak mencukupi; penilaian kendiri klien, pelan tindakan dan
komitmen kepada berikut melalui adalah teras dalam proses terapeutik.
-Menerima tanggungjawab peribadi.
-Mendapat kawalan yang lebih berkesan.
-Tumpuan kepada apa yang mereka boleh lakukan pada masa kini untuk mengubah
tingkah laku mereka.
-Terapi realiti sering digunakan dalam merawat penagih dadah dan alkohol.

Aplikasi Kes Laila

Kaunselor: Laila, awak beritahu saya bahawa awak ingin berubah, boleh saya tahu apa yang
awak ingin ubah dalam kehidupan awak?

Laila: Saya ingin jadi ibu dan isteri yang lebih baik.
Kaunselor: Wah! Itu sesuatu yang bagus. Perubahan dari segi apa yang awak ingin buat untuk
jadi isteri dan ibu yang baik?
Laila: Saya harap saya akan jadi seorang ibu yang sabar dengan kerenah anak-anak dan boleh
lebih rapat dengan mereka. Tentunya saya nak jadi isteri yang selesa dengan suami
saya dan bebas berbincang apa-apa saja dengannya. Buat masa ini saya tak pandai
nak bercerita dengan suami tentang masalah saya dan ini membuatkan kami
renggang. Saya terlalu tertekan dengan diri sendiri. Saya tahu ini bukan salah
mereka.
Kaunselor: Ok jadi awak tahu bahawa awak ingin berubah jadi ibu dan isteri yang lebih rapat
dengan keluarga. Boleh awak bayangkan kepada saya ibu dan isteri yang bagaimana
Laila akan jadi sekiranya perubahan ini berhasil?
Kaunselor: Baiklah Laila, ini adalah sesi sambungan kita selepas kita berbincang dahulu tentang
keinginan awak untuk berubah dan halangan-halangan yang awak lalui setakat ini.
Jadi dalam sesi ini saya akan bantu awak merancang pelan tindakan untuk mencapai
matlamat anda. Setakat ini apa yang telah anda rancangkan untuk menjalankan
perubahan tersebut?.
Laila: Saya hendak cuba untuk lebih banyak bertenang apabila saya rasa tertekan. Saya ada
belajar tentang teknik relaksasi yang boleh saya lakukan. Kawan saya juga
mencadangkan saya untuk mula bersenam. Katanya kita akan rasa lebih tenang lepas
bersenam, sambil itu saya dapat menjaga kesihatan dan kecantikan. Saya rasa itu
cadangan yang menarik.
Kaunselor: Bagus, nampaknya awak telah membuat sedikit kerja rumah dan memikirkan cara
untuk mencapai matlamat. Saya puji sikap anda, ini satu permulaan yang baik.
Baiklah, adakah awak rasa dua cara ini, iaitu teknik relaksasi dan bersenam mampu
anda jalankan dengan baik? Sekiranya anda rasa ianya sesuai, mungkin saya boleh
membantu anda untuk lihat cara pelaksanaannya supaya anda benar-benar faham dan
boleh laksanakan segera.
Laila: (kelihatan seronok). Elok juga kalau begitu, saya rasa saya boleh lakukannya. Mungkin saya
kena bermula sekadar mampu dahulu tapi saya rasa ia akan membantu. Saya rasa saya juga
boleh ajak anak-anak dan suami juga melakukannya bersama saya. Ini pasti akan bantu
hubungan kami. Bukankah begitu?.
Kaunselor: Hebat! Itu semangat yang kita mahukan. Apa kata kita mulakan sekarang?.
Kaunselor perlu percaya klien memiliki ciri-ciri positif yang dapat membantunya untuk berubah.

Anda mungkin juga menyukai